You are on page 1of 8

1.

PENGENALAN

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan agensi kerajaan yang lain
mempunyai peraturan yang menetapkan keperluan undang-undang untukmemastikan
keselamatan dan kesihatan bukan sahaja pekerja di tempat kerja tetapi juga orang awam.
Keselamatan dan kesihatan tempat kerja adalah satu perkara penting dan berkait rapat
dengan keselamatan dan kesihatan masyarakat serta persekitaran secara kesuluruhan

2.0

DOKUMEN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PERSEKITARAN

Objektif pengurusan keselamatan perlu diselaraskan dengan objektif pengurusan


pembinaan. Diantara objektif keselamatan ialah :
i. Sebagai garis panduan
ii. Risiko kemalangan yang minimum
iii. Kayu pengukuran kemantapan pengurusan

2.1

Kenalpasti Punca Bahaya Keselamatan & Kesihatan

Pelbagai faktor boleh menjadi penyebab atau punca yang menyumbang kepada peratus
kemalangan yang semakin meningkat. Berikut adalah punca-punca kemalangan :
i.

Persekitaran tapak binaan yang kompleks


Projek yang terlalu kompleks kerap dikaitkan dengan ketidaksesuaian pekerja
menjalankan aktivit seperti :
a. Tenaga kerja yang tidak menentu
b. Risiko yang berubah-ubah
c. Pendedahan yang keterlaluan terhadap panas dan hujan yang tidak menentu
d. Keupayaan dan ketahanan dari segi mental dan fizikal

ii. Faktor kemanusian


a. Kecuaian pihak pengurusan
Kurang kemahiran / pengetahuan berkaitan keselamatan
Alatan keselamatan tidak lengkap
Sistem pengurusan yang tidak teratur
b. Kecuaian pekerja
Kurang pengetahuan, kemahiran dan pendedahan
Kelalaian mengikut garis panduan yang sepatutnya
Keengganan mengguna peralatan / kemudahan disediakan
c. Keadaan tapak bina
Kaedah pengurusan keselamatan yang lemah
Tiada pengetahuan dan pendedahan berkaitan piawai bangunan
Ketiadaan papan tanda keselamatan
d. Ketiadaan pegawai keselamatan

Tugas dilaksanakan individu tiada kelayakan mengendali keselamatan

tapak
Penempatan pegawai keselamatan sepenuh masa perlu.

iii. Kaedah dan peralatan yang digunakan


a. Penggunaan loji yang keterlaluan untuk mengejar masa
b. Penyelanggaraan tidak berkala dan menyuluruh mengakibatkan kemalangan
c. Latihan kemahiran dan cara pengurusan loji tidak dipelajari untuk
mengeluarkan sijil perakuan kelayakan

3.0

PROGRAM KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PERSEKITARAN

3.1

Aktiviti Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar

Para kontraktor perlu mengikuti spesifikasi ditetapakan oleh Pihak Jawatankuasa


Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk mencegah berlakunya kemalangan.
Merujuk kepada struktur yang kerap digunakan, di sini dinyatakan bersama spesifikasinya.
i.

Spesifikasi pelantar
Struktur sama ada kayu, keluli / aluminium mestilah kuat, kukuh & diikat rapat.
Lebar pelantar laluan 635mm
Lebar pelantar kerja sekurang-kurangnya 860mm
Bahan struktur pelantar kuat dan berupaya menanggung beban
Bagi kerja diluar penghujung peranca, pelatar perlu dipanjangkan melebihi
610mm dari tepi dinding.

ii. Spesifikasi Jaring Keselamatan


Jarak maksimum diantara tali pengikat adalah 750mm
Ukuran maksimum lenturan dibenarkan ukuran panjang permukaan pendek
Ruang maksimum banguna dengan jaring adalah 200mm
Saiz lubang jaring 100 x 100 (mm)
iii. Spesifikasi tangga
Ketinggian maksimum bagi tangga besi ialah 9m bagi tangga tunggal dan 15m

3.2

bagi tangga sambungan


Dipasang pada kecerunan 4:1
Ketinggian melebihi 2m dipasang susur tangan
Diikat dan disambung pada struktur bangunan
Mempunyai susur tangan melepasi 1m dari tempat ia bertapak

Pelaksanaan Program Berpandukan Pelan Kerja Master

Sesuatu pengurusan yang bersistem merupakan pemangkin kecapaian dan keberkesanan.


Di dalam sesuatu pengurusan, organisasi / jawatankuasa yang bertindak membuat
pengawalan, membuat pengurusan dan memberikan maklumat ringkas

i.

Jawatankuasa Keselamatan
Projek yang melibatakan lebih dari 50 orang perlu menubuhkan satu jawatankuasa
keselamatan tapak. Laporan keselamatan perlu disertakan bersama-sama laporan
bulanan. Laporan berkaitan kemalangan juga perlu disertakan bersama.
Jawatankuasa teratas terdiri daripada :

Pengurus projek
Pengurus tapak
Pegawai keselamatan
Penyelia keselamatan dan sub kontraktor

Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Keselamatan :

Mengutarakan cadangan dan arahan kepada pekerja untuk mengelak

kemalangan
Melaksanakan pemeriksaan berkala terhadap peralatan dan kemudahan
Berganding bahu merangka peraturan-peraturan keselamatan
Membuat perangkaan kemalangan di tapak bina
Kenalpasti kesesuaian oeraturan dengan persekitaran tapak
Membuat laporan

Mesyuarat berkala

Dilaksanakan dari bulan ke bulan membincangkan perkara-perkara berikut :


Peringatan dari pengurus projek
Laporan kemajuan kesealamatan dan langkah pencegahan bagi aktiviti

mendatangkan yang berisiko


Membincangkan persoalan dan permasalahan yang timbul.

ii. Peraturan-peraturan keselamatan


Kewujudan peraturan penting untuk mengingatkan individu terhadap keutamaan
keselamatan. Matlamat utama peraturan untuk meminimumkan peratus kemalangan.
Diantara peraturan-peraturan tersebut ialah :
Mewajibkan pemakaian topi dan kasut keselamatan di tapak bina
Mewajibkan penggunaan tali pinggang keselamatan
Peralatan dan kemudahan dipastikan dalam keadaan baik
Mengenakan pas keselamatan apabila berada di kawasan tapak.
iii. Pengawalan Keselamatan
Pengawalan dilakukan dengan melakukan rondaan oleh jawatankuasa keselamatan
mengikut ketetapan yang dipersetujui.
iv. Maklumat Ringkas

Maklumat ringkas dibuat melalui perhimpunan pada setiap awal bulan. Pelabagai
perkara diterangkan seperti :
Jenis kerja berisiko yang bakal dilaksanakan
Kepentingan keselamatan
Demonstrasi penggunaan pelbagai alat keselamatan
Langkah pencegahan dan salah laku yang perlu dihindarkan

3.3

Garis Panduan Isu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) ditubuhkan untuk melengkapi
Akta Kilang dan Jentera 1967. Akta ini ditubuhkan bagi memastikan keselamatan, kesihatan,
kebajikan orang bekerja. Ianya ditubuhkan bertujuan :
i.

Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan irang sedang bekerja terhadap


risiko kepada keselamatan / kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang

sedang bekerja.
ii. Melindungi orang-orang berada di tempat kerja selain daripada orang sedang bekerja
terhadap risiko keselamatan / kesihatan berbangkit daripada aktiviti orang sedang
bekerja.
iii. Mengadakan cara menurut perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
melalui sistem peraturan dan tata amalan industri yang diluluskan.
Setiap pihak mempunyai tanggungjawab sebagaimna digariskan. Tanggungjawab pihak
terlibat :
i.

Tanggungjawab Pekerja
Memberi perhatian sewajarnya bagi keselamatan dan kesihatan diri dan pekerja

yang mungkin terjejas akibat tindakan dan aktiviti kerja.


Bekerjasama dengan majikan dan orang lain dalam menunaikan kewajipan

sebagai pekerja.
Memakai apa jua kelengkapan dan alat perlindungan diri yang disediakan.
Mematuhi arahan dan langkah-langkah keselamatan & kesihatan yang
diperkenalkan oleh majikan dan AKKP.

ii. Tanggungjawab Majikan dan Pihak Berkuasa


Penyediaan dan penyelenggaraan mesin jentera, loji dan alatan, sistem kerja

yang selamat dan tidak memberi risiko kesihatan.


Diwujudkan dan dipastikan pengoperasian serta penggunaan jentera atau apa

jenis alatan pekerjaan adalah selamat.


Memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sesuai kepada pekerja

berkaitan keselamatan.
Suasana di kawasan tempat kerja selamat. Kawasan tempat tinggal pekerja
terhidar jangkitan penyakit.

4.0

REKOD KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PERSEKITARAN

4.1

Peruntukan Undang-Undang

i.

Tertakluk Seksyen 17(1) Akta KKP 1994, Menjadi tanggungjawab majikan dan orang
bekerja untuk memastikan mana-mana orang terdedah kepada risiko keselamatan
atau kesihatan disebabkan pengusahaan mereka.
Tertakluk Seksyen 17(1) Akta KKP 1994, Menjadi tanggungjawab majikan dan orang

ii.

bekerja untuk memberi maklumat yang ditetapkan menyentuh keselamatan dan


kesihatan disebabkan pengusahaan mereka.

4.2

Pemberitahuan Operasi
i.

Tertakluk seksyen 35 Akta Kilang dan Jentera 1967, Setiap orang yang menjalanakan
kendalian bangunan / kerja binaan hendaklah memberitahu secara bertulis kepada

JKKP dalam tempoh tidak lewat 7 hari dari permulaan aktivti.


ii. Pemberitahuan dikecualikan bahi aktiviti pembinaan yang boleh siap dala tempoh
kurang 6 minggu dan tidak melibatkan jentera.

4.3

Pemberitahuan dan Pelaporan Kemalangan dan Kejadian Berbahaya


i.

Seksyen 32 Akta KKP 1994, Seorang majikan hendaklah memberitahu pejabat kkp
yang terdekat tentang apa jua kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan

pekerjaan. Penyakit yang telah terjadi / mungkin terjadi.


ii. Kaedah pemberitahuan dan pelaporan mematuhi Peraturan KKP ((Pemberitahuan
Kemalangan,Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan)
2004.

4.4

Prosedur Kecemasan

Penyelia dikehendaki mengisi Borang Laporan Kemalangan sekiranya sesutu kemalangan


berlaku. Borang tersebut diserahkan kepada Setiausaha Keselamatan dan Kesihatan.
Sestiausaha Keselamatan dan Kesihatan perlu menyediakan Borang SOCSO 21 & JKJ 107
untuk dihantar kepada PERKESO dan JKKP.
Kepentingan penyiasatan kemalangan :
i. Mengenalpasti punca kemalangan
ii. Menilai semula prosedur kerja
iii. Mengambil langkah pencegahan kemalangan

4.5

Audit Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar

Program audit mesti dirancang, dibangunkan, dilaksanakan dan dikekalkan oleh organisasi
berdasarkan hasil penilaian risiko, aktiviti organisasi dan hasil audit lepas. Program audit
mengenalpasti perkara berikut :

Memberikan sumber keperluan untuk kejayaan pelaksanaan program audit


Penyelarasan dan jadual audit
Prosedur audit meliputi difenisi, kriteria skop dan kaedah audit serta laporan
Membangunkan kawalan, rekod audit dan dokumen

Audit keselamatan dilaksanakan dengan tujuan untuk menilai keberkesanan sistem


keselamatan yang dibuat dalam sesebuah organisasi. Disamping itu, ia bertujuan untuk

mencari kekuatan dan kelemahan organisasi bagi mengenalpasti langkah pembaikan yang
boleh diambil.
Fasa Audit
i.

Sebelum audit
Perancangan siapa, apa, bila di mana dan bagaimana kriteria dan skop
Persediaan kaedah diperlukan audit

ii. Semasa audit


Mesyuarat
Mengesahkan pematuhan kepada kriteria audit
Tutup mesyuarat
iii. Selepas audit
Menulis laporan audit
Kendalikan audit susulan

5.0

KEMASKINI REKOD KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PERSEKITARAN

5.1

Kawalan rekod

Kawalan rekod termasuk tetapi tidak terhad kepada bentuk salinan siap, checklist dan rekod
HIRARC. Rekod OSH mungkin terkandung dokumentasi luaran yang dihasilkan seperti
tetapi tidak terhad kepada helaian data keselamatan bahan, laporan luaran audit OSH, rekod
kesihatan atau laporan pemantauan tempat kerja.

5.2

Kenapa rekod mesti disimpan?

Mengekalkan rekod penting menunjukkan pengurusan perniagaan yang baik. Rekod

bermakna dapat menunjukkan pematuhan organisasi kepada OSHMS


Menunjukkan pematuhan dengan obligasi undang-undang. Ianya juga dapat
digunakan untuk membantu dalam pelaksanaan dan operasi OSHMS dan
menyediakan maklumat yang berguna yang dapat membantu semakan prestasi

keselamatan.
Keterangan atau bukti bahawa tindakan tertentu telah diambil dan boleh digunakan
untuk mengesahkan bahawa syarat-syarat tertentu telah dipenuhi dan tindakan telah
diambil.

5.3

Apakah yang perlu rekod simpan?

Terdapat pelbagai jenis rekod yang sepatutnya disimpan oleh organisasi. Rekod ini
termasuklah yang:
Diperlukan oleh para pihak berkuasa
Membantu dalam operasi untuk OSHMS
Berkaitan setiap hari denga operasi perniagaan

5.4

Semakan berkala rekod

Untuk melihat sebarang pola atau trend. Rekod akan membantu mengenalpasti kawasan
berisiko tinggi yang memerlukan perhatian segera.
Dengan penyelenggaraan rekod secara teratur, organisasi akan cepat bertindakbalas
kepada permintaan pengatur dan juruaudit persijilan seperti mana kawalan operasi mereka
dan lebih berkesan melalui pengenalpastian trend atau aktiviti-aktiviti yang tidak sesuai yang
mengakibat ketidakpatuhan.

RUJUKAN
i.

Ng Kooi Leong (1998). Pengurusan Tapak Bina Yang Berkesan Dalam Sektor

Pembinaan. Fakulti Alam Bina. UTM


ii. Dayang Sofia Ab. Razak & Norlida Abd Halim (1994). Mengurus Projek Pembinaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
iii. http://www.slideshare.net/rezuil/undang-undang-bangunan
iv. https://www.scribd.com/doc/13107039/Garis-Panduan-Bagi-KKP-Di-TapakPembinaan
v. http://signifikankkal.blogspot.my/
vi. https://www.academia.edu/766794/Strategi_Perundangan_Untuk_Mengurus_Kesela
matan_Dan_Kesihatan_Di_Tempat_Kerja

You might also like