You are on page 1of 8

KOLEJ VOKASIONAL KUALA

TERENGGANU

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


(TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION DIVISION)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
KURSUS / TRADE TEKNOLOGI PEMBINAAN
TAHAP / LEVEL L1
NO. DAN TAJUK M01 INTRODUCTION TO CONSTRUCTION
MODUL /MODULE NO. AND TECHNOLOGY
TITLE
NO. DAN PERNYATAAN
KOMPETENSI /
01 THE FUNDAMENTAL OF BUILDING TRADE IN
COMPETENCY NO. AND
STATEMENT CONSTRUCTION INDUSTRY

OBJEKTIF PENCAPAIAN PERFORMANCE STANDARD


PIAWAIAN / TERMINAL
PERFORMANCE TO IDENTIFY THE FUNDAMENTAL OF BUILDING
OBJECTIVE TRADE IN CONSTRUCTION INDUSTRY

No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/1) Muka: 1 Drp:8


Nama Pelatih : Tarikh:

TAJUK : TRED BANGUNAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi maklumat secara umum kepada
pelajar / pelatih tentang tred bangunan dalam industri pembinaan. Ianya sebagai satu
pengenalan kepada pelajar yang berkeinginan untuk membangun kemahiran dan
kompetensi mereka berkaitan teknologi pembinaan. Disamping itu kepentingan amalan
langkah-langkah keselamatan diberi penjelasan untuk melahirkan suasana tempat kerja
yang sihat dan selamat di dalam industri pembinaan.
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/1) Muka: 2 Drp:8
PENERANGAN

1.0 PENGENALAN
Tred bangunan ialah bidang-bidang kemahiran yang merujuk kepada sesuatu kepakaran
dan dipraktikkan dalam bidang pembinaan bangunan. Dalam industri pembinaan, wujud
pelbagai tred atau ketukangan yang menfokus kepada kepakaran dalam sesuatu bidang
secara khusus. Di Malaysia, bidang-bidang ini telah mengalami banyak kemajuan sejajar
dengan kemajuan industri pembinaan. Dalam kontek ini, sebuah agensi iaitu Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan atau CIDB telah dipertanggungjawabkan untuk
membangun industri pembinaan negara. Melalui CIDB bidang-bidang tred yang relevan
dapat dikenalpasti. Maka latihan-latihan yang paling diperlukan oleh sumber manusia
dalam industri pembinaan negara dapat dibentuk dan latihan peningkatan kemahiran
melalui agensi latihannya dapat diperkasakan. Dalam waktu yang sama agensi lain
seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui MLVK telah juga memainkan
peranan yang penting dalam kemajuan latihan bagi menyediakan tenaga mahir seiring
dengan keperluan negara. Maka lahirlah beberapa tred bangunan di bawah kendalian
dan pengiktirafannya.

2.0 JENIS-JENIS TRED BANGUNAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN


Tred Bangunan dibawah kendalian dan pengiktirafan CIDB
i. Perpaipan( Retikulasi Air) /Plumbing (Water Reticulation)
ii. Perpaipan ( Bangunan& Kelengkapan Sanitasi)
iii. Penerap bata
iv. Pelepaan/ Plastering
v. Penjubinan/Tiling
vi. Pertukangan kayu (Tanggam)/Carpentry(Joinery)
vii. Pertukangan kayu (Kerja Acuan)
viii. Pemasangan Dinding Sekatan/ Drywall Partition Installation
ix. Pemasang siling Tetap/ Fixed Ceiling installation
x. Pemasangan Siling Sangkut/ Demountble Ceiling Installation
xi. Konkrit/Concreting
xii. Pembengkok bar / Barbending
xiii. Penyenggaraan & Operasi Bangunan ( Awam & Struktur)
xiv. Pemasangan Perancah
xv. Pemasangan Blok Konkrit ringan
xvi. Building Decorative Painting
xvii. Pengecat bangunan Alikasi Lapisan ( Senibina)
xviii. Pemasang Kerangka Aluminium
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/1) Muka: 3 Drp:8

Tred Bangunan dibawah kendalian dan pengiktirafan JPK

i. Jurubina Bangunan (Building Constructor)


ii. Jurubina Berasaskan Kayu
iii. Perpaipan ( Plumbing)

3.0 LANGKAH PENJAGAAN KESELAMATAN DALAM INDUSTRI


PEMBINAAN
Penjagaan keselamatan dalam industri pembinaan adalah amat penting dan perlu
diwartakan mengikut keperluan OSHA. Ianya perlu dipatuhi serta diamalkan. Disamping
melatih pekerja untuk sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan, langkah-
langkah penjagaan juga bergerak seiring bagi menghindari daripada berlakunya
kemalangan dalam sektor pembinaan.

3.1 Kategori Penjagaan Keselamatan


i. Keselamatan Tapak Bina
 Hadkan operasi hanya siang hari
 Bina ruang yang di rekabentuk bagi kenderaan dan laluan penjalan kaki
 Guna Tanda keselamatan bagi keselamatan yang tersembunyi seperti peparit
terbuka atau lubang.

ii. Keselamatan Personal


 Gunakan mesin bagi mengganti tenaga manusia bagi melakukan sesuatu kerja
 Bina ventilasi tapak bina yang mengendalikan habuk yang berterbangan
 Guna kelengkapan pelindung keselamatan personal yang sesuai
 Pakai topi keselamatan, penutup telinga, cermin mata keselamatan dan sarung
tangan

iii. Keselamatan Peparit / Penggalian


 Pasang tali utiliti sebelum menggali dengan menghubungi pemilik utiliti
 Lindungi peparit terbuka untuk mengelak dari terjatuh
 Bina tupang peparit yang dalamnya melebihi 6 kaki
 Sediakan kawalan keselamatan
 Lakukan “underpinning” untuk memastikan kestabilan struktur berhampiran
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/1) Muka: 4 Drp:8
3.2 Kepentingan langkah–langkah penjagaan keselamatan dalam Industri
Pembinaan
Di sebalik kepesatan industri pembinaan, majikan, pekerja dan pelanggan merupakan
kumpulan yang terlibat secara langsung dalam menentukan kejayaan dan kelancaran
industri berkenaan. Dengan penglibatan ini kumpulan ini sering terdedah dengan bahaya
kemalangan dan memerlukan prosedur keselamatan sebagai panduan bagi menghindari
kecederaan. Prosedur keselamatan adalah satu kawalan dalaman yang penting. Sesuatu
operasi menggunakan prosedur keselamatan bagi memastikan pemilik dan pekerja tidak
tercedera dan tidak mencederakan pelanggan semasa operasi. Oleh itu pekerja-pekerja
industri tidak kira kedudukan dan pangkat perlu dijamin keselamatan kerana tugasnya yang
berisiko dan bahaya. Oleh itu langkah-langkah penjagaan perlu dititikberatkan demi
kepentingan keselamatan. Diantara kepentingannya ialah ;

i. Mengurangkan Insiden Kemalangan


Prosedur keselamatan boleh membantu mengurangkan bilangan insiden di tempat kerja.
Banyak syarikat menggunakan manual pekerjaan atau buku panduan bagi menjelaskan dan
mendidik pekerja tentang prosedur keselamatan. Dengan pengurangan insiden kemalangan
boleh membantu syarikat menjimatkan wang bagi tujuan polisi insuran.

ii. Mengekalkan Pensijilan


Syarikat atau Pengendali Industri akan menerima Sijil Prosedur Keselamatan. Pemilik
syarikat perlu untuk melaksanakan prosedur keselamatan bagi mengekalkan pensijilan
pihak ketiga (third-party certification). Dengan cara ini syarikat dapat menjimatkan wang
bagi polisi insuran dan menambah baik kebajikan pelanggan.

iii. Tanggungjawab Undang-undang (Legal Liability)


Prosedur keselamatan boleh membantu Syarikat pembinaan mengurangkan
tanggungjawab undang-undang. Tanggungjawab undang-undang sering berlaku apabila
pekerja atau pelanggan cedera semasa berurusan dan operasi.Kecederaan pelanggan
disebabkan kegagalan prosedur keselamatan membolehkan mereka mendakwa melalui
peguam atau petition bagi mengaudit syarikat berkenaan. Dengan adanya langkah-langkah
penjagaan dn Prosedur Keselamatan boleh menghindarkan pendedahan sedemikian
dihadapi oleh majikan.

iv. Menambahbaik Operasi


Syarikat pembinaan boleh menambahbaik operasi perniagaan melalui penggunaan
peraturan keselamatan. Pemilik syarikat atau pengurus yang mahukan pekerja-pekerja
mereka menyiapkan sesuatu pekerjaan dengan baik boleh mencari cara terbaru bagi
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/1) Muka: 5 Drp:8
menambahbaik keberkesanan dan efisien proses pengeluaran. Prosedur keselamatan
membolehkan pekerja berkerja lebih cepat dan menambahbaik pengeluaran. Ini boleh
membantu menurunkan kos perniagaan dengan mengurangkan pekerja bagi mengekalkan
pengeluaran pada paras spesifik

4.0 Teknologi Pembinaan yang digunakan dalam Industri pembinaan dengan


mematuhi peraturan bangunan dan kod.
Teknologi pembinaan diguna bagi pembinaan residential, sistem pengangkutan, sistem
industri dan projek berkaitan tenaga. Teknologi pembinaan melibatkan banyak aspek dalam
proses pembinaan bangunan. Ia menyediakan pengenalan, kaedah yang komprehensif
dan bahan-bahan yang digunakan untuk setiap aspek teknologi pembinaan termasuk
elemen-elemen pembinaan komersial dan prinsip—prinsip perundangan. Secara
spesifiknya ia adalah satu kaedah dan panduan dalam urusan pembinaan bangunan bagi
menyediakan infrastruktur untuk kegunaan manusia. Diantara aspek-aspek yang terlibat
adalah :
i. Keselamatan industri
ii. Jenis-jenis alat dan mesin yang diguna
iii. Pembinaan kerangka / struktur bangunan
iv. Pertukangan kayu
v. Pembinaan pintu, tingkap dan gerbang
vi. Pembinaan tangga
vii. Pembinaan Bumbung
viii. Perpaipan
ix. Sistem mekanikal
x. Konkrit dan Masonari
xi. Pemeriksaan Tapak
xii. Melukis, analisis pelan dan spesifikasi
xiii. Kod bangunan
xiv. Persekitaran

Kaedah pembinaan yang menepati standard adalah menjadi keutamaan dalam industri
pembinaan masa kini. Setiap kaedah yang diguna dan dipraktik perlu merujuk kepada
sesuatu standard yang diwartakan seperti ‘building by law’ dan kod pembinaan. Dalam
kontek ini standard yang dikenalpasti adalah merujuk kepada Department of Malaysian
Standard ( Standard Malaysia) iaitu satu badan akreditasi dan Piawaian kebangsaan.
Beberapa standard pembinaan yang dikenalpasti yang merujuk kepada Malaysian Standard
adalah seperti berikut:
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/1) Muka: 6 Drp:8

BIL KETERANGAN KOD AMALAN


1 Konkrit berstruktur pada bangunan dan
strukturnya tidak termasuk jambatan dan konkrit MS 1195 : Part 1 : 1991
bersturuktur yang dibuat dengan simen alumina. Code of practice for structural
Rekomendasi bagi kekuatan ini telah disediakan use of concrete : Part 1 : Design
dengan anggapan yang semua elemen galas and construction.
beban cth; slab,kolum dan tembok adalah dibina
dari konkrit

2 Kod berkaitan dengan “ hot rolled steel section


and plates”, dan bentuk biasa “ tubular” untuk MS 416 : 1976
bangunan. Tidak boleh digunakan untuk “ Code of practice for the use of
transmission towers” dan bangunan penternakan structural steel in building.
juga struktur yang direkabentuk untuk tujuan
pengujian. Ini merangkumi definisi terma..

3 Berkaitan dengan rasuk yang dibina samada dari MS 415 : Part 1 : 1976
jenis rolled or built-up structural steel sections, Code of practice for composite
dengan atau tanpa encasement konkrit , construction in structural steel
bertindak sepertimana slab konkrit in –situ . and concrete : Part 1: Simply
Termasuk simbol untuk diguna dalam pengiraan. supported beams in buildings.

4 Piawaian yang menentukan struktur minimum, MS 1314 : Part 3 : 2004


keperluan pengilangan dan keperluan kualiti bagi Precast concrete piles : Part 3 :
kelas M, kelas J dan kelas S cerucuk konkrit Precast reinforced concrete
tuang dahulu yang diguna dalam kerja-kerja square piles (RC piles) Class M,
bangunan dan kejuruteraan awam. Class J and Class .
5 Malaysian Standard meliputi peraturan dan MS 1313 : 1993
maklumat teknikal bagi pelaksanaan projek Code of practice on large
dimana panel prefabricated besar digunakan.Kod prefabricated panels.
ini akan membantu profesional bangunan dalam
industri pembinaan bagi menentukan dokumen
kontrak bagi pembinaan dan pemasangan panel
prefabricated .
6 Bahagian Malaysian Standard ini memberi MS 1294 : Part 2 : 1993
rekomendasi bagi rekabentuk dan pemasangan Wall and floor tiling : Part 2 :
jubin dinding luaran dan mozek dalam keadaan Code of practice for the design
normal . Ianya berurusan dengan jenis dan kelas and installation of external
latarbelakang dan kesesuaiannya bagi menerima ceramic wall tiling and mosaics
jubin menggunakan kaedah yang dihuraikan (including terra cotta and faience
dalam standard ini. slabs).
5.0 KESIMPULAN
Industri pembinaan yang semakin pesat membangun seiring dengan teknologi
pembinaan yang semakin canggih dan tertakluk kepada undang-undang, kod dan
peraturan, amat memerlukan tenaga kerja yang cekap, mahir dan terlatih bagi setiap
tred bangunan. Menyedari hakikat ini lebih ramai tenaga mahir yang perlu dihasilkan
oleh pusat latihan yang bertauliah bagi mengatasi kebanjiran tenaga buruh asing. Bagi
memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja pula OSHA menggariskan langkah-
langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/1) Muka: 7 Drp:8
Uji diri

1. Apa yang anda faham berkaitan tred bangunan

........................................................................................................................................

........................................................................................................................................

.......................................................................................................................................

......................................................................................................................................

2. Namakan agensi yang bertanggungjawab bagi mengenalpasti tred-tred yang relevan


dalam industri pembinaan.

.....................................................................................................................................

3. Senaraikan 5 jenis tred bangunan yang anda ketahui

i) .....................................................................................

ii) .....................................................................................

iii) ....................................................................................

iv) .......................................................................................

v) .....................................................................................

4. Nyatakan kepentingan langkah-langkah keselamatan di dalam industri pembinaan

i) ..........................................................................................................................

ii) ........................................................................................................................

iii) .......................................................................................................................

iv) .......................................................................................................................

5. Namakan satu piawaian yang digunakan di dalam teknologi pembinaan.

.................................................................................................................................
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/1) Muka: 8 Drp:8
Bahan Rujukan:

1. Safety Precautions for Construction | eHow.com


www.ehow.com › Business

2. The Safety Precautions in a Construction Industry


wawalker123.hubpages.com › ... › Workplace Ethics

3. MALAYSIAN STANDARD
www.unimap.edu.my/.../184130_MS_ISO_9001_2008_full_pdf.pd

You might also like