You are on page 1of 2

NAMA : SITI NUWAIRAH NABIHAH BT RODIN JAYA

KELAS : 2 FASIH

NO. MAKTAB : CK201062

NOTA RINGKAS REKA BENTUK INDUSTRI

Sejarah perkembangan reka bentuk industri

Perkembangan Reka Bentuk Industri di Malaysia dapat dikesan dengan pengenalan kursus Reka Bentuk Industri
pada tahun 1967 di Institut Teknologi MARA (kini UiTM).
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia pula telah memperkenalkan bidang Reka Bentuk
Industri ini pada tahun 1980-an

Produk terkenal hasil Reka Bentuk


Industri di Malaysia ialah kereta Proton Saga yang dilancarkan pada tahun 1985.
Sejak itu, bidang Seni Reka Industri terus berkembang maju.
Penubuhan Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) menunjukkan kepentingan industri ini sejajar dengan
perkembangan teknologi masa kini.

Bidang Reka Bentuk Industri


Reka Bentuk Industri merupakan bidang yang terlibat dalam penghasilan produk melalui proses reka bentuk dan
pengeluaran.
Kita akan mengkaji tiga bidang Reka Bentuk Industri dalam tajuk ini, iaitu reka bentuk produk, reka bentuk
perabot dan reka bentuk automotif.
Reka Bentuk Industri juga berperanan dalam membangunkan ekonomi negara.
Pelbagai sektor boleh diwujudkan melalui Reka Bentuk Industri yang mampu memangkin dan menjana ekonomi
negara.
Banyak peluang pekerjaan mampu ditawarkan dalam bidang ini
Prinsip dan Elemen
Prinsip Reka Bentuk Industri merupakan satu gambaran tentang cara kita mengamati dan memproses maklumat
visual bagi menghasilkan idea dan imej dalam bentuk 2D.
Prinsip ini membantu pereka menggunakan elemen dan menjadikan imej visual lebih menarik.
Elemen reka bentuk pula ialah elemen asas seni reka yang diaplikasikan dalam pelbagai unsur dan komposisi
reka bentuk.
Selain itu, faktor kreativiti dan ergonomik penting dalam menghasilkan reka bentuk sebelum barangan produk itu
dapat dipasarkan.

#ERGONOMIK

Ergonomik ialah satu disiplin ilmu mengenai kebolehan, had dan ciri-ciri manusia yang berkaitan dengan reka
bentuk
Ergonomik memainkan peranan penting dalam penghasilan produk agar dapat digunakan secara efisien dan
efektif. Aspek-aspek seperti keselamatan, keselesaan, kesesuaian, kemudahan dalam penjagaan dan pembaik pulih
serta ketahanan perlu dipertimbangkan dalam penghasilan sesuatu produk.

Objektif ergonomik
Meningkatkan tahap keberkesanan dan kecekapan kerja atau sebarang aktiviti yang dilaksanakan seperti
mengurangkan kesalahan, meningkatkan produktiviti dan memudahkan kerja.

Meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan yang positif seperti keselamatan, keselesaan, kualiti kerja, mengurangkan
kepenatan dan tekanan.

#nota dilakukan berdasarkan rujukan yang telah dilakukan.

You might also like