You are on page 1of 396

MPU2363

Pengajian Malaysia
MPU2363
PENGAJIAN
MALAYSIA
Dr Rozeman Abu Hassan
Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi
Oo Cheng Keat
Pengarah Projek: Prof Dr Widad Othman
Dr Aliza Ali
Open University Malaysia

Penulis Modul: Dr Rozeman Abu Hassan


Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi
Oo Cheng Keat
Open University Malaysia

Penyederhana: Prof Madya Dr Arifin Zainal


Dr Rozeman Abu Hassan
Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi
Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Ogos 2019 (MPU2163, Ogos 2019)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2019, MPU2363
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xiăxvi

Topik 1 Sejarah dan Politik 1


1.1 Latar Belakang Sejarah Awal Negara 2
1.1.1 Sejarah Awal Asia Tenggara dan Tanah Melayu 2
1.1.2 Sejarah Awal Melaka 8
1.1.3 Sistem Pemerintahan Melaka 10
1.1.4 Kegiatan Ekonomi Melaka 11
1.1.5 Dasar Luar Melaka 14
1.1.6 Penduduk Melaka 15
1.1.7 Penyebaran Islam di Melaka 16
1.1.8 Persaingan Kuasa Barat di Negeri-negeri Melayu 18
1.1.9 Pendudukan Jepun 29
1.2 Proses Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 33
1.2.1 Malayan Union 1946 34
1.2.2 Perlembagaan Malayan Union 35
1.2.3 Reaksi terhadap Malayan Union 36
1.2.4 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 42
1.2.5 Darurat 43
1.2.6 Kerjasama antara Kaum dan Pengenalan Sistem Ahli 46
1.2.7 Pilihan Raya bagi Majlis Tempatan pada Tahun 48
1951 hingga 1952
1.2.8 Pilihan Raya Persekutuan 1955 49
1.2.9 Pembentukan Kerajaan Sendiri (Self-government) 50
1.2.10 Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 52
1.3 Pembentukan Malaysia 54
1.3.1 Idea Pembentukan Malaysia 54
1.3.2 Masalah di Singapura 55
1.3.3 Faktor Komunis di Singapura 57
1.3.4 Masalah di Wilayah Borneo 59
1.3.5 Proses Pembentukan Malaysia 61
1.3.6 Penubuhan Malaysia 1963 67
1.3.7 Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan 71
1.3.8 Malaysia Selepas Pembentukan 74
1.3.9 Singapura Disingkirkan 77
1.3.10 Krisis Politik di Sabah dan Sarawak 80
iv  ISI KANDUNGAN

Rumusan 82
Kata Kunci 83
Rujukan 83

Topik 2 Perlembagaan Malaysia 87


2.1 Latar Belakang Perlembagaan Malaysia 88
2.1.1 Tujuan Perlembagaan 90
2.1.2 Keluhuran Perlembagaan 92
2.1.3 Kandungan Perlembagaan 94
2.1.4 Pindaan Perlembagaan 97
2.2 Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia 100
2.2.1 Agama 101
2.2.2 Bahasa 104
2.2.3 Kewarganegaraan 107
2.2.4 Hak Asasi 112
2.2.5 Peruntukan Khas Perkara 153 116
Rumusan 118
Kata Kunci 119
Rujukan 119

Topik 3 Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara 121


3.1 Federalisme 122
3.2 Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia 124
3.2.1 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia 126
3.2.2 Peringkat Pilihan Raya 128
3.2.3 Deposit Pilihan Raya 131
3.2.4 Penggunaan Simbol Parti 132
3.2.5 Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya 132
3.2.6 Barong SPR 133
3.2.7 Perbelanjaan Pilihan Raya 133
3.2.8 Jenis Pengundian 133
3.2.9 Petisyen Pilihan Raya 134
3.3 Komponen Utama Kerajaan 135
3.3.1 Yang di-Pertuan Agong (YDPA) 136
3.3.2 Majlis Raja-Raja 141
3.3.3 Badan Eksekutif 142
3.3.4 Badan Perundangan 151
3.3.5 Badan Kehakiman 164
Rumusan 176
Kata Kunci 177
Rujukan 177
ISI KANDUNGAN  v

Topik 4 Kemasyarakatan dan Perpaduan 179


4.1 Komposisi Etnik Penduduk Malaysia 180
4.1.1 Sejarah Kedatangan Masyarakat Bukan Peribumi 181
4.1.2 Faktor Penarik dan Penolak 186
4.1.3 Kesan Penghijrahan terhadap Masyarakat Melayu 188
4.1.4 Penduduk Utama Malaysia 189
4.2 Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional 205
4.2.1 Konsep Perpaduan, Integrasi dan Masyarakat 206
Majmuk
4.2.2 Cabaran Masyarakat Majmuk di Malaysia 208
4.2.3 Masalah Integrasi Nasional 211
4.3 Rukun Negara sebagai Ideologi 212
4.3.1 Objektif Rukun Negara 213
4.3.2 Prinsip Rukun Negara 213
Rumusan 219
Kata Kunci 220
Rujukan 220

Topik 5 Pembangunan Negara 222


5.1 Pelan Pembangunan 223
5.1.1 Rancangan Malaya Pertama (Tahun 1956 hingga 224
1960)
5.1.2 Rancangan Malaya Kedua (Tahun 1961 hingga 225
1965)
5.1.3 Rancangan Malaysia Pertama (Tahun 1966 hingga 225
1970)
5.1.4 Rancangan Malaysia Kedua (Tahun 1971 hingga 226
1975)
5.1.5 Rancangan Malaysia Ketiga (Tahun 1976 hingga 227
1980)
5.1.6 Rancangan Malaysia Keempat (Tahun 1981 hingga 227
1985)
5.1.7 Rancangan Malaysia Kelima (Tahun 1986 hingga 228
1990)
5.1.8 Rancangan Malaysia Keenam (Tahun 1991 hingga 229
1995)
vi  ISI KANDUNGAN

5.2 Dasar Ekonomi dan Dasar Sosial 230


5.2.1 Dasar Pertanian Negara (DPN) 231
5.2.2 Dasar Perindustrian Negara 238
5.2.3 Dasar Persyarikatan Malaysia 242
5.2.4 Dasar Pengkorporatan dan Penswastaan 244
5.2.5 Dasar Pendidikan Kebangsaan 247
5.2.6 Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 253
5.2.7 Dasar Pandang ke Timur (DPT) 255
5.2.8 Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam (DPNI) 257
5.2.9 Dasar Belia Negara (DBN) 258
5.2.10 Dasar Wanita Negara (DWN) 260
5.2.11 Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 264
5.2.12 Dasar Wawasan 2020 266
5.2.13 Dasar Sosial Negara (DSN) 269
5.2.14 Dasar Islam Hadhari 273
5.3 Dasar Baharu Kerajaan 274
5.3.1 Gagasan Satu Malaysia (1Malaysia) 275
5.3.2 Program Transformasi Kerajaan (PTK) 279
5.3.3 Program Transformasi Ekonomi (PTE) 279
5.3.4 Rancangan Malaysia Kesepuluh 282
5.4 Dasar Luar Malaysia 285
5.4.1 Kepentingan Dasar Luar Malaysia 286
5.4.2 Malaysia dan Hubungan Organisasi Antarabangsa 289
Rumusan 306
Kata Kunci 307
Rujukan 308

Topik 6 Pemikiran dan Kepercayaan 311


6.1 Perkembangan Agama di Malaysia 312
6.1.1 Kepercayaan Animisme dan Dinamisme 312
6.1.2 Kedatangan Hindu-Buddha 313
6.1.3 Kedatangan Agama Islam 315
6.1.4 Kedatangan Kristian 318
6.2 Islam dalam Perlembagaan Malaysia 319
6.3 Islam dan Masyarakat Majmuk 322
6.3.1 Kepentingan Beragama 323
6.4 Toleransi Agama 324
6.4.1 Agama Islam 325
6.4.2 Taoisme 332
6.4.3 Konfusianisme 334
6.4.4 Kepercayaan kepada Roh Nenek Moyang 335
6.4.5 Agama Buddha 336
6.4.6 Agama Hindu 343
ISI KANDUNGAN  vii

6.4.7 Agama Sikh 350


6.4.8 Agama Kristian 353
6.4.9 Kepercayaan dan Agama Orang Asli 360
6.4.10 Masyarakat Sabah 362
6.4.11 Masyarakat Sarawak 366
6.5 Menghormati antara Agama 370
Rumusan 373
Kata Kunci 374
Rujukan 375
vii  ISI KANDUNGAN
i
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

PANDUAN KURSUS
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

"
"

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

"
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti dari awal hingga akhir.
Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda
memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk
anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah
rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan
kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen pembelajaran
penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
MPU2363 Pengajian Malaysia ialah salah satu kursus wajib MQA yang
ditawarkan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam
kredit dan harus dijalankan selama 14 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini wajib kepada semua pelajar yang mengikuti program dalam peringkat
pengajian diploma. Tujuan kursus ini diperkenalkan adalah melahirkan
warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan, semangat patriotisme yang
unggul dan mampu menghadapi cabaran ke arah mencapai kesejahteraan hidup
serta dapat menghayati peranan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.
xii  PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang
bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran
masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran

Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami secara 3


ringkas kandungan kursus

Memahami modul 60

Menghadiri 3 sesi tutorial 10

Penyertaan dalam talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, ujian dan peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghargai sejarah dan politik negara Malaysia;

2. Mengulas kepentingan identiti kebangsaan ke arah mengukuhkan semangat


patriotisme;

3. Menjelaskan konsep kemasyarakatan dan perpaduan, pembangunan negara


dan isu semasa negara;

4. Menghurai dan membahaskan kepelbagaian dalam masyarakat; dan

5. Membina dan memupuk hubungan dan interaksi sosial dalam kalangan


pelajar.
PANDUAN KURSUS  xiii

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada enam topik. Sinopsis bagi setiap topik adalah seperti
yang berikut:

Topik 1 membincangkan latar belakang sejarah dan politik awal negara yang
bermula dengan kerajaan awal di Asia Tenggara yang berkait rapat dengan
kemunculan empayar Melaka sehinggalah kedatangan penjajah Barat untuk
menguasai negeri Melayu. Topik ini juga menghuraikan proses kemerdekaan
Tanah Melayu dan peristiwa pembentukan Malaysia. Akhir sekali, perbincangan
mengenai sistem dan struktur pentadbiran serta amalan demokrasi berparlimen
di Malaysia akan turut disertakan.

Topik 2 membincangkan latar belakang, objektif, keluhuran dan kandungan


Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu, topik ini juga akan mengupas
beberapa peruntukan khas dalam Perlembagaan Malaysia.

Topik 3 menghuraikan sistem dan struktur pentadbiran negara. Sebagai


permulaan, anda akan diterangkan dengan konsep federalisme, diikuti dengan
huraian tentang sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Akhir sekali, anda
akan diperkenalkan dengan tiga komponen utama kerajaan, iaitu badan
perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman di samping peranan Yang
di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja.

Topik 4 membincangkan tentang kemasyarakatan dan perpaduan. Topik ini


merangkumi huraian tentang komposisi etnik di Malaysia, konsep perpaduan
negara, integrasi nasional dan rukun negara sebagai ideologi. Objektif topik ini
ialah melahirkan semangat persefahaman yang tulen dan sikap hormat-
menghormati antara satu sama lain dalam kalangan rakyat pelbagai agama, kaum
dan budaya di Malaysia.

Topik 5 memfokuskan tentang pembangunan negara. Permulaan topik ini akan


mengupas tentang pelan pembangunan negara, dasar ekonomi dan dasar sosial
negara di samping dasar baharu kerajaan. Kemudian, dasar luar Malaysia akan
turut dihuraikan. Akhir sekali, kita akan melihat peranan Malaysia dalam
pertubuhan dan kumpulan antarabangsa. Kepercayaan yang diberi oleh negara
lain terhadap Malaysia dalam pertubuhan dan kumpulan antarabangsa ini
membuktikan kewibawaan Malaysia sebagai sebuah negara yang berkaliber.
xiv  PANDUAN KURSUS

Topik 6 menerangkan perkembangan dan kepercayaan agama di Malaysia. Topik


ini membincangkan kepercayaan animisme dan dinamisme, agama Hindu,
Buddha, Kristian, Islam, Sikh dan kepercayaan masyarakat orang asli serta
peribumi di Sabah dan Sarawak. Seterusnya, perbincangan mengenai peruntukan
agama dalam Perlembagaan Malaysia yang mengangkat Islam sebagai agama
rasmi negara turut disertakan. Sebagai penutup, topik ini diakhiri dengan
perbincangan mengenai toleransi dan sikap saling menghormati antara agama di
Malaysia.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan
menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada
anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan
anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan
kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari
kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan
yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir
secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas,
merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini
membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.
PANDUAN KURSUS  xv

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada
akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang
berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut
dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan dan tiada prasyarat yang khusus bagi kursus
ini kerana ia kursus berstatus wajib MQA.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Abdul Aziz Bari. (2005). Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya,
Malaysia: Intel Multimedia and Publication.

Ishak Saat. (2005). Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor, Malaysia:


Karisma.

Kamaruzzaman Ismail. (2012). Pengajian Malaysia. Shah Alam, Malaysia: Oxford


Fajar.

Mardiana Nordin, & Hasnah Hussin. (2011). Pengajian Malaysia. Shah Alam,
Malaysia: Oxford Fajar.

Mardiana Nordin, & Hasnah Hussin. (2012). Pengajian Malaysia (Ed. ke-5). Shah
Alam, Malaysia: Oxford Fajar.

Mohd Kamal Kamaruddin. (2011). Pengajian Malaysia dan kenegaraan. Kuala


Lumpur, Malaysia: Global Mediastreet.
xvi  PANDUAN KURSUS

Moten, A. R. (2013). Constitution and constitutionalism. Dlm. A. R. Moten,


Government and politics in Malaysia (hlmn. 99ă122). Petaling Jaya,
Malaysia: Cengage Learning Asia Pte. Ltd.

Nadzan Haron, & Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia melangkah ke hadapan:
Pengajian Malaysia sejak 1945. Selangor, Malaysia: Penerbitan Multimedia.

Nazaruddin Mohd Jail, MaÊrof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, & Ismail Mohd
Rashid. (2004). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan kewarganegaraan
(Ed. ke-2). Petaling Jaya, Malaysia: Prentice Hall.

Rahmah Bujang dll. (2006). Kesenian, proses sosialisasi dan pembudayaan


masyarakat Melayu dalam tamadun Islam dan tamadun Melayu. Kuala
Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Warrent, M. (2007). World religions. Belmont, CA: Wadsworth, Cengage Learning.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta
banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.
Topik  Sejarah dan
Politik
1
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan latar belakang sejarah awal Malaysia bermula dari
zaman klasik hingga pendudukan Jepun;
2. Menghuraikan proses kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu;
dan
3. Menjelaskan pembentukan Malaysia.

 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai catatan
sejarah yang panjang melebihi 2,000 tahun? Walau bagaimanapun, sejarah awal
negara ini agak kabur kerana kurangnya sumber dan catatan yang menceritakan
tentang kewujudan Tanah Melayu melainkan catatan yang ditulis oleh pedagang
India dan China. Kewujudan kerajaan awal di Asia Tenggara merupakan titik
tolak bermulanya sejarah kewujudan Tanah Melayu dan seterusnya pembentukan
Malaysia pada hari ini.

Malaysia pernah mengalami zaman penjajahan Barat seperti Melaka ditakluki


oleh Portugis pada tahun 1511, Belanda pada tahun 1641 dan kemudiannya oleh
kuasa British. Penguasaan British di negeri Melayu semakin kukuh apabila British
berjaya mentadbir Negeri-Negeri Selat pada tahun 1824, memperkenalkan
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada tahun 1896 dan seterusnya
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) pada tahun 1909. Selepas itu,
Tanah Melayu dijajah pula oleh kuasa Jepun pada tahun 1941 hingga 1945.
2  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Kemudian, proses kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pun bermula kerana


penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union, darurat, kerjasama antara
kaum, pilihan raya umum pertama dan pembentukan kerajaan sendiri sejak tahun
1955.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos


1957, maka bermulalah proses pembentukan Malaysia. Malaysia telah berjaya
dibentuk melalui percantuman Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak
dan Borneo Utara selepas melalui proses yang panjang dan melalui pelbagai
cabaran pada tarikh 16 September 1963.

Huraian tadi merupakan ringkasan kepada sejarah dan politik awal di Malaysia.
Huraian yang lebih mendalam dan lebih lanjut akan diberi dalam subtopik yang
seterusnya. Adakah anda bersedia? Mari kita mulakan pembelajaran kita!

1.1 LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL


NEGARA
Mari kita pelajari sejarah awal Malaysia dalam subtopik pertama modul ini.
Tahukah anda sejak abad pertama hingga abad ke-14 Masihi, telah wujud kerajaan
awal di Asia Tenggara termasuklah kerajaan awal yang wujud di Tanah Melayu?
Zaman kemunculan kerajaan awal ini dikenal sebagai zaman klasik.

Ramai ahli sejarah berpendapat kemunculan kerajaan awal ini dipengaruhi oleh
faktor aktiviti perdagangan yang dijalankan di antara benua India dan negara
China. Kebanyakan kerajaan awal tersebut terletak sepanjang jalan perdagangan
antarabangsa. Menurut catatan sejarah, cerita tentang kerajaan awal Tanah
Melayu adalah berdasarkan sumber India dan China.

1.1.1 Sejarah Awal Asia Tenggara dan Tanah Melayu


Berdasarkan sumber India dalam Hikayat Ramayana, terdapat beberapa lokasi di
Asia Tenggara sebagai Suvarnadvipa (Pulau Emas, Semenanjung) dan
Suvarnabhumi (Tanah Emas) yang merujuk kepada Tanah Melayu. Selain itu,
Hikayat Ramayana juga menyebut Yavadvipa sebagai sebuah pulau emas dan
perak.

Manakala dalam Hikayat Vayu Purana, terdapat petikan tentang Yavadvipa


sebagai Yamadvipa atau Malaydvipa. Selain itu, Braddell (1980), seorang sarjana
Barat, turut mentafsirkan Yavadvipa sebagai Jawa dan Sumatera.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  3

Menurut sumber China pula, terdapat beberapa kota awal yang wujud pada abad
ke-5 hingga ke-13 Masihi di Tanah Melayu seperti yang berikut (Wolters, 1989):

(a) Chieh-cha, Kataka (Kedah);

(b) Chih-tu (Kelantan);

(c) Fo-lo-an (Kuala Berang);

(d) Teng-ya-nung (Terengganu);

(e) Peng-keng (Pekan);

(f) Jeh-li-tong (Kampong Johor Lama);

(g) Tiyumah (Tioman);

(h) Gangga Negara (Perak); dan

(i) Temasik (Singapura).

Kerajaan ini dipengaruhi kepercayaan Hindu dan Buddha serta terbahagi kepada
dua bentuk (lihat Jadual 1.1).

Jadual 1.1: Dua Bentuk Kerajaan Kota Awal di Asia Tenggara dan Tanah Melayu

Kerajaan Agraria Kerajaan Maritim

 Kerajaan Funan (Lembah Mekong);  Kerajaan Funan (Oc-Eo);


 Kerajaan Dvaravati (Lembah Sungai  Kerajaan Srivijaya; dan
Menam Chao Phraya dan Irrawaddy);
 Kerajaan Kedah (Kedah Tua dan
 Kerajaan Champa; dan Lembah Bujang).
 Kerajaan Angkor (Lembah Mekong).

Perniagaan antara India dan China mengambil masa yang panjang kerana melalui
banyak lokasi dan orang perantaraan. Hasil dagangan ini merupakan barangan
mewah dan bernilai tinggi seperti kain sutera, barangan tembikar, wangi-wangian
dan emas. Aktiviti perdagangan ini meningkat sejak abad pertama dan
menggalakkan kewujudan bandar perdagangan yang dikenal sebagai negara-
bandar (city-state).
4  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Tahukah anda Funan merupakan kerajaan agraria yang terawal wujud di Asia
Tenggara seawal abad yang pertama? Raja-raja Funan memakai gelaran Sailaraja
yang bermaksud raja (di) gunung dalam bahasa Sanskrit. Pada mulanya, kerajaan
ini bersifat agraria kerana ia bergantung pada aktiviti pertanian padi sebagai
sumber ekonomi yang terpenting. Kemudian, Funan yang berlandaskan kerajaan
agraria berubah kepada kerajaan maritim setelah wujudnya bandar pelabuhan
Oc-Eo. Oleh itu, Funan dianggap sebagai kerajaan terawal menjalankan
perniagaan laut berbanding dengan kerajaan awal lain di Asia Tenggara (Wolters,
1989).

Selain kemunculan kerajaan Funan, terdapat juga kerajaan awal lain yang
berteraskan agraria seperti kerajaan:

(a) Dvaravati di sekitar Lembah Menam Chao Phraya dan Irrawaddy;

(b) Champa seawal abad ke-2 hingga ke-16 Masihi; dan

(c) Angkor sekitar abad ke-9 hingga ke-15 Masihi.

Kerajaan Angkor telah berkembang luas hingga ke wilayah Mon di Lembah


Menam dan Tambralingga di selatan Siam. Kerajaan Angkor turut meluaskan
jajahan takluknya ke atas Pagan dan Burma tetapi merosot pada abad ke-15 Masihi
akibat serangan kerajaan Sukhotai.

Pada abad ke-3 Masihi, Funan telah menjajah beberapa wilayah seperti Tun-Sun,
Ko-lo, PÊan-PÊan, Tambralingga, Langkasuka dan Kataha. Pengaruh Funan ke atas
jajahan di utara Tanah Melayu turut berlaku, iaitu di Langkasuka. Dalam sumber
China, Langkasuka disebut Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu; sumber Arab disebut
Langasyuka (Lungsaka); dan sumber India disebut Ilangasoka. Sejak abad keenam
Masihi, Langkasuka mewujudkan hubungan dagangnya dengan China (Wolters,
1989).

Ahli sejarah menganggap Langkasuka merupakan sebahagian daripada wilayah


utara negeri Kedah. Hal ini dibuktikan dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang
menyebut Langkasuka terletak di pantai barat Tanah Melayu. Manakala dalam
sumber China, Langkasuka merupakan sebuah negara di pantai timur yang
dikenal sebagai Chieh-cha. Menurut sumber India pula, nama Kedah disebut
Kalagam atau Kadaram.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  5

Kerajaan Kedah dikatakan sebuah negeri yang kaya dengan permata, emas, kayu
cendana, mutiara, batu karang dan hasil makanan. Selain itu, masyarakat Kedah
Tua (Lembah Bujang) lebih banyak menumpukan kegiatan laut berbanding
kegiatan agraria dan berfungsi sebagai kota pelabuhan.

Satu lagi kota pelabuhan yang terkenal ditakluki oleh Funan ialah Chih-tu.
Chih-tu dikatakan muncul pada awal abad keenam Masihi. Chih-tu bermaksud
Tanah Merah yang terdapat dalam jajahan kerajaan tersebut. Ramai sarjana
sejarah bercanggah pendapat mengenai Chih-tu. Chih-tu dipercayai wujud di
kawasan pedalaman Sungai Kelantan. Kerajaan ini menerima pengaruh Hindu
dan Buddha yang begitu kuat sebelum zaman pra-Islam.

Setelah kerajaan Funan merosot pada hujung abad keenam Masihi, muncul
sebuah kerajaan maritim yang kuat di Asia Tenggara, iaitu Srivijaya pada abad
ketujuh Masihi. Srivijaya dianggap sebagai kerajaan maritim Melayu yang
pertama menerima pengaruh Buddha yang begitu kuat. Srivijaya berjaya
meluaskan jajahan takluknya hingga ke utara Tanah Melayu, Jawa dan Sumatera.

Menurut sumber Dinasti Ming, Srivijaya disebut Kan-tÊo-li atau San-fÊo-tsi yang
berpusat di Jambi, Sumatera. Wolters dalam bukunya Early Indonesian
Commerce dan The Fall of Srivijaya in Malay History mencatatkan Kan-tÊo-li
muncul selepas kejatuhan kerajaan Funan pada abad keenam Masihi (Wolters,
1989).

I-Tsing (seorang pengembara Buddha) melaporkan terdapat lebih 1,000 sami


Buddha di Srivijaya yang mengamalkan undang-undang dan upacara yang sama
seperti di India. Srivijaya muncul sebagai pusat pengajian dan penyebaran agama
Buddha Mahayana yang terpenting di kepulauan Asia Tenggara. Selain itu,
Srivijaya turut berkembang sebagai kota pelabuhan di Selat Melaka dan Selat
Sunda dengan hasil dagangan seperti rempah ratus, cendana, gaharu dan
ubat-ubatan.

Sehubungan itu, empayar Srivijaya dianggap sebagai empayar Melayu pertama


di Asia Tenggara sebelum Kesultanan Melayu Melaka. Coedes (1983) menyatakan
Srivijaya dikenal dengan beberapa nama seperti Che-li-fo-che, San-fo-tsi (sumber
China) dan Sarbaza, Sribuzza (sumber Arab/India).

Srivijaya terkenal sebagai negeri perniagaan laut (thalassocracy). Pusat politik,


ekonomi dan kebudayaannya terletak di Palembang. Pengasas empayar Srivijaya
digelar Dapunta Hiyam.
6  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Selain itu, Srivijaya berjaya menakluki kerajaan Melayu-Jambi, Kedah Tua, Ligor,
Jaiya dan negeri kecil lain di Segenting Kra. Empayar Srivijaya mempunyai
hubungan dagang dan diplomatik dengan China serta perdagangan jauh di antara
timur dan barat (Wolters, 1989).

Kemunculan Srivijaya banyak dicatatkan pada beberapa inskripsi Melayu kuno,


iaitu:

(a) Inskripsi Kedukan Bukit (Telaga Batu) di Palembang;

(b) Inskripsi Kota Kapur di Bangka;

(c) Inskripsi Talang Tuwo di Palembang; dan

(d) Inskripsi Karang Brahi di Jambi.

Inskripsi Kedukan Bukit merupakan bukti bertarikh mengenai kewujudan awal


Srivijaya dalam bahasa Melayu kuno dan Sanskrit (Wolters, 1989).

Coedes (1983) pula beranggapan Srivijaya dibuka lebih awal dari tarikh 683 M.
Berdasarkan sumber China (Dinasti Tang), Coedes mengemukakan dua pendapat
bahawa Srivijaya diasaskan lebih awal, iaitu:

(a) Che-li-fo-che telah menghantar utusan ke China antara tahun 670 M hingga
673 M; dan

(b) Catatan I-Tsing telah sampai ke (Che-li) Fo-che pada tahun 671 M.

Walau bagaimanapun, ahli sejarah masih gagal menentukan kewujudan Srivijaya


tetapi bersetuju bahawa kemunculan Srivijaya adalah pada abad ketujuh Masihi
(Wolters, 1989). Catatan inskripsi Telaga Batu turut menunjukkan Srivijaya
mempunyai sistem pentadbiran yang teratur. Wolters (1989) menyatakan
Srivijaya ditadbir kepada tiga kawasan manakala de Casparis (1975) menjelaskan
bahawa Srivijaya merupakan sebuah „kadatuan‰ yang bermaksud empayar.

Sekitar abad kelima dan keenam Masihi, pelabuhan pertama yang wujud di Selat
Melaka dan menguasai pasaran tempatan ke China ialah Kan-to-li (Gantuoli).
Kan-to-li pernah dikaitkan dengan kewujudan Srivijaya pada abad ketujuh
Masihi. Lokasi Kan-to-li terletak di tenggara laut Pulau Sumatera dan
mengeksport hasil hutan, wangi-wangian dan candu kepada pasaran China.
Kan-to-li menguasai pengeluaran hasil dagang negeri sehingga muncul sebagai
pelabuhan entrepot. Sehingga tahun 441 M, Kan-to-li sudah menghantar ufti
(gaharu) ke China.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  7

Menurut Coedes (1983) berdasarkan rekod Dinasti Tang, Srivijaya dikenal sebagai
Shi-li-fos-hi (Shilifoshi) dan mempunyai hubungan dengan China. Sekitar abad
ketujuh Masihi, pedagang Srivijaya sudah belayar hingga ke Tongking dan
Canton bermula dari tahun 670 M hingga 742 M. Apabila Dinasti Tang semakin
lemah, maka tamatlah hubungan perdagangan ini.

Berdasarkan catatan Hsin TÊang Shu, Srivijaya berjaya memiliki 14 buah kota
jajahan yang pada mulanya merupakan saingan perdagangannya. Jajahan takluk
Srivijaya ini meliputi pantai barat Burma, Segenting Kra dan sebahagian pantai
barat dan timur Semenanjung Tanah Melayu. Srivijaya memaksa setiap kapal
yang belayar di perairannya supaya singgah ke bandar pelabuhannya yang lain.
Srivijaya merupakan kerajaan yang kuat kerana memiliki tentera laut yang besar
untuk menjaga kepentingan dan kekayaan perdagangannya (Wolters, 1989).

Tahukah anda Lembah Bujang (Kalah) ialah bandar perniagaan yang terpenting
bagi Srivijaya pada abad ke-10 Masihi? Srivijaya menguasai Lembah Bujang di
Kedah dan menjadikannya sebagai pusat perdagangan entrepot yang utama di
Selat Melaka. Di sini, saudagar asing membeli hasil dagangan seperti timah
(Tanah Melayu), gading gajah (Sumatera), kapur barus (Borneo), rempah ratus
(Maluku) dan kayu cendana (kepulauan Asia Tenggara).

Pahang dan Pulau Tiyumah juga merupakan jajahan takluk Srivijaya yang menjadi
persinggahan bagi pedagang antarabangsa. Pulau Tiyumah membekalkan air
minuman kepada pelaut dan pedagang di samping hasil dagangan kayu cendana,
kelapa dan kapur barus.

Akhir sekali, apakah yang dapat kita rumuskan tentang faktor kejayaan kerajaan
Srivijaya? Antara faktor kejayaan kerajaan Srivijaya sebagai empayar yang kuat
adalah kerana keupayaannya:

(a) Menyediakan pelabuhan yang dapat memberi segala kemudahan kepada


pedagang;

(b) Mengawal pedagang luar; dan

(c) Memiliki tentera laut yang besar dan kuat.

AKTIVITI 1.1

Melalui carian dalam Internet, kenal pasti faktor kejatuhan empayar


Srivijaya. Bincangkan jawapan anda dengan rakan sekuliah dalam forum
myINSPIRE.
8  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

1.1.2 Sejarah Awal Melaka


Sekarang, mari kita pelajari pula sejarah awal Melaka. Tahukah anda dalam
sejarah Malaysia, Parameswara disebut sebagai putera raja yang cuba
memberontak dan merdeka dari Jawa? Parameswara berasal daripada keturunan
raja Palembang. Nama Parameswara bermaksud „dewa yang tertinggi‰ (supreme
lord) dan mempunyai persamaan dengan raja India di wilayah selatan, iaitu
Parameswarawarman.

Berdasarkan sumber Portugis, terdapat lima rekod yang ditulis oleh mereka
mengenai Melaka (lihat Jadual 1.2).

Jadual 1.2: Lima Sumber Penulisan Portugis tentang Melaka

Sumber Penulisan Portugis tentang Melaka Penulis

Suma Oriental Tom Pires

Commentaries Braz de Alburquerque

Asia Joao de Barros

Report on the Golden Chersonese dan Description of Manuel Godinho de Eredia


Malacca
Decada Diego de CoutoÊ

Salah seorang penulis Portugis iaitu Tom Pires (Suma Oriental), telah mencatatkan
bahawa raja Melaka yang terawal sebagai Paramicura. Menurut beliau,
Paramicura memerintah Singapura selama lima tahun, kemudian di Bertam
selama enam tahun dan akhirnya mangkat di Bertam. Manakala berdasarkan
catatan dalam Commentaries, raja Melaka yang pertama ialah Paramicura dan
mangkat tujuh tahun selepas membuka Melaka.

Menurut sumber Barat pula, Winstedt (1989) menyatakan Parameswara menjadi


Raja Singapura selama empat tahun, iaitu pada tahun 1512 hingga 1515
(berdasarkan sumber Tom Pires, Suma Oriental). Parameswara telah hidup
sebagai pelarian di Muar selama enam tahun, kemudian tinggal di Bertam
sebelum mendirikan Melaka pada tahun 1403. Pentarikhan Winstedt (berdasarkan
Suma Oriental) menunjukkan pendudukan Melaka bermula pada tahun
1402/1403 manakala perkiraan Wheatley (berdasarkan Sejarah Melayu dan Tuhfat
al-Nafis) pula bermula pada tahun 1404/1405.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  9

Menurut sumber China pula, terdapat empat sumber catatan yang menceritakan
tentang Melaka, iaitu:

(a) Ming Shih;

(b) Ming Shih-lu;

(c) Ying-yai Sheng-lan; dan

(d) Hsing-cha Sheng-lan.

Rekod Ming Shih dan Ming Shih-lu dicatatkan pada tahun 1742 semasa zaman
Dinasti Ming. Ying-yai Sheng-lan dan Hsing-cha Sheng-lan pula merupakan
catatan oleh Ma Huan dan Fei Hsin. Dalam sumber China ini, dinyatakan bahawa
lawatan utusan diraja Melaka berlaku pada tahun 1405 hingga 1435.
Pai-li-mi-su-la (tahun 1405 hingga 1413) telah menghantar enam utusan diraja ke
China. Catatan Yung-lo Shih-lu (tahun 1425 hingga 1430) dan Hsuan-te Shih-lu
pula menyatakan tentang nama seorang raja Pai-li-mi-su-la yang mangkat pada
akhir tahun 1413/1414.

Namun, menurut Profesor Wang Gungwu yang menggunakan sumber tempatan,


Sejarah Melayu (edisi tahun 1536 dan 1612), Bustan al-Salatin (1638), sumber
Portugis dan keterangan China (Dinasti Ming); Parameswara merupakan seorang
pelarian yang membuka Melaka pada tahun 1390-an. Beliau melarikan diri
bersama orang Bugis dan orang laut ke muara Sungai Melaka.

Ramai sarjana tempatan menggunakan tempoh Kesultanan Melayu Melaka


bermula pada tahun 1400 dan berakhir pada tahun 1511. Mari kita lihat Rajah 1.1
yang menggambarkan peta Empayar Kesultanan Melayu Melaka.
10  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Rajah 1.1: Peta empayar Kesultanan Melayu Melaka

1.1.3 Sistem Pemerintahan Melaka


Melaka merupakan sebuah kerajaan Melayu tradisional yang mengamalkan
sistem pemerintahan kerajaan monarki warisan Empayar Srivijaya. Sultan ialah
ketua negara dan ketua kerajaan yang tertinggi. Di samping itu, Melaka juga
mempunyai Hukum Kanun Melaka sebagai undang-undang yang dijadikan
rujukan Sultan Melaka dalam menjalankan pemerintahan.

Dalam sistem pemerintahan, terdapat pembesar negeri yang terdiri daripada


bendahara, temenggung, laksamana, penghulu bendahari dan syahbandar yang
berfungsi membantu sultan. Setiap pembesar bertugas mengikut portfolio
masing-masing manakala pada peringkat wilayah, terdapat pembesar-pembesar
wilayah seperti penghulu yang mentadbir wilayah bagi pihak sultan (Andaya &
Andaya, 2001).
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  11

Apakah tugas bendahara, temenggung, laksamana, penghulu bendahari dan


syahbandar? Mari kita lihat Jadual 1.3 yang menjelaskannya.

Jadual 1.3: Tugas Pembesar Negeri pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Pembesar Tugas
Bendahara Menjaga hal ehwal pentadbiran negara termasuk perhubungan
dengan negara asing.
Temenggung Menjaga keamanan dan ketenteraman dalam negeri.
Laksamana Menjaga keselamatan dan pertahanan daripada ancaman luar.
Penghulu Menjaga urusan cukai dalaman dan hasil (ufti). Ketua kepada
bendahari syahbandar.
Syahbandar Menjaga urusan cukai perdagangan luar.

Selain itu, wujud stratifikasi sosial dalam kalangan penduduk Melaka yang terdiri
daripada sultan, orang besar (pembesar), rakyat dan golongan hamba (rujuk
Rajah 1.2).

Rajah 1.2: Struktur masyarakat Melayu tradisional

1.1.4 Kegiatan Ekonomi Melaka


Menurut Kennedy (1993) dalam bukunya A History of Malaya, Melaka semasa
dibuka oleh Parameswara ialah sebuah perkampungan nelayan dan lanun.
Kegiatan pertanian bukanlah kegiatan utama penduduk Melaka dan ekonominya
tidak mengeluarkan apa-apa barang dagangan kecuali sedikit timah dan gading
gajah. Penduduk tempatan tidak terlibat secara aktif dalam bidang perdagangan
sebaliknya dikuasai oleh pedagang asing. Oleh itu, Melaka terkenal sebagai pusat
„emporium‰ yang wujud di kawasan timur.
12  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Perdagangan Melaka meliputi pelabuhan utama dunia dari Venice, Alexandria


hingga ke Laut Merah, menyeberangi Teluk Parsi hingga ke Cipangu (Jepun).
Kawasan perdagangan lain meliputi Afrika Utara, benua India, Ceylon, Burma,
kepulauan Sumatera, Jawa dan kepulauan rempah (lihat Rajah 1.3).

Rajah 1.3: Peta jaringan perdagangan Melaka dengan negara lain

Tom Pires (1512/1990) menyatakan di pelabuhan Melaka terdapat 84 bahasa


digunakan dan tiap-tiap satu adalah berlainan. Pires turut menyatakan bahawa
„Barang siapa menguasai Melaka maka ia akan dapat menguasai Venice‰ (Venice
merupakan sebuah pelabuhan yang besar di Eropah dan pintu masuk barang
dagangan dari Asia).

Menurut Duarte Barbosa pula, pada kurun ke-15, Melaka merupakan pelabuhan
yang terkaya dengan jumlah perdagangan borong yang terbesar dan perkapalan
yang sungguh banyak dari seluruh dunia (Kennedy, 1993) (lihat Rajah 1.4).
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  13

Rajah 1.4: Kesibukan kapal dagang di pelabuhan Melaka


Sumber: http://info.cari.com.my

Apakah faktor yang membawa kemasyuran pelabuhan Melaka? Antara faktor


yang membawa kemasyuran pelabuhan Melaka ialah:

(a) Menjalankan dasar perdagangan bebas;

(b) Menjamin keselamatan pedagang;

(c) Pusat perdagangan yang terbesar;

(d) Mempunyai bekalan makanan yang cukup; dan

(e) Jaminan keselamatan daripada serangan lanun.

Oleh itu, keupayaan Melaka sebagai pusat pelabuhan dan kawasan perniagaan
yang sangat penting di alam Melayu bagi Timur dan Barat tidak dapat disangkal
lagi.

Tahukah anda penggunaan mata wang telah wujud di Melaka sejak zaman
pemerintahan Raja Iskandar Syah? Nilai pertukaran satu jongkong timah adalah
seberat 1 kati 8 tahil. Selain itu, Melaka mengamalkan „sistem cukai
berkeutamaan‰ (preferential tariff system).
14  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Terdapat pelbagai pedagang yang datang ke Melaka, iaitu Mur dari Kaherah,
Mekah, Aden, Abysinnia, orang Kilwa, Malindi, Ormuz, Parsees, Rumes, Turks,
Turkomans, Kristian Armenia, Gujaratee, Chaul, Dabhol, Goa, Deccan, Malabar,
Orissa, Ceylon, Bengal, Arakan, Pegu, Siam, Kedah, Melayu, Pahang, Patani,
Kemboja, Champa, Cochin, China, Lequeos, Brunei, Lucoes, Tamjompura, Laue,
Banka, Bima, Timor, Madura, Jaya, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Indragiri,
Kappatta, Minangkabau, Siak, Arqua (Arcat), Aru, Bata, Tomjano, Pase, Pedir dan
Maldives.

Saudagar dari Gujerat, Koromandel dan Benggala membawa hasil perdagangan


seperti pakaian, barang mewah dan wangi-wangian. Barang dagangan yang
dibawa pulang ke India pula ialah buah pala, cengkih, kapur barus, kayu cendana
dan kemenyan.

Malah, Pires (1512/1990) turut menyatakan bahawa bandar Melaka tidak akan
ada tanpa Cambay dan Cambay akan mati tanpa Melaka. Cambay merupakan
sebuah bandar pelabuhan yang terkenal pada masa dahulu di Gujerat, India.

Pelayaran pedagang dari Asia Barat mengambil masa 18 bulan untuk sampai ke
Melaka. Saudagar Asia Barat akan berhenti di Cambay dan membawa bersama
mereka barangan mewah, senjata, kain tenunan, mangkuk tembaga, candu dan
arak. Kemudian, mereka akan membeli barangan mewah lain seperti kain sutera,
kain benang emas, pinggan mangkuk, pasu dan porselin dari negara China
sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Melaka (Andaya & Andaya, 2001).

1.1.5 Dasar Luar Melaka


Tahukah anda sejak abad ke-15, Melaka telah membina dasar luar negara yang
bersifat selamat dan terjamin? Kebangkitan Kesultanan Melayu Melaka sebagai
empayar yang kuat adalah di bawah kepimpinan empat orang raja Melaka yang
dianggap paling berkaliber. Siapakah sultan tersebut? Sultan yang dianggap
paling berkaliber dan adil ini adalah seperti yang berikut:

(a) Parameswara;

(b) Sultan Muzaffar Syah;

(c) Sultan Mansor Syah; dan

(d) Sultan Alauddin Riayat Syah.


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  15

Menurut Pires (1512/1990), Sultan Muzaffar Shah merupakan seorang yang baik
hati dan bersikap munasabah. Sejarah Melayu juga turut menyokong perwatakan
Sultan Muzaffar sebagai terlalu baik. Baginda adil, murah dan saksama.

Selain itu, Pires (1512/1990) menggambarkan Sultan Mansor Shah (Mamsursa)


sebagai seorang yang bermaruah manakala Sejarah Melayu menggambarkan
Sultan Mansor sebagai terlalu baik parasnya serta adil lagi pemurah. Malah, Pires
turut menyatakan bahawa Raja Melaka berurusan dengan baik dan saksama
dengan orang luar yang merupakan perkara yang sangat menarik pedagang luar
terutamanya warga asing.

Kesultanan Melayu Melaka turut berminat mengadakan hubungan dengan China


untuk menjaga keselamatannya daripada ancaman kuasa Siam. China
menganggap semua negara yang menghantar rombongan kepadanya sebagai
sebuah negara ufti. Fungsi penghantaran ufti oleh kerajaan Melaka kepada China
merupakan bukti bahawa Melaka menerima ketuanan China. Oleh itu, Melaka
berjaya mengimbangi kuasa (balance of power) Siam dengan menggunakan kuasa
China.

1.1.6 Penduduk Melaka


Pires (1512/1990) mencatatkan kewujudan orang Celates (Selat) yang datang dan
menetap di Melaka. De Eredia (1613/1997) pula menyatakan penduduk awal
Melaka ialah orang Selat. Tiga tahun setelah Melaka dibuka oleh Parameswara,
rakyatnya bertambah daripada 1,000 kepada 2,000 orang. Pada tahun 1414,
Melaka mempunyai 6,000 penduduk dan pada zaman Sultan Alauddin Riayat
Shah, Melaka menjadi sangat masyhur sehinggakan mempunyai 40,000 penduduk
yang terdiri daripada hampir semua bangsa di dunia. Newbold (1839) pula
menganggarkan penduduk Melaka seramai 190,000 orang pada zaman
pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

Masyarakat Melayu Melaka pada dasarnya merupakan masyarakat Melayu


bercirikan tradisional. Afonso de Albuquerque (wizurai Goa) menggambarkan
orang Melayu sebagai orang yang gagah, memakai pakaian yang baik, tidak akan
membenarkan orang lain meletakkan tangan di atas kepala dan juga bahu mereka.
Valentyn (1878) pula mencatatkan orang Melayu sebagai orang yang paling licik,
bijak dan berbudi bahasa di seluruh bahagian Timur.
16  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

1.1.7 Penyebaran Islam di Melaka


Penyebaran Islam di Melaka dikatakan bermula dengan pengislaman
Parameswara pada tahun 1414 M (namanya ditukar menjadi Sultan Iskandar
Shah). Islam disebarkan ke Melaka oleh pedagang Arab dan Parsi. Pedagang Arab
memanggil Melaka sebagai Malakat yang bermaksud pasar (emporium).

Terdapat bukti terawal Islam di Tanah Melayu dengan penemuan Batu Bersurat
di Terengganu bertarikh 702 H bersamaan 1303 M. Tulisan Jawi lama yang
terdapat pada batu bersurat Terengganu mencatatkan undang-undang hukuman
jenayah.

Fatimi (1963) menyatakan bukti tersebut menunjukkan Terengganu ialah negeri


yang terawal menerima Islam. Kedatangan Islam di Terengganu berlaku kerana
kegiatan perdagangan oleh orang Arab ke negara China. Rekod China (Ming Shih)
turut menjelaskan pemerintah kerajaan Melayu Melaka telah mengamalkan ajaran
Islam.

Evangeslista (1988) pula berpendapat bahawa proses pengislaman bukannya


perkara yang berlaku sekelip mata. Ia mengambil masa terutamanya di tempat di
mana agama Hindu dan Buddha telah diterima. Kedatangan Islam pada abad
ke-7 Masihi hingga ke-15 Masihi telah menghakis pengaruh Hindu-Buddha
sedikit demi sedikit (Kennedy, 1993).

Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan era perkembangan Islam dan


mencapai kegemilangannya pada zaman Sultan Mansur Shah. Melaka menjadi
pusat pengajian Islam yang terpenting di Semenanjung Tanah Melayu dan
Nusantara. Sejarah Melayu mencatatkan raja Melaka amat berminat dengan
ajaran Islam.

Sultan Muhammad Syah mempelajari ilmu agama Islam daripada Saiyid Abdul
Aziz. Sultan Mansur Shah dikatakan mempelajari kitab Dur al-Manzum dengan
Maulana Abu Bakar. Kedatangan Maulana Abu Bakar dari Jeddah melaporkan
„semua orang besar Melaka berguru dengan beliau.‰ Sultan Mahmud Shah dan
puteranya Sultan Ahmad pula berguru dengan Maulana Sadar Jahan.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  17

Konsep politik selepas Islam berubah dengan penekanan kepada konsep daulat
raja (daulah). Bagi orang Melayu, pantang mereka menderhaka kerana adat
hamba Melayu itu tiada dapat menyalahi kehendak tuannya (raja). Oleh itu, raja
Melaka diperlihatkan dengan kedaulatan mereka yang kuat seperti yang
digambarkan dalam kisah Sang Rajuna Tapa yang menderhaka kepada Raja
Iskandar Shah dengan membantu Majapahit:

„Dengan takdir Allah Taala, maka rumah Sang Rajuna Tapa pun roboh, dan
kerengkiangnya tumbang, dan beras pun habis menjadi tanah dan Sang Rajuna
Tapa laki isteri menjadi batu.‰

Sistem perundangan Islam tinggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah


Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Melaka). Sebelum pemerintahan Sultan
Alauddin Riayat Shah, hukuman ke atas jenayah seperti mencuri dan menyamun
diputuskan kepada adat tradisi dan resam (local custom). Pada zaman Sultan
Alauddin, sesiapa yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan.

„Adapun jikalau dia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya, maka kenalah
denda akan dia setengah harganya.... Adapun pada hukum Allah orang yang
mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong tangannya.‰
(Hukum Kanun Melaka, Artikel 7.2)

Hukum Kanun Melaka telah menjadi sistem undang-undang terpenting dalam


pentadbiran Melaka. Ketika zaman Sultan Mahmud Shah, fasal dalam Hukum
Kanun Melaka menyebut:

„Menteri, pegawai istana dan pasukan tentera, mereka hendaklah bertindak


berdasarkan firman Allah SWT dalam al-Quran dan menjalankan suruhan-Nya
untuk membuat kebaikan dan mencegah kejahatan.‰

Ketua negara perlu berunding dan bermesyuarat dengan pegawai kerajaan dan
rakyat jelata berlandaskan konsep syura. Kesan pelaksanaan undang-undang
Islam telah memberi pengaruh kepada beberapa jenis undang-undang seperti
jenayah, tanah, muamalat, munakahat, khiyyar dan fuduli.
18  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Hukum Islam digunakan dalam undang-undang jenayah seperti mencuri,


menyamun, qisas, membunuh orang, zina, liwat, muamalat, peraturan jual beli,
hutang piutang, sewa tanah, rumah, berladang dan perkara mungkar seperti
minum arak, tuak, berjudi dan meninggalkan solat.

Selain itu, perkembangan Islam mendorong penghayatan ilmu dan pengetahuan


kepada golongan istana dan rakyat. Proses pembelajaran ini melahirkan banyak
institusi agama Islam yang terkenal seperti madrasah, surau, masjid, pondok,
langgar, rangkang dan pesantren. Islam membawa perubahan sosial dengan
memperkenalkan konsep sama rata bagi menggantikan sistem kasta pengaruh
Hindu-Buddha. Agama Islam telah menghapuskan semangat asabiyah dan
membentuk perpaduan ummah bagi seluruh rakyat di Melaka.

AKTIVITI 1.2

Bincangkan dengan rakan sekuliah anda dalam forum myINSPIRE


tentang cara Kesultanan Melayu Melaka memperkukuhkan empayarnya
sehingga dihormati oleh kuasa asing sebagai sebuah kerajaan Melayu
yang terkuat pada abad ke-15.

1.1.8 Persaingan Kuasa Barat di Negeri-negeri


Melayu
Kejayaan Melaka sebagai empayar yang terkemuka di Nusantara telah
menyebabkan banyak kuasa Barat berminat untuk berdagang dan menguasai
Melaka. Empayar Melaka telah berjaya berkembang dan membangun dengan
begitu pesat sehingga menimbulkan perasaan iri hati dalam kalangan kuasa Barat
seperti yang kita akan bincangkan dalam subtopik ini.

(a) Portugis
Ptolemy menyatakan Melaka dikenal sebagai Jerra atau Regoi Aurifera
(negeri yang kaya dengan emas ă Semenanjung Emas). Sebelum misi
De Sequeira, terdapat satu misi Portugis yang dirancang oleh Francisco
de Almeida (wizurai Portugis) di India. Misi ini diketuai oleh Francisco
Pereira, Estavao de Vilhena dan Gaspar da pada tahun 1506. Mereka
mengetahui dan memahami bahasa Melayu. Misi tersebut terpaksa
dibatalkan kerana berlaku percubaan membunuh mereka semasa di India.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  19

Portugis di Goa telah banyak mengumpul maklumat dan kepentingan


perdagangan Melaka. Portugis juga mendapat laporan daripada pelapor
seperti Vasco da Gama dan Bonajuto de Albano. Laporan seperti Roteiro da
Primeria Viagem de Vasco da Gama 1497ă1499 (carta/peta perjalanan
pertama Vasco da Gama dan laporan perdagangan dan geografi berkenaan
pelbagai negara ke selatan Calicut).

Orang Portugis tiba pertama kalinya di Melaka pada tarikh 11 September


1509. Angkatan Portugis diketuai oleh Diogo Lopes De Sequeira bersama
empat buah kapal dari Lisbon. Semasa dalam perjalanan ke Melaka,
angkatan Portugis telah singgah di Pasai dan Pedir. Peranan wizurai
Almeida dan De Sequeria turut melaporkan perkembangan Portugis di
kawasan Timur kepada Raja Portugal.

Rombongan Diogo Lopes De Sequeira membawa perutusan rasmi daripada


Raja Portugal untuk disampaikan kepada Sultan Mahmud bagi
mewujudkan hubungan persahabatan dan perdagangan. Pada dasarnya
misi De Sequeria ke Melaka untuk mengumpul barang dagangan.

Namun, kedatangan Portugis tidak disenangi oleh pedagang Gujerati dan


Asia Barat. Mereka telah menghasut Bendahara Tun Mutahir supaya
mengusir Portugis dari Melaka (Andaya & Andaya, 2001).

Sultan Mahmud telah menitahkan supaya menangkap orang Portugis dan


20 orang pedagang Portugis bersama pegawai mereka iaitu Ruy dÊAraujo
telah ditangkap dan beberapa orang Portugis terbunuh. De Sequeria telah
meminta Bendahara membebaskan orangnya tetapi ditolak. De Sequeria
berjaya melarikan diri ke India dan memberi amaran akan menyerang
Melaka sekiranya orang tawanan Portugis tidak dibebaskan.

Afonso de Albuquerque meninggalkan Goa bersama 18 buah kapal perang,


800 askar Portugis dan 600 askar Malabar. Misi Afonso adalah membebaskan
tawanan Portugis dan menuntut ganti rugi di samping membina empayar
Portugis di Asia. Rundingan antara Afonso dan pemerintah Melaka gagal.
Akhirnya Portugis melancarkan serangan pada tarikh 8 dan 10 Ogos 1511.

Pada tarikh 24 Ogos 1511, Melaka berjaya dikalahkan dan ditawan oleh
Portugis. Kejatuhan Melaka sebagai pusat pemerintahan ke tangan Portugis
pada tahun 1511 menyebabkan Sultan Mahmud terpaksa berpindah ke Johor
(Andaya & Andaya, 2001).
20  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Afonso turut menyempurnakan arahan Raja Portugal membina fortaleza di


Melaka. Portugis telah membina Kota A Famosa yang berbentuk segi empat
daripada sejenis batu yang diambil dari sebuah pulau di Melaka (lihat
Rajah 1.5).

Rajah 1.5: Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis


Sumber: http://pesanan-pesanan.blogspot.com

Afonso membina kota tersebut sebagai benteng pertahanan serta tempat


untuk beribadat dan upacara keagamaan. Melaka merupakan pusat
pentadbiran Portugis yang ketiga selepas Afrika dan Goa. Portugis tidak
mempunyai anggota yang cukup untuk mentadbir Melaka. Namun, semua
jawatan dikuasai dan dipegang oleh orang Portugis manakala masyarakat
Melaka tidak mempunyai kuasa.

Corak pemerintahan Portugis tidak adil kepada penduduk tempatan


sebaliknya mementingkan orang asing. Selama lima bulan Afonso di
Melaka, beliau merupakan orang yang paling berkuasa di Melaka. Seorang
Kapten Kota dilantik untuk mentadbir Melaka dan sebagai penolong kepada
wizurai di Goa. Kapten Kota dibantu oleh kumpulan pegawai Portugis yang
dilantik, iaitu kapten jeneral, ketua hakim, datuk bandaraya, biskop dan
ketua tempatan.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  21

Pentadbiran Portugis di Melaka memperlihatkan sistem perkongsian kuasa


dengan orang asing dan penduduk tempatan. Sesetengah jawatan tempatan
dikekalkan walaupun berbeza dari segi kuasa. Contohnya, Nina Chatu
(seorang saudagar India) diberi kuasa berdasarkan peruntukan dan
perundangan saudagar India serta pedagang asing yang lain (fidalgo).
Kelemahan Portugis yang paling besar ialah pegawai mereka yang tidak
amanah.

Ketidakcekapan dan masalah pengurusan pentadbiran Portugis di Melaka


diketahui oleh Raja Portugal seperti perbelanjaan pengurusan yang terlalu
tinggi serta pegawai yang tidak cekap. Pegawai Portugis menguasai dan
memonopoli perdagangan untuk kepentingan diri. Pegawai Portugis diberi
keistimewaan untuk menjalankan kegiatan perdagangan di Melaka. Orang
Portugis juga lalai menjalankan tanggungjawab mereka terhadap agama
Kristian. Oleh itu, Francis Xavier dihantar ke timur pada tahun 1545 untuk
memulihkan moral askar Portugis.

Selain itu, saingan Belanda turut menjadi ancaman kepada Portugis. Oleh
itu, Raja Portugal telah menghantar surat kepada kapten kota di Melaka bagi
membekalkan kapal dan senjata untuk menghadapi saingan Belanda.

Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad turut membuat serangan terhadap


Portugis pada tahun 1515 hingga 1524 (sebanyak lima kali) yang
menyebabkan Portugis lemah. Portugis turut menghadapi ancaman kuasa
lain, iaitu kerajaan Islam dari Aceh pimpinan Sultan Ali Mughayat Syah.
Aceh melancarkan serangan secara berturut-turut pada tahun 1537, 1547,
1568, 1570 dan 1582.

Akhir sekali, kemunculan Belanda pada akhir abad ke-16 Masihi menggugat
kekuatan Portugis di Melaka melalui sekatan perdagangan.

(b) Belanda
Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC ă Vereenigde Oostindische
Compagnie) muncul pada tahun 1602 hasil gabungan beberapa buah
syarikat perdagangan di rantau Asia. Syarikat ini menjadi kuasa
perdagangan yang kuat dan menguasai ekonomi Asia Tenggara.

Kuasa Belanda cuba menyingkirkan Portugis yang memonopoli


perdagangan rempah di Mediterranean dan pada masa yang sama kuasa
Inggeris telah menjadi pesaing kuat Belanda. VOC telah menjadikan Asia
sebagai pusat kegiatan rempah utama dan rangkaian perdagangan global
Amsterdam (Furnivall, 1983).
22  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Tahun 1641 merupakan satu lagi titik peralihan dalam sejarah Malaysia
kerana ia menandakan kebangkitan Johor dan penguasaan Belanda ke atas
Melaka daripada tangan Portugis. Belanda disifatkan bukan penceroboh
kolonial tetapi sebagai sahabat kepada pemerintah Melayu yang
membenarkan VOC berdagang di wilayah mereka.

Jalan laut dari Eropah ke rantau Asia dirahsiakan oleh Portugis tetapi pelaut
Belanda berjaya sampai ke kepulauan Melayu pada akhir tahun 1590-an.
Belanda segera menjalinkan hubungan dengan pemerintah Melayu untuk
mendapatkan tapak di Selat Melaka.

Penguasaan Melaka oleh Portugis merupakan halangan utama bagi Belanda


walaupun satu perjanjian perdagangan telah dibuat dengan pemerintah
Johor pada tahun 1606. Perjanjian tersebut membenarkan Belanda
berdagang di wilayah Johor dan menguasai Melaka daripada Portugis.

Pada tahun 1619, VOC menubuhkan ibu pejabat di Betawi, Jawa dengan
tujuan menguasai kawasan perdagangan lain. Pada tahun 1640, VOC sekali
lagi cuba menjalinkan hubungan dengan pemerintah Johor. Pemerintah
Johor membuat perjanjian dengan VOC dan menyokong penuh serangan ke
atas Portugis di Melaka pada tarikh 14 Januari 1641 (Furnivall, 1983).

Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) turut cuba menyaingi kuasa Belanda
(VOC) di kawasan timur. Belanda telah menghalang Henry Middleton
untuk mendirikan loji di Ambon, iaitu di kepulauan Maluku. Belanda turut
menghalang pembinaan loji yang cuba dilakukan oleh pelayar Inggeris pada
tahun 1608, 1609 dan 1610.

SHTI sedar VOC berazam untuk menyekat orang Inggeris daripada


menguasai perdagangan rempah. Beberapa perundingan antara SHTI dan
VOC diadakan di London pada tahun 1613 dan di Hague pada tahun 1615
tetapi gagal (Furnivall, 1983).

Menjelang tahun 1609, Belanda mempunyai loji di Bantam, Makasar, Pattani,


Sukadana, Sambas, Aceh dan Siam. Belanda menjalankan dasar monopoli
perdagangan melalui janji setia dengan pemerintah tempatan manakala
Inggeris menjalankan dasar perdagangan bebas. Dasar monopoli
perdagangan VOC ditentang oleh SHTI tetapi SHTI tidak berupaya
menyaingi Belanda kerana kekurangan modal.

Pada tahun 1595 hingga 1601, VOC mengaut keuntungan sebanyak 80,000
florin dengan bilangan 65 buah kapal dagang Belanda ke timur untuk
memonopoli kepulauan rempah (Furnivall, 1983).
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  23

Sejak tahun 1603, Belanda tiba di Johor dan membuat perjanjian


perdagangan dengan pemerintah Johor, iaitu Sultan Alauddin Riayat
Shah III. Portugis di Melaka memberi amaran kepada Johor supaya tidak
mengadakan hubungan dengan kuasa asing lain. Setelah mendapat hak
berdagang di Johor, Belanda bercita-cita menguasai perdagangan di Selat
Melaka dan mengusir Portugis dari Melaka.

Pada tahun 1606, kuasa Belanda bersama 11 buah kapal besar dan enam
buah kapal kecil dianggotai seramai 1,357 orang telah menyerang Portugis
di Melaka. Seramai 700 askar Belanda telah mendarat di Ujung Pasir. Setelah
berperang, Matelief, ketua perang Belanda mengambil keputusan berundur.
Beliau mendapat berita bahawa Portugis menghantar Komander de Castro
ke Melaka bersama 17 buah kapal besar, empat buah kapal dapur, 21 buah
sampan besar, 3,000 askar Portugis dan 300 askar India.

Minat Belanda ke atas Melaka semakin tinggi apabila VOC diperintah oleh
Gabenor J. P. Coen yang menjalankan polisi tiada perdagangan tanpa perang
(no trade without war). Pada tahun 1637, VOC menandatangani satu lagi
perjanjian persahabatan dengan Sultan Abdul Jalil Shah. Menerusi
perjanjian tersebut, Johor akan membantu Belanda menyerang Melaka tetapi
perjanjian ini tidak berjaya.

Pada tahun 1639 di Betawi, Belanda telah menubuhkan sepasukan tentera


yang lengkap. Pada bulan Jun 1640, Belanda melancarkan serangan ke atas
Melaka dengan 12 buah kapal besar dan 1,500 orang tentera. Belanda telah
dibantu oleh Johor dengan 40 buah kapal dan 1,500 orang. Jumlah tentera
Belanda dan Johor ialah seramai 3,000 orang. Belanda menyedari kekuatan
Portugis di Melaka bergantung pada menara A Famosa yang setinggi 323
kaki dan dilengkapi dengan 130 meriam yang strategik kedudukannya.
Selain itu, keadaan kota yang berbukit dan berpaya serta kurang bekalan
makanan menyukarkan usaha Belanda menakluki Melaka.

Namun, pada tarikh 14 Januari 1641, Portugis kalah di tangan askar Belanda
dan Melayu yang diketuai oleh Kapten Williamsz. Maka, Melaka dikuasai
pula oleh Belanda. Pertempuran sengit ini menyaksikan pertukaran kuasa
kolonial baharu di Melaka yang menyebabkan banyak kematian dan
kerugian dialami oleh kedua-dua pihak. Peperangan Belanda dan Portugis
di Melaka disebut kehilangan nyawa yang banyak berlaku ke atas kedua-
dua pihak (amidst heavy tolls to both sides).
24  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Rundingan dan perjanjian merupakan usaha VOC untuk memenangi hati


pemerintah Melayu. Johor dan Perak merupakan sekutu rapat VOC.
Pemerintah Johor terpaksa membuat perjanjian dengan VOC bertujuan
melindungi kedaulatan Johor. Johor cuba mengekalkan hubungan
persahabatan dengan Belanda walaupun wujud pertikaian sehingga tahun
1784. VOC bertindak ke atas Johor apabila mereka diancam oleh hubungan
antara Johor dan SHTI.

Perak bersikap berhati-hati dalam hubungannya dengan VOC kerana VOC


berminat ke atas bijih timah di Perak yang sangat bernilai. Belanda
membayar harga bijih timah kepada Perak dengan harga yang rendah
berbanding pedagang lain. Namun, Perak mempunyai kepentingan
terhadap Belanda yang menghalang serangan Siam dan Bugis ke atas Perak.
Perak turut menyerahkan hak monopoli bijih timahnya kepada Belanda.
Oleh itu, Belanda telah mendirikan Kota Belanda untuk melindungi
perdagangan timah daripada lanun (lihat Rajah 1.6).

Rajah 1.6: Kota Belanda di Pulau Pangkor


Sumber: http://www.pangkorbayview.com/info--tips.html

Melaka kekal di bawah penguasaan Belanda sehinggalah pada tahun 1824.


Kejayaan kuasa Inggeris di Selat Melaka memberi saingan dan melemahkan
VOC. Inggeris berjaya menyerang kubu Belanda di Tanjung Putus pada
bulan Disember 1781 dan melemahkan pertahanan Belanda. Di bawah
Persetiaan London 1824, Belanda telah menyerahkan Melaka kepada British
sebagai tukaran dengan Benkulen yang merupakan sebuah wilayah jajahan
British di pantai barat Sumatera (Furnivall, 1983).
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  25

Selain itu, sifat perdagangan Belanda yang memonopoli hak perdagangan


akhirnya menyebabkan VOC mengalami kerugian yang besar di negeri-
negeri Melayu (Furnivall, 1983).

(c) British
Perdagangan merupakan salah satu faktor penting yang menentukan dasar
British terhadap negeri Melayu. Walaupun kerajaan Inggeris-India
menjalankan dasar tidak campur tangan dalam politik negeri Melayu,
penglibatan mereka dalam hal perdagangan di Tanah Melayu bermula sejak
tahun 1771.

Francis Light, wakil syarikat Inggeris yang berpusat di Madras menjalin


hubungan dagang dengan raja Melayu terutamanya Sultan Abdullah (Sultan
Kedah). Sultan Kedah menawarkan kepada Inggeris sebuah kawasan
pelabuhan di Kedah tetapi dengan syarat SHTI harus memberi bantuan
kepada Kedah untuk menentang Bugis di Selangor (Emerson, 1979). Light
berminat dengan tawaran ini walaupun tindakannya menimbulkan banyak
bantahan yang keras daripada pihak pentadbir Inggeris di India dan
London. Francis Light berpendapat sekiranya peluang ini tidak diambil
mungkin pulau di Kedah akan diberi kepada kuasa Belanda.

Selain itu, menjelang abad ke-19, kuasa Siam kembali kuat di bawah Dinasti
Chakri (Cowan, 1970). Siam mula mengancam kedudukan Kedah yang pada
suatu ketika dahulu merupakan tanah jajahan Siam. Tindakan Siam ini
menyebabkan Sultan Abdullah berasa bimbang dan sekali lagi Kedah
meminta bantuan SHTI untuk menentang ancaman Siam. Sultan Abdullah
menawarkan pajakan Pulau Pinang kepada SHTI dan Light bertindak
sendiri mengambil Pulau Pinang sebagai milik Inggeris secara rasmi pada
tarikh 11 Ogos 1786 (Andaya & Andaya, 2001).

Light juga dikatakan menggunakan nama King George III sebagai „wakil‰
kepada Raja Inggeris. Tindakan Light ini seolah-olah mencabuli Akta Pitt
1784 yang menegaskan dasar kerajaan Inggeris tidak akan campur tangan
dalam politik negeri Melayu. Light juga melanggar arahan Lord Cornwallis,
Gabenor Jeneral di Calcutta supaya jangan bersekutu dengan sultan Melayu
(Bassett, 1971).
26  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Selepas Pulau Pinang diduduki, Light tidak menunaikan janjinya untuk


membantu Kedah menentang kuasa Siam. Sultan Abdullah marah dan
bertindak membawa masuk perompak dan lanun yang berkeliaran di Selat
Melaka menyerang Pulau Pinang pada bulan Mac 1791. Tindakan Sultan
Abdullah ini menyebabkan Light marah dan bertindak menyerang Kedah di
pinggir pantai Pulau Pinang.

Akhirnya, Kedah kalah dan terpaksa mengakui pendudukan SHTI ke atas


Pulau Pinang dengan termeterainya Perjanjian Kuasa British dengan Kedah
pada tahun 1791 (Andaya & Andaya, 2001). Pada tahun 1800, Sultan Kedah
sekali lagi telah memajakkan Daerah Perai (Province Wellesley) yang
terletak di pantai seberang Pulau Pinang kepada SHTI.

Pendudukan British di Pulau Pinang banyak memberikan kebaikan kepada


mereka dari segi ekonomi dan pertahanan. British percaya Pulau Pinang
dapat dijadikan pangkalan perang yang terbaik di wilayah timur. Selain itu,
Pulau Pinang juga sesuai dijadikan pusat membuat dan membaiki kapal.
Pada tahun 1805, Pulau Pinang telah dinaikkan ke taraf sebuah pelabuhan
presidensi yang setaraf dengan pelabuhan Bombay dan Madras.

Namun, harapan SHTI untuk memajukan Pulau Pinang menghadapi jalan


buntu apabila Pulau Pinang gagal menjadi sebuah pelabuhan yang baik.
Kawasan perairan perdagangan Pulau Pinang adalah terhad kepada
kawasan sekelilingnya dan kedudukan pulau itu yang terletak di utara sukar
untuk menjadi pusat perdagangan di kepulauan Melayu. Sehingga tahun
1816, British menyedari Pulau Pinang tidak dapat berfungsi sebagai sebuah
pelabuhan yang bertaraf „presidensi‰ (Bassett, 1971).

Apabila Pulau Pinang gagal berfungsi sebagai sebuah pelabuhan dan


pangkalan tentera British yang baik, British mula mencari sebuah pelabuhan
baharu di penghujung Selat Melaka bagi menyaingi kuasa Belanda yang
berada di Melaka dan Jawa.

Raffles diarahkan supaya mendirikan sebuah pos pelabuhan di selatan Selat


Melaka untuk persinggahan kapal dagang ke negara China. Raffles berminat
untuk mendirikan pelabuhan entrepot di Borneo tetapi harapannya hampa
apabila Balambangan dibangunkan semula oleh kuasa Belanda menjelang
tahun 1803. Akhirnya, Raffles telah mendesak Gabenor Jeneral di India
supaya mengambil Singapura sebagai tanah jajahan mereka ketika beliau
melawat Calcutta pada tahun 1818 (Cowan, 1970).
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  27

Pada tanggal 30 Januari 1819, Raffles telah menandatangani satu perjanjian


dengan Temenggung Johor-Riau yang berkuasa di Singapura. Inggeris
diberi hak mendirikan kilang di Singapura setelah Raffles mengiktiraf Raja
Hussein, putera sulung Sultan Mahmud sebagai pewaris yang sah kepada
kerajaan Johor-Riau. Pengambilan Singapura oleh Raffles juga didorong oleh
persaingan kuasa Belanda yang membantah pendudukan Inggeris di
Singapura.

Sikap kerajaan Inggeris di India dan Britain mula berubah apabila Singapura
mencapai kemajuan dan kepesatan dalam bidang pelabuhan antarabangsa
di perairan Selat Melaka. Pedagang di Britain dan Calcutta mahu pelabuhan
Singapura dikekalkan. Hal ini mendorong British cuba mengadakan
rundingan demi rundingan dengan Belanda atas hak tanah jajahan mereka
di Asia Tenggara (Bassett, 1971).

British berjaya menguasai Melaka sebagai tanah jajahannya yang kedua di


Tanah Melayu setelah Raja William V menandatangani perjanjian Surat-
surat Kew 1795 dengan kerajaan British. Namun, penguasaan SHTI ke atas
Melaka tidak dapat mengisi keperluan SHTI untuk menggantikan Pulau
Pinang. Status Melaka pada ketika itu ialah hak milik sementara British
sehingga tamatnya Perang Napoleon.

Pihak SHTI juga bimbang terhadap keuntungan perniagaan di Melaka yang


telah lama merosot akibat perbalahan yang berpanjangan antara kuasa
Belanda dengan Bugis dahulu. Oleh itu, British perlu menubuhkan sebuah
lagi pelabuhan di sekitar perairan Selat Melaka (Andaya & Andaya, 2001).

Pada tarikh 17 Mac 1824, hasrat British tercapai apabila termeterainya


Perjanjian Inggeris-Belanda di London (Cowan, 1970). Antara syarat
perjanjian yang penting menjelaskan dasar Inggeris dan Belanda bahawa
kedua-dua buah negara bersetuju tidak akan menubuhkan petempatan
baharu tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada kedua-dua
belah pihak.

Perjanjian ini juga mensyaratkan Belanda tidak akan campur tangan di


Tanah Melayu manakala British tidak akan campur tangan di kepulauan
Jawa dan Sumatera. Sir Stamford Raffles dengan lantang menentang
sekeras-kerasnya keputusan SHTI untuk memulangkan semula tanah
jajahan takluk Belanda di timur termasuk Melaka selepas tamatnya Perang
Napoleon (Andaya & Andaya, 2001).
28  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Setelah perjanjian ini dimeterai, Inggeris tetap mengamalkan dasar tidak


campur tangan terhadap negeri Melayu. SHTI yang mewakili kuasa Inggeris
ialah badan perniagaan dan tidak mempunyai niat untuk menambahkan
perbelanjaan dan membabitkan diri dalam kekacauan yang berlaku di negeri
Melayu.

Pada tahun 1826, Inggeris telah menggabungkan tiga tanah jajahannya di


sekitar perairan Selat Melaka, iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang
termasuk Seberang Perai dibentuk menjadi satu unit pentadbiran yang
dikenal sebagai Negeri-Negeri Selat (The Straits Settlements) (Andaya &
Andaya, 2001).

Campur tangan British di negeri Melayu telah meletakkan status negeri


Melayu di bawah naungan British. Oleh itu, British mewujudkan
persefahaman dan perjanjian dengan raja Melayu.

Campur tangan British dalam pentadbiran Perak (Perjanjian Pangkor 1874)


pula berlaku setelah terjadinya peristiwa pembunuhan J. W. W. Birch.
Perjanjian ini ditandatangani oleh Andrew Clarke mewakili pihak British
dengan Raja Abdullah dan pembesar negeri lain.

Campur tangan British di Selangor, Pahang dan Sungai Ujong di Negeri


Sembilan juga adalah melalui perjanjian dengan raja-raja Melayu dan
pembesar tempatan yang melibatkan pegawai-pegawai British (Bassett,
1971).

Pada tahun 1896, penguasaan British ke atas negeri-negeri Melayu semakin


berkembang dengan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(NNMB) yang ditandatangani oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat yang
mewakili Kerajaan Inggeris di London dengan raja-raja Melayu iaitu Sultan
Perak, Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Yamtuan Besar Negeri Sembilan.
Penubuhan NNMB ini menunjukkan pertambahan penguasaan British ke
atas kedaulatan negeri Melayu. British terus mengadakan hubungan dengan
pemerintahan kerajaan negeri Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan
Perlis melalui beberapa perjanjian lain yang ditandatangani antara mereka.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  29

AKTIVITI 1.3

Bincangkan soalan berikut dengan rakan sekuliah anda dalam forum


myINSPIRE:

(a) Mengapakah Portugis cuba menghapuskan monopoli perdagangan


saudagar Islam di Melaka?

(b) Mengapakah Belanda berasa iri hati terhadap Portugis di Melaka


sedangkan mereka telah berjaya menguasai kepulauan rempah di
Nusantara?

(c) Jelaskan kepentingan Pulau Pinang dan Singapura kepada pihak


Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).

1.1.9 Pendudukan Jepun


Menjelang tahun 1937, Jepun telah menjadi sebuah negara ketenteraan yang kuat
melakukan serangan besar-besaran terhadap China. Jepun turut melancarkan satu
orde baharu Asia Timur dengan tujuan menguasai negara di tanah besar dan
kepulauan Asia Tenggara. Jepun merancang untuk mewujudkan „Lingkungan
Kemakmuran Asia‰ bertujuan mewujudkan pasaran yang luas untuk
perusahaannya di Asia Timur. Pada masa yang sama, Jepun mempunyai
matlamat untuk membebaskan negara di Asia Tenggara daripada kuasa Barat dan
melancarkan slogan „Asia untuk orang Asia‰ (Ruslan Zainuddin, 2004). Dasar ini
digubal kerana Jepun menghadapi desakan ekonomi dan tekanan daripada
Amerika, Britain dan Belanda. Selain itu, Jepun memerlukan bekalan bahan
mentah seperti getah, besi dan minyak untuk menjalankan industrinya.

Pendudukan Jepun bermula apabila ia menyerang Indochina pada bulan Julai


1941 dan seterusnya menyerang tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour,
Hawaii pada tarikh 7 Disember 1941. Sehari selepas itu, pada tarikh 8 Disember
1941, Jepun menyerang Tanah Melayu setelah mendarat di Kota Baharu, Kelantan.
Dalam tempoh 70 hari serangan Jepun ke atas Tanah Melayu, akhirnya pada
tarikh 15 Februari 1942, seluruh Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan
Jepun setelah tentera British di bawah pimpinan Leftenan-Jeneral Percival
menyerah kalah.
30  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Kejayaan Jepun menawan Tanah Melayu dan negara lain di Asia Tenggara
dipengaruhi oleh beberapa faktor. Apakah faktor tersebut? Antara faktor kejayaan
penaklukan Jepun ialah sebelum Jepun melancarkan serangan ke atas Tanah
Melayu, Jepun telah membuat perancangan yang teliti dengan mendapatkan
maklumat daripada perisik Jepun tentang kekuatan pertahanan tentera British.
British mempunyai kekuatan tentera laut yang berpangkalan di Singapura dan
tentera udara di Kota Bharu, Alor Setar dan Taiping. Oleh itu, tentera Jepun
melancarkan serangan di utara Semenanjung Tanah Melayu kerana pertahanan
British tidak begitu kuat. British tidak menduga serangan Jepun ke atas Tanah
Melayu kerana tidak membuat persediaan menghadapi tentera Jepun dari utara.
Lebih-lebih lagi kebanyakan pertahanan British bertumpu di bahagian selatan
terutamanya di Singapura (Zainal Abidin Abdul Wahid et al., 1996).

Pada masa yang sama, British sedang menghadapi pemulihan akibat peperangan
di Eropah. Sistem pertahanan laut British lumpuh apabila dua buah kapal perang,
iaitu H. M. S. Prince of Wales dan H. M. S. Repulse berjaya ditenggelamkan oleh
tentera Jepun pada tarikh 10 Disember 1941. Selain itu, tentera Jepun yang
berjumlah 60,000 orang adalah terlatih dan berpengalaman berperang di China
berbanding dengan tentera British yang berjumlah 130,000 orang. Rajah 1.7
memaparkan suasana peperangan ketika Jepun memasuki Kuala Lumpur.

Rajah 1.7: Tentera Jepun memasuki Kuala Lumpur


Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_Kuala_Lumpur
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  31

Sistem pemerintahan Jepun di Tanah Melayu adalah bersifatkan ketenteraan.


Jepun mengambil alih sepenuhnya pentadbiran Negeri-Negeri Selat daripada
British manakala pentadbiran negeri Melayu yang lain diletakkan di bawah
seorang gabenor Jepun. Singapura pula ditadbir terus oleh Jepun, dikenal sebagai
Syonan (Cahaya Selatan) dan diangkat sebagai pusat pentadbiran Jepun. Tanah
Melayu pula dinamakan sebagai Malai Baru.

Bagaimanakah pula dengan Sabah dan Sarawak? Sistem pentadbiran ketenteraan


turut diperkenalkan oleh Jepun ke atas Sabah dan Sarawak. Jepun telah
menggabungkan Sabah, Sarawak dan Brunei dalam satu unit pentadbiran, iaitu
Borneo Utara di bawah Divisyen ke-37 tentera Jepun (Andaya & Andaya, 2001).

Gabenor Jepun dibantu oleh pegawai Jepun dan kakitangan yang terdiri daripada
orang tempatan. Jepun juga memperkenalkan sistem pentadbiran peringkat
bawahan melibatkan daerah yang terdiri daripada unit kampung, jiran tetangga
dan keluarga.

Jepun menjalankan dasar pro-Melayu dan memusuhi orang Cina yang sentiasa
menjadi sasaran kekasaran oleh tentera Jepun. Ramai orang Cina dibunuh dan
mereka hidup menderita akibat kezaliman tentera Jepun. Bagaimanakah pula
dengan orang India? Bagi orang India, Jepun menggalakkan mereka menuntut
kemerdekaan untuk negara India menerusi gerakan Indian Independence League
(IIL) dan India National Army (INA) (Ruslan Zainuddin, 2004).

Selain itu, atas faktor keselamatan, Jepun telah menubuhkan pasukan perisikan
dan pertahanan seperti:

(a) Tekikan;

(b) Kempeitai (polis tentera); dan

(c) Toko.

Jepun turut menubuhkan pasukan pertahanan awam yang terdiri daripada


penduduk tempatan seperti (Andaya & Andaya, 2001):

(a) Pasukan pertahanan awam (jikeidan);

(b) Persatuan kejiranan (tonarigumi);

(c) Pasukan sukarela tambahan (heiho);

(d) Tentera sukarela (giguyun) atau pasukan pembela tanah air (PETA); dan

(e) Pasukan sukarela (giyutai).


32  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Apakah kesan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu? Pemerintahan Jepun di


Tanah Melayu selama tiga tahun lapan bulan banyak memberikan kesan sosial,
ekonomi dan politik. Orang Cina hidup dalam ketakutan kerana dizalimi dan
dibunuh oleh kempeitai. Hubungan antara orang Cina dengan Melayu turut
tegang kerana layanan baik Jepun terhadap orang Melayu berbanding dengan
orang Cina. Malah, Jepun merekrut orang Melayu sebagai askar dan polis bagi
menghadapi tentangan pertubuhan komunis yang dikuasai oleh orang Cina.

Selain itu, beribu-ribu orang penduduk tempatan sama ada orang Melayu, Cina
dan India dihantar membina landasan kereta api yang dikenal sebagai „landasan
kereta api maut‰ di Thailand dan Burma.

Penduduk Tanah Melayu juga menghadapi kebuluran kerana sukar mendapat


bekalan makanan terutamanya beras kerana Jepun memperkenalkan sistem
catuan ke atas barangan makanan termasuk garam dan gula. Oleh itu, ketika
pendudukan Jepun, makanan utama penduduk Tanah Melayu ialah ubi kayu dan
keledek.

Ramai penduduk Tanah Melayu jatuh sakit akibat penularan penyakit beri-beri
dan malaria serta amalan pemakanan yang tidak sempurna (Ruslan Zainuddin,
2004). Masalah kekurangan zat makanan dalam kebanyakan penduduk Tanah
Melayu ini mengakibatkan kematian yang tinggi, iaitu seramai 123,262 orang pada
tahun 1943.

Selain itu, Jepun memperkenalkan mata wang sendiri untuk kegunaan penduduk
Tanah Melayu dan telah mencetaknya dalam jumlah yang banyak. Akibatnya,
nilai mata wang Jepun menjadi semakin rendah kerana semakin banyak di
pasaran dan mengakibatkan berlakunya inflasi di Tanah Melayu. Bagi
meningkatkan hasil pendapatan, Jepun mengenakan dan menaikkan kadar
pelbagai jenis cukai seperti cukai judi, hiburan, kedai, pawagam, rumah
tumpangan, kedai makan dan kedai ubat.

Bagaimanakah pula dengan sistem pendidikan pada zaman penaklukan Jepun?


Pada zaman penaklukan Jepun, sistem pendidikan Inggeris diharamkan di
sekolah. Sebaliknya, mereka memperkenalkan sistem sekolah berasaskan Jepun
seperti memperkenalkan penggunaan bahasa Jepun (Nippon-go). Murid juga
diajar budaya dan tradisi Jepun seperti menyanyikan lagu kebangsaan Jepun, iaitu
Kimigayo (Ruslan Zainuddin, 2004).
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  33

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu memberi kesan ke atas semangat kebangsaan


dalam kalangan penduduk tempatan. Ramai pemimpin Melayu seperti Ibrahim
Hj Yaacob, Ishak Hj Muhammad dan Ahmad Boestaman telah bekerjasama
dengan pemerintahan Jepun. Namun, Jepun telah mengharamkan Kesatuan
Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Hj Yaacob pada tahun 1942
kerana mengancam pentadbiran Jepun.

Penindasan terhadap orang Cina secara berterusan oleh tentera Jepun


menyebabkan mereka terlibat secara langsung dalam pertubuhan Malayan
PeoplesÊ Anti-Japanese Army (MPAJA) di dalam hutan serta mendapat sokongan
daripada Parti Komunis Malaya (PKM) (Andaya & Andaya, 2001). Satu lagi
pasukan yang menentang pemerintahan Jepun di Tanah Melayu ialah Force 136
yang kebanyakan anggotanya terdiri daripada orang Melayu. Penentangan
terhadap Jepun di Sabah juga berlaku secara gerila yang dipimpin oleh Datu
Mustapha bin Datu Harun, Albert Kwok, Musah dan Panglima Ali (Ruslan
Zainuddin, 2004).

Kekuatan Jepun di Asia Tenggara terancam apabila sekutunya di Eropah, iaitu


Jerman mengalami kekalahan kepada tentera Berikat yang terdiri daripada
Amerika dan Britain. Amerika turut melancarkan serangan secara besar-besaran
dan berjaya memusnahkan 60 buah bandar besar di Jepun (Ruslan Zainuddin,
2004).

Pada tarikh 6 Ogos 1945, Amerika menggugurkan bom atom pertama di


Hiroshima dan bom atom kedua pada tarikh 9 Ogos 1945 di Nagasaki.
Pengeboman ini menyebabkan Jepun menyerah kalah pada tarikh 15 Ogos 1954
melalui pengumuman oleh Maharaja Hirohito. Pemerintahan Jepun di Tanah
Melayu berakhir sepenuhnya pada tarikh 12 September 1945 apabila Jeneral
Itagaki menyerah diri kepada Lord Louis Mountbatten di Singapura.

1.2 PROSES KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN


TANAH MELAYU
Sekarang, mari kita pelajari proses kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang
merangkumi isu Malayan Union, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu,
darurat, kerjasama antara kaum, pilihan raya, pembentukan kerajaan sendiri dan
akhirnya kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
34  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

1.2.1 Malayan Union 1946


Tahukah anda sebelum perang Dunia Kedua, British berusaha untuk
mewujudkan sebuah kerajaan pusat di Tanah Melayu? Namun, usaha tersebut
tidak berjaya kerana keengganan Raja Melayu di negeri Johor, Terengganu,
Kelantan dan Kedah. Hal ini kerana para sultan negeri tersebut tidak mahu negeri
mereka kehilangan kuasa akibat daripada proses pemusatan kuasa dalam Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu.

Apabila Jepun menyerang dan menakluki Asia Tenggara, Tanah Melayu dan
Sumatera diletakkan di bawah satu pentadbiran berpusat. Perkara ini
menyukarkan British kerana orang Melayu telah mempunyai pengalaman dalam
memperjuangkan gagasan Melayu Raya bersama Indonesia. Orang Melayu juga
telah bersatu dan mewujudkan kesedaran dalam memperjuangkan kebebasan
Tanah Melayu bersama para nasionalis Indonesia (Heussler, 1985).

British turut menghadapi masalah tentang taraf kewarganegaraan penduduk


bukan Melayu dan status politik mereka. Bagi penduduk tetap yang lahir dan
bermastautin di Negeri-Negeri Selat (sama ada orang Melayu atau bukan
Melayu), mereka dikenali sebagai British Subjects kerana status Negeri-Negeri
Selat ialah tanah jajahan British. Sebaliknya, di negeri Melayu, status orang
Melayu adalah rakyat kepada sultan negeri Melayu.

Sementara itu, orang Cina dan orang India masih rakyat negara China dan rakyat
negara India kerana mereka masih terlibat dalam kegiatan politik di negara asal.
Pada ketika itu, orang Cina banyak menumpukan kepada perjuangan
Kuomintang atau Parti Komunis Cina di negara China manakala politik orang
India tertumpu kepada perjuangan kemerdekaan India (Heussler, 1985).

Pada tarikh 31 Mei 1944, British telah meluluskan satu dokumen yang dikenal
sebagai Perlembagaan Malayan Union yang akan dilaksanakan selepas tamat
pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Kekalahan Jepun ke tangan pasukan
tentera Berikat menyebabkan Perang Dunia Kedua ditamatkan.

Pasukan Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA ă Malayan


PeopleÊs Anti-Japanese Army) yang didominasi oleh Parti Komunis Malaya cuba
mengambil alih kuasa di Tanah Melayu. Pada tarikh 10 Oktober 1945, British
mengumumkan Perlembagaan Malayan Union yang akan dikuatkuasakan di
Tanah Melayu (Heussler, 1985).
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  35

1.2.2 Perlembagaan Malayan Union


Terdapat dua fasal utama dalam Perlembagaan Malayan Union yang berkaitan
dengan pentadbiran dan kerakyatan (sila lihat Jadual 1.4).

Jadual 1.4: Dua Fasal Utama dalam Perlembagaan Malayan Union

Fasal Huraian

Pentadbiran  Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan (Negeri-Negeri Melayu


Bersekutu), Johor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu (Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu) dan Pulau Pinang, Melaka (dua
buah Negeri-Negeri Selat) digabungkan sebagai satu unit politik
yang dikenal sebagai Malayan Union.

 Singapura tidak dimasukkan dalam Malayan Union kerana


kedudukan geografinya yang strategik dan statusnya sebagai
pelabuhan bebas. Singapura menjadi wilayah yang berasingan
dan ditadbir oleh seorang Gabenor.

 Kedudukan sultan dikekalkan di negeri masing-masing tetapi


kekuasaan serta kewibawaan mereka dikurangkan dalam
pentadbiran. Kuasa sultan hanya tertumpu dalam hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat Melayu sebagai Pengerusi Majlis
Penasihat Melayu bagi negeri masing-masing.

 Majlis Mesyuarat Negeri kekal bagi menguruskan hal ehwal


tempatan yang diletakkan di bawah kerajaan pusat.

 Malayan Union akan menjadikan Tanah Melayu sebagai Tanah


Jajahan Mahkota British yang diketuai oleh Gabenor di Kuala
Lumpur.

 Gabenor menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis


Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Pusat serta Majlis
Penasihat.

 Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran Malayan


Union, Singapura dan wilayah Borneo.
36  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Kerakyatan  Malayan Union memberi satu bentuk kerakyatan yang seragam


kepada semua warganegara tanpa mengira agama, bangsa dan
keturunan.

 Orang Cina yang lain tinggal di Tanah Melayu dan Singapura


boleh menjadi warganegara Malayan Union.

 Bagi rakyat negara Malayan Union, mereka mempunyai hak yang


sama dengan orang Melayu kecuali dalam pemilikan tanah
simpanan Melayu.

 Bagi mereka yang berstatus imigran, syarat kerakyatan adalah


berasaskan prinsip „jus soli‰, iaitu berasaskan tempat kelahiran
seperti yang berikut:

ă Lahir di Tanah Melayu atau Singapura;

ă Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun dari tempoh


15 tahun daripada tarikh pengenalan Malayan Union;

ă Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau kedua-
duanya warganegara Malayan Union; dan

ă Mereka yang tidak layak mengikut syarat tersebut boleh


memohon kerakyatan selepas tinggal di Tanah Melayu
selama lima tahun berturut-turut.

1.2.3 Reaksi terhadap Malayan Union


Apakah reaksi penduduk Tanah Melayu setelah Malayan Union diumumkan oleh
kerajaan British? Setelah Malayan Union diumumkan oleh kerajaan British,
terdapat dalam kalangan penduduk Tanah Melayu yang menyokong, menentang
dan tidak memberi apa-apa reaksi tertentu. Rajah 1.8 memaparkan bantahan oleh
rakyat Tanah Melayu terutamanya orang Melayu terhadap cadangan pelaksanaan
Malayan Union.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  37

Rajah 1.8: Rakyat Tanah Melayu membantah Malayan Union


Sumber: www.arkib.gov.my

Terdapat tiga reaksi yang berbeza bagi penduduk bukan Melayu (terutamanya
orang Cina), iaitu:

(a) Orang Cina yang lahir di Tanah Melayu (mereka dikenal sebagai orang Cina
Negeri-Negeri Selat) menyambut baik rancangan Malayan Union. Hal ini
kerana Perlembagaan Malayan Union memberikan satu pengiktirafan hak
mereka ke atas Tanah Melayu;

(b) Golongan yang dilahirkan di negara China dan ahli Kuomintang tidak
berminat kepada Malayan Union kerana mereka masih mengekalkan taat
setia kepada negara asal. Malah, mereka berasa malu untuk melucutkan
kerakyatan negara asal yang mereka banggakan; dan

(c) Orang Cina yang berideologi komunis dan menganggotai Parti Komunis
Malaya mempunyai matlamat untuk mewujudkan negara komunis di
Tanah Melayu sama ada melalui perlembagaan atau perjuangan bersenjata
(Heussler, 1985).
38  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Pada bulan Oktober 1945, British kembali memerintah Tanah Melayu dan
menguatkuasakan Perlembagaan Malayan Union pada tarikh 1 April 1946. Pada
ketika ini, Tanah Melayu diletakkan di bawah Pentadbiran Tentera British (British
Military Administration). Hal ini demikian kerana keadaan politik di Tanah
Melayu tidak tenteram akibat pergaduhan kaum yang berlaku semasa di bawah
pemerintahan Bintang Tiga.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberikan kesan kepada orang


Melayu dalam meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan mereka. Oleh itu,
Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan oleh Ibrahim Yaacob sebagai sebuah
pertubuhan politik Melayu bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Kemudian,
KMM telah diharamkan oleh Jepun kerana ia mula mengancam kedudukan Jepun
dan turut bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu.

Selain itu, orang Melayu diberi galakan untuk menentang kuasa penjajahan Barat
melalui kerjasama dengan nasionalis Indonesia dalam gagasan Melayu Raya.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM ă Malay Nationalist Party) ditubuhkan
oleh golongan radikal Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan melalui
konsep Melayu Raya.

Beberapa kesatuan yang dipimpin oleh golongan yang radikal atau yang
sederhana bergabung menentang Malayan Union. Orang Melayu bersatu dan
memberikan tentangan hebat terhadap British yang cuba memperkenalkan
pentadbiran Malayan Union.

Mengapakah orang Melayu menentang Malayan Union? Terdapat beberapa


faktor yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang Malayan Union,
antaranya ialah:

(a) Cara Harold MacMichael mendapat tandatangan raja-raja Melayu ă secara


menipu (tidak jujur);

(b) Menghakis kuasa dan kewibawaan sultan;

(c) Menghapus hak istimewa orang Melayu;

(d) Hak kerakyatan yang longgar;

(e) Penggubalan Perlembagaan Malayan Union yang tidak melibatkan


penduduk Tanah Melayu; dan

(f) Kehilangan kuasa kerajaan negeri.


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  39

Orang Melayu diseru supaya bangkit dan bersatu menentang Malayan Union
menerusi beberapa pertubuhan bagi menguatkan penentangan orang Melayu
terhadap Malayan Union. Banyak berita disebarkan ke seluruh Tanah Melayu
tentang penentangan ke atas Malayan Union menerusi akhbar seperti Utusan
Melayu, Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya.

Malayan Union juga mendapat tentangan daripada sultan, pembesar dan orang
Melayu. Desakan dibuat kepada King George VI dan Persatuan Bekas Pegawai
Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (MCS ă Malayan Civil Service) yang
pernah berkhidmat di Tanah Melayu supaya Malayan Union tidak dilaksanakan.

Selain itu, orang Melayu mengadakan perarakan dan perhimpunan bagi


membantah Malayan Union di semua ibu negeri dan bandar lain di Tanah
Melayu.

Pada tarikh 15 Disember 1945, semasa Harold MacMichael menemui Sultan


Kelantan untuk mendapatkan tandatangan, seramai 10,000 orang telah
berkumpul di hadapan istana di Kota Bharu menyatakan bantahan. Pada tarikh
25 Januari 1946, seramai 15,000 orang dari 5,000 pertubuhan orang Melayu
mengadakan perhimpunan di Johor Bahru.

Manakala pada tarikh 10 Mac 1946, satu perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih
50,000 orang diadakan di Kuala Kangsar. Selain itu, satu kongres raksasa yang
berlangsung di Kuala Lumpur bagi menentang Malayan Union diadakan oleh
Persatuan Melayu Selangor dan DatoÊ Onn Jaafar sebagai pengasas Pergerakan
Melayu Semenanjung di Johor. Mari kita lihat Rajah 1.9 yang memaparkan tunjuk
perasaan oleh rakyat terhadap pelaksanaan Malayan Union.
40  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Rajah 1.9: Tunjuk perasaan membantah Malayan Union


Sumber: http://briged-akhdor.blogspot.com

Pada tarikh 1 hingga 4 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Kelab
Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur bertujuan menyatukan dan mempertahankan
hak orang Melayu. Kongres tersebut dihadiri oleh 107 perwakilan dan
56 pemerhati daripada 41 pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu (lihat
Rajah 1.10).

Rajah 1.10: Kongres Melayu Se-Malaya diadakan


di Kelab Sultan Sulaiman pada tarikh 1 hingga 4 Mac 1946
Sumber: www.arkib.gov.my
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  41

Hasilnya, satu resolusi telah diluluskan supaya raja Melayu memulaukan istiadat
pengisytiharan Malayan Union dan upacara pelantikan Gabenor Edward Gent.
DatoÊ Onn Jaafar (lihat Rajah 1.11) dipilih sebagai pemberi mandat untuk
menghantar kawat kepada Perdana Menteri Britain ketika itu, Clement Atlee,
menuntut British akur kepada janji bahawa Tanah Melayu adalah milik Raja
Melayu.

Rajah 1.11: DatoÊ Onn Jaafar


Sumber: www.arkib.gov.my

Namun, British tetap mahu melaksanakan Malayan Union walaupun mendapat


tentangan orang Melayu. Oleh itu, pada tarikh 1 April 1946, sultan, pembesar dan
orang Melayu memulaukan upacara penubuhan Malayan Union. Selain itu, orang
Melayu turut berkabung selama seminggu semenjak penubuhan Malayan Union
dengan cara:

(a) Lelaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih; dan

(b) Wanita melilitkan kain putih di lengan baju.

Di samping itu, Orang Asli turut berkabung dengan memakai bunga-bunga


kabung. Akibat daripada tentangan yang kuat dan berterusan daripada orang
Melayu, akhirnya British terpaksa membatalkan Malayan Union pada tarikh
1 Julai 1946.
42  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

1.2.4 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948


Pada tarikh 25 Julai 1946, satu Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada empat
orang wakil raja Melayu, dua orang wakil UMNO dan enam orang pegawai
British menggubal satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu. Penubuhan
Jawatankuasa Kerja ini adalah untuk merangka sebuah perlembagaan baharu
yang diterima oleh orang Melayu.

Selain itu, terdapat perkara utama dalam perlembagaan yang diberi perhatian
lebih oleh Jawatankuasa Kerja iaitu persediaan ke arah berkerajaan sendiri
(Andaya & Andaya, 2001).

Apakah hasil daripada mesyuarat tersebut? Melalui mesyuarat yang diadakan,


jawatankuasa ini menetapkan prinsip berikut:

(a) Menubuhkan sebuah kerajaan pusat yang kuat dalam aspek pentadbiran
dan ekonomi untuk kesejahteraan dan kemajuan Tanah Melayu;

(b) Memulihkan kedudukan kuasa dan kedaulatan raja Melayu;

(c) Menubuhkan Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri dan menukar
pemusatan kuasa daripada sistem kesatuan kepada sistem persekutuan;

(d) Mengembalikan semula kuasa eksekutif pada peringkat negeri dengan


mewujudkan semula jawatan Menteri Besar dan jawatan Penasihat British;

(e) Satu kewarganegaraan yang seragam diperkenalkan bagi membolehkan hak


politik dinikmati oleh rakyat yang memberikan taat setia sepenuhnya
terhadap Tanah Melayu; dan

(f) Jaminan hak istimewa orang Melayu.

Namun, terdapat beberapa pertubuhan orang Melayu dan bukan Melayu yang
menentang cadangan yang terkandung dalam draf Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu (PTM). Antaranya ialah Majlis Tindakan Bersama Se-Malaya
(AMCJA ă All Malayan Council of Joint Action) yang diketuai oleh Tan Cheng
Lock yang telah bergabung dengan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang diketuai
oleh Dr Burhanuddin al-Helmi.

Walaupun AMCJA dan PUTERA mempunyai prinsip perjuangan yang berbeza,


kedua-dua pertubuhan tersebut bersepakat untuk menentang kandungan draf
Perlembagaan PTM dan mengemukakan satu perlembagaan alternatif yang diberi
nama „Perlembagaan Rakyat.‰
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  43

Apakah inti pati utama dalam perlembagaan ini? Perlembagaan Rakyat


mencadangkan:

(a) Pembentukan warganegara yang seragam dinamakan warganegara


„Melayu‰;

(b) Semua penduduk yang lahir di Tanah Melayu adalah warganegara Melayu;

(c) Bagi mereka yang bukan lahir di Tanah Melayu, mereka boleh memohon
menjadi warganegara setelah genap 8 daripada 10 tahun sebelumnya
bermastautin di Tanah Melayu; dan

(d) Mereka wajib lulus ujian bahasa Melayu.

Namun, Perlembagaan Rakyat ditolak oleh British dengan alasan ia bersifat


radikal. Pada tarikh 20 Oktober 1947, AMCJA dan PUTERA bersepakat
melancarkan hartal di seluruh Tanah Melayu. Keadaan ini diburukkan lagi
dengan tindakan agresif PKM yang melancarkan strategi melumpuhkan ekonomi
dengan mendalangi pemogokan pekerja secara besar-besaran.

British tetap meneruskan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dengan


melancarkan Perlembagaan PTM pada tarikh 21 Januari 1948 melalui satu
perjanjian yang dikenal sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Federation
of Malaya Agreement). Perjanjian ini ditandatangani oleh sembilan raja Melayu
dan Pesuruhjaya Tinggi British Edward Gent yang mewakili Kerajaan British.
Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah meletakkan asas
pembentukan sebuah negara bangsa Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957
dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

1.2.5 Darurat
Semasa Jepun menakluki Tanah Melayu pada tahun 1942, wujud beberapa
kumpulan yang menentang kuasa Jepun. Antaranya ialah MPAJA yang juga
dikenal sebagai Bintang Tiga. Selepas Jepun kalah, kumpulan Bintang Tiga yang
dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (PKM) meneruskan perjuangan mereka
untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu.
44  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Pada tahun 1945 apabila British kembali ke Tanah Melayu, PKM mula menguasai
Tanah Melayu menerusi kumpulan dan persatuan seperti:

(a) Kesatuan Demokratik Tanah Melayu (Malayan Democratic Youth League);

(b) Persatuan Bekas MPAJA (Malayan PeopleÊs Anti-Japanese Ex-service


ComradesÊ Association); dan

(c) Persekutuan Kesatuan Sekerja Se-Malaya (PMFTU ă Pan-Malayan


Federation of Trade Union).

Selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tarikh 1 Februari 1948,


PKM yang mendapat sokongan Parti Komunis China melancarkan keganasan
bersenjata. Maka, kerajaan persekutuan terpaksa mengisytiharkan darurat pada
tarikh 19 Jun 1948. Kerajaan juga mengharamkan Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) dan ramai anggota PKMM melarikan diri ke dalam hutan dan
melancarkan perjuangan bersenjata.

Oleh itu, PKM dan PKMM bekerjasama dalam penentangan bersenjata terhadap
British. Namun, apabila ideologi komunis menguasai PKMM, ramai anggotanya
meninggalkan perjuangan bersenjata. Maka, tinggallah PKM mewujudkan
keadaan huru-hara dan kemusnahan kepada kerajaan.

Ketika darurat, British memperkenalkan rancangan penempatan semula melalui


Rancangan Briggs pada tahun 1950 oleh Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon
Briggs. Apakah tujuan rancangan ini? Tujuan Rancangan Briggs adalah menyekat
bekalan makanan, wang dan maklumat serta membiarkan komunis mati
kebuluran. Briggs mendapati masalah setinggan bagi mereka yang tinggal
berdekatan dengan hutan menjadi punca bekalan makanan kepada komunis.
Hal ini demikian kerana penduduk setinggan tersebut memberikan bekalan
makanan atas dasar pertalian saudara, sebangsa atau diugut.

Menerusi rancangan ini, setinggan ditempatkan semula di kawasan baharu dan


terletak jauh daripada komunis. Penempatan semula ini dikenal sebagai kampung
baru yang berpagar selain pergerakan penduduk diawasi. British berharap
dengan menyekat pemberian bekalan kepada pihak komunis oleh penduduk
setinggan akan memaksa mereka keluar dari kawasan hutan. Cara ini
membolehkan British menangkap dan membunuh anggota komunis.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  45

Pada tarikh 6 Oktober 1951, peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British


Henry Gurney merupakan kemuncak perjuangan PKM. Winston Churchill
melantik Jeneral Gerald Templer sebagai Pemerintah Tanah Melayu yang baharu.
Templer memperkemaskan pendekatan menentang PKM untuk menarik
sokongan semua penduduk termasuk orang Cina supaya tidak menyokong PKM.
Hasil persetujuan pemimpin Melayu dengan Templer, syarat kerakyatan telah
dilonggarkan.

Seramai 150,000 orang Cina dan 5,000 orang India mendapat kerakyatan melalui
dasar ini. Selain itu, penduduk bukan Melayu hendaklah membuktikan taat setia
mereka kepada kerajaan untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada
ancaman komunis. Bagi mengatasi masalah keselamatan di Persekutuan Tanah
Melayu, Templer telah menguatkuasakan Akta Khidmat Negara 1952 (National
Service Ordinance 1952) yang mewajibkan lelaki berumur antara 21 hingga
28 tahun untuk menyertainya.

Selain itu, keganasan komunis memaksa kerajaan British memperkenalkan


Undang-undang Darurat 1948. Menerusi undang-undang ini, kerajaan British
mempunyai kuasa yang lebih untuk menangkap dan menahan individu yang
disyaki selama beberapa bulan tanpa perlu dibicarakan di mahkamah. Di samping
itu, orang ramai juga boleh ditangkap sekiranya mereka berkumpul lebih
daripada lima orang tanpa kebenaran polis di luar sesuatu bangunan.

Tahukah anda bahawa kesalahan berat dalam Undang-undang Darurat ialah


menyimpan dan membawa senjata api? Apakah hukumannya? Hukuman bagi
kesalahan berat ini ialah bunuh.

Peristiwa darurat telah berlaku hampir di seluruh Semenanjung Tanah Melayu


dan banyak kawasan yang mengalami keganasan dinamakan sebagai „kawasan
hitam.‰ Bagi kawasan komunis yang dapat dihapuskan, British akan
menamakannya sebagai „kawasan putih.‰ Secara keseluruhannya, British tidak
dapat menghapuskan keganasan komunis di Tanah Melayu sehinggalah Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan. Namun, darurat masih juga berlaku walaupun
selepas merdeka. Bilakah darurat ditamatkan? Darurat hanya dapat ditamatkan
pada tarikh 31 Julai 1960 setelah berlangsung selama 12 tahun di Tanah Melayu.
46  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

1.2.6 Kerjasama antara Kaum dan Pengenalan Sistem


Ahli
Kerjasama antara kaum bermula apabila pemimpin UMNO bersetuju untuk
bekerjasama dan sanggup berkongsi kuasa dengan penduduk bukan Melayu
demi masa hadapan negara. Hal ini demikian kerana kaum bukan Melayu telah
banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi Tanah Melayu.

Bagi orang Melayu, mereka berfikiran jauh ke hadapan kerana sanggup menerima
bangsa lain melalui pemberian kerakyatan yang seragam asalkan mereka
mengiktiraf asas perjuangan UMNO tentang perkara berikut:

(a) Kedudukan hak istimewa orang Melayu;

(b) Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan;

(c) Islam menjadi agama rasmi; dan

(d) Kebebasan penduduk untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-


masing.

DatoÊ Onn Jaafar sebagai Presiden UMNO telah mencadangkan keahlian UMNO
dibuka kepada orang bukan Melayu dengan tujuan mewujudkan perpaduan
dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.

Namun, cadangan DatoÊ Onn tersebut telah ditolak oleh sebilangan besar ahli
UMNO yang menyebabkan DatoÊ Onn meletakkan jawatan pada tarikh 27 Ogos
1951 termasuk beberapa pengikut setianya dan anak beliau sendiri, iaitu Hussein
Onn yang memegang jawatan parti sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Pada tahun 1951, DatoÊ Onn bersama Tan Cheng Lok, Yong Shook Lin dan
penyokong lain telah menubuhkan parti lain yang bersifat berbilang kaum yang
dikenal sebagai Parti Kemerdekaan Malaya (IMP ă Independence of Malaya
Party). IMP ditubuhkan dengan matlamat memperjuangkan kemerdekaan PTM
dalam masa 10 tahun. Walau bagaimanapun, IMP gagal bertahan lama kerana
parti ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk Tanah Melayu.

Pada tahun 1954, DatoÊ Onn telah menubuhkan sebuah parti lain, iaitu Parti
Negara yang bersifat non-partisan bagi memperjuangkan kemerdekaan PTM
dalam masa lima tahun. Namun, Parti Negara juga dikatakan gagal kerana orang
Melayu, Cina dan kaum lain belum bersedia untuk bekerjasama dalam satu parti
politik yang sama.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  47

Tunku Abdul Rahman mengambil alih jawatan Presiden UMNO bersama DatoÊ
Abdul Razak Hussein yang dipilih sebagai Timbalan Presiden. Di bawah
pimpinan Tunku Abdul Rahman, UMNO mula menerima kehadiran orang bukan
Melayu dan mahu memberi mereka peranan secara kerjasama untuk mencapai
kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman tidak membuka keahlian UMNO kepada
orang bukan Melayu, sebaliknya, beliau menggalakkan orang India dan orang
Cina menubuhkan parti yang berasingan mengikut kaum masing-masing.

Krisis dalaman yang melanda UMNO berlaku pada tahun 1950 hingga 1951,
menyebabkan ramai ahli keluar daripada UMNO. Pada tahun 1951, Parti Islam
Setanah Melayu (PMIP ă Pan-Malayan Islamic Party) ditubuhkan di bawah
pimpinan Dr Burhanuddin al-Helmi yang mendapat sambutan daripada orang
Melayu.

Pertubuhan Cina pada ketika itu pula banyak terpengaruh dengan dakyah Parti
Komunis Malaya yang bergiat untuk menggulingkan British melalui kekerasan
atau perang gerila. Oleh itu, British bertindak mengharamkan PKM dan
menyebabkan pertubuhan Cina tidak lagi mempergiatkan diri dan menjauhi
pengaruh anasir PKM. Tunku Abdul Rahman pula menggalakkan orang Cina
supaya menubuhkan persatuan mereka sendiri iaitu sebuah parti politik yang
didaftarkan sebagai Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA ă Malayan Chinese
Association).

MCA sebagai sebuah pertubuhan sosial menjalankan kegiatan loteri dan membuat
kerja kebajikan khasnya bagi warga tua Cina yang ingin kembali ke negara China.
Kaum India pula menubuhkan Kongres India Tanah Melayu (MIC ă Malayan
Indian Congress) pada tahun 1946 yang diaktifkan sebagai sebuah parti politik.
Ketiga-tiga parti ini (PMIP, MCA dan MIC) mendapat galakan daripada British
untuk bekerjasama demi masa hadapan Tanah Melayu.

Pada tahun 1951, Templer memperkenalkan Sistem Ahli dengan memberi ahli
politik tempatan peranan dalam kabinet kerajaan. Sistem Ahli terdiri daripada
seramai sembilan orang ahli Majlis Perundangan Persekutuan yang diberi
tanggungjawab untuk mengetuai beberapa portfolio kerajaan.

Antara jabatan atau portfolio yang diserahkan kepada pemimpin tempatan ialah:

(a) Jabatan Hal Ehwal Ekonomi;

(b) Hal Ehwal Dalam Negeri; dan

(c) Pertanian dan Perhutanan.


48  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Tujuan Sistem Ahli melantik wakil kaum tempatan memegang jawatan ketua
jabatan dalam kerajaan pusat adalah supaya pemimpin tempatan mendapat
latihan dan pengalaman dalam perkara yang berkaitan dengan pentadbiran.
Diharapkan dengan cara ini, akan dapat mewujudkan semangat kerjasama antara
kaum melalui pentadbiran bersama dan menyedarkan mereka tentang perpaduan
yang dapat dicapai melalui kerjasama dan tolak ansur.

1.2.7 Pilihan Raya bagi Majlis Tempatan pada Tahun


1951 hingga 1952
Pada tarikh 1 Disember 1951, Templer memperkenalkan satu proses pemilihan
ahli bagi Majlis Perbandaran. Langkah ini merupakan pengenalan sistem
demokrasi bentuk „Westminster‰ menerusi pilihan raya pertama bagi memilih
wakil dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Pilihan raya ini penting kerana
bermulanya pembentukan awal parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO dan
MCA. Pakatan UMNO dan MCA ini berjaya memenangi sebanyak sembilan
kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan bagi Majlis Perbandaran,
Pulau Pinang.

Pada tarikh 16 Februari 1952, satu pilihan raya telah diadakan untuk memilih
12 orang wakil dalam Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Dalam pilihan raya
tempatan tersebut, gabungan UMNO Bahagian Kuala Lumpur dan MCA Selangor
mengumumkan kedua-dua pertubuhan akan bertanding secara bersama bagi
merebut kerusi bagi Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Mari kita lihat
Jadual 1.5 yang memaparkan jumlah kemenangan yang diperoleh bagi parti yang
bertanding.

Jadual 1.5: Kerusi yang Dimenangi sebagai


Wakil dalam Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

Parti Kerusi yang Dimenangi


UMNO dan MCA 9
Parti Kemerdekaan Malaya 2
Parti Bebas 1
Jumlah 12

Dengan pengenalan pilihan raya tempatan ini, maka bermulalah dasar kerjasama
antara kaum walaupun parti masing-masing mengekalkan identiti dan objektif
politik yang tersendiri. Selain itu, ia juga telah membentuk satu perikatan dan
kerjasama bagi menentukan kemenangan calon parti yang bertanding di dalam
sesuatu kawasan pilihan raya tersebut.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  49

1.2.8 Pilihan Raya Persekutuan 1955


Pada tarikh 27 Julai 1955, pilihan raya umum yang pertama diadakan secara
serentak di seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Pilihan raya ini menyaksikan
parti politik bertanding untuk merebut 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan
yang dipertandingkan. Parti yang bertanding termasuklah Perikatan, iaitu
gabungan pertubuhan politik daripada UMNO, MCA dan MIC pada tahun 1954
(lihat Jadual 1.6).

Jadual 1.6: Pilihan Raya Pertama (1955) yang


Mempertandingkan 52 Kerusi Majlis Perundangan Persekutuan

Parti Calon yang Bertanding

Perikatan 52

Parti Negara 33

Parti Islam Se-Malaya (PAS) 11

Parti Buruh Sebilangan kecil calon

Parti Kebangsaan Perak Sebilangan kecil calon

Liga Melayu Perak Sebilangan kecil calon

Parti Progresif Rakyat Sebilangan kecil calon

Parti Bebas 18

Gabungan parti politik dalam Perikatan telah mencapai persefahaman dan


persetujuan yang UMNO diperuntukkan di 35 kawasan, MCA di 15 kawasan dan
MIC di dua kawasan. Dalam pilihan raya tersebut, parti Perikatan memenangi 51
kerusi dan 1 kerusi dimenangi oleh PAS. Kemenangan parti Perikatan ini telah
memberikan mandat kepada parti tersebut untuk menganggotai Majlis
Perundangan Persekutuan dan menubuhkan sebuah kerajaan melalui
keanggotaan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan.
50  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

1.2.9 Pembentukan Kerajaan Sendiri


(Self-government)
Sejak tahun 1955, Persekutuan Tanah Melayu mula menjadi sebuah negeri yang
menjalankan pemerintahan sendiri, dikendalikan oleh pemimpin tempatan
walaupun pada ketika itu Tanah Melayu masih di bawah kuasa kerajaan British.
Status pemerintahan sendiri ini diberi oleh British sebagai latihan persediaan
untuk penduduk PTM menubuhkan sebuah kerajaan dan menguruskan negara
secara keseluruhannya berasaskan demokrasi.

Kerajaan PTM yang dibentuk adalah berasaskan sistem kabinet bergelar menteri
dan bertanggungjawab terhadap portfolio masing-masing. Sistem kabinet ini
terdiri daripada:

(a) Tunku Abdul Rahman (Ketua Menteri);

(b) Enam orang wakil UMNO;

(c) Tiga orang wakil MCA; dan

(d) Seorang wakil MIC.

Selain itu, terdapat ahli lain yang dilantik terdiri daripada:

(a) Pesuruhjaya Tinggi British (Pengerusi Majlis).

(b) Tiga orang ahli yang dilantik (pegawai British) bagi jawatan:

(i) Setiausaha Kewangan;

(ii) Setiausaha Pertahanan; dan

(iii) Setiausaha Hal Ehwal Luar).

(c) Dua orang ahli lain.

Usaha ini adalah sebagai galakan dan dorongan kepada Perikatan untuk berusaha
dengan lebih giat dalam menuntut kemerdekaan negara ini berasaskan lunas
demokrasi (Abdullah Ayub, 1978).
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  51

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan ke London
bertujuan mengadakan rundingan kemerdekaan dengan kerajaan Britain (lihat
Rajah 1.12).

Rajah 1.12: Rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abd Rahman
Sumber: www.arkib.gov.my

Rombongan kemerdekaan tersebut terdiri daripada sembilan ahli, iaitu:

(a) DatoÊ Abdul Razak Hussein;

(b) Dr Ismail Abdul Rahman;

(c) H. S. Lee (MCA);

(d) T. H. Tan (Setiausaha Agong Perikatan);

(e) Abd Wahab Toh Muda Abdul Aziz (Datuk Panglima Bukit Gantang, wakil
Sultan Perak);

(f) DatoÊ Mohd Seth Mohd Said (wakil Sultan Johor);

(g) Abd Kadir Shamsuddin;

(h) Abdul Aziz bin Abdul Majid (wakil Sultan Selangor); dan

(i) DatoÊ Nik Ahmad Kamil (wakil Sultan Kelantan).

Manakala kerajaan British pula diketuai oleh Lord Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha
Tanah Jajahan. Rundingan tersebut berlangsung di Lancaster House selama tiga
minggu (Abdullah Ayub, 1978).
52  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Apakah hasil rundingan tersebut? Terdapat beberapa keputusan yang dicapai


hasil daripada rundingan yang diadakan, antaranya:

(a) British bersetuju memberi kemerdekaan kepada PTM pada tarikh 31 Ogos
1957. PTM akan menganggotai Pertubuhan Commonwealth British dan
menjalankan pemerintahan secara demokrasi;

(b) Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan diganti dengan
jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan, dan disandang oleh
orang tempatan. Kerajaan PTM akan membayar ganti rugi kepada pegawai
British yang akan menamatkan perkhidmatan dalam kerajaan berikutan
kemerdekaan tersebut;

(c) British diberi hak untuk menempatkan tenteranya di PTM selaras dengan
perjanjian dan tanggungjawab terhadap Commonwealth; dan

(d) Penubuhan sebuah badan bebas untuk menggubal perlembagaan bagi PTM
yang berdaulat dan merdeka.

1.2.10 Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu


Pada tarikh 9 Mei 1957, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) sekali lagi
menghantar satu delegasi kemerdekaan ke London yang terdiri daripada Tunku
Abdul Rahman, DatoÊ Abdul Razak, V. T. Sambanthan (MIC) dan Ong Yoke Lin
(MCA) (lihat Rajah 1.13).

Rajah 1.13: Perwakilan Tanah Melayu yang pulang selepas


rundingan kemerdekaan Malaya pada tarikh 29 Mei 1957
Sumber: www.arkib.gov.my
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  53

Apakah hasil rundingan tersebut? Hasil daripada rundingan yang dijalankan,


kerajaan British bersetuju memberikan kemerdekaan sepenuhnya kepada PTM.
Oleh itu, perisytiharan kemerdekaan PTM dilakukan pada tarikh 31 Ogos 1957
(selepas tengah malam pada tarikh 30 Ogos) berlangsung di padang Kelab
Selangor. Pada malam tersebut, bendera Union Jack (bendera rasmi Great Britain)
diturunkan dan bendera PTM dikibarkan. Selepas itu, upacara perisytiharan
kemerdekaan secara rasmi dan besar-besaran diadakan di Stadium Merdeka pada
pagi tarikh 31 Ogos 1957 (lihat Rajah 1.14).

Rajah 1.14: Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan


kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Sumber: www.arkib.gov.my

Tunku Abdul Rahman turut dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama
manakala Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman pula
dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama (Abdullah Ayub, 1978).

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Mengapakah orang Melayu bangkit menentang Malayan Union?

2. Huraikan beberapa langkah yang diperkenalkan bagi mengatasi


masalah darurat di Tanah Melayu.

3. Bincangkan kepentingan kerjasama antara kaum di Tanah Melayu


sebelum merdeka.
54  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

1.3 PEMBENTUKAN MALAYSIA


Sekarang, mari kita pelajari pula tentang pembentukan Malaysia. Tahukah anda
sebelum pembentukan Malaysia, Persekutuan Tanah Melayu mengandungi 11
negeri berperlembagaan yang meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu?
Bagaimanakah pula dengan Borneo Utara? Borneo Utara ialah negeri jajahan
British dan ditadbir secara langsung tanpa terdapat kerajaan yang dilantik
sementara Kesultanan Brunei menjadi negeri yang dilindungi oleh British
(Gullick, 1967). Bagaimanakah pula dengan Singapura? Dari sudut sejarah,
Singapura adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Singapura terpisah sebagai
sebuah Tanah Jajahan Mahkota yang berasingan sejak tahun 1946 apabila Malayan
Union dicadangkan oleh British.

Pada tarikh 16 September 1963, percantuman Persekutuan Tanah Melayu,


Singapura, Sarawak dan Borneo Utara berlaku secara perjanjian apabila
terbentuknya Malaysia. Bagi Singapura, penyatuannya dengan negeri di Tanah
Melayu merupakan satu cara untuk mendapatkan kemerdekaan dan kestabilan
politik daripada British. Walau bagaimanapun, pemimpin kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu bertegas menolak penerimaan masuk Singapura dalam
Persekutuan Tanah Melayu terutamanya Tunku Abdul Rahman (Hanna, 1964).

1.3.1 Idea Pembentukan Malaysia


Tahukah anda cadangan awal pembentukan Malaysia diutarakan oleh Lord
Brassey, iaitu Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) pada tahun
1887? Brassey mengemukakan idea supaya semua jajahan dicantumkan ke dalam
satu wilayah yang besar tetapi cadangan ini tidak mendapat sebarang perhatian
(Mohamed Noordin Sophiee, 1976).

British turut berminat untuk menggabungkan semua tanah jajahan ke dalam satu
unit kerajaan yang lebih besar selepas tamat Perang Dunia Kedua. Idea ini
disuarakan oleh Creech Jones kepada Malcom MacDonald, iaitu Persuruhjaya
Tinggi British di Tanah Melayu pada tahun 1949.

Pada tahun 1951, Thio Chan Bee, Naib Presiden Parti Progresif di Singapura dalam
Majlis Perundangan Singapura menyatakan idea pembentukan Malaysia sebagai
ganti kepada kesatuan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Rozeman Abu
Hassan, 2015).
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  55

Sementara itu, idea pembentukan Malaysia diusulkan oleh Tunku Abdul Rahman
semasa menghadiri satu jamuan makan tengah hari di Singapura pada tarikh 27
Mei 1961 di hadapan ahli Persatuan Wartawan Asing. Kenyataan tersebut ialah:

„Mahu tidak mahu Malaya perlu mengadakan persefahaman dengan Britain


dan juga rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Masih terlalu
awal bagi saya untuk menyatakan bagaimana persefahaman ini dapat
dijalankan. Tetapi kita tidak dapat tidak perlu melihat ke hadapan dan
memikirkan bagaimana wilayah-wilayah ini boleh dirapatkan dari segi
kerjasama politik dan ekonomi.‰
(Hanna, 1964)

Tunku menjelaskan adalah perlu wujudnya satu kerjasama serantau yang lebih
rapat antara kelima-lima buah negeri. Walaupun sejak awal Tunku menolak
penyatuan Singapura dengan Tanah Melayu, akhirnya Tunku akur dengan
kenyataan yang dibuat olehnya terhadap penggabungan tersebut. Tunku
menjelaskan penyatuan Singapura dan Tanah Melayu adalah atas faktor ekonomi
dan keselamatan.

Terdapat dalam kalangan pemimpin dan ahli politik bersetuju dan menentang
cadangan Tunku. Rancangan ini terus mendapat nama, agenda dan jadual apabila
pihak akhbar memberikan liputan yang meluas terhadap cadangan Tunku dan
menggelarkannya sebagai Greater Malaysia atau Mighty Malaysia (Rozeman Abu
Hassan, 2015).

1.3.2 Masalah di Singapura


Penggabungan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah berkait
rapat dengan isu komunis yang berlaku di Singapura dan pendirian Tunku Abdul
Rahman adalah bersifat antikomunis. Tunku pernah menyatakan perasaan
bimbangnya tentang perkara ini dengan menyatakan:

„Kita mestilah juga menyedari bahawa Cina komunis sepanjang masa


memandang ke arah kita dengan harapan suatu hari kelak akan menguasai
seluruh Asia Tenggara.‰
(Rozeman Abu Hassan, 2003)
56  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Keadaan politik di Singapura dikatakan tidak stabil, dan Tunku takut kepada
ancaman dan fahaman komunis yang akan merebak di Singapura dan Tanah
Melayu termasuk seluruh Asia Tenggara.

Pada peringkat awal, Tunku menentang penyatuan Singapura ke dalam


Persekutuan Tanah Melayu kerana hal kerakyatan. Hal ini demikian kerana
percantuman tersebut akan menyebabkan komposisi penduduk Tanah Melayu
akan menjadi 41 peratus bagi orang Melayu dan 44 peratus bagi orang Cina.
Keadaan ini akan mengakibatkan dominasi kuasa politik dan kekayaan negara di
Tanah Melayu dikuasai oleh orang Cina (Mohamed Noordin Sopiee, 1976).

Selain itu, penyatuan dua wilayah ini akan menimbulkan masalah besar kepada
negara dan keselamatan. Masalah utama ialah perbezaan pendapat antara
penduduk Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura yang amat jelas.
Menurut Tunku Abdul Rahman, penyatuan adalah tidak sesuai kerana majoriti
penduduk di Tanah Melayu telah menerima konsep kesultanan dan kerajaan,
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Islam ialah agama rasmi negara. Bagi
Singapura, adalah sukar kepada rakyatnya untuk menerima idea tersebut kerana
70 peratus rakyatnya adalah berbangsa Cina (Mohamed Noordin Sopiee, 1976).

Mari kita lihat Jadual 1.7 yang menunjukkan majoriti penduduk di Singapura,
iaitu seramai 1,090,595 orang berbangsa Cina.

Jadual 1.7: Komposisi Bangsa di Tanah Melayu dan Singapura

Melayu dan
Negeri Bumiputera Cina India Lain-lain Jumlah
Lain

Tanah 3,125,474 2,333,756 696,186 123,342 6,278,758


Melayu (49.8%) (37.1%) (11.1%) (2.0%)
(Banci 1957)

Singapura 197,060 1,090,595 124,084 34,190 1,445,929


(Banci 1957) (13.6%) (75.1%) (8.6%) (2.7%)

3,322,534 3,424,351 820,270 157,532 7,724,687


Jumlah
(43.0%) (44.3%) (10.6%) (2.1%) (100%)

Sumber: Ongkili (1985)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  57

Berdasarkan Jadual 1.7, kita dapat melihat bahawa komposisi penduduk


berbangsa Cina akan menjadi lebih besar selepas percantuman, iaitu 3,424,351
orang melebihi komposisi penduduk berbangsa Melayu di kedua-dua negara
yang hanya berjumlah 3,322,534 orang. Perkara ini amat membimbangkan Tunku
kerana percantuman tersebut menyebabkan orang Melayu di Tanah Melayu
menghadapi persaingan besar daripada orang Cina sama ada di Singapura
ataupun Tanah Melayu.

1.3.3 Faktor Komunis di Singapura


Keadaan politik yang berlaku di Singapura menimbulkan masalah yang besar
apabila wujud persaingan antara parti politik untuk memegang kuasa
pemerintahan. Parti yang paling berkuasa dan radikal di Singapura ialah Parti
Tindakan Rakyat (PAP ă PeopleÊs Action Party) di bawah pimpinan orang Cina
dan India peranakan.

Dalam pilihan raya pertama di Singapura pada bulan April 1955, Parti Buruh
pimpinan David Marshall yang mengetuai Kesatuan Pertubuhan-pertubuhan
Kecil Sosialis memenangi 10 daripada 25 kerusi yang dipertandingkan. David
Marshall berjaya membentuk kerajaan melalui penubuhan kerajaan campuran
dengan ahli UMNO, MCA dan Kesatuan Melayu (Lee Kuan Yew, 1998).

Namun, kerajaan pimpinan David Marshall menghadapi banyak tentangan dan


bangkangan terus-menerus daripada parti PAP yang hanya memenangi tiga
daripada empat kerusi yang dipertandingkan. David Marshall terpaksa
meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri kerana menghadapi banyak
kesukaran di bawah Perlembagaan Rendel yang diasaskan oleh British.

Marshall tidak berpuas hati terhadap cadangan Alan Lennox Boyd, iaitu
Setiausaha Negara bagi Tanah-tanah Jajahan supaya satu pemerintahan dalam
negeri diwujudkan bersama Britain dengan mengekalkan kuasa terhadap hal
ehwal luar, pertahanan luar dan keselamatan dalam negeri termasuk hak
menggantung perlembagaan (Mohamed Noordin Sopiee, 1976).

Pada bulan Oktober 1956, sebilangan besar pelajar Cina, pekerja akhbar, anggota
Kesatuan Sekerja dan beberapa pemimpin PAP ditangkap serta ditahan. Kerajaan
campuran Singapura mengisytiharkan PAP sebagai sebuah parti politik yang
dikuasai oleh komunis.
58  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

PAP sekali lagi dilanda krisis pada bulan Ogos 1957, apabila puak pelampau kiri
berjaya merebut enam daripada 12 kerusi tertinggi parti. Kumpulan komunis kiri
ini turut menyusup ke dalam Gabungan Kesatuan Sekerja di Singapura
menyebabkan kerajaan Singapura bertindak menangkap serta menyingkirkan
beberapa pemimpin kumpulan pelampau kiri (Lee Kuan Yew, 1998).

Pada tahun 1959, Singapura menghadapi satu lagi pilihan raya dan PAP yang
dipimpin oleh Lee Kuan Yew telah menang 43 daripada 51 kerusi bagi
keseluruhan Dewan Undangan Negeri dan berjaya menubuhkan kerajaan
Singapura yang baharu. Kerajaan baharu ini meletakkan satu dasar yang
Singapura harus mendapat kemerdekaan melalui percantuman dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Namun, dasar kemerdekaan ini tidak dipersetujui
oleh puak pelampau kiri yang dipimpin oleh Lim Ching Siong. Sebaliknya,
kumpulan pelampau kiri ini menuntut kemerdekaan berasingan secara
menyeluruh daripada British (Lee Kuan Yew, 1998).

Lee Kuan Yew menghadapi masalah besar terhadap kegiatan komunis yang
merebak di Singapura. Ramai ejen komunis mula meresap di sekolah Cina dan
kesatuan sekerja serta dalam PAP. Keadaan ini amat membimbangkan Lee Kuan
Yew, lebih-lebih lagi timbul perselisihan antara beliau dengan pemimpin
pertubuhan kumpulan berhaluan kiri yang akhirnya membentuk Barisan Sosialis.

Dalam Pilihan Raya Kecil Hong Lim pada tahun 1961, PAP kalah teruk kepada
calon Barisan Sosialis. Perkembangan pengaruh komunis di Singapura turut
membimbangkan pemimpin lain di Tanah Melayu terutamanya kepada Tunku
Abdul Rahman yang bersikap antikomunis (Lee Kuan Yew, 1998).

Tunku menjelaskan bukan penduduk berketurunan Cina yang ditakuti oleh


pemimpin di Tanah Melayu tetapi masalah komunis di Singapura. Tunku
menegaskan pulau Singapura telah dicerobohi oleh orang yang tidak mempunyai
kepentingan sama ada dalam Singapura atau Tanah Melayu.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  59

Komunis menyelinap masuk ke dalam pelbagai pertubuhan dalam Singapura


dengan mudah dan hal ini memberi ancaman yang amat berbahaya. Tunku berasa
bimbang serta takut terhadap masalah yang berlaku di Singapura dan pernah
menyuarakan perasaan bimbangnya melalui kenyataaan berikut:

„Untuk kita menerima Singapura sebagai sama rata dengan kita adalah
mustahil. Bagaimanapun, kita akan mengalu-alukan mereka sebagai suatu unit
di dalam persekutuan supaya kita dapat mengawal hal-ehwal Singapura,
terutama kegiatan-kegiatan subversif yang kini sedang dijalankan di sana.‰
(Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, 1977)

Oleh itu, Tunku telah mengubah polisinya terhadap kemasukan Singapura ke


dalam Malaysia atas alasan tersebut. Sekitar tahun 1960 hingga 1961, Tunku
Abdul Rahman membuat kerjasama yang penting untuk membentuk Malaysia.

1.3.4 Masalah di Wilayah Borneo


Pembentukan Malaysia turut melibatkan wilayah Borneo iaitu Sabah, Sarawak
dan Brunei. Sabah dan Sarawak merupakan tanah jajahan British manakala Brunei
ialah negeri naungan serta dilindungi di bawah koloni British. Dari segi statusnya,
wilayah tersebut merupakan bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara. British
merancang untuk memberikan pemerintahan sendiri kepada wilayah-wilayah
Borneo setelah rakyat berjaya menunjukkan kemampuan untuk memerintah
sendiri.

Namun, Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju dengan dasar tersebut kerana
mengambil masa yang terlalu lama (Muhammad Noor Abdullah, 1979). Selain itu,
Tunku melihat proses pembangunan dan ekonomi di Sabah dan Sarawak terlalu
perlahan. Tunku menganggap British sebagai penjajah ke atas wilayah tersebut.
Oleh itu, menjadi tugas Persekutuan Tanah Melayu untuk membantu dan
menamatkan segala bentuk penjajahan.

Tunku mencadangkan supaya wilayah Borneo Utara ini merdeka bersama-sama


pembentukan Malaysia melalui proses percantuman dalam Malaysia. Perkara
yang paling penting ialah wilayah Borneo perlu ditukarkan daripada status tanah
jajahan kepada berkerajaan sendiri. Kemasukan Sabah dan Sarawak juga dapat
menyelesaikan „permasalahan matematik perkauman‰ yang akan mewujudkan
ketidakseimbangan penduduk Tanah Melayu dan Singapura.
60  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Selain itu, Tunku bimbang melihatkan perkembangan pengaruh komunis yang


semakin hebat di Sarawak dan Sabah. Tunku melihat perkembangan pengaruh
komunis di wilayah Borneo Utara sebagai suatu perkara yang amat serius.
Pengaruh komunis telah berkembang dan menyusur masuk ke dalam persatuan
terutamanya dalam Sarawak Advanced Youth Association (SAYA) dan
pertubuhan Sulit Komunis (CCO ă Clandestine Communist Organisation).
Pergerakan komunis adalah untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada di
Sarawak dan menubuhkan negara komunis (Rozeman Abu Hassan, 2003).
Oleh itu, Tunku melihat perkembangan pengaruh komunis di Borneo hanya boleh
disekat dengan cara menarik wilayah tersebut menyertai Malaysia.

Akhir sekali, bagi menyelesaikan permasalahan perkauman yang tidak seimbang


dalam gabungan Singapura dan Tanah Melayu, Tunku meminta British
melepaskan wilayah Borneo supaya menyertai Malaysia. Penyertaan wilayah
Borneo merupakan syarat utama yang diminta oleh Tunku kepada British untuk
menerima kemasukan Singapura dalam Malaysia. Kemasukan sejumlah besar
penduduk peribumi bumiputera di Sabah dan Sarawak dapat mengimbangi
jumlah orang Cina di Singapura (Rozeman Abu Hassan, 2003). Mari kita lihat
Jadual 1.8 yang menunjukkan jumlah penduduk Singapura, Tanah Melayu dan
Borneo jika penggabungan berlaku.

Jadual 1.8: Jumlah Penduduk Singapura,


Tanah Melayu dan Wilayah Borneo Jika Bercantum

Penduduk
Kelompok
Peratus
Bangsa Tanah Melayu Wilayah
Malaysia
dan Singapura Borneo

Peribumi dan
3,322,000 872,953 4,194,953 46.6
Asli

Cina 3,425,000 355,491 3,780,491 42.0

Lain-lain 977,000 54,383 1,031,383 11.4

Jumlah 7,724,000 1,282,827 9,006,827 100.0

Sumber: Simandjuntak (1985)

Berdasarkan Jadual 1.8, jumlah kaum bumiputera dan peribumi dapat menyaingi
dan menjadi majoriti, iaitu 4,194,953 orang jika dibandingkan dengan kaum Cina
yang hanya berjumlah 3,780,491 orang. Oleh itu, percantuman ini telah
merealisasikan hasrat Tunku untuk mengekalkan kuasa peribumi di Tanah
Melayu daripada didominasi oleh orang Cina (Rozeman Abu Hassan, 2003).
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  61

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Mengapakah Tunku Abdul Rahman mencadangkan idea


pembentukan Malaysia pada tarikh 27 Mei 1961?

2. Apakah faktor utama yang mempengaruhi pembentukan Malaysia


pada tahun 1963?

1.3.5 Proses Pembentukan Malaysia


Pengumuman yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman di Singapura
menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Tunku menerima pelbagai
maklum balas yang mendorongnya mengadakan perbincangan serta
perundingan ke arah penubuhan Malaysia. Antaranya adalah seperti yang
berikut:

(a) Lawatan Muhibah ke Borneo Utara dan Sarawak


Cadangan pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman mendapat
tentangan di wilayah Borneo. Terdapat pemimpin di Borneo menuduh
Tunku mendorong British menyerahkan wilayah Borneo dengan tujuan
membesarkan wilayah Persekutuan Tanah Melayu.

Oleh itu, Tunku telah mengadakan lawatan muhibah ke wilayah Borneo


yang akhirnya telah mengubah tentangan awal oleh ketua parti politik dan
pemimpin kaum. Rakyat Borneo Utara dan Sarawak disedarkan tentang
kepentingan kemerdekaan melalui Malaysia dan menerusi cara ini
pembangunan politik, sosial dan ekonomi akan dapat dilaksanakan
(Mohamed Noordin Sopiee, 1976).

Pada peringkat awal, Donald Stephen, ketua masyarakat Kadazan suku


kaum terbesar di Sabah tidak bersetuju dengan cadangan Malaysia
manakala Datu Mustapha Datu Harun yang mewakili penduduk Islam
menyokong penuh penubuhan Malaysia sejak awal lagi.

Selain itu, terdapat beberapa parti politik di Sarawak seperti Parti Negara
Sarawak (PANAS), Sarawak United Peoples Party (SUPP) dan Sarawak
National Party (SNAP) yang tidak bersetuju dengan rancangan Malaysia.
Namun, setelah menerima rombongan lawatan muhibah, pemimpin
tersebut mula menyokong rancangan Malaysia.
62  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Selain itu, salah satu usaha yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu adalah dengan membawa beberapa pemimpin tempatan melihat
kemajuan fizikal di Semenanjung (Mohamed Noordin Sopiee, 1976).

Rombongan lawatan muhibah juga dilakukan ke Brunei bagi menangani


tentangan pengikut Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan A. M. Azahari.
Hal ini demikian kerana Azahari tidak berminat kepada rancangan Malaysia
sebaliknya bertekad untuk mewujudkan negara Kesatuan Kalimantan Utara
yang merdeka. Kesan daripada lawatan Tunku ke Brunei, Sultan Brunei
menubuhkan satu suruhanjaya tinjauan untuk menentukan pendirian
sebenar rakyat Brunei terhadap rancangan Malaysia (Muhammad Noor
Abdullah, 1979).

(b) Rundingan Singapura 1961


Pada bulan Ogos 1961, pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Singapura
dan wilayah Borneo mengadakan rundingan dengan British di Singapura.
Para pemimpin telah berbincang dan mencapai kata sepakat antara PTM dan
Singapura terutamanya dari aspek keselamatan, perhubungan luar,
tanggungjawab bersama menjaga keselamatan negeri tersebut serta bilangan
perwakilan dalam parlimen. British turut menetapkan syarat bahawa
penggabungan antara PTM dengan Singapura adalah atas kehendak
penduduk dan bukan atas paksaan mana-mana pihak (Rozeman Abu
Hassan, 2015).

(c) Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia 1961


Pada tahun 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPP) di
Singapura telah ditubuhkan untuk menangani masalah perpaduan kaum
dalam kalangan negara anggota. Donald Stephen pula dilantik sebagai
Pengerusi JPP yang mewakili wilayah Borneo Utara.

Apakah fungsi JPP? JPP berfungsi untuk memberi penjelasan kepada rakyat
dan mengumpulkan pendapat rakyat mengenai cadangan pembentukan
Malaysia. JPP berjaya mendapatkan persetujuan penting antaranya
(Muhammad Noor Abdullah, 1979):

(i) Satu suruhanjaya dibentuk bagi meninjau pandangan rakyat Sarawak


dan Borneo Utara tentang cadangan penubuhan Malaysia;

(ii) Perlembagaan Persekutuan 1957 diterima sebagai asas kepada


perlembagaan negeri;
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  63

(iii) Malaysia akan menjadi sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dari
aspek perhubungan luar, pertahanan negara dan keselamatan dalam
negeri;

(iv) Perwakilan di parlimen tidak berasaskan ramainya penduduk dalam


sesuatu kawasan tetapi berdasarkan luas kawasan bagi menentukan
bilangan ahli bagi Sarawak dan Sabah;

(v) Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri


dipersetujui manakala Sabah dan Sarawak diberi beberapa kuasa
istimewa termasuk dalam bidang imigresen;

(vi) Kedudukan agama Islam akan kekal sebagai agama rasmi bagi
Persekutuan Malaysia;

(vii) Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi negara; dan

(viii) Kedudukan istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak sama seperti


kedudukan orang Melayu di Semenanjung.

(d) Suruhanjaya Cobbold 1962


Apakah objektif Suruhanjaya Cobbold? Suruhanjaya Cobbold dibentuk oleh
British bagi meninjau pendapat penduduk Borneo Utara dan Sarawak sama
ada menerima atau menolak rancangan Malaysia. Suruhanjaya ini diketuai
oleh Lord Cobbold (lihat Rajah 1.15) yang dilantik sebagai pengerusi.

Rajah 1.15: Lord Cobbold


Sumber: http://www.telegraph.co.uk
64  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Suruhanjaya ini turut dianggotai oleh empat anggota lain, iaitu dua rakyat
British dan dua rakyat PTM yang terdiri daripada Wong Pow Nee, Ketua
Menteri Pulau Pinang dan Ghazali Shafie, pegawai kanan kerajaan
persekutuan.

Tugas utama Suruhanjaya Cobbold ialah melakukan tinjauan secara


langsung di wilayah-wilayah terbabit bagi mendapat pandangan pelbagai
kaum dan lapisan masyarakat (Mohamed Noordin Sopiee, 1976). Tempoh
tinjauan yang dibuat oleh suruhanjaya ini adalah selama tiga bulan bermula
bulan Februari hingga April 1962.

Apakah hasil tinjauan tersebut? Hasil daripada tinjauan yang dilakukan,


Suruhanjaya Cobbold telah menerima 2,200 memorandum daripada 4,000
pertemuan. Hampir 80 peratus rakyat Borneo Utara dan Sarawak
menyokong rancangan Malaysia manakala 20 peratus tidak bersetuju
dengan rancangan tersebut (Mohamed Noordin Sopiee, 1976).

Secara amnya, pendirian rakyat Borneo Utara dan Sarawak terbahagi


kepada tiga pandangan, iaitu (Rozeman Abu Hassan, 2015):

(i) Sebanyak satu pertiga daripada penduduk kedua-dua negeri ini


menyokong penuh pergabungan tanpa syarat;

(ii) Satu pertiga lagi menyokong tetapi dengan syarat dan jaminan
tertentu; dan

(iii) Baki satu pertiga lagi separuhnya mahukan kemerdekaan terlebih


dahulu sebelum bergabung, dan separuhnya menentang kerana mahu
kekal di bawah pemerintahan British.

(e) Peranan Jawatankuasa antara Kerajaan


Bagi menjaga kepentingan negeri-negeri Borneo, Jawatankuasa antara
Kerajaan (IGC ă Inter-Government Committee) telah dibentuk untuk
mengadakan rundingan dan penyediaan peruntukan perlembagaan. Lord
Landsdowne, Menteri Tanah Jajahan telah dilantik sebagai Pengerusi IGC
dan dibantu oleh DatoÊ Abdul Razak sebagai Timbalannya. Landsdowne
telah membahagikan perkara kepada 15 bahagian untuk dikaji oleh
jawatankuasa tersebut. IGC telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama
di Jesselton, Borneo Utara pada tarikh 30 Ogos 1962 (Mohamed Noordin
Sopiee, 1976).
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  65

Landsdowne mewakili delegasi British bersama lima anggota manakala Tun


Abdul Razak membawa tiga pegawai kanan sebagai pembantunya. Sarawak
diwakili oleh pegawai pentadbir kerajaan manakala Borneo Utara pula
diketuai oleh gabenornya, William Goode.

Ahli IGC bersetuju perkara utama yang perlu disepakati iaitu penerimaan
pembentukan Malaysia oleh semua pihak. Dalam mesyuarat tersebut,
mereka bersetuju untuk membentuk jawatankuasa kecil bagi
membincangkan aspek khusus bagi Perlembagaan Malaysia dan
keselamatan seperti yang berikut:

(i) Perlembagaan negeri;

(ii) Peruntukan kewangan;

(iii) Pilihan raya;

(iv) Kehakiman;

(v) Perkhidmatan awam;

(vi) Kewarganegaraan;

(vii) Imigresen;

(viii) Agama;

(ix) Pendidikan;

(x) Bahasa kebangsaan;

(xi) Kedudukan undang-undang sedia ada;

(xii) Hak dan status kaum bumiputera;

(xiii) Penyusunan transisi; dan

(xiv) Perjanjian antarabangsa bagi bantuan kewangan dan teknikal.

Semua pihak seperti wakil Majlis Perundangan Negeri Sarawak dan


pemimpin di Borneo Utara, iaitu Datu Mustapha Datu Harun dan Donald
Stephens berpuas hati dengan laporan ICG. Tempoh untuk membawa
Borneo Utara dan Sarawak menyertai Gagasan Malaysia mengambil masa
21 bulan (Mohamed Noordin Sopiee, 1976).
66  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

(f) Referendum Singapura 1962


Akhir sekali, mari kita lihat tentang Referendum Singapura 1962. Tahukah
anda satu referendum telah diadakan di Singapura secara berasingan
dengan tujuan mendapatkan pandangan rakyat negeri tersebut terhadap
cadangan penggabungan Singapura dalam Persekutuan Malaysia?
Referendum Singapura ialah satu cara untuk meninjau pandangan rakyat
Singapura berhubung pembentukan Malaysia (Mohamed Noordin Sopiee,
1976). Menerusi referendum ini, rakyat Singapura boleh menentukan
pendirian mereka melalui pungutan suara. Pada dasarnya, sebahagian besar
parti politik di Singapura menyokong pembentukan Malaysia.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang berbeza dari segi pandangan


dan pendirian yang masih perlu diambil kira seperti tentangan hebat oleh
pihak pembangkang terutamanya Parti Barisan Sosialis yang tidak
menyokong penubuhan Malaysia.

Pada tarikh 1 September 1962, satu referendum dijalankan di Singapura dan


hasilnya, keputusan referendum memberikan tiga pilihan utama, iaitu:

(i) Pilihan A
Rakyat bersetuju dengan cadangan penubuhan Malaysia dengan
syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan
Tanah Melayu melalui „Kertas Putih‰ pada bulan November 1961
(pilihan ini telah mendapat undian sebanyak 377,626 undi).

(ii) Pilihan B
Rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat (pilihan ini mendapat
9,422 undi).

(iii) Pilihan C
Syarat dan faedah yang akan diberi hampir sama seperti apa-apa yang
diperoleh oleh wilayah Borneo (pilihan ini mendapat 7,911 undi).

Sebanyak 2,370 undi adalah rosak dan 144,077 penduduk membuat undi
kosong (Rozeman Abu Hassan, 2015).
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  67

Pemimpin Barisan Sosialis bersama anasir komunis tidak bersetuju dan


membantah keputusan referendum. Mereka mendakwa pungutan suara itu
merupakan suatu helah PAP kerana semua pilihan A, B atau C ialah
kenyataan menyokong penubuhan Malaysia.

Akhir sekali, sebanyak 71 peratus pengundi telah menyokong pembentukan


Malaysia. Referendum tersebut memperlihatkan rakyat Singapura bersetuju
untuk bergabung dalam Malaysia mengikut beberapa syarat yang
dipersetujui oleh PTM dalam bulan November 1961 (Mohamed Noordin
Sopiee, 1976).

1.3.6 Penubuhan Malaysia 1963


Cadangan pembentukan Malaysia turut mendapat tentangan daripada Filipina
dan Indonesia. Kedua-dua negara tersebut menentang keras rancangan
penubuhan Malaysia kerana Filipina menuntut kedaulatan ke atas Borneo Utara
yang didakwa sebagai hak Kesultanan Sulu. Manakala Indonesia pula
menganggap penubuhan Malaysia sebagai projek tanah jajahan British. Filipina
membuat tuntutan kepada kerajaan Britain ke atas Borneo Utara tetapi tuntutan
tersebut telah ditolak kerana tidak mempunyai asas yang kukuh. Indonesia pula
cuba menggagalkan gagasan Malaysia melalui usaha diplomasi dan kegiatan
subversif. Pada bulan Disember 1962, Indonesia terlibat secara tidak langsung
dalam pemberontakan yang dilancarkan oleh Parti Rakyat Brunei (Ghazalie
Shafie, 1998).

Pada tarikh 1 Julai 1963, Tunku Abdul Rahman berjaya mengaturkan suatu
pertemuan dengan Presiden Sukarno di Tokyo dan membincangkan beberapa isu
pertikaian antara kedua-dua negara. Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk
mengadakan sidang kemuncak bersama Presiden Macapagal di Manila.
Ia dikenali sebagai Persetujuan Manila (Manila Accord) (lihat Rajah 1.16).
68  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Rajah 1.16: Persetujuan Manila yang diadakan di Manila dari tarikh 7 hingga 11 Jun 1963
antara Menteri Luar Malaysia, DatoÊ Abdul Razak, Menteri Luar Filipina, Emmanuel
Palaez (di tengah) dan Menteri Luar Indonesia, Dr Subandrio
Sumber: www.arkib.gov.my

Rajah 1.17 pula memaparkan perjanjian penubuhan Malaysia di London pada


tarikh 8 Julai 1963.

Rajah 1.17: Perjanjian penubuhan Malaysia di London pada tarikh 8 Julai 1963
Sumber: www.arkib.gov.my
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  69

Pada tarikh 31 Julai hingga 5 Ogos 1963, satu persidangan telah diadakan di
Manila dan mencapai dua persetujuan penting iaitu perjanjian kerjasama yang
lebih erat antara Malaysia, Filipina dan Indonesia melalui penubuhan
MAPHILINDO dan penyelesaian isu gagasan Malaysia.

Sukarno dan Macapagal bersetuju untuk tidak meneruskan bantahan penubuhan


Malaysia sekiranya suatu badan bebas di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu ditugaskan bagi meninjau kembali keputusan penduduk di Borneo Utara
dan Sarawak. Badan bebas tersebut juga perlu disertai oleh pemerhati dari
Indonesia dan Filipina (Ghazalie Shafie, 1998).

PBB bersedia melaksanakan tugas tinjauan semula dengan syarat semua pihak
hendaklah menerima dan menghormati hasil siasatan PBB. Lawrence
Michaelmore mengetuai Suruhanjaya PBB dan menjalankan tugasnya dari tarikh
16 Ogos hingga 5 September 1963. Siasatan PBB berlanjutan sehingga menjangkau
tarikh pengisytiharan penubuhan Malaysia pada tarikh 31 Ogos 1963 yang
ditetapkan menyebabkan tarikh pengisytiharan Malaysia terpaksa ditunda. Rajah
1.18 menunjukkan pertemuan Duta PBB, Narasinham dengan Tun Abdul Razak.

Rajah 1.18: Pertemuan Duta PBB, Narasinham dengan Tun Abdul Razak
bagi meninjau hasrat rakyat Borneo menyertai Malaysia
Sumber: www.arkib.gov.my
70  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Akhirnya, laporan PBB telah diumumkan pada tarikh 14 September 1963 dengan
lebih 70 peratus penduduk menyatakan persetujuan Borneo Utara dan Sarawak
menjadi anggota Malaysia.

Namun, keputusan laporan PPB telah ditolak oleh Indonesia dan Filipina dan
enggan mengiktiraf penubuhan Malaysia (Ghazalie Shafie, 1998). Malah, Sultan
Omar Ali Sarifuddin, Sultan Brunei membatalkan rancangan menyertai Malaysia
pada peringkat akhir walaupun peringkat awal menunjukkan persetujuan untuk
menyertai Malaysia (lihat Rajah 1.19).

Rajah 1.19: Sultan Omar Ali Sarifuddin


Sumber: http://bruneiresources.blogspot.com

Pemberontakan Brunei oleh Parti Rakyat Brunei banyak mempengaruhi


keputusan baginda untuk tidak menyertai Malaysia. Pemberontakan tersebut
menunjukkan rakyat Brunei menolak gagasan Malaysia (Ghazalie Shafie, 1998).

Selain itu, Sultan Omar juga kecewa disebabkan tuntutan baginda tidak
dipertimbangkan sepenuhnya seperti yang berikut:

(a) Brunei diberikan sekurang-kurangnya 10 kerusi parlimen;

(b) Brunei diberi hak terus menguasai hasil galian gas dan minyak yang
dimilikinya;

(c) Memegang autonomi kewangan;

(d) Mengekalkan semua pelaburan dalam negara;


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  71

(e) Mengekalkan kadar percukaian yang rendah;

(f) Meneruskan program pendidikan dan kebajikan; dan

(g) Mengambil kira kekananan baginda dalam Majlis Raja-Raja.

Isu yang paling utama dituntut Sultan Brunei ialah soal kekananan baginda dan
soal kuasa ke atas hasil minyak Brunei. Beberapa rundingan diadakan dan semua
tuntutan telah diselesaikan kecuali isu minyak dan kekananan Sultan Brunei.

Oleh itu, Sultan Brunei mengambil keputusan untuk tidak menandatangani


perjanjian berkenaan kerana tersinggung kerana soal kekananan baginda tidak
dipertimbangkan. Keputusan Sultan Brunei juga mempunyai perkaitan dengan
pengaruh British yang enggan melepaskan penguasaan ke atas Brunei atas
kepentingan ekonominya.

Akhirnya, pada tarikh 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman dengan


persetujuan kerajaan Britain, Singapura, Borneo Utara dan Sarawak
mengisytiharkan secara rasmi penubuhan Malaysia. Melalui pengisytiharan
tersebut Britain secara rasminya telah melepaskan jurisdiksinya ke atas Singapura,
Borneo Utara dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, Indonesia dan Filipina menghantar nota bantahan tidak


mengiktiraf Malaysia lantas menutup kedutaan masing-masing di Kuala Lumpur.
Begitu juga Malaysia terpaksa menutup kedutaannya di Jakarta dan Manila
(Ghazalie Shafie, 1998).

1.3.7 Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam


Persekutuan
Sekarang, mari kita lihat kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan
Malaysia. Tahukah anda status kedudukan Sabah dan Sarawak selepas Malaysia
ditubuhkan dalam beberapa perkara adalah berbeza dengan status anggota
persekutuan yang lain? Perbezaan ini adalah hasil persetujuan yang dituntut oleh
mereka semasa perundingan dalam IGC. Tuntutan tersebut telah
dipertimbangkan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu kerana Sabah dan
Sarawak jauh ketinggalan dari segi perkembangan sosial, ekonomi dan politik
berbanding Singapura dan negeri lain di Semenanjung.
72  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Antara perkara yang dituntut oleh kedua-dua negeri berkenaan yang


dipertimbangkan dan dipersetujui bersama adalah seperti yang diterangkan
dalam Jadual 1.9.

Jadual 1.9: Perkara yang Dituntut oleh Sabah dan Sarawak


kepada Persekutuan Tanah Melayu Selepas Pembentukan Malaysia

Perkara Huraian

Agama Islam agama rasmi persekutuan sementara Sabah dan


Sarawak hendaklah tidak mempunyai sebarang agama
rasmi.

Bahasa Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi persekutuan. Bahasa


Inggeris hendaklah digunakan dalam tempoh 10 tahun
selepas hari kemerdekaan Malaysia.

Perlembagaan Perlembagaan PTM yang sedia ada diterima sebagai asas


Perlembagaan Malaysia. Sebuah perlembagaan negeri adalah
perlu bagi Sabah, begitu juga bagi Sarawak.

Ketua persekutuan Ketua bagi negeri Sabah dan ketua negeri Sarawak tidak
berhak atau tidak layak untuk dipilih menjadi ketua
persekutuan.

Imigresen Kawalan ke atas imigresen ke mana-mana bahagian Malaysia


daripada luar hendaklah berada dalam kuasa kerajaan
persekutuan tetapi kemasukan ke Sabah dan Sarawak
hendaklah juga mendapat kebenaran daripada kerajaan
negeri.

Hak untuk berpisah Sabah dan Sarawak tiada hak untuk keluar dari Malaysia.
(secession)

Borneonisasi Perkhidmatan awam hendaklah disegerakan.

Pegawai British Pegawai British kekal dalam perkhidmatan awam


sehinggalah tempat mereka diambil alih oleh mereka yang
layak dan sesuai dalam kalangan rakyat tempatan.

Kewarganegaraan Hak kewarganegaraan dalam negeri Sabah dan Sarawak


tertakluk dengan pindaan seperti tidak mengandungi
peruntukan sehinggalah pemastautin lima tahun dan tidak
mengandungi sekatan yang terikat dengan kewarganegaraan
ibu bapa bagi yang lahir di Borneo Utara selepas Malaysia,
mesti menjadi warga persekutuan.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  73

Tarif dan kewangan Borneo Utara dan Sarawak hendaklah mengawal kewangan,
tabung, pembangunan dan tarifnya sendiri.

Hak istimewa Bumiputera Borneo Utara dan Sarawak menikmati hak


istimewa orang Melayu di PTM.

Kerajaan negeri Ketua Menteri hendaklah dipilih oleh ahli tidak rasmi Dewan
Perundangan dan mewujudkan satu sistem kementerian
sebenar di Sabah dan Sarawak oleh kerajaan persekutuan.

Pendidikan Sistem pendidikan yang sedia ada di Sabah dan Sarawak


hendaklah dikekalkan dan untuk tujuan itu, ia hendaklah
diletakkan di bawah kerajaan negeri.

Perwakilan parlimen Perlu mengambil kira populasi penduduk Sabah dan


Sarawak, saiz dan potensinya. Tunku Abdul Rahman telah
menunaikan tuntutan Sabah dan Sarawak dengan
memperuntukkan 40 kerusi dalam Parlimen Malaysia.

Tanah, perhutanan, Peruntukan dalam kerajaan persekutuan bersangkutan


kerajaan tempatan dengan Kuasa Majlis Tanah Negara tidak boleh diguna pakai
dan lain-lain bagi Sarawak dan Borneo Utara. Begitu juga dengan Majlis
Kerajaan Tempatan Negara hendaklah tidak boleh diguna
pakai di kedua-dua negeri Borneo.

Sumber: Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan (2010)

Berdasarkan Jadual 1.9, kita dapati bahawa kedudukan Sabah dan Sarawak dalam
persekutuan adalah istimewa berdasarkan hak yang diberi berbanding dengan
anggota persekutuan lain. Hal ini demikian kerana anggota lain dalam
persekutuan tidak mempunyai kuasa perundangan bagi menghalang suatu
pindaan perlembagaan dibuat. Perlembagaan Persekutuan tidak memerlukan
rundingan atau persetujuan negeri di Semenanjung dalam proses pindaan.

Namun bagi Sabah dan Sarawak, persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan
Sarawak adalah perlu bagi pindaan perlembagaan di bawah Perkara 161E
berhubung kedudukan istimewa kedua-dua negeri tersebut. Peruntukan ini
adalah rumit kerana ia tidak memberi kuasa budi bicara kepada Yang di-Pertua
Negeri yang mempunyai obligasi perlembagaan dan bertindak atas nasihat Ketua
Menteri masing-masing.
74  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

SEMAK KENDIRI 1.3

1. Mengapakah Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan?

2. Apakah peranan Jawatankuasa antara Kerajaan?

3. Mengapakah Sultan Brunei menarik diri daripada menyertai


Malaysia pada tahun 1963?

4. Mengapakah Sabah dan Sarawak mempunyai peruntukan yang


berbeza dengan negeri lain di Semenanjung?

1.3.8 Malaysia Selepas Pembentukan


Pada tarikh 16 September 1963, Malaysia berjaya dibentuk selepas melalui proses
yang panjang dan melalui pelbagai cabaran. Namun, selepas kewujudan
Malaysia, masih terdapat masalah lain yang terpaksa dihadapi oleh Tunku Abdul
Rahman. Cabaran yang dihadapinya adalah apabila terpaksa menghadapi reaksi
dan tentangan daripada Indonesia dan Filipina.

(a) Tuntutan Filipina terhadap Sabah


Sejak awal tahun 1962, Presiden Macapagal telah membantah pembentukan
Malaysia atas alasan mempunyai hak ke atas Borneo Utara. Filipina
mendakwa penyerahan awal wilayah Borneo Utara pada tahun 1878 dari
Sultan Sulu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) adalah dalam
bentuk pajakan dan bukan jualan kepada SBBU. SBBU juga membuat
bayaran pada setiap tahun kepada Sultan Sulu. Namun, tuntutan Filipina ke
atas Borneo Utara di London tidak dilayan oleh kerajaan Britain.

Selepas pembentukan Malaysia, Manila menghantar wakil ke Kuala Lumpur


untuk menuntut haknya ke atas Sabah. Kerajaan Malaysia enggan melayan
tuntutan daripada Filipina kerana tuntutan tersebut adalah tekanan politik
dalaman yang dihadapi oleh Presiden Macapagal.

Akhirnya, Filipina bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan


Kuala Lumpur. Walaupun Filipina mengiktiraf Malaysia secara rasmi pada
tarikh 3 Jun 1966 tetapi tuntutan ke atas Sabah tidak pernah digugurkan
hingga ke hari ini. Tuntutan ini berterusan semasa kepimpinan Macapagal
hingga ke era Ferdinand Marcos. Isu tuntutan ini mengeruhkan kembali
hubungan antara Malaysia dengan Filipina walaupun hubungan diplomatik
kedua-dua negara semakin baik.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  75

Pada tarikh 20 Julai 1968, sekali lagi Manila memanggil pulang semua
diplomatnya dari Kuala Lumpur disebabkan Malaysia enggan berunding
tentang tuntutan tersebut. Dewan Perwakilan Filipina turut membuat usul
untuk mengisytiharkan bahawa 3/5 wilayah Sabah adalah milik Filipina
pada tarikh 26 Ogos 1968. Kemudian, hubungan kedua-dua negara kembali
pulih atas kerjasama pertubuhan serantau ASEAN yang dianggotai oleh
negara serantau lain.

(b) Konfrontasi Indonesia


Kenyataan Dr Subandrio dalam akhbar New York Times pada tarikh
13 November 1961 menunjukkan pada peringkat awal, Indonesia tidak
menghalang pembentukan Malaysia. Namun, kenyataan tersebut adalah
sebaliknya kerana Indonesia menentang keras usaha pembentukan Malaysia
termasuk menyokong pemberontakan Parti Rakyat Brunei. Presiden
Sukarno (lihat Rajah 1.20) mendakwa gagasan Malaysia sebagai
neokolonialis Barat bagi mengekalkan kepentingan dan pengaruh mereka di
Asia Tenggara.

Rajah 1.20: Presiden Sukarno


Sumber: http://soekarno-muutawalli.blogspot.com

Oleh itu, pada tarikh 20 Julai 1963, Indonesia melancarkan konfrontasi


dengan matlamat menggagalkan gagasan Malaysia (Nik Anuar Nik
Mahmud, 2000).
76  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Selain itu, terdapat faktor lain yang menyebabkan Indonesia menentang


pembentukan Malaysia. Antaranya ialah Presiden Sukarno berkecil hati
apabila Tunku Abdul Rahman tidak berbincang tentang idea pembentukan
Malaysia dengan beliau. Sukarno juga marah apabila ideanya terjejas untuk
membentuk „Indonesia Raya.‰ Sukarno menuduh Tunku telah
membelakangkannya dan Indonesia serta melemahkan semangat orang
Melayu di Nusantara. Pada ketika itu, Sukarno menghadapi pelbagai
masalah dalaman, terutamanya masalah kebuluran dan masalah persaingan
kuasa antara tentera dengan Parti Komunis Indonesia (PKI) sebagai usaha
mengalih pandangan rakyat (Nik Anuar Nik Mahmud, 2000).

Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia semakin kuat dengan slogan


Ganyang Malaysia. Serangan dilancarkan oleh tentera Indonesia di sekitar
sempadan Sabah dan Sarawak. Malaysia cuba memulihkan hubungan
diplomatik bagi kedua-dua negara namun usaha tersebut tidak mencapai
kejayaan.

Usaha Malaysia menghadapi konfrontasi Indonesia dibantu oleh tentera


Komanwel di bawah perjanjian kerjasama pertahanan British dan
Persekutuan Tanah Melayu (AMDA ă Anglo Malayan Defence Agreement).

Pada tarikh 31 Mei 1966, Menteri Luar Indonesia yang baharu, iaitu Adam
Malik dan Tun Abdul Razak telah mengadakan satu pertemuan di Bangkok
(lihat Rajah 1.21).

Rajah 1.21: Pertemuan antara pemimpin Malaysia dan Indonesia


di Bangkok pada tarikh 31 Mei 1966 (dari kiri Ghazali Shafie,
Adam Malik, Tun Abdul Razak dan Laksamana Syaaf)
Sumber: www.arkib.gov.my
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  77

Hasil pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk


menyelesaikan konfrontasi berasaskan formula perdamaian. Kemudian,
satu lagi perjanjian perdamaian ditandatangani di Jakarta pada tarikh
11 Ogos 1966 (lihat Rajah 1.22).

Rajah 1.22: Perjanjian Perdamaian Malaysia-Indonesia antara


Tun Abdul Razak dan Menteri Luar Indonesia, Adam Malik
dan disaksikan oleh Presiden Suharto di Jakarta pada 11 Ogos 1966
Sumber: www.arkib.gov.my

Akhirnya, Indonesia mengiktiraf Malaysia sebuah negara berdaulat dan merdeka


dan segala hubungan diplomatik dapat dipulihkan (Legge, 1972).

1.3.9 Singapura Disingkirkan


Selepas Singapura menyertai Malaysia, berlaku banyak krisis dan perselisihan
antara Singapura dengan kerajaan Persekutuan Malaysia. Pembentukan Malaysia
menyebabkan orang Melayu dan orang Cina mengalami polarisasi kaum, iaitu
wujud pelampau Cina Singapura dan pelampau Melayu di Tanah Melayu. Situasi
ini sukar diatasi dan semakin mengancam toleransi hubungan kaum Melayu dan
Cina di kedua-dua negara.

Perbalahan tercetus antara Parti Tindakan Rakyat di Singapura dan UMNO di


Tanah Melayu sehingga mencetuskan konflik yang serius. Kemasukan Singapura
dalam Persekutuan Malaysia telah menyelamatkan kuasa politik Lee Kuan Yew
di Singapura. Lee Kwan Yew mendesak kerajaan Malaysia supaya menahan
beberapa pemimpin parti pembangkang Singapura di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) (Nik Anuar Nik Mahmud, 2001).
78  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Lee Kuan Yew berjaya mengukuhkan kembali pentadbirannya di Singapura


dengan tertangkapnya pemimpin parti pembangkang dan menguatkan
kedudukan PAP. PAP berjaya memenangi 37 daripada 51 kerusi dewan yang
dipertandingkan dalam pilihan raya Dewan Perundangan Singapura pada bulan
September 1963.

Hubungan Malaysia-Singapura mula retak apabila PAP bertanding dalam pilihan


raya Parlimen Malaysia pada tahun 1964. Walaupun Lee Kuan Yew berjanji tidak
akan campur tangan dalam hal ehwal politik di Semenanjung tetapi beliau telah
memungkiri janji.

Lee Kuan Yew dan beberapa pemimpin PAP yang lain turut memperkecilkan
MCA dan mendakwa pemimpin MCA kurang berkaliber, gagal memperjuangkan
kepentingan penduduk Cina dan terlalu bersahabat dengan UMNO. Dakwaan
Lee Kuan Yew tidak disenangi oleh pemimpin MCA dan pemimpin UMNO
termasuk Tunku Abdul Rahman.

PAP cuba mengambil alih peranan MCA sebagai parti yang memperjuangkan
kepentingan orang Cina dalam politik Malaysia sedangkan PAP dikatakan satu
parti perkauman yang didominasi oleh kaum Cina terutamanya di Singapura.
Penglibatan PAP dalam Pilihan Raya 1964 akan membahayakan integrasi dan
perpaduan kaum di Malaysia. Pemimpin UMNO dan MCA mengesyaki Lee Kuan
Yew mempunyai motif yang tidak baik. Hubungan kerajaan PAP dengan Parti
Perikatan dikatakan mulai renggang (Nik Anuar Nik Mahmud, 2001).

PAP mengadakan satu konvensyen bagi membentuk Barisan Pembangkang


Bersatu (United Opposition Front) bertujuan memperjuangkan persamaan hak
berasaskan kewarganegaraan seragam pada tarikh 27 April 1965. Lee Kuan Yew
memulakan kempen Malaysian Malaysia dengan menuntut persamaan kaum di
Malaysia. Kempen tersebut telah mencabar UMNO yang memperjuangkan
kepentingan orang Melayu.

Konvensyen 9 Mei 1965 anjuran PAP menyatukan orang Cina untuk memusuhi
orang Melayu. Akibatnya, rusuhan kaum berlaku di Singapura dan orang Melayu
Singapura menjadi sasaran. Kempen Malaysian Malaysia yang diperjuangkan
oleh Lee Kuan Yew menjadikan keadaan semakin meruncing dan ditentang oleh
golongan ekstremis UMNO seperti Jaafar Albar, Harun Idris, dan lain-lain dengan
slogan „Melayu Bersatu‰ (Nik Anuar Nik Mahmud, 2001).
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  79

Situasi ini membangkitkan perasaan benci antara orang Melayu dengan orang
Cina. Pemimpin MCA seperti Tan Siew Sin dan T. H. Tan mula melahirkan rasa
tidak senang terhadap Singapura dan mencadangkan supaya Singapura
dikeluarkan dari Malaysia. Pemimpin PAP diibaratkan seperti „duri dalam
daging‰ bagi kerajaan persekutuan kerana tindakan PAP dianggap sebagai
penghalang kepada proses perpaduan.

Bagi mengelakkan daripada berlakunya pertumpahan darah, kepimpinan UMNO


dan sokongan rakan dalam Perikatan membuat keputusan menyingkirkan
Singapura dari Malaysia. Pada tarikh 7 Ogos 1965, Lee Kuan Yew dan Tunku
Abdul Rahman menandatangani persetujuan untuk berpisah antara kedua-dua
negara. Pada tarikh 9 Ogos 1965, Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-
undang pindaan perlembagaan perpisahan Singapura dari Malaysia (lihat
Rajah 1.23).

Rajah 1.23: Tunku Abdul Rahman mengumumkan penyingkiran


Singapura dari Malaysia pada tarikh 9 Ogos 1965
Sumber: www.arkib.gov.my
80  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

1.3.10 Krisis Politik di Sabah dan Sarawak


Tahukah anda pemisahan Singapura dari Malaysia mempengaruhi sikap
pemimpin tempatan di Sabah dan Sarawak? Hal ini menyebabkan Tunku terpaksa
bekerja keras memastikan kedua-dua negeri berkenaan mempunyai pemimpin
yang mahu bekerjasama dengan kerajaan pusat.

Di Sabah, persaingan kuasa berlaku antara Datu Mustapha dengan Donald


Stephen di Sabah. Ketua Menteri Sabah, Donald Stephen banyak menimbulkan
masalah kepada Kuala Lumpur dan pernah mengugut untuk membawa Sabah
keluar dari Malaysia. Pada tahun 1967, Datu Mustapha mengambil alih
kepimpinan negeri Sabah daripada Donald Stephen. Datu Mustapha berjaya
menjalankan usaha bagi mengintegrasikan Sabah sebagai anggota persekutuan.

Situasi Sarawak pula lebih rumit berbanding situasi politik Sabah selepas
pemisahan Singapura. Hal ini adalah kerana berlakunya beberapa isu yang
melibatkan krisis kepimpinan Sarawak antaranya:

(a) Isu Undang-undang Tanah 1965;

(b) Isu penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi; dan

(c) Isu penggantian pegawai asing.

Terdapat juga ura-ura pemimpin negeri tersebut ingin membawa Sarawak keluar
dari Malaysia. Sarawak yang dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan sebagai
Ketua Menteri merupakan seorang Iban yang beragama Kristian dan penentang
gagasan Malaysia. Beliau memperkenalkan Undang-undang Tanah yang
membolehkan golongan bumiputera Sarawak menjual tanah milik mereka,
terutamanya di tanah Zon Campuran. Perbuatan ini bertentangan dengan
kepentingan kaum peribumi kerana ia merupakan usaha golongan yang pro-Cina
dan anti peribumi. Hal ini menyebabkan Stephen Kalong Ningkan dituduh
menjual Sarawak kepada kaum Cina.

Krisis kepimpinan turut berlaku antara Stephen Kalong Ningkan yang mewakili
parti Kaum Dayak dengan Abdul Taib Mahmud yang mewakili Parti Pesaka.
Akhirnya, krisis tersebut telah membawa kepada perpecahan dalam parti
Perikatan di Sarawak. Parti Berjasa dan Parti Pesaka telah bertindak keluar
daripada Perikatan negeri pimpinan Stephen Kalong Ningkan dan membentuk
satu parti baharu dikenal sebagai Perikatan Peribumi Sarawak. Stephen Kalong
Ningkan memecat Abdul Taib Mahmud sebagai anggota kabinet negeri tetapi
melantik semula Abdul Taib dalam kabinetnya setelah kerajaan pusat mengancam
untuk menarik balik bantuan kewangan kepada Sarawak.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  81

Stephen Kalong Ningkan juga memperlihatkan sikap menentang pelaksanaan


bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan melengah-lengahkan pelaksanaan
bahasa kebangsaan di Sarawak. Sikap Stephen Kalong Ningkan menyebabkan
pemimpin Persekutuan Malaysia marah kerana tindakannya tidak memberi
kebaikan kepada negara dan rakyat Sarawak. Pemimpin pusat mula campur
tangan dalam krisis kepimpinan di Sarawak untuk menggantikan seorang
pemimpin yang boleh bekerjasama dengan kerajaan pusat.

Dewan Perundangan Negeri Sarawak dibubarkan setelah Yang di-Pertuan Agong


mengisytiharkan Undang-undang Darurat di Sarawak dan satu pilihan raya akan
diadakan setelah darurat tamat. Kesan daripada peristiwa tersebut Stephen
Kalong Ningkan tersingkir dan Sarawak dapat diselamatkan daripada krisis yang
lebih buruk.

SEMAK KENDIRI 1.4

1. Mengapakah Filipina menuntut Sabah daripada Malaysia?

2. Bagaimanakah kerajaan persekutuan mengatasi krisis politik


Sabah dan Sarawak selepas penyingkiran Singapura?

AKTIVITI 1.4

Dalam forum myINSPIRE, bincangkan rasional Tunku menyingkirkan


Singapura kerana faktor Lee Kuan Yew.
82  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

 Malaysia telah melalui persejarahan yang panjang sejak kewujudan kerajaan


awal di Asia Tenggara hinggalah era pemodenan Malaysia.

 Sejarah zaman klasik Malaysia bermula pada abad ke-5 hingga ke-13 Masihi
dengan kewujudan beberapa kota awal seperti di Kedah, Kelantan,
Terengganu dan Perak.

 Kemudian, muncul Kesultanan Melayu Melaka bermula pada tahun 1400 dan
berakhir pada tahun 1511.

 Kejayaan Melaka muncul sebagai empayar yang terkemuka di Nusantara


menyebabkan banyak kuasa Barat berminat untuk berdagang dan menguasai
Melaka seperti Portugis, Belanda dan British.

 Kemudian, pada tarikh 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah


Melayu setelah mendarat di Kota Baharu, Kelantan.

 Proses kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu berlaku kerana penentangan


orang Melayu terhadap Malayan Union, darurat, kerjasama antara kaum,
pilihan raya umum pertama dan pembentukan kerajaan sendiri sejak tahun
1955.

 Pada tarikh 9 Mei 1957, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah
menghantar satu lagi delegasi kemerdekaan ke London terdiri daripada
Tunku, DatoÊ Abdul Razak, V. T. Sambanthan (MIC) dan Ong Yoke Lin
(MCA).

 Upacara perisytiharan kemerdekaan diadakan di Stadium Merdeka pada pagi


31 Ogos 1957 dan Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri
yang pertama dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul
Rahman pula dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama.

 Pada tarikh 16 September 1963, Malaysia berjaya dibentuk melalui


percantuman Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo
Utara selepas melalui proses yang panjang dan melalui pelbagai cabaran.

 Selepas pembentukan Malaysia, wujud isu lain yang perlu ditangani, iaitu
tuntutan Filipina ke atas Sabah, konfrantasi Indonesia, penyingkiran
Singapura dan krisis politik di Sabah dan Sawarak.
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  83

British Pembentukan Malaysia


Darurat Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
Kerajaan awal Rancangan Briggs
Kesultanan Melayu Melaka Referendum Singapura
Komunis Srivijaya
Konfrontasi Suruhanjaya Cobbold
Majlis Raja-Raja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Malayan Union Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)
Merdeka Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
Pilihan raya persekutuan Zaman klasik

Abdullah Ayub. (1978). Cara pemerintahan Tanah Melayu (1957ă1963). Kuala


Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Andaya, B. W., & Andaya, L. Y. (2001). A history of Malaysia (Cetakan semula).


Petaling Jaya, Malaysia: The Macmillan Press.

Bassett, D. K. (1971). British trade and policy in Indonesia and Malaysia in the late
eighteenth century. Hull, England: University of Hull.

Braddell, R. (1980). A study of ancient times in the Malay Peninsula and the Straits
of Malacca: And, notes on ancient times in Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia:
Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.

Coedes, G. (1983). The making of South East Asia. Berkeley, CA: University of
California Press.

Cowan, C. D. (1970). Tanah Melayu kurun ke-19: Asal-usul penguasaan politik


British. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, dan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
84  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

De Casparis, J. G. (1975). Indonesian palaeography: A history of writing in


Indonesia from the beginnings to c. A.D. 1500. Leiden, Netherlands: E. J. Brill.

De Eredia, M. G. (1613/1997). ErediaÊs description of Malacca ([Cetakan semula


ke-14] J. V. Millss, Penterj.). Kuala Lumpur, Malaysia: The Malaysian Branch
of the Royal Asiatic Society.

Emerson, R. (1979). Malaysia satu pengkajian dalam pemerintahan secara


langsung dan tidak langsung. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Evangeslista, V. L. (1988). Malacca ă A revival. Porto, Portugal: Figueirinhas.

Fatimi, S. Q. (1963). Islam comes to Malaysia. Singapore: Malaysian Sociological


Research Institute.

Furnivall, J. S. (1983). Hindia Belanda: Satu pengkajian ekonomi majmuk. Kuala


Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Ghazalie Shafie. (1998). Memoir on the formation of Malaysia. Bangi, Malaysia:


Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Gullick, J. M. (1967). Malaysia and its neighbours. London, England: Routledge &
Kegan Paul.

Hanna W. A. (1964).The formation of Malaysia: New factor in world politics. New


York, NY: American Universities Field Staff.

Hukum Kanun Melaka.

Heussler, R. (1985). British rule in Malaya 1942ă1957. Singapore: Heinemann


Educational Books (Asia).

Kennedy, J. (1993). A history of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: S. Abdul


Majeed.

Lee Kuan Yew. (1998). The Singapore story. Singapore: Singapore Press Holdings
dan Time Editions.

Legge, J. D. (1972). Sukarno: A political biography. New York, NY: Praeger.


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  85

Mohamed Noordin Sopiee. (1976). From Malayan Union to Singapore separation:


Political unification in the Malaysia region, 1945ă65. Kuala Lumpur,
Malaysia: Penerbit Universiti Malaya.

Muhammad Noor Abdullah. (1979). Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam


Persekutuan Malaysia (dari segi Perlembagaan Malaysia). Kuala Lumpur,
Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nadzan Haron, & Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia melangkah ke hadapan:
Pengajian Malaysia sejak 1945. Selangor, Malaysia: Penerbitan Multimedia.

Newbold, T. J. (1839). Political and statistical account of the British settlements in


the Straits of Malacca, viz. Pinang, Malacca, and Singapore: With a history of
the Malayan states on the peninsula of Malacca. London, England: J. Murray.

Nik Anuar Nik Mahmud. (2000). Konfrontasi Malaysia-Indonesia. Bangi,


Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Anuar Nik Mahmud. (2001). Duri dalam daging: Singapura dalam Malaysia.
Kuala Lumpur, Malaysia: Persatuan Sejarah Malaysia.

Ongkili, J. P. (1985). Nation-building in Malaysia 1946ă1974. Kuala Lumpur,


Malaysia: Oxford University Press.

Pires, T. (1990). The suma oriental of Tome Pires, 1512ă1515 (2 set jilid). Columbia,
MO: South Asian Books. (Karya asal diterbitkan pada 1512).

Rozeman Abu Hassan. (2003). Tun Abdul Razak bin DatoÊ Hussein: Dasar Luar
Malaysia 1970ă1976. Tanjong Malim, Malaysia: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Rozeman Abu Hassan. (2015). Dasar British terhadap hubungan Singapura-


Malaysia 1959ă1969. Bangi, Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia (Ed. ke-2). Shah Alam, Malaysia:
Penerbit Fajar Bakti.

Simandjuntak, D. S. (1985). Demythologising the China-Indonesia Trade.


Indonesia Quarterly, 13(2), 146.
86  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj. (1977). Looking back. Kuala Lumpur,
Malaysia: Pustaka Antara.

Valentyn, F. (1878). ValentynÊs description of Malacca. Dicapai dari


http://www.sabrizain.org/malaya/library/valentyn.pdf

Winstedt, R. O. (1989). The Malay magician: Being shaman, saiva and sufi.
London, England: Routledge & Kegan Paul.

Wolters, O. W. (1989). Perdagangan awal Indonesia: Satu kajian asal usul kerajaan
Srivijaya (Koesalah Soebagyo Toer, Terj). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996). Malaysia: Warisan dan perkembangan
(Ed. ke-2). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Topik  Perlembagaan
Malaysia
2
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal latar belakang Perlembagaan Malaysia; dan
2. Mengenal pasti lima peruntukan utama Perlembagaan Malaysia.

 PENGENALAN
Dalam Topik 1, anda telah mempelajari sejarah dan politik Malaysia. Sekarang,
mari kita beralih pula kepada Perlembagaan Malaysia. Pertama sekali, apakah
maksud perlembagaan? Mari kita lihat jawapannya dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Maksud Perlembagaan

Sumber Maksud Perlembagaan


Mohd Salleh Satu suratan atau surat cara dalam bentuk bertulis yang
Abas (1985) mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan
mustahak bagi menubuhkan sebuah negara moden.
Wheare (1966) Seluruh sistem kerajaan sesebuah negara, pengumpulan peraturan
yang menubuhkan dan mengawal selia atau mentadbir kerajaan.

Berdasarkan Jadual 2.1, apakah yang dapat kita simpulkan tentang maksud
perlembagaan?

Secara keseluruhannya, perlembagaan boleh ditakrifkan sebagai undang-


undang yang digubal oleh sesebuah kerajaan bertujuan mengurus tadbir
sesebuah negara bagi mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam
kalangan rakyat jelata.
88  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Apakah elemen yang lazimnya terdapat dalam sesebuah perlembagaan? Antara


elemen yang lazimnya terdapat dalam sesebuah perlembagaan ialah:

(a) Kebebasan hak asasi seperti kebebasan bersuara dan beragama; dan
(b) Kebebasan berpartisipasi dalam sistem demokrasi sesebuah negara.

Di Malaysia umpamanya, Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut


Melaka telah diguna pakai sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Begitu
juga bagi negeri-negeri di Tanah Melayu yang lain yang telah mengguna pakai
Adat Perpatih mahupun Adat Temenggung dalam kehidupan seharian mereka.

Perlembagaan rasmi negara hanya digubal pada tahun 1957 ketika Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan dan dikemaskinikan pada tahun 1963 selari dengan
penubuhan Malaysia pada tarikh 16 September 1963.

Sehubungan dengan itu, topik ini akan menjuruskan kepada aspek latar belakang
Perlembagaan Malaysia dan lima peruntukan utama yang terkandung di
dalamnya. Sudahkah anda bersedia? Mari kita mulakan!

2.1 LATAR BELAKANG PERLEMBAGAAN


MALAYSIA
Sedarkah anda Perlembagaan Malaysia merupakan sumber undang-undang
tertinggi di Malaysia? Melalui Perlembagaan Malaysia, kuasa tadbir diagihkan
mengikut amalan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Untuk makluman anda, Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 Perkara,


tergolong dalam 15 Bahagian yang antara lain menyentuh perkara berikut:

(a) Kuasa kerajaan persekutuan;


(b) Kuasa kerajaan negeri;
(c) Kebebasan asasi;
(d) Kewarganegaraan;
(e) Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak;
(f) Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan;
(g) Kuasa pemerintah; dan
(h) Pilihan raya.
TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  89

Pembentukan Perlembagaan Malaysia mempunyai sejarah yang panjang. Mari


kita lihat Jadual 2.2 yang memaparkan kronologi latar belakang Perlembagaan
Malaysia.

Jadual 2.2: Kronologi Latar Belakang Perlembagaan Malaysia

Tahun Butiran

1895 Dimasyurkan oleh Sultan Abu Bakar. Hal ini menjadikan Johor sebagai
negeri pertama yang mempunyai perlembagaan bertulis.

1905 Sebuah badan perundangan pusat yang dikenal sebagai Majlis Mesyuarat
Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh
mana-mana negeri tidak boleh bertentangan undang-undang yang dibuat
oleh MMP. Namun, MMP tidak mempunyai kuasa ke atas perkara yang
berkaitan dengan Islam dan status Raja-Raja Melayu.

1927 Melalui pindaan kepada Perjanjian Persekutuan oleh anggota MMP, MMP
diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh Persekutuan
Tanah Melayu. Majlis Raja-Raja tidak lagi mengambil bahagian dalam
perbincangan MMP. Hal ini menjadikan kerajaan pusat lebih kuat.

Kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) diperkukuhkan dan beberapa


tugas yang sebelum ini dilaksanakan oleh Ketua Setiausaha (pegawai British)
dipindahkan ke DUN. Jawatan Ketua Setiausaha ditukarkan kepada
Setiausaha Persekutuan.

1946 Malayan Union (MU) diperkenalkan oleh British tetapi mendapat tentangan
hebat daripada Raja-Raja Melayu dan masyarakat di Tanah Melayu. Akibat
penentangan tersebut, MU dibubarkan.

1948 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan.


Perlembagaan ini antara lain menekankan peranan Majlis Perundangan
Persekutuan dan Pesuruhjaya Tinggi. Misalnya, Majlis Perundangan
Persekutuan diberi kuasa untuk membuat undang-undang. Sebaliknya,
Pesuruhjaya Tinggi diberi kuasa veto untuk membatalkan rang undang-
undang yang telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan sendiri
seperti Johor pada tahun 1895 dan Terengganu pada tahun 1911.
Perlembagaan dipinda untuk disesuaikan dengan kehendak Perjanjian
Persekutuan 1948.
90  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1956 Jawatankuasa Perlembagaan telah ditubuhkan yang diketuai oleh Lord Reid
(United Kingdom) dan dibantu oleh Sir Ivor Jennings (United Kingdom), Sir
William McKell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid
(Pakistan). Pelantikan pihak luar dalam penggubalan perlembagaan adalah
untuk mencegah unsur berat sebelah.
Pada bulan Oktober 1956, Suruhanjaya Reid menerima 131 cadangan
daripada rakyat Tanah Melayu. Secara keseluruhannya, Suruhanjaya Reid
mengguna pakai cadangan daripada Parti Perikatan sebagai asas kepada
pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka
mengemukakan laporan itu pada bulan Disember 1956. Laporan ini dikaji,
diteliti dan kemudiannya digubal untuk membentuk Perlembagaan
Persekutuan.

1957 Pembentukan perlembagaan diluluskan pada tarikh 27 Ogos 1957 dan


dikuatkuasakan pada tarikh 31 Ogos 1957. Ia menjadi asas kepada
Perlembagaan Malaysia pada hari ini.

1963 Akta Malaysia diluluskan pada tarikh 26 Ogos 1963 dengan pindaan dalam
Perkara 1(1) dan 1(2) bagi memudahkan kemasukan Sabah, Sarawak dan
Singapura serta penukaran nama Persekutuan Tanah Melayu kepada
Persekutuan Malaysia.

2.1.1 Tujuan Perlembagaan


Apakah tujuan perlembagaan digubal? Terdapat enam tujuan perlembagaan
digubal seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Enam tujuan perlembagaan digubal


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  91

Mari kita lihat huraian lanjut bagi setiap tujuan tersebut dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3: Enam Tujuan Perlembagaan Digubal

Tujuan Huraian

Memastikan Perlembagaan berfungsi sebagai penyelesaian untuk masalah


keamanan dan negara demi mewujudkan sebuah negara yang aman dan stabil.
kestabilan negara Hal ini adalah disebabkan oleh pelbagai sekatan yang
diperuntukkan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan
rakyat walaupun mereka berhak untuk menerima kebebasan dan
hak tertentu. Kebebasan dan hak setiap rakyat mempunyai had
kerana terdapat perkara yang dianggap perlu untuk menyekat
kebebasan mereka. Misalnya dalam Perkara 10(2) yang
menyentuh kebebasan berucap, berhimpun dan berpersatuan
(Perlembagaan Persekutuan, 2014).

Mewujudkan Malaysia ialah sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada


pemerintahan pelbagai kaum. Dari segi sejarah, kewujudan perlembagaan
yang saksama adalah berdasarkan kompromi antara kaum tentang beberapa isu
seperti hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi persekutuan dan Islam sebagai agama rasmi
persekutuan. Walaupun perlembagaan menyatakan bahawa
Islam ialah agama rasmi bagi persekutuan (Bahagian 1, Perkara
3[1]), semua bentuk agama dibenarkan untuk diamalkan di
Malaysia.

Begitu juga peruntukan bagi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi


negara yang terkandung dalam Perkara 152 yang mempunyai
kelonggaran untuk penggunaan bahasa lain. Yang di-Pertuan
Agong melindungi hak istimewa orang Melayu tetapi hak kaum
bukan Melayu juga dilindungi dengan sewajarnya. Peruntukan
ini mewujudkan satu bentuk tadbir urus yang saksama tanpa
menyebelahi satu bangsa sahaja. Semua kaum mempunyai hak
yang sewajarnya dalam Perlembagaan Malaysia.

Mencegah Sebelum Perlembagaan Malaya digubal, raja-raja mempunyai


penyalahgunaan kuasa mutlak dan bebas untuk berbuat apa-apa sahaja. Namun
kuasa oleh raja- dengan adanya perlembagaan, segala perbuatan raja-raja adalah
raja tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan
bagi mengelakkan penyalahgunaan dalam kalangan mereka.
Contohnya, dalam Bahagian 4, Bab 3 Perkara 40 yang antara lain
menyentuh „Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak
mengikut nasihat‰ (Perlembagaan Persekutuan, 2014).
92  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Mengawal Setiap warganegara Malaysia tanpa mengira pangkat dan status


pergerakan adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan
kerajaan dan Malaysia bukan sahaja memberi kuasa kepada badan pemerintah,
rakyat tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan hak asasi (Bahagian
2, Perkara 5 hingga 13) dan hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera. Hal ini secara tidak langsung membawa kepada
pengagihan kuasa dan mengelakkan pihak tertentu mendominasi
kuasa. Terdapat had kepada perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan oleh badan pemerintah. Begitu juga dengan rakyat
jelata. Mereka juga perlu mematuhi segala peruntukan seperti
yang terkandung dalam perlembagaan.

Menyelesaikan isu Perlembagaan menggariskan beberapa peraturan yang perlu


negara diikuti oleh rakyat. Perlembagaan ialah bentuk undang-undang
tertinggi di negara ini dan merupakan rujukan utama dalam
penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Malah,
apa-apa masalah dalam penciptaan undang-undang atau rujukan
daripada hukuman mati perlu diselesaikan berdasarkan
perlembagaan.

Memastikan Malaysia ialah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.


kelestarian negara Kemapanan negara yang ditentukan oleh undang-undang dan
peraturan adalah untuk memastikan keamanan di negara ini
sentiasa dikekalkan. Perlembagaan memainkan peranan yang
penting dalam menentukan hala tuju pentadbiran negara. Malah,
perlembagaan juga ialah asas dalam membentuk sistem
demokrasi berparlimen di Malaysia.

2.1.2 Keluhuran Perlembagaan


Di Malaysia, perlembagaan ialah satu-satunya sumber perundangan yang paling
tinggi. Manakala di Britain, parlimen dianggap sebagai kuasa tertinggi kerana
tidak ada undang-undang yang tidak boleh dibuat, dipinda atau dimansuhkan
oleh Parlimen British.

Walau bagaimanapun, kuasa Parlimen Malaysia tidak seperti di England. Hal ini
demikian kerana Parlimen Malaysia mempunyai kuasa yang terhad dan diberi
kuasa oleh perlembagaan bertulis. Oleh itu, perlembagaan di Malaysia adalah
konsisten.

Tambahan pula, undang-undang yang bakal digubal tidak boleh bercanggah


dengan perkara yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Seandainya berlaku percanggahan, maka undang-undang itu akan terbatal
dengan sendirinya setakat bahagian yang bercanggahan sahaja.
TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  93

Terdapat lima peruntukan yang mempengaruhi perlembagaan di Malaysia. Oleh


itu, perlembagaan di Malaysia adalah tertakluk kepada lima peruntukan tersebut
(lihat Jadual 2.4).

Jadual 2.4: Lima Peruntukan yang Mempengaruhi Perlembagaan Malaysia

Peruntukan Huraian

Parlimen Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan untuk


menentukan kuasa perundangan bagi kerajaan persekutuan dan
kerajaan negeri. Dalam hal ini, perlembagaan membahagikan
perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan persekutuan dan juga
perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri.

Perlembagaan Perlembagaan menentukan perkara-perkara bersama yang


membolehkan parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri untuk
membuat undang-undang. Contoh undang-undang yang boleh
dibuat oleh parlimen ialah pertahanan, pendidikan, hal ehwal luar
negeri dan sebagainya. Parlimen hanya berkuasa mutlak dalam hal-
hal tertinggi persekutuan sahaja. Undang-undang persekutuan juga
akan diisytiharkan tidak sah jika undang-undang yang bakal digubal
itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia
seperti dalam Bahagian 1, Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan
(Perlembagaan Persekutuan, 2014).

Status Yang Walaupun Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara,


di-Pertuan lambang kesetiaan rakyat, lambang kenegaraan dan ketua parlimen,
Agong baginda juga adalah tertakluk kepada sekatan seperti yang
diperuntukkan dalam perlembagaan. Baginda ialah raja
berperlembagaan yang bertindak atas nasihat daripada menteri-
menteri kabinet.

Kuasa Mahkamah memegang kuasa perundangan. Badan perundangan


perundangan juga tertakluk kepada peruntukan yang diperuntukkan oleh
perlembagaan. Misalnya, kuasa kehakiman tertakluk kepada
peruntukan yang dikenakan oleh perlembagaan. Begitu juga kuasa
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua kepada tiga komponen utama
sistem kerajaan Malaysia (perundangan, eksekutif dan kehakiman)
turut tertakluk mengikut peruntukan perlembagaan.

Kebebasan hak Kebebasan hak ialah elemen penting dalam mana-mana negara yang
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Kerajaan tidak boleh
melucutkan hak kewarganegaraan seseorang, tidak boleh
menghalang warganegara daripada kembali ke tanah air, tidak boleh
mengenakan buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan seseorang
kecuali mengikut undang-undang. Oleh itu, terdapat banyak
perkara dalam perlembagaan yang harus dipatuhi oleh kerajaan.
94  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Berikan maksud perlembagaan.

2. Nyatakan enam tujuan perlembagaan digubal.

3. Berikan lima peruntukan yang mempengaruhi perlembagaan di


Malaysia.

2.1.3 Kandungan Perlembagaan


Apakah yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia? Terdapat 183 Perkara
atau Artikel berserta 13 Jadual dan 15 Bahagian dalam Perlembagaan Malaysia.
Setiap perkara dalam perlembagaan mempunyai beberapa bahagian yang
menerangkan secara terperinci garis panduan dan undang-undang untuk
kepentingan rakyat. Mari kita lihat Jadual 2.5 yang memaparkan ringkasan 183
perkara yang terkandung dalam perlembagaan.

Jadual 2.5: Ringkasan 183 Perkara yang Terkandung dalam Perlembagaan Malaysia

Perkara Butiran

Perkara 1 Negeri-negeri, agama dan undang-undang bagi persekutuan


hingga 4 (Bahagian I)

Perkara 5 Kebebasan asasi (Bahagian II)


hingga 13

Perkara 14 Kewarganegaraan (Bahagian III; Bab 1 ă Pemerolehan


hingga 22 kewarganegaraan)

Perkara 23 Kewarganegaraan (Bahagian III; Bab 2 ă Penamatan kewarganegaraan)


hingga 31

Perkara 32 Persekutuan (Bahagian IV; Bab 1 ă Ketua utama negara)


hingga 37

Perkara 38 Persekutuan (Bahagian IV; Bab 2 ă Majlis Raja-Raja)

Perkara 39 Persekutuan (Bahagian IV; Bab 3 ă Badan eksekutif)


hingga 43C
TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  95

Perkara 44 Persekutuan (Bahagian IV; Bab 4 ă Badan perundangan persekutuan)


hingga 65

Perkara 66 Persekutuan (Bahagian IV; Bab 5 ă Tatacara perundangan)


hingga 68

Perkara 69 Persekutuan (Bahagian IV; Bab 6 ă Keupayaan berkenaan dengan


harta, kontrak dan guaman)

Perkara 70 Negeri-negeri (Bahagian V)


hingga 72

Perkara 73 Perhubungan antara persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI;


hingga 79 Bab 1 ă Pembahagian kuasa perundangan)

Perkara 80 Perhubungan antara persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI;


hingga 81 Bab 2 ă Pembahagian kuasa eksekutif)

Perkara 82 Perhubungan antara persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI;


Bab 3 ă Pembahagian beban kewangan)

Perkara 83 Perhubungan antara persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI;


hingga 91 Bab 4 ă Tanah)

Perkara 92 Perhubungan antara persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI;


Bab 5 ă Pembangunan negara)

Perkara 93 Perhubungan antara persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI;


hingga 95 Bab 6 ă Tinjauan persekutuan, nasihat persekutuan kepada negeri dan
pemeriksaan persekutuan mengenai kegiatan negeri)

Perkara 95A Perhubungan antara persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI;


Bab 7 ă Majlis Negara bagi kerajaan tempatan)

Perkara 95B Perhubungan antara persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI;


hingga 95E Bab 8 ă Pemakaian bagi negeri Sabah dan Sarawak)

Perkara 96 Peruntukan kewangan (Bahagian VII; Bab 1 ă Am)


hingga 112

Perkara 112A Peruntukan kewangan (Bahagian VII; Bab 2 ă Pemakaian bagi negeri
hingga 112E Sabah dan Sarawak)

Perkara 113 Pilihan raya (Bahagian VIII)


hingga 120
96  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perkara 121 Badan kehakiman (Bahagian IX)


hingga 131A

Perkara 132 Perkhidmatan-perkhidmatan awam (Bahagian X)


hingga 148

Perkara 149 Kuasa khas menentang perbuatan subversif, keganasan terancang, dan
hingga 151 perbuatan dan jenayah yang memudaratkan orang awam dan kuasa
darurat (Bahagian XI)

Perkara 152 Am dan pelbagai (Bahagian XII)


hingga 160B

Perkara 161 Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak (Bahagian
hingga 161H XIIA)

Perkara 162 Peruntukan sementara dan peralihan (Bahagian XIII)


hingga 180

Perkara 181 Kecualian bagi kedaulatan dan sebagainya, raja-raja (Bahagian XIV)

Perkara 182 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja (Bahagian
hingga 183 XV)

Sumber: Perlembagaan Persekutuan Akta 1260/2006

Sebagai penutup, mari kita lihat kesimpulan tentang perkara utama dalam
Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

(a) Malaysia ialah sebuah negara persekutuan;

(b) Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem raja


berperlembagaan;

(c) Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi


berparlimen;

(d) Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan kebebasan


beragama dengan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan;

(e) Malaysia mengamalkan prinsip keluhuran perlembagaan dan ketinggian


undang-undang;
TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  97

(f) Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan doktrin


pengasingan kuasa;

(g) Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang bebas namun dikawal oleh
badan eksekutif dan badan perundangan; dan

(h) Malaysia mendaulatkan bahasa kebangsaan, kewarganegaraan dan hak


istimewa bumiputera dan peribumi di Sabah dan Sarawak.

2.1.4 Pindaan Perlembagaan


Sebelum kita melihat bagaimana perlembagaan dipinda, mari kita ketahui dahulu
bahawa terdapat empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak
boleh dipersoalkan. Apakah empat perkara tersebut? Mari kita lihat Rajah 2.2
untuk mengetahui jawapannya.

Rajah 2.2: Empat perkara dalam Perlembagaan


Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan

Sekarang, mari kita lihat cara perlembagaan dipinda. Untuk makluman anda,
Perlembagaan Malaysia adalah tegar tetapi pindaan boleh dibuat seperti yang
dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Reid, „Ia tidaklah sukar sehingga
menimbulkan kerunsingan tetapi tidak juga mudah sehingga melemahkan
kekuatan perlindungan yang dibekalkan oleh perlembagaan‰ (Federation of
Malaya Constitutional Commission, 1957).
98  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Menurut Perkara 159 dan 161E, terdapat dengan jelas empat cara perlembagaan
boleh dipinda. Dengan kata lain, Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan
mudah oleh parlimen berdasarkan empat cara berikut (lihat Jadual 2.6).

Jadual 2.6: Empat Cara Perlembagaan Dipinda

Cara Deskripsi

Pertama Secara amnya, perlembagaan boleh dipinda oleh Akta Parlimen yang
telah menerima undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada
jumlah bilangan kedua-dua Majlis Parlimen. Sebahagian besar
peruntukan dalam perlembagaan boleh dipinda dengan cara ini tetapi
terdapat perkara tertentu yang memerlukan satu kaedah khas yang
ditetapkan.

Kedua Peruntukan yang berkaitan dengan raja-raja dan Majlis Raja-Raja dan
hak keistimewaan orang Melayu tidak boleh dipinda tanpa
persetujuan Majlis Raja-Raja.

Ketiga Peruntukan yang berkaitan dengan hal kewarganegaraan, bentuk


sumpah dan ikrar, pengakuan negeri kepada persekutuan,
pengubahan komposisi Dewan Negara dan seumpamanya boleh
dipinda dengan majoriti mudah di parlimen.

Keempat Peruntukan yang memberi kesan kepada operasi perlembagaan


berhubung negeri-negeri Borneo dalam perkara seperti kerakyatan,
imigresen, pengaturan kewangan persekutuan-negeri dan negeri
undangan. Senarai tadi tidak boleh dipinda tanpa persetujuan
Gabenor Sabah atau Sarawak. Perlu diingatkan bahawa gabenor
bertanggungjawab untuk bertindak atas nasihat kerajaan negeri.

Penjelasan dalam Jadual 2.6 tadi jelas membuktikan bahawa Perlembagaan


Malaysia adalah tegar. Hal ini demikian kerana sebarang pindaan perlembagaan
memerlukan undi tidak kurang dua pertiga daripada jumlah bilangan setiap
majlis parlimen.

Walaupun prosedur pindaan nampak seolah-olah sukar, namun terdapat pindaan


perlembagaan yang berjaya dilakukan. Sehingga tahun 2007, perlembagaan
dipinda sebanyak 51 kali sejak kemerdekaan kerana parti pemerintah yang
berkuasa sejak kemerdekaan memegang majoriti dua pertiga dalam kedua-dua
majlis (Moten, 2013). Antara pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibuat
adalah untuk menampung kemasukan negeri baharu ke dalam persekutuan pada
tahun 1963. Pindaan lain yang dibuat juga adalah disebabkan tindak balas kepada
pelbagai ketegangan politik dan krisis.
TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  99

Oleh itu, walaupun Perlembagaan Malaysia adalah bersifat tegar, hakikatnya


ialah Perlembagaan Malaysia merupakan salah satu perlembagaan yang paling
kerap dipinda di dunia. Malah, Perlembagaan Malaysia „telah dipinda selalu
sehingga perlembagaan yang sedia ada adalah berbeza daripada yang diterima
pada 31 Ogos 1957‰ (Abdul Aziz Bari, 2003).

Secara amnya, kebanyakan pindaan adalah berpihak kepada pihak yang


pemerintah. Antaranya ialah persempadanan kawasan pilihan raya, kebebasan
bersuara dan skop keistimewaan parlimen.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pindaan lain yang perlu dipuji kerana
memberi impak yang positif dan memihak kepada seluruh masyarakat seperti
yang berikut:

(a) Pembentukan Malaysia pada tahun 1963;

(b) Pemisahan Singapura pada tahun 1965;

(c) Pengurangan kuasa diraja yang dipinda pada tahun 1983 dan 1993;

(d) Pemisahan bidang kuasa antara mahkamah sivil dengan syariah pada tahun
1998;

(e) Penciptaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia pada tahun 1999; dan

(f) Pengiktirafan hak tanah Orang Asli.

Kesimpulannya, antara sebab pindaan perlembagaan dibuat adalah berdasarkan


beberapa faktor seperti yang berikut:

(a) Memastikan ketenteraman dan keharmonian dalam kalangan rakyat dapat


dicapai;

(b) Melicinkan pentadbiran negara seperti menyelaraskan peranan antara


kerajaan pusat dengan kerajaan negeri bagi mengelakkan sebarang
percanggahan; dan

(c) Melindungi kepentingan rakyat seandainya undang-undang yang sedia ada


tidak saksama atau ketinggalan zaman.
100  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Nyatakan perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Jelaskan empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan


yang tidak boleh dipersoalkan.

AKTIVITI 2.1

Dalam forum myINSPIRE, bincangkan bersama rakan dan e-tutor anda


berkenaan:

(a) Keunikan Perlembagaan Persekutuan.

(b) Dalam era globalisasi hari ini, setiap negara perlu menerima
perubahan untuk memenuhi keperluan semasa sama ada dari segi
politik, ekonomi mahupun sosial. Pada pendapat anda, perlukah
perlembagaan juga diubah untuk memenuhi keperluan semasa?

2.2 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN


MALAYSIA
Dalam Subtopik 2.1, anda telah mempelajari bahawa perlembagaan adalah asas
kepada kedaulatan negara. Oleh itu, adalah diharapkan anda sudah dapat
memahami konsep perlembagaan dan keluhuran. Walau bagaimanapun, kita
belum lagi mengkaji beberapa peruntukan utama dalam perlembagaan.

Untuk makluman anda, terdapat lima peruntukan yang dianggap sebagai sensitif
dan tidak mudah dipinda. Lima peruntukan utama ini merupakan fokus kita
dalam subtopik ini. Adakah anda mengetahui lima peruntukan utama tersebut?
Mari kita lihat jawapannya dalam Rajah 2.3.
TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  101

Rajah 2.3: Lima peruntukan utama dalam Perlembagaan Malaysia

Lima peruntukan tersebut akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik
seterusnya.

2.2.1 Agama
Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 3(1) memperuntukkan bahawa Islam ialah
agama rasmi bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai.

Menurut Shad Saleem Faruqi (2011), perkataan „Islam‰ disebut sebanyak kira-kira
24 kali dalam Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga dalam Perkara 3(2) yang
menyatakan:

„Dalam tiap-tiap negeri selain negeri-negeri yang tidak mempunyai raja,


kedudukan raja sebagai ketua agama Islam di negerinya mengikut cara dan
setakat yang diakui dan ditetapkan oleh perlembagaan, semua hak,
keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati oleh baginda sebagai ketua
agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan,
mematuhi atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah
bersetuju bahawa mereka patut diperluas ke persekutuan secara keseluruhan
setiap raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai ketua agama Islam
membenarkan Yang di-Pertuan Agong untuk mewakilinya.‰
102  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Selain itu, Perkara 3(3) pula menyatakan:

„Perlembagaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah


masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menjadi ketua agama Islam di negeri itu.‰

Tambahan pula, Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan orang


Melayu sebagai orang Islam dan yang mengamalkan cara hidup Melayu dan
budaya serta bertutur dalam bahasa Melayu.

Selepas merdeka, Islam telah menjadi agama persekutuan. Oleh itu, kerajaan
mempunyai kuasa untuk memperuntukkan sebahagian daripada belanjawan
tahunan untuk pembangunan dan kemajuan Islam seperti pembinaan masjid dan
sekolah agama. Walaupun agama Islam diberi keutamaan dalam perlembagaan,
agama lain bebas untuk diamalkan kerana ini perkara biasa dalam sebuah negara
demokrasi.

Kebebasan beragama juga dijelaskan di bawah Bahagian II: Kebebasan asasi


dalam Perkara 11. Peruntukan ini adalah sangat jelas bahawa setiap orang
mempunyai hak untuk mengikuti dan mengamalkan agamanya sendiri. Semua
orang juga dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia daripada dipaksa membayar
sedekah kepada agama lain kecuali untuk manfaat agama sendiri.

Sekarang, mari kita pelajari tentang kepentingan agama. Kepercayaan agama


ialah perkara yang paling asas dalam kehidupan. Kepercayaan agama sebenarnya
menyentuh kewujudan individu di dunia bersama-sama makhluk lain. Melalui
pemahaman kebesaran Tuhan, manusia sedar akan kelemahan mereka sendiri.
Semua agama mengajar perkara yang baik dan menghukum perbuatan yang jahat.

Tidak dapat dinafikan bahawa agama memainkan peranan yang penting dalam
menerapkan nilai yang baik dan mendidik warganegara yang bertanggungjawab
dengan moral yang tinggi. Untuk keseimbangan nilai dan memupuk kualiti yang
sihat terutamanya dalam konteks agama, beberapa kepentingan agama telah
dikenal pasti oleh kerajaan Malaysia. Antaranya seperti yang diterangkan dalam
Jadual 2.7.

"
TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  103

Jadual 2.7: Penerapan Konsep Agama dalam Ideologi Negara Malaysia

Aspek Huraian

Rukun Negara Prinsip pertama Rukun Negara adalah „Kepercayaan kepada


Tuhan‰. Prinsip ini jelas menunjukkan bahawa aspek agama telah
dipandang serius oleh kerajaan Malaysia ketika merangka Rukun
Negara. Tidak kira apa-apa agama yang dianuti oleh seorang
rakyat Malaysia, ideologi negara nyata menekankan kepentingan
mempunyai agama sebagai pelengkap kehidupan.

Kurikulum Islam sebagai mata pelajaran diajar secara rasmi pada setiap
peringkat di sekolah. Untuk agama lain, terdapat juga
kemudahan yang disediakan. Contohnya, pihak sekolah boleh
mempunyai guru untuk pelajar agama lain jika syarat tertentu
dipenuhi. Walau bagaimanapun, kerajaan telah memperkenalkan
subjek Pendidikan Moral demi memupuk nilai murni dengan
unsur moral dan agama dalam kalangan pelajar bukan Islam.

Kemudahan Tempat ibadat bagi setiap agama dibina di seluruh negara.


untuk ibadat Bantuan kewangan dan sokongan lain seperti tapak bangunan
boleh diperoleh daripada kerajaan.

Sokongan dalam Amalan upacara agama bagi semua agama di Malaysia dalam
upacara semua aspek sentiasa mendapat kerjasama daripada pihak
berkuasa seperti polis. Perkara ini jelas ditunjukkan dengan
kerjasama pihak polis yang menjalankan tugas untuk melindungi
keselamatan dan menenangkan suasana keagamaan apabila
terdapat perayaan keagamaan seperti Maulidur Rasul, sambutan
Thaipusam, Hari Gawai, Hari Perayaan St Anne dan Chap Goh
Meh.

AKTIVITI 2.2

Malaysia terkenal di seluruh dunia kerana mempunyai penduduk yang


berbilang kaum dan mengamalkan kepercayaan dan budaya yang
berbeza. Dengan pelbagai latar belakang, mereka berjaya hidup dengan
aman dan bersatu padu. Bincangkan dalam forum myINSPIRE,
implikasi sekiranya penduduk berbilang kaum tidak dapat bersatu dan
gagal untuk hidup dalam suasana yang tenteram.
104  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.2.2 Bahasa
Penggunaan bahasa Melayu sebelum era penjajahan adalah penting kerana
penduduk Tanah Melayu pada masa itu terdiri daripada orang Melayu secara
keseluruhan. Selain sebagai bahasa utama dalam kalangan rakyat, bahasa Melayu
juga merupakan lingua franca pedagang yang datang ke Melaka. Malah, semasa
penjajahan Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Misalnya, minit mesyuarat
yang ditulis dalam tulisan Jawi.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan 1957 menyatakan bahawa „Bahasa


Melayu adalah menjadi bahasa kebangsaan dan rakyat bebas untuk belajar bahasa
lain.‰ Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan untuk
mengembang dan memajukan bahasa Melayu (lihat Rajah 2.4).

Rajah 2.4: Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur


Sumber: https://www.google.com/maps

Apakah matlamat utama penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka? Matlamat


utama penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk:

(a) Membangunkan bidang sastera melalui bahasa kebangsaan;

(b) Mencetak dan menerbitkan buku dan risalah dalam bahasa kebangsaan dan
ke dalam bahasa lain;

(c) Menyeragamkan ejaan dan fonetik dalam bahasa kebangsaan;


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  105

(d) Mendrafkan istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu; dan

(e) Menterjemahkan buku asing ke dalam bahasa Melayu.

Bagi menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan semua kaum


di Tanah Melayu, Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa Melayu diperkenalkan.
Pada tahun 1960, kerajaan melancarkan slogan „Bahasa Jiwa Bangsa‰ untuk
menggerakkan rakyat jelata mencintai bahasa kebangsaan.

Kemudian, Akta Bahasa Kebangsaan 1967 diwujudkan. Menurut akta ini:

(a) Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi;

(b) Ahli-ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh menggunakan


bahasa Inggeris, jika dibenarkan berbuat demikian oleh Yang di-Pertua
Speaker dewan masing-masing; dan

(c) Para ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dibenarkan
menggunakan bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas kemerdekaan.
Namun begitu, akta ini menerima bantahan daripada orang Melayu kerana
bahasa Inggeris masih diberi keutamaan dan status khas.

Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Mei 1970 ialah
kemuncak kejayaan dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di
negara ini (lihat Rajah 2.5).

Rajah 2.5: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Sumber: https://www.google.com/maps
106  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Selain itu, pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua
sekolah di Malaysia.

Apakah rasional pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan bagi persekutuan? Mengapakah dan bagaimanakah bahasa Melayu
akhirnya dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini?

Sebenarnya, isu ini tidak sukar untuk dicapai memandangkan pemimpin


daripada semua kaum telah membincangkan isu ini dengan panjang lebar
sebelum kemerdekaan dicapai pada tarikh 31 Ogos 1957. Semua pihak ternyata
tidak mempunyai masalah untuk bersetuju atas kesesuaian bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan berpandukan kepada rasional yang berikut (lihat
Jadual 2.8).

Jadual 2.8: Rasional Pemilihan Bahasa Melayu


sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaaan Malaysia

Faktor Huraian

Bahasa Melayu ialah Bahasa ini telah digunakan secara meluas semasa zaman
lingua franca di rantau kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Pada ketika itu,
ini selama berabad- peniaga dan pedagang dari negara yang berbeza telah
abad menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pentadbiran
dan perdagangan dengan penduduk tempatan.

Bahasa Melayu lebih Sebelum negara mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu


mudah dipelajari jika telah digunakan secara meluas dalam kalangan rakyat
dibandingkan dengan tempatan. Tambahan pula, jumlah penutur asli bahasa
bahasa lain di rantau Melayu jauh melebihi jumlah penutur bahasa lain pada masa
ini itu.

Bahasa Melayu adalah Sebahagian besar daripada istilah yang digunakan di semua
lebih kukuh dari sudut negeri adalah sama. Namun demikian, hanya sebutan bagi
pandangan istilah dan beberapa istilah yang berbeza di sesetengah negeri di
sebutan di seluruh Malaysia. Sebaliknya, bahasa lain umpamanya bahasa Cina,
negara mempunyai banyak dialek yang sangat berbeza. Oleh itu,
bangsa yang mempunyai dialek yang berbeza berasa lebih
mudah untuk berkomunikasi antara satu sama lain dalam
bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Tulisan Rumi telah digunakan secara meluas oleh semua
menggunakan huruf kaum sejak penggunaan bahasa Inggeris.
Rumi selain Jawi

Struktur bahasa Dalam konteks ini, suku kata dalam bahasa Melayu adalah
Melayu mempunyai mudah untuk dieja berdasarkan prinsip yang tetap dan
fonem yang jelas tegas.
TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  107

AKTIVITI 2.3

1. Adakah anda masih ingat lirik lagu bahasa kebangsaan? Berikan


pendapat anda tentang langkah kerajaan untuk menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua.

2. Tulis rencana tentang sejarah pembangunan dan kemajuan bahasa


Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia.

3. Bincangkan usaha yang telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa


dan Pustaka (DBP) untuk memperkembangkan bahasa Melayu ke
peringkat antarabangsa.

2.2.3 Kewarganegaraan
Apakah yang dimaksudkan dengan kewarganegaraan?

Kewarganegaraan ialah status istimewa yang dipegang oleh orang ramai


dan mempunyai hak untuk berada dalam sesebuah negara.

Melalui kewarganegaraan, individu akan memperoleh hak, faedah dan


kemudahan tertentu dalam sesebuah negara. Antara hak istimewa sebagai
warganegara adalah:

(a) Hak untuk mengundi dalam pilihan raya;

(b) Hak untuk mengambil bahagian dalam politik;

(c) Hak untuk mengisi jawatan khususnya untuk warganegara sahaja;

(d) Bebas untuk memiliki hartanah;

(e) Hak untuk menerima faedah dan kemudahan termasuk manfaat kebajikan,
pendidikan dan sebagainya;

(f) Kebebasan bergerak di seluruh negara; dan

(g) Hak untuk tidak dibuang negeri.


108  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Sebagai balasan, rakyat pula perlu memenuhi tanggungjawab mereka terhadap


negara Malaysia dengan memainkan peranan dalam perkara berikut:

(a) Memberi khidmat negara termasuk menyertai tentera;

(b) Mematuhi undang-undang;

(c) Menyumbang kepada produktiviti negara; dan

(d) Mengambil bahagian dan menyokong program nasional seperti sambutan


Hari Kemerdekaan.

Bagaimanakah kewarganegaraan diperoleh dan dilucutkan? Mari kita lihat


penerangannya satu persatu dalam bahagian berikut:

(a) Cara Memperoleh Kewarganegaraan


Secara amnya, seseorang boleh memperoleh taraf kewarganegaraan di
Malaysia melalui empat cara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.6.

Rajah 2.6: Empat cara memperoleh kewarganegaraan Malaysia

Empat cara ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 2.9.
TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  109

Jadual 2.9: Empat Cara Memperoleh Kewarganegaraan Malaysia

Cara Huraian

Kuat kuasa undang- Menurut Perkara 14, Perlembagaan Persekutuan, terdapat


undang (Perkara 14) beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh sesiapa yang ingin
memohon kewarganegaraan Malaysia menerusi cara ini.
Antaranya ialah:

 Orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia


(16 September 1963);

 Seseorang yang lahir di Malaysia dengan salah seorang


ibu atau bapanya pada ketika dia dilahirkan adalah
seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia;
dan

 Seseorang yang dilahirkan di luar Malaysia dan bapanya


pada ketika kelahirannya ialah seorang warganegara
yang lahir di Malaysia.

Pendaftaran Antara syarat seseorang yang ingin memperoleh


(Perkara 15) kewarganegaraan menerusi cara ini adalah:

 Seorang wanita yang berkahwin dengan warganegara


Malaysia dan yang perkahwinannya telah didaftarkan
sebagai warganegara sekiranya:

ă Dia masih bersuami dan suaminya ialah warganegara


persekutuan; dan

ă Kerajaan persekutuan berpuas hati bahawa dia telah


bermastautin di dalam persekutuan selama dua
tahun sebelum tarikh permohonan, dan mempunyai
niat untuk bermastautin tetap dan dia berkelakuan
baik.

 Begitu juga, jika seseorang yang berumur 21 tahun ke


bawah juga boleh berdaftar sebagai warganegara dengan
syarat bahawa:

ă Sekurang-kurangnya ibu atau bapanya ialah seorang


warganegara dalam persekutuan; dan

ă Kerajaan persekutuan juga boleh mendaftarkan


seseorang di bawah umur 21 tahun dalam keadaan
khas yang difikirkan sesuai.
110  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Penaturalisasian/ Dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 19 menyatakan


kemasukan bahawa kerajaan persekutuan boleh, dalam apa-apa keadaan
(Perkara 19) khas yang difikirkan sesuai atau seseorang pemohon yang
telah berumur 21 tahun ke atas dan pada masa permohonan
tersebut bukan warganegara, perakuan naturalisasi atau
kemasukan boleh diberikan jika:

 Orang itu telah bermastautin di dalam persekutuan


selama sekurang-kurangnya 10 daripada 12 tahun dari
tarikh permohonan;

 Mempunyai niat untuk hidup selama-lamanya di negara


ini;

 Berkelakuan baik; dan

 Mempunyai pengetahuan yang cukup tentang bahasa


Melayu.

Penggabungan Seandainya terdapat wilayah baharu yang diterima masuk ke


wilayah (Perkara 22) dalam Malaysia selepas Hari Malaysia, parlimen boleh
menetapkan individu di dalam wilayah tersebut ialah
warganegara berdasarkan hubungan mereka dengan wilayah
itu.

(b) Pelucutan Taraf Kewarganegaraan


Sekarang, mari kita lihat bagaimana seseorang warganegara dilucutkan
kerakyatannya. Tahukah anda seseorang yang memperoleh taraf
kewarganegaraan boleh dilucutkan taraf kewarganegaraan berdasarkan dua
cara? Cara pertama ialah seseorang itu sendiri yang ingin menolak taraf
kewarganegaraan atas sebab peribadi.

Cara kedua ialah seseorang itu telah menyalahi undang-undang negara dan
melakukan tindakan seperti yang berikut yang memungkinkan pihak
kerajaan Malaysia melucutkan taraf kewarganegaraannya:

(i) Dia telah menjadi warganegara negara lain;

(ii) Dia mengambil bahagian dalam pilihan raya negara asing atau
memiliki kewarganegaraan asing;

(iii) Seorang wanita menjadi warganegara sebuah negara asing melalui


perkahwinan dengan seorang lelaki asing;
TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  111

(iv) Perbuatan negatif yang menunjukkan dia tidak lagi setia kepada
Malaysia;

(v) Mempunyai perniagaan atau hubungan dengan negara bermusuhan


dengan Malaysia;

(vi) Kewarganegaraan telah disahkan diperoleh secara palsu;

(vii) Dia memperoleh kewarganegaraan secara penipuan;

(viii) Dihukum di mana-mana negeri dalam tempoh lima tahun setelah


menjadi warganegara Malaysia dengan hukuman penjara tidak
kurang daripada 12 bulan atau denda tidak kurang daripada RM5,000;

(ix) Memberi khidmat kepada negara lain tanpa kebenaran kerajaan


Malaysia;

(x) Tinggal menetap di negara asing luar dari Malaysia selama lima tahun
berturut-turut kecuali berkhidmat dengan atau bagi kerajaan
Malaysia; dan

(xi) Wanita asing yang mendapat taraf kewarganegaraan melalui


perkahwinan telah bercerai dengan suaminya.

Daripada huraian tadi, kita dapat simpulkan bahawa kewarganegaraan adalah


status khas dan tidak kebal daripada apa-apa tindakan pengeluaran. Tanpa
mengira sama ada status kewarganegaraan yang diperoleh secara automatik atau
diwarisi atau melalui permohonan, kewarganegaraan boleh ditarik balik atau
dibatalkan kerana kesalahan tertentu. Oleh itu, setiap warganegara perlu
menghargai status kewarganegaraannya dan menjaganya dengan betul.

SEMAK KENDIRI 2.3

1. Nyatakan hak istimewa warganegara Malaysia.

2. Apakah tanggungjawab warga Malaysia terhadap negaranya?

3. Bagaimanakah taraf kewarganegaraan boleh dilucutkan?


112  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.2.4 Hak Asasi


Sekarang, mari kita beralih pula kepada hak asasi. Untuk makluman anda, dalam
Perlembagaan Malaysia, hak asasi ditulis sebagai kebebasan asasi. Terdapat tiga
bahagian dalam kebebasan asasi seperti yang dinyatakan dalam Rajah 2.7.

Rajah 2.7: Tiga bahagian hak asasi dalam Perlembagaan Malaysia

Tiga bahagian ini dikupas dengan lebih lanjut seperti yang berikut:

(a) Kebebasan Beragama


Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa:

Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.


(Perlembagaan Persekutuan, 2014)

Pada masa yang sama, Perkara 12(2) pula menegaskan bahawa:

Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan


institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan
itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan
agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan
institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-
undang itu. Tetapi adalah sah bagi persekutuan atau sesuatu negeri
menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan
atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau
membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan
melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud
itu.
(Perlembagaan Persekutuan, 2014)
TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  113

Berdasarkan Perkara 11 dan Perkara 12(2) tersebut, kita boleh simpulkan


bahawa:

(i) Tiap-tiap orang mempunyai hak untuk mengamalkan agama;

(ii) Seseorang di bawah 18 tahun tidak boleh diminta untuk mengambil


bahagian dalam satu majlis agama yang lain daripada agamanya
sendiri;

(iii) Seseorang tidak boleh diminta untuk membayar cukai sekalipun jika
wang yang dikumpulkannya itu digunakan untuk kepentingan agama
selain agama sendiri; dan

(iv) Kumpulan agama yang sama mempunyai hak untuk menganjurkan


perniagaan termasuk agama penubuhan sesuatu yayasan dan harta
pemilikan. Hal ini menunjukkan kebebasan beragama dijamin
walaupun Islam telah menjadi agama rasmi negara ini. Walau
bagaimanapun, semua aspek kebebasan beragama tidak harus
mengganggu ketenteraman awam.

(b) Kebebasan Diri


Tahukah anda kebebasan diri ialah aspek asas kebebasan? Kebebasan dalam
konteks ini menekankan bahawa seseorang tidak boleh diambil nyawanya
atau kebebasannya dicabuli seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
Contohnya, seseorang yang bersalah perlu dibuktikan oleh mahkamah dan
boleh dikenakan hukuman penjara.

Pesalah itu juga boleh dihukum mati jika terbukti bersalah dan jika penalti
yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi kesalahan tersebut adalah
kematian seperti dalam kes pengedaran dadah. Hukuman adalah perlu
untuk menggariskan bahawa semua tindakan ini dibuat mengikut proses
undang-undang.

Malah, pada permulaan, orang yang ditangkap hendaklah diberitahu sebab


kenapa dia ditangkap. Kemudian, dia perlu diberikan peluang untuk
membela diri. Penyediaan kebebasan diri juga melindungi seseorang
daripada seksaan atau buangan daripada persekutuan. Untuk maklumat
lanjut mengenai hak anda apabila anda ditangkap polis, anda boleh merujuk
kepada maklumat dalam pautan https://bit.ly/2GcyfSt (Badan Peguam
Malaysia, 2009).
114  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Selain itu, seseorang itu juga dibenarkan untuk bercakap dan menyuarakan
pendapatnya atau untuk berhimpun secara aman dan menubuhkan
persatuan mengikut peruntukan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun, undang-undang negara boleh menyekat kebebasan
ini bertujuan untuk melindungi kepentingan awam seperti kenyataan yang
berikut:

Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang


memudaratkan ketenteraman awam.
(Perlembagaan Persekutuan, 2014)

Untuk menyelamatkan seseorang daripada layanan buruk akibat


penyalahgunaan kuasa, Perlembagaan Malaysia di bawah Perkara 151(1)
memperuntukkan bahawa:

Jika mana-mana undang-undang atau ordinan yang dibuat atau


dimasyhurkan menurut Bahagian ini membuat peruntukan bagi tahanan
pencegahan:

(i) Pihak berkuasa yang atas perintahnya mana-mana orang ditahan di


bawah undang-undang atau ordinan itu hendaklah, dengan
seberapa segera yang boleh, memberitahu orang itu alasan dia
ditahan dan tertakluk kepada Fasal (3), penyataan fakta yang
berasaskannya perintah itu dibuat, dan hendaklah memberikan
peluang kepadanya untuk membuat representasi terhadap perintah
itu dengan seberapa segera yang boleh; dan

(ii) Tiada warganegara boleh ditahan seterusnya di bawah undang-


undang atau ordinan itu melainkan jika suatu lembaga penasihat
yang ditubuhkan sebagaimana yang disebut dalam Fasal (2) telah
menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh warganegara
itu di bawah Perenggan (a) dan membuat syor mengenainya kepada
Yang di-Pertuan Agong dalam masa tiga bulan setelah menerima
representasi itu, atau dalam tempoh yang lebih lama yang
dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(Perlembagaan Persekutuan, 2014)

"
TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  115

(c) Kebebasan Ekonomi


Tahukah anda di bawah perlindungan kebebasan ekonomi, rakyat Malaysia
dilindungi daripada menjadi hamba? Perlembagaan juga melarang
penggunaan kuasa kepada seorang warganegara untuk bekerja kecuali
untuk maksud negara. Pihak berkuasa hanya boleh bertindak mengikut
peraturan yang berkaitan seperti yang diluluskan melalui proses parlimen.

Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memiliki harta. Sekiranya terdapat


mana-mana keperluan di pihak kerajaan untuk mengambil alih harta
(contohnya, tanah), pampasan yang sepatutnya harus dibuat kepada
pemilik.

Selain itu, kebebasan ekonomi juga dikaitkan dengan kebebasan individu


untuk membentuk persatuan. Melalui persatuan, pekerja boleh berjuang
untuk kepentingan ekonomi mereka melalui tindakan industri yang aman.
Mereka boleh berpiket dan mengambil tindakan mogok dengan tujuan
mendapatkan layanan yang lebih adil daripada majikan mereka.

Sebagai penutup tentang kebebasan asasi, kita boleh rumuskan bahawa


Perlembagaan Malaysia menggariskan peruntukan kebebasan asasi dengan cara
yang seimbang dan jelas dari sudut pandangan tuntutan bagi pihak rakyat
mahupun pihak pemerintah. Peruntukan yang dipertanggungjawabkan ialah
peraturan kepada seseorang dalam kepentingan awam dan keselamatan negara.

AKTIVITI 2.4

Bincangkan dalam forum myINSPIRE:

(a) Hak asas setiap individu, terutamanya di negara Barat, dijamin


dan dilindungi sepenuhnya dalam Akta Hak Asasi Manusia.
Begitu juga dengan Malaysia yang individu dijamin hak asasi
mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Malaysia. Sejauh manakah hak individu dilindungi di Malaysia?

(b) „Kerajaan yang dibentuk bertanggungjawab terhadap keamanan


dan kemajuan rakyat. Namun, kerajaan ialah pihak berkuasa atau
kuasa yang bebas untuk bertindak mengawal rakyat.‰ Sejauh mana
kenyataan ini boleh diterima dalam konteks bentuk atau kerajaan
tertentu?
116  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.2.5 Peruntukan Khas Perkara 153


Akhir sekali, mari kita bincangkan peruntukan khas Perkara 153. Perlembagaan
Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 yang
melindungi hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Peruntukan ini juga terdapat di bawah Perkara 161A dan dalam beberapa
perlembagaan negeri. Peruntukan ini melibatkan simpanan khas untuk Melayu
dan bumiputera bagi kuota untuk biasiswa, jawatan dalam lesen perkhidmatan
awam, perniagaan dan perindustrian serta tanah rizab.

Sekali imbas, peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kenyataan yang
menekankan kesamarataan layanan perlembagaan untuk semua rakyat dalam
persekutuan. Namun, peruntukan khas ini sebenarnya dilandaskan atas
pertimbangan untuk membawa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak kepada status ekonomi dan pendidikan yang sama dengan kaum lain.
Melalui persamaan taraf, secara tidak langsung dapat mengekalkan kestabilan
politik dan ketenteraman awam. Keamanan dan keharmonian ialah dua faktor
penting untuk merangsang pembangunan negara dan kemajuan.

Sesungguhnya, banyak perubahan telah berlaku dalam pelaksanaan Perkara 153.


Walaupun tidak begitu mudah bagi orang Melayu untuk mendapatkan biasiswa,
kerajaan sejak sekian lama sudah menambah bilangan biasiswa tambahan kepada
calon daripada semua kaum. Pada hakikatnya, bantuan pendidikan kepada anak
bumiputera hari ini adalah jauh lebih banyak dalam bentuk pinjaman atau
„pinjaman boleh ubah‰ dan bukannya biasiswa. Pada masa yang sama, semakin
ramai kaum bukan Melayu telah menukarkan status dan mendapat manfaat
daripada Perkara 153.

Jelasnya, walaupun Perkara 153 tidak boleh dipinda kecuali dengan kebenaran
Majlis Raja-Raja, pelaksanaan peruntukan dalam perlembagaan, berdasarkan
ruang yang diperuntukkan oleh peruntukan tertentu dan jaminan kesaksamaan
dalam kuasa, mobilisasi dan kawalan yang dinyatakan sebelum ini, semua rakyat
terus menghormati kontrak sosial yang telah dimeterai.
TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  117

AKTIVITI 2.5

Dalam forum myINSPIRE, bincangkan bersama rakan sekuliah dan


e-tutor anda tentang perkara berikut:

(a) Perbandingan antara Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang


Laut Melaka dengan Perlembagaan Malaysia.

(b) Adakah Adat Perpatih masih diamalkan di Negeri Sembilan?

 Perlembagaan Malaysia ialah perlembagaan bertulis yang dimeterai pada


tarikh 16 September 1963 apabila Malaysia ditubuhkan.

 Perlembagaan Malaysia ialah undang-undang yang tertinggi dan melebihi


parlimen dan badan kehakiman. Selain pengasingan kuasa yang jelas antara
persekutuan dengan negeri, perlembagaan juga membuat peruntukan bagi
ruang tertentu yang serupa dengan kedua-dua parlimen dan Dewan
Undangan Negeri.

 Tujuan perlembagaan digubal adalah untuk:

ă Memastikan keaman dan kestabilan negara;

ă Mewujudkan pemerintahan yang saksama;

ă Mencegah penyalahgunaan kuasa oleh raja-raja;

ă Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat;

ă Menyelesaikan isu negara; dan

ă Memastikan kelestarian negara.

 Yang di-Pertuan Agong seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia


ialah orang yang paling tinggi di negara ini dengan statusnya sebagai ketua
negara.

 Menurut kuasa doktrin pengasingan, Yang di-Pertuan Agong adalah pada


masa yang sama ketua tiga cabang kerajaan, iaitu perundangan, eksekutif dan
kehakiman.
118  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

 Terdapat 183 Perkara atau Artikel berserta 13 Jadual dan 15 Bahagian dalam
Perlembagaan Persekutuan. Setiap perkara dalam perlembagaan mempunyai
beberapa bahagian yang menerangkan secara terperinci garis panduan dan
undang-undang untuk kepentingan rakyat.

 Terdapat empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh


dipersoalkan, iaitu:

ă Islam sebagai agama rasmi;

ă Status dan keistimewaan raja dan orang Melayu serta bumiputera di Sabah
dan Sarawak;

ă Status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan

ă Isu kewarganegaraan.

 Peruntukan bagi pindaan dan pelaksanaan pindaan membuatkan


Perlembagaan Malaysia sentiasa praktikal dan terkini untuk terus berfungsi
sepanjang masa.

 Kuasa meminda perlembagaan dilakukan bagi tujuan memastikan kecekapan


dalam melicinkan sistem pemerintahan kerajaan, menjaga keamanan dan
memberi perlindungan kepada rakyat.

 Terdapat lima peruntukan utama dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu agama


Islam sebagai agama rasmi persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, kewarganegaraan, hak asasi dan peruntukan khas Perkara 153.

 Perkara ini ialah peruntukan penting bagi mewujudkan identiti kebangsaan


dan untuk memupuk persefahaman dalam persengketaan ke arah perpaduan.
TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  119

Agama rasmi Perlembagaan Malaysia


Bahasa kebangsaaan Peruntukan khas perkara 153
Demokrasi berparlimen Pindaan perlembagaan
Hak asasi Raja berperlembagaan
Hak orang Melayu dan bumiputera Status dan keistimewaan raja Melayu
Kewarganegaraan Yang di-Pertuan Agong
Parlimen

Abdul Aziz Bari. (2003). Malaysian constitution: A critical introduction. Kuala


Lumpur, Malaysia: The Other Press.

Badan Peguam Malaysia. (2009). Polis dan hak-hak asas anda. Dicapai dari
http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&%20t
ask=doc_view&gid=2202

Federation of Malaya Constitutional Commission. (1957). Report of the Federation


of Malaya Constitutional Commission 1957. London, England: Her MajestyÊs
Stationary Office.

Mohd Salleh Abas. (1985). Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.


Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Moten, A. R. (2013). Constitution and constitutionalism. Dlm. A. R. Moten,


Government and politics in Malaysia (hlmn. 99ă122). Petaling Jaya,
Malaysia: Cengage Learning Asia (cawangan Malaysia).

Perlembagaan Persekutuan (hingga 5 Februari 2014).


120  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Shad Saleem Faruqi. (2011). The constitution of Malay Muslim majority state:
The example of Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di ConstitutionĄMaking
Forum: A Government of Sudan Consultation, Khartoum, Sudan. Dicapai dari
http://unmis.unmissions.org/Portals/UNMIS/Constitution-making
%20Symposium/2011-05_Faruqi_Malaysia.pdf

Perlembagaan Persekutuan. Mengandungi pindaan terkini ă Akta 1260/2006.


Dicapai dari https://legal.usm.my/v3/phocadownload/laws/
Perlembagaan_Persekutuan.pdf

Wheare, K. C. (1966). Modern constitutions. Oxford, England: Oxford University


Press.
Topik  Sistem dan
Struktur
3 Pentadbiran
Negara
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep federalisme;
2. Menjelaskan cara sistem demokrasi berparlimen dijalankan di
Malaysia; dan
3. Menghuraikan komponen utama kerajaan, iaitu badan
perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman yang
diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

 PENGENALAN
Selama separuh abad, Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka telah
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang rakyat memilih pemimpin
mereka setiap lima tahun. Dalam sistem pentadbiran negara, terdapat tiga badan
utama yang menerajui kepimpinan negara, iaitu badan eksekutif (pemerintahan),
perundangan (legislatif) dan kehakiman (judiciary). Tiga badan ini saling
bekerjasama untuk membantu melancarkan pentadbiran negara dan
mengekalkan kestabilan negara.

Oleh itu, dalam topik ketiga ini, anda akan didedahkan dengan konsep
federalisme atau juga dikenal sebagai sistem persekutuan dan kaitannya dengan
Malaysia.
122  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Kemudian, anda akan diperkenalkan dengan sistem demokrasi berparlimen di


Malaysia. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen, Malaysia telah mengadakan sebanyak 14 kali pilihan raya umum
bagi memilih wakil yang mewakili suara rakyat di Parlimen. Oleh itu, dalam
subtopik ini, anda juga akan mempelajari tentang peranan Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) dalam mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum
mahupun pilihan raya kecil. Selain itu, proses pilihan raya juga akan turut
dibincangkan.

Akhir sekali, topik ini akan menghuraikan tiga komponen utama kerajaan, iaitu
badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman di samping peranan
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja. Sudahkah anda bersedia?
Mari kita mulakan!

3.1 FEDERALISME
Pertamanya, apakah yang dimaksudkan dengan federalisme?

Federalisme boleh didefinisikan sebagai „kaedah untuk membahagikan


kuasa kepada dua peringkat kerajaan, iaitu kerajaan pusat dengan dua atau
lebih kerajaan negeri. Setiap kerajaan tersebut dihadkan dengan bidang
kuasa masing-masing, mempunyai sifat sedarjat serta bebas daripada
sebarang campur tangan antara satu sama lain.‰
(Wheare, 1953)

Berdasarkan huraian tadi, kita dapat melihat dengan jelas pembahagian dan
peruntukan kuasa dalam perlembagaan yang ia tidak boleh dilanggar oleh
kerajaan pusat. Begitu juga dengan kerajaan pusat yang tidak boleh
memansuhkan, mengubah, bergabung, mengurangkan atau melebihkan kuasa
kerajaan negeri dengan sewenang-wenangnya.

Apakah ciri atau sifat federalisme? Secara umumnya, ciri atau sifat federalisme
adalah seperti yang berikut:

(a) Pembahagian kuasa yang jelas antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
seperti yang termaktub dalam perlembagaan;

(b) Kedua-dua buah kerajaan mempunyai hubungan secara langsung dengan


rakyat;
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  123

(c) Kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri mendapat pengesahan terus


daripada rakyat; dan

(d) Kewujudan sama ada kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri adalah atas
hak dan kuasa yang tersendiri.

Tahukah anda sistem federalisme juga dikenal sebagai sistem persekutuan?


Ia merupakan sebuah struktur pemerintahan yang lazimnya diamalkan di
kebanyakan negara di dunia berbanding dengan sistem unitari dan sistem
konfederal. Apakah negara yang mengamalkan sistem ini? Antara negara yang
mengamalkan sistem federalisme ialah:

(a) Amerika;

(b) Rusia;

(c) Australia;

(d) Pakistan;

(e) Kanada;

(f) Jerman;

(g) India;

(h) Brazil; dan

(i) Malaysia.

Di Malaysia, sistem federalisme telah diamalkan sejak zaman penjajahan British.


Seawal tahun 1896, British telah menubuhkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(NNMB). NNMB merupakan gabungan empat buah negeri di Tanah Melayu, iaitu
Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Pegawai pentadbir British pada
ketika itu, Sir Frank Swettenham berpendapat bahawa jika negeri-negeri ini
disatukan di bawah satu pentadbiran persekutuan, pastinya sistem pentadbiran
dan sistem pengurusan ekonomi dapat berjalan dengan lancar.

Pelaksanaan sistem federalisme kemudiannya diteruskan ketika penubuhan


Malayan Union pada tahun 1946 yang dikenal sebagai Persekutuan Tanah Melayu
(PTM) pada tahun 1948. Semasa penubuhan Malaya pada tarikh 31 Ogos 1957,
salah satu ciri yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang dirangka
oleh Suruhanjaya Reid ialah keperluan untuk mengukuhkan kuasa kerajaan pusat
di samping kuasa-kuasa negeri bagi menjamin kelancaran dalam pentadbiran
negara.
124  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

AKTIVITI 3.1

Dalam forum myINSPIRE:

(a) Bandingkan antara sistem federalisme, konfederal dan unitari.

(b) Nyatakan kekuatan dan kelemahan sistem federalisme.

(c) Senaraikan tiga negara lain (selain daripada yang telah


disenaraikan tadi) yang mengamalkan konsep federalisme.

3.2 SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN


DI MALAYSIA
Apakah yang dimaksudkan demokrasi?

Demokrasi merupakan suatu bentuk kerajaan yang mempunyai kuasa untuk


menggubal undang-undang manakala struktur pemerintahan negara
tersebut pula ditentukan oleh rakyat melalui pilihan raya.

Dalam konteks ini, wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat akan bertanggungjawab
mewakili suara mereka di parlimen. Oleh itu, peranan rakyat adalah sangat
penting dalam sistem demokrasi.

Dalam konteks yang sama, demokrasi berparlimen pula membawa pengertian


pemerintahan yang dijalankan secara berperwakilan. Konsep perwakilan ini
merujuk kepada rakyat. Oleh itu, secara amnya, rakyat terlibat secara langsung
dalam sistem pemerintahan negara demokrasi.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi


berparlimen sejak merdeka sehingga sekarang. Pada tahun 1948, Persekutuan
Tanah Melayu dibentuk dan terdapat peruntukan untuk mengadakan pilihan
raya seperti yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Pilihan raya ialah satu cara British untuk menyerahkan kuasa pemerintahan
secara beransur-ansur kepada Tanah Melayu agar membentuk kerajaannya
sendiri.
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  125

Tahukah anda pilihan raya majlis bandaran di Melaka dan majlis bandaran di
Pulau Pinang merupakan pilihan raya terawal di Tanah Melayu? Ia diadakan pada
tahun 1951 selepas Akta Majlis Berkuasa Tempatan diluluskan. Apakah tujuan
pilihan raya bandaran diadakan? Tujuan pilihan raya bandaran diadakan adalah
memberi pengalaman politik kepada penduduk Tanah Melayu sebelum pilihan
raya peringkat negeri dan persekutuan diadakan (Mohamed Salleh Abas, 1984).

Kemudian, satu lagi pilihan raya perbandaran diadakan di Kuala Lumpur pada
tarikh 16 Februari 1952, iaitu Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur. Dalam
pilihan raya ini, wujud kerjasama politik antara parti mengikut kaum untuk
merintis kemerdekaan bagi negara ini.

Seterusnya, pilihan raya umum yang pertama pada peringkat Persekutuan


diadakan pada tahun 1955. Dalam Pilihan Raya Umum 1955, Parti Perikatan
[gabungan antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan
Cina Malaya (MCA) dan Kongres India Se-Malaya (MIC)] memenangi 51 daripada
52 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya
ini menunjukkan perjuangan parti tersebut diterima oleh penduduk Tanah
Melayu.

Kemudian, Pilihan Raya Umum 1959 diadakan dan merupakan pilihan raya yang
pertama diadakan selepas negara mencapai kemerdekaan (lihat Rajah 3.1).

Rajah 3.1: Pilihan Raya Umum 1959


Sumber: www.spr.gov.my
126  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Apakah keputusan pilihan raya umum tersebut? Keputusan pilihan raya tersebut
adalah seperti yang berikut (Mohamed Salleh Abas, 1984):

(a) Parti Perikatan ă 74 kerusi;

(b) Parti Negara ă 1 kerusi;

(c) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ă 13 kerusi;

(d) Barisan Sosialis ă 8 kerusi;

(e) Parti Malaya ă 1 kerusi; dan

(f) Parti bebas ă 8 kerusi.

Di Malaysia, ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dipilih oleh rakyat
melalui pilihan raya umum setiap lima tahun. Selepas parlimen dibubarkan,
pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari di Semenanjung dan
90 hari di Sabah dan Sarawak.

3.2.1 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia


Bilakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia ditubuhkan? SPR ditubuhkan
pada tarikh 4 September 1957 mengikut Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan.
Pada peringkat awal penubuhan, SPR dianggotai oleh seorang pengerusi dan dua
orang ahli. DatoÊ Dr Mustafa Albakri Hassan telah dilantik sebagai pengerusi
pertama suruhanjaya manakala ahlinya terdiri daripada Lee Ewe Boon dan
Ditt Singh.

Selepas Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, bilangan ahli suruhanjaya


ditambah kepada tiga orang dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir.
Jawatan pengerusi, timbalan pengerusi dan tiga orang ahlinya yang lain dilantik
oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja di bawah
Perkara 144, Perlembagaan Persekutuan (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia,
2019a).

Tempoh memegang jawatan sebagai ahli SPR ialah sehingga berumur 65 tahun.
Pelantikan ahli SPR yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah
menurut perlembagaan dan mendapat kepercayaan orang ramai khasnya
daripada parti pembangkang. Pemecatan jawatan ahli suruhanjaya oleh YDPA
adalah atas syor sesuatu tribunal yang terdiri daripada sekurang-kurangnya lima
orang hakim atau bekas hakim. Pemecatan tersebut hendaklah dibuat atas alasan
seperti berkelakuan tidak baik, tidak berkeupayaan dan kelemahan tubuh atau
otak.
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  127

Apakah fungsi utama SPR? Fungsi utama SPR adalah seperti yang berikut
(Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, 2019b):

(a) Membuat kajian dan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan


raya parlimen dan negeri setiap tidak kurang daripada lapan tahun selepas
tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;

(b) Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

(c) Menjalankan pilihan raya umum untuk Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku
kekosongan.

Secara umumnya terdapat dua jenis pilihan raya, iaitu:

(a) Pilihan raya umum yang diadakan apabila parlimen atau Dewan Undangan
Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh lima tahun.

(b) Pilihan raya kecil diadakan untuk mengisi kekosongan kerusi parlimen atau
Dewan Undangan Negeri di luar jangka disebabkan oleh:

(i) Kematian;

(ii) Peletakan jawatan;

(iii) Hilang kelayakan; dan

(iv) Pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya.

SPR Malaysia menjalankan proses pilihan raya berdasarkan beberapa undang-


undang dan peraturan yang telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan
raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-undang dan peraturan tersebut adalah:

(a) Perlembagaan Persekutuan;

(b) Perlembagaan Negeri;

(c) Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957;

(d) Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19);

(e) Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5);

(f) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981;

(g) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002; dan

(h) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.


128  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Semua undang-undang dan peraturan tersebut adalah berkait secara langsung


dengan proses pilihan raya. Namun, terdapat juga beberapa undang-undang yang
tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya tetapi
memainkan peranan dalam memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya.
Antaranya termasuklah Akta Polis 1967, Akta Hasutan 1958, Akta Rahsia Rasmi
1971 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia, 2019b).

3.2.2 Peringkat Pilihan Raya


Tahukah anda di Malaysia, proses pilihan raya umum atau pilihan raya kecil
melibatkan enam peringkat? Enam peringkat ini dinyatakan dalam Rajah 3.2.

Rajah 3.2: Enam peringkat proses pilihan raya umum atau pilihan raya kecil di Malaysia

Enam proses ini diterangkan dengan lebih lanjut seperti yang berikut:

(a) Pengeluaran Writ


SPR akan mengeluarkan writ, iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan
raya kepada pegawai pengurus apabila berlaku pembubaran parlimen atau
Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan di luar jangka. SPR juga
akan mengeluarkan satu notis pilihan raya yang akan diwartakan dan
ditampal di tempat yang mudah untuk semakan orang ramai. Notis tersebut
akan mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan
dijalankan.

"
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  129

(b) Penamaan Calon


SPR akan menetapkan hari penamaan calon antara jam 9 pagi hingga
10 pagi. Tugas pegawai pengurus akan menerima borang penamaan
daripada calon, pencadang atau penyokong atau ketiga-tiga sekali.

Selain itu, calon, pencadang atau penyokong juga perlu menyertakan


deposit pilihan raya dan Borang Akuan Berkanun (Borang 5 untuk calon ahli
Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon ahli Dewan Undangan Negeri)
yang telah dimatikan setem di Pejabat Duti Setem.

Setelah semua borang penamaan diterima dan masa pun ditutup, pegawai
pengurus akan mengisytiharkan calon yang layak bertanding. Sekiranya
terdapat seorang saja calon yang layak, maka pegawai pengurus akan
mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding (Suruhanjaya
Pilihan Raya Malaysia, 2019b).

(c) Kempen Pilihan Raya


Setelah urusan penamaan calon selesai, calon atau wakilnya dibenarkan
menjalankan urusan kempen, iaitu pemasangan poster, ceramah,
pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah. Namun, kempen
pilihan raya ini perlu dihentikan pada jam 12 tengah malam sebelum hari
mengundi.

Calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak RM5,000


bagi pilihan raya parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Dewan Undangan
Negeri untuk menjalankan kempen. Bagi pemasangan poster, calon perlu
membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa tempatan. Selain itu,
calon juga perlu mendapat kelulusan daripada pihak polis untuk
mengadakan ceramah terbuka.

(d) Pengundian
Pada hari pengundian yang telah ditetapkan, pemilih yang mempunyai
namanya dalam daftar pemilih akan keluar mengundi di pusat mengundi
yang telah ditetapkan. SPR menetapkan masa mengundi antara jam 8 pagi
hingga 5 petang di seluruh negara. Terdapat juga kawasan yang masa
mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan dan kesukaran
pengangkutan terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Setiap pusat mengundi diketuai oleh seorang ketua tempat mengundi dan
dibantu oleh dua hingga empat orang pembantu. Biasanya, pusat mengundi
mempunyai lebih daripada satu tempat mengundi. Pengundi yang tidak
hadir atau dalam kalangan yang layak mengundi secara pos, mereka boleh
mengundi lebih awal daripada hari mengundi yang ditetapkan. Semua
130  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

kertas undi yang telah ditanda perlu sampai ke pejabat pegawai pengurus
pada jam 5 petang hari mengundi tersebut (Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia, 2019b).

(e) Penjumlahan Rasmi Undi


Ketua tempat mengundi akan membuat pengiraan kertas undi setelah
proses pengundian selesai (lihat Rajah 3.3).

Rajah 3.3: Proses pengiraan undi Pilihan Raya 1964


Sumber: www.spr.gov.my

Maklumat dan keputusan pengiraan undi akan dimasukkan ke dalam


Borang 14 dan akan dibawa kepada pegawai pengurus untuk dibuat
penjumlahan rasmi undi. Kemudian, pegawai pengurus akan menyemak
Borang 14 dan membuat pengumuman kepada orang ramai satu persatu
sekiranya betul.

Sebaliknya, jika terdapat keraguan dan kesilapan, beliau akan menyemak


semula kiraan berserta dengan Borang 13 (penyata kertas undi). Kemudian,
pegawai pengurus akan menjumlahkan semua keputusan Borang 14
(penyata pengundian selepas pengiraan undi) dan Borang 15 (penyata
pengundian selepas pengiraan kertas undi pos) untuk mengumumkan
pemenangnya (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, 2019b).

"
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  131

(f) Pengumuman Keputusan Pilihan Raya


Pegawai pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan
mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya
sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya tersebut setelah
selesai menjumlahkan Borang 14 dan 15. Oleh itu, keputusan pilihan raya
tersebut tidak boleh dipertikaikan lagi. Bagi mana-mana pihak yang tidak
berpuas hati dengan keputusan pilihan raya tersebut, mereka boleh
mengemukakan petisyen pilihan raya di Mahkamah Pilihan Raya.

Untuk makluman, setiap satu kawasan pilihan raya diwakili oleh seorang
wakil sahaja dan seseorang wakil kawasan pilihan raya parlimen boleh
mewakili kawasan pilihan raya negeri. Apakah syarat kelayakan menjadi
calon? Syarat kelayakan menjadi calon ialah warganegara Malaysia dan
berumur sekurang-kurangnya 21 tahun (Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia, 2019b).

Namun, seseorang tidak boleh menjadi calon sekiranya beliau:

(i) Disahkan tidak sempurna akal;

(ii) Seorang yang muflis;

(iii) Memegang sesuatu jawatan berpendapatan (jawatan kerajaan);

(iv) Disabitkan suatu kesalahan dan dihukum penjara untuk tempoh tidak
kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada
RM2,000 dan masih belum menerima pengampunan; dan

(v) Sudah memperoleh kewarganegaraan negara lain.

3.2.3 Deposit Pilihan Raya


Bagi setiap calon yang hendak menyertai pilihan raya, mereka dikehendaki
membayar wang deposit pilihan raya berjumlah seperti yang berikut:

(a) Pilihan raya parlimen sebanyak RM10,000; dan

(b) Pilihan raya Dewan Undangan Negeri sebanyak RM5,000.

Wang deposit ini perlu dibayar selewat-lewatnya pada jam 10 pagi pada hari
penamaan calon kepada pegawai pengurus atau Pengarah Pilihan Raya Negeri.
Deposit pilihan raya boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau draf bank.
132  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada
jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding dalam sesuatu
bahagian pilihan raya berkenaan.

3.2.4 Penggunaan Simbol Parti


Calon boleh menggunakan simbol parti politik setelah mendapat kebenaran
daripada ketua parti berkenaan. Calon yang tidak mewakili parti boleh
menggunakan simbol bebas yang telah disediakan oleh SPR.

3.2.5 Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya


SPR diperuntukkan kuasa di bawah Seksyen 3(d) Akta Pilihan Raya 1958 dan
Seksyen 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memastikan pilihan raya
berjalan dengan lancar. SPR juga melantik pegawai penguat kuasa dan
membentuk satu atau lebih pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya di setiap
bahagian pilihan raya parlimen.

Pasukan penguat kuasa dianggotai oleh:

(a) Pegawai penguat kuasa;

(b) Seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor;

(c) Seorang wakil pihak berkuasa tempatan; dan

(d) Seorang wakil parti politik/calon.

Apakah fungsi pasukan penguat kuasa? Pasukan penguat kuasa berfungsi untuk:

(a) Mengawasi dan memantau semua aktiviti calon;

(b) Menurunkan semua bahan kempen yang bercanggah dengan undang-


undang pilihan raya;

(c) Menghentikan ucapan dan syarahan yang melanggar undang-undang


pilihan raya; dan

(b) Mengawal dan menyelaras aktiviti berkempen.


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  133

3.2.6 Barong SPR


Tahukah anda SPR memperuntukkan undang-undang melarang calon
mendirikan sebarang barong atau pondok panas dalam kawasan calon itu
bertanding? Calon hanya dibenarkan mengadakan pejabat parti untuk urusan di
luar kawasan 50 meter dari pusat mengundi.

Bagi memastikan kelancaran pengundian, SPR akan mengadakan barong SPR di


setiap pusat mengundi. Apakah tujuan barong ini? Tujuan barong diadakan
adalah untuk membantu pemilih menyemak nama mereka dalam daftar pemilih
dan penentuan pusat serta tempat mengundi mereka agar dapat berjalan dengan
lancar dan teratur (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, 2019b).

3.2.7 Perbelanjaan Pilihan Raya


Setiap calon dibenarkan membelanjakan untuk urusan pilihan raya mereka seperti
yang berikut:

(a) Parlimen ă Tidak lebih daripada RM200,000; dan

(b) Dewan Undangan Negeri ă Tidak lebih daripada RM100,000.

Calon dikehendaki mengemukakan penyata perbelanjaan kepada SPR dalam


tempoh 31 hari dari tarikh keputusan pilihan raya diwartakan. Calon dan ejen
pilihan raya yang gagal berbuat demikian boleh menyebabkan mereka tidak layak
untuk bertanding bagi tempoh lima tahun akan datang.

3.2.8 Jenis Pengundian


Terdapat tiga jenis pengundian di Malaysia, iaitu:

(a) Pengundian biasa melibatkan pemilih biasa yang akan mengundi pada hari
yang ditetapkan sebagai hari mengundi;

(b) Pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta anggota polis dan
pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA); dan

(c) Pengundian pos melibatkan pengundi tidak hadir yang terdiri daripada
angkatan tentera dan pasangannya, anggota polis serta pasangan PGA yang
terpaksa menjalankan tugas operasi pada hari mengundi, pelajar di luar
negara dan pasangannya serta kakitangan awam yang berkhidmat di luar
negara dan pasangannya.
134  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Pengundi lain yang dibenarkan mengundi secara pos ialah:

(a) Petugas pilihan raya;

(b) Ahli panel, pegawai dan kakitangan SPR; dan

(c) Mana-mana kategori yang ditetapkan oleh SPR layak untuk mengundi
secara pos melalui pewartaan.

Pengundian awal akan diadakan pada dua atau tiga hari sebelum tarikh
pengundian biasa. Kertas undi yang telah ditandai akan disimpan dengan selamat
dan hanya akan dibuka untuk pengiraan pada jam 5 petang pada hari pengundian
sebenar.

Pengundian pos akan diadakan sebaik sahaja kertas undi dicetak dan mereka
perlu mengemukakan kertas undi tersebut yang telah ditanda ke pejabat pegawai
pengurus selewat-selewatnya pada jam 5 petang pada hari mengundi
(Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, 2019b).

3.2.9 Petisyen Pilihan Raya


Keputusan pilihan raya hanya boleh dicabar di Mahkamah Pilihan Raya melalui
petisyen pilihan raya. Petisyen tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh
21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.

Apakah alasan yang membolehkan petisyen dilakukan? Sesuatu petisyen pilihan


raya hanya boleh dibuat atas alasan seperti yang berikut:

(a) Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang boleh menjejaskan
pilihan raya;

(b) Ketidakpatuhan peruntukan undang-undang dan peraturan pilihan raya;

(c) Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang


dilakukan oleh calon atau ejennya; dan

(d) Calon atau ejennya didapati tidak layak untuk menyertai pilihan raya.
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  135

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Huraikan enam peringkat pilihan raya di Malaysia.

2. Apakah sebab penamaan seseorang calon pilihan raya ditolak?

3. Bilakah petisyen pilihan raya boleh dibuat?

3.3 KOMPONEN UTAMA KERAJAAN


Sekarang, mari kita beralih kepada komponen utama kerajaan. Perlembagaan
ialah undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara di dunia. Setiap negara
mempunyai perlembagaannya yang tersendiri yang digubal untuk keperluan dan
kepentingan negara. Malaysia ialah sebuah negara yang diperintah oleh badan
utama berdasarkan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Ketiga-tiga badan ini
ditadbir secara berasingan meliputi badan perundangan (legislative), badan
eksekutif (executive) dan badan kehakiman (judicial) (Abdul Aziz Bari, 2008).

Proses pengasingan antara ketiga-tiga badan utama ini dinamakan sebagai


„doktrin pengasingan kuasa‰ yang diperkenalkan oleh Montesquieu pada abad
ke-18 di Perancis. Apakah yang dimaksudkan dengan doktrin pengasingan
kuasa?

Doktrin pengasingan kuasa bermaksud badan yang membuat undang-


undang hanya dibenarkan membuat undang-undang sahaja dan tidak
dibenarkan menyerahkan kuasa kepada badan lain serta tidak boleh
mempunyai kuasa lain.

Begitu juga badan yang memerintah hanya dibenarkan untuk menjalankan


pemerintahan dan tidak boleh membuat undang-undang serta menjalankan kuasa
kehakiman. Doktrin ini dipakai sepenuhnya di Amerika tetapi di Malaysia,
pemakaian doktrin ini diubah suai mengikut keperluan negara (Mohamed Salleh
Abas, 1984). Sistem dan struktur pentadbiran negara ini diperlihatkan dalam
Rajah 3.4.
136  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Rajah 3.4: Sistem dan struktur pentadbiran Malaysia

3.3.1 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)


Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, wujud jawatan Yang
di-Pertuan Agong (YDPA). YDPA merupakan „simbol perpaduan negara‰ dan
kedudukan YDPA dinyatakan dalam Perkara 32(1). Dengan kata lain, YDPA ialah
kepala utama negara yang mempunyai keutamaan dan mengatasi segala orang
dalam Persekutuan dan tidak boleh didakwa dalam perbicaraan mana-mana
mahkamah sekalipun kecuali dalam Mahkamah Khas (Abdul Aziz Bari, 2008).

Menurut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah atau eksekutif


terletak pada YDPA yang kuasa ini boleh dijalankan oleh baginda sendiri. Namun,
kuasa eksekutif ini dijalankan oleh jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa
oleh jemaah menteri. Oleh itu, Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa YDPA hendaklah melantik sebuah jemaah menteri
untuk menasihatkannya dalam hal menjalankan tugasnya (Nadzan Haron &
Rozeman Abu Hassan, 2010).
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  137

Huraian lanjut mengenai YDPA adalah seperti yang berikut:

(a) Kedudukan YDPA sebagai Raja Berperlembagaan


Raja berperlembagaan bermaksud seorang raja tidak mempunyai kuasa
mutlak tetapi seorang raja yang menjalankan pemerintahan mengikut
undang-undang dan kuasa yang diberi kepada baginda menurut
Perlembagaan Persekutuan. Sebagai seorang raja berperlembagaan, YDPA
menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut nasihat jemaah menteri atau
seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa jemaah menteri menurut
peruntukan Perkara 40(1).

Pada tahun 1994, Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 (Akta 885); perubahan
dibuat kepada Perkara 40 dengan memasukkan peruntukan yang baharu,
iaitu Perkara 40(1A). Perkara 40(1A) Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa YDPA tidak hanya perlu bertindak mengikut
nasihat tetapi menghendaki baginda, selepas menimbangkan nasihat,
hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat tersebut (Mohamed
Salleh Abas, 1984).

(b) Peranan YDPA


Mari kita lihat Jadual 3.1 yang menjelaskan beberapa peranan penting
YDPA.

Jadual 3.1: Peranan Penting Yang di-Pertuan Agong

Peranan Huraian

Memelihara Di bawah Perkara 153, keistimewaan ini diberi dari segi jawatan
kedudukan dalam perkhidmatan awam Persekutuan, pemberian biasiswa,
istimewa orang dermasiswa dan bantuan pendidikan serta latihan, pengeluaran
Melayu dan permit dan lesen yang dikehendaki oleh undang-undang untuk
bumiputera di sesuatu perniagaan atau perusahaan, peruntukan dalam Perkara
Sabah dan 89 dan 90 Perlembagaan Persekutuan berkenaan tanah rizab
Sarawak orang Melayu dan kemasukan perkhidmatan orang Melayu
dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan
Melayu sebagaimana yang dikuatkuasakan di bawah Perkara
8(5)(f) Perlembagaan Persekutuan (Abdul Aziz Bari, 2008).

Walaupun YDPA diberi tanggungjawab untuk melindungi


kedudukan istimewa orang Melayu, ini tidak bermakna
kepentingan dan kedudukan kaum lain diabaikan.
138  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Pemerintah Mengikut Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan, baginda


tertinggi mempunyai kuasa untuk mengampunkan kesalahan yang
Angkatan Tentera dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan kuasa untuk
Persekutuan mengurangkan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah itu
mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Semua pegawai
tentera juga ditauliahkan oleh YDPA.

YDPA boleh mengeluarkan suatu perisytiharan darurat di bawah


Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Perisytiharan darurat
oleh YDPA diisytiharkan jika darurat besar berlaku dan
keselamatan atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam
dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah
terancam (Abdul Aziz Bari, 2008).

Kuasa untuk Hal ini merujuk kepada segala kesalahan yang telah dibicarakan
mengampunkan oleh Mahkamah Tentera dan segala kesalahan yang dilakukan
kesalahan dan dalam Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
menangguhkan Kuasa ini diperuntukkan dalam Perkara 42(1) Perlembagaan
hukuman Persekutuan.

Ketua agama Islam merupakan agama rasmi bagi Persekutuan mengikut


Islam Perkara 3(1) Perlembagaan. Mengikut Perkara 3(3) Perlembagaan
Persekutuan, perlembagaan bagi negeri Melaka, Pulau Pinang,
Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat
peruntukan bagi memberi kepada YDPA kedudukan sebagai
ketua agama Islam dalam negeri-negeri ini. Perkara 3(5)
Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa
YDPA ialah ketua agama Islam bagi Wilayah-wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Mempunyai Badan perundangan persekutuan atau parlimen merupakan


kedudukan dan salah satu daripada tiga badan kerajaan utama di Malaysia.
peranan yang YDPA mengikut Perkara 44 merupakan salah satu daripada tiga
sangat berkait institusi utama parlimen selain daripada Dewan Negara dan
rapat dengan Dewan Rakyat (Abdul Aziz Bari, 2008).
badan
perundangan
persekutuan atau
parlimen
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  139

Mempunyai kuasa Antara pelantikan penting yang dibuat oleh YDPA termasuk:
untuk membuat
pelantikan yang  Pelantikan Perdana Menteri;
penting di bawah
Perlembagaan  Pelantikan jemaah menteri (kabinet);
Persekutuan
 Pelantikan Ketua Hakim Negara, presiden Mahkamah
Rayuan dan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi;

 Pelantikan pengerusi dan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya;

 Pelantikan pengerusi dan anggota Suruhanjaya


Perkhidmatan Awam;

 Pelantikan anggota Dewan Negara yang lain daripada


anggota yang dipilih oleh negeri;

 Pelantikan Peguam Negara;

 Pelantikan Juruaudit Negara;

 Pelantikan Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat; dan

 Pelantikan beberapa pegawai di bawah undang-undang


Persekutuan.

(c) Pemilihan YDPA


Pemilihan YDPA dibuat oleh Majlis Raja-Raja dalam kalangan sembilan
raja Melayu yang memerintah mengikut peraturan dan kaedah yang
ditentukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Tempoh baginda
menyandang jawatan adalah selama lima tahun di bawah Perkara 32(3)
Perlembagaan Persekutuan. Keadaan ini berbeza dengan mana-mana negara
yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang tidak ada had
tempoh raja atau ratu memegang jawatan mereka.

Pemilihan YDPA dilakukan oleh sembilan orang raja Melayu dalam Majlis
Raja-Raja dan perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima orang
raja. Bagi ketua negeri yang tidak mempunyai raja (Yang di-Pertua Negeri
Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak), mereka tidak boleh menjadi ahli
Majlis Raja-Raja dalam soal pemilihan YDPA (Abdul Aziz Bari, 2008).

"
140  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

(c) Pemecatan YDPA


Kedudukan YDPA sebagai seorang raja berperlembagaan bermaksud
baginda tidak mempunyai kuasa mutlak untuk bertindak sesuka hatinya
kerana baginda boleh juga dipecat daripada jawatannya. Mengikut Perkara
32(3) Perlembagaan Persekutuan, YDPA hanya boleh dipecat daripada
jawatannya oleh Majlis Raja-Raja.

Berdasarkan Seksyen 8 Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, sesuatu


ketetapan oleh Majlis Raja-Raja bagi memecat YDPA daripada jawatannya
tidak boleh diluluskan kecuali sekurang-kurangnya lima ahli Majlis
Raja-Raja telah mengundi menyokong ketetapan itu.

Pemecatan YDPA adalah berdasarkan budi bicara Majlis Raja-Raja yang


diperuntukkan dalam Perkara 32(6)(a) Perlembagaan Persekutuan. Bagi
Yang di-Pertua bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak,
mereka tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-Raja dalam soal pemecatan
Yang di-Pertuan Agong (Mohamed Salleh Abas, 1984).

(d) Kuasa YDPA


YDPA hendaklah bertindak mengikut nasihat jemaah menteri, namun
terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu Perkara 40(2)
yang memperuntukkan bahawa YDPA mempunyai kuasa untuk bertindak
atas budi bicaranya dalam empat keadaan, iaitu (Abdul Aziz Bari, 2008):

(i) Melantik seorang Perdana Menteri di bawah Perkara 43(2). Perdana


Menteri tersebut mesti seorang anggota Dewan Rakyat dan mesti pada
pendapat baginda seorang yang mendapat keyakinan majoriti ahli
dewan;

(ii) Menolak permintaan Perdana Menteri supaya membubarkan parlimen


di bawah Perkara 55(3). Hayat dewan ialah selama lima tahun. Namun,
Perdana Menteri boleh menasihati YDPA membubarkannya lebih
awal. Di bawah Perkara 40(2)(b), YDPA tidak terikat pada nasihat ini;

(iii) Memanggil Majlis Raja-Raja supaya bersidang semata-mata bagi


membicarakan hak keutamaan, kedudukan, kemuliaan dan darjat raja
Melayu dan apa-apa tindakan yang akan diambil dalam persidangan
majlis itu; dan

(iv) Dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan


Persekutuan.

"
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  141

(e) Imuniti atau Kekebalan YDPA


YDPA seperti juga raja sesuatu negeri tidak lagi mempunyai imuniti atau
kekebalan daripada proses kehakiman selepas pindaan perlembagaan pada
tahun 1993 (iaitu pindaan perlembagaan yang dibuat melalui Akta
Perlembagaan [Pindaan] 1993 [Akta 848]).

Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang dipinda oleh Akta


Perlembagaan (Pindaan) 1993 memperuntukkan bahawa YDPA tidak boleh
didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah
kecuali dalam Mahkamah Khas (lihat Perkara 181 dan 182 Perlembagaan
Persekutuan mengenai penghapusan kekebalan YDPA daripada proses
kehakiman) (Abdul Aziz Bari, 2008).

YDPA hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah


Perkara 182 dan tiada prosiding sama ada sivil atau jenayah boleh
dimulakan terhadap baginda kecuali dengan keizinan daripada Peguam
Negara di bawah Perkara 183. Pindaan perlembagaan pada tahun 1993
hanya menghapuskan kekebalan YDPA daripada proses kehakiman atas
sifat peribadinya sahaja. Hal ini bermakna baginda masih lagi mempunyai
kekebalan daripada proses kehakiman atas sifat rasminya (official capacity).

3.3.2 Majlis Raja-Raja


Tahukah anda Majlis Raja-Raja wujud sejak tahun 1897? Dari segi sejarah, ia
dikenal sebagai Durbar. Pada peringkat awal, keanggotaan Majlis Raja-Raja terdiri
daripada empat orang raja Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Pertemuan
Pesuruhjaya Tinggi dengan Majlis Raja-Raja pada waktu tersebut adalah untuk
meninjau pendapat raja berhubung sesuatu dasar pemerintahan.

Kemudian, Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi selepas Perjanjian


Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang berfungsi sebagai penasihat kepada
Pesuruhjaya Tinggi British (Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, 2010).

Sembilan orang raja Melayu menganggotai Majlis Raja-Raja termasuk Yang


di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Setiausaha Majlis
Raja-Raja ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dilantik sendiri oleh
majlis tersebut.
142  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Namun, Yang di-Pertua Negeri tidak terlibat dalam pemilihan atau pemecatan,
atau berhubung semata-mata dengan keistimewaan, kedudukan kehormatan dan
kebesaran raja atau berhubung dengan perbuatan, amalan atau upacara agama.

Apakah tugas Majlis Raja-Raja? Yang berikut ialah tugas Majlis Raja-Raja (Nadzan
Haron & Rozeman Abu Hassan, 2010):

(a) Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong;

(b) Menimbangkan perkara berkaitan dengan dasar negara seperti perubahan


dasar imigresen dan apa jua perkara lain yang difikirkannya patut;

(c) Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,


amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan; dan

(d) Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang atau


pelantikan yang menurut perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis
Raja-Raja atau perundingan dengannya.

Yang di-Pertuan Agong akan diiringi oleh Perdana Menteri manakala raja dan
Yang di-Pertua Negeri pula diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri
masing-masing. Antara perkara yang dibincangkan ialah undang-undang yang
mengubah sempadan sesuatu negeri atau berkaitan dengan kedudukan raja,
perlembagaan dan kedudukan istimewa orang Melayu, kaum bumiputera Sabah
dan Sarawak.

Selain itu, Majlis Raja-Raja berunding tentang perkara pelantikan hakim, ketua
audit negara dan suruhanjaya-suruhanjaya perkhidmatan awam, pilihan raya dan
perkhidmatan pendidikan. Persidangan Majlis Raja-Raja akan bersidang tiga atau
empat kali setahun.

3.3.3 Badan Eksekutif


Badan eksekutif merupakan salah satu daripada tiga badan kerajaan di Malaysia.
Kedudukan dan kuasa badan eksekutif adalah seperti badan kerajaan yang lain ă
diwujudkan, ditentukan dan dihadkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Apakah fungsi badan eksekutif? Badan eksekutif berfungsi untuk mentadbir,


membuat dasar dan melaksanakan undang-undang yang dibuat oleh badan
perundangan. Siapakah ketua badan eksekutif? YDPA ialah ketua badan eksekutif
dalam sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen di negara kita
(Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, 2010). Badan eksektutif terdiri daripada:
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  143

(a) Jemaah Menteri (Sistem Kabinet)


Sistem kabinet di Malaysia mempunyai banyak persamaan dengan sistem
kabinet di England. Hal ini demikian kerana Malaysia mengambil contoh
sistem kabinet dari England. Malah, pelantikan jawatan Perdana Menteri di
Malaysia juga sama seperti di England kerana ia bergantung pada majoriti
di parlimen.

Jemaah menteri di Malaysia terdiri daripada:

(i) Perdana Menteri;

(ii) Timbalan Perdana Menteri;

(iii) Menteri-menteri dalam kabinet; dan

(iv) Ketua Setiausaha Negara (yang merupakan setiausaha kepada


kabinet).

Mari kita pelajari lebih lanjut tentang jemaah menteri dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Jemaah Menteri (Sistem Kabinet)

Aspek Huraian

Peranan dan Menteri yang dilantik berperanan seperti yang berikut:


fungsi jemaah
menteri  Menggubal, membuat dan menetapkan dasar kerajaan seperti
dasar dalam dan dasar luar negara. Jemaah menteri akan
bermesyuarat seminggu sekali pada setiap hari Rabu bagi
membincangkan sesuatu dasar negara untuk diputuskan
secara kolektif;

 Membuat keputusan tentang projek yang akan dilaksanakan


oleh kerajaan persekutuan; dan

 Membuat cadangan dan keputusan mengenai undang-undang


yang patut dibuat sebelum dibentangkan di parlimen.

Pelantikan jemaah Jemaah menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
menteri untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugasnya seperti
dalam peruntukan Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan.
Jemaah menteri akan diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik
oleh YDPA daripada anggota Dewan Rakyat yang pada pendapat
baginda akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli
Dewan Rakyat.
144  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Mengikut Perkara 43(2)(b), YDPA akan melantik menteri lain atas


nasihat Perdana Menteri yang terdiri daripada ahli parlimen.
Menteri lain dalam kabinet boleh dilantik oleh YDPA atas nasihat
Perdana Menteri sama ada ahli Dewan Negara mahupun Dewan
Rakyat.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak terdapat peruntukan


tertentu mengenai jawatan dan pelantikan seorang Timbalan
Perdana Menteri. Semasa ketiadaan Perdana Menteri, Timbalan
Perdana Menteri akan menjalankan tugas Perdana Menteri.
Apabila seorang Perdana Menteri meninggal dunia atau
meletakkan jawatannya, Timbalan Perdana Menteri akan
mengambil alih tempat beliau sebagai Perdana Menteri.

Tanggungjawab Prinsip cardinal sistem kerajaan berparlimen diwarisi daripada


menteri kerajaan Britain. Mengikut prinsip ini, kerajaan yang merupakan
sebahagian daripada parlimen adalah bertanggungjawab
terhadap parlimen. Tanggungjawab ini termasuklah:

 Tanggungjawab Individu
Yang berikut ialah tanggungjawab individu bagi menteri:

ă Menteri dikehendaki menjawab pertanyaan, memberi


maklumat dan membuktikan dasar kementeriannya
adalah betul. Menteri mesti menerima tanggungjawab
atas semua kesilapan atau kesalahan dalam
kementeriannya walaupun dia sendiri tidak terlibat.

ă Menteri bertanggungjawab kepada parlimen atas


kelakuan dan tindakan pegawai kementerian di
bawahnya. Tujuan ini adalah melindungi pegawai awam
kerana mereka tidak dapat memberi penjelasan dalam
persidangan parlimen.

 Tanggungjawab Kolektif
Yang berikut ialah tanggungjawab kolektif bagi menteri:

ă Perkara 43(2) semua menteri mesti anggota parlimen


untuk memastikan mereka bertanggungjawab kepada
parlimen (answerability to parliment).

ă Semua menteri mesti menghormati konvensyen


unanimity awam. Mereka perlu bersatu suara. Sekiranya
seorang menteri tidak bersetuju terhadap keputusan
kabinet, dia mempunyai tiga pilihan, iaitu meletak
jawatan, senyap atau tentangannya itu diminitkan dalam
minit kabinet.
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  145

(b) Perdana Menteri


Perdana Menteri merupakan jawatan yang amat penting bagi negara yang
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
YDPA mempunyai kuasa untuk melantik seorang Perdana Menteri seperti
yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan.

Pelantikan Perdana Menteri oleh YDPA adalah menurut budi bicara baginda
berdasarkan pendapat baginda bahawa calon mestilah seorang ahli Dewan
Rakyat yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli dewan itu
mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Hal ini menunjukkan
peranan YDPA adalah penting dalam soal pelantikan seorang Perdana
Menteri. YDPA akan melantik seorang ketua atau pemimpin parti politik
yang telah mendapat majoriti yang jelas di parlimen. Rajah 3.5 memaparkan
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra
al-Haj.

Rajah 3.5: Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj


Sumber: www.arkib.gov.my

Pelantikan Perdana Menteri di Malaysia berjalan dengan lancar kerana tidak


pernah timbul keadaan tiada parti politik mendapat majoriti yang jelas di
parlimen. Sekiranya berlaku keadaan tidak terdapat parti politik yang
mendapat majoriti yang jelas di parlimen seperti berlaku di sesetengah
negara, ia akan membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan campuran
(coalition government). Keputusan ini sudah tentu akan menyukarkan
keputusan untuk melantik calon untuk menjawat jawatan Perdana Menteri.
146  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Contohnya, perkara ini pernah berlaku pada peringkat kerajaan negeri ă


terdapat masalah dan pertikaian mengenai soal pelantikan Menteri Besar
dan Ketua Menteri, iaitu di Pulau Pinang, Sabah dan terkini Perak dan
Terengganu (Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, 2010).

Sekarang mari kita pelajari kedudukan dan kuasa Perdana Menteri. Jawatan
Perdana Menteri berkait rapat dengan kedudukan dan kuasa yang dimiliki
olehnya. Malaysia telah ditadbir seramai tujuh orang Perdana Menteri
semenjak negara mencapai kemerdekaan (lihat laman web rasmi Jabatan
Perdana Menteri untuk melihat senarai Perdana Menteri Malaysia di
https://bit.ly/2DwoTNH). Lebih-lebih lagi, politik Malaysia adalah stabil
secara langsung dan ini dapat menguatkan lagi kedudukan dan kuasa
Perdana Menteri.

Kuasa Perdana Menteri di Malaysia tidak diperuntuk dan dinyatakan dalam


Perlembagaan Persekutuan tetapi lebih bersifat politik. Kuasa Perdana
Menteri tidak terhad kepada jawatan rasminya tetapi Perdana Menteri turut
memegang banyak lagi kedudukan, jawatan rasmi dan tidak rasmi dalam
kerajaan yang menambahkan lagi kuasa dan pengaruhnya.

Perdana Menteri juga mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja


untuk dilantik oleh YDPA untuk menyertai kabinetnya. Keputusan ini
mencerminkan kuasa dan pengaruh sebenar yang dimiliki oleh Perdana
Menteri dalam soal pelantikan anggota kabinetnya berdasarkan kesesuaian
seseorang calon itu pada pandangan Perdana Menteri.

Seseorang yang dilantik menganggotai kabinet ialah seorang yang boleh


bekerjasama dengan Perdana Menteri dan lebih penting lagi
menyokongnya. Tindakan ini dapat mengukuhkan kedudukan dan kuasa
Perdana Menteri dengan lebih kuat apabila menerima sokongan anggota
kabinetnya.

Perdana Menteri boleh menentukan dan mengawal agenda mesyuarat


kabinet tentang apa-apa yang boleh dibincangkan dan mempunyai kuasa
untuk mengehadkan dan mengawal perbincangan perkara tertentu. Perdana
Menteri mempunyai kata putus dalam menentukan segala dasar yang
diperkenalkan oleh kerajaan. Hal ini kerana semua dasar yang diperkenal
dan dijalankan oleh kerajaan diketuai oleh Perdana Menteri. Perdana
Menteri juga merupakan ketua kepada parti memerintah apabila parti
kepimpinan beliau memenangi kerusi terbanyak dalam parlimen.
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  147

Selain itu, Perdana Menteri juga mempunyai kuasa untuk menentukan


tarikh pilihan raya umum yang akan diadakan. Namun, perkara ini akan
dibincangkan dengan ketua parti komponen yang lain terlebih dahulu tetapi
beliau mempunyai kata putus dalam hal tersebut. Perdana Menteri juga
berperanan penting dalam menentukan dasar luar Malaysia dengan negara
lain kecuali Israel. Hal ini demikian kerana Perdana Menteri yang akan
menentukan negara mana yang akan mempunyai hubungan diplomatik
dengan Malaysia atau tidak (Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, 2010).

Di Malaysia, tidak terdapat sebarang had terhadap tempoh seorang Perdana


Menteri untuk memegang jawatannya. Keadaan ini amat berbeza dengan
presiden di Amerika yang tempoh jawatannya dihadkan kepada hanya dua
penggal sahaja. Hal ini demikian kerana tidak terdapat peruntukan yang
tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa
yang dimiliki oleh Perdana Menteri dan juga had atau sekatan terhadap
kuasanya. Perdana Menteri tidak boleh mengatasi undang-undang dan
bertindak sewenang-wenangnya kerana had terhadap kuasa Perdana
Menteri lebih dalam bentuk konvensyen dan bersifat politik.

Sebarang keputusan serta tindakan eksekutif atau perundangan Perdana


Menteri juga tertakluk kepada semakan mahkamah (judicial review).
Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa budi bicara
kepada YDPA dalam melantik Perdana Menteri, namun tidak ada
peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa
kepada YDPA untuk memecat Perdana Menteri.

Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan Perdana


Menteri hendaklah meletakkan jawatannya sekiranya beliau tidak lagi
mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat kecuali atas
permintaannya YDPA membubarkan parlimen. Akhir sekali, Perdana
Menteri boleh digugurkan oleh ahli Dewan Rakyat, iaitu melalui usul undi
tidak percaya.

(c) Kementerian dan Jabatan


Apakah yang dimaksudkan dengan kementerian?

Kementerian merupakan agensi pelaksana tertinggi kerajaan mengikut


arahan Perdana Menteri dan kabinet.
148  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Kerajaan mewujudkan kementerian supaya dapat menjalankan tugas


pemerintahan negara. Di Malaysia, terdapat sebanyak 24 buah kementerian
yang diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh timbalan menteri dan
setiausaha parlimen.

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga boleh menerajui


sebuah atau beberapa buah kementerian yang dianggap penting.
Di samping itu, terdapat juga menteri yang tidak mengetuai kementerian
tetapi diberi tanggungjawab dan tugas khas. Jawatan menteri ini dikenal
sebagai menteri tidak berportfolio yang ditugaskan di Jabatan Perdana
Menteri (JPM) bagi membantu Perdana Menteri.

Setiap kementerian akan ditadbir oleh Ketua Setiausaha (KSU) manakala


bagi Ketua Setiausaha Negara (KSN) merupakan ketua pentadbir Jabatan
Perdana Menteri.

Selain itu, KSN ialah Ketua Perkhidmatan Awam pada peringkat


persekutuan. Semua ketua pentadbir di JPM dan kementerian merupakan
penjawat awam.

Apakah fungsi kementerian? Fungsi kementerian adalah seperti yang


berikut:

(i) Merangka, membina dan melaksana sesuatu dasar kementerian;

(ii) Mengaplikasikan segala dasar yang telah diluluskan oleh kementerian;


dan

(iii) Melakukan pemantauan dalam segala proses pelaksanaan dan menilai


keberkesanan sesuatu dasar kementerian.

Kementerian yang diwujudkan di bawah kabinet Perdana Menteri


Tun Dr Mahathir bin Mohamed pada tahun 2018 selepas Pilihan Raya
Umum ke-14 adalah seperti yang berikut (Bahagian Kabinet, JPM, 2019):

(i) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;

(ii) Kementerian Dalam Negeri;

(iii) Kementerian Kewangan;

(iv) Kementerian Pertahanan;

(v) Kementerian Pendidikan;


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  149

(vi) Kementerian Pembangunan Luar bandar;

(vii) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi;

(viii) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

(ix) Kementerian Pengangkutan;

(x) Kementerian Komunikasi dan Multimedia;

(xi) Kementerian Sumber Manusia;

(xii) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani;

(xiii) Kementerian Kesihatan;

(xiv) Kementerian Belia dan Sukan;

(xv) Kementerian Pembangunan Usahawan;

(xvi) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli;

(xvii) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;

(xviii) Kementerian Kerja Raya;

(xix) Kementerian Luar Negeri;

(xx) Kementerian Industri Utama;

(xxi) Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan


Iklim;

(xxii) Kementerian Wilayah;

(xxiii) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; dan

(xxiv) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

(d) Badan Berkanun


Akhir sekali, dalam badan eksekutif, terdapat juga badan berkanun. Apakah
yang dimaksudkan dengan badan berkanun?

Badan berkanun merupakan agensi separa kerajaan yang ditubuhkan


melalui undang-undang tertentu.
150  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Badan berkanun ini diwujudkan bagi mempercepatkan, dan melicinkan


proses pentadbiran dan pelaksanaan rancangan pembangunan negara.
Kewujudan badan berkanun ini seiring dengan dasar pembangunan negara
di bawah rancangan pembangunan lima tahun.

Badan berkanun mempunyai tugas dan tanggungjawab sama ada dalam


bidang pembangunan ekonomi dan sosial. Badan berkanun adalah tertakluk
kepada menteri yang mempunyai peruntukan kewangan sendiri dan kuasa
autonomi tertentu.

Antara badan berkanun yang ditubuhkan adalah seperti yang berikut:

(i) Majlis Amanah Rakyat (MARA);

(ii) Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA ă Malaysian


Investment Development Authority);

(iii) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA ă Muda Agricultural


Development Authority);

(iv) Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN);

(v) Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA ă Urban Development


Authority); dan

(vi) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA ă Federal Land


Development Authority).

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Apakah fungsi Majlis Raja-Raja di Malaysia?

2. Bincangkan status kekebalan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja


Melayu.

3. Mengapakah kementerian dan badan berkanun diwujudkan?


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  151

3.3.4 Badan Perundangan


Sekarang, mari kita beralih pula kepada badan perundangan. Malaysia ialah
sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah
pentadbiran raja berperlembagaan dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua
negara. Parlimen Malaysia merupakan lambang dan struktur demokrasi kerajaan
daripada aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih (lihat Rajah 3.6).

Rajah 3.6: Parlimen Malaysia


Sumber: http://www.parlimen.gov.my

Parlimen Malaysia merupakan badan penggubal undangăundang tertinggi


negara dalam Perkara 44 Bahagian 4, Bab 4, Perlembagaan Persekutuan Malaysia
terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong;

(b) Dewan Negara (Senate); dan

(c) Dewan Rakyat (House of Representatives).

Oleh itu, segala undang-undang yang dibawa ke parlimen mestilah diluluskan


oleh ketiga-tiga komponen tersebut.
152  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Selain itu, badan perundangan juga berfungsi mengawasi dan mengawal


perbelanjaan awam dan mengesahkan dasar badan eksekutif.

Persidangan parlimen yang pertama diadakan selepas pilihan raya umum yang
pertama pada tahun 1959, selepas negara mencapai kemerdekaan di Dewan
Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Dalam persidangan tersebut, Dewan
Negara dan Dewan Rakyat bersidang serentak dengan pemilihan Yang di-Pertua
bagi kedua-dua dewan tersebut.

Selepas itu, satu majlis mengangkat sumpah oleh kesemua 38 ahli Dewan Negara
dan 104 ahli Dewan Rakyat telah diadakan. Rajah 3.7 mengilustrasikan struktur
dan keanggotaan Parlimen Malaysia.

Rajah 3.7: Struktur dan keanggotaan Parlimen

Sekarang, mari kita pelajari struktur dan keanggotaan Parlimen dengan lebih
mendalam.

(a) Yang di-Pertuan Agong


Dalam parlimen, Yang di-Pertuan Agong akan melakukan perkara berikut:

(i) Memanggil parlimen bermesyuarat;


(ii) Membuka persidangan parlimen;
(iii) Menangguh dan membubarkan parlimen; dan
(iv) Memperkenankan undang-undang.
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  153

(b) Dewan Negara


Apakah objektif penubuhan Dewan Negara? Dewan Negara (Senate)
ditubuhkan untuk membahaskan rang undang-undang dengan lebih halus
dan teliti berbanding Dewan Rakyat yang memberi tumpuan kepada
perkara yang menjadi kepentingan umum. Ahli Dewan Negara terdiri
daripada pelbagai peringkat dan golongan daripada semua negeri dalam
persekutuan. Keanggotaan ahli Dewan Negara adalah seramai 70 orang dan
terbahagi kepada dua kategori lantikan, iaitu:

(i) Seramai 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai
mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua ahli); dan

(ii) Sebanyak 44 ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan satu ahli masing-masing dari Wilayah
Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Mari kita lihat Jadual 3.3 yang
memaparkan jumlah ahli Dewan Negara selepas Pilihan Raya Umum
ke-14.

Jadual 3.3: Ahli Dewan Negara yang Dilantik oleh


Seri Paduka Baginda YDPA dan Lantikan Negeri

Jumlah Kerusi Dewan Negara

Lantikan YDPA 44

Pilihan Negeri 26

Jumlah Kerusi 70

Kekosongan

Lantikan YDPA 1

Pilihan Negeri 2

Jumlah Kerusi 3

Jumlah Sekarang

Lantikan YDPA 43

Pilihan Negeri 24

Jumlah Kerusi 67

Sumber: Parlimen Malaysia (2019)


154  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Apakah asas lantikan seseorang ahli Dewan Negara? Seseorang ahli Dewan
Negara dilantik berasaskan perkara berikut:

(i) Warganegara Malaysia;


(ii) Berumur tidak kurang dari 30 tahun;
(iii) Sempurna akal; dan
(iv) Bukan seorang muflis.

Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45


diperuntukkan untuk keanggotaan Dewan Negara. Seorang ahli Dewan
Negara yang dilantik dikenal sebagai senator. Setiap ahli Dewan Negara
akan memegang jawatan selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh
disambung sebanyak satu penggal lagi sama ada dilantik pada peringkat
persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.

Apabila parlimen dibubarkan, kedudukan Dewan Negara tidak berubah.


Pelantikan ahli Dewan Negara dipilih dalam kalangan mereka yang
menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan
dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian,
aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial, atau merupakan wakil
kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan
orang asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua


Dewan Negara dan bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat
menjalankan tugas mereka sebagai ahli dewan sebaik yang mungkin (lihat
Rajah 3.8).

Rajah 3.8: Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah


Sumber: www.parlimen.gov.my
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  155

Selain itu, mereka mestilah taat setia kepada Malaysia serta mematuhi,
menjaga dan mempertahan perlembagaan. Ahli Dewan Negara boleh
meletak jawatan dengan menghantar surat peletakan jawatan kepada
Presiden Dewan Senat. Kekosongan dalam Dewan Negara hendaklah diisi
dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan tersebut. Dewan Negara tidak
mempunyai kuasa untuk menolak sesuatu rang undang-undang yang
diluluskan oleh Dewan Rakyat sebaliknya berkuasa untuk menangguhkan
sesuatu rang undang-undang yang diluluskan daripada dikemukakan
kepada YDPA untuk mendapatkan perkenan baginda. Bagi rang undang-
undang kewangan, tempoh masa yang boleh ditangguhkan oleh Dewan
Negara ialah satu bulan dan rang undang-undang lain ialah satu tahun.

(c) Dewan Rakyat


Apakah yang dimaksudkan dengan Dewan Rakyat?

Dewan Rakyat merupakan dewan yang dianggotai oleh ahlinya yang


mendapat mandat kuasa secara langsung daripada rakyat dalam
pilihan raya umum yang diadakan sekali setiap lima tahun.

Keanggotaan ahli Dewan Rakyat adalah seramai 222 orang (lihat Jadual 3.4).

Jadual 3.4: Ahli Dewan Rakyat pada Tahun 2019


Negeri Bilangan
Johor 26
Kedah 15
Kelantan 14
Melaka 6
Negeri Sembilan 8
Pahang 14
Pulau Pinang 13
Perak 24
Perlis 3
Sabah 25
Sarawak 31
Selangor 22
Terengganu 8
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 11
Wilayah Persekutuan Labuan 1
Wilayah Persekutuan Putrajaya 1
Jumlah 222

Sumber: Parlimen Malaysia (2019)


156  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Apakah syarat untuk menjadi ahli Dewan Rakyat? Ahli Dewan Rakyat
dilantik berdasarkan syarat berikut:

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Berumur tidak kurang dari 21 tahun;

(iii) Sempurna akal;

(iv) Bukan seorang muflis; dan

(v) Tidak boleh memegang kedua-dua jawatan Dewan Rakyat dan Dewan
Negara dalam satu-satu masa.

Seseorang ahli Dewan Rakyat memegang jawatan sehingga tamatnya


penggal parlimen, iaitu selama lima tahun atau sehingga parlimen
dibubarkan. Namun, parlimen boleh juga dibubarkan pada bila-bila masa
oleh YDPA yang bertindak menurut budi bicara atas permintaan Perdana
Menteri.

Seseorang ahli Dewan Rakyat boleh berhenti atau meletak jawatan pada bila-
bila masa dengan cara menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan
Rakyat.

Selain itu, ahli Dewan Rakyat juga boleh hilang kelayakan sekiranya:

(i) Diisytiharkan sebagai seorang yang tidak sempurna akal;

(ii) Diisytiharkan muflis yang belum lagi dibebaskan;

(iii) Memegang jawatan bergaji dan berfaedah, iaitu jawatan sepenuh masa
dalam perkhidmatan awam;

(iv) Tidak hadir dalam sidang dewan selama enam bulan dengan tidak
mendapat keizinan daripada dewan;

(v) Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh


yang ditetapkan setelah mengambil bahagian dalam pilihan raya;

(vi) Disabitkan dengan sesuatu kesalahan jenayah oleh mana-mana


mahkamah dalam persekutuan dan dihukum penjara tidak kurang
dari satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak
mendapat pengampunan; dan

(vii) Memperoleh kewarganegaraan asing secara sukarela dan membuat


pengakuan taat setia kepada negara asing itu.
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  157

Kekosongan dalam Dewan Rakyat boleh berlaku disebabkan oleh peletakan


jawatan, kematian atau hilang kelayakan. Kekosongan ini hendaklah diisi
dalam tempoh 60 hari di Semenanjung Malaysia ataupun 90 hari di Sabah
dan Sarawak bermula dari tarikh berlaku kekosongan tersebut. Oleh itu,
SPR akan mengendalikan satu pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan
tersebut.

Dewan Rakyat diketuai oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang dipilih
dalam kalangan anggota dewan sendiri atau orang bukan anggota dewan.
Apakah tugas Yang di-Pertua Dewan Rakyat? Tugas Yang di-Pertua Dewan
Rakyat adalah untuk mempengerusikan semua persidangan dewan dengan
dibantu oleh seorang Timbalan Yang di-Pertua.

Apakah pula tugas utama Dewan Rakyat? Tugas utama Dewan Rakyat
adalah untuk menggubal dan meluluskan undang-undang. Sesuatu rang
undang-undang kecuali rang undang-undang berkaitan kewangan boleh
dimulakan sama ada di Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.

Bagi rang undang-undang berkaitan kewangan, ia hendaklah dimulakan di


Dewan Rakyat terlebih dahulu dan dibentangkan oleh seorang menteri
kerana hal ehwal kewangan berada di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat
(lihat Rajah 3.9).

Rajah 3.9: Persidangan Dewan Rakyat


Sumber: www.parlimen.gov.my

"
158  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

(d) Fungsi dan Kuasa Parlimen


Sekarang mari kita lihat fungsi dan kuasa parlimen. Apakah yang
dimaksudkan dengan parlimen?

Parlimen ialah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dalam


membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh
negara.

Apakah bidang kuasa parlimen? Bidang kuasa parlimen adalah


melaksanakan perkara berikut:

(i) Meluluskan undang-undang persekutuan;

(ii) Membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada;

(iii) Memeriksa dasar kerajaan;

(iv) Meluluskan perbelanjaan kerajaan;

(v) Meluluskan hasil cukai yang baharu; dan

(vi) Menjadi forum untuk membincangkan perkara yang berkaitan


kepentingan orang ramai.

Perlembagaan memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang


dipanggil „keistimewaan ahli-ahli parlimen‰ kepada ahli parlimen supaya
mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan dengan
lebih berkesan.

Setiap dewan mempunyai kuasa untuk mengawal selia tatacaranya sendiri,


mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing dan tidak boleh
dicabar di dalam mana-mana mahkamah. Di samping itu, setiap dewan
boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau
menghina (contempt) di dalam dewan tersebut.
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  159

Setiap ahli dewan turut menikmati imuniti daripada prosiding sivil dan
jenayah terhadap perkara yang dibahaskan dan yang dibuat dalam sesi
parlimen. Parlimen berkuasa dalam membuat undang-undang berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 4, Bab 5, Perkara 66 hingga 68,
menjelaskan kuasa yang diperuntukkan kepada badan perundangan.

Apakah fungsi Parlimen Malaysia? Parlimen Malaysia berfungsi seperti


yang berikut:

(i) Membuat, meminda atau memansuhkan undang-undang;

(ii) Mengenakan cukai baharu, cukai tambahan atau memansuhkan mana-


mana cukai; dan

(iii) Meluluskan belanjawan negara.

Penggubalan undang-undang oleh parlimen adalah tertakluk kepada


Perlembagaan Persekutuan yang telah menetapkan bidang kuasa parlimen.
Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bidang kuasa kepada
pihak berkuasa perundangan negeri dalam membuat undang-undang
berdasarkan Jadual Kesembilan Perkara 74, 77, iaitu:

(i) Senarai Persekutuan  Keadilan, kewangan, pertahanan, hal ehwal


luar negara, pendidikan dan lain-lain;

(ii) Senarai Negeri  Tanah, perlombongan, pertanian, perhutanan, hal


ehwal agama Islam dan adat resam; dan

(iii) Senarai Bersama  Kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan


hidupan liar dan lain-lain.

Bagaimanakah pula dengan perkara yang tidak disenaraikan dalam ketiga-


tiga senarai tersebut? Bagi perkara yang tidak disenaraikan tersebut,
ia termasuk dalam bidang kuasa perundangan negeri.
160  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Walau bagaimanapun, parlimen boleh membuat undang-undang mengenai


apa-apa perkara yang disenaraikan dalam negeri tetapi hanya melibatkan
tiga perkara berikut:

(i) Bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen


antara persekutuan dengan negara lain atau apa-apa keputusan
pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia; atau

(ii) Dengan maksud hendak mengadakan persamaan undang-undang


bagi dua buah negeri atau lebih; atau

(iii) Jika diminta berbuat demikian oleh mana-mana badan perundangan


negeri.

(e) Prosedur Perundangan


Bagaimanakah sesuatu rang undang-undang di Malaysia akan termaktub
menjadi undang-undang? Sesuatu rang undang-undang di Malaysia akan
menjadi undang-undang apabila telah diluluskan oleh kedua-dua dewan
serta mendapat perkenan YDPA seperti yang diperuntukkan dalam
Perkara 66.

Rang undang-undang biasanya dibentangkan dalam parlimen oleh menteri


yang bertanggungjawab bagi portfolio yang berkenaan. Dasar berhubung
dengan rang undang-undang akan dirangka oleh menteri dengan bantuan
pegawai daripada kementeriannya dan atas nasihat Jabatan Peguam Negara.
Menteri juga akan memperoleh pandangan daripada agensi kerajaan lain
yang berkaitan. Setelah itu, menteri tersebut akan memperoleh kelulusan
kabinet bagi dasar dan draf undang-undang yang disediakan oleh Jabatan
Peguam Negara dengan kerjasama kementerian dan penasihat undang-
undangnya. Selepas itu, satu notis pemberitahu kepada setiausaha kedua-
dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengenai hasratnya untuk
membentangkan rang undang-undang tersebut akan dikeluarkan setelah
mendapat kelulusan daripada kabinet. Jabatan Percetakan Negara pula akan
mencetak rang undang-undang dan diedarkan kepada semua ahli Dewan
Rakyat dan Dewan Negara. Proses penggubalan undang-undang ini dapat
diringkaskan seperti dalam Rajah 3.10.
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  161

Rajah 3.10: Proses penggubalan undang-undang

Setiap rang undang-undang yang diluluskan oleh sesebuah dewan akan


melalui empat peringkat, iaitu:

(i) Bacaan pertama*;

(ii) Bacaan kedua*;

(iii) Peringkat jawatankuasa; dan

(iv) Bacaan ketiga.

* Boleh dilakukan pada hari yang sama.


162  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Bagi peringkat Dewan Negara, proses bagi setiap peringkat ini adalah
seperti yang diterangkan dalam Jadual 3.5.

Jadual 3.5: Empat Peringkat Proses Penggubalan Undang-undang di Dewan Negara

Peringkat Huraian

Bacaan pertama Peringkat formaliti. Tajuk rang undang-undang dikemukakan


oleh menteri dibaca buat pertama kalinya pada peringkat ini.
Seterusnya, menteri akan memberitahu secara lisan bila bacaan
kedua akan dibuat.

Bacaan kedua Peringkat paling mustahak. Prinsip am rang undang-undang ini


akan dibahaskan. Namun, perbincangan lanjut mengenai butiran
rang undang-undang tersebut tidak dibenarkan pada peringkat
ini. Sesuatu rang undang-undang tidak boleh dibaca buat kali
kedua sehingga ia telah dicetak dan diedarkan kepada semua ahli.

Peringkat Berlaku selepas tamatnya bacaan kedua. Pada peringkat ini, ahli
jawatankuasa membincangkan butiran rang undang-undang berkenaan atau
mencadangkan pindaan.

Bacaan ketiga Dewan bersidang semula. Menteri akan melaporkan bahawa rang
undang-undang tersebut telah dipertimbangkan pada peringkat
jawatankuasa dan dipersetujui dengan atau tanpa pindaan.
Menteri seterusnya mengusulkan supaya rang undang-undang itu
dibaca untuk kali ketiga dan diluluskan. Selepas diluluskan, rang
undang-undang tersebut akan dihantar ke dewan yang satu lagi
(Dewan Negara) untuk dipertimbangkan.

Proses yang sama turut berlaku dalam Dewan Negara untuk meluluskan
rang undang-undang, iaitu:

(i) Bacaan pertama*;

(ii) Bacaan kedua*;

(iii) Peringkat jawatankuasa; dan

(iv) Bacaan ketiga.

* Boleh dibaca pada hari yang sama.


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  163

Setelah diluluskan rang undang-undang berkenaan, ia akan


dipersembahkan kepada YDPA untuk dipersetujui seperti yang berikut:

(i) Menurut Perkara 66(4), YDPA hendaklah memperkenankan sesuatu


rang undang-undang dalam tempoh 30 hari selepas ia
dipersembahkan untuk kelulusan. Sekiranya baginda tidak berbuat
demikian, rang undang-undang itu hendaklah menjadi undang-
undang kerana selepas tamat tempoh tersebut, seolah-olah ia telah
dipersetujui atau diperkenankan oleh baginda;

(ii) Menurunkan cop mohor besar; dan

(iii) Disiarkan dalam Warta Kerajaan. Hal ini demikian kerana sesuatu
undang-undang (Akta Parlimen) tidak akan berkuat kuasa sehingga
diwartakan. Parlimen mempunyai kuasa untuk menangguhkan kuat
kuasa sesuatu undang-undang atau membuat undang-undang yang
berkuat kuasa kebelakangan (iaitu berkuat kuasa mulai tarikh yang
lebih awal dari tarikh diwartakan).

(f) Keistimewaan Parlimen


Apakah keistimewaan parlimen? Terdapat beberapa keistimewaan yang
dimiliki oleh parlimen bagi menjamin kebebasan bercakap dan berbahas.
Antaranya ialah:

(i) Kesahihan perjalanan persidangan tidak boleh dipersalahkan di mana-


mana mahkamah;

(ii) Seseorang tidak boleh didakwa kerana terlibat dalam persidangan


mana-mana dewan parlimen. Ahli parlimen tidak boleh
mempersoalkan perkara sensitif seperti hak istimewa orang Melayu,
kerakyatan, bahasa kebangsaan dan kedaulatan raja Melayu; dan

(iii) Seseorang tidak boleh didakwa dalam mahkamah mengenai apa-apa


jua yang disiarkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana Majlis
Parlimen.

Mengapakah keistimewaan ini diperuntukkan kepada ahli parlimen?


Peruntukan keistimewaan ini diberikan kepada ahli parlimen supaya
mereka dapat berbincang dalam parlimen secara bebas dan berterus-terang
mengenai penyalahgunaan kuasa dan skandal. Keistimewaan ini dapat
melindungi mereka daripada mempunyai perasaan takut terhadap
pembalasan melalui tindakan dalam mahkamah bagi menuntut ganti rugi
atau dengan cara dakwaan.
164  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

3.3.5 Badan Kehakiman


Akhir sekali, mari kita pelajari tentang badan kehakiman. Mengapakan badan
kehakiman diwujudkan? Badan kehakiman diwujudkan untuk menjaga dan
mempertahankan perlembagaan serta melaksanakan keadilan berasaskan
undang-undang. Oleh itu, peranan badan kehakiman sebagai badan kerajaan
adalah sangat penting bagi negara seperti Malaysia yang mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi. Rajah 3.11 memaparkan Istana Kehakiman, yang
menempatkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Rajah 3.11: Istana Kehakiman, Putrajaya


Sumber: www.exploring-malaysia.com

Apakah fungsi badan kehakiman? Fungsi badan kehakiman adalah seperti yang
berikut:

(a) Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri;

(b) Membicara dan memutuskan perkara sivil dan jenayah;

(c) Mentafsir undang-undang bertulis persekutuan atau negeri; dan

(d) Membuat semakan kehakiman, iaitu kuasa mahkamah untuk


mengisytiharkan undang-undang yang digubal oleh parlimen atau Dewan
Undangan Negeri sebagai tidak sah dan juga tindakan badan eksekutif
sebagai tidak sah. Tugas penting badan kehakiman adalah untuk
memastikan badan eksekutif dan perundangan tidak menyalahgunakan
kuasa mereka dan bertindak menurut undang-undang.
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  165

Kedudukan dan kuasa badan kehakiman yang diwujudkan adalah dihadkan di


bawah Perlembagaan Persekutuan, sama seperti badan perundangan dan
eksekutif. Peruntukan mengenai badan kehakiman ini terkandung dalam Perkara
121 hingga Perkara 131A, iaitu Bahagian 9 Perlembagaan Persekutuan.

Pada tahun 1988, Perkara 121 telah dipinda oleh Akta Perlembagaan (Pindaan)
1988 atau Akta 704. Pindaan ini tentang kuasa untuk menetapkan tempat atau
mahkamah bagi perbicaraan sesuatu kes yang kini terletak di tangan Peguam
Negara berbanding sebelum pindaan, iaitu di tangan Mahkamah Tinggi Malaya
dan Mahkamah Tinggi Borneo.

Badan kehakiman berkait rapat dengan doktrin pengasingan kuasa dan konsep
kebebasan kehakiman. Doktrin ini menekankan setiap badan kerajaan
menjalankan kuasa dan fungsi masing-masing secara berasingan tanpa sebarang
pertindihan fungsi. Di Malaysia, kuasa badan kehakiman dilaksanakan secara
ketat kerana tidak terdapat pertindihan fungsi dan kuasa dalam badan ini sama
ada dengan badan eksekutif atau perundangan.

Badan kehakiman di Malaysia sering dikaitkan sebagai penjaga dan pelindung


Perlembagaan Persekutuan. Hal ini demikian kerana ia merupakan undang-
undang utama negara dan berfungsi untuk memelihara hak dan kebebasan asasi
rakyat seperti yang termaktub dalam Bahagian 2 Perkara 5 hingga 13. Huraian
lanjut mengenai badan kehakiman Malaysia adalah seperti yang berikut:

(a) Sistem Kehakiman Malaysia


Di Malaysia, pembahagian mahkamah awam adalah seperti dalam Rajah 3.12.

Rajah 3.12: Struktur mahkamah di Malaysia


Sumber: www.kehakiman.gov.my
166  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Berdasarkan Rajah 3.12, kita dapati bahawa struktur mahkamah di Malaysia


terdiri daripada:

(i) Mahkamah Persekutuan (dahulunya Mahkamah Agung);

(ii) Mahkamah Rayuan;

(iii) Dua buah Mahkamah Tinggi, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan
Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak (dahulunya Mahkamah Tinggi
Borneo); dan

(iv) Mahkamah-mahkamah rendah yang meliputi Mahkamah Sesyen dan


Mahkamah Majistret.

Ketua Hakim Negara berfungsi sebagai Ketua Kehakiman, manakala Ketua


Pendaftar dilantik sebagai ketua pentadbiran mahkamah. Selain itu,
terdapat juga mahkamah yang mempunyai bidang kuasa khas seperti
Mahkamah Juvana, Mahkamah Syariah, Mahkamah Perusahaan,
Mahkamah Buruh, Mahkamah Tentera dan Mahkamah Khas.

(b) Pelantikan Hakim dan Majistret


Menurut Bahagian 9 Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan
Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah
Rayuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan hakim yang lain bagi
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
diperkenankan oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding
dengan Majlis Raja-Raja. Pelantikan seseorang hakim dibuat setelah Perdana
Menteri mendapat nasihat dan pandangan daripada Ketua Hakim Negara.

Seseorang hakim dilantik berdasarkan syarat seperti mestilah warganegara


Malaysia dan dalam tempoh 10 tahun sebelum pelantikan, beliau telah
menjadi Peguam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau
Mahkamah Tinggi, atau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Kehakiman
dan Perundangan. Perlembagaan Persekutuan menetapkan bilangan hakim
yang dilantik tetapi bilangan ini boleh dipinda oleh YDPA.

Selain itu, Perkara 122A memberi kuasa kepada YDPA atas nasihat Ketua
Hakim Negara untuk melantik Pesuruhjaya Kehakiman sepenuh masa dan
sambilan yang mempunyai kuasa sama seperti Hakim Mahkamah Tinggi.
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  167

Tujuan utama pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman adalah mengurangkan


beban kerja Mahkamah Tinggi. Hakim Mahkamah Sesyen (dahulunya
digelar Yang DiPertua Mahkamah Sesyen) dilantik oleh YDPA atas nasihat
Hakim Besar. Apakah syarat pelantikan melantik Hakim Mahkamah
Sesyen? Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Sesyen, seseorang itu mestilah
merupakan ahli Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

Pelantikan Majistret Kelas I pula dibuat seperti yang berikut:

(i) Wilayah Persekutuan, pelantikannya dibuat oleh YDPA atas nasihat


Hakim Besar; dan

(ii) Negeri, pelantikannya dibuat oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri
atas nasihat Hakim Besar.

Pelantikan Majistret kelas II dibuat seperi yang berikut:

(i) Wilayah Persekutuan, pelantikannya dibuat oleh YDPA;

(ii) Negeri, pelantikannya dibuat oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri; dan

(iii) Sesiapa sahaja (lazimnya pegawai awam seperti pegawai daerah) yang
dianggap layak dan sesuai boleh dilantik sebagai Majistret Kelas II.

(c) Kebebasan Kehakiman


Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan kehakiman?

Kebebasan kehakiman bermaksud hakim boleh mentafsir undang-


undang dan mentadbir keadilan mengikut pertimbangan sendiri tanpa
rasa takut atau pilih kasih.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, terdapat beberapa peruntukan untuk


menjamin kebebasan kehakiman dan dihormati oleh semua anggota
perundangan dan eksekutif. Seseorang hakim hanya boleh memegang
jawatannya sehingga mencapai umur 65 tahun atau jika diperkenankan oleh
YDPA sehingga satu tempoh selanjutnya yang tidak boleh melebihi enam
bulan.
168  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Hakim juga boleh meletakkan jawatannya sebelum mencapai umur tersebut.


Begitu juga, YDPA boleh melucutkan jawatan seseorang hakim atas syor
suatu tribunal yang terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang hakim
atau bekas hakim. Apakah alasan pelucutan seorang hakim? Seseorang
hakim dipecat atas alasan seperti berkelakuan tidak baik, tidak
berkeupayaan dan kelemahan tubuh atau otak.

Oleh itu, ia adalah sukar untuk melucutkan jawatan seseorang hakim kerana
tindakan tersebut bergantung pada pendapat tribunal yang kesemua
ahlinya terdiri daripada hakim.

(d) Hierarki Mahkamah Awam


Mahkamah awam di Malaysia terdiri daripada:

(i) Mahkamah atasan terdiri daripada Mahkamah Persekutuan,


Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya, dan Mahkamah
Tinggi Sabah dan Sarawak; dan

(ii) Mahkamah rendah pula terdiri daripada Mahkamah Sesyen dan


Mahkamah Majistret.

Yang berikut ialah hierarki bagi mahkamah ini:

(i) Mahkamah Persekutuan


Mahkamah Persekutuan diwakili oleh Ketua Hakim Negara (sebagai
Yang di-Pertua Mahkamah), Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim
Besar Mahkamah Tinggi dan selain daripada yang diperuntukkan
dengan perintah oleh YDPA, tujuh orang hakim Mahkamah
Persekutuan yang lain dan beberapa orang hakim tambahan.

Kebiasaannya, kes Mahkamah Persekutuan dibicarakan oleh tiga


orang hakim walaupun Ketua Hakim Negara mempunyai kuasa untuk
menambahkan bilangan kepada lima hingga tujuh orang tertakluk
kepada kepentingan kes terhadap negara.

Apakah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan? Bidang kuasa


Mahkamah Persekutuan adalah seperti yang berikut:

 Kuasa eksklusif untuk menentukan kesalahan undang-undang


yang dibuat oleh parlimen atau badan perundangan negeri;

 Kuasa eksklusif untuk memutuskan sebarang pertikaian antara


negeri atau antara persekutuan dengan negeri;
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  169

 Kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah


Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya bagi kes sivil
dan jenayah. Fungsi ini merupakan sebahagian besar daripada
kerja Mahkamah Persekutuan. Bagi kes yang dikemukakan, jumlah
atau nilai perkara yang terlibat mestilah tidak kurang daripada
RM250,000. Bagi kes jenayah, satu rayuan boleh dibuat terhadap
pembebasan, atau sabitan berdasarkan persoalan undang-undang,
fakta, atau terhadap hukuman; dan

 Kuasa memutuskan persoalan perlembagaan yang dirujukkan


kepadanya oleh Mahkamah Tinggi atau YDPA.

(ii) Mahkamah Rayuan


Apakah yang dimaksudkan dengan Mahkamah Rayuan?

Mahkamah Rayuan ialah mahkamah perantaraan antara


Mahkamah Persekutuan dengan Mahkamah Tinggi yang
diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan.

Semua prosiding dalam Mahkamah Rayuan akan didengar dan


diputuskan oleh tiga orang hakim dan dipengerusikan oleh Presiden
Mahkamah Rayuan.

Bidang kuasa Mahkamah Rayuan adalah seperti yang berikut:

 Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi atau


seseorang hakimnya bagi kes sivil dan jenayah (kecuali keputusan
Mahkamah Tinggi yang diberikan oleh pendaftar atau pegawai
lain mahkamah itu dan yang boleh dirayu kepada seorang hakim
mahkamah itu di bawah undang-undang persekutuan); dan

 Apa-apa bidang kuasa lain sebagaimana yang diberikan melalui


atau di bawah undang-undang persekutuan.

Mahkamah Rayuan tidak mempunyai sebarang bidang kuasa asal.


Bagi rayuan sivil, jumlah atau nilai perkara yang terlibat mestilah tidak
kurang daripada RM250,000 (kecuali dengan izin Mahkamah Rayuan).
Bagi kes jenayah, satu rayuan boleh dibuat terhadap pembebasan atau
sabitan berdasarkan persoalan undang-undang, fakta atau terhadap
hukuman.
170  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

(iii) Mahkamah Tinggi


Mahkamah Tinggi terbahagi kepada Mahkamah Tinggi Malaya, dan
Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Mahkamah Tinggi Malaya
diketuai oleh Hakim Besar Malaya manakala Mahkamah Tinggi Sabah
dan Sarawak diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Bilangan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya adalah seramai 48 orang


manakala Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak adalah
seramai 10 orang. Setiap perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang
dijalankan akan dipengerusikan oleh seorang hakim.

Sebelum tahun 1995, orang yang dituduh dengan kesalahan


membunuh di Semenanjung Malaysia akan dibicarakan oleh seorang
hakim dan panel juri. Manakala di Sabah dan Sarawak, ia dibicarakan
oleh seorang hakim yang dibantu oleh pengapit (iaitu orang biasa yang
menasihati hakim mengenai persoalan fakta yang berkaitan dengan
sesuatu kes). Namun, sistem juri telah dihapuskan oleh kerajaan
kerana masalah mendapatkan ahli juri dan kesukaran juri
membezakan antara fakta dengan undang-undang.

Apakah bidang kuasa Mahkamah Tinggi? Bidang kuasa Mahkamah


Tinggi adalah seperti yang berikut:

 Bidang kuasa asal yang tidak terhad bagi kes sivil dan jenayah.
Hanya kes yang berada di luar bidang kuasa Mahkamah Rendah
dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Bagi kes sivil, jumlah nilai yang
dituntut lazimnya melebihi RM250,000;

 Bidang kuasa untuk mendengar dan menimbangkan rayuan


terhadap keputusan Mahkamah Rendah bagi kes sivil dan jenayah.
Bagi kes sivil yang dikemukakan, jumlah wang atau nilai perkara
menjadi persoalan mestilah melebihi RM10,000 kecuali bagi
persoalan undang-undang, dan perbicaraan mengenai nafkah isteri
dan anak;

 Bidang kuasa menyemak keputusan Mahkamah Rendah dalam kes


sivil dan jenayah. Ini adalah perlu untuk memastikan kesahan
keputusan atau perjalanan perbicaraan sesebuah Mahkamah
Rendah; dan

 Bidang kuasa untuk menasihati Mahkamah Rendah mengenai soal


perlembagaan yang timbul dalam sebarang prosiding mahkamah
tersebut.
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  171

Mahkamah Tinggi turut mempunyai bidang kuasa luar wilayah untuk


mengadili kesalahan yang dilakukan oleh:

 Sesiapa sahaja sama ada warganegara atau tidak di atas mana-


mana kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia;

 Warganegara atau pemastautin tetap di laut lepas di atas mana-


mana kapal atau kapal terbang;

 Sesiapa sahaja sama ada warganegara atau tidak bagi pelanunan


menurut undang-undang antarabangsa; dan

 Warganegara atau pemastautin tetap di luar Malaysia yang


disahkan oleh Peguam Negara sebagai satu kesalahan yang
mengancam keselamatan Malaysia.

(iv) Mahkamah Sesyen


Tahukah anda Mahkamah Sesyen merupakan mahkamah rendah yang
paling tinggi dalam kes sivil dan jenayah yang diketuai oleh Hakim
Mahkamah Sesyen? Mahkamah Sesyen boleh membicarakan semua
kesalahan jenayah selain daripada kesalahan yang boleh dihukum
mati. Sebelum tahun 1995, Mahkamah Sesyen boleh menjalankan
siasatan permulaan bagi kes yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah
Tinggi.

Namun, kerajaan telah menghapuskan sistem perbicaraan awalan bagi


memperkemaskan pentadbiran keadilan jenayah serta mengelak
pembaziran masa. Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk
mengendalikan kes sivil dengan jumlah nilai yang dituntut tidak
melebihi RM250,000.

Selain itu, Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa yang tidak


terhad bagi membicarakan segala tindakan atau tuntutan sivil
berhubung kemalangan kenderaan bermotor, tuan rumah dan
penyewa, dan distres.
172  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

(v) Mahkamah Majistret


Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa membicarakan kes
sivil dan jenayah yang kecil serta mengeluarkan saman dan waran.
Bidang kuasa mahkamah ini terbahagi kepada Majistret Kelas Satu
atau Majistret Kelas Dua (lihat Jadual 3.6).

Jadual 3.6: Perbezaan Bidang Kuasa antara Majistret Kelas Satu dan Majistret Kelas Dua

Majistret Kelas Satu Majistret Kelas Dua

Membicarakan kes sivil yang jumlah atau Membicarakan kes sivil yang
nilai perkara yang dipertikaikan tidak membabitkan tuntutan tidak melebihi
melebihi RM25,000. RM3,000.

Membicarakan kesalahan jenayah yang Membicarakan kesalahan jenayah yang


hukumannya tidak melebihi 10 tahun hukumannya tidak melebihi 12 bulan
penjara atau yang hanya dapat dihukum penjara atau yang hanya dapat dihukum
dengan denda sahaja serta kesalahan di dengan denda sahaja.
bawah Seksyen 392 dan 457 Kanun
Keseksaan.

Hukuman maksimum yang boleh Hukuman maksimum yang boleh


dikenakan ialah RM10,000, lima tahun dikenakan ialah denda RM250, tiga bulan
penjara, 12 kali rotan atau gabungan penjara atau gabungan kedua-dua
ketiga-tiga hukuman tersebut. hukuman tersebut.

(vi) Mahkamah Kanak-kanak


Pada asalnya, Mahkamah Kanak-kanak dikenal sebagai Mahkamah
Juvana. Mahkamah Juvana ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah
Juvana 1947 dan berkuat kuasa di Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1949, Sabah dan Sarawak masing-masing pada tahun 1972 dan
1986.

Kemudian, pada tahun 2001, mahkamah ini ditukar kepada


Mahkamah Kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).
Mahkamah Kanak-kanak mempunyai bidang kuasa untuk
membicarakan pesalah budak dalam semua kesalahan kecuali yang
boleh dihukum bunuh. Dewan Rakyat telah meluluskan Rang
Undang-undang Mahkamah Juvana (Pindaan) [Juvenile Courts
(Amendment) Bill] pada tahun 1975 dengan menaikkan umur
tanggungjawab jenayah dari 7 ke 10 tahun manakala umur teratas
juvana juga dinaikkan dari 17 ke 18 tahun.
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  173

Majistret Kelas Satu akan mengetuai Mahkamah Kanak-kanak untuk


memutuskan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak. Majistret
dibantu oleh dua orang pengapit (orang awam yang bukan ahli
undang-undang) yang menasihatinya mengenai hukuman.

Perbicaraan Mahkamah Kanak-kanak tidak dibuka kepada umum bagi


melindungi pesalah muda daripada publisiti. Mahkamah Kanak-
kanak turut melarang akhbar mendedahkan butiran yang boleh
mengecam seseorang pesalah juvana. Seseorang budak yang didapati
bersalah tidak disabitkan ataupun dihantar ke penjara tetapi beliau
akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur
21 tahun.

Pesalah kanak-kanak akan diberi pendidikan dan latihan yang sesuai


untuk membolehkannya mendapat pekerjaan apabila keluar nanti.
Di samping itu, pesalah boleh dikenakan ikatan jamin, hukuman
denda atau di tempatkan di bawah jagaan keluarga. Pesalah yang tidak
berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Kanak-kanak boleh
membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

(vii) Mahkamah Syariah


Mahkamah Syariah ditubuhkan di setiap negeri di Malaysia di bawah
Enakmen atau Ordinan Pentadbiran Agama Islam negeri masing-
masing. Bidang kuasa mahkamah ini adalah dalam kes keluarga dan
pentadbiran agama Islam serta mahkamah ini adalah khas untuk orang
Islam saja.

(viii) Mahkamah Perusahaan


Mahkamah Perusahaan ditubuhkan di bawah Akta Perhubungan
Perusahaan 1967. Bidang kuasa mahkamah ini terhad kepada
pertikaian perusahaan antara pihak majikan dengan pekerja.
Pertikaian perusahaan bermaksud „apa-apa pertikaian antara majikan
dengan pekerja-pekerjanya yang berkaitan dengan pekerjaan atau
bukan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan atau keadaan pekerjaan
pekerja tersebut.‰ Pihak majikan atau pekerja tidak boleh terus
merujuk pertikaian mereka kepada Mahkamah Perusahaan sebaliknya
ia mestilah dibuat melalui Menteri Sumber Manusia.

Mahkamah Perusahaan diketuai oleh presiden yang dilantik oleh


YDPA dan panel yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia. Panel
tersebut diwakili oleh pihak majikan dan pihak pekerja. Perbicaraan
Mahkamah Perusahaan melibatkan presiden dan tiga ahli, dan setiap
kumpulan yang dipilih daripada panel berkenaan. Pihak yang terlibat
174  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

dalam pertikaian boleh diwakili oleh pegawai kesatuan sekerja


ataupun persatuan majikan. Sekiranya sesuatu pihak ingin diwakili
oleh peguam bela, kebenaran Presiden Mahkamah Perusahaan perlu
diperoleh.

Keputusan Mahkamah Perusahaan hendaklah mengambil kira perkara


yang tidak berkaitan dengan undang-undang seperti kepentingan
awam, implikasi kewangan dan ekonomi negara serta muktamad.
Rayuan hanya boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi sekiranya telah
berlaku keingkaran atau perkara yang diputuskan berada di luar
bidang kuasanya.

(ix) Mahkamah Buruh


Mahkamah Buruh ditubuhkan di bawah Akta Pekerjaan 1955.
Mahkamah Buruh diketuai oleh seorang pegawai dari Jabatan Buruh
dan beroperasi di jabatan berkenaan. Bidang kuasa Mahkamah Buruh
adalah terhad untuk mengadili pertikaian antara majikan dengan
pekerja mengenai pembayaran gaji yang berpendapatan tidak melebihi
RM1,000 sebulan.

(x) Mahkamah Tentera


Mahkamah Tentera ditubuhkan di bawah Akta Angkatan Tentera
1972. Mahkamah Tentera mempunyai bidang kuasa untuk
membicarakan sesiapa jua yang tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan angkatan tentera dan telah melakukan sebarang
kesalahan yang boleh dibicarakan.

Undang-undang perkhidmatan angkatan tentera adalah untuk


memelihara disiplin dalam kalangan anggota tentera. Antara
kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tentera ialah
pengingkaran perintah, tidak hadir bekerja tanpa cuti (AWOL ă absent
without leave) dan meninggalkan perkhidmatan tentera tanpa
kebenaran.

(xi) Mahkamah Khas


Mahkamah Khas dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan. Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan
dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan
sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang
dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Mahkamah Khas mempunyai bidang
kuasa eksklusif membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di
Persekutuan oleh YDPA atau seorang raja atas sifat peribadinya dan
segala kes sivil oleh atau terhadap YDPA atau raja.
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  175

Mahkamah Khas mempunyai bidang kuasa yang sama seperti yang


terletak pada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan
mahkamah bawahan. Segala keputusan Mahkamah Khas adalah
muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan dalam mana-
mana mahkamah atas sebarang alasan.

(xii) Mahkamah Bumiputera


Mahkamah Bumiputera (Mahkamah Anak Negeri) yang ditubuhkan
di bawah Ordinan Mahkamah Bumiputera Sabah dan Ordinan
Mahkamah Bumiputera Sarawak 1992. Undang-undang Adat di Sabah
dan Sarawak ditadbir di bawah Mahkamah Bumiputera. Bidang kuasa
Mahkamah Bumiputera adalah untuk membicarakan perkara berikut:

 Kesalahan melanggar undang-undang adat dan pihak yang terlibat


ialah bumiputera;

 Kes yang timbul akibat melanggar undang-undang adat


bumiputera mengenai agama, perkahwinan atau perkara seks dan
salah seorang daripada pihak yang terlibat ialah bumiputera; dan

 Kes sivil yang nilai perkara yang terlibat tidak melebihi RM2,000
dan pihak yang terlibat adalah tertakluk kepada sistem undang-
undang diri bumiputera yang sama.

SEMAK KENDIRI 3.3

1. Jelaskan cara undang-undang digubal di Malaysia.

2. Bincangkan peranan badan kehakiman di Malaysia.

3. Bezakan antara peranan Mahkamah Persekutuan dengan


Mahkamah Tinggi di Malaysia.
176  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

 Sistem federalisme merupakan salah satu struktur pemerintahan yang


memberi penekanan terhadap pembahagian kuasa antara kerajaan pusat
dengan kerajaan negeri dalam sesebuah negara yang berdaulat.

 Federalisme atau sistem persekutuan merupakan sebuah struktur


pemerintahan yang lazimnya diamalkan di kebanyakan negara di dunia jika
dibandingkan dengan sistem unitari dan sistem konfederal.

 Sistem demokrasi berparlimen membawa maksud rakyat terlibat secara


langsung dalam pentadbiran negara.

 Di Malaysia, proses pilihan raya umum atau pilihan raya kecil melibatkan
enam peringkat, iaitu pengeluaran writ, penamaan calon, kempen pilihan
raya, pengundian, penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan
pilihan raya.

 Sistem pentadbiran negara terbahagi kepada tiga badan utama, iaitu badan
eksekutif (pemerintahan), badan perundangan (legislatif) dan badan
kehakiman (judicial) yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

 Antara peranan penting YDPA termasuklah memelihara kedudukan istimewa


orang Melayu dan juga kedudukan bumiputera di Sabah dan Sarawak;
pemerintah tertinggi angkatan tentera persekutuan; kuasa untuk mengampun
kesalahan dan menangguhkan hukuman; ketua agama Islam yang merupakan
agama bagi persekutuan; dan mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan
yang penting di bawah Perlembagaan Persekutuan.

 Badan eksekutif berfungsi untuk mentadbir, membuat dasar dan


melaksanakan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan.

 Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang-undang


tertinggi negara. Segala undang-undang yang dibawa ke parlimen mestilah
diluluskan oleh YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

 Badan perundangan turut berfungsi mengawasi dan mengawal perbelanjaan


awam dan mengesahkan dasar badan eksekutif.

 Badan kehakiman diwujudkan untuk menjaga dan mempertahankan


perlembagaan serta melaksanakan keadilan berasaskan undang-undang.
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  177

Badan eksekutif Mahkamah Tinggi


Badan kehakiman Majlis Raja-Raja
Badan perundangan Parlimen
Demokrasi berparlimen Pilihan raya persekutuan
Doktrin pengasingan kuasa Raja berperlembagaan
Federalisme Senarai bersama
Jemaah menteri Senarai negeri
Mahkamah Khas Senarai persekutuan
Mahkamah Persekutuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Mahkamah Rayuan Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan antara Kerajaan, Jabatan


Perdana Menteri. (2019). Ahli-ahli jemaah menteri. Dicapai dari
http://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/anggota-pentadbiran/
menteri

Mohamed Salleh Abas. (1984). Pilihan raya Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nadzan Haron, & Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia melangkah ke hadapan:
Pengajian Malaysia sejak 1945. Selangor, Malaysia: Penerbitan Multimedia.
178  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Parlimen Malaysia. (2019). Portal rasmi Parlimen Malaysia. Dicapai dari


http://www.parlimen.gov.my

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (2019a). Sejarah penubuhan. Dicapai dari


http://www.spr.gov.my/ms/info-spr/sejarah-penubuhan

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (2019b). Umum. Dicapai dari


http://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/penjalanan-pilihan-raya/
umum

Wheare, K. C. (1953). Federal government. Oxford, England: Oxford University


Press.
Topik  Kemasyarakatan
dan Perpaduan
4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti komposisi etnik penduduk Malaysia;
2. Menghuraikan konsep perpaduan negara dan integrasi nasional;
dan
3. Mengaplikasikan Rukun Negara sebagai ideologi.

 PENGENALAN
Malaysia mempunyai pelbagai etnik dan kaum yang dikenal sebagai masyarakat
majmuk. Bagi memelihara kemajmukan masyarakat di Malaysia, perpaduan dan
integrasi merupakan keperluan untuk menjamin kehidupan rakyatnya yang aman
dan damai. Perpaduan di negara ini adalah berasaskan ideologi negara iaitu
Rukun Negara.

Oleh itu, mari kita dalami dengan lebih lanjut tentang kemasyarakatan dan
perpaduan dalam topik ini. Topik ini terbahagi kepada tiga komponen, iaitu
komposisi etnik di Malaysia, perpaduan negara dan integrasi nasional serta
Rukun Negara sebagai ideologi. Mari kita teruskan!
180  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

4.1 KOMPOSISI ETNIK PENDUDUK MALAYSIA


Pada tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia ialah 28.6 juta dan diunjurkan
meningkat sebanyak 10 juta (35 peratus) kepada 38.6 juta pada tahun 2040 (Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2014). Anggaran penduduk Malaysia sehingga tahun 2014
adalah sebanyak 30 juta dengan mempunyai pelbagai etnik termasuk penduduk
di Sabah dan Sarawak.

Orang Melayu mempunyai bilangan paling ramai, iaitu 50 peratus daripada


30 juta penduduk, diikuti dengan orang Cina (22 peratus), bumiputera lain
(12 peratus), bukan warganegara (9 peratus), orang India (6 peratus) dan lain-lain
(1 peratus). Carta pai yang berikut menunjukkan maklumat terperinci peratus
etnik rakyat di Malaysia (rujuk Rajah 4.1).

Rajah 4.1: Jumlah penduduk Malaysia sehingga bulan September 2014


Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2014)
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  181

4.1.1 Sejarah Kedatangan Masyarakat Bukan


Peribumi
Mengikut sejarah, kemasukan pelbagai kaum dan kehadiran kuasa penjajah ke
Tanah Melayu telah berlaku secara berterusan dan mengambil masa selama
ratusan tahun. Kehadiran mereka ini telah mewujudkan interaksi, integrasi dan
asimilasi dalam masyarakat Melayu. Sehingga hari ini, proses ini masih
berterusan. Dalam membicarakan perkara ini, lebih baik kita melihat sejarah
kehadiran mereka di Tanah Melayu terlebih dahulu.

(a) Penghijrahan Orang Indonesia


Proses imigrasi kaum yang pertama kali berlaku di Tanah Melayu adalah
penghijrahan penduduk dari Indonesia ke Tanah Melayu. Namun, amat
kurang kajian yang membicarakan proses penghijrahan ini. Situasi ini terjadi
kerana mereka diistilahkan sebagai serumpun khususnya „Melayu‰.

Lantaran itu, kehadiran mereka ke Tanah Melayu lebih tepat diistilahkan


sebagai satu proses perantauan. Apakah yang dimaksudkan dengan
perantauan?

Perantauan membawa maksud berjalan kaki atau berlayar ke tempat


lain kerana mencari kehidupan yang lebih baik.

Konsep merantau ini tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu
dan ia merupakan perkara yang normal pada waktu itu. Penghijrahan orang
Indonesia amat pesat berlaku sekitar awal kurun ke-19 dan proses
penghijrahan atau perantauan ini berlaku secara berterusan.

Kumpulan yang merantau ini merangkumi kelompok etnik seperti orang


Jawa, Kerinchi, Banjar, Mandailing, Minangkabau, Bangkahulu, Rawa,
Kampar, Bugis, Boyan dan Madura. Mereka datang dari Pulau Sumatera,
Pulau Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Madura dan kepulauan Melayu lain yang
terdapat di sekitar Nusantara.

Kedatangan mereka ini adalah dalam jumlah yang ramai serta mendiami
sekitar kawasan Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Mereka aktif
dalam bidang pertanian dan perdagangan. Malah, mereka turut datang
sebagai buruh dan bergaul dengan penduduk tempatan, berasimilasi hingga
membentuk sebahagian masyarakat lokal di Tanah Melayu pada hari ini.
Mari kita lihat Jadual 4.1 yang memaparkan latar belakang pelbagai kaum
penduduk Tanah Melayu yang berasal dari Indonesia.
"
182  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Jadual 4.1: Latar Belakang Penduduk Tanah Melayu yang Berasal dari Indonesia

Kaum Latar Belakang

Orang Jawa  Penghijrahan beramai-ramai akibat dasar transmigrasi Belanda,


iaitu perpindahan penduduk dari Pulau Jawa.
 Kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja di ladang kopi,
getah dan di kawasan tanah yang baharu dibuka. Dianggarkan
pada tahun 1930, terdapat 170,000 orang Jawa di Singapura.
 Di Tanah Melayu, kebanyakan mereka menetap di Johor (Muar,
Batu Pahat dan Pontian), Selangor (Klang, Kuala Selangor dan
Kuala Lumpur) dan Perak (Hilir Perak, Kerian dan Parit Buntar).

Orang Banjar  Berasal dari daerah Banjarmasin, Kalimantan.


 Kebanyakan mereka melibatkan diri dalam perusahaan tanaman
padi.
 Pada tahun 1931, bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu
ialah seramai 45,382 orang.
 Kebanyakan mereka mendiami kawasan pinggir pantai dan
lembah sungai seperti di Kerian, Parit Buntar (Perak), Sabak
Bernam (Selangor) dan Batu Pahat (Johor).

Orang Bugis  Berasal dari Pulau Sulawesi.


 Mereka merupakan golongan peniaga dan di Tanah Melayu,
kebanyakan daripada mereka menetap di Perak, Selangor,
Pahang dan Johor.
 Di Johor, kebanyakannya tinggal di kawasan Benut, Kukup dan
Rengit (daerah Batu Pahat), sementara di Selangor
kebanyakannya terdapat di Lembah Langat. Di Perak, orang
Bugis merupakan golongan pedagang.

Orang Boyan  Berasal dari Pulau Boyan.


 Kebanyakan mereka berhijrah ke Singapura, Ipoh, Kuala
Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
 Mereka tertumpu di bandar besar kerana mereka mempunyai
kemahiran dalam memelihara kuda lumba.

Orang  Berasal dari Sumatera.


Minangkabau
 Di Tanah Melayu, tumpuan mereka di Negeri Sembilan dan
Melaka. Mereka dikenal sebagai pengamal Adat Perpatih.
 Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan dan pertanian.

Sumber: Nazarudin & Darlina (2009)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  183

(b) Orang Cina


Penghijrahan awal orang Cina bermula pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka menerusi aktiviti perdagangan dan perkahwinan Puteri Hang Li Po
dengan Sultan Mansur Syah. Namun, itu hanyalah sejarah awal kedatangan
orang Cina. Penghijrahan secara besar-besaran berlaku sekitar abad ke-19
dan ke-20 (Ishak Saat, 2005).

Walaupun pada peringkat awal, penghijrahan mereka bersifat sementara


tetapi akhirnya selepas Perang Dunia Kedua, mereka menjadi penduduk
tetap di Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan pemberian taraf
kerakyatan jus soli melalui Perlembagaan Malayan Union. Melalui
perlembagaan tersebut, setiap penduduk Tanah Melayu mempunyai status
kerakyatan yang sama secara automatik, namun jus soli mendapat tentangan
dan dihapuskan.

Jika ditinjau daripada pola penghijrahan berdasarkan kelompok bahasa dan


dialeknya, didapati mereka ini terdiri daripada kelompok bahasa Teochew,
Kantonis dan Hailam yang berasal dari wilayah Kwangtung, Hokkien dari
wilayah Fukien dan mereka yang berdialek Hakka dari wilayah
pergunungan Kwangtung. Ciri-ciri kelompok orang Cina ini dapat
diringkaskan seperti dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Latar Belakang Penduduk Cina di Tanah Melayu

Bilangan
Kelompok Penduduk pada Ciri Pekerjaan
Tahun 1921

Hokkien 380,656 Terdiri daripada peniaga dan pekedai.

Kantonis 332,307 Terdiri daripada pelombong dan tukang mahir


(tukang kayu, tukang kasut dan tukang besi).

Hakka 218,139 Terdiri daripada pelombong.

Teochew 130,231 Terdiri daripada pekedai dan peladang yang


membuka ladang tebu di Province Wellesley dan
Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada hitam di
Johor.

Hailam 68,393 Terdiri daripada pekedai makanan dan pembekal


keperluan domestik.

Sumber: Nazarudin & Darlina (2009)


184  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

(c) Orang India


Kemasukan orang India bermula dengan perkembangan sektor ekonomi
perladangan seperti estet tebu, kopi dan getah. Mereka dibawa masuk pada
sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20. Kemasukan mereka ini adalah bagi
menampung keperluan buruh ladang yang terdesak. Fenomena ini berlaku
kerana masyarakat peribumi lokal tidak berminat bekerja di ladang
manakala kaum Cina pula telah memiliki pekerjaan mereka sendiri seperti
sektor perniagaan, sektor perlombongan dan kegiatan pertanian.

Bagi memenuhi keperluan terdesak itu, maka buruh India pun dibawa
masuk. Pada sekitar tahun 1840-an, buruh India telah dibawa masuk oleh
peladang Inggeris untuk bekerja di ladang tebu dan kopi di Seberang Perai.
Permintaan buruh India ini semakin meningkat dan mendapat tempat
kerana mereka boleh diperoleh dengan kos yang murah.

Pada awal abad ke-20, bilangan mereka semakin meningkat apabila sektor
perladangan getah diperkenalkan secara besar-besaran oleh syarikat Eropah
terutamanya di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan pada awal abad
ke-20. Dianggarkan bahawa antara tahun 1900 hingga 1910, kemasukan
buruh India mencecah seramai 48,000 orang. Kemudian, dianggarkan
kemasukan ini terus meningkat sebanyak 908,000 orang sekitar tahun 1911
hingga 1920 (Ishak Saat, 2005). Jadual 4.3 memaparkan komposisi kaum dan
latar belakang penduduk India di Tanah Melayu.

Jadual 4.3: Komposisi Kaum dan Latar Belakang Penduduk India di Tanah Melayu

Kaum Latar Belakang

Tamil  Berasal dari Tamil Nadu.


 Kumpulan etnik India yang terbesar di Tanah Melayu (80 peratus
daripada seluruh penduduk India di Tanah Melayu).
 Kebanyakannya bekerja di ladang getah dan kelapa sawit.
 Terdapat juga yang bekerja dalam jabatan kerajaan.

Malayali  Berasal dari pantai Malabar dan juga dikenal sebagai orang Malabari.
 Merupakan tujuh peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah
Melayu yang terdiri daripada kelas pekerja dan kelas pertengahan.
 Kebanyakan kelas pekerja bekerja di ladang dan kelas menengah
bekerja dalam perkhidmatan perkeranian dan profesional.
 Terkenal dengan kedai makanan.
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  185

Telegu  Berasal dari Andhra Pradesh.


 Merupakan empat peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah
Melayu.
 Kebanyakannya bekerja sebagai buruh di ladang.

Sikh  Berasal dari Punjab.


 Kebanyakannya terlibat dalam perkhidmatan polis dan kereta api,
pengawal keselamatan dan penternak lembu.
 Mulai tahun 1920-an terdapat ramai orang Sikh terlibat dalam bidang
perniagaan dan profesional.

Sumber: Nazarudin & Darlina (2009)

(d) Orang Barat


Kedatangan orang Barat ke Timur dikaitkan dengan zaman kebangkitan
kuasa Barat pada abad ke-15 Masihi apabila kuasa Portugis berjaya menemui
jalan perdagangan yang baharu di seluruh dunia bagi negara Eropah. Mulai
abad tersebut, negara-negara Eropah seperti Portugis, Belanda, Sepanyol,
Inggeris, Perancis, Amerika, Denmark, Sweden dan Belgium berminat
dengan dunia Timur (Minton, 1972). Portugis merupakan kuasa Barat
pertama menguasai Tanah Melayu, iaitu Melaka pada tahun 1511.

Selepas itu, Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya
jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-
Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan yang paling lama. British
turut mencampuri semua urusan pentadbiran negeri Melayu di Tanah
Melayu bermula pada tahun 1819 sehingga 1957.

Sepanyol pula telah datang ke alam Melayu pada tahun 1520 M (Lapian,
1975), manakala syarikat perdagangan dari Denmark, Sweden, Belgium dan
Amerika turut mencuba meluaskan pengaruhnya ke alam Melayu pada
abad ke-17 dan ke-18 (Minton, 1972).

Hal ini diikuti oleh Perancis yang mula meluaskan kekuasaannya pada abad
ke-19 (Sivachandralingam Sundara Raja, 1997). Kesemua kuasa Barat ini
mahu bersaing dalam perdagangan di Asia Tenggara. Namun, kuasa Barat
ini tidak mampu meluaskan pengaruh dan kuasa mereka di Tanah Melayu
walaupun kedatangan kuasa ini membimbangkan British.
186  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

4.1.2 Faktor Penarik dan Penolak


Dalam perbincangan ini kita akan melihat faktor yang menyebabkan imigran dan
kuasa luar berminat datang ke Tanah Melayu. Secara dasarnya, faktor imigrasi ini
boleh dikategorikan kepada faktor penarik dan penolak. Mari kita pelajari kedua
faktor ini mengikut kaum.

(a) Orang Indonesia


Antara faktor penolak dan penarik bagi orang Indonesia adalah seperti yang
dipaparkan dalam Jadual 4.4.

Jadual 4.4: Antara Faktor Penolak dan Penarik bagi Orang Indonesia ke Tanah Melayu

Faktor Penolak Faktor Penarik


 Masalah kesempitan hidup kerana  Keadaan aman dan damai di Tanah
kepadatan penduduk. Melayu.
 Ingin memulakan kehidupan baharu.  Terdapat banyak peluang pekerjaan.
 Mencari kekayaan.  Banyak bahan mentah yang belum
 Masalah kesengsaraan dan terusik.
penindasan pihak penjajah Belanda.
 Masalah pelarian politik.

Kehadiran mereka menyebabkan banyak kawasan baharu dibuka (Ishak


Saat, 2005).

(b) Orang Cina


Bagi orang Cina pula, faktor penolak dan penarik mereka ke Tanah Melayu
diringkaskan dalam Jadual 4.5.

Jadual 4.5: Faktor Penolak dan Faktor Penarik Orang Cina ke Tanah Melayu

Faktor Penolak Faktor Penarik


 Masalah kemiskinan dan penderitaan  Banyak peluang pekerjaan.
hidup.  Dasar pemerintahan Inggeris yang
 Ketidakstabilan ekonomi. menggalakkan kemasukan kaum
 Pergolakan politik seperti tercetusnya imigran Cina untuk berniaga dan
Pemberontakan Taiping pada tahun membuka kawasan lombong bijih
1857 di kawasan tengah dan selatan timah.
negara China.  Kemudahan dan pengangkutan
 Masalah kepadatan penduduk di untuk berhijrah ke Tanah Melayu
kawasan selatan China menimbulkan (Kassim Thukiman, 2002).
masalah kekurangan makanan dan
kebuluran.
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  187

Proses penghijrahan kaum Cina dilakukan melalui beberapa sistem,


antaranya Sistem Tiket Kredit yang diusahakan oleh kelompok Cina yang
dikenal sebagai kongsi gelap. Walau bagaimanapun, kaedah ini
mendatangkan banyak masalah. Kemudian, ia digantikan dengan Sistem
Pengambilan Personal yang lebih menjaga kebajikan mereka.

(c) Orang India


Tahukah anda terdapat dua kategori buruh India di Semenanjung? Pertama
ialah satu kumpulan terdiri daripada kuli kontrak, kumpulan banduan dan
tawanan (Ishak Saat, 2005). Penjajah Inggeris di India membuang banduan
India ke negeri-negeri jajahan mulai tahun 1790 hingga 1860. Tenaga
banduan dan tawanan ini diperlukan bagi memenuhi keperluan tenaga
buruh dalam projek pembinaan jalan raya, landasan kereta api, jambatan
dan bangunan kerajaan.

Kumpulan kategori kedua pula terdiri daripada buruh kuli kontrak yang
memenuhi keperluan tenaga kerja sektor perladangan sebagaimana yang
telah dijelaskan pada awal perbincangan tadi. Kumpulan kedua ini dibawa
masuk melalui kaedah Sistem Kangani. Di bawah sistem ini, pekerja ladang
ditugaskan oleh majikan ladang untuk pulang ke India dan merekrut pekerja
baharu yang berminat berhijrah ke Tanah Melayu dan bekerja sebagai buruh
ladang getah. Kaedah ini ternyata sangat berkesan dan berjaya membawa
masuk hampir satu juta tenaga buruh India ke Tanah Melayu sebelum ia
dihapuskan.

Seperti juga orang Cina, faktor kesempitan hidup dan penindasan tuan
tanah terhadap petani miskin mendorong kaum India mencari penghidupan
baharu di tempat baharu. Lantaran itu, Tanah Melayu menjadi destinasi
pilihan. Malah, kaum keluarga dan sahabat handai yang terlebih dahulu
berhijrah juga kemudiannya membawa kaum keluarga mereka mencari
rezeki di tempat baharu.

(d) Orang Barat


Kedatangan kuasa Eropah ke alam Melayu disebabkan faktor ekonomi,
politik dan agama. Mereka ingin menguasai perniagaan rempah-ratus dan
juga kerana semangat kebangsaan, iaitu mahu menaikkan nama negara
masing-masing. Sikap permusuhan Eropah kepada agama Islam turut
menjadi sebab utama Portugis dan Sepanyol menuju ke Timur,
kemudiannya diikuti oleh kuasa Eropah yang lain.
188  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Namun, faktor utamanya adalah:

(i) Untuk bersaing antara kuasa Barat;

(ii) Menguasai dan memperluaskan tanah jajahan; dan

(iii) Mengeksploitasi kegiatan ekonomi di Asia Tenggara terutamanya


pada abad ke-19 hasil daripada zaman kemajuan Eropah ataupun
Zaman Renaisans pada abad ke-15.

Akhirnya, kedatangan yang asalnya untuk tujuan berdagang diakhiri


dengan penguasaan kuasa ekonomi dan politik ke atas Tanah Melayu.

Terdapat juga faktor lain yang mendorong Barat ke Timur, iaitu


(Sivachandralingam Sundara Raja, 1997):

(i) Dasar Kebenuaan Napoleon;

(ii) Peperangan;

(iii) Kesan kemelesetan akibat perang;

(iv) Kesan revolusi industri;

(v) Peranan ahli ekonomi;

(vi) Tekanan golongan radikal;

(vii) Peranan golongan utiliarian; dan

(viii) Tekanan pedagang.

4.1.3 Kesan Penghijrahan terhadap Masyarakat


Melayu
Apakah kesan penghijrahan orang luar terhadap masyarakat Melayu? Kehadiran
orang luar di dunia Melayu telah menimbulkan banyak kesan sama ada kesan
positif mahupun negatif. Namun, secara ringkasnya, kehadiran masyarakat bukan
peribumi lokal di Tanah Melayu telah:

(a) Mencorakkan perspektif masyarakat Melayu;

(b) Membentuk budaya baharu;

(c) Meningkatkan daya saing dalam sektor ekonomi;


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  189

(d) Melahirkan dimensi baharu struktur politik rakyat;

(e) Memperkenalkan sistem pendidikan sekular;

(f) Mewujudkan pelbagai adat dan budaya; dan

(g) Memberi implikasi terhadap pegangan agama.

AKTIVITI 4.1

Bincangkan dengan lebih lanjut dalam forum myINSPIRE mengenai


kesan migrasi ke atas Tanah Melayu dari perspektif berikut:

(a) Politik;

(b) Sosial; dan

(c) Ekonomi.

4.1.4 Penduduk Utama Malaysia


Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan. Setiap
negeri dibahagi kepada kawasan bandar dan luar bandar. Kawasan bandar dan
luar bandar bukanlah kawasan pentadbiran yang ditakrif menurut perundangan
tetapi mengikut istilah perangkaan untuk membezakan kawasan berdasarkan
ciri-ciri sosioekonomi tertentu. Berdasarkan bancian pada tahun 2010 tentang
etnik di Semenanjung Malaysia, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan
Sarawak, kumpulan etnik utama mengikut wilayah adalah seperti yang
dipaparkan dalam Jadual 4.6.
190  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Jadual 4.6: Kumpulan Etnik Utama Mengikut Wilayah di Malaysia

Sabah dan Wilayah


Semenanjung Malaysia Sarawak
Persekutuan Labuan

 Warganegara Malaysia  Warganegara Malaysia  Warganegara Malaysia

 Bumiputera Melayu  Bumiputera Melayu  Bumiputera Melayu

 Bumiputera lain  Kadazan/Dusun  Iban


 Bajau  Bidayuh
 Murut  Melanau
 Bumiputera lain  Bumiputera lain

 Cina  Cina  Cina

 India  India  India

 Lain-lain  Lain-lain  Lain-lain

 Bukan warganegara  Bukan warganegara  Bukan warganegara


Malaysia Malaysia Malaysia

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2011)

Bancian negara yang dilakukan pada tahun 1970 pula menunjukkan penduduk
Malaysia dianggarkan 11 juta dan meningkat kepada 13.9 juta pada tahun 1980.
Jumlah ini terus meningkat pada tahun 1990 (18 juta) dan pada tahun 2010,
ia menjadi 28.6 juta (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011).

Etnik Melayu menjadi majoriti penduduk utama Malaysia diikuti Cina,


bumiputera lain, India dan lain-lain. Bukan warganegara Malaysia yang menetap
di Malaysia pada tahun 2000 turut meningkat daripada 1.4 juta kepada 2.6 juta
pada tahun 2014. Penduduk Malaysia dijangka meningkat 35 peratus pada tahun
2040 berdasarkan Jadual 4.7 berikut.
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  191

Jadual 4.7: Unjuran Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik Tahun 2010 hingga 2040

Tahun
Kumpulan
2010 2015 2020 2025 2030 2035 2040
Etnik
Jumlah

Melayu 14,322.1 15,479.6 16,717.7 17,944.8 19,083.2 20,059.9 20,865.5

Bumiputera
3,354.7 3,672.4 4,005.0 4,336.1 4,647.9 4,926.9 5,166.7
lain

Cina 6,430.4 6,642.0 6,827.1 6,962.2 7,042.2 7,083.1 7,098.9

India 1,924.9 2,012.6 2,096.5 2,167.8 2,220.9 2,249.1 2,257.8

Lain-lain 232.0 267.4 306.1 347.4 389.8 433.3 477.3

Bukan
warganegara 2,324.5 2,411.4 2,488.8 2,535.8 2,581.7 2,637.1 2,691.6
Malaysia

Jumlah 28,588.6 30,485.2 32,441.2 34,294.2 35,965.7 37,389.5 38,557.9

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2014)

Pada tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia ialah 28.6 juta dan diunjurkan
meningkat sebanyak 10 juta (35 peratus) kepada 38.6 juta pada 2040. Namun,
kadar pertumbuhan penduduk tahunan menurun daripada 1.8 peratus pada 2010
kepada 0.6 peratus pada tahun 2040. Keadaan ini adalah selaras dengan sasaran
penurunan kadar kesuburan dan migrasi antarabangsa.

Penduduk bumiputera lain pada tahun 2014 ialah orang asli yang terdiri daripada:

(a) Negrito;

(b) Senoi; dan

(c) Melayu Asli.


192  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Penduduk Sabah dan Sarawak mengikut suku kaum disenaraikan dalam


Jadual 4.8.

Jadual 4.8: Penduduk Sabah dan Sarawak Mengikut Suku Kaum pada Tahun 2014

Sabah Sarawak

 Bajau;  Bisayah;
 Balabak/Molbog;  Bukitan;
 Bisaya/Bisayah;  Iban;
 Bulongan;  Kadayan;
 Dusun;  Kajang;
 Idahan/IdaÊan;  Kanowit;
 Iranun/Ilanun;  Kayan;
 Kadayan/Kedayan;  Kejaman;
 Kadazan;  Kalabit;
 Lundayuh/Lundayeh;  Kenyah;
 Murut;  Lahanan;
 Orang Sungai/Sungoi;  Lisum;
 Rungus;  Lugat;
 Suluk;  Lun Bawang/Murut;
 Tidung; dan  Melanau;
 Bumiputera Sabah lain.  Penan;
 Punan;
 Sabup;
 Sekapan;
 Sian;
 Sipeng;
 Tabun;
 Tagal;
 Tanjong;
 Ukit; dan
 Bumiputera Sarawak lain.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2014)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  193

Pecahan etnik Cina dan India di Malaysia pada tahun 2014 disenaraikan dalam
Jadual 4.9.

Jadual 4.9: Pecahan Etnik Cina dan India di Malaysia pada Tahun 2014

Cina India

 Foochow;  India Muslim/Malabari;


 Hainan;  Malayali;
 Henghua;  Punjabi;
 Hokchia;  Sikh;
 Hokchiu;  Sinhala;
 Hokkien;  Tamil India;
 Kantonis;  Tamil Sri Lanka;
 Khek (Hakka);  Telugu; dan
 Kwongsai;  Lain-lain.
 Teochew; dan
 Lain-lain.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2014)

Akhir sekali, bukan warganegara Malaysia pada tahun 2014 pula terdiri daripada
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014):

(a) Arab;
(b) Bangladesh;
(c) Indonesia;
(d) Jepun;
(e) Kemboja;
(f) Keturunan Pulau Kokos;
(g) Korea;
(h) Myanmar;
(i) Nepal;
(j) Pakistan;
(k) Filipina;
194  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

(l) Thailand;
(m) Vietnam;
(n) Bangsa Asia lain;
(o) Denmark;
(p) Perancis;
(q) Jerman;
(r) Itali;
(s) Sepanyol;
(t) United Kingdom;
(u) Bangsa Eropah lain; dan
(v) Afrika.

Struktur umur penduduk Malaysia yang berumur antara 0 hingga 14 tahun


diunjurkan menurun daripada 27.4 peratus kepada 19.6 peratus bagi tempoh
tahun 2010 hingga 2040. Namun, penduduk bagi kumpulan umur 15 hingga
64 tahun, dan 65 tahun dan lebih pula dijangka meningkat masing-masing
sebanyak 1.4 peratus dan 6.4 peratus bagi tempoh yang sama.

Trend ini turut menyumbang kepada peningkatan umur penengah daripada 26.3
kepada 36.0 tahun. Sepanjang tempoh tersebut juga, penduduk yang berumur
65 tahun dan lebih diunjurkan meningkat lebih tiga kali ganda daripada
penduduk tahun 2010. Peningkatan ini akan menyebabkan Malaysia dijangka
mengalami penuaan penduduk pada tahun 2021 apabila penduduk berumur
65 tahun dan lebih mencapai 7.1 peratus.

Taburan penduduk mengikut jantina menunjukkan bilangan penduduk lelaki


masih melebihi penduduk perempuan sepanjang tempoh tahun 2010 hingga 2040.
Namun, peratusan penduduk lelaki semakin berkurangan daripada 51.5 peratus
(tahun 2010) kepada 50.8 peratus (tahun 2040). Sebaliknya, peratusan penduduk
perempuan meningkat daripada 48.5 peratus kepada 49.2 peratus bagi tempoh
yang sama. Hal ini secara langsung menyumbang kepada penurunan nisbah
jantina daripada 106.3 kepada 103.2.
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  195

Sekarang, mari kita lihat komposisi etnik secara keseluruhannya dalam


Jadual 4.10.

Jadual 4.10: Unjuran Penduduk dan Purata Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan
Mengikut Kumpulan Etnik di Malaysia pada Tahun 2010 hingga 2040

Bukan
Bumiputera
Tahun Melayu Cina India Lain-lain Warganegara
Lain
Malaysia
Bilangan Penduduk (Â000)
2010 14,322.1 3,354.7 6,430.4 1,924.9 232.0 2,324.5
2015 15,479.6 3,672.4 6,642.0 2,012.6 267.4 2,411.4
2020 16,717.7 4,005.0 6,827.1 2,096.5 306.1 2,488.8
2025 17,944.8 4,336.1 6,962.2 2,167.8 347.4 2,535.8
2030 19,083.2 4,647.9 7,042.2 2,220.9 389.8 2,581.7
2035 20,059.9 4,926.9 7,083.1 2,249.1 433.3 2,637.1
2040 20,865.5 5,166.7 7,098.9 2,257.8 477.3 2,691.6
Purata Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan (%)
2010
hingga 1.55 1.81 0.65 0.89 2.84 0.73
2015
2015
hingga 1.54 1.73 0.55 0.82 2.71 0.63
2020
2020
hingga 1.42 1.59 0.39 0.67 2.53 0.37
2025
2025
hingga 1.23 1.39 0.23 0.48 2.30 0.36
2030
2030
hingga 1.00 1.17 0.12 0.25 2.12 0.42
2035
2035
hingga 0.79 0.95 0.04 0.08 1.94 0.41
2040

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2014)


196  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Semua etnik dijangka mencatatkan peningkatan dalam jumlah penduduk. Melayu


mencatatkan peningkatan tertinggi, iaitu lebih 6 juta penduduk daripada 14.3 juta
(tahun 2010) kepada 20.9 juta (tahun 2040). Hal ini diikuti oleh bumiputera lain
dan Cina yang mencatatkan peningkatan masing-masing sebanyak 1.8 juta dan
0.7 juta. India dan bukan warganegara pula mencatatkan peningkatan sebanyak
0.4 juta, manakala lain-lain mencatatkan peningkatan terendah, iaitu 0.2 juta bagi
tempoh yang sama.

Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa kadar pertumbuhan penduduk adalah
berbeza mengikut kumpulan etnik. Penurunan dan kenaikan dalam kadar
pertumbuhan sepanjang tempoh unjuran adalah disebabkan oleh perbezaan
dalam paras kesuburan, kematian dan migrasi bagi kumpulan etnik tersebut.

Etnik lain masih menunjukkan purata kadar pertumbuhan tahunan penduduk


pada tahap yang masih tinggi, iaitu 1.94 peratus jika dibandingkan dengan etnik
lain yang mencapai tahap kurang daripada satu peratus pada tahun 2040. Situasi
ini berlaku disebabkan oleh kesan daripada kadar kesuburan yang masih tinggi
bagi etnik tersebut. Bagi penduduk bukan warganegara pula, kadar pertumbuhan
penduduk menurun daripada 0.73 peratus kepada 0.41 peratus bagi tempoh 2010
hingga 2040.

Purata jangka hayat untuk lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing


meningkat dari 70.0 dan 74.7 tahun pada tahun 2000 kepada 71.9 dan 77.0 tahun
pada tahun 2010. Wanita keturunan Cina mempunyai jangkaan hayat tertua, iaitu
79.8 tahun, diikuti perempuan India (76.2 tahun), perempuan bumiputera
(75.3 tahun), lelaki Cina (74.4 tahun), lelaki bumiputera (70.5 tahun) dan lelaki
India (68 tahun) (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014). Perbincangan kita yang
berikutnya adalah butiran lanjut mengenai penduduk di Malaysia.

(a) Taburan Penduduk Mengikut Etnik


Taburan peratus bagi orang Cina dan orang India menunjukkan penurunan
kerana kadar pertumbuhannya terus menurun sepanjang tempoh tahun
2010 hingga 2040. Peratus penduduk Cina yang menurun daripada 22.5
peratus pada tahun 2010 kepada 18.4 peratus pada tahun 2040 ialah kesan
daripada penurunan kadar kesuburan (lihat Rajah 4.2).
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  197

Rajah 4.2: Taburan peratus penduduk


mengikut etnik di Malaysia pada tahun 2010 dan 2040
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2014)

(b) Penduduk Peribumi Sabah dan Sarawak


Seperti yang disenaraikan dalam Jadual 4.8, terdapat pelbagai etnik
penduduk di Sabah dan Sarawak. Mereka dapat dibezakan dari segi
kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya. Sabah dan Sarawak
terdiri daripada pelbagai suku kaum. Mari kita lihat Jadual 4.11 yang
meringkaskan bilangan penduduk Sabah dan Sarawak.

Jadual 4.11: Penduduk (Â000) Mengikut


Kumpulan Etnik di Sabah dan Sarawak pada Tahun 2014

Kumpulan Etnik Sabah Sarawak


Melayu 260.1 612.0
Kadazan/Dusun 633.1 757.7
Bajau 494.7 208.4
Murut 114.9 133.7
Bumiputera lain 638.0 168.4
Cina 304.5 606.6
India 11.6 7.4
Lain-lain 112.2 7.5
Bukan warganegara Malaysia 971.2 131.5
Jumlah 3,540.3 2,633.1

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2014)


198  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Jadual 4.12 pula menerangkan latar belakang penduduk utama di Sabah dan
Sarawak.

Jadual 4.12: Latar Belakang Suku Etnik Utama di Sabah dan Sarawak

Kaum Latar Belakang

Sabah

Orang  Kaum yang terbesar bilangannya, juga dikenali sebagai orang Dusun.
Kadazan
 Berasal dari Kalimantan dan kebanyakannya tinggal di kawasan
pedalaman.

 Tertumpu di kawasan lembah Ranau dan lembah Tambunan.

Orang  Kaum yang berasal dari Pulau Mindanao dan Sulu, dikenal sebagai
Bajau orang Laut dan orang Samal.

 Tertumpu di kawasan Semporna, Kota Belud dan Pulau Timbang di


Teluk Sandakan.

Orang  Kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman seperti di Tenom,


Murut Rundu dan Pensiangan.

 Terdapat juga dalam kalangan mereka yang masih tinggal di rumah


panjang dan sering hidup berpindah.

Orang  Berasal dari Kepulauan Sulu dan sekarang tertumpu di Sungai Sugut.
Sulu
 Majoriti beragama Islam.

Orang  Berasal dari Brunei dan sekarang menetap di Sabah, tertumpu di


Brunei Beaufort, Kimanis dan Papar.

 Beragama Islam.
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  199

Sarawak

Melayu  Berasal dari Sumatera, berada di Sarawak sejak kurun ke-15.

 Kebanyakannya tinggal di kawasan persisiran pantai.

 Beragama Islam.

Melanau  Kebanyakannya tinggal di Sungai Igan, Sungai Oya dan Sungai


Mukah.

 Beragama Islam.

 Berlaku asimilasi dengan orang Melayu dan banyak mengamalkan


budaya Melayu.

Iban  Berasal dari Kalimantan (Sungai Kapuas).

 Turut dikenal sebagai Dayak Laut.

 Merupakan suku kaum terbesar dan tinggal di kawasan pedalaman


seperti di Sungai Sekrang, Sungai Batang Lupar dan Sungai Rejang.

Penan  Kebanyakannya hidup berpindah randah, tinggal di hutan.

Kelabit  Tertumpu di kawasan Sungai Baram dan Sungai Rejang.

 Perkampungan mereka yang terkenal adalah di Bario.

 Masih ada yang tinggal di rumah panjang.

Sumber: Nazarudin & Darlina (2009)

(c) Orang Asli


Istilah orang asli merupakan satu panggilan terhadap satu kelompok etnik
yang mula-mula tinggal di Malaysia dikenal sebagai aborigines dalam
perkataan Inggeris. Namun, oleh sebab perkataan aborigines membawa
kepada beberapa makna yang negatif, maka kerajaan Malaysia telah
menukarkan perkataan tersebut kepada orang asli semenjak tertubuhnya
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada tahun 1954. Akta Orang Asli
1954 (Akta 134) diwujudkan di bawah akta ini (No. 3, kemudiannya telah
dipinda pada tahun 1974), berhubung penetapan istilah dan kelayakan untuk
dikatakan sebagai komuniti orang asli.
200  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Berdasarkan Seksyen 3 dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), orang asli
ditakrifkan seperti yang berikut:

(i) Mana-mana yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik orang
asli, yang bercakap bahasa orang asli dan lazimnya mengikut cara
hidup orang asli dan adat kepercayaan orang asli, dan termasuklah
seorang keturunan melalui lelaki itu;

(ii) Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai


anak angkat semasa budak oleh orang asli dan yang telah dibesarkan
sebagai seorang orang asli, lazimnya bercakap bahasa orang asli,
mengikut cara hidup orang asli dan adat kepercayaan orang asli, dan
menjadi ahli daripada suatu masyarakat orang asli; atau

(iii) Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan


orang asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan
syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa orang asli dan kepercayaan
orang asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat
orang asli.

Tahukah anda masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia merupakan


masyarakat heterogen? Hal ini demikian adalah kerana setiap suku kaum
memiliki bahasa, nilai tradisi, pandangan dunia dan sejarah mereka yang
tersendiri.

Untuk makluman anda, orang asli dikategorikan kepada tiga kumpulan


utama, iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto/Asli. Pembahagian ini dibuat
berdasarkan beberapa faktor seperti bentuk fizikal, bahasa, kebudayaan,
adat resam dan fungsi ekonomi. Mari kita lihat huraian lanjut mengenai tiga
kumpulan ini dalam Jadual 4.13.

"
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  201

Jadual 4.13: Tiga Kumpulan Utama Orang Asli

Kumpulan
Huraian
Orang Asli

Suku Negrito Kumpulan ini hidup secara nomad dan memburu. Mereka dikenal
sebagai Negrito, sementara yang berkaitan dengan pertanian dikenal
sebagai Senoi dan Melayu Proto (Dentan, 1968).

Dari segi fizikal dan perawakan, kaum Negrito ini berambut kerinting,
bermata bundar, hidung yang lebar, bibir tebal, tulang pipi yang
timbul, berkulit gelap (Carey, 1976). Berdasarkan ciri-ciri fizikal dan
perawakan ini, pengkaji Barat yang awal menggelar suku kaum ini
sebagai Little Negro sebelum ditukar kepada Negrito.

Dari aspek penempatan, kaum Negrito tinggal di kaki bukit sepanjang


banjaran gunung Semenanjung Malaysia. Kebanyakan kaum Negrito
ialah pemburu dan pemungut hasil hutan serta menangkap ikan.
Mengikut bancian penduduk orang asli yang dijalankan oleh JHEOA,
jumlah kaum Negrito di Semenanjung Malaysia pada tahun 2003
hanya seramai 4,001 orang, iaitu 2.7 peratus (paling sedikit) daripada
keseluruhan orang asli.

Suku Senoi Suku kaum Senoi ialah suku kaum yang tinggal di kawasan bukit.
Kaum Senoi berkulit lebih cerah (kekuningan ataupun coklat).
Kebanyakan daripada mereka juga mempunyai rambut yang beralun,
fizikal yang tegap dan lebih tinggi (Carey, 1976).

Dari segi kehidupan harian, kaum Senoi lebih cenderung ke arah


pertanian pindah, memburu binatang serta menangkap ikan. Dari segi
jumlah penduduk pula, kaum Senoi ialah orang asli yang paling ramai.
Bilangan mereka pada tahun 2003 ialah 81,826 orang, iaitu 55.5 peratus
daripada keseluruhan orang asli.

Suku Melayu Melayu Proto ataupun dikenal sebagai Melayu Asli merupakan
Proto/Asli kelompok kedua terbesar selepas kaum Senoi. Jumlah penduduk suku
kaum ini pada tahun 2003 ialah seramai 61,585 orang, iaitu 41.8
peratus. Melayu Proto mirip kepada rupa orang Melayu dan
mengamalkan cara hidup kemelayuan. Mereka mempunyai rambut
yang lurus dan berkulit coklat. Mereka juga mengerjakan pertanian
pindah, memburu binatang, mencari bahan hutan dan menangkap
ikan.

Terdapat dalam kalangan orang asli yang telah terdedah dengan


kehidupan di luar daripada kehidupan asal mereka. Mereka ini tinggal
berhampiran dengan perkampungan orang Melayu atau berhampiran
dengan bandar dan melibatkan diri dalam pekerjaan seperti menjadi
buruh di kilang, ladang dan sebagai buruh pembinaan.
202  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Dari segi agama, sebahagian besar daripada orang asli (85 peratus)
masih mengamalkan agama asal mereka, iaitu animisme. Bilangan
yang beragama Islam ialah kira-kira 10 peratus, Kristian hampir lima
peratus manakala Bahai dan lain-lain, dianggarkan satu peratus.

Dari segi pendidikan dan ekonomi pula, pencapaian orang asli amat
rendah dan jauh ketinggalan berbanding pencapaian kelompok etnik
lain di Malaysia. Namun, dari semasa ke semasa kerajaan telah
berusaha membawa kumpulan orang asli ke arus perdana
pembangunan dengan cara memberikan mereka kemudahan dan
capaian kepada pembangunan.

Daripada tiga kumpulan besar ini, mereka dipecahkan lagi kepada 18


kumpulan etnik yang lebih kecil (lihat Jadual 4.14).

Jadual 4.14: Taburan Orang Asli Mengikut Rumpun Bangsa dan Suku Kaum di Malaysia

Rumpun Bangsa/Suku Kaum

Negrito Senoi Melayu Proto/Asli


 Kensiu  Semai  Temuan
 Kintak  Temiar  Semelai
 Jahai  Jahut  Jakun
 Lanoh  Che Wong  Orang Kanaq
 Mendriq  Mahmeri  Orang Kuala
 Bateq  Semoq Beri  Orang Selatar

Sumber: Jabatan Kemajuan Orang Asli (2018)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  203

Akhir sekali, Rajah 4.3 menunjukkan taburan penduduk orang asli mengikut
suku kaumnya di Semenanjung Malaysia bagi tahun 2003.

Rajah 4.3: Penduduk orang asli mengikut


suku kaum di Semenanjung Malaysia pada tahun 2003
Sumber: Jabatan Kemajuan Orang Asli (2003)

 (d) Migrasi Antarabangsa


Secara keseluruhannya, peratusan migrasi antarabangsa (migrasi masuk)
pada Banci 2010 (tempoh tahun 2005 hingga 2010) telah meningkat kepada
1.7 peratus (468,025 orang) berbanding 1.5 peratus (331,971 orang) pada
Banci 2000. Migran dari Indonesia mendominasi migrasi masuk
antarabangsa dengan 51.7 peratus.

Apakah faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini? Antara faktor


utama ialah kebergantungan majikan terhadap pekerja asing dan persepsi
penduduk terhadap sektor pekerjaan tertentu. Hal ini menyebabkan
kerajaan menerima mereka bagi mengisi kekosongan sektor tersebut.

Permintaan buruh yang tinggi berlaku akibat kepesatan pembangunan


ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi dengan kadar melebihi lima
peratus menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan menyebabkan
berlakunya kekangan pasaran buruh tempatan. Langkah mengatasi
kekangan pasaran buruh menyebabkan kerajaan membenarkan kemasukan
buruh asing khususnya dalam lima sektor utama, iaitu pertanian,
perkilangan, perkhidmatan, pembinaan dan perladangan (lihat Jadual 4.15).
204  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Jadual 4.15: Sektor Pekerjaan yang Melibatkan Kemasukan Pekerja Warga Asing

Jantina Sektor (Pembinaan, Perladangan,


Negara Pertanian, Perkhidmatan dan
Lelaki Perempuan Perkilangan)

Thailand / /  Semua sektor

Kemboja / /  Semua sektor

Nepal / /  Semua sektor

Myanmar / /  Semua sektor

Laos / /  Semua sektor

Vietnam / /  Semua sektor

Filipina x /  Semua sektor

Pakistan / /  Semua sektor

Sri Langka / /  Semua sektor

Turkmenistan / /  Semua sektor

Uzbekistan / /  Semua sektor

Kazakhstan / /  Semua sektor

India / /  Pembinaan.
 Perkhidmatan (tukang emas,
borong/runcit, restoran, tukang
masak, logam/barang lusuh, kitar
semula, tekstil dan tukang
gunting rambut).
 Pertanian.
 Perladangan.

Indonesia / /  Pekerja lelaki Indonesia


dibenarkan bekerja dalam semua
sektor kecuali sektor perkilangan,
manakala bagi wanita Indonesia
bekerja di semua sektor.

Bangladesh / /  Perladangan.

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (2018)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  205

Kira-kira 71 peratus pekerja yang diserap dalam lima sektor ini. Dua pertiga
daripada pekerja asing ini terdiri daripada pekerja kurang mahir.

Selain itu, faktor kesukaran hidup di negara asal, nilai mata wang Malaysia yang
tinggi, upah menarik, penerimaan masyarakat terhadap mereka turut
merancakkan kemasukan mereka sama ada secara sah atau haram ke Malaysia.
Terdapat kira-kira 2.1 juta pekerja asing berdaftar di negara ini, manakala
anggaran yang sama bagi mereka yang memasuki Malaysia secara haram. Jumlah
warga asing ini dianggarkan sekitar 6.7 juta pada tahun 2014 (Rohaniza Idris &
Nadia Hamid, 2014).

AKTIVITI 4.2

Bincangkan dalam forum myINSPIRE:

(a) Apakah faktor yang menjadikan jangka hayat penduduk di


Malaysia semakin bertambah?

(b) Mengapakah masyarakat orang asli merupakan kaum yang


termiskin berbanding kaum lain di Malaysia?

(c) Apakah faktor lain yang menyebabkan penghijrahan pelbagai


kaum ke Malaysia?

4.2 PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI


NASIONAL
Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk
(plural society) dan dianggap menjadi model kepada masyarakat majmuk negara
lain. Hal ini demikian kerana penduduk Malaysia yang berbilang etnik dapat
hidup bersatu padu, menyelesaikan masalah dan mengelakkan konflik. Perkara
ini membuktikan wujudnya perpaduan di negara ini. Oleh itu, perpaduan sangat
penting untuk kestabilan dan keharmonian negara.

Malaysia mementingkan integrasi nasional selepas Peristiwa 13 Mei 1969,


khususnya melalui penggubalan dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dalam subtopik ini kita akan melihat perpaduan dan integrasi sebagai asas
kestabilan dan keharmonian sebuah negara.
206  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

4.2.1 Konsep Perpaduan, Integrasi dan Masyarakat


Majmuk
Apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan?

Perpaduan merupakan satu proses menyatupadukan anggota masyarakat


dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan
kebangsaan bersama dalam kalangan mereka.

Apakah pula yang dimaksudkan dengan perpaduan nasional?

Perpaduan nasional merujuk kepada penyatuan pelbagai kelompok daripada


latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza menjadi satu entiti fizikal.

Ketika ini, penduduk Malaysia bersatu dari sudut zahir dan luaran. Mereka
tinggal bersama dan menjalankan aktiviti seharian dengan aman. Walau
bagaimanapun, sejauh mana mereka telah berintegrasi sukar dipastikan.

Untuk makluman anda, konsep integrasi adalah lebih luas. Apakah yang
dimaksudkan dengan integrasi?

Integrasi merupakan proses penyatuan antara kelompok yang berbeza latar


belakang, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai kepentingan
bersama.

Apabila dihalusi dengan lebih mendalam, terdapat satu unsur penting yang
mengikat antara kelompok tersebut sekalipun berbeza latar belakang. Unsur
penting tersebut ialah kekitaan. Perasaan kekitaan (sense of belonging) ini
disebabkan oleh ikatan perasaan antara manusia itu sendiri yang akhirnya berlaku
perkongsian pemikiran dan hati walaupun berbeza budaya dan etnik. Seterusnya,
ini membentuk integrasi nasional. Integrasi nasional ini merupakan satu proses
yang sangat abstrak dan melibatkan penyatuan yang sebati dan berpanjangan.
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  207

Seterusnya, apakah maksud masyarakat majmuk? Menurut Kamus Dewan (2005),


masyarakat majmuk merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama (di
sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup, masyarakat
yang terdiri daripada beberapa bangsa, kumpulan etnik atau suku bangsa dan
sebagainya.

Apakah ciri-ciri masyarakat majmuk? Furnivall (1991) mendefinisikan ciri-ciri


masyarakat majmuk seperti yang berikut:

(a) Terdapat pelbagai jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk
asli (bumiputera);

(b) Mereka bercampur tetapi tidak bersatu;

(c) Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik yang sama;

(d) Masing-masing berpegang pada kebudayaan, agama, bahasa, idea dan


kaedah sendiri;

(e) Mereka bertemu di pasar raya ketika membeli-belah, kemudiannya masing-


masing balik ke tempat kelompok sendiri; dan

(f) Dalam bidang perniagaan, terdapat pembahagian tenaga buruh yang


berdasarkan garis perkauman.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Nyatakan maksud perpaduan dan perpaduan nasional.

2. Berikan ciri-ciri masyarakat majmuk.


208  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

4.2.2 Cabaran Masyarakat Majmuk di Malaysia


Sekarang, mari lihat cabaran masyarakat majmuk di Malaysia. Terdapat pelbagai
cabaran dalam menjalani kehidupan seharian sebagai masyarakat majmuk di
Malaysia. Dalam subtopik ini, kita bincangkan satu persatu cabaran tersebut (lihat
Jadual 4.16).

Jadual 4.16: Cabaran Masyarakat Majmuk di Malaysia

Cabaran Huraian

Mempersoalkan Antara cabaran kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia


agama Islam adalah mempersoalkan agama Islam. Kedudukan Islam sebagai
agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi
digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam
yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak
munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Antara hujah yang digunakan untuk menyokong tuntutan


mereka adalah bahawa Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas
sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sebenarnya, dalam perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam
ialah agama negara (state religion), iaitu merujuk kepada negara
Malaysia. Apabila disebut tentang agama negara, maka secara
dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia
dan bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini.

Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang


pengamalan agama lain di mana rakyat negara ini mempunyai
kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing.
Pertikaian ini adalah tidak wajar sekali kerana majoriti penduduk
Malaysia menganuti agama Islam.

Agama Islam sudah berakar umbi dalam masyarakat semenjak


ratusan tahun dahulu. Pihak yang mempersoalkan perlembagaan
negara berupaya menggugat keselamatan, kedaulatan negara
dan dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum dalam
kalangan penduduk negara ini.

Pelaksanaan Cabaran yang kedua adalah dari segi pendidikan. Seperti yang
sistem pendidikan kita sedia maklum, sistem pendidikan negara kita adalah
negara berdasarkan sistem meritokrasi. Hal ini akan mewujudkan
keadaan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar
bumiputera dan bukan bumiputera. Malah, pendidikan juga
dilihat sebagai wadah yang boleh merapatkan jurang antara
kaum dalam sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk
seperti negara ini.
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  209

Keselamatan Kita juga menerima ancaman daripada puak ekstremis kaum dan
negara penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada
negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan
sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat
masing-masing. Selain itu, terdapat juga pihak yang sengaja
mengeksploitasi isu ekonomi dan sosial politik negara. Kehadiran
pendatang (sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau
haram) juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara.

Hal ini demikian kerana sebilangan daripada mereka suka


menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan
negara. Selain itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan
pemalsuan dokumen penting kerajaan seperti pasport
antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini
amat berbahaya dan harus ditangani dengan sebijak mungkin.
Selain ancaman dari dalam negara, kita juga mesti berwaspada
dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan
dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia daripada kaca
mata kuasa besar.

Peningkatan Pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada


masalah sosial negara. Pembangunan fizikal yang sangat pesat seperti di Kuala
Lumpur menyebabkan penghijrahan penduduk kampung ke
bandar dengan ramai. Hal ini menyebabkan kualiti hidup di
bandar meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu
menanganinya. Akibatnya, peratusan kemiskinan semakin
meningkat dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang
teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian
untuk menampung taraf hidup yang sering meningkat.
Seterusnya, ini telah mengubah norma kehidupan bermasyarakat
khususnya dalam komuniti masyarakat majmuk di Malaysia.

Tahukah anda terdapat lima proses integrasi kaum di Malaysia? Mari kita lihat
Rajah 4.4 yang menjelaskan proses integrasi yang membawa kepada hubungan
antara kaum di Malaysia.
210  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Rajah 4.4: Proses integrasi antara kaum di Malaysia

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Rumuskan cabaran masyarakat majmuk di Malaysia.

2. Terangkan lima proses integrasi antara kaum di Malaysia.

AKTIVITI 4.3

Bincangkan sejarah hubungan kaum di Malaysia dalam forum


myINSPIRE.
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  211

4.2.3 Masalah Integrasi Nasional


Selain daripada cabaran yang dibincangkan dalam subtopik sebelum ini, terdapat
juga beberapa masalah lain dalam integrasi nasional. Mari kita lihat Jadual 4.17
yang menjelaskan masalah tersebut.

Jadual 4.17: Masalah dalam Integrasi Nasional di Malaysia

Masalah Huraian

Prasangka Merupakan sikap terhadap kumpulan lain yang berasaskan


generalisasi umum (stereotaip) tanpa bukti yang tidak konkrit.
Masalah di negara kita adalah prasangka itu biasanya berupa
„sangkaan buruk‰ terhadap kaum lain. Masalah ini terus wujud
kerana sekalipun ada maklumat baharu yang positif mengenai
kumpulan lain, prasangka yang sedia ada sukar diubah.

Perkauman Merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri.


Fenomena ini wujud agak jelas dalam bidang ekonomi, politik,
sosial atau kebudayaan apabila satu-satu kumpulan etnik
mementingkan orang dalam kumpulannya sendiri. Sikap
perkauman mudah menghasilkan hubungan yang tegang dan
jarak sosial antara individu atau kelompok yang berlainan etnik.

Etnosentrisme Merujuk kepada kepercayaan bahawa unsur budaya sendiri


adalah lebih baik daripada unsur budaya lain.

Perbezaan Perbezaan sosioekonomi pelbagai kaum di negara kita dikaitkan


sosioekonomi dengan sejarah penjajahan atau kolonialisme. Kini, faktor
struktural merupakan satu faktor besar menyebabkan rasa tidak
puas hati dalam kalangan sesetengah pihak. Mereka berasa tidak
dapat mengecap nikmat kemewahan negara. Program yang
diwujudkan untuk mengurangkan jurang perbezaan
sosioekonomi juga kurang menyenangkan pihak tertentu.

Pemisahan fizikal Menyebabkan kesukaran kontak fizikal dan mengakibatkan satu


kumpulan etnik tidak mengenali kumpulan etnik yang lain,
terutamanya yang tinggal di wilayah yang berbeza. Contohnya,
peluang untuk suku kaum di Sabah dan Sarawak berinteraksi
adalah terbatas. Mereka sukar berhubung dengan orang yang
tinggal di Semenanjung. Apabila terpisah secara geografi, sikap
prasangka, mementingkan kaum sendiri dan etnosentrisme lebih
mudah timbul dan sebati dalam diri mereka.
212  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi nasional pelbagai kumpulan etnik dan


wilayah adalah sangat perlu dan penting agar masyarakat hidup bersatu padu.
Negara yang mempunyai masyarakat yang kucar kacir, berkonflik dan berperang
akan menyukarkan kehidupan rakyatnya. Oleh itu, perpaduan wajib dikekalkan
bagi meneruskan kewujudan (survival) generasi akan datang.

AKTIVITI 4.4

Bincangkan perkara yang berikut dalam forum myINSPIRE:

(a) Faktor lain yang menghalang integrasi nasional.

(b) Strategi integrasi nasional di Malaysia.

(c) Kaedah untuk mencapai integrasi nasional.

(d) Aktiviti yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum


yang lebih erat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

4.3 RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI


Sebelum kita akhiri topik ini, mari kita pelajari tentang Rukun Negara. Tahukah
anda Rukun Negara diisytiharkan pada tarikh 31 Ogos 1970 berikutan tercetusnya
Peristiwa 13 Mei 1969? Ia digubal oleh Majlis Perundingan Negara dalam
menimbulkan semangat kekitaan dan identiti bersama dalam kalangan
masyarakat majmuk di Malaysia.

Apakah yang dimaksudkan dengan Rukun Negara?

Rukun Negara ialah prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai


kenegaraan dan norma sosial yang meliputi kehidupan bernegara.

Prinsip ini berupaya menjadi ideologi. Apakah yang dimaksudkan dengan


ideologi?

Ideologi ialah fahaman yang boleh dijadikan pegangan hidup oleh


masyarakat agar demokratik, menghormati undang-undang, taat setia
kepada negara, bersikap terbuka dan berpegang teguh pada agama.
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  213

Mari kita pelajari Rukun Negara dengan lebih lanjut dalam subtopik yang
seterusnya.

4.3.1 Objektif Rukun Negara


Rukun Negara digubal dengan hasrat melahirkan masyarakat Malaysia madani
yang demokratik, saintifik dan progresif serta bersatu padu dan bersikap terbuka
terhadap kepelbagaian cara hidup rakyat daripada pelbagai keturunan. Cita-cita
ini mampu direalisasikan apabila lima objektif Rukun Negara ini dapat dipenuhi.
Apakah objetif tersebut? Objektif tersebut adalah:

(a) Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat;

(b) Memelihara cara hidup demokratik;

(c) Mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;

(d) Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya
dan berbagai-bagai corak; dan

(e) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan


teknologi moden.

Melalui objektif ini, adalah diharapkan agar Malaysia menjadi negara moden dan
maju yang rakyatnya bersama-sama menikmati hasil kemakmuran negara secara
adil dan saksama dalam suasana muhibah, hormat menghormati, meskipun tetap
wujud perbezaan asas dari segi etnik dan kebudayaan.

4.3.2 Prinsip Rukun Negara


Terdapat lima prinsip Rukun Negara yang diwujudkan bagi mencapai lima
objektif Rukun Negara yang telah disenaraikan tadi. Lima prinsip Rukun Negara
tersebut disenaraikan dalam Rajah 4.5.
214  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Rajah 4.5: Lima prinsip Rukun Negara

Mengapakah lima prinsip? Yang berikut adalah sebab lima prinsip ini
diwujudkan:

(a) Menjelaskan kepada kita terdapatnya autoriti atau kuasa yang mengekang
tindakan kita. Oleh itu, kita perlu patuh kepada Tuhan, raja, perlembagaan
dan undang-undang;

(b) Menunjukkan beberapa tingkat tanggungjawab kita iaitu mematuhi ajaran


agama sebagai makhluk Tuhan, melindungi atau mencintai negara sebagai
rakyat, menghayati hak dan tanggungjawab sebagai warganegara,
mematuhi undang-undang dan peraturan sebagai ahli masyarakat dan
berdisiplin sebagai individu yang bertanggungjawab;

(c) Ia merupakan susunan slogan yang bernas dan mudah diingat;

(d) Ia mudah difahami dan dimanfaatkan; dan

(e) Menyeluruh dan lengkap serta menampakkan tumpuan tanggungjawab


(bermula dengan pegangan kepada agama, iaitu percaya kepada Tuhan
sehingga pecahan pada peringkat rendah, iaitu menjelaskan lagi tumpuan
tanggungjawab individu).
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  215

Sekarang, mari kita pelajari satu persatu prinsip Rukun Negara ini dengan lebih
terperinci.

(a) Kepercayaan kepada Tuhan


Prinsip pertama ini menekankan perlunya seseorang itu mempunyai
keyakinan teguh kepada agama dan Tuhan. Keyakinan kepada agama yang
dianuti akan memandu fikiran, pertuturan dan tindakan manusia supaya
mengawal dirinya agar bermanfaat untuk orang lain.

Manusia berpotensi untuk menjadi baik atau jahat dan ini bergantung pada
kekuatan dirinya dan pengaruh yang diterimanya. Semua agama boleh
membantu seseorang daripada dikuasai nafsunya sehingga dia boleh
terjebak dalam tingkah laku menyeleweng seperti mencuri, membunuh,
rasuah atau terlibat dengan penyalahgunaan dadah, penyalahgunaan kuasa
dan tidak amanah.

Dengan menginsafi kebesaran Tuhan, manusia takut melakukan jenayah


dan terdorong melakukan kebaikan. Kepercayaan kepada Tuhan juga
memberi kekuatan dan ketabahan sewaktu menghadapi cabaran dengan
mengelak daripada berputus asa dan sabar dengan ujian tersebut. Sebagai
manusia yang meyakini Tuhan, dia akan sedar tentang perkara hidup-mati,
bertimbang rasa, bersyukur, berkeyakinan dan bersikap sederhana dalam
hidup. Kesemua ini mengarah kepada pembentukan keharmonian hidup
yang membawa kepada perpaduan negara.

(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara


Apakah tujuan prinsip ini? Prinsip ini bertujuan memupuk rasa sayang dan
cinta kepada negara di samping menghormati raja yang menjadi lambang
kedaulatan negara dan lambang tumpuan taat setia. Dengan asuhan ini,
diharapkan setiap individu menjadi rakyat yang bertanggungjawab,
patriotik serta sanggup berkorban dan menyumbang kepada keutuhan
negara dan kesejahteraan seluruh rakyat. Apakah contoh tindakan dan sikap
yang menggambarkan prinsip ini? Mari kita lihat contoh tersebut dalam
Jadual 4.18.
216  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Jadual 4.18: Contoh Tindakan dan Sikap yang


Menggambarkan Prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Tindakan/Sikap Contoh

Sifat  Menghargai dan menghormati harta awam;


bertanggungjawab
 Mematuhi undang-undang; dan

 Bersungguh-sungguh dengan tugas yang


dipertanggungjawab.

Patriotik dan  Menghormati simbol kedaulatan negara (bendera, lagu


berkorban kebangsaan dan seumpamanya);

 Menjaga nama baik negara sama ada semasa di luar negara


mahupun dalam negeri;

 Setia kepada raja dan negara dengan sanggup


mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan
tidak mendedahkan rahsia kepada pihak luar; dan

 Tidak menghina negara, mempersoalkan perlembagaan


dan apa-apa yang membawa kepada huru-hara dan
perpecahan kepada negara kita.

Menjadi rakyat  Menghargai masa dan produktif dalam kerja, terlibat dalam
yang menyumbang aktiviti pembangunan masyarakat;

 Menghormati rancangan dan acara bercorak kenegaraan


seperti perayaan Hari Kebangsaan;

 Memberi sokongan terhadap aktiviti antarabangsa yang


melibatkan negara. Misalnya, dalam sukan antarabangsa;
dan

 Menghargai dan menggunakan barangan buatan negara


sendiri.

Kesimpulannya, sikap dan tindakan positif seperti dalam Jadual 4.18 dapat
memupuk rasa cinta kepada negara, sekali gus menghindar perasaan
prejudis perkauman.
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  217

(c) Keluhuran Perlembagaan


Perlembagaan merupakan sumber perundangan yang tertinggi. Apakah
pula yang dimaksudkan dengan luhur? Luhur bermaksud tinggi dan mulia.
Oleh itu, perlembagaan hendaklah dihormati dan dipatuhi.

Penggubalan Perlembagaan Malaysia sebelum merdeka telah memberi


peruntukan bagi enam perkara pokok, iaitu:

(i) Kedudukan raja;

(ii) Kedudukan kaum bumiputera dan bukan bumiputera dalam


pembangunan sosioekonomi adalah terjamin;

(iii) Bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan, sementara


bahasa lain tidak dihalang;

(iv) Islam ialah agama rasmi, kebebasan beragama dijamin;

(v) Hak asasi rakyat terjamin; dan

(vi) Peraturan pentadbiran atau pemerintahan termasuk agihan kuasa, dan


kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

Apakah kepentingan prinsip ketiga Rukun Negara ini? Pentingnya prinsip


ini dapat dilihat daripada sejarah penggubalan dan kandungan
perlembagaan itu sendiri. Ia merupakan kontrak sosial antara semua kaum
yang sama-sama berpeluang menyumbang terhadap negara. Oleh itu, ia
tidak boleh diungkit dan dipersoalkan lagi. Malah, segala isi kandungannya
perlu difahami dan diterjemahkan dengan tindakan positif.

(d) Kedaulatan Undang-undang


Prinsip keempat ini menekankan kekuatan undang-undang. Undang-
undang berada pada kedudukan yang tinggi dan tidak boleh
dipersendakan. Oleh itu, ia mesti dihormati dan dipatuhi. Hal ini demikian
kerana undang-undang memberi perlindungan kepada anggota
masyarakat.

Kedaulatan undang-undang juga menekankan hukuman bagi mereka yang


melanggar undang-undang. Undang-undang merupakan mekanisme untuk
menjamin ketenteraman sosial dan mengawal tingkah laku anggota
masyarakat. Tanpa undang-undang dan pelaksanaannya yang baik,
masyarakat akan porak-peranda.
218  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Oleh itu, kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan bagi menjamin


fungsinya iaitu untuk melindungi rakyat di satu pihak dan menghukum
pesalah di pihak lain.

Bagaimanakah undang-undang dilaksanakan? Perlaksanaan undang-


undang melibatkan tiga pihak yang bertanggungjawab, iaitu:

(i) Penguat kuasa undang-undang seperti polis;

(ii) Pengadil kes atau pelaksana perjalanan undang-undang, iaitu pihak


mahkamah; dan

(iii) Anggota masyarakat yang bertanggungjawab menghormati undang-


undang serta bekerjasama menguatkuasakannya.

(e) Kesopanan dan Kesusilaan


Akhir sekali, prinsip kelima Rukun Negara merujuk kepada kesopanan dan
kesusilaan. Apakah tujuan prinsip ini? Prinsip ini bertujuan memupuk
sahsiah mulia agar setiap rakyat mempunyai nilai kesopanan, beradab,
beretika, bermaruah, tertib dan bersusila. Dengan kata lain, rakyat yang
mempunyai ketinggian akhlak dan berperibadi mulia.

Di samping menjadi asas personaliti, sifat sopan dan susila juga penting
dalam hubungan antara individu dengan masyarakat. Setiap insan di dunia
ini tidak boleh hidup bersendirian, melainkan sentiasa berhubungan dengan
orang lain. Sebagai insan yang bertamadun, manusia hendaklah mempunyai
nilai berhemah tinggi. Sifat mulia ini perlu bermula daripada diri sendiri.

Berdisiplin dan hormat kepada diri sendiri menjadi asas bagi hubungan
yang baik dengan orang lain. Manifestasi sifat mulia ini perlu bermula
dengan fikiran dan kesedaran sebelum ia dilahirkan dalam bentuk
perkataan atau tindakan. Umpamanya, berfikir sebelum berkata dan
bertindak akan membuatkan kita lebih beradab, berdiplomasi dan bersopan.
Inilah rahsia untuk mengekalkan hubungan harmonis dan bertamadun.

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Nyatakan maksud Rukun Negara.

2. Jelaskan objektif Rukun Negara.

3. Mengapakah Rukun Negara diwujudkan?


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  219

AKTIVITI 4.5

Adakah Malaysia telah berjaya menguruskan masyarakatnya yang


majmuk? Bincangkan persoalan ini dalam forum myINSPIRE.

 Anggaran penduduk Malaysia sehingga tahun 2014 adalah sebanyak 30 juta


dengan pelbagai etnik. Melayu mempunyai bilangan paling ramai, diikuti
dengan Cina, bumiputera lain, bukan warganegara, India dan lain-lain.

 Kaum terawal yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah dari Indonesia, Cina,
India dan Eropah. Kini, semakin ramai orang dari negara luar memasuki
Malaysia kerana beberapa faktor penarik dan penolak.

 Malaysia dikenal sebagai sebuah masyarakat majmuk. Maka integrasi penting


untuk membentuk perpaduan agar kestabilan dan keharmonian negara dapat
dicapai.

 Perpaduan merupakan satu proses menyatupadukan anggota masyarakat dan


negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan kebangsaan
bersama dalam kalangan mereka.

 Integrasi merupakan proses penyatuan antara kelompok yang berbeza latar


belakang, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai kepentingan
bersama.

 Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran bagi mengekalkan


keharmonian masyarakat majmuk seperti pelaksanaan sistem pendidikan
negara, keselamatan negara dan masalah sosial.

 Proses integrasi antara kaum di Malaysia berlaku dengan cara amalgamasi,


asimilasi, akulturasi, akomodasi dan segregasi.

 Rukun Negara dibentuk bagi menimbulkan semangat kekitaan dan identiti


bersama dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
220  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

 Rukun Negara ialah prinsip hidup bermasyarakat yang berupaya menjadi


pegangan hidup oleh masyarakat agar demokratik, menghormati undang-
undang, taat setia kepada negara, bersikap terbuka dan berpegang teguh pada
agama.

 Lima prinsip Rukun Negara ialah kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan


kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-
undang serta kesopanan dan kesusilaan.

Imigrasi Penduduk utama


Integrasi nasional Perpaduan
Komposisi etnik Proses integrasi
Masyarakat majmuk Rukun Negara
Migrasi antarabangsa Taburan penduduk
Penduduk peribumi

Carey, I. (1976). Administration of the aboriginal tribes of Western Malaysia.


The Hague, Netherlands: Mouton.

Dentan, R. K. (1968). The Semai: A nonviolent people of Malaya. New York, NY:
Holt, Rinehart & Winston.

Furnivall, J. S. (1991). The fashioning of leviathan: The beginnings of British rule


in Burma. Canberra, Australia: Economic History of Southeast Asia Project
dan Thai-Yunnan Project.

Ishak Saat. (2005). Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor, Malaysia:


Karisma.

Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2003). Pecahan penduduk orang asli mengikut
suku kaum hingga Disember 2003. Kuala Lumpur, Malaysia: Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli.
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  221

Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2018). Suku kaum/bangsa. Dicapai dari https://
www.jakoa.gov.my/orang-asli/info-orang-asli/suku-kaumbangsa/

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2011). Jadual 4.1: Jumlah penduduk mengikut


kumpulan etnik, agama, jantina dan negeri, Malaysia, 2010. Dicapai dari
https://www.statistics.gov.my/censusatlas/images/ReligionEN.pdf

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2014). Ringkasan penemuan. Dicapai dari


https://www.dosm.gov.my/v1/images/stories/files/LatestReleases/pop
ulation/Ringkasan_Penemuan-Summary_Findings_2010-2040.pdf

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. (2018). Statistik pekerja asing


mengikut warganegara dan sektor. Dicapai dari www.data.gov.my/data/
ms_MY/dataset/statistik-pekerja-asing-terkini-mengikut-warganegara-
dan-sektor/resource/56abc19b-1494-4f78-8bb2-397e65fe43f4

Kamus Dewan (Edisi ke-4). (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kassim Thukiman. (2002). Malaysia: Perspektif sejarah dan politik. Johor,


Malaysia: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Lapian, A. B. (1975). Manusia dan kebudayaan di Asia Tenggara: Kolonialisme di


Asia Tenggara. Jakarta, Indonesia: Lembaga Research Kebudayaan
Nasional.

Minton, F. G. (1972). Franco-British rivalry over Siam, 1896ă1904. Journal of


Southeast Asian Studies, 3(2), 210ă228.

Nazarudin Zainun, & Darlina Md Naim. (2009). Kearifan tempatan: Merekayasa


kearifan tempatan budaya, pelancongan arkeologi dan sejarah. Pulau
Pinang, Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Rohaniza Idris, & Nadia Hamid. (2014, Disember 7). Laporan khas: Penjenamaan
semula bidang pekerjaan. Berita Harian. Dicapai dari http://www.bharian.
com.my/node/21864

Sivachandralingam Sundara Raja. (1997). Perdagangan dan pelabuhan bebas:


Sejarah dan perkembangannya. Shah Alam, Malaysia: Penerbit Fajar Bakti.
Topik  Pembangunan
Negara
5
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan pelan dan strategi pembangunan negara;
2. Menghuraikan dasar ekonomi dan dasar sosial negara;
3. Menjelaskan dasar baharu kerajaan;
4. Membincangkan dasar luar Malaysia; dan
5. Merumuskan peranan Malaysia dalam pertubuhan dan kumpulan
antarabangsa.

 PENGENALAN
Sebelum Perang Dunia Kedua, aktiviti ekonomi Tanah Melayu bergantung pada
bijih timah dan getah. Kedua-dua sumber ekonomi ini begitu penting kepada
British bagi memastikan kelangsungan kegiatan penjajahan di Tanah Melayu.

Namun, keghairahan British terhadap ekonomi bijih timah dan getah tidak lama
apabila kedua-dua hasil komoditi tersebut merosot disebabkan oleh kemelesetan
ekonomi dunia pada tahun 1929 hingga 1933. Kegiatan pengeluaran bahan
makanan seperti beras pula kurang ditumpukan kerana beras boleh diimport dari
negara jiran dengan harga yang murah.

Selepas merdeka, struktur pembangunan ekonomi Tanah Melayu telah berubah


daripada sistem yang bergantung pada komoditi seperti bijih timah dan getah
kepada sistem pembuatan dan industri. Kerajaan juga menumpukan kepada
usaha membangunkan kawasan luar bandar yang mundur.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  223

Oleh itu, pelbagai pelan pembangunan, dasar dan agensi diwujudkan bagi
menjayakan pembangunan ekonomi negara. Matlamat kerajaan adalah membela
rakyat yang hidup dalam keadaan sosioekonomi yang rendah.

Malaysia juga turut mempunyai dasar luar sejak kemerdekaan serta mempunyai
peranan yang penting dalam institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Negara-
negara Asia Tenggara (ASEAN ă Association of Southeast Asian Nations),
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN ă United Nations), Pertubuhan
Kerjasama Negara-negara Islam (OIC ă Organisation of Islamic Cooperation),
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM ă Non-Aligned Movement) dan
Pertubuhan Komanwel.

Oleh itu, topik kelima ini akan membincangkan pelbagai pelan pembangunan,
dasar ekonomi, dasar sosial negara dan dasar baharu kerajaan yang diwujudkan
bagi menjayakan pembangunan ekonomi negara. Di samping itu, huraian tentang
dasar luar Malaysia dan peranan Malaysia dalam pertubuhan dan kumpulan
antarabangsa turut diketengahkan. Sudahkah anda bersedia? Mari kita teruskan!

AKTIVITI 5.1

Bincangkan dalam forum myINSPIRE tentang mengapa Persekutuan


Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957 memerlukan pelbagai rancangan pembangunan
ekonomi.

5.1 PELAN PEMBANGUNAN


Terdapat pelbagai rancangan atau pelan pembangunan ekonomi yang
dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan sebelum dan selepas merdeka.
Rancangan tersebut adalah seperti yang berikut:

(a) Rancangan Malaya Pertama (tahun 1956 hingga 1960);

(b) Rancangan Malaya Kedua (tahun 1961 hingga 1965);

(c) Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) (tahun 1966 hingga 1970);

(d) Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (tahun 1971 hingga 1975);

(e) Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) (tahun 1976 hingga 1980);

(f) Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) (tahun 1981 hingga 1985);


224  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

(g) Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) (tahun 1986 hingga 1990);

(h) Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) (tahun 1991 hingga 1995);

(i) Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7) (tahun 1996 hingga 2000);

(j) Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) (tahun 2001 hingga 2005);

(k) Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) (tahun 2006 hingga 2010);

(l) Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) (tahun 2011 hingga 2015); dan

(m) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) (tahun 2016 hingga 2020).

Walau bagaimanapun, dalam subtopik ini, kita hanya akan memberi tumpuan
kepada Rancangan Malaya Pertama hingga Rancangan Malaysia Keenam sahaja.
Mari kita teruskan.

5.1.1 Rancangan Malaya Pertama (Tahun 1956


hingga 1960)
Apakah matlamat kerajaan menerusi Rancangan Malaya Pertama? Menerusi
Rancangan Malaya Pertama, matlamat kerajaan adalah untuk membangunkan
kawasan luar bandar dan mempelbagaikan sumber dalam negara.

Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan dua buah agensi pembangunan luar bandar,
iaitu:

(a) Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (LPKP) atau Rural and
Industrial Development Authority (RIDA); dan

(b) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA ă Federal Land


Development Authority).

Apakah tujuan dua agensi tersebut? Tujuan dua agensi tersebut adalah untuk
memajukan ekonomi luar bandar (Portal 1Klik, 2019a).
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  225

5.1.2 Rancangan Malaya Kedua (Tahun 1961 hingga


1965)
Seterusnya, kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Malaya Kedua dengan
memfokuskan kepada memperbaiki kemudahan asas dan infrastruktur di
kawasan luar bandar. Oleh itu, FELDA telah diberi peranan untuk membuka
tanah dan penempatan baharu bagi menggiatkan aktiviti pertanian serta
perladangan.

Untuk memasarkan hasil pertanian, kerajaan turut menubuhkan Lembaga


Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA ă Federal Agricultural Marketing
Authority) pada tahun 1965.

Namun, ia dianggap sebagai dasar yang tidak mencapai kejayaan dalam


mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dengan wilayah. Hal ini
demikian kerana pendapatan keluarga luar bandar masih lagi berada pada tahap
rendah disebabkan kurang pelaburan dalam modal insan. Hampir 90 peratus isi
rumah di Semenanjung Malaysia berpendapatan kurang daripada RM100 sebulan
tinggal di luar bandar dan berbangsa Melayu.

5.1.3 Rancangan Malaysia Pertama (Tahun 1966


hingga 1970)
Usaha kerajaan tidak terhenti setakat penubuhan Malaya. Selepas Malaysia
dibentuk, RMK1 diperkenalkan bertujuan memberikan penekanan kepada aspek
integrasi dalam kalangan kaum di Malaysia terutamanya antara rakyat di
Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Kerajaan turut memperkenalkan beberapa agensi antaranya:

(a) Majlis Amanah Rakyat (MARA);

(b) Bank Bumiputera;

(c) Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA ă Malaysia Industrial


Development Authority);

(d) Lembaga Penasihat Tarif; dan

(e) Perbadanan Nasional Berhad (PNS) (sebelum ini dikenal sebagai PERNAS).
226  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Apakah tujuan penubuhan pelbagai agensi kerajaan ini? Tujuan penubuhan


pelbagai agensi kerajaan ini adalah menggalakkan penyertaan kaum bumiputera
dalam bidang perusahaan dan memajukan pembangunan dalam bidang
perindustrian negara (Portal 1Klik, 2019a).

5.1.4 Rancangan Malaysia Kedua (Tahun 1971


hingga 1975)
Tahukah anda Tragedi 13 Mei 1969 telah menyebabkan kerajaan merangka satu
lagi rancangan pembangunan ekonomi, iaitu Rancangan Malaysia Kedua
(RMK2)? Menerusi RMK2, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) untuk menangani ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum dengan
melibatkan perbelanjaan berjumlah RM7,250 juta.

Untuk makluman anda, dasar ini juga dikenal sebagai Rangka Rancangan Jangka
Panjang Pertama (RRJP1). Dasar ini merupakan satu dasar serampang dua mata
untuk:

(a) Mengurangkan dan membasmi kemiskinan rakyat Malaysia tanpa mengira


kaum; dan

(b) Menyusun semula masyarakat dengan menghapuskan pengenalan kaum


mengikut kegiatan ekonomi.

Walaupun kerajaan telah memperkenalkan beberapa rancangan pembangunan


ekonomi, namun kaum bumiputera terutamanya orang Melayu masih miskin di
kawasan luar bandar dan bandar.

Oleh itu, DEB diwujudkan sebagai dasar dan strategi untuk membasmi
kemiskinan terutamanya orang Melayu di luar bandar. Bagi menjayakan dasar ini,
kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan kemudahan
perkhidmatan seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan air dan elektrik.
Kerajaan juga menyediakan bantuan biasiswa, buku teks percuma dan makanan
tambahan kepada pelajar di luar bandar. Di samping itu, golongan petani dan
peneroka dibantu dengan bantuan baja subsidi dan projek rumah murah.

Seperti yang telah dinyatakan tadi, DEB juga bermatlamat menghapuskan


pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan
beberapa program perindustrian, perdagangan, pertanian, pengangkutan,
perlombongan dan pertanian. Hal ini demikian supaya jurang ketidakseimbangan
antara kaum dapat dikurangkan dan memberi peluang kepada golongan
bumiputera terlibat secara langsung dalam sektor pengeluaran perindustrian dan
perdagangan (Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, 2019a).
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  227

5.1.5 Rancangan Malaysia Ketiga (Tahun 1976


hingga 1980)
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3), kerajaan merancang pembangunan
wilayah dengan tujuan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara bandar
baharu. Beberapa badan kerajaan telah digerakkan untuk menjalankan usaha
pembangunan di luar bandar antaranya ialah:

(a) Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA);

(b) Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA);

(c) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH); dan

(d) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Selain itu, terdapat badan berkanun seperti MARA, FELDA, PNS, Perbadanan
Pembangunan Bandar (UDA ă Urban Development Authority) dan Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA ă Rubber Industry
Smallholders Development Authority) yang berfungsi untuk membangunkan
wilayah luar bandar di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

5.1.6 Rancangan Malaysia Keempat (Tahun 1981


hingga 1985)
Menjelang era tahun 1980-an, kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Tun Dr
Mahathir telah merencanakan beberapa rancangan pembangunan ekonomi dalam
Rancangan Malaysia Keempat (RMK4). Dalam rancangan ini, Tun Dr Mahathir
telah memfokuskan kepada bidang perusahaan berat yang berlandaskan
pelaburan modal, penggunaan teknologi tinggi dan tenaga kerja mahir.
Perubahan kepada perusahaan berat ini adalah bersesuaian dengan Dasar
Pandang ke Timur yang dipelopori oleh Tun Dr Mahathir.

Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia


(HICOM ă Heavy Industry Corporation of Malaysia) pada tahun 1980. HICOM
telah berperanan dalam menggerakkan beberapa perusahaan berat seperti kilang
simen oleh Kedah Simen Sdn Bhd, kilang besi dan keluli oleh PERWAJA di
Terengganu dan pembuatan kereta nasional oleh Perusahaan Otomobil Nasional
Sdn Bhd (PROTON).
228  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Hasilnya, RMK4 telah memacu Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian


baharu di rantau Asia Tenggara dan juga di dunia. Menerusi rancangan ini,
kerajaan banyak menumpukan kepada usaha untuk meninggikan nilai barangan
utama dengan menambah baik cara memproses keluaran tempatan (Kementerian
Hal Ehwal Ekonomi, 2019b).

5.1.7 Rancangan Malaysia Kelima (Tahun 1986


hingga 1990)
Bagi memastikan DEB mencapai kejayaan, kerajaan mengukuhkan lagi usaha
pembangunan ekonomi negara menerusi Rancangan Malaysia Kelima (RMK5).
Melalui rancangan ini, kerajaan berharap usaha membangunkan ekonomi yang
berteraskan perindustrian akan dapat mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang
baik dan menstabilkan ekonomi negara.

RMK5 menekankan kepada aspek meningkatkan sektor perindustrian dengan


melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam
sektor swasta. Kerajaan juga melonggarkan syarat pelaburan modal asing dengan
tujuan meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport.

Di samping itu, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan


agensinya supaya dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih
berkesan. Bagi memastikan usaha ini berjaya, kerajaan telah memperkenalkan
beberapa pembaharuan seperti melonggarkan peraturan dan kawalan pelesenan,
hak milik syarikat dan aktiviti ekonomi seperti syarat penggunaan tanah,
penanaman padi dan penggunaan tanah lombong serta pertanian (Kementerian
Hal Ehwal Ekonomi, 2019c).

Walau bagaimanapun, selepas 20 tahun (1970 hingga 1990) DEB dilaksanakan,


dasar ini dianggap tidak berjaya dalam pengagihan ekonomi yang saksama
kepada masyarakat bumiputera. Apakah faktor kegagalan tersebut?

Antara faktor yang menghalang matlamat DEB ialah kemerosotan ekonomi


sedunia pada tahun 1985 hingga 1986 yang telah menjejaskan perkembangan
ekonomi Malaysia. Pada tempoh tersebut, kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia
jatuh ke kadar negatif menyebabkan kerajaan terpaksa melonggarkan
pelaksanaan DEB dan meliberalkan struktur ekonomi negara untuk memulihkan
ekonomi negara. Kesimpulannya, sebab utama kegagalan DEB ialah kemerosotan
ekonomi pada tahun 1985 hingga 1986 dan dasar liberalisasi ekonomi negara yang
memberhentikan pelaksanaan ekonomi yang dirancang.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  229

Pelaksanaan DEB tidak banyak membantu golongan bumiputera secara


menyeluruh kerana pengagihan kekayaan tidak dapat dibuat mengikut keperluan
kaum masing-masing. Namun, kekayaan tersebut telah dikumpulkan dan
menjadi hak milik golongan usahawan swasta yang terlibat secara langsung
dalam rancangan perniagaan. Mari kita perhatikan Rajah 5.1 yang memaparkan
peratus pengagihan ekonomi negara pada tahun 1990.

Rajah 5.1: Peratus pengagihan ekonomi negara pada tahun 1990


Sumber: Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996)

5.1.8 Rancangan Malaysia Keenam (Tahun 1991


hingga 1995)
Menjelang tahun 1991, kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Malaysia
Keenam (RMK6). Apakah tujuan rancangan ini? Tujuan RMK6 ialah mengekalkan
dan mengurus pembangunan pesat ekonomi negara.

Oleh itu, beberapa strategi telah dirangka oleh kerajaan seperti meningkatkan
kecekapan dan daya saing ekonomi serta menggalakkan peranan sektor swasta.

Selain itu, kerajaan juga berusaha memastikan kedudukan hasil kerajaan terjamin
dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif (Kementerian Hal
Ehwal Ekonomi, 2019d).

AKTIVITI 5.2

Bincangkan dalam forum myINSPIRE mengenai kepentingan Tragedi 13


Mei 1969 yang menyebabkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan.
230  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

5.2 DASAR EKONOMI DAN DASAR SOSIAL


Kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar utama negara selepas merdeka
hinggalah sekarang bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju.
Dasar tersebut telah diperkenalkan sejak zaman pentadbiran Tun Razak, Tun
Hussein, Tun Dr Mahathir dan diteruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi,
DatoÊ Seri Mohd Najib Tun Razak dan kembali semula ke Tun Dr Mahathir pada
hari ini.

Dasar pembangunan yang dilaksanakan adalah untuk membangunkan dan


memperkukuhkan Malaysia dalam pelbagai aspek penting seperti ekonomi,
sosiobudaya dan perpaduan kaum. Antara dasar utama negara yang telah
dijalankan adalah seperti yang berikut:

(a) Dasar Pertanian Negara (DPN);

(b) Dasar Perindustrian Negara;

(c) Dasar Persyarikatan Malaysia (Malaysia Incorporate);

(d) Dasar Pengkorporatan dan Penswastaan;

(e) Dasar Pendidikan Kebangsaan;

(f) Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK);

(g) Dasar Pandang ke Timur (DPT);

(h) Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam (DPNI);

(i) Dasar Belia Negara (DBN);

(j) Dasar Wanita Negara (DWN);

(k) Dasar Pembangunan Nasional (DPN);

(l) Dasar Wawasan 2020;

(m) Dasar Sosial Negara (DSN); dan

(n) Dasar Islam Hadhari.

Mari kita mempelajari satu persatu dasar utama negara ini dalam subtopik yang
seterusnya.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  231

5.2.1 Dasar Pertanian Negara (DPN)


Sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
kerajaan telah mula memfokuskan aktiviti dalam bidang pertanian. Menjelang
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan banyak memberi tumpuan
kepada dasar pembangunan pertanian di kawasan luar bandar.

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1 bilion (23.6 peratus) belanjawan


negara untuk membangunkan sektor pertanian. Di samping itu, usaha
pembangunan pertanian giat dijalankan dengan penerokaan dan pembukaan
tanah perladangan di kawasan hutan di Malaysia. Kegiatan pertanian merupakan
salah satu usaha gigih Malaysia untuk membangunkan sektor pertanian dalam
membantu masyarakat termiskin yang meliputi sektor tanaman, ternakan,
perikanan dan perhutanan.

Bidang pertanian boleh meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan


golongan petani dan pekebun kecil supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan,
dan taraf kehidupan rakyat dapat ditingkatkan. Contohnya, pada tarikh
1 Julai 1956, kerajaan telah menubuhkan FELDA bagi mengatasi masalah tanah
dan pengangguran luar bandar. Kewujudan FELDA telah dapat meningkatkan
taraf hidup masyarakat luar bandar serta mengurangkan jurang kemiskinan
antara penduduk bandar dengan luar bandar.

Sejak tahun 1956 hingga 1966, kerajaan telah membuka beberapa tanah rancangan
FELDA bagi penempatan keluarga peneroka yang mengusahakan tanaman
kelapa sawit dan getah. Menjelang tahun 1960, FELDA berjaya membuka dan
membangunkan seluas 30,000 ekar tanah pertanian. Hampir 174,000 peneroka
telah ditempatkan dalam rancangan FELDA sepanjang tahun 1956 hingga 1973.

Siapakah orang yang bertanggungjawab memajukan rancangan FELDA? Orang


yang bertanggungjawab memajukan rancangan FELDA di Malaysia ialah
Tun Abdul Razak sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar (rujuk Rajah 5.2).
232  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Rajah 5.2: Tun Abdul Razak DatoÊ Hussein, Bapa Pembangunan Malaysia
Sumber: Aminuddin Baki (1981)

Malah, sumbangan yang dilakukan oleh Tun Abdul Razak kepada pembangunan
luar bandar membolehkan beliau dianugerahkan Ramon Magsaysay Award pada
tarikh 13 Ogos 1967. Tun Abdul Razak menjelaskan anugerah yang diterimanya
sebagai:

„....menyatukan rakyat yang berlainan keturunan bagi membentuk suatu


bangsa dan menggerakkan mereka daripada feudalisme kepada suatu
kehidupan moden yang memerlukan suatu pimpinan bijaksana yang jarang-
jarang terdapat.‰
(Berita Harian, 1967)

Pada tahun 1960-an, kerajaan mendapati usaha yang dijalankan dalam


memajukan bidang pertanian kurang mencapai matlamatnya dan menyebabkan
timbul rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan pemimpin masyarakat. Mereka
bimbang terhadap usaha kerajaan membangunkan sektor pertanian seolah-olah
menetapkan masyarakat bumiputera kekal dalam sektor pertanian yang diwarisi
sejak zaman-berzaman.

Oleh itu, bagi mengatasi permasalahan tersebut, kerajaan memperkenalkan DEB.


Pengenalan DEB ini telah mengembangkan banyak projek dan rancangan sektor
pertanian secara komprehensif. Bagi mencapai matlamat pertanian negara,
kerajaan menubuhkan bahagian penyelidikan dan pembangunan yang intensif
bukan sahaja di institusi awam tetapi juga sektor swasta.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  233

Selain itu, aspek pembangunan pasaran, pembangunan sumber manusia,


pembangunan keluaran, perubahan struktur pengeluaran ladang dan pertanian
telah dirancang oleh pihak kerajaan dengan sebaik mungkin.

Terdapat beberapa strategi yang telah dirangka untuk menjayakan sektor


pertanian negara, iaitu:

(a) Membuka tanah baharu menerusi FELDA (lihat Rajah 5.3), KESEDAR dan
lain-lain.

Rajah 5.3: FELDA merupakan agensi pembangunan tanah yang utama di Malaysia
Sumber: http://www.felda.net.my

(b) Membangunkan kawasan pertanian berdasarkan konsep estet mini.

(c) Menubuhkan koperasi peladang.

(d) Melaksanakan penswastaan.

(e) Mewujudkan perkhidmatan sokongan pertanian seperti Institut


Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM ă Palm Oil Research
Institute of Malaysia, Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI ă Rubber
Research Institute of Malaysia), Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia (MARDI ă Malaysian Agricultural Research and
Development Institute) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA ă Federal Agricultural Marketing Authority).

(f) Mempercepatkan pembangunan sosial dan institusi.


234  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Strategi pembangunan pertanian bersepadu yang dilaksanakan oleh kerajaan


dalam RMK4 adalah dengan mengusahakan tanah yang tidak berekonomi dari
segi saiz secara berkelompok di bawah konsep estet mini. Misalnya, Lembaga
Pertubuhan Peladang (LPP) melaksanakan projek penanaman padi secara estet
mini di Tanjung Karang, Selangor. Malah, penggunaan jentera turut
diperkenalkan bagi ladang berskala besar agar dapat meningkatkan daya
pengeluaran serta mengatasi masalah kekurangan buruh.

Selain itu, koperasi Peladang turut ditubuhkan untuk memberi pelbagai


kemudahan kepada ahli serta menggembleng modal bagi memajukan
kepentingan bersama. Di samping itu, kerajaan turut memberi pelbagai
perkhidmatan sokongan seperti pemasaran, kredit, subsidi dan penyelidikan.

Bagi menjayakan konsep penswastaan, Kementerian Pertanian menswastakan


projek akuakultur di Puchong, Selangor dan projek penyembelihan di pusat
penyembelihan Shah Alam, Ipoh, Kuantan, Melaka, Taiping dan Johor Bahru.

Menerusi program pembangunan sosial dan institusi pula, kerajaan ingin


memupuk semangat berdikari dalam kalangan petani serta mempergiatkan
penyertaan mereka secara aktif dalam proses pembangunan pertanian. Dasar ini
merupakan satu usaha kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian (meliputi
sektor tanaman, ternakan, perikanan dan perhutanan).

Kerajaan juga berusaha untuk memaksimumkan daya pengeluaran dan


meningkatkan pendapatan petani supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan
dan kualiti hidup rakyat diperbaiki lagi. Oleh itu, galakan diberikan untuk
meningkatkan hasil pertanian agar mutu komoditi mempunyai potensi untuk
dieksport.

Bagi menggalakkan sektor pertanian, kerajaan telah memperkenalkan tiga DPN


yang terbahagi kepada empat fasa, iaitu:

(a) Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1) (Tahun 1984 hingga 1991)
Dalam DPN1, kerajaan cuba menggalakkan dan memajukan sektor
pertanian berorientasikan eksport. Pendekatan ini berjaya mengembangkan
aktiviti pertanian kerana negara mempunyai tenaga buruh dan tanah yang
mencukupi. Tumpuan diberi kepada aktiviti tanaman komoditi/ladang
seperti kelapa sawit, koko dan getah.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  235

Usaha ini dikatakan berjaya kerana terdapatnya kemudahan infrastruktur


seperti jalan raya yang disediakan oleh pihak kerajaan. Namun, disebabkan
berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1985 hingga 1986 serta kelemahan
pelaksanaan DEB, maka berlaku kemerosotan dalam sektor pertanian.

Sektor pertanian mencatatkan kemerosotan keluaran dalam negara kasar


(KDNK) sebanyak 18.7 peratus pada tahun 1990 berbanding 20.8 peratus
pada tahun 1985. Pada tahun 1989, kerajaan melantik Timbalan Perdana
Menteri Tun Abdul Ghafar Baba sebagai pengerusi Jawatankuasa Tertinggi
Kajian Semula Dasar Pertanian Negara. Apakah tugas jawatankuasa ini?
Jawatankuasa ini ditugaskan untuk mengkaji cara membangunkan sektor
pertanian dengan lebih berkesan.

(b) Dasar Pertanian Negara Kedua (DPN2) (Tahun 1992 hingga 1997)
Kerajaan telah melancarkan DPN2 bertujuan meningkatkan produktiviti,
kecekapan dan persaingan dalam sektor pertanian. Pada masa yang sama,
kerajaan cuba meningkatkan keluasan tanaman kelapa sawit dan
membangunkan industri asas tani.

Apakah matlamat DPN2? Matlamat DPN2 adalah untuk:

(i) Mencapai perkembangan seimbang antara sektor pertanian dengan


perkilangan;

(ii) Meningkatkan integrasi sektor pertanian dengan sektor lain,


khususnya sektor pembuatan atau perkilangan;

(iii) Mempercepat transformasi sektor pertanian kepada satu sektor yang


lebih moden, komersil, dinamik dan cergas yang terdiri daripada
perniagaan tani, perladangan dan perusahaan yang cekap; dan

(iv) Mencapai pembangunan industri makanan pada tahap yang lebih


tinggi dan menyeluruh, supaya dapat memaksimumkan pendapatan
sektor pertanian.

Namun, sektor pertanian menghadapi cabaran pada ketika itu disebabkan


perubahan struktur ekonomi negara. Kegiatan pertanian di negara ini
menghadapi beberapa masalah seperti:

(a) Kekurangan tenaga buruh;

(b) Upah yang meningkat;

(c) Persaingan sumber tanah dan air;


236  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

(d) Krisis ekonomi dan kewangan;

(e) Inflasi; dan

(f) Kos import yang tinggi.

Kesimpulannya, DPN2 dikatakan menghadapi iklim sosioekonomi dan


cabaran globalisasi yang tinggi.

(c) Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) (Tahun 1998 hingga 2010)
DPN3 dilancarkan oleh kerajaan bagi menggantikan dan mengatasi cabaran
DPN2. Apakah fokus utama DPN3? Fokus utama DPN3 adalah untuk
meningkatkan daya saing sektor pertanian terutamanya dalam penggunaan
sumber secara optimum, meningkatkan sumbangan pertanian kepada
KDNK dan menambah pendapatan pengeluar (Portal 1Klik, 2019b ).

Bagi mencapai pelaksanaan DPN3, kerajaan:

(i) Memastikan jaminan bekalan makanan yang mencukupi, berkhasiat,


bermutu tinggi dan harga berpatutan;

(ii) Mengurangkan penggunaan buruh dalam aktiviti pertanian;

(iii) Memperkukuhkan daya saing sektor pertanian negara;

(iv) Meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan;

(v) Mengubah sektor kebun kecil;

(vi) Menyokong perindustrian dan pelaburan negara; dan

(vii) Memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan.

(d) Dasar Agromakanan Negara (DAN) (Tahun 2011 hingga 2020)


Sepanjang DPN3 dilaksanakan, industri agromakanan mencatatkan kadar
pertumbuhan yang tinggi, iaitu sebanyak 4.7 peratus dalam tempoh 10
tahun. Pencapaian ini merupakan sumbangan daripada pertumbuhan pesat
industri ternakan, tanaman dan perikanan. Oleh itu, kerajaan
memperkenalkan Dasar Agromakanan Negara (DAN) setelah tamatnya
DPN3 pada tahun 2010.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  237

Dasar ini memfokuskan kepada peningkatan pengeluaran makanan dalam


negara bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah dan
pembangunan pertanian bernilai tinggi. Kerajaan menyasarkan peningkatan
kecekapan industri agromakanan supaya menjadi lebih produktif dan
berdaya saing di samping penglibatan sektor swasta dan usahawan tani.

Industri agromakanan terdiri daripada industri padi, beras, perikanan,


ternakan, sayur-sayuran, buah-buahan dan industri kelapa serta
mempromosikan produk agropelancongan (Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani, 2011).

Bagi menjayakan DAN, kerajaan menyenaraikan lapan idea utama sebagai


hala tuju, iaitu:

(i) Jaminan bekalan makanan, kebolehdapatan, keselamatan dan mampu


beli;

(ii) Pembangunan pertanian bernilai tinggi;

(iii) Pembangunan pertanian mapan;

(iv) Kluster pertanian dinamik, memaksimumkan penjanaan pendapatan;

(v) Pelaburan swasta pemangkin transformasi pertanian moden;

(vi) Modal insan pertanian bestari dan berinformasi;

(vii) Pemodenan pertanian berpacukan penyelidikan dan pembangunan


teknologi dan inovasi; dan

(viii) Keunggulan khidmat sokongan pertanian.

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Huraikan ciri-ciri Dasar Pertanian Negara yang dilaksanakan


selepas negara ini mencapai kemerdekaan.

2. Nyatakan perbezaan antara Dasar Pertanian Kedua (DPN2)


dengan Dasar Pertanian Ketiga (DPN3).
238  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

5.2.2 Dasar Perindustrian Negara


Pada tahun 1950-an dan 1960-an, sektor perindustrian berasaskan getah dan bijih
timah telah mula dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan kegiatan
ekonomi Malaysia. Pada tahun 1970-an, sumbangan sektor perindustrian dalam
KDNK adalah sebanyak 13.4 peratus selepas kerajaan meluaskan pertumbuhan
industri yang berasaskan eksport dan industri yang bercirikan ramai tenaga buruh
kasar.

Menjelang RMK4 pada tahun 1980-an, Malaysia mula menitikberatkan Dasar


Perindustrian Negara selaras dengan perkembangan pesat globalisasi. Sektor
perindustrian telah menjadi keutamaan negara terutamanya dalam sektor
perindustrian berat berteknologi tinggi.

Kerajaan telah memainkan peranan utama dalam merancang, melaksana,


membiayai dan menguruskan industri berat kerana sektor swasta tidak mampu
menanggung kos perbelanjaan yang tinggi. Bagi mengatasi kelemahan tersebut,
kerajaan mengumumkan dua kajian yang dapat membentuk Dasar Perindustrian
Negara pada tahun 1983 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.4.

Rajah 5.4: Dua kajian yang membentuk Dasar Perindustrian Negara

Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) adalah bertujuan menyemak dan


mengubah suai dasar perindustrian yang sedia ada dan mengkaji semula galakan
pelaburan dan eksport, manakala Pelan Induk Perindustrian (PIP) bertujuan
menggubal objektif pembangunan perindustrian dalam mengenal pasti strategi
untuk sektor kecil yang berpotensi mengikut keperluan ekonomi negara supaya
tumbuh dengan pesat.

Dasar Perindustrian Negara bertujuan menjadikan sektor pembuatan atau


industri sebagai punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan berusaha
mempergiatkan lagi sektor perindustrian supaya menjadi lebih kukuh tetapi
usaha ini terjejas apabila berlaku kemelesetan ekonomi sedunia pada tahun 1985
hingga 1986.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  239

Malaysia perlu mempelajari kejayaan negara maju seperti Korea Selatan dan
Jepun yang menjadi negara perindustrian moden yang asalnya merupakan negara
pertanian yang mundur. Pada tarikh 3 Februari 1986, DatoÊ Seri Rafidah Abdul
Aziz, Menteri Perdagangan dan Perindustrian mengumumkan tiga matlamat
Pelan Induk Perindustrian (PIP), iaitu:

(a) Menjadikan sektor perkilangan sebagai penggerak utama (catalyst)


pertumbuhan perindustrian negara;

(b) Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara dalam proses


perkilangan tersebut; dan

(c) Meningkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan teknologi tempatan


sebagai asas menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian.

PIP telah menyarankan beberapa langkah supaya Malaysia dapat menjadi negara
perindustrian, iaitu:

(a) Melaksanakan dasar perindustrian yang berpandangan ke luar, iaitu


pengeksportan keluaran perkilangan secara besar-besaran.

(b) Memajukan secara intensif industri berasaskan sumber tempatan untuk


eksport dan mempelbagaikan serta meningkatkan industri bukan
berasaskan sumber untuk eksport.

(c) Memajukan industri berat yang telah diidentifikasikan sebagai projek


membantu industri eksport Malaysia. Pada tahun 1980, HICOM ditubuhkan
sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap perkembangan industri
berat negara. Contoh perkembangan industri berat tersebut ialah industri
besi berongga dan bilet (billet) keluli oleh kilang PERWAJA dan industri
pembuatan kereta nasional, iaitu Proton Saga oleh PROTON (lihat Rajah 5.5).
240  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Rajah 5.5: Kereta Proton Saga merupakan produk Dasar Perindustrian Negara
Sumber: https://ms.wikipedia.org

(d) Memodenkan dan menyusun semula struktur perindustrian dengan


memberi keutamaan kepada industri kecil dan sederhana.

(e) Membangunkan teknologi dan sumber manusia.

(f) Memajukan sistem komunikasi dan maklumat yang bersepadu.

(g) Menggalakkan kemasukan teknologi moden dan modul pelaburan asing


dengan pembinaan suasana pelaburan yang menarik serta kemudahan
infrastruktur yang sesuai dan mencukupi.

(h) Mengurangkan perbelanjaan sektor infrastruktur dengan menggalakkan


pertumbuhan industri di kawasan sedia ada dengan kemudahan
infrastruktur yang diperlukan. Pertumbuhan kawasan industri di pantai
Barat dan pantai Timur Malaysia seperti di Kota Bharu, Kuala Terengganu,
Kuantan, Kota Kinabalu, Sandakan, Labuan, Kuching, Sibu dan Bintulu.

Dasar Perindustrian Negara yang diperkenalkan di Malaysia berjaya


meningkatkan sektor perkilangan sebagai sumber ekonomi negara sebanyak 22.5
peratus dalam KDNK selepas sektor pertanian sebanyak 21.8 peratus. Sehingga
tahun 1990, sektor perindustrian telah menyumbang sebanyak 33 peratus
berbanding sumbangan sektor pertanian sebanyak 18.7 peratus.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  241

Apakah kesan Dasar Perindustrian Negara terhadap ekonomi Malaysia? Dasar


Perindustrian Negara membawa kesan ekonomi yang positif kepada Malaysia
dari segi:

(a) Menyusun semula struktur ekonomi negara seperti yang dirancang dan
sektor perindustrian menyumbang sebanyak 33 peratus dalam KDNK;

(b) Mengeluarkan sejumlah 80 peratus komponen elektronik, alat elektrik dan


tekstil yang merupakan keluaran terpenting untuk eksport;

(c) Meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat secara keseluruhannya dan


mengurangkan kadar kemiskinan negara;

(d) Membangunkan usahawan bumiputera yang mempunyai daya saing dan


kemahiran pada peringkat negara dan antarabangsa;

(e) Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menyusun semula struktur


ekonomi negara dan melahirkan lebih ramai usahawan seperti Tan Sri Syed
Mokhtar, Tan Sri Yeoh Tong Ley dan Tan Sri Ananda Krisnan; dan

(f) Membangunkan sumber manusia dalam bidang sains dan teknologi sebagai
matlamat utama pertumbuhan dan pengagihan ekonomi negara.

Namun, terdapat kelemahan dalam melaksanakan Dasar Perindustrian Negara,


iaitu:

(a) Bergantung pada modal asing dalam usaha membangunkan ekonomi


Malaysia terutamanya FDI dan pasaran kewangan asing;

(b) Ekuiti yang dipegang oleh kaum bumiputera sebanyak 20.6 peratus pada
tahun 1990 tidak dapat dipertingkatkan sepanjang tempoh DPN
menyebabkan matlamat pemilikan bumiputera ekuiti sebanyak 30 peratus
sukar dicapai;

(c) Masalah sosial termasuklah gejala lepak, dadah, keruntuhan moral dan
etika, gengsterisme, tekanan jiwa serta beberapa penyakit baharu seperti
sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS ă Acquired Immune Deficiency
Syndrome), penyakit sebaran seksual (STD ă Sexually Transmitted Disease),
kadar penceraian yang meningkat, perubahan corak hidup dan kehilangan
cara hidup „keluarga luas‰ serta peningkatan bermacam-macam jenayah
terutamanya di kawasan bandar; dan

(d) Pencemaran alam sekitar yang berlaku disebabkan oleh pembangunan pesat
yang tidak dapat dikawal dan ketidakbertanggungjawaban golongan
tertentu dalam menjalankan aktiviti perkilangan.
242  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

SEMAK KENDIRI 5.2

1. Mengapakah pelaksanaan DEB dalam tempoh 30 tahun dikatakan


tidak mencapai matlamat sepenuhnya?

2. Nyatakan peranan FELDA dalam meningkatkan taraf kehidupan


kaum bumiputera.

3. Sejauh manakah Dasar Perindustrian Negara berjaya menjadikan


Malaysia sebagai sebuah negara industri?

5.2.3 Dasar Persyarikatan Malaysia


Dasar Persyarikatan Malaysia telah disuarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
pada 25 Februari 1983 semasa melancarkan satu forum di Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN). Kesan daripada kemerosotan ekonomi pada tahun 1980-an telah
menyedarkan pemimpin Malaysia terutamanya Tun Dr Mahathir bahawa
ekonomi Malaysia perlu diubah suai dari segi pelaksanaannya dalam menghadapi
cabaran global.

Dasar Persyarikatan Malaysia telah diperkenalkan dalam RMK4 dengan


penekanan kepada kepentingan kerjasama sektor awam dengan sektor swasta
supaya rancangan ekonomi negara seperti projek perindustrian dan perniagaan
dapat dilaksanakan dengan cekap, cepat dan berkesan. Terdapat banyak negara
maju telah membuktikan perkembangan ekonomi negara mereka berlaku dengan
berkesan apabila kedua-dua sektor tersebut bekerjasama seperti Jepun, Korea
Selatan dan Taiwan atau dikenal sebagai Negara Industri Baru (NIC ă Newly
Industrialised Countries).

Tun Dr Mahathir menjelaskan, „Apabila Malaysia mahu membangun dengan


cepat, kita kaji cara Jepun yang mampu bangkit dengan pantas selepas dibom oleh
Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua.‰ Tegas beliau lagi, Jepun bangkit
daripada kehancuran dengan mewujudkan polisi kerjasama rapat antara kerajaan
dengan masyarakat perniagaan.

Di Malaysia, terdapat dua sektor utama yang menentukan maju atau mundurnya
negara ini, iaitu sektor swasta dan sektor awam. Maka, kedua-dua sektor perlu
bekerjasama dalam semua bidang bagi memastikan pembangunan negara dapat
dicapai. Sektor swasta perlu memainkan peranan utama sebagai penggerak
ekonomi negara kerana sektor swasta mempunyai fleksibiliti dalam proses
membuat keputusan mahupun kecekapan melaksanakan sesuatu projek. Hal ini
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  243

demikian kerana di peringkat kerajaan, sektor awam masih dibelenggu dengan


pelbagai birokrasinya.

Bagi mengembang dan meningkatkan ekonomi negara, pihak kerajaan dan


agensinya perlu berperanan sebagai pembantu kepada sektor swasta. Kerajaan
atau sektor awam akan menyediakan kemudahan prasarana bagi membolehkan
sektor swasta bergerak dengan lebih cepat dan efektif.

Tun Dr Mahathir menekankan kepentingan peranan sektor awam ini dalam


menentukan kejayaan Dasar Persyarikatan Malaysia berdasarkan ayat berikut:

„⁄sekarang kita berpendapat bahawa memang menjadi tugas kerajaan


menjadi sebuah agensi perkhidmatan (service agency) yang berkhidmat untuk
semua pihak termasuk pihak swasta. Kita ingin supaya semua pegawai
kerajaan menganggap bahawa swasta merupakan punca kehidupan mereka.
Kejayaan swasta adalah kejayaan mereka sendiri kerana sudah tentu kita
maklum bahawa apabila swasta dapat kejayaan pihak kerajaan juga dapat
menumpang daripada kejayaan itu⁄‰

Apakah objektif Dasar Persyarikatan Malaysia? Objektif Dasar Persyarikatan


Malaysia adalah:

(a) Mewujudkan kerjasama erat dan berkesan antara sektor awam dengan
sektor swasta demi pembangunan negara mencapai faedah bersama;

(b) Menamatkan pendekatan permusuhan antara kedua-dua sektor yang wujud


sejak dahulu dengan menggalakkan perkongsian maklumat dan saling
memahami untuk kejayaan bersama; dan

(c) Meningkatkan hasil negara melalui kejayaan dasar yang berkait dengan
Prinsip Dasar Persyarikatan Malaysia.

Apakah strategi pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia? Pelaksanaan Dasar


Persyarikatan Malaysia dapat dijayakan dengan kesefahaman dan kerjasama
antara sektor awam dengan sektor swasta melalui:

(a) Penghapusan tidak kefahaman antara sektor awam dengan sektor swasta;

(b) Satu persetujuan bagi mencapai matlamat negara, menjaga maruah dan
bersungguh-sungguh menjayakan pembangunan negara;
244  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

(c) Peraturan dan prosedur kerja sektor awam perlu dikaji dan dipinda dengan
penglibatan sektor swasta; dan

(d) Hubungan antara agensi kerajaan seperti kementerian, jabatan dan badan
berkanun hendaklah dipertingkatkan dari segi matlamat dan cara kerja yang
sama.

Sebagai langkah awal, kerajaan telah melatih 18 pegawai di Persatuan


Perindustrian dan Perdagangan British Malaysia (BMITA ă British Malaysian
Industry and Trade Association) pada tahun 1984 bagi mendedahkan pegawai
tersebut tentang aspek pengurusan sektor swasta dalam bidang perniagaan,
perdagangan dan industri.

Dasar Persyarikatan Malaysia menunjukkan wujudnya keperluan peningkatan


penglibatan sektor swasta dalam usaha memperkembangkan ekonomi negara.
Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia ini memperlihatkan hubungan dengan
Dasar Pengkorporatan dan Penswastaan, Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (RRJP2) dan Dasar Perindustrian Negara, iaitu:

(a) Berkongsi matlamat yang sama dalam usaha membangunkan ekonomi


Malaysia; dan

(b) Ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.

5.2.4 Dasar Pengkorporatan dan Penswastaan


Pada tahun 1983, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Dasar
Pengkorporatan dan Dasar Penswastaan sebagai keperluan perubahan struktur
pengurusan ekonomi dalam sektor kerajaan dalam RMK4. Tun Dr Mahathir
menjelaskan pihak kerajaan dan sektor awam menghadapi ketidakcekapannya
dalam pentadbiran walaupun dibantu dengan unsur monopoli dan kuasa
kerajaan berbanding sektor swasta yang lebih cekap dan bermotivasi.

Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Pengkorporatan?

Dasar Pengkorporatan merujuk kepada aspek pemindahan aset,


tanggungjawab, hak dan obligasi sesuatu badan berkanun kepada sebuah
syarikat yang dimiliki oleh kerajaan di bawah Akta Syarikat 1965.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  245

Apakah pula yang dimaksudkan dengan Dasar Penswastaan?

Dasar Penswastaan merujuk kepada pemindahan perkhidmatan dan fungsi


daripada sektor awam milik kerajaan kepada sektor swasta.

Sebenarnya, Dasar Persyarikatan mencetuskan kemunculan Dasar


Pengkorporatan dan Dasar Penswastaan di Malaysia. Kerajaan berusaha
menggalakkan syarikat korporat milik kerajaan supaya bekerjasama dengan
sektor swasta dalam membangunkan ekonomi negara.

Bagi menjayakan pelaksanaan penswastaan, kerajaan memperkenalkan strategi


dan prosedur baharu seperti mengurangkan perbelanjaan pembangunan dan
menjimatkan perbelanjaan mengurus yang ditanggung oleh kerajaan dan pada
masa yang sama, kerajaan cuba meningkatkan hasil pendapatan negara (Portal
IKlik, 2019c).

Dasar Pengkorporatan merupakan dasar utama yang diperlukan sebagai proses


pindahan agensi kerajaan kepada sektor swasta yang berperanan dalam industri
atau perniagaan atau berkaitan dengan kedua-dua bidang tersebut. Dalam proses
pindahan tersebut, terdapat tiga komponen besar yang terlibat, iaitu
tanggungjawab pengurusan, aset atau hak untuk menggunakan aset dan
kakitangan.

Contohnya, agensi seperti Lembaga Elektrik Negara (LLN) diswastakan sebagai


Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Telekom sebagai Telekom Malaysia
Berhad (TM) dan Jabatan Pos sebagai Pos Malaysia (lihat Rajah 5.6).

Rajah 5.6: Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) dan
Pos Malaysia ialah contoh pindahan agensi kerajaan kepada sektor swasta
246  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Kerajaan membenarkan dan menggalakkan persaingan dalam industri yang telah


diswastakan supaya wujud kecekapan dan kemampuan bersaing. Selain itu,
peranan kerajaan yang dihadkan kepada tahap minimum merupakan perkara
yang mustahak demi kepentingan pembangunan negara secara keseluruhan.

Apakah matlamat utama dalam Pelan Induk Penswastaan (PIP)? Terdapat lima
matlamat utama dalam Pelan Induk Penswastaan (PIP), iaitu:

(a) Membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi;

(b) Mengurangkan beban pentadbiran dan kewangan kerajaan;

(c) Meningkatkan kecekapan dan produktiviti;

(d) Mengecilkan saiz dan mengurangkan penglibatan sektor awam dalam


aktiviti ekonomi; dan

(e) Membantu pencapaian matlamat penyusunan semula berdasarkan Dasar


Pembangunan Nasional.

Dasar Penswastaan secara tidak langsung dapat mengurangkan beban kewangan


dan pentadbiran kerajaan apabila perbelanjaan kerajaan dalam sektor ekonomi
diserahkan kepada sektor swasta. Kerajaan dapat menumpukan perhatian kepada
bidang utama pentadbiran kerajaan yang lain.

Contohnya, proses membina perpaduan negara, keselamatan, keamanan negara,


usaha membasmi kemiskinan dan ketidakseimbangan sosioekonomi.
Pengurangan peranan kerajaan dan saiz sektor perkhidmatan awam
diperkecilkan bagi membolehkan sumber kewangan dapat disimpan dan
disalurkan untuk keperluan bidang lain.

Pada masa yang sama, peranan sektor swasta diperluaskan dan diberi peluang
dalam peningkatan serta pertumbuhan ekonomi negara. Sektor swasta dapat
meningkatkan keuntungan dan perluasan skop komersial melalui kecekapan dan
daya pengeluarannya yang pesat. Menerusi cara ini, kerajaan akan memperoleh
hasil tambahan khususnya melalui cukai korporat untuk keperluan perbelanjaan
sosioekonomi lain.

Selain itu, Dasar Penswastaan akan menolong meningkatkan kadar pencapaian


objektif ekonomi negara khususnya memenuhi objektif DEB untuk menyusun
semula corak pemilikan dalam ekonomi negara.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  247

Sehingga tahun 1997, Dasar Pengkorporatan dan Penswastaan yang dilaksanakan


oleh kerajaan telah meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat ke arah
sebuah negara industri baru (NIC ă newly industrialized country). Dasar
Penswastaan dapat mendorong perkembangan sektor korporat dan membuka
peluang meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui daya usaha sektor swasta.
Secara keseluruhannya, dasar ini berjaya mengurangkan beban pentadbiran
kerajaan, khasnya dari segi kakitangan dan tanggungan kewangan.

5.2.5 Dasar Pendidikan Kebangsaan


Sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
tidak wujud satu bentuk sistem pelajaran kebangsaan di Tanah Melayu. Ketika
pentadbiran British di Tanah Melayu, terdapat empat corak pendidikan
vernakular yang menekankan kepada empat aliran pendidikan yang berbeza,
iaitu sekolah beraliran Melayu, Inggeris, Cina dan India.

British tidak mementingkan soal perpaduan dalam kalangan rakyat di Tanah


Melayu. Sebaliknya, British beranggapan tanggungjawab mereka adalah
memberikan pelajaran kepada rakyat Tanah Melayu untuk memenuhi keperluan
tenaga dan ekonomi kepada British. Bagi golongan rakyat yang mempunyai
kemampuan, mereka akan dapat peluang belajar di sekolah aliran Inggeris.
Keadaan ini menyebabkan wujudnya masalah polarisasi kaum di Tanah Melayu
(Awang Had Salleh, 1980).

Selepas pilihan raya umum tahun 1955, Parti Perikatan yang dianggotai oleh tiga
komponen parti, iaitu UMNO, MCA dan MIC memenangi pilihan raya tersebut
dan seterusnya telah membentuk satu jawatankuasa pelajaran bagi mengkaji
sistem yang sedia ada.

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, soal perpaduan
merupakan agenda utama yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan. Hal
ini demikian kerana kerjasama yang erat antara ketiga-tiga kaum akan dapat
membentuk perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat di Tanah
Melayu.

Pemimpin Parti Perikatan percaya bahawa soal perpaduan kaum boleh


diwujudkan menerusi satu sistem pelajaran kebangsaan yang sama dan akhirnya
dapat membentuk satu bangsa Malaysia.
248  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Terdapat beberapa penyata, akta, laporan tentang pendidikan yang dikeluarkan


untuk mencorakkan sistem pendidikan di Malaysia, antaranya adalah:

(a) Penyata Razak 1956;


(b) Penyata Rahman Talib 1960;
(c) Akta Pelajaran 1961;
(d) Laporan Aminuddin Baki 1962;
(e) Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi/Laporan Khir Johari 1967;
(f) Jawatankuasa Mengkaji Latihan Perguruan 1969;
(g) Jawatankuasa Kabinet 1974 dan 1979; dan
(h) Akta Pendidikan 1996.

Selepas merdeka, kerajaan Perikatan sedar bahawa melalui satu sistem pelajaran
yang sama di Tanah Melayu akan dapat menyatupadukan kaum di negara ini.
Pada tarikh 30 September 1955, satu jawatankuasa pelajaran telah dibentuk bagi
mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 sedia ada yang dinamakan sebagai
Jawatankuasa Razak.

Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein dan
dianggotai oleh ketiga-tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu, iaitu orang
Melayu, Cina dan India. Apakah matlamat utama Penyata Razak? Matlamat
utama Penyata Razak adalah menyemak semula sistem pendidikan Tanah Melayu
dengan membina satu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh diterima oleh
rakyat dan mengkaji serta meminda struktur pendidikan negara yang
berlandaskan Ordinan Pelajaran 1952 pada ketika itu (Portal IKlik, 2019d).

Jawatankuasa Razak cuba membina satu dasar pendidikan yang bersifat


demokrasi bagi memenuhi keperluan rakyat dan menjamin hak setiap kanak-
kanak mendapat pendidikan di negara ini. Dasar ini secara tidak langsung dapat
mewujudkan perpaduan rakyat seperti yang dinyatakan dalam kenyataan yang
berikut:

„Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak


menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan
memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan
menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.‰
(Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956, 1956)
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  249

Pada bulan April 1956, Laporan Razak dikemukakan hasil daripada kajian
jawatankuasa tersebut. Antara kandungan penting dalam Laporan Razak adalah
mengenai pelaksanaan sistem sekolah rendah, sistem sekolah menengah dan
sistem peperiksaan. Sekolah rendah dibahagikan kepada sekolah rendah
kebangsaan (SRK) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dan sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) yang menggunakan bahasa Inggeris,
Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.

Selain itu, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib
di sekolah rendah. Manakala sekolah menengah dibahagikan kepada tiga
peringkat, iaitu sekolah menengah rendah (tiga tahun), sekolah menengah atas
(dua tahun) dan prauniversiti (dua tahun). Hanya terdapat satu jenis sekolah
menengah sahaja yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai
mata pelajaran wajib.

Pada bulan April 1957, Laporan Razak diluluskan dan dikuatkuasakan sebagai
Ordinan Pelajaran 1957. Namun begitu, Penyata Razak ini ditentang oleh orang
Melayu kerana tiada mempunyai ketegasan dalam pelaksanaan bahasa
kebangsaan. Bagi orang Cina, mereka menentang Penyata Razak kerana
sesetengah cadangan dikatakan telah mengabaikan pendidikan bahasa Cina
(Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956, 1956).

Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji


semula perlaksanaan Penyata Razak dan menyarankan beberapa langkah bagi
mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu. Jawatankuasa
ini dikenal sebagai Laporan Rahman Talib (1960).

Pembentukan jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman Talib dan


beberapa orang anggota adalah untuk menyegerakan pelaksanaan dasar
pendidikan kebangsaan yang disyorkan dalam Penyata Razak. Pada dasarnya,
Jawatankuasa Penyemak Pelajaran bersetuju dengan semua syor yang telah
dicadangkan dalam Penyata Razak dan menambah beberapa syor yang dianggap
penting dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu (Penyata Jawatankuasa
Penyemak Dasar Pelajaran 1960, 1961).

Terdapat beberapa syor yang telah dikemukakan, iaitu:

(a) Menjadikan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah


rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi;

(b) Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK (T) yang ingin
bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris;
250  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

(c) Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah
menengah bantuan kerajaan;

(d) Peluang pendidikan selama sembilan tahun disediakan secara automatik,


iaitu enam tahun sekolah rendah dan tiga tahun sekolah menengah rendah;

(e) Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa
pengantarnya; dan

(f) Mata pelajaran akhlak bagi murid beragama Islam ialah Pendidikan Islam
dan murid bukan beragama Islam ialah Pendidikan Moral.

Berdasarkan syor Laporan Rahman Talib, akhirnya laporan ini digubal menjadi
Akta Pelajaran 1961. Akta Pelajaran 1961 menekankan perkara seperti yang
berikut (lihat Rajah 5.7):

Rajah 5.7: Akta Pelajaran 1961


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  251

Pada tahun 1962, satu penyata diperkenalkan oleh Aminuddin Baki, iaitu Ketua
Penasihat Pelajaran yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu. Penyata
Aminuddin Baki 1962 menekankan masalah besar dari segi bilangan murid yang
benar-benar layak untuk naik belajar ke sekolah menengah, iaitu adalah sangat
sedikit.

Pada tarikh 20 Februari 1961, Abdul Rahman Talib membentuk satu jawatankuasa
pelajaran yang dianggotai seramai sembilan orang yang diketuai oleh Aminuddin
Baki. Jawatankuasa tersebut menjalankan penyiasatan terhadap (Aminuddin
Baki, 1981):

(a) Sebab-sebab keputusan peperiksaan masuk ke sekolah menengah adalah


lemah dan mencari jalan mengatasinya;

(b) Sebab-sebab sedikitnya bilangan murid sekolah kebangsaan yang


mengambil peperiksaan masuk sekolah menengah; dan

(c) Kelemahan keputusan peperiksaan murid Melayu dalam peperiksaan Sijil


Rendah Pelajaran dan cara untuk mengatasinya.

Laporan Aminuddin Baki 1962 menyelesaikan masalah di sekolah menengah


aliran Melayu khasnya dari segi peperiksaan, iaitu Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
dan Federation of Malaya Certificate (FMC) (Malay Medium). Jawatankuasa
pelajaran yang dipengerusikan oleh Aminuddin Baki sendiri telah bertindak
menyiasat secara menyeluruh tentang masalah yang dihadapi dalam pendidikan
murid Melayu.

Pada tarikh 31 Oktober 1962, Penyata Kelemahan Pelajaran Melayu Aminuddin


Baki dibentangkan untuk mengatasi kelemahan pelajaran dalam kalangan murid
Melayu di sekolah kebangsaan. Penyata Aminuddin Baki mengemukakan 12 syor
kepada kerajaan tentang kemunduran pelajaran pelajar Melayu.

Jawatankuasa ini menumpukan penyiasatan terhadap pelbagai masalah seperti


kesesuaian bentuk soalan dalam peperiksaan, masalah dan sikap guru,
kemantapan latihan perguruan, pelaksanaan kaedah pengajaran, hubungan
dengan ibu bapa serta kekurangan kemudahan fizikal di sekolah. Aminuddin Baki
telah mengumumkan hasil penyiasatan jawatankuasa pelajaran yang
dipengerusikannya dalam Laporan Jawatankuasa Aminuddin Baki 1962
(Aminuddin Baki, 1981).
252  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku menyebabkan kerajaan terpaksa mengkaji


semula struktur sistem pendidikan kebangsaan yang dikuatkuasakan sejak
merdeka. Keadaan ini menyebabkan kerajaan merombak semula sistem
pendidikan kebangsaan dengan tujuan meyakinkan sistem yang baharu untuk
melahirkan sumber manusia (modal insan) yang diingini dan tepat kepada
keperluan masa.

Kerajaan terpaksa membentuk Jawatankuasa Kabinet 1974 disebabkan


berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Hal ini demikian kerana hasil daripada
kajian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet 1974 mendapati terdapat
kelemahan dalam sistem pendidikan pada ketika itu yang kurang
menitikberatkan aspek perpaduan negara. Selepas Jawatankuasa Kabinet 1974,
lahir Jawatankuasa Kabinet 1979 yang mengkaji sistem pendidikan di Malaysia
yang dapat memenuhi matlamat melahirkan masyarakat bersatu, berdisiplin dan
berkualiti.

Bagi memperkukuhkan Malaysia pada masa hadapan dan mencapai Wawasan


2020, kerajaan memperkenalkan Akta Pendidikan Kebangsaan 1996. Dalam Akta
Pendidikan 1996, kerajaan mengubah pendirian terhadap konsep bahasa
kebangsaan sebagai satu-satunya bahasa pengantar dalam peringkat sekolah dan
peringkat pendidikan tinggi kebangsaan serta menerima bahasa Inggeris sebagai
bahasa sejagat bagi kemajuan sains dan teknologi.

Akta ini membenarkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk disiplin
sains dan teknologi pada peringkat pendidikan tinggi, dan pada peringkat sekolah
untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Hal ini bertujuan bagi menentukan
sistem pendidikan di Malaysia berupaya melahirkan sumber manusia yang
diperlukan untuk perkembangan negara, membentuk jati diri kebangsaan dan
memperkuatkan perpaduan negara.

Kerajaan juga melakukan reformasi sistem pendidikan dalam memperkenalkan


fleksibiliti tadbir dalam kalangan universiti awam (UA) melalui Dasar
Pengkorporatan UA yang diperkenalkan di Universiti Malaya. Pengkorporatan
UA adalah untuk membebaskan UA daripada pegangan birokrasi yang ketat dan
tidak lagi sesuai pada masa kini. Dasar pengkorporatan ini akan memberikan
fleksibiliti dalam sistem pentadbiran dan kuasa autonomi baharu kepada UA.

Kerajaan turut memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan dengan


pelaksanaan sekolah wawasan. Konsep sekolah wawasan bermatlamat mengatasi
masalah pengasingan sosial kaum di Malaysia disebabkan oleh sistem sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Di bawah konsep sekolah wawasan,
sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil ditempatkan di
bawah satu infrastruktur yang sama tetapi berlainan pentadbiran, iaitu mereka
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  253

akan berkongsi penggunaan kemudahan padang permainan, kantin dan


sebagainya.

Melalui cara ini, murid daripada pelbagai kaum akan berpeluang bertemu,
berinteraksi dan boleh merapatkan hubungan melalui aktiviti sukan, sosiobudaya
dan aktiviti lain. Namun, projek sekolah wawasan dianggap kurang berjaya
kerana penolakan persatuan dan pertubuhan masyarakat Cina yang menganggap
sekolah wawasan sebagai suatu usaha untuk menghapuskan identiti sekolah Cina
dan Tamil.

SEMAK KENDIRI 5.3

1. Bezakan antara Dasar Penswastaan dengan Dasar Persyarikatan di


Malaysia.

2. Apakah peranan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam


mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia?

5.2.6 Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)


Dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan di Kuala Lumpur pada tarikh 16 hingga
20 Ogos 1971, asas kebudayaan kebangsaan telah diwujudkan yang kemudiannya
membentuk Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK). Terdapat tiga prinsip utama
yang membentuk DKK digariskan oleh ahli kongres tersebut. Tiga prinsip utama
tersebut ialah (Mohd Taib Osman, 1988):

(a) Kebudayaan kebangsaan Malaysia haruslah berteraskan kebudayaan rakyat


asal di rantau ini;

(b) Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
kebudayaan kebangsaan; dan

(c) Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan


kebangsaan.

Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum memerlukan satu dasar


kebudayaan yang dapat membentuk rakyat negara ini agar mempunyai sifat yang
baik, mulia dan melahirkan satu cara hidup yang bersifat kemalaysiaan.
254  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Budaya berperanan mencorakkan cara hidup sesebuah masyarakat dan secara


langsung dapat meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik dalam
sesebuah negara. Penggubalan DKK di Malaysia akan dapat dijadikan sebagai
panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara ini
dalam kalangan negara di dunia (Mohd Taib Osman, 1988).

Namun, penggubalan dasar kebudayaan ini hendaklah dilakukan dengan


mempertimbangkan fakta sejarah dan asal usul serta perkembangan negara ini
sejak dahulu lagi. Oleh itu, penggubalan DKK ini mengambil kira kebudayaan
penduduk asal di rantau ini yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina,
Singapura, Brunei, Thailand dan Kepulauan Pasifik Selatan.

Orang Melayu ialah penduduk asal di rantau ini termasuk Tanah Melayu yang
wujud sejak zaman-berzaman. Kedudukan geografi alam Melayu membuktikan
orang Melayu ialah penduduk asal di Nusantara. Lebih-lebih lagi kehidupan
masyarakat Melayu berkembang dengan meluas secara harmoni dari segi
kesenian, kebudayaan dan bahasa Melayu.

Orang Melayu menuturkan dan mengembangkan bahasa Melayu dalam pelbagai


aspek kehidupan malah menuturkannya sebagai bahasa perhubungan
antarabangsa (lingua franca) dalam bidang perdagangan.

Bagi membentuk DKK, kebudayaan kaum lain yang wajar dan sesuai boleh
diterima sebagai kebudayaan yang bersifat dinamik dan melalui proses
penyerapan serta penyesuaian dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Sebagai
negara yang berbilang kaum, unsur kebudayaan masyarakat Cina, India dan lain-
lain wajar dipertimbangkan dalam pembentukan DKK. Unsur ini boleh diterima
sebagai unsur kebudayaan selagi ia tidak bercanggah dengan perlembagaan,
Rukun Negara, asas moral dan agama Islam sebagai agama rasmi.

Oleh itu, agama Islam dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan DKK.
Selain itu, pembentukan DKK meletakkan tiga objektif penting, iaitu:

(a) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan;

(b) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh


daripada kebudayaan kebangsaan; dan

(c) Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan


kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  255

Oleh itu, peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan adalah


penting bagi memastikan pelaksanaan dan matlamat DKK dapat dicapai. Pihak
kementerian juga perlu menggerakkan peranan badan dan jabatan lain seperti
jabatan kerajaan, kerajaan negeri, badan berkanun dan pihak swasta. Contohnya,
Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan hendaklah menjalankan
usaha pembangunan aktiviti kesenian dan kebudayaan bagi mengukuhkan DKK.
Antara usaha yang boleh dilakukan ialah pemulihan, pemeliharaan dan
membangunkan kebudayaan melalui aktiviti penyelidikan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya.

Selain itu, kerajaan juga boleh melatih generasi muda untuk mencintai unsur
kesenian dan budaya dengan mempelajari dan mempertahankan seni budaya
negara.

5.2.7 Dasar Pandang ke Timur (DPT)


Dasar Pandang ke Timur (DPT) diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
pada tahun 1981 dalam usaha kerajaan untuk menerapkan nilai dan amalan yang
baik bagi tujuan membangunkan negara. Nilai dan amalan baik dari negara Jepun
dan Korea Selatan dipilih dan diubahsuaikan dengan keadaan Malaysia ke arah
negara maju.

Tun Dr Mahathir menyarankan penolakan nilai urus niaga dan etika kerja Barat
yang kurang sesuai kepada budaya dan cara hidup rakyat Malaysia. Tambahan
pula, dengan kemunculan Jepun dan Korea Selatan sebagai negara perindustrian
yang maju dan berlaku kemerosotan pembangunan negara Barat.

Tegas Tun Dr Mahathir, Malaysia boleh mencontohi dan mempelajari dari Jepun
dan Korea Selatan dalam bidang teknologi moden, etika kerja dan sistem
pengurusan yang berdasarkan sosiobudaya Timur (lihat Rajah 5.8).
256  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Rajah 5.8: Sikap dan budaya kerja masyarakat Jepun

Budaya Timur menerapkan ciri-ciri kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan


kepada negara, keutamaan kepada kumpulan dan bukannya secara individu,
peningkatan daya pengeluaran serta pengurangan perbezaan antara eksekutif
dengan pekerja.

Pengenalan DPT menyebabkan perubahan beberapa struktur pentadbiran


kerajaan seperti konsep pejabat terbuka, penubuhan kumpulan untuk
meningkatkan mutu kerja, kad perakam waktu kerja dan penggunaan tanda
nama. Kerajaan turut memperkenalkan beberapa konsep seperti „Bersih, Cekap
dan Amanah‰ dan „Kepimpinan melalui Teladan‰ untuk membentuk sikap yang
positif bagi kakitangan awam.

Bagi menjayakan DPT, kerajaan menghantar pelatih ke Jepun dan Korea Selatan
untuk mempelajari teknologi dan sistem pengurusan negara tersebut. Usaha ini
membolehkan pelajar Malaysia mengikuti kursus sains dan teknologi di universiti
Jepun dan Korea Selatan. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan tenaga
kerja mahir terutamanya dalam sektor perindustrian di Malaysia.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  257

5.2.8 Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam (DPNI)


Pada tahun 1985, Tun Dr Mahathir memperkenalkan Dasar Penerapan Nilai-nilai
Islam (DPNI) ke dalam sistem pentadbiran Malaysia. Tujuan dasar ini
diperkenalkan adalah membentuk satu sistem nilai yang sama bagi melahirkan
satu masyarakat Malaysia yang bermaruah tinggi dan disegani oleh masyarakat
dunia. Sebelum dan selepas negara ini mencapai kemerdekaan, terdapat banyak
usaha yang dijalankan oleh kerajaan dalam mengukuhkan Islam sebagai agama
rasmi di Malaysia.

Banyak program yang berlandaskan Islam diperkenalkan seperti sistem sekolah


agama, sistem undang-undang Mahkamah Syariah, pembinaan surau dan masjid
diperbanyakkan serta pengurusan zakat dan baitulmal. Kerajaan juga
menganjurkan program keagamaan seperti Tilawah al-Quran pada peringkat
kebangsaan dan antarabangsa (Portal 1Klik, 2019de.)

Pada tahun 1970-an, kerajaan mengambil langkah drastik bagi memperkukuhkan


agama Islam dengan penubuhan sekolah menengah agama berasrama penuh,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Bank Islam, syarikat insurans Islam,
Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri dan termasuklah dalam hal
pentadbiran negara.

Apakah objektif DPNI? Objektif DPNI dalam pentadbiran adalah:

(a) Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti


kukuh dan disegani oleh masyarakat lain;

(b) Menubuhkan sebuah „negara bahagia‰;

(c) Menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang


dipertanggungjawabkan; dan

(d) Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Berdasarkan objektif tersebut secara tidak langsung menunjukkan DPNI tidak


bertujuan mengislamkan orang bukan Islam. Pada hakikatnya, hasrat kerajaan
adalah memastikan semua kaum dapat menghayati dan mengamalkan nilai
murni Islam yang baik dan tidak bercanggah dengan ajaran agama lain di
Malaysia. Sesungguhnya, Islam merupakan agama yang menekankan cara hidup
yang dapat memastikan kesejahteraan manusia sejagat.
258  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Terdapat sebanyak 11 nilai asas yang diterapkan dalam dasar ini, iaitu amanah,
berdisiplin, tanggungjawab, bekerjasama, dedikasi, sederhana, tekun, bersih,
ikhlas, berbudi mulia dan bersyukur. Nilai-nilai ini dapat dijadikan panduan
kepada para pekerja sektor awam dalam menjalankan pelbagai urusan pekerjaan
setiap hari (Portal 1Klik, 2019e).

Selain itu, penerapan nilai Islam akan dapat menghapuskan amalan buruk seperti
rasuah, penyelewengan, jenayah, penindasan dan penyalahgunaan kuasa.
Kerajaan mengambil langkah secara berhati-hati dan beransur-ansur dalam
melaksanakan dasar ini supaya tidak menimbulkan perselisihan faham dalam
kalangan masyarakat bukan Islam.

5.2.9 Dasar Belia Negara (DBN)


Belia merupakan sumber terbesar dalam negara dan mereka juga penyumbang
kepada pembangunan negara. Pada tarikh 13 Disember 1985, setelah dirancang
dan digubal dalam tempoh 13 tahun, Dasar Belia Negara (DBN) diumumkan oleh
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, iaitu Tan Sri Dr Sulaiman Daud. Dalam
ucapannya, tujuan dasar ini digubal adalah membentuk generasi belia yang
sempurna, terancang dan bersepadu.

Secara khususnya, DBN digubal untuk membangunkan taraf sosial dan ekonomi
belia di samping mengukuhkan perpaduan dan keselamatan negara yang
berdepan dengan cabaran globalisasi. Penggubalan DBN ini juga hasil sokongan,
dan penglibatan badan dan pertubuhan seperti Majlis Perpaduan Belia Negara,
institusi pengajian tinggi dan peranan orang perseorangan.

Pembangunan belia di Malaysia adalah berdasarkan prinsip berikut:

(a) Mengamalkan prinsip Rukun Negara;

(b) Mempunyai semangat perpaduan dan kesukarelaan dan mengamalkan


prinsip autonomi;

(c) Mempunyai sifat kepimpinan yang matang dan bertanggungjawab;

(d) Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara;

(e) Mempunyai moral yang tinggi, dan sikap yang mementingkan kesihatan
dan kecergasan diri; dan

(f) Mempunyai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  259

Bagi melahirkan golongan belia yang berkualiti, kerajaan menyasarkan supaya


belia memiliki ciri-ciri persediaan bagi menghadapi cabaran moden dan pengaruh
sosiobudaya globalisasi yang lebih kompleks, antaranya:

(a) Memiliki ilmu dan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam kerjaya
sehingga membawa kepada hasil yang baik;

(b) Mempunyai ketahanan diri yang kental dari sudut mental dan emosi supaya
tidak mudah terpengaruh dan mudah digoda oleh apa-apa unsur yang tidak
sihat;

(c) Mempunyai kesedaran mempertingkatkan diri dari semasa ke semasa;

(d) Mempunyai cita rasa dan idea yang tertinggi untuk meningkatkan taraf
kehidupan, sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan yang sentiasa
mementingkan pembangunan belia pada setiap masa; dan

(e) Mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang positif dan yakin diri dalam
menghadapi gejala sosiobudaya yang subversif kepada jati diri kebangsaan
dan nilai sosioakhlak masyarakat Malaysia supaya dapat ditolak dan
dihapuskan dengan berkesan.

Selain itu, kerajaan merancang beberapa program dan aktiviti yang boleh
meningkatkan kemahiran belia dalam bidang kepimpinan, perniagaan dan
vokasional. Oleh itu, peranan Kementerian Belia dan Sukan adalah merancang
dan melaksanakan Dasar Belia Negara seperti memperkenalkan program Rakan
Muda. Program Rakan Muda ini bertujuan mempertingkatkan penglibatan belia
dalam pelbagai bidang seperti kesukanan, kebudayaan dan kesenian.

Pada tahun 1997, kerajaan sekali lagi melancarkan Dasar Pembangunan Belia
Negara dengan tujuan mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang
bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmani, bertanggungjawab, berdikari,
bersemangat sukarela, patriotik dan penggerak kemajuan bangsa, agama dan
negara (Kementerian Belia dan Sukan, 2019).

Pada tarikh 15 Mei 2015, Perdana Menteri DatoÊ Seri Mohd Najib Tun Razak
melancarkan Dasar Belia Malaysia (DBM) baharu yang lebih komprehensif untuk
pembangunan belia bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Pada
dasarnya, Dasar Belia Malaysia hanya akan dilaksanakan mulai tahun 2018 bagi
menggantikan Dasar Pembangunan Belia Negara 1997.
260  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Satu persetujuan yang dibuat dalam DBM adalah menetapkan had umur belia
daripada 15 tahun hingga 30 tahun berbanding 15 tahun hingga 40 tahun dalam
dasar sebelum ini. Menurut DatoÊ Seri Mohd Najib, generasi muda perlu
mempunyai potensi diri sehingga ke tahap maksimum bagi memastikan negara
terus kekal hebat dan unggul (Kementerian Belia dan Sukan, 2019).

DBM akan dapat memaksimumkan potensi setiap belia kerana hanya 23 peratus
pekerja yang mahir dan sebahagian besar hanya mempunyai kemahiran yang
sederhana. Menurut beliau lagi, jika semua belia menjadi pekerja mahir, maka
potensi negara akan dapat dilonjakkan dan menggesa golongan belia agar jangan
mudah berpuas hati dengan pencapaian sederhana serta tidak mencabar diri
untuk mencapai potensi kejayaan yang lebih tinggi (Kementerian Belia dan Sukan,
2019).

Dalam Rancangan Malaysia ke-11, kerajaan akan mengutamakan pendidikan


teknikal dan kemahiran agar belia negara dapat merealisasi dan memperkasa
potensi maksimum mereka. Kerajaan mewujudkan Pusat Kreativiti dan Inovasi
Global Malaysia (MaGIC ă Malaysian Global Innovation and Creativity Centre)
untuk memberi latihan keusahawanan agar belia berjaya menjadi usahawan
walaupun secara kecil-kecilan.

Selain itu, kerajaan akan turut membangunkan tiga „bandar golongan muda‰
(youth city) bagi memberi peluang kepada golongan muda dalam bidang
keusahawanan.

5.2.10 Dasar Wanita Negara (DWN)


Pada tahun 1989, kerajaan menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) sebagai
mencerminkan hasrat kerajaan untuk membantu penyertaan wanita dalam arus
pembangunan negara. Penggubalan DWN juga merupakan pengiktirafan kerajaan
terhadap sumbangan kaum wanita dalam pembangunan negara dan menempatkan
wanita sebagai rakan yang sama penting dalam usaha membina negara.

Di samping itu, DWN bertanggungjawab mengemukakan garis panduan bagi


mengintegrasikan sumbangan dan peranan wanita dalam usaha pembangunan
negara. DWN ini mendukung prinsip tiada diskriminasi berasaskan gender
seperti yang termaktub dalam (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, 2019):

(a) Perlembagaan Persekutuan;

(b) Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita


(CEDAW ă Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination
Against Women);
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  261

(c) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC ă Convention on the Rights


of the Child );
(d) Deklarasi dan Pelan Tindakan Beijing (Beijing Platform for Action);

(e) Matlamat Pembangunan Milenium (MDG ă Millenium Development Goals);

(f) Deklarasi Putrajaya; dan

(g) Program Tindakan mengenai Pembangunan Wanita dalam Negara Anggota


Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM Putrajaya Declaration).

Sebelum DWN digubal, telah wujud beberapa badan dan pertubuhan wanita di
Malaysia. Contohnya, pada tahun 1976 Majlis Penasihat Kebangsaan mengenai
Integrasi Wanita dalam Pembangunan (NACIWID ă National Advisory Council
on the Integration of Women in Development) ditubuhkan dengan tujuan
menterjemahkan pelan tindakan sedunia mengenai wanita dalam pembangunan
negara.

Pada tahun 1983, Urus setia Hal Ehwal Wanita (HAWA) ditubuhkan untuk
mengawasi dan menilai kemudahan serta perkhidmatan yang dibekalkan oleh
kedua-dua sektor awam dan swasta buat kepentingan kaum wanita. HAWA telah
berperanan sebagai urus setia kepada NACIWID (Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2019).

Peranan dan penglibatan kaum wanita diperkukuhkan lagi melalui perlbagai


agensi kerajaan seperti:

(a) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM);

(b) Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO ă National


Council of WomenÊs Organisations); dan

(c) Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI).

Pada tarikh 1 Januari 1990, kerajaan telah meningkatkan taraf HAWA menjadi
Bahagian Hal Ehwal Wanita. HAWA diletakkan di bawah Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Golongan wanita memainkan peranan yang sama penting dengan golongan lelaki
di Malaysia. Oleh itu, wanita berperanan dalam setiap bidang seperti ekonomi,
pembangunan keluarga, masyarakat, sosial dan politik negara. Berdasarkan
statistik pada tahun 1990, sebanyak 46.7 peratus tenaga kerja dalam negara terdiri
daripada kaum wanita.
262  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Apakah objektif Dasar Wanita Negara? Rajah 5.9 menyenaraikan dua objektif
Dasar Wanita Negara.

Rajah 5.9: Dua objektif Dasar Wanita Negara

Matlamat Dasar Wanita Negara pula ialah:

(a) Membangun potensi dan mendayaupayakan wanita dari pelbagai lapisan


masyarakat dan dalam semua sektor sebagai agen perubahan kepada
masyarakat serta penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial
negara;

(b) Menyediakan persekitaran yang kondusif, termasuk penggubalan dasar dan


perundangan mesra wanita, bagi meningkatkan martabat dan kesejahteraan
hidup wanita dalam semua aspek termasuk fizikal, ekonomi, sosial, politik,
kesihatan, psikologi dan kerohanian;

(c) Membudayakan kesaksamaan gender dalam kalangan semua lapisan


masyarakat dalam semua sektor;

(d) Memastikan pandangan dan suara wanita diterima pakai dalam proses
membuat keputusan pada semua peringkat;

(e) Mencapai perkongsian saksama antara wanita dengan lelaki dalam


memperoleh dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta
menikmati manfaat pembangunan; dan

(f) Meningkat dan mengukuhkan perkongsian adil dan saksama antara wanita
dengan lelaki dalam semua aspek kehidupan bagi memantapkan institusi
keluarga serta membangunkan komuniti dan masyarakat.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  263

Kerajaan menggariskan pelbagai strategi pelaksanaan DWN, antaranya


(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2019):

(a) Mengarisperdanakan perspektif gender dalam penggubalan dasar dan


perundangan, perancangan, perlaksanaan dan penilaian program, projek,
dan penyediaan bajet untuk pembangunan;

(b) Meningkatkan komitmen dalam kalangan badan eksekutif, badan


perundangan dan badan kehakiman, termasuk penggubal dasar, pembuat
keputusan dan pihak penguat kuasa di sektor awam dan swasta serta
masyarakat sivil, bagi menghormati dan memelihara martabat wanita;

(c) Mengkaji semula undang-undang dan peraturan sedia ada dan menggubal
perundangan dan peraturan baharu bagi menjamin tiada diskriminasi
berasaskan gender. Perlindungan, keselamatan, hak dan maruah wanita
terpelihara, dan mengambil pelbagai langkah supaya penguatkuasaan
undang-undang berkenaan berkesan;

(d) Menjalankan penyelidikan mengenai aspek gender bagi menjana


pendekatan inovatif dan kreatif dalam penggubalan dasar dan perancangan
serta pelaksanaan program;

(e) Melaksanakan sepenuhnya pengumpulan, penganalisisan dan


pengaplikasian data dan maklumat oleh agensi kerajaan, pihak swasta dan
pertubuhan bukan kerajaan mengikut pecahan jantina untuk tujuan
perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program;

(f) Meningkatkan kapasiti dan keupayaan wanita dalam semua bidang bagi
memastikan penglibatan mereka yang berkesan dalam pembangunan
ekonomi dan sosial negara termasuk penglibatan dalam politik dan proses
membuat keputusan; dan

(g) Memperkukuh dan meningkatkan taraf sosioekonomi wanita melalui


kerjasama dan sinergi antara agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan
bukan kerajaan pada peringkat nasional dan antarabangsa, dan juga
menambahkan serta mempelbagaikan peluang serta menggerakkan sumber,
maklumat dan kepakaran dalam kalangan wanita.

Pencapaian kaum wanita dapat dilihat dalam pelbagai bidang yang mereka
ceburi. Golongan wanita berjaya meyakinkan kerajaan terhadap keupayaan serta
sumbangan mereka yang penting kepada usaha pembangunan negara.
264  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Sebagai membalas jasa wanita, kerajaan menubuhkan sebuah kementerian khas


untuk membangun dan menjaga kepentingan kaum wanita yang dikenali sebagai
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Penubuhan
kementerian tersebut menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan
dan peranan wanita dalam proses pembangunan negara.

SEMAK KENDIRI 5.4

1. Nyatakan peranan belia di Malaysia.

2. Bagaimanakah Dasar Wanita Negara dapat meningkatkan


kedudukan wanita dalam bidang sosial, ekonomi dan politik?

5.2.11 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


Pada tahun 1991, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Dasar Pembangunan
Nasional (DPN). Apakah objektif utama DPN? Objektif utama DPN adalah
memantapkan perpaduan negara dengan menetapkan Malaysia sebagai negara
maju dalam semua aspek seperti keadilan sosial, nilai etika dan moral, kestabilan
politik, kualiti, hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kemajuan ekonomi.

Langkah kerajaan memperkenalkan DPN berjaya meningkatkan pertumbuhan


ekonomi Malaysia apabila kadar pertumbuhan negara meningkat sebanyak 5.2
peratus pada tahun 1987. Malah, kadar pertumbuhan ekonomi negara meningkat
kepada 9.2 peratus setelah tamatnya pelaksanaan DEB pada akhir tahun 1990.

DPN juga menetapkan beberapa strategi, antaranya:

(a) Mewujudkan keseimbangan dan pertumbuhan ekonomi dengan


pengagihan yang saksama;

(b) Memastikan pembangunan yang seimbang;

(c) Mengurang dan menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi;

(d) Memperkukuhkan integrasi nasional;

(e) Membangunkan masyarakat yang progresif;

(f) Memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang


berdisiplin dan produktif;
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  265

(g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras pembangunan sosioekonomi;


dan

(h) Memastikan perhatian kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi.

Bagi menjayakan DPN, kerajaan memperkenalkan Rangka Rancangan Jangka


Panjang Kedua (RRJP2) selepas tamatnya RRJP1 di bawah DEB. Matlamat utama
RRJP2 adalah membangunkan Malaysia secara cekap dan berkesan supaya dapat
mewujudkan Malaysia yang bersatu, maju dan saksama sebagai negara maju
menjelang tahun 2020.

RRJP2 melibatkan RMK6 dan RMK7 yang digubal berasaskan DPN dilihat sebagai
lambang era baharu membangunkan sosioekonomi Malaysia. Kerajaan telah
merangka pada tahap awal rancangan program ekonomi Malaysia ke arah sebuah
negara maju dan industri menerusi RRJP2 bagi menentukan Wawasan 2020
menjadi kenyataan. Pada masa yang sama, DPN ialah penggerak kepada
pembangunan ekonomi RRJP2.

DPN mengandungi beberapa perubahan dasar yang memberi dimensi baharu


kepada usaha pembangunan dalam menghasilkan pembangunan yang lebih
seimbang di samping mengekalkan prinsip asas DEB. Di bawah DPN, strategi
pembasmian kemiskinan memberi tumpuan khusus kepada penghapusan
kemiskinan tegar di samping pengurangan kemiskinan umum.

Bagi meningkatkan penyertaan bumiputera yang lebih bermakna dalam sektor


ekonomi moden, penekanan diberi kepada pembangunan komuniti perdagangan
dan industri bumiputera. Harapan yang lebih besar turut diletakkan pada
penglibatan sektor swasta dalam proses penstrukturan penyertaan bumiputera.
Pembangunan sumber manusia yang juga merangkumi nilai moral dan etika
untuk mencapai objektif pertumbuhan ekonomi, malah pengagihan pendapatan
turut diberi penekanan.

Dalam tempoh pelaksanaan DPN, negara menghadapi Krisis Kewangan Asia


yang melanda pada tahun 1997/1998. Oleh itu, Majlis Tindakan Ekonomi Negara
(NEAC ă National Economic Action Council) ditubuhkan pada bulan Januari 1998
dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang komprehensif telah dilancarkan bagi
menangani krisis kewangan tersebut.

Antara langkah yang dilaksanakan adalah mengenakan kawalan pertukaran mata


wang terpilih dan penubuhan institusi seperti Danaharta dan Danamodal. Dasar
fiskal mengembang dan dasar kewangan akomodatif turut diperkenalkan bagi
merangsang penggunaan, di samping mengekang tekanan inflasi.
266  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Secara ringkasnya, RRJP2 dan DPN merupakan jentera utama bagi menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan maju menjelang tahun 2020.

Terdapat beberapa dasar penting yang dilaksanakan menerusi DPN, antaranya:

(a) Dasar Persyarikatan Malaysia;

(b) Dasar Pengkorporatan dan Penswastaan;

(c) Dasar Perindustrian Negara; dan

(d) Wawasan 2020.

5.2.12 Dasar Wawasan 2020


Pada tahun 1991, Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad (lihat Rajah Rajah 5.10) untuk menjadikan Malaysia sebagai negara
maju dengan acuannya sendiri.

Rajah 5.10: Tun Dr Mahathir Mohamad


Sumber: http://malaysiaaktif.my

Dalam ucapan Dr Mahathir yang bertajuk Malaysia: Melangkah ke Hadapan,


beliau menegaskan Wawasan 2020 bukan hanya satu dasar khas sebaliknya ia
merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang
berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa kepada Malaysia (Mahathir
Mohamad, 2002).
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  267

Wawasan 2020 merupakan visi dan garis panduan kepada Malaysia untuk
melangkah ke arah pencapaian cita-cita negara sebagai negara maju dengan
mensasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar tujuh peratus setahun (Ahmad
Sarji Abdul Hamid, 1993).

Pelaksanaan Wawasan 2020 terbahagi kepada tiga fasa utama, iaitu (Ahmad Sarji
Abdul Hamid, 1993):

(a) Fasa pertama Wawasan 2020 digariskan dalam Rangka Rancangan Jangka
Panjang Kedua, 1991 hingga 2000 (RRJP2), iaitu Dasar Pembangunan
Nasional (DPN);

(b) Fasa kedua Wawasan 2020 dilaksanakan di bawah Rangka Rancangan


Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), iaitu Dasar Wawasan Negara (DWN) yang
merangkumi tempoh 2001 hingga 2010; dan

(c) Fasa ketiga Wawasan 2020 dilaksanakan di bawah Model Baru Ekonomi
(MBE) yang dilancarkan pada tahun 2010 merangkumi tempoh masa 2011
hingga 2020.

Beliau turut menggariskan sembilan cabaran utama dalam merealisasikan


Wawasan 2020 seperti disenarikan dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Sembilan Cabaran Utama dalam Merealisasikan Wawasan 2020

Cabaran Huraian

Pertama Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat


yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang
aman, berintegrasi pada peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam
harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didukung oleh satu
bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi
kepada negara.

Kedua Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju


dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa-apa yang
dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat
Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai
kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada
sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.

Ketiga Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang


matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang,
demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi
contoh kepada banyak negara membangun.
268  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Keempat Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika


yang warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan, dan
didorong oleh tahap etika paling tinggi.

Kelima Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai


kaum yang bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan
agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan
kesetiaan mereka kepada satu negara.

Keenam Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya


perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Ketujuh Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu


sistem sosial yang kepentingan masyarakatnya adalah lebih utama
daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara
atau individu sahaja tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang
kukuh.

Kelapan Mewujudkan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama


serta wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam
perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud
jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan
kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

Kesembilan Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi


bersaing, dinamik, giat dan kental.

Sumber: Mahathir Mohamad (2002)

SEMAK KENDIRI 5.5

Senaraikan sembilan cabaran utama dalam merealisasikan Wawasan


2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  269

5.2.13 Dasar Sosial Negara (DSN)


Apakah yang dimaksudkan dengan DSN?

Dasar Sosial Negara (DSN) ialah satu dasar pembangunan sosial yang
berteraskan nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai
kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan
hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

Sebagai sebuah negara yang berkembang dari segi ekonomi dan pembangunan
yang pesat serta mempunyai rakyat berbilang kaum, sudah pasti negara ini akan
menghadapi pelbagai masalah sosial. Sekiranya proses pembangunan dan
kemajuan negara tidak diseimbangkan antara pembangunan fizikal dengan
pembangunan rohani, ia akan menyebabkan masyarakat dalam negara
menghadapi pelbagai cabaran sosial yang besar (Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2014).

DSN adalah pembangunan sosial yang berteraskan nilai murni dan peningkatan
keupayaan insan bagi kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan
kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia. Elemen utama bagi menjayakan DSN
adalah berteraskan Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020.

DSN juga bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan
mantap dari segi sosial, ekonomi dan teknologi dengan setiap anggota masyarakat
berpeluang serta berkeinginan untuk memperkembangkan potensi diri secara
optimum dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu,
berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan
saksama.

Pembangunan negara mestilah berpaksikan konsep pembangunan yang


seimbang merangkumi pembangunan ekonomi dengan kemajuan sosial seperti
jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Oleh itu, kerajaan perlu menjalankan usaha
bagi memperkuat pembangunan sosial yang meliputi aspek kesejahteraan,
keharmonian, persefahaman, perkongsian dan sebagainya. Usaha ini akan dapat
mendorong anggota masyarakat supaya saling berkompromi dan bekerjasama
demi mempertahankan kepentingan bersama dalam merealisasikan masyarakat
maju.
270  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Tahukah anda terdapat dua objektif bagi DSN? Mari kita lihat Rajah 5.11 untuk
mengetahuinya.

Rajah 5.11: Dua objektif DSN

Selain itu, kerajaan perlu menjamin kesejahteraan yang menyeluruh supaya setiap
individu, keluarga dan masyarakat berhak menikmati persekitaran fizikal yang
baik serta persekitaran sosial. Secara tidak langsung, DSN dapat mewujudkan
keperluan hidup yang menyeluruh agar menjadi teras kehidupan bagi setiap
individu, keluarga dan masyarakat.

Kerajaan juga berusaha membangunkan dan memperkasa setiap individu dalam


negara. Usaha ini hendaklah dijalankan tanpa membezakan kumpulan etnik,
agama, budaya, gender, wilayah, taraf perkahwinan dan keupayaan fizikal serta
mengambil kira kepekaan terhadap keperluan dan kehendak jantina.

Oleh itu, individu dapat menggunakan dan mempertingkat sumber serta


kebolehan sendiri secara optimum bagi mencapai matlamat individu serta
masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup (Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2014).

Sistem sokongan sosial juga perlu diperkuatkan seperti sistem keluarga, komuniti,
kumpulan etnik, agama, pendidikan dan organisasi sosial untuk membantu setiap
anggota masyarakat membangun dan berfungsi secara optimum sebagai sistem
kawalan sosial. Di samping itu, sistem sokongan yang baharu juga perlu
diwujudkan sebagai tambahan supaya sistem ini saling menyokong dan
melengkapi anggota masyarakat.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  271

DSN berfungsi sebagai jentera menjana kekuatan pelbagai sektor di Malaysia.


Kerjasama antara sektor awam dengan sektor swasta, dan sukarela perlu
dipertingkatkan supaya wujud satu tenaga dan sumber dalam masyarakat. Hal ini
bertujuan menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota
masyarakat, berasaskan konsep pembangunan sosial sebagai tanggungjawab
bersama.

Masalah persaingan dan pertindihan antara agensi dengan sektor perlu diatasi
supaya penggunaan sumber tenaga dapat dioptimumkan. Oleh itu, kita akan
dapat memupuk kesedaran dalam kalangan lapisan masyarakat yang proaktif
dalam era globalisasi dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan potensi bagi
memajukan diri, keluarga dan komuniti (Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, 2014).

Kerajaan menubuhkan Majlis Sosial Negara sebagai jentera penyelarasan


pelaksanaan strategi DSN. Majlis Sosial Negara merupakan badan yang tertinggi
dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dengan keanggotaan terdiri daripada
menteri-menteri kabinet yang berkaitan dengan sektor sosial. Ketua Setiausaha
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pula akan
bertindak sebagai urus setia.

Pada peringkat negeri pula, Majlis Pembangunan Negeri yang dipengerusikan


oleh YAB Menteri Besar dan Ketua Menteri akan memainkan peranan bagi
merealisasikan DSN dengan merancang projek pembangunan fizikal.

DSN perlu dipantau ke atas pelaksanaan bagi memastikan kecekapan dan


keberkesanan pencapaian pembangunan sosial. Dasar ini akan berjaya sekiranya
terdapat komitmen, sokongan dan kerjasama sektor awam, swasta dan sukarela.
Semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir banyak slogan diperkenalkan bagi
membina semangat dan jati diri rakyat. Antara slogan tersebut seperti
„Kepimpinan melalui Teladan‰, „Malaysia Boleh‰ dan „Malaysia yang
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang‰ (Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, 2014).

Slogan tersebut mempunyai mesej melambangkan cita-cita negara menjadikan


Malaysia dan rakyatnya sebagai sebuah masyarakat yang cekap, bersedia
menghadapi cabaran era globalisasi dengan penuh keyakinan diri, berbudaya dan
berakhlak mulia. Pada bulan Mac 1983, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
melancarkan kempen „Kepimpinan melalui Teladan‰ dengan tujuan menanam
ciri-ciri kepimpinan bersih, cekap dan amanah kepada pemimpin pada semua
peringkat kerajaan negeri dan pusat serta setiap lapisan anggota pegawai
perkhidmatan awam.
272  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Slogan ini menekankan soal pemimpin yang bersih, cekap dan amanah yang akan
menjadi teladan yang baik kepada rakyat untuk mengikut, memberi kepercayaan
dan hormat. Menerusi kempen ini, pemimpin yang dikaitkan dengan gejala yang
menjijikkan dalam masyarakat seperti rasuah, nepotisme, kronisme dan politik
wang dapat dibersihkan.

Tun Dr Mahathir juga memperkenalkan dan mempopularkan slogan „Malaysia


Boleh‰ bagi melahirkan keyakinan diri kepada rakyat Malaysia. Slogan ini
bertujuan mengubahsuaikan minda rakyat Malaysia agar dapat
memperkukuhkan semangat yakin diri dan yakin atas kebolehan diri menghadapi
mana-mana cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.

Rakyat Malaysia juga disarankan mempunyai kebolehan untuk mencapai


kejayaan bukan sahaja pada peringkat negara tetapi juga pada peringkat
antarabangsa. Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia yang selalu bersifat
rendah diri hingga memandang rendah bakat dan keupayaan diri sendiri untuk
bersaing dengan orang luar terutamanya dari Barat adalah merugikan.

Oleh itu, slogan Malaysia Boleh dapat menggalakkan rakyat Malaysia


menunjukkan keupayaan mereka pada tahap yang tertinggi dalam pelbagai
bidang yang mereka ceburi. Contohnya, semangat Malaysia Boleh diperlihatkan
oleh rakyat Malaysia yang berjaya belayar secara solo mengelilingi dunia tanpa
berhenti, menakluki puncak Gunung Everest (lihat Rajah 5.12), berenang
menyeberangi Selat Inggeris, berjalan solo ke Kutub Selatan dan lain-lain.

Rajah 5.12: Pendaki Malaysia berjaya menakluki puncak


Gunung Everest untuk membuktikan „Malaysia Boleh‰
Sumber: www.bernama.com
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  273

Slogan Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang turut diperkenalkan


oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia
yang kelima. Slogan ini menunjukkan hasrat Perdana Menteri dan kerajaan bagi
menentukan arah Malaysia ke tahap negara maju berdasarkan Wawasan 2020.
Menerusi slogan Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, rakyat
disarankan supaya menjadi seorang yang berilmu, beriman, amanah dan rajin.

5.2.14 Dasar Islam Hadhari


Pada tahun 2003, Tun Abdullah Ahmad Badawi (lihat Rajah 5.13)
memperkenalkan konsep „baharu‰ dalam gaya hidup rakyat beragama Islam
dengan memperkenalkan konsep Islam Hadhari.

Rajah 5.13: Tun Abdullah Ahmad Badawi pengasas konsep Islam Hadhari
Sumber: www.embassyofafghanistan.org

Konsep Islam Hadhari ini menekankan kepada keseimbangan antara fizikal


dengan rohani dalam menentukan pembangunan dan perkembangan
sosioekonomi. Secara jelas, konsep Islam Hadhari atau Islam yang bertamadun
telah wujud dan diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Tun Abdullah
Ahmad Badawi menjelaskan Islam Hadhari merupakan proses untuk membawa
balik masyarakat Muslim kepada tahap pencapaian yang cemerlang dan gemilang
yang direstui Ilahi, serta merupakan asas amalan tamadun Islam.
274  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Mengikut konsep Islam Hadhari, orang Islam di Malaysia perlu memberi


perhatian kepada amalan dan bertindak mengikut erti yang sebenar, mengikut
prinsip Islam yang berdasarkan al-Quran dan hadis. Konsep Islam Hadhari
menekankan 10 prinsip utamanya, iaitu:

(a) Keimanan dan ketakwaan kepada Allah;

(b) Kerajaan adil dan beramanah;

(c) Rakyat berjiwa merdeka;

(d) Penguasaan ilmu pengetahuan;

(e) Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif/menyeluruh;

(f) Kehidupan berkualiti;

(g) Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita;

(h) Keutuhan budaya dan akhlak;

(i) Pemeliharaan alam semula jadi; dan

(j) Kekuatan pertahanan.

5.3 DASAR BAHARU KERAJAAN


Sekarang, mari kita beralih pula kepada dasar baharu kerajaan. Bagi menerus dan
mencapai matlamat Wawasan 2020, mantan Perdana Menteri DatoÊ Seri Mohd
Najib Tun Razak pada tahun 2010 telah melancarkan empat tonggak utama yang
akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju (lihat Rajah 5.14).
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  275

Rajah 5.14: Empat tonggak transformasi negara


Sumber: National Economic Advisory Council (2010)

Empat dasar ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

5.3.1 Gagasan Satu Malaysia (1Malaysia)


Pada tarikh 3 April 2009, Perdana Menteri Malaysia Keenam, DatoÊ Seri Mohd
Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan konsep Satu Malaysia (1Malaysia)
sebagai teras pentadbirannya. Menurut beliau, konsep 1Malaysia dicerminkan
sebagai, „Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One
People dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua
kumpulan etnik dalam Malaysia.‰ Tegas DatoÊ Seri Mohd Najib, konsep 1Malaysia
bukanlah satu konsep atau formula baharu, sebaliknya ia adalah konsep untuk
mencapai perpaduan nasional yang merupakan wawasan Perdana Menteri
Malaysia yang terdahulu (Pejabat Perdana Menteri, 2014).

Setiap rakyat Malaysia perlu menghayati konsep 1Malaysia sebagai satu gagasan
untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum. Di samping itu, konsep 1Malaysia ialah satu pendekatan daripada dasar
kerajaan sebagai pelengkap ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun
2020.
276  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Konsep ini perlu diterapkan ke dalam sanubari setiap rakyat Malaysia dan
menjadi amalan setiap masyarakat bagi merealisasikan „Bangsa Malaysia‰ yang
bersatu padu, selaras dengan matlamat kerajaan untuk mencapai negara maju
dalam jangka masa yang ditetapkan. Matlamat ini hanya akan tercapai dengan
syarat rakyat Malaysia mestilah bersatu padu (Pejabat Perdana Menteri, 2014).

Di Malaysia, kerajaan berhasrat mewujudkan semangat perpaduan dengan


menanamkan perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling
percaya mempercayai antara kaum. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan
dan kepentingan negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, konsep 1Malaysia perlu


diterjemahkan oleh setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama, budaya dan
fahaman politik. Bangsa Malaysia perlu dibentuk mengikut acuan negara ini dan
semua kaum harus hidup dan tinggal secara bersama serta bertoleransi (Pejabat
Perdana Menteri, 2014).

Setiap rakyat hendaklah memahami konsep ketaatan dan kesetiaan pada Malaysia
dengan menghormati raja, pemimpin dan undang-undang negara. Faktor yang
menentukan kejayaan negara dan bangsa Malaysia adalah bergantung pada
perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan rakyat kepada
negara sepertimana pepatah „di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung‰.
Mari kita lihat Rajah 5.15 yang memaparkan logo 1Malaysia.

Rajah 5.15: Logo 1Malaysia


Sumber: http://kebudayaan.kpkk.gov.my
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  277

Rasional Logo 1Malaysia adalah seperti yang berikut (Pejabat Perdana Menteri,
2014):

(a) Melambangkan visi negara, iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang
berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan
Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara; dan

(b) Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat,


berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara
bangsa.

Kerajaan melancarkan slogan „Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan‰


untuk menjayakan konsep 1Malaysia dengan matlamat mewujudkan sebuah
kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat.
Konsep 1Malaysia ini memerlukan kepimpinan dan rakyat yang mempunyai
integriti tinggi, sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah
dalam melaksanakan segala tanggungjawab kepada negara.

DatoÊ Seri Mohd Najib turut meminta pemimpin dan rakyat supaya memahami
dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan,
rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Pelaksanaan konsep 1Malaysia adalah berdasarkan dua prinsip berikut:

(a) Penerapan teras perpaduan yang berasaskan tiga perkara, iaitu sikap
„penerimaan‰ antara kaum dengan rakyat Malaysia; prinsip kenegaraan
berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; dan keadilan
sosial. Teras perpaduan ini perlu didokong oleh nilai murni sebagai
sebahagian daripada budaya hidup rakyat Malaysia termasuklah nilai
hormat-menghormati, tawaduk, kesederhanaan dalam tingkah laku dan
tutur kata serta kebijaksanaan dalam sebarang keputusan dan tindakan; dan

(b) Penerapan nilai aspirasi, iaitu nilai yang perlu ada pada masyarakat
progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status
negara maju. Nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja
yang berdaya saing dalam persekitaran global dan seterusnya membantu
melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan
mantap.
278  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Konsep 1Malaysia tidak membelakangkan Perlembagaan Persekutuan sebagai


undang-undang negara, sebaliknya konsep ini akan terus menjunjung kesemua
peruntukan teras seperti Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152, Perkara 153, Bahagian
2 dan Bahagian 3 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Diharapkan,
konsep 1Malaysia ini akan dapat menyatupadukan rakyat di negara ini
berlandaskan semangat saling mempercayai dan hormat-menghormati antara
satu sama lain.

Selain itu, DS Najib turut menegaskan bahawa, „Kita mesti meruntuhkan


sebarang halangan antara kaum dan tidak seharusnya melihat antara satu sama
lain berasaskan warna kulit.‰ Contohnya, Sabah merupakan negeri dan model
terbaik untuk menterjemahkan konsep 1Malaysia kerana Sabah mempunyai
40 kumpulan etnik tetapi dapat hidup bersatu-padu dan penuh harmoni.

Konsep 1Malaysia tidak akan meminggirkan golongan atau mana-mana kaum di


negara ini. Kerajaan akan berlaku adil kepada semua kaum dalam usaha
menggerakkan transformasi besar dalam gagasan 1Malaysia dengan slogan
„Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan‰ (Pejabat Perdana Menteri, 2014).

Beliau juga menegaskan kepada mana-mana pihak supaya tidak menimbulkan


prasangka buruk dengan mengelirukan konsep 1Malaysia dan cuba
memanipulasi atas kepentingan politik. Perbuatan ini dianggap oleh beliau
sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab dan akan membangkitkan
perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

Oleh itu, sentimen perkauman akan dapat dihapuskan jika setiap rakyat benar-
benar menghayati konsep 1Malaysia yang diperjuangkan oleh DatoÊ Seri Mohd
Najib. Konsep 1Malaysia ini dilaksanakan dengan pelbagai cara misalnya
menerusi tradisi kunjung mengunjungi pada musim perayaan, Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN), rukun tetangga (RT) dan institusi pengajian tinggi (IPT).
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  279

5.3.2 Program Transformasi Kerajaan (PTK)


Tahukah anda program ini dinamakan sebagai Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA ă National Key Result Area) yang telah dilancarkan pada tarikh
28 Januari 2010? Apakah fokus utamanya? Fokus utama NKRA adalah
memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius wujud dalam kalangan
anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Selain itu, program ini adalah memastikan rakyat sebagai klien utama mengetahui
inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan kerajaan. Kerajaan pula akan
memperkemaskan prosedur, menggembleng segala sumber dan tenaga dalam
organisasi untuk mencapai sasaran dalam tempoh masa yang dijanjikan (Jabatan
Perdana Menteri, 2014).

Kerajaan menetapkan indeks prestasi utama (key performance indicator ă KPI)


yang membabitkan enam teras NKRA yang dipimpin oleh Timbalan Perdana
Menteri dan enam orang menteri seperti yang berikut:

(a) Timbalan Perdana Menteri ă Menangani kos sara hidup;

(b) Menteri Pelajaran ă Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan


berkemampuan;

(c) Menteri Dalam Negeri ă Mengurangkan kadar jenayah;

(d) Menteri di Jabatan Perdana Menteri ă Memerangi rasuah;

(e) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ă Meningkatkan


taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; dan

(f) Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ă Memperkasa prasarana luar
bandar dan pedalaman.

5.3.3 Program Transformasi Ekonomi (PTE)


Pada tarikh 30 Mac 2010, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, DatoÊ Seri
Mohd Najib telah memperkenalkan Model Baru Ekonomi (MBE) yang hendak
dicapai melalui Program Transformasi Ekonomi (PTE) ataupun Economic
Transformation Programme (ETP) sebagai landasan utama. Apakah matlamat
MBE? Matlamat MBE adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan
memperoleh pendapatan tinggi antara semua kaum supaya dapat menikmati
kekayaan negara dan memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi
akan datang.
280  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Pada tarikh 25 September 2010, PTE dilancarkan sebagai sebahagian daripada


formula menjayakan program transformasi negara Malaysia. PTE ialah satu usaha
menyeluruh yang akan merubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan
tinggi menjelang tahun 2020 (Jabatan Perdana Menteri, 2015).

Selain itu, kerajaan menyasarkan sektor pelaburan dan persaingan untuk bakat
terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi. Melalui cara ini, negara akan dapat
mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing. Usaha yang diambil ini
akan dapat memberi fokus kepada pekerja pelbagai kemahiran (multitasking
worker). PTE bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan
tinggi menjelang tahun 2020. Menerusi PTE, kerajaan merancang meningkatkan
pendapatan per kapita daripada RM23,700 pada tahun 2009 kepada RM48,000
pada tahun 2020.

PTE memfokuskan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA ă national


key economic areas), iaitu (Jabatan Perdana Menteri, 2015):

(a) Minyak, gas dan tenaga;

(b) Minyak sawit;

(c) Perkhidmatan kewangan;

(d) Pelancongan;

(e) Perkhidmatan perniagaan;

(f) Elektronik dan elektrikal;

(g) Pemborongan dan peruncitan;

(h) Pendidikan;

(i) Penjagaan kesihatan;

(j) Kandungan dan infrastruktur komunikasi;

(k) Pertanian; dan

(l) Kuala Lumpur dan kawasan sekitar (Greater Kuala Lumpur)/Lembah


Klang.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  281

Mari kita lihat Rajah 5.16 yang memaparkan 12 bidang ekonomi utama negara ini.

Rajah 5.16: Dua belas bidang ekonomi utama negara (NKEA)


Sumber: http://business.malaysia.my

NKEA bermatlamat memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan


tinggi secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kerajaan
menerusi NKEA telah mengenal pasti sebanyak 131 projek penggerak ekonomi
(EPP ă entry point project) dan 60 peluang perniagaan (BO ă business
opportunities) yang boleh menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara
kasar (PNK). Pencapaian dan perkembangan PNK sebanyak enam peratus
setahun membolehkan negara mencapai sasaran Wawasan 2020.

Ekonomi Malaysia akan berubah seperti negara maju yang lain jika PTE berjaya
dilaksanakan. Antara pencapaian ekonomi yang diberi keutamaan adalah sektor
perkhidmatan yang diharap dapat berkembang daripada 58 peratus ke 65 peratus
dan mewujudkan lebih 3.3 juta pekerjaan baharu merentasi kawasan bandar dan
luar bandar negara menjelang tahun 2020.
282  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Sebuah bandar raya bertaraf dunia akan ditransformasikan di kawasan Greater


Kuala Lumpur/Klang Valley. Secara langsung ia mewujudkan pertumbuhan
yang mapan seperti pembinaan kapasiti penjanaan tenaga alternatif dan
pemuliharaan alam sekitar bagi mempromosikan ekopelancongan (Jabatan
Perdana Menteri, 2015).

NKEA dijangka akan menyumbang kepada prestasi ekonomi negara dalam


pelaburan awam dan sokongan polisi. PTE akan diterajui oleh sektor swasta
manakala kerajaan berperanan utama sebagai fasilitator. Hampir 92 peratus
pembiayaan akan datang daripada sektor swasta dan pelaburan sektor awam
akan digunakan sebagai pemangkin memulakan penyertaan sektor swasta.

Di bawah setiap NKEA, EPP dan peluang perniagaan lain dikenal pasti sebagai
sumbangan kepada PNK. Kerajaan akan memantau sebarang perbelanjaan awam
yang akan diperuntukkan bagi memaksimumkan PNK daripada setiap ringgit
yang dibelanjakan (Jabatan Perdana Menteri, 2015).

PTE akan dinilai sebagai telus dan rapi dengan wujudnya sebuah Unit PTE baharu
di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di bawah
Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan untuk mengawasi dan melaporkan
kemajuan PTE kepada pemimpin kerajaan, komuniti perniagaan dan rakyat.

5.3.4 Rancangan Malaysia Kesepuluh


Pada tarikh 10 Jun 2010, Perdana Menteri pada ketika itu, DatoÊ Seri Mohd Najib
Tun Razak telah membentangkan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) di Dewan
Rakyat yang bertemakan Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.
Dalam RMK10, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM290 bilion yang
dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan
fizikal.

Menurut DatoÊ Seri Mohd Najib, RMK10 (2011ă2015) merupakan dasar yang amat
kritikal bagi meneruskan kesinambungan pembangunan nasional ke arah
merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan
tinggi (Ucapan YAB Perdana Menteri DatoÊ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011ă2015, 10 Jun 2010).

Bagi perbelanjaan pembangunan, RMK10 telah memperuntukkan sebanyak


RM230 bilion bagi tempoh lima tahun, iaitu 55 peratus diagihkan kepada sektor
ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan
dan lima peratus untuk pentadbiran am. Kerajaan menyasarkan dalam RMK10,
pendapatan negara kasar (PNK) per kapita akan meningkat sebanyak RM38,850
pada tahun 2015.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  283

Fokus pertumbuhan ekonomi negara adalah pada sektor perkhidmatan dan


pembuatan, selain memberi tumpuan menggiatkan semula sektor pertanian yang
mempunyai nilai tambah tinggi, penyerapan kaedah ICT, bioteknologi dan
pelantar teknologi yang berkaitan (Ucapan YAB Perdana Menteri DatoÊ Seri Mohd
Najib Tun Abdul Razak. Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011ă2015, 10 Jun 2010).

Kerajaan menghadapi cabaran RMK10 dalam meningkatkan pelaburan swasta


supaya sektor tersebut dapat berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.
Dalam pada masa yang sama, kerajaan cuba mengurangkan defisit fiskal daripada
5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang tiga peratus pada tahun 2015.
RMK10 dirangka dalam 10 idea besar, iaitu:

(a) Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara;

(b) Memanfaatkan dan meluas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen
kejayaan di arena antarabangsa;

(c) Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi


pengkhususan;

(d) Menjayakan pertumbuhan dipacu oleh produktiviti dan inovasi;

(e) Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul;

(f) Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah


terjejas;

(g) Pertumbuhan bertumpu dan pembangunan inklusif;

(h) Menyokong perkongsian pintar yang efektif;

(i) Menghargai khazanah alam sekitar; dan

(j) Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.


284  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Kerajaan telah mengenal pasti lima teras strategik utama untuk mencapai objektif
serta sasaran dalam RMK10. Lima teras tersebut adalah seperti yang berikut
(Ucapan YAB Perdana Menteri DatoÊ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011ă2015, 10 Jun 2010):

(a) Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan


Malaysia dengan metodologi NKRA;

(b) Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan


ekonomi;

(c) Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif;

(d) Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia; dan

(e) Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti


hidup.

Secara keseluruhannya, kerajaan berpegang pada empat tiang utama, iaitu:

(a) Falsafah induk 1Malaysia (rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan);

(b) Program transformasi kerajaan atau GTP;

(c) Program transformasi ekonomi atau ETP yang bersandarkan Model Baru
Ekonomi; dan

(d) Dua rancangan pembangunan lima tahun, iaitu RMK10 dan Rancangan
Malaysia ke-11 (RMK11).

SEMAK KENDIRI 5.6

1. Huraikan matlamat konsep 1Malaysia yang dilancarkan oleh DatoÊ


Seri Mohd Najib Tun Razak.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan indeks prestasi utama?

3. Mengapakah DatoÊ Seri Mohd Najib melancarkan Model Baru


Ekonomi (MBE) sebagai salah satu tonggak transformasi negara?
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  285

5.4 DASAR LUAR MALAYSIA


Akhir sekali, mari kita pelajari tentang dasar luar Malaysia. Apakah yang
dimaksudkan dengan dasar luar? Dasar luar menurut Millar (1969) ialah:

„... boleh jadi sesuatu yang kurang daripada keseluruhan polisi yang akan
memberi kesan ke atas hubungan kerajaan nasional dengan kerajaan lain.‰

Bagi Plano dan Olto (1982) pula:

„Dasar luar bagi setiap negara ialah keinginan untuk mencapai kepentingan
nasional.‰

Berdasarkan dua definisi yang dinyatakan oleh dua sarjana tadi, maka dapat
disimpulkan bahawa dasar luar merujuk kepada dasar atau agenda penting yang
diambil oleh sesebuah negara berdasarkan kepentingan nasional terhadap
hubungan dengan negara lain di dunia mahupun organisasi antarabangsa.

Sejak Tanah Melayu Malaya merdeka pada tahun 1957 dan kemudian
tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963, Malaysia memainkan peranan yang
penting dalam mewujudkan kerjasama dengan negara lain mahupun organisasi
antarabangsa dalam pelbagai aspek. Contohnya, melalui penyertaan aktif dalam
pelbagai bidang seperti perdagangan, alam sekitar dan pembangunan sosial.

Diplomasi pelbagai hala bukan sahaja penting tetapi sebati dalam pelaksanaan
dasar luar negara Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan. Malaysia bekerja
secara aktif ke arah kestabilan global politik dan sosioekonomi serta keselamatan
dalam sistem pelbagai hala.

Malaysia menjalinkan hubungan dengan semua negara kecuali negara Israel.


Malaysia secara rasmi mengisytiharkan untuk tidak mengiktiraf Israel sejak tahun
1966 kerana negara Israel ditubuhkan secara haram daripada tanah masyarakat
Palestin di samping kekejaman Zionis yang tidak pernah berhenti melakukan
pembunuhan kejam dan menindas masyarakat Palestin tidak kira masyarakat
Palestin yang beragama Islam mahupun Kristian. Rajah 5.17 berikut menunjukkan
pasport Malaysia dengan jelas membuktikan rakyat Malaysia boleh melawat ke
semua negara di dunia kecuali Israel.
286  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Rajah 5.17: Pasport negara Malaysia menyatakan


rakyat Malaysia tidak boleh melawat Israel
Sumber: http://www.ciklilyputih.com/2010/09/kini-aku-bebas.html

5.4.1 Kepentingan Dasar Luar Malaysia


Pepatah Inggeris ada menyatakan bahawa No man is an island. Pepatah ini
menunjukkan kepentingan manusia dalam kebergantungan pada orang lain.
Dalam konteks ini, setiap negara perlu mengadakan hubungan luar dengan
negara lain dan tidak boleh menyepi daripada berhubung dengan dunia luar.

Negara China pada satu ketika dahulu yang pernah mengamalkan dasar tutup
pintu, iaitu hanya menjalankan hubungan diplomatik dengan negara yang
berideologikan komunis sahaja. Namun, setelah Deng Xiaoping mengambil alih
kepimpinan negara pada tahun 1978 daripada Mao Zedong, beliau mengadakan
reformasi dengan melancarkan dasar buka pintu kepada dunia luar. Hal ini
membolehkan pelabur asing dapat melabur perniagaan di China bagi
membangunkan ekonomi China.

Kini hampir empat dekad dasar ini dilaksanakan, ekonomi China berkembang
dengan pesat sehingga mengatasi ekonomi Amerika. Hal ini dibuktikan oleh
Arends (2014) yang menyatakan „Ekonomi China telah mengatasi ekonomi
Amerika dan menjadi yang terbesar di seluruh dunia.‰ Oleh itu, kepentingan
dasar luar sesebuah negara tidak boleh disangkal lagi.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  287

Bagi Malaysia pula, terdapat lapan faktor yang mempengaruhi dasar luar
Malaysia seperti yang dijelaskan dalam Jadual 5.2 berikut.

Jadual 5.2: Lapan Faktor yang Mempengaruhi Dasar Luar Malaysia

Faktor
Huraian
Kepentingan

Sejarah Hubungan dengan negara asing berkait rapat dengan latar belakang
sejarah. Contohnya, hubungan Malaysia dengan Indonesia,
Singapura dan Brunei adalah penting kerana dari segi sejarah, negara
ini adalah sebahagian daripada kelompok negara di kepulauan
Melayu.

Begitu juga dengan hubungan Malaysia dengan negara dalam


pertubuhan Komanwel yang merupakan negara bekas tanah jajahan
British. Hubungan Malaysia dengan Asia Barat dan Asia Timur juga
berkaitan dengan hubungan sejarah semasa Kesultanan Melayu
Melaka.

Demografi Faktor ini penting memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai


kaum, iaitu Melayu, Cina, India dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai
kaum di negara ini mempunyai hubungan dengan tanah air asal
mereka seperti China dan India. Hal ini mengukuhkan lagi hubungan
antara Malaysia dan negara tersebut.

Contohnya, pada tahun 2014, genap 40 tahun Malaysia menjalinkan


hubungan diplomatik dengan China setelah kunjungan pertama oleh
Perdana Menteri Kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak
dengan Perdana Menteri China pada ketika itu, iaitu Zho Enlai dan
Pengerusi Mao Zedong.

Keselamatan Keselamatan merupakan elemen penting dalam mana-mana negara


negara kerana tiada negara yang ingin diancam oleh musuh dari negara lain.
Oleh itu, keselamatan negara ialah satu agenda penting yang
mempengaruhi dasar luar Malaysia. Malaysia yang berada dalam
kedudukan strategik, perlu sentiasa berjaga-jaga dengan kegiatan
lanun dan pengganas. Sehubungan itu, Malaysia perlu menjalin
hubungan dengan negara asing untuk bersama-sama memerangi
kegiatan keganasan.
288  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Ekonomi Dalam era ini, kemajuan negara juga ditentukan oleh kejayaan
ekonominya. Sehubungan itu, Malaysia sentiasa mengekalkan
hubungan dengan negara lain untuk meningkatkan ekonomi. Hal ini
demikian kerana Malaysia memerlukan barangan daripada negara
luar untuk memenuhi keperluan rakyat. Begitu juga, Malaysia dapat
memasarkan barangan tempatan ke peringkat antarabangsa bagi
menjana sumber pendapatan negara.

Geostrategik Kedudukan Malaysia adalah sangat strategik kerana berada di


persimpangan maritim antara Lautan Pasifik dengan Lautan India
yang merupakan laluan utama bagi rantau Asia Tenggara.
Kebanyakan perdagangan antara Timur Tengah dengan Timur Jauh
melalui Selat Melaka. Oleh itu, ia adalah penting bagi Malaysia
mengekalkan hubungan baik dengan negara luar demi memastikan
perairan Selat Melaka dalam keadaan yang aman, selamat dan bebas
daripada tekanan luar.

Struktur Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang


politik negara memungkinkan pilihan raya diadakan setiap lima tahun untuk
memilih pemimpin yang berkaliber bagi mengetuai jentera
pentadbiran negara. Malaysia juga mengamalkan kebebasan dalam
menjalinkan hubungan dengan mana-mana negara, khususnya
negara yang menawarkan faedah kepada pembangunan Malaysia
melainkan negara Israel.

Undang- Sebagai negara yang berdaulat, Malaysia menghormati prinsip


undang Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan juga undang-undang yang
antarabangsa ditetapkan oleh badan antarabangsa lain. Oleh itu, hubungan
antarabangsa adalah perlu bagi memastikan kedaulatan negara
sentiasa terjamin dan terpelihara.

Globalisasi Dalam era globalisasi, negara harus menjalin hubungan dengan


negara asing untuk kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Kita
sendiri mengetahui bahawa konflik yang berlaku di negara lain
mempunyai kesan langsung ke atas Malaysia. Dalam kes ini, dasar
luar negara yang proaktif dan berwawasan adalah penting dalam
memelihara kepentingan dan kedaulatan negara.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  289

5.4.2 Malaysia dan Hubungan Organisasi


Antarabangsa
Malaysia menyertai organisasi dan kumpulan antarabangsa seperti yang berikut:

(a) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB);

(b) Pertubuhan Komanwel;

(c) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC ă Organisation of Islamic Cooperation);

(d) Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN ă Association of


Southeast Asian Nations);

(e) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM ă Non-Aligned Movement);

(f) Kerjasama Selatan-selatan (KSS);

(g) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC ă Asia-Pacific Economic


Cooperation);

(h) Kumpulan 77 (G77 ă Group of 77);

(i) Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC ă East Asia Economic Caucus);
dan

(j) Kumpulan 15 (G15 ă Group of 15).

Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam organisasi dan kumpulan
antarabangsa melalui penyertaan yang proaktif dalam pelbagai bidang seperti
perdagangan, alam sekitar dan pembangunan sosial.

Namun, kita hanya akan menumpukan kepada penyertaan Malaysia dalam PBB,
Pertubuhan Komanwel, OIC, ASEAN, NAM dan KSS sahaja.

(a) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)


PBB telah secara rasminya ditubuhkan pada tarikh 24 Oktober 1945 lantaran
kegagalan Liga Bangsa untuk mengekang berlakunya Perang Dunia Kedua
(1939 hingga 1945). Mari kita lihat logo PBB dalam Rajah 5.18.
290  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Rajah 5.18: Logo PBB


Sumber: http://www.un.org

Apakah objektif penubuhan PBB? Antara objektif penubuhan PBB adalah


seperti yang berikut:

(i) Mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa;

(ii) Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam lingkungan ekonomi,


sosial dan pembangunan kebudayaan;

(iii) Membangunkan hubungan yang mesra dalam kalangan negara


berlandaskan prinsip hak sama rata dan penentuan nasib sendiri; dan

(iv) Mengiktiraf hak asasi semua manusia.

Malaysia dengan rasminya menjadi anggota ke-82 PBB pada tarikh


17 September 1957. Sehingga kini, terdapat 193 negara yang menjadi
anggota PBB. Langkah Malaysia untuk menyertai PBB adalah untuk
menjalin hubungan luar, memelihara keamanan dan keselamatan
antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa dengan
negara luar di dunia.

Sejak Malaysia menjadi negara anggota PBB, Malaysia telah memainkan


peranan yang penting dalam menyumbangkan perkembangan organisasi
antarabangsa seperti:

(i) Menyertai Pasukan Pendamai


Malaysia mengambil bahagian dalam Operasi PBB di Congo (ONUC ă
Opération des Nations unies au Congo) pada tahun 1960 dan sejak itu
Malaysia menyertai 35 misi pengaman PBB. Jadual 5.3 memaparkan
antara misi pengaman yang disertai Malaysia di bawah panji PBB.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  291

Jadual 5.3: Misi Pengaman yang Disertai Malaysia di bawah Panji PBB

Misi Pengaman PBB Tempat Tahun

United Nations Transition Assistance Group Namibia 1989 hingga


(UNTAG) 1990

United Nations Iraq ă Kuwait Observation Kuwait 1991


Mission (UNIKOM)

United Nations Transitional Authority in Kemboja 1992


Cambodia (UNTAC)

United Nations Operation in Somalia II (UNO Somalia 1993


SOM II)

United Nations Protection Force (UNPROFOR) Bosnia- 1993


Herzegovina

United Nations Interim Administration Mission Kosovo 1999


in Kosovo (UNIMIK)

United Nations Integrated Mission in East Timor Timor Leste 1999


(UNMIT)

(ii) Mengutarakan Isu Penting pada Peringkat Antarabangsa


Pada tahun 1959, Malaysia dengan Republik Ireland telah sepakat
mengemukakan satu usul untuk mengutuk tindakan Republik Rakyat
China yang menceroboh dan melanggar hak asasi rakyat Tibet. Bukan
itu sahaja, Malaysia juga mengutuk beberapa tindakan oleh kuasa
besar atas pencerobohan dan pelanggaran hak asasi manusia seperti:

 Pencerobohan Rusia ke atas Czehoslovakia dan Afghanistan


masing-masing pada tahun 1968 dan 1979;

 Vietnam ke atas Kemboja (1978); dan

 Iraq ke atas Kuwait (1990).

Dalam isu alam sekitar pula, Malaysia juga menyarankan supaya


benua Antartika dijadikan sebagai warisan dunia dan diletakkan di
bawah hak milik kuasa semua negara.
292  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Di samping itu, Malaysia telah mengutuk keras dasar Apartheid di


Afrika Selatan secara terang-terangan berkenaan diskriminasi kaum
putih ke atas kaum kulit hitam. Selain itu, dalam konteks berkaitan isu
diskriminasi, Tan Sri Razali Ismail telah dilantik oleh Setiausaha
Agung PBB sebagai wakil khas PBB ke Myanmar untuk menyelesaikan
konflik dalaman antara junta pemerintah dengan masyarakat
Rohingya.

Tambahan pula, kelantangan suara Malaysia juga dapat dilihat dengan


usaha dalam memperjuangkan masyarakat Palestin yang ditindas oleh
rejim Zionis yang sehingga kini masih tidak menemui noktah
penyelesaian.

Sumbangan Malaysia juga mendapat pengiktirafan daripada PBB


apabila pernah dipilih untuk menduduki kerusi anggota tidak tetap
Majlis Keselamatan pada penggal 1965, 1989 hingga 1990 dan 2015
hingga 2016.

Bukan itu sahaja, Tan Sri Razali Ismail pernah dipilih menjadi Presiden
Majlis Keselamatan PBB pada penggal 1989 hingga 1990. Begitu juga,
Tan Sri Hasmy Agam juga pernah dipilih untuk menjadi Presiden
Majlis Keselamatan PBB sebanyak dua kali.

(b) Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)


ASEAN diasaskan oleh lima negara (Indonesia, Filipina, Thailand,
Singapura dan Malaysia) telah ditubuhkan berikutan termeterainya
Deklarasi Bangkok pada tarikh 8 Ogos 1967. Rajah 5.19 memaparkan logo
rasmi pertubuhan ini.

Rajah 5.19: Logo ASEAN


Sumber: http://www.asean.org
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  293

Pada tarikh 7 Januari 1984, Brunei menyertai ASEAN dan diikuti Vietnam
11 tahun kemudian. Laos dan Myanmar pula menjadi ahli pada tahun 1997.
Namun atas masalah dalaman negara, Kemboja telah menarik diri daripada
menjadi anggota ASEAN dan hanya kembali menyertai semula ASEAN
pada tahun 1999. Dengan penyertaan Kemboja, maka pada masa kini
terdapat 10 anggota dalam ASEAN (lihat Rajah 5.20).

Rajah 5.20: ASEAN terdiri daripada 10 negara anggota


Sumber: http://m.joss.today

Apakah sebab penubuhan ASEAN? ASEAN telah ditubuhkan kerana


(Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, 2010):

(i) Kegagalan untuk membina kekuatan serantau dan antarabangsa yang


komprehensif, berterusan dan bersatu melalui Pertubuhan Asia
Selatan (ASA ă Association of Southeast Asia) yang ditubuhkan pada
tarikh 31 Julai 1961 dengan hanya Malaysia dan Filipina sebagai ahli;
dan

(ii) Kegagalan Maphilindo (Malaysia, Filipina dan Indonesia) yang


ditubuhkan pada bulan Ogos 1963 dengan hanya Malaysia, Indonesia
dan Filipina sebagai ahli.
294  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Sebagai ahli anggota ASEAN, setiap ahli harus mematuhi prinsip yang telah
digariskan seperti yang berikut (Piagam Perhimpunan Bangsa-bangsa Asia
Tenggara (Terj.), 2008):

(i) Menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamarataan, keutuhan


wilayah dan identiti nasional semua negara anggota ASEAN;

(ii) Komitmen bersama dan tanggungjawab kolektif dalam meningkatkan


keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau;

(iii) Menolak pencerobohan dan ancaman, atau penggunaan kekerasan


atau perbuatan lain dengan apa jua cara yang bertentangan dengan
undang-undang antarabangsa;

(iv) Pergantungan pada penyelesaian pertikaian secara aman;

(v) Tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota
ASEAN;

(vi) Menghormati hak setiap negara anggota untuk memerintah negaranya


sendiri secara bebas daripada campur tangan luar, perbuatan subversif
dan paksaan;

(vii) Meningkatkan perundingan tentang perkara yang menyentuh dengan


serius kepentingan bersama ASEAN;

(viii) Mematuhi kedaulatan undang-undang, pemerintahan yang baik,


prinsip demokrasi dan kerajaan berperlembagaan;

(ix) Menghormati kebebasan asasi, menggalakkan dan melindungi hak


asasi manusia, dan menggalakkan keadilan sosial;

(x) Mendukung Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan undang-undang


antarabangsa termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa
yang ditandatangani oleh negara anggota ASEAN;

(xi) Mengelak daripada mengambil bahagian dalam apa-apa jua dasar atau
aktiviti termasuk penggunaan wilayahnya yang dijalankan oleh mana-
mana negara anggota ASEAN atau negara bukan ASEAN, atau mana-
mana pelaku bukan negara yang mengancam kedaulatan, keutuhan
wilayah atau kestabilan politik dan ekonomi negara anggota ASEAN;
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  295

(xii) Menghormati budaya, bahasa dan agama rakyat ASEAN yang


berlainan sambil menitikberatkan nilai bersama mereka dengan
semangat kesepakatan dalam kepelbagaian;

(xiii) Keutamaan ASEAN dalam hubungan luar politik, ekonomi, sosial dan
budaya sambil terus terlibat secara aktif, memandang ke luar yang
bersifat menyeluruh dan tidak mengamalkan diskriminasi; dan

(xiv) Mematuhi peraturan perdagangan pelbagai pihak dan rejim


berasaskan peraturan ASEAN bagi melaksanakan dengan berkesan
komitmen ekonomi dan pengurangan secara berperingkat-peringkat
ke arah penghapusan semua sekatan terhadap integrasi ekonomi
serantau dalam ekonomi yang berteraskan pasaran.

Sebagai salah satu daripada lima anggota pengasas ASEAN, Malaysia


memainkan peranan yang sangat aktif dalam organisasi tersebut melalui
idea dan inisiatif yang kemudiannya membantu membentuk ASEAN
menjadi organisasi serantau yang begitu kompetitif pada hari ini.

Pada tarikh 8 Ogos 1967, Malaysia menjadi antara lima anggota pengasas
dalam menubuhkan ASEAN. Empat tahun kemudian, Tun Abdul Razak
telah mencadangkan perwujudan Zon Aman, Bebas dan Deklarasi
Berkecuali (ZOPFAN) yang akhirnya telah menjadi realiti di Kuala Lumpur
menerusi Deklarasi Kuala Lumpur. Deklarasi ini bermatlamat menjadikan
Asia Tenggara sebagai rantau keamanan, kebebasan dan pengecualian
daripada pertelingkahan politik kuasa besar khususnya Amerika, Rusia dan
China.

Bagi memastikan objektif ZOPFAN tercapai, pelaksanaan beberapa strategi


telah dirancang. Antara strategi utama dalam ZOPFAN ialah menjadikan
rantau Asia Tenggara bebas daripada senjata nuklear. ZOPFAN tidak
mungkin dapat dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasa besar untuk
mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN dan sokongan penuh daripada semua
negara anggota ASEAN.

Seterusnya, pada tahun 1979, Malaysia bersama-sama anggota ASEAN yang


lain mengutuk pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja. Pada pandangan
negara ASEAN, dengan menggunakan kekerasan terhadap Kemboja,
Vietnam telah melanggar prinsip piagam PBB, iaitu tidak menggunakan
kekerasan dalam menyelesaikan pertikaian antarabangsa.
296  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Begitu juga dalam usaha untuk mengutuk pencerobohan Vietnam ke atas


Kemboja, Malaysia dan negara anggota ASEAN yang lain telah memberi
sokongan kepada pembentukan sebuah Kerajaan Campuran Kampuchea
Demokratik (CGDK ă Coalition Government of Democratic Kampuchea)
dengan Putera Norodom Sihanouk sebagai Presiden.

Perjanjian rasmi untuk menubuhkan CGDK dimeterai pada persidangan di


Kuala Lumpur pada tarikh 22 Jun 1982. Akhirnya, dengan sokongan penuh
daripada Malaysia dan anggota ASEAN yang lain, kemelut politik dapat
diselesaikan dengan melibatkan semua pihak dalam konflik di Kemboja.

Malaysia juga sentiasa menyokong idea bahawa kesemua 10 negara Asia


Tenggara perlu menjadi ahli ASEAN. Proses pembesaran ASEAN
bagaimanapun berjalan dengan perlahan dan tidak seimbang. Brunei
menyertai ASEAN pada tahun 1984 untuk menjadi ahli anggota ke-6
ASEAN setelah Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

Pada tahun 1992, Indonesia mencadangkan kepada ahli anggota ASEAN


agar merealisasikan wawasan „satu Asia Tenggara‰. Dalam hal ini, Malaysia
secara terbuka menyokong kemasukan Vietnam dan Laos dalam ASEAN.
Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur menentang kehadiran Myanmar
sebagai pemerhati dalam persidangan kemuncak ASEAN kerana junta
tentera pimpinan Than Shwe memberi layanan buruk ke atas umat Islam
Rohingya.

Dalam perubahan pesat di Asia Tenggara, Malaysia menyertai anggota


ASEAN yang lain untuk menubuhkan Forum Rantau Asean (ARF ă ASEAN
Regional Forum). Idea sebalik penubuhan ARF adalah untuk menawarkan
satu forum terhadap semua pihak yang berminat menyuarakan pandangan
mereka mengenai isu keselamatan dan dengan itu mewujudkan kerjasama
dan bukannya persekitaran yang berdaya saing dalam kalangan anggota
ASEAN.

Selain itu, Malaysia juga bekerjasama dengan negara anggota ASEAN dalam
bidang sosial dan kebudayaan, sukan, telekomunikasi, kesenian dan
pendidikan. Contohnya, Pesta Filem ASEAN, Tahun Melawat ASEAN dan
Sukan SEA. Tambahan pula, Malaysia juga menjayakan kerjasama
ASEAN +3 (Korea, Jepun dan China) bersama-sama anggota ASEAN yang
lain.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  297

Dari aspek ekonomi pula, penubuhan Lembaga Pembangunan Pelaburan


Malaysia (MIDA ă Malaysian Investment Development Authority) juga
memainkan peranan yang penting dalam ASEAN. MIDA ialah sebuah
agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bagi memberi nasihat kepada
kerajaan persekutuan dan negeri dalam dasar pembangunan perusahaan,
memberi khidmat runding cara kepada syarikat asing tentang sektor
perusahaan di Malaysia, mengurus pelesenan perniagaan dan pengecualian
tarif atau duti import, di samping menyelaras rancangan kemajuan industri
(Mustaza Abdullah & Mat Marjani Yahya, 1991).

MIDA telah banyak membantu dalam meningkatkan kemajuan ekonomi


negara mahupun dalam negara serantau ASEAN. Pada hakikatnya, aliran
masuk pelaburan domestik telah meningkat dengan ketara sebanyak hampir
empat kali ganda jumlah pelaburan langsung asing (FDI ă foreign direct
investment) pada tahun 2012.

Di samping itu, tahun 2015 merupakan tahun yang mencabar bagi Malaysia
secara amnya dan ASEAN secara khususnya memandangkan Malaysia
bukan setakat menjadi pengerusi kepada ASEAN 2015 tetapi juga Komuniti
ASEAN yang ditubuhkan. Komuniti ASEAN adalah diasaskan kepada tiga
tonggak kerjasama, iaitu:

(i) ASEAN Komuniti Politik-Keselamatan (APSC ă Asean Political-


Security Community);

(ii) Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC ă ASEAN Economic Community);


dan

(iii) Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC ă ASEAN Socio-Culture


Community).

Dalam strategi dasar luar, Malaysia akan terus bergiat aktif dalam
memainkan peranannya dalam ASEAN untuk mencapai keamanan,
keselamatan dan kemakmuran demi kesejahteraan dan kemajuan di rantau
ini. Malaysia juga akan terus bekerjasama dengan rakan negara anggota
ASEAN ke arah penubuhan Komuniti ASEAN pada tahun 2015. ASEAN
turut menggalakkan hubungan yang lebih rapat dengan kumpulan serantau
yang lain mengenai isu kebimbangan bersama dan manfaat bersama.
298  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

AKTIVITI 5.3

Bincangkan dalam forum myINSPIRE tentang:

(a) Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam ASEAN.

(b) Perbandingan antara pertubuhan ASEAN dengan Kesatuan


Eropah.

(c) Kecekapan ASEAN sebagai pertubuhan serantau.

(c) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)


Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) (dahulunya dikenal sebagai Pertubuhan
Persidangan Islam) merupakan organisasi yang anggotanya terdiri daripada
57 buah negara. Pertubuhan ini ialah suara kolektif dunia Islam untuk
menjaga dan melindungi kepentingan dunia Islam dalam semangat
menggalakkan keamanan dan keharmonian antarabangsa dalam kalangan
pelbagai bangsa tetapi berpaksikan agama Islam di dunia. Rajah 5.21
memaparkan logo rasmi OIC.

Rajah 5.21: Logo OIC


Sumber: http://www.oic-oci.org
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  299

Pertubuhan ini ditubuhkan atas keputusan sidang kemuncak bersejarah


yang berlaku di Rabat, Maghribi pada tarikh 25 September 1969 kesan
daripada jenayah membakar Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis oleh
pelampau Zionis.

Apakah matlamat pertubuhan ini? Antara matlamat pertubuhan ini adalah


untuk:

(i) Meningkat dan mengukuhkan ikatan persaudaraan dan perpaduan


dalam kalangan negara anggota;

(ii) Memelihara dan melindungi kepentingan bersama dan menyokong


sebab yang sah daripada negara anggota dan menyelaras dan
menyatukan usaha negara anggota memandangkan cabaran yang
dihadapi oleh dunia Islam khususnya dan masyarakat antarabangsa
secara umum;

(iii) Menghormati hak penentuan nasib sendiri dan tidak campur tangan
dalam hal ehwal dalam negeri dan menghormati kedaulatan,
kemerdekaan dan keutuhan wilayah bagi setiap negeri ahli;

(iv) Memastikan penyertaan aktif negara anggota dalam proses politik,


ekonomi dan sosial serta membuat keputusan global untuk menjamin
kepentingan bersama mereka;

(v) Mengesahkan sokongannya terhadap hak rakyat seperti yang


termaktub dalam Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa;

(vi) Mengukuhkan hubungan antara negara Islam dengan kerjasama


ekonomi dan perdagangan untuk mencapai integrasi ekonomi yang
membawa kepada penubuhan Pasaran Bersama Islam;

(vii) Menggiatkan usaha bagi mencapai pembangunan dan kemanusiaan


yang berterusan dan menyeluruh untuk kesejahteraan ekonomi di
negara anggota;

(viii) Melindungi dan mempertahankan imej Islam yang sebenar, untuk


memerangi fitnah terhadap Islam dan menggalakkan dialog antara
tamadun dengan agama; dan

(ix) Meningkat dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi dan


menggalakkan penyelidikan dan kerjasama dalam kalangan negara
anggota bidang ini.
300  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

OIC menjadi keutamaan kedua dalam dasar luar Malaysia. Perdana Menteri
pertama, Tunku Abdul Rahman (walaupun dasar luarnya adalah
berorientasikan probarat) telah mengambil bahagian yang aktif dalam
pembentukan OIC dan berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha selama tiga
tahun.

Chamil Wariya (1989) berhujah bahawa Malaysia memainkan peranan


penting dalam menyokong umat Islam yang ditindas di Palestin dan
merupakan penyokong kuat Palestin dalam forum antarabangsa. Malaysia
juga menyediakan perlindungan kepada rakyat Palestin pada tahun 1948
apabila Palestin telah diduduki oleh Israel.

Apakah cabaran utama Malaysia dalam OIC? Antara cabaran utama


Malaysia dalam OIC adalah seperti yang berikut:

(i) Kurangnya interaksi dalam kalangan negara telah menyebabkan


organisasi menjadi alat reaksioner daripada mekanisme proaktif untuk
menyelesaikan isu yang bercanggah;

(ii) Masalah yang wujud dalam kalangan negara anggota menyebabkan


negara tersebut bertindak balas secara berasingan dalam rangka
kepentingan nasional dan bukannya menggunakan OIC untuk
menyuarakan „satu suara‰ mengenai isu antarabangsa; dan

(iii) Kecenderungan negara Islam yang bergantung pada negara maju


untuk memelihara kepentingan negara mereka mengikut agenda yang
telah ditetapkan oleh kuasa negara maju daripada mengikut piagam
OIC.

Apakah peranan Malaysia dalam OIC? Antara peranan yang dimainkan


Malaysia dalam OIC adalah seperti yang berikut:

(i) Menubuhkan Bank Pembangunan Islam.

(ii) Mengutuk keras pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

(iii) Menyokong perjuangan rakyat Palestin.

(iv) Mengutuk pembersihan etnik umat Islam di Bosnia-Herzegovina.

(v) Membangunkan ekonomi Afrika dan masyarakatnya dengan


membina pembangunan dan infrastruktur ekonomi.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  301

(vi) Melabur dalam beberapa negara anggota OIC. Contohnya, pelaburan


PETRONAS di Iran.

(vii) Menganjurkan musabaqah al-Quran tahunan untuk mengukuhkan


dan memupuk persahabatan yang lebih erat dalam kalangan negara
OIC.

(viii) OIC juga telah membangunkan pendidikan dalam kalangan umat


Islam di seluruh dunia dengan penubuhan universiti seperti Universiti
al-Azhar dan Universiti Islam Antarabangsa.

(ix) Menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak dan mesyuarat,


antaranya ialah:

 Sesi Luar Biasa Menteri-menteri Luar Negara Islam pada


Keganasan (dari tarikh 1 hingga 3 April 2002);

 Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone (dari tarikh 13 hingga 14 Jun


2002);

 Susulan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan mengenai


Pelancongan (dari tarikh 5 hingga 7 September 2003);

 Sidang Kemuncak OIC ke-27 Menteri-menteri Luar (pada tarikh 27


Jun 2000); dan

 Pelbagai lagi mesyuarat di bawah naungan OIC.

(x) Menganjurkan Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar OIC di Timur


Tengah pada bulan April 2004 untuk membincangkan masalah di
Palestin dan Iraq. Mesyuarat ini membuktikan keazaman Malaysia
dalam mencari penyelesaian kepada konflik yang melanda Timur
Tengah.

(xi) Mengetuai delegasi menteri OIC, mengikut mandat yang diberikan


oleh Mesyuarat Khas untuk bertemu ahli kuartet (Kesatuan Eropah,
Rusia, Amerika dan Setiausaha Agung PBB) dan menggesa mereka
untuk mengambil langkah segera dalam menyelesaikan konflik Israel-
Palestin.
302  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

(d) Pertubuhan Negara-negara Komanwel


Komanwel ialah organisasi yang terdiri daripada negara yang merupakan
bekas tanah jajahan British. Ahlinya terdiri daripada bekas tanah jajahan
British termasuk Malaysia. Malaysia menyertai Komanwel setelah mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Apakah tujuan Komanwel? Tujuan
Komanwel adalah mewujudkan persahabatan dan perpaduan, ekonomi,
pendidikan, pertahanan, pertanian dan pembangunan undang-undang
dalam kalangan semua bekas tanah jajahan British.

Apakah peranan Malaysia dalam Komanwel? Antara peranan Malaysia


dalam Pertubuhan Negara-negara Komanwel adalah:

(i) Mengemukakan cabaran dalam perdagangan antarabangsa,


penjajahan dan menentang isu Apartheid di Afrika Selatan. Dalam
Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM ă
Commonwealth Heads of Government Meeting) di Bahamas pada
tahun 1985 dan Vancouver pada tahun 1987, Malaysia menggesa badan
dunia ini untuk memainkan peranan yang lebih agresif dalam
menangani isu perdagangan dunia yang tidak adil, politik dan
penjajahan ekonomi dan juga Apartheid.

(ii) Sebagai tuan rumah untuk CHOGM pada tahun 1989. Isu yang
dibincangkan ialah Apartheid, kebebasan Namibia, masalah ubat-
ubatan, kebuluran dan kemiskinan di Afrika, ekonomi antarabangsa,
konflik Asia Barat, konflik Afghanistan dan Kemboja, serta isu alam
sekitar. Hasil daripada kemerosotan dan pencemaran alam sekitar,
ketua-ketua kerajaan Komanwel telah menggariskan beberapa
rancangan dan tindakan yang meliputi:

 Pembentukan dana antarabangsa untuk pemeliharaan alam


sekitar;

 Pengurusan hutan dan pertanian di negara maju dan membangun;

 Pengurangan pencemaran marin; dan

 Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon.

(iii) Memberi kerjasama dalam pertahanan, perdagangan, pembangunan


sains dan teknologi, pertanian, pendidikan, kewangan dan banyak
lagi. Dalam pertahanan misalnya, Malaysia menerima bantuan
ketenteraan khusus untuk 10 tahun selepas kemerdekaan.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  303

(iv) Menjalankan latihan ketenteraan bersama beberapa negara Komanwel.


Malaysia juga mendapat sokongan daripada negara maju dalam
Komanwel. Contohnya, barangan Malaysia diberi sistem keutamaan
am (GSP ă general system of preferences). Melalui sistem ini, tarif ke
atas barangan Malaysia dikurangkan dan ini secara tidak langsung
meningkatkan daya saing barangan Malaysia berbanding barang dari
negara lain di pasaran.

(v) Pengenalan Rancangan Colombo telah meningkatkan lagi kedudukan


Malaysia, iaitu Malaysia menerima nasihat mengenai pendidikan,
pertanian, kesihatan dan sebagainya. Sebagai contoh, dalam bidang
pendidikan, negara Komanwel memberikan nasihat mengenai
penubuhan kolej pengajaran, A-Level dan Higher School Certificate
(HSC) (kini dikenal sebagai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia).

Secara sosial, perpaduan dalam kalangan negara Komanwel turut dipupuk


melalui aktiviti sukan seperti Sukan Komanwel yang dihoskan oleh
Malaysia pada tahun 1998.

(e) Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)


NAM telah ditubuhkan pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak
NAM yang pertama di Belgrade, Yugoslavia (kini Serbia). Pergerakan ini
ditubuhkan sebagai reaksi kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar
dunia, Amerika dan Kesatuan Soviet.

Organisasi ini berpegang teguh pada pendirian neutral, tidak memihak


kepada blok Barat ataupun blok Timur. Prinsip NAM termasuklah
menghormati kemerdekaan dan kedaulatan negara dan tidak campur
tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Penyertaan aktif Malaysia dalam NAM bermula pada tahun 1969,


berdasarkan kecenderungan negara ke arah dasar berkecuali dan tidak
memihak kepada mana-mana blok (blok komunis atau blok demokrasi).
Dasar ini adalah penting dalam mengekalkan dan memaksimumkan
hubungan antarabangsa dengan negara lain di dunia ini. Kerajaan Malaysia
sentiasa berpegang pada prinsip bahawa sebarang isu antarabangsa yang
berkaitan dengan hal ehwal domestik sebuah negara tertentu tidak boleh
diganggu.
304  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Malaysia diberi penghormatan untuk dipilih sebagai Naib Pengerusi NAM


semasa sidang kemuncak di Belgrade, Croatia pada tahun 1989. Pada sidang
kemuncak itu, Malaysia dilantik untuk menyertai G15 yang merupakan
kumpulan elit yang ditugaskan untuk membincangkan isu mengenai
kerjasama politik dan ekonomi dalam kalangan anggota NAM. Pada bulan
Februari 2003, Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah kepada Sidang
Kemuncak NAM.

Apakah peranan Malaysia dalam NAM? Yang berikut ialah peranan


Malaysia dalam NAM:

(i) Apabila Malaysia dilantik sebagai pengerusi NAM, Malaysia dapat


memberikan kepimpinan yang mewakili negara anggota yang
majoritinya ialah negara membangun dalam menyuarakan isu dan
langkah yang praktikal dan berkesan untuk keamanan dunia melalui
platform politik, pendekatan diplomatik, pelbagai hala dan
terutamanya melalui badan dunia seperti PBB dan Majlis Keselamatan
PBB; dan

(ii) Memberi tumpuan kepada perkara yang melibatkan bidang ekonomi


dan perdagangan, Kerjasama Selatan-selatan (KSS), pembangunan dan
pembasmian kemiskinan serta pembangunan sosial dan kemanusiaan
yang sama dan isu kepentingan kepada NAM.

(f) Kerjasama Selatan-selatan (KSS)


Apakah objektif KSS? Kerjasama Selatan-selatan (KSS) ditubuhkan dengan
objektif memelihara kepentingan ekonomi negara membangun dan
mengelakkan tekanan daripada negara maju seperti Amerika, Jepun dan
United Kingdom. Negara maju biasanya mengawal tekanan pasaran bahan
mentah. Oleh itu, bahan mentah dari negara membangun menghadapi
kesukaran untuk menembusi pasaran.

Dalam kes ini, negara maju akan membeli bahan mentah dari negara
membangun pada harga yang rendah dan ini akan membuatkan negara
membangun yang miskin perlu menjaga amalan ini berterusan. Amalan ini
juga menyebabkan negara membangun menanggung hutang yang besar
kepada negara maju yang mengenakan syarat ketat seterusnya
membebankan rakan mereka yang lebih miskin.
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  305

Oleh itu, Malaysia mencadangkan pembentukan KSS. Konsep ini pertama


kali dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1981 di
Zimbabwe. Antara resolusi yang dibentangkan untuk membentuk KSS
adalah:

(i) Memperbaiki keadaan ekonomi negara membangun;

(ii) Mengatasi ketidaktentuan harga bahan mentah disebabkan oleh


tekanan negara maju;

(iii) Berusaha mencari cara menyelesaikan hutang negara membangun;


dan

(iv) Membentangkan cadangan untuk mengelakkan tekanan oleh negara


maju.

Secara kesimpulannya, Malaysia bersedia meneruskan pembangunan negara


pada masa akan datang melalui pelbagai program perkongsian pintar dengan
negara maju dan membangun untuk kemajuan ekonomi, sosial dan politik.
Malaysia bergerak ke arah pelbagai perancangan pembangunan di samping
memberi sumbangan dan bantuan untuk membangunkan negara yang masih
mundur dan miskin.

Malaysia secara keseluruhan, bersatu dengan negara maju dan kurang maju untuk
bersama-sama meletakkan jentera mereka bagi pembangunan terutamanya dalam
bidang sains dan teknologi. Pertubuhan, persidangan, seminar dan dialog ialah
platform untuk mewujudkan persefahaman antara negara anggota bagi
menangani masalah kemiskinan, kesihatan, pendidikan dan keselamatan.
306  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

 Terdapat pelbagai pelan pembangunan di negara ini yang boleh dikelaskan


kepada rancangan sebelum merdeka dan rancangan selepas merdeka.

 Antara pelan pembangunan negara yang diperkenalkan ialah Rancangan


Malaya Pertama dan Kedua, diikuti dengan Rancangan Malaysia Pertama
sehingga Rancangan Malaysia Kesebelas.

 Kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar utama negara selepas


merdeka hinggalah sekarang bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi
negara maju.

 Sebelum merdeka, kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar


pendidikan untuk menangani permasalahan kaum di Tanah Melayu.

 Dasar negara berubah selepas merdeka dan berlakunya Tragedi 13 Mei 1969
yang menyebabkan kerajaan persekutuan memperkenalkan DEB.

 Menjelang tahun 1980-an, dasar kerajaan bertumpu kepada pemodenan


pembangunan ekonomi terutamanya dalam bidang perindustrian.

 Tumpuan dasar terkini lebih memfokuskan kepada keperluan rakyat dan


pembangunan ekonomi.

 Antara dasar baharu ialah Gagasan Satu Malaysia (1Malaysia), Program


Transformasi Kerajaan (PTK) dan Program Transformasi Ekonomi (PTE).

 Kepentingan dasar luar Malaysia adalah berpandukan faktor sejarah,


demografi, keselamatan negara, ekonomi, geostrategik, struktur politik
negara, undang-undang antarabangsa dan faktor globalisasi.

 Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan


kerjasama dengan negara lain mahupun organisasi antarabangsa.

 Malaysia telah menyertai organisasi dan kumpulan antarabangsa serta


memainkan peranan yang penting dalam PBB, Pertubuhan Komanwel, OIC,
ASEAN, NAM, KSS, Kumpulan 77 (G77), Perundingan Ekonomi Asia Timur
(EAEC) dan Kumpulan 15 (G15).
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  307

1Malaysia Lembaga Kemajuan Tanah


Persekutuan (FELDA ă Federal Land
Dasar Agromakanan Negara (DAN) Development Authority)
Dasar Belia Negara (DBN) Lembaga Pemasaran Pertanian
Dasar Ekonomi Baru (DEB) Persekutuan (FAMA ă Federal
Agricultural Marketing Authority)
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
(DKK) Model Baru Ekonomi (MBE)

Dasar luar Pelan Induk Perindustrian (PIP)

Dasar Pandang ke Timur (DPT) Pendapatan negara kasar (PNK)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali


(NAM ă Non-Aligned Movement)
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam (PBB)
(DPNI)
Pertubuhan Komanwel
Dasar Penswastaan
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC ă
Dasar Perindustrian Negara Organisation of Islamic Cooperation)
Dasar Persyarikatan Pertubuhan Negara-negara Asia
Dasar Pertanian Negara (DPN) Tenggara (ASEAN ă Association of
Southeast Asian Nations)
Dasar Wanita Negara (DWN)
Program Transformasi Ekonomi (PTE)
Keluaran dalam negara kasar
(KDNK) Program Transformasi Kerajaan (PTK)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik Rancangan pembangunan negara


(APEC) Tragedi 13 Mei 1969
Kerjasama Selatan-selatan (KSS)
308  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Ahmad Sarji Abdul Hamid. (1993). MalaysiaÊs Vision 2020: Understanding the
concept, implications and challenges. Petaling Jaya, Malaysia: Pelanduk.

Akta Pelajaran 1961.

Aminuddin Baki. (1981). The national school of Malaya: Its problems, proposed
curriculum and activities. Kuala Lumpur, Malaysia: Arkib Negara Malaysia.

Anugerah Magsaysay untok Razak. (1967, Ogos 15). Berita Harian, hlmn. 4.
Dicapai dari http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/
beritaharian19670815-1.2.46

Arends, R. (2014). Learning to teach. Dubuque, IA: McGraw-Hill Higher


Education.

Awang Had Salleh. (1980). Pelajaran dan perguruan Melayu di Malaya zaman
British. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Chamil Wariya. (1989). Dasar luar era Mahathir. Selangor, Malaysia: Fajar Bakti.

Jabatan Perdana Menteri. (2014). Government Transformation Programme (GTP).


Annual report 2010. Dicapai dari http://www.pmo.gov.my/
dokumenattached/GTP_AR2010_ENG_FINAL.pdf

Jabatan Perdana Menteri. (2015). Economic Transformation Programme. Dicapai


dari https://policy.asiapacificenergy.org/sites/default/files/ETP.pdf

Kementerian Belia dan Sukan. (2019). Dasar Pembangunan Belia Negara (DPBN)
1997. Dicapai dari http://www.kbs.gov.my/akta-dasar/dasar.html

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. (2019a). Rancangan Malaysia Kedua,


1971ă1975. Dicapai dari http://www.mea.gov.my/ms/rmk/rancangan-
malaysia-kedua

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. (2019b). Rancangan Malaysia Keempat,


1981ă1985. Dicapai dari http://www.mea.gov.my/ms/rmk/rancangan-
malaysia-keempat
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  309

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. (2019c). Rancangan Malaysia Kelima,


1986ă1990. Dicapai dari http://www.mea.gov.my/ms/rmk/rancangan-
malaysia-kelima

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. (2019d). Rancangan Malaysia Keenam,


1990ă1995. Dicapai dari http://www.mea.gov.my/ms/rmk/rancangan-
malaysia-keenam

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2014). Dasar


Sosial Negara. Dicapai dari http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/
Dasar/15DASAR_SOSIAL_NEGARA.pdf

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2019). Dasar


Wanita Negara. Dicapai dari https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/
uploads/files/Dokumen/Dasar/DASAR%20WANITA%20NEGARA_bm.
pdf

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. (2011). Dasar Agromakanan


Negara 2011ă2020. Dicapai dari http://www.fama.gov.my/documents/
20143/154508/Dasar+agromakanan+negara.pdf/a5b222d8-0634-8abf-fd9c-
c946a7d7b40b

Mahathir Mohamad. (2002). Globalisation and the new realities. Subang Jaya,
Malaysia: Pelanduk.

Millar, T. B. (1969). On writing about foreign policy. New York, NY: The Free
Press.

Mohd Taib Osman. (1988). Bunga rampai kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur,
Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mustaza Abdullah, & Mat Marjani Yahya (1991). Kemahiran Hidup Bersepadu
TERAS. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nadzan Haron, & Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia melangkah ke hadapan:
Pengajian Malaysia sejak 1945. Puchong, Malaysia: Penerbitan Multimedia.

National Economic Advisory Council. (2010). New economic model for Malaysia:
Part 1. Kuala Lumpur, Malaysia: Percetakan Nasional Malaysia.

Piagam Perhimpunan Bangsa-bangsa Asia Tenggara (terj.). (2008). Dicapai dari


https://www.asean.org/wp-content/uploads/images/archive/AC-
Indonesia.pdf
310  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Pejabat Perdana Menteri. (2014). 1 Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian


diutamakan. Dicapai dari https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/
1Malaysia_B.pdf

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. (1956). Dlm. Federation of Malaya. Kuala


Lumpur, Malaysia: Caxton Press.

Penyata Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960. (1961). (Terj). Dewan


Bahasa dan Pustaka. Dlm. Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah
Melayu. B. T. Fudge: Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Portal 1Klik. (2019a). Rancangan Malaysia Pertama. Dicapai dari


https://bit.ly/2XDOHR0

Portal 1Klik. (2019b). Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3). Dicapai dari
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/10120-dasar-
pertanian-negara-ketiga-.html

Portal 1Klik. (2019c). Dasar Penswastaan. Dicapai dari http://pmr.penerangan.


gov.my/index.php/penafian/1536-ingin-tahu-ekonomi-ekonomi-
malaysia/dasar-dasar-ekonomi/1377-dasar-penswastaan-negara

Portal 1Klik. (2019d). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dicapai dari http://pmr.


penerangan.gov.my/index.php/1358-maklumat-kenegaraan/dasar-dasar-
negara/242-dasar-pendidikan-kebangsaan

Portal 1Klik. (2019e). Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran.


Dicapai dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-
kenegaraan/243-dasar-penerapan-nilai-nilai-islam-dalam-
pentadbiran.html

Plano, J. C., & Olto, R. (1982). The international relations dictionary. Santa Barbara,
CA: ABC-CLIO.

Ucapan YAB Perdana Menteri DatoÊ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.
Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011ă2015. Dewan Rakyat. 10 Jun 2010.

Zainal Abidin Abdul Wahid ddl. (1996). Malaysia: Warisan dan perkembangan
(Ed. ke-2). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Topik  Pemikiran dan
Kepercayaan
6
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan perkembangan agama di Malaysia;
2. Menerangkan kepentingan Islam dalam perlembagaan di Malaysia
dan masyarakat majmuk;
3. Menghuraikan toleransi pelbagai agama di Malaysia; dan
4. Mengamalkan sikap saling menghormati antara agama.

 PENGENALAN
Dalam topik akhir ini, kita akan mempelajari perkembangan agama bermula
dengan kepercayaan animisme dan dinamisme, kedatangan agama Hindu-
Buddha, Islam dan Kristian di Malaysia. Seterusnya, kita juga akan
membincangkan peruntukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia seperti
yang telah termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia.

Selain itu, topik ini turut menjelaskan kepercayaan pelbagai kaum di Malaysia
yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Sikh dan orang asli di samping
anutan agama bagi masyarakat Sabah dan Sawarak.

Akhir sekali, kita akan membincangkan keperluan untuk memupuk sikap


menghormati antara agama agar dapat melahirkan negara yang aman dan bersatu
padu. Sudahkah anda bersedia? Mari kita teruskan!
312  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

6.1 PERKEMBANGAN AGAMA DI MALAYSIA


Tahukah anda terdapat beberapa teori tentang sebab manusia beragama? Dari
sudut psikologi, manusia memerlukan agama untuk mendapat perlindungan
daripada kuasa ghaib (supernatural powers). Hal ini demikian kerana bencana
alam, wabak penyakit, guruh dan kilat amat ditakuti oleh manusia purba.
Natijahnya, manusia mula menyembah pelbagai benda yang terdapat di
persekitarannya seperti pokok, busut dan gunung yang dipercayai dapat
melindungi mereka. Maka, agama terawal yang dianuti oleh manusia ialah
animisme, iaitu kepercayaan primitif terhadap benda di sekeliling mereka yang
masih diamalkan oleh beberapa suku kaum pedalaman di Malaysia.

Oleh itu, dalam subtopik ini, kita akan melihat sejarah dan perkembangan satu
persatu agama utama di Malaysia, bermula dengan kepercayaan animisme dan
dinamisme.

6.1.1 Kepercayaan Animisme dan Dinamisme


Menurut persejarahan awal di rantau alam Melayu ini, sistem kepercayaan
masyarakat peribumi berasaskan animisme dan dinamisme. Huraian lanjut
mengenai kedua-dua jenis kepercayaan ini adalah seperti yang berikut:

(a) Kepercayaan Animisme


Apakah yang dimaksudkan dengan kepercayaan animisme?

Kepercayaan animisme bermakna bahawa setiap benda dan juga


tempat mempunyai kehidupan dalam bentuk roh, jiwa dan semangat
dengan perwatakannya yang tersendiri.

Oleh itu, kepercayaan ini telah melahirkan peraturan atau pantang larang
tertentu dalam sesuatu masyarakat.

(b) Kepercayaan Dinamisme


Apakah pula yang dimaksudkan dengan kepercayaan dinamisme?

Kepercayaan dinamisme ialah percaya kepada tenaga yang ada pada


roh, jiwa, semangat dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan
dan benda yang boleh mendatangkan kesan baik dan buruk kepada
manusia.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  313

Kepercayaan dinamisme ini seterusnya melahirkan magis melalui


penguasaan terhadap kuasa ghaib (manna) dengan perbuatan atau upacara
tertentu yang dilakukan oleh bomoh dan pawang sehingga tenaga ghaib itu
dapat dipergunakan untuk keuntungan sendiri atau untuk kerugian kepada
orang lain. Kepercayaan ini telah diamalkan di gugusan kepulauan Melayu
pada zaman Neolitik sehingga kini (Sidang Pengarang ILBS, 2000).

Dalam masyarakat Melayu tradisional, wujud kepercayaan kepada roh


nenek moyang yang dinamakan hyang, iaitu seperti poyang atau moyang.
Roh nenek moyang ini dipercayai masih berada dalam kalangan mereka dan
mempunyai tenaga yang kuat dan boleh mempengaruhi kehidupan mereka.
Oleh itu, roh nenek moyang itu perlu ditenangkan melalui upacara
pemujaan dan bacaan ayat tertentu.

Masyarakat Melayu tradisional juga menganggap hyang sebagai jelmaan


Tuhan yang perlu dipuja dan disembah. Oleh itu, timbullah istilah
„sembahyang‰, iaitu menyembah roh jelmaan Tuhan. Dalam konteks ini,
pawang, bomoh dan dalang merupakan perantara yang boleh menghubungi
hyang melalui upacara tertentu yang berbentuk pemujaan atau
penyembahan iaitu jampi, serapah, penyajian, penyembelihan, pewayangan,
perbomohan dan sebagainya (Hashim Musa, Zainal Abidin Borhan, Othman
Mohd Yatim, Ahmad Hakimi Khairuddin & Mohd Taufik Arridzo Mohd
Balwi, 2006).

6.1.2 Kedatangan Hindu-Buddha


Mengikut sejarah, kepercayaan ini telah meresap masuk ke Tanah Melayu apabila
Tanah Melayu dijajah oleh kerajaan Funan (sebelum abad ke-6) dan kemudian
oleh kerajaan Srivijaya (abad ke-7) dan Majapahit (abad ke-12).

Raja Funan yang berfahaman Hindu telah mengadaptasi konsep raja kepada
konsep devaraja dari India ă raja dianggap sebagai jelmaan dewa atau dewi.
Funan dipercayai merupakan kerajaan Melayu pertama yang menerima pengaruh
Hindu yang kuat kerana terdapat bukti catatan dalam bahasa Sankrit yang
mengatakan bahawa pengaruh agama Hindu (Mahzab Siva) dan agama Buddha
telah bertapak di sana (Harrison, 1967; Lim Seng Haw, 2009; Saunders, 2002).

Kerajaan Funan dan Srivijaya ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat


Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial melalui penerapan pengaruh agama
Hindu-Buddha dari abad pertama sehingga abad ke-15. Malah, ketika Kepulauan
Tanah Melayu (Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Borneo, Jawa dan Selatan
Thailand) berada di bawah kerajaan Srivijaya, kerajaan Srivijaya dengan kerajaan
314  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

India telah menjadikan kepulauan Tanah Melayu sebagai pusat pengajian Sanskrit
dan pusat penyebaran agama Buddha di Timur (Sidang Pengarang ILBS, 2000).

Rekod penemuan arkeologi membuktikan bahawa bahagian utara Tanah Melayu,


iaitu negeri Kedah pernah dipengaruhi oleh kebudayaan awal Buddhisme. Pada
pertengahan kurun ketiga Sebelum Masihi, Maharaja Asoka telah menghantar
dua orang biksu, iaitu Ven Sona dan Ven Uttara datang ke rantau ini untuk
menyebarkan agama Buddha (Pengenalan kepada Buddhisme, 2001).

Pada kurun kelima, Buddhisme telah berkembang dengan baik di Semenanjung


Melayu. Ekskavasi arkeologi Buddha bukan hanya terhad di Kedah sahaja tetapi
turut didapati di Perlis, Pahang, Kuala Selinsing, Tanjung Rambutan, Lembah
Kinta, Bidor dan Sungai Siput di Perak (Sidang Pengarang ILBS, 2000).

Malah, Langkasuka dipercayai merupakan sebuah negara Buddha yang pertama


dan ditubuhkan pada kurun kedua Masihi. Langkasuka berpusat di Banjaran
Gunung Jerai, kemudian mengembangkan kuasanya ke bahagian Selatan Negeri
Thai (Pengenalan kepada Buddhisme, 2001).

Apakah kesan pengaruh Hindu dan Buddha di Tanah Melayu? Terdapat


pandangan yang menyatakan bahawa kesan pengaruh Hindu dan Buddha ini
hanya berlaku kepada lapisan atas masyarakat Melayu (golongan pemerintah dan
bangsawan) sahaja pada ketika itu tetapi tidak menyerap ke segenap lapisan
masyarakat Melayu terutamanya di lapisan bawahan (golongan rakyat jelata)
yang masih mengamalkan kepercayaan animisme dan dinamisme (Rahmah
Bujang, Yaacob Harun, Mohammad Nazzri Ahmad & Ahmad Hakimi
Khairuddin, 2006).

Hal ini demikian kerana melalui politik dan pentadbiran, pengaruh orang atasan
yang mementingkan dewa yang dikaitkan dengan kedudukan raja sebagai
penjelmaan dewa seperti konsep „dewaraja‰ dapat dikukuhkan. Malah, melalui
konsep ini, kedudukan raja dari aspek spiritual dan peranan fizikal diperkuatkan
lagi melalui upacara keagamaan untuk menjadikan raja sebagai peribadi yang
luhur, suci dan kudus.

Unsur kesusasteraan Hindu dari segi epik, roman, mitos dan sastera keperwiraan
turut popular dalam kalangan bangsawan di istana rantau alam Melayu. Oleh itu,
muncullah epik versi Melayu yang berasaskan kesusasteraan Hindu seperti
Hikayat Sri Rama dan Hikayat Maharaja Rawana (daripada Ramayana), Hikayat
Pendawa (daripada Mahabharata) dan lain-lain.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  315

Selain itu, unsur Buddhisme turut didapati dalam drama Menora dan wayang
kulit (lihat Rajah 6.1).

Rajah 6.1: Wayang kulit


Sumber: https://karenfebriena.wordpress.com/2014/04/07/the-beautiful-and-
historical-wayang-kulit-2/

Tidak ketinggalan, wujud kesan dari aspek ajaran Hindu seperti sistem golongan
agama dan rakyat jelata yang sedikit sebanyak telah menular ke dalam sistem
sosial kelompok Melayu.

6.1.3 Kedatangan Agama Islam


Orang Arab merupakan perintis awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Mereka
datang melalui jalan laut dan jalan darat (Hasjmy, 1979). Islam bermula di alam
Melayu sejak abad pertama hijrah dengan terdapatnya hubungan antara Timur
Tengah yang dibawa oleh saudagar Arab terutamanya Yaman (Arnold, 1984),
Mesopotamia, India dan Cina dengan alam Melayu disebabkan oleh faktor
perdagangan. Selain Arab, perkembangan Islam ke alam Melayu turut
disumbangkan oleh pedagang dari China dan India.

Berdasarkan fakta sejarah secara kronologi, daerah yang menerima Islam adalah
seperti yang berikut:

(a) Perlak pada tahun 840 M atau 225 Hijrah (kurun kesembilan);

(b) Samudera-Pasai pada tahun 1042 M (kurun ke-13 hingga ke-14); dan

(c) Melaka pada tahun 1400 M hingga 1511 M (kurun ke-15 hingga ke-16).
316  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis, Aceh pula telah mengambil alih
peranannya pada tahun 1511 M hingga 1650 M (kurun ke-16 hingga ke-17).
Hal ini diikuti pula oleh kerajaan Johor-Riau pada tahun 1650 M hingga 1800 M
(kurun ke-17 hingga ke-19). Sementara itu, kedatangan Islam ke Brunei berlaku
pada akhir kurun ke-15, Patani pada kurun ke-15 sehingga ke-19 dan Pulau Jawa
pada kurun ke-15 hingga ke-16.

Penyebaran Islam semakin berkembang di Tanah Melayu selepas 1258 M (Ali


Jarisyah, 1999) apabila pada tahun tersebut, kota Baghdad telah jatuh ke tangan
Hulagu Khan. Selepas tarikh tersebut, perkembangan Islam di alam Melayu
amnya dan Tanah Melayu khasnya menjadi semakin rancak sama ada di bahagian
timur atau barat Tanah Melayu. Contohnya, masyarakat negeri Kelantan dan
Kedah yang mula menerima Islam dengan menyeluruh (Hanif Md Lateh @ Junid,
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad & Ermy Azziaty Rozali, 2011).

Seterusnya, perkembangan Islam semakin menonjol apabila Parameswara


memeluk Islam pada tahun 1409 M dan menukar namanya kepada Sultan
Iskandar Syah. Beliau memainkan peranan yang cukup penting dalam
membangunkan Melaka sebagai pusat perdagangan dan penyebaran Islam di
Nusantara, di samping menjadikan Islam sebagai agama rasmi di Melaka dan
menukar gelaran raja kepada Sultan. Sebagai sebuah pusat perdagangan yang
mashyur, Melaka telah berjaya menyampaikan dakwah Islam di seluruh alam
Melayu termasuk Pahang, Johor, Jambi, Kampar, Bengkalis, Bintang, Pulau
Karimon sehingga ke Filipina.

Selain itu, tentera Melaka juga berjaya menyekat serangan tentera Siam dari
Thailand (Khoo Kay Kim, Mohd Fadzil Othman & Jazamuddin Baharuddin, 1980).

Apakah kesan pengaruh Islam ke atas alam Melayu? Kedatangan Islam ke alam
Melayu telah mencetuskan perubahan kepada masyarakat dan memberi
sumbangan yang besar dalam mencorakkan perjalanan kerajaan Melayu.

Kesan yang utama dapat dilihat dalam politik dan pentadbiran. Melalui pengaruh
Islam, sultan dilantik sebagai ketua negara, ketua agama Islam dan berperanan
sebagai „khalifah Allah di bumi.‰ Sultan dibantu oleh beberapa penasihat yang
terdiri daripada alim ulama dan mufti.

Seterusnya, kesan dalam bidang perundangan. Undang-undang yang


berdasarkan hukum syariah telah diperkenalkan walaupun tidak menyeluruh,
sebagaimana yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka dan Batu Bersurat
Terengganu pada tahun 1303 M (lihat Rajah 6.2).
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  317

Rajah 6.2: Batu Bersurat Terengganu


Sumber: http://psmkawasanlipis.blogspot.my/2013/05/seminar-batu-bersurat-piagam-
terengganu.html

Dari aspek sistem pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan pula, istana,
madrasah, pondok, masjid dan surau telah dijadikan sebagai pusat kegiatan dan
penyebaran ilmu pengetahuan. Kesannya, muncullah golongan intelektual
terutamanya alim ulama dengan karya utama mereka yang berbentuk
keagamaan. Selain itu, perkembangan ini turut membawa kepada penyebaran
Islam yang semakin pesat dan menyebabkan Melaka muncul sebagai pusat
perkembangan falsafah, pemikiran, kesusasteraan, tasawuf, kebudayaan,
kesenian dan perundangan (Mohd Jamil Mukmin, 1992).

Tidak ketinggalan, kedatangan kuasa Eropah untuk menakluki alam Melayu telah
membangkitkan semangat jihad untuk menentang kuasa Eropah yang beragama
Kristian.

Kesimpulannya, Islam sebagai agama rasmi tamadun Melayu dari sudut


kebudayaan terus berkembang dengan menyerap unsur tempatan selagi tidak
bercanggah dengan akidah yang berteraskan konsep tauhid atau mengesakan
Allah SWT.

AKTIVITI 6.1

Bincangkan dalam forum myINSPIRE tentang contoh pengaruh Islam


dalam buku sastera, budaya dan seni tempatan.
318  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

6.1.4 Kedatangan Kristian


Tahukah anda agama Kristian memasuki Tanah Melayu apabila Melaka jatuh ke
tangan kuasa penjajah Portugis? Menurut Tregonning (1964), Kristian datang
bersama Portugis ke Tanah Melayu pada tarikh 24 Ogos 1511 sejajar dengan
kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. Misi tersebut diteruskan oleh Belanda pada
tahun 1641 dan British pada tahun 1786. Selepas British menandatangani
perjanjian dengan Belanda dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British
membawa masuk mubaligh Kristian untuk mengembangkan agama Kristian di
Tanah Melayu.

Apakah kesan perkembangan Kristian di Tanah Melayu? Kesan perkembangan


Kristian di Tanah Melayu ialah seperti terbinanya rumah ibadat dan berlaku
perubahan pada sistem pendidikan dengan penubuhan sekolah aliran Inggeris
(lihat Rajah 6.3).

Rajah 6.3: Penang Free School ă Sekolah aliran Inggeris pertama di Tanah Melayu
Sumber: http://100pfs.blogspot.my/2015/08/the-founding-of-penang-free-school-
page.html

Perkembangan pemikiran turut berlaku dengan penerbitan risalah agama oleh


mubaligh. Selain itu, perubahan sosiobudaya turut berlaku dalam kalangan
masyarakat tempatan iaitu:

(a) Kemunculan bandar kolonial;


(b) Kewujudan dasar pecah perintah;
(c) Perubahan politik tempatan;
(d) Perubahan perundangan; dan
(e) Kemunculan krisis identiti.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  319

SEMAK KENDIRI 6.1

Jelaskan proses berlakunya perkembangan agama di Malaysia.

AKTIVITI 6.2

Dalam forum myINSPIRE, bincangkan kesan perkembangan agama


Kristian di Tanah Melayu dengan lebih terperinci. Berikan contoh yang
bersesuaian.

6.2 ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN


MALAYSIA
Sekarang, mari kita beralih kepada perbincangan mengenai Islam dalam
Perlembagaan Malaysia. Islam diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris. Semasa
zaman penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu
dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada raja-raja Melayu.

Agama Islam memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun


Melayu. Apabila tamadun Malaysia dibentuk, kepentingan peranan agama Islam
dikekalkan tetapi diubah suai supaya selaras dengan keadaan negara Malaysia
yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Berdasarkan proses
sejarah, Tanah Melayu telah dimantapkan oleh agama Islam. Islam dan adat
Melayu secara khususnya telah menjadi salah satu struktur terpenting
kemelayuan dan dalam tamadun Malaysia.

Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang saling melengkapi ă orang
Melayu mengamalkan adat istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama
Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Malaysia.
Di negara kita, takrifan ini telah diletakkan dalam Perlembagaan Malaysia untuk
merujuk kepada takrifan Melayu dari sudut undang-undang. Takrifan ini secara
umumnya bukan sahaja berlaku di negara kita tetapi secara meluas di rantau alam
Melayu. Malah, Islam turut menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu.
320  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia telah menyatakan


bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan Malaysia dan setiap raja atau sultan
ialah ketua agama bagi setiap negeri dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini
termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia, dan peruntukan ini
membolehkan kerajaan pusat melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
dan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa agama negeri melaksanakan
pembangunan Islam dalam pelbagai bidang termasuk melaksanakan pentadbiran
hukum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa yang tertentu.

Menurut Ibrahim Ismail (2003), terdapat tiga hujah perlunya peruntukan Islam
dibuat dalam perlembagaan, iaitu:

(a) Pada waktu itu, tidak kurang daripada 15 buah negara di dunia
memperuntukkan agama dalam perlembagaan masing-masing sama ada
negara yang majoriti rakyatnya beragama Kristian, Islam ataupun Buddha.
Negara yang memperuntukkan agama dalam perlembagaannya pada waktu
tersebut termasuklah negara Kristian seperti Ireland (Perkara 6), Norway
(Perkara 1), Denmark (Perkara 3), Sepanyol (Perkara 6), Argentina (Perkara
2), Bolivia (Perkara 3), Panama (Perkara 36) dan Paraguay (Perkara 3).
Negara Islam pula ialah Afghanistan (Perkara 1), Iran (Perkara 1), Iraq
(Perkara 13), Jordan (Perkara 2) dan Syria (Perkara 3) manakala negara yang
memperuntukkan agama Buddha sebagai agama rasmi dalam
perlembagaan pula ialah Thailand (Perkara 7);

(b) Negara yang memperuntukkan agama dalam perlembagaan tidak pula


memberikan kesulitan kepada mana-mana orang dalam negeri tersebut; dan

(c) Pada hakikatnya telah wujud peruntukan agama Islam dalam Perlembagaan
Negeri Tanah Melayu seperti Johor dan Terengganu ketika zaman
pemerintahan British lagi.

Sesungguhnya, dengan memasukkan agama sebagai salah satu perkara yang


penting dalam Perlembagaan Malaysia tidak seharusnya dipertikaikan oleh
mana-mana pihak.

Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia,


tidak bermakna agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan
Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama tetapi bagi penganut
Islam (Perkara 11), kerajaan boleh menggubal undang-undang untuk mengawal
atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  321

Peruntukan Perkara 12 pula menjelaskan empat perkara, iaitu:

(a) Setiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyelenggarakan


yayasan untuk pelajaran kanak-kanak mengenai agama masing-masing;

(b) Undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri boleh


mengadakan bantuan kewangan khas bagi menubuhkan dan
menyelenggarakan yayasan Islam atau mengajar mengenai agama Islam
kepada orang Islam;

(c) Tiada sesiapa dipaksa mengambil bahagian dalam upacara agama selain
agamanya; dan

(d) Agama bagi seseorang yang berumur kurang dari 18 tahun ditentukan oleh
ibu bapa atau penjaganya.

Peruntukan Perkara 121(1A) menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil tidak


mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang kuasa
Mahkamah Syariah. Hal ini demikian kerana sebelum pindaan itu dibuat, terdapat
beberapa kes (seperti wakaf, penjagaan anak dan mungkir janji untuk berkahwin)
di Mahkamah Sivil yang keputusannya telah dibuat mengenai perkara yang
termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan ada kalanya telah
mengubah keputusan yang telah dibuat di Mahkamah Syariah.

Peranan Yang di-Pertuan Agong juga boleh dimasukkan dalam ruang lingkup
Islam dalam perlembagaan. Walaupun perlembagaan tidak menetapkan baginda
sebagai ketua agama bagi seluruh persekutuan, perlembagaan menetapkan
tanggungjawab ke atas baginda supaya menjaga Islam. Hal ini dinyatakan dalam
sumpah jawatan berkenaan, iaitu Yang di-Pertuan Agong diberi tanggungjawab
oleh perlembagaan untuk memelihara pada setiap masa agama Islam dan berdiri
tetap atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri.

Walaupun baginda tidak diletakkan sebagai ketua agama bagi seluruh


persekutuan, baginda mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan
memastikan kedudukan Islam tidak tercemar. Baginda juga ialah ketua agama
Islam bagi negeri yang tidak beraja, iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak
dan Wilayah Persekutuan (Abdul Aziz Bari, 2005).
322  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

6.3 ISLAM DAN MASYARAKAT MAJMUK


Beragama merupakan fenomena sejagat. Hampir semua masyarakat bertamadun,
dipengaruhi oleh proses orientasi agama atau kepercayaan dalam sejarah
pembentukan dan pengembangan peradaban mereka. Agama juga berperanan
membentuk nilai dalam sebuah masyarakat sehingga kini.

Walaupun pemikiran sekular wujud di Barat, nilai agama masih terus bertahan
dan berperanan dalam pembentukan masyarakatnya. Sifat kesejagatan pengaruh
agama berupaya membentuk nilai dalam masyarakat, malah kajian mengenai
masyarakat tidak akan lengkap tanpa melihat agama sebagai faktor yang
mempengaruhi pembentukan nilai masyarakat dalam sesebuah negara.

Dalam Islam, nilai agama adalah bertunjangkan tauhid atau akidah. Bagi
penganut agama Islam, nilai yang dipegang oleh mereka adalah berpandukan
ajaran dan panduan al-Quran dan sunah. Oleh sebab sebahagian besar penduduk
negara ini beragama Islam, maka tentulah nilai agama Islam berperanan dalam
sejarah dan membentuk masyarakat Malaysia sehingga hari ini. Dengan
mengambil kira masyarakat majmuk di Malaysia, gabungan nilai yang dapat
diterima oleh semua menjadi pilihan ideal untuk membentuk masyarakat di sini.

Namun, disebabkan Islam menjadi anutan majoriti penduduk di Malaysia, maka


nilai yang ditonjolkan tentulah dikaitkan dengan pegangan agamanya. Melalui
prinsip dan amalan nilai Islam yang diterapkan dalam ekonomi dan pentadbiran,
maka lahirlah sistem perbankan Islam, Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam (tahun
1984) dan Dasar Islam Hadhari (tahun 2004).

Nilai lain termasuk usaha membanteras rasuah, membasmi kemiskinan,


mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan
masyarakat berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan kepada
pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Terdapat
banyak kempen di media massa bagi mendidik sikap kepada amalan berbudi
pekerti tinggi dan memupuk amalan nilai murni dalam masyarakat. Semua nilai
ini bersifat sejagat dan terdapat dalam semua ajaran agama, malah semua agama
menyeru kepada kebaikan dan kerukunan dalam perhubungan sesama manusia.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  323

Malaysia menjamin kebebasan beragama dalam perlembagaan negara. Kebebasan


ini mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak negara
memperoleh kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai
agama mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama dan berinteraksi.

Tidak seperti banyak negara majmuk lain yang menghadapi masalah besar dalam
mengimbangi kebebasan pengaruh nilai dan beragama dalam masyarakat,
Malaysia mempunyai rekod yang baik sebagai negara berbilang kaum, agama dan
budaya. Masyarakat yang gagal menjamin kebebasan beragama akan gagal
mewujudkan keharmonian yang akhirnya menyebabkan konflik dan membawa
kepada krisis kemanusiaan.

6.3.1 Kepentingan Beragama


Apakah peranan agama dalam masyarakat? Secara amnya, peranan agama dalam
masyarakat ialah membantu dalam menyembuhkan seseorang individu daripada
penyakit sosial yang secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang
aman dan harmoni.

Hal ini demikian kerana kebanyakan penyakit sosial pada hari ini boleh ditangani
dengan mengikuti dan mematuhi kod moral dalam agama seperti Rukun Iman
dalam Islam dan Ten Commandments dalam ajaran Kristian. Kehidupan sesuatu
masyarakat akan berkualiti dengan mengikuti peraturan ajaran Tuhannya.

Selain itu, agama amat diperlukan oleh jiwa kerana manusia:

(a) Mencari „kuasa‰ untuk keadilan apabila mereka tidak diadili dengan
sebaiknya;

(b) Mencari penjelasan tentang kehidupan; dan

(c) Mendapatkan jawapan yang tidak mampu dicapai oleh akal.

Di samping itu, agama berfungsi untuk menjaga kebahagiaan hidup. Agama


memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun kerana agama
mampu mengubah corak kehidupan masyarakat selain mempengaruhi cara
pemikiran dan pandangan semesta mereka. Agama juga berupaya meneguhkan
nilai etika dan moral manusia. Melalui agama, manusia mendapat dorongan dan
kekuatan dalam melaksanakan akhlak yang baik dan menjauhi nilai yang buruk
dalam kehidupan.
324  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Di samping itu, agama berperanan mempengaruhi nilai pegangan dalam


masyarakat. Perkara ini dapat dilihat melalui adat resam masyarakat dan amalan
agama yang dipraktikkan oleh mereka. Nilai agama dapat memelihara
keharmonian beragama dalam kalangan setiap penganut agama itu sendiri yang
setiap penganutnya diseru kepada perdamaian, kerukunan hidup sesama
manusia.

Agama turut memupuk rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia kerana
agama merupakan salah satu faktor dalam pembentukan kelompok manusia. Hal
ini demikian kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja
kepercayaan yang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang
sama.

Di samping itu, agama berfungsi sebagai kawalan sosial yang amat penting.
Hal ini demikian kerana seluruh agama di dunia menyeru kepada kebaikan
melalui ajarannya yang telah menggariskan etika yang perlu dilakukan oleh
penganutnya.

Manusia juga memerlukan agama untuk hidup bermasyarakat dan


membangunkan negara melalui ilmu sains dan teknologi. Manusia tidak hanya
memerlukan ilmu yang membolehkan mereka memahami alam tabii semata-
mata. Mereka juga memerlukan ilmu yang berhubung dengan budaya, sosial dan
tatacara bermasyarakat. Untuk mengatur perdamaian hidup bermasyarakat dan
memastikan peperangan tidak berlaku, manusia memerlukan ilmu yang bersifat
sejagat di samping dapat memberikan nilai hidup yang bermakna kepada
seseorang manusia. Hal ini adalah kerana ilmu merupakan pegangan hidup yang
akhirnya menjelma sebagai sistem hidup secara individu dan bermasyarakat yang
disebut ideologi atau agama.

6.4 TOLERANSI AGAMA


Dalam subtopik ini, kita akan melihat dan mempelajari kepelbagaian kepercayaan
dan agama yang terdapat di Malaysia. Hal ini adalah kerana kefahaman mengenai
setiap agama ini perlu untuk membentuk budaya toleransi, memahami dan
menghormati setiap pegangan yang dijalankan atau diamalkan oleh setiap
penganut agama tersebut. Oleh itu, mari kita pelajari satu persatu agama yang
diamalkan di Malaysia.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  325

6.4.1 Agama Islam


Apakah yang dimaksudkan dengan Islam? Yang berikut adalah maksud Islam
dari segi istilah.

Islam bererti menyerah, mematuhi dan menerima ikatan yang membawa erti
penyerahan secara menyeluruh kepada Allah SWT.

Islam bukan sahaja merupakan satu cara hidup, malahan merupakan satu-satunya
cara hidup yang paling benar, sikap fikiran dan tingkah laku yang lurus, tepat dan
suatu ideologi penghidupan yang mencakupi keseluruhan hidup umat manusia.
Perkataan Islam tidak berkaitan dengan nama individu dan tempat tertentu
kerana perkataan Islam datang daripada Allah. Para rasul dan nabi membawa
risalah Islam bermula dari Nabi Adam a.s. sehinggalah Nabi Muhammad SAW.

Berdasarkan pengertian tersebut dapatlah difahami bahawa agama Islam ialah:

(a) Agama yang mengandungi peraturan hidup manusia;

(b) Meliputi rohani dan jasmani;

(c) Mencakupi aspek dunia dan akhirat; dan

(d) Diturunkan oleh Allah SWT melalui pesuruh-Nya, Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa agama Islam diturunkan kepada seluruh
umat manusia untuk kedamaian, keselamatan serta kebahagiaan hidup di dunia
dan akhirat.

Ajaran Islam yang terbahagi kepada empat aspek seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 6.4.

Rajah 6.4: Aspek ajaran Islam


326  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Huraian lanjut mengenai keempat-empat aspek ini adalah seperti yang berikut:

(a) Akidah
Apakah yang dimaksudkan dengan akidah?

Akidah merupakan keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan yang


Satu atau Esa, iaitu Allah yang wajib disembah dan tiada Tuhan
melainkan Allah.

Selain itu, umat Islam wajib mengimani Rukun Iman yang meliputi enam
perkara dan Rukun Islam yang mengandungi lima perkara.

(b) Ibadat
Apakah yang dimaksudkan dengan ibadat?

Ibadat ialah amalan yang dilakukan dalam Islam.

Ibadat terbahagi kepada dua, seperti yang diterangkan dalam Jadual 6.1.

Jadual 6.1: Dua Bentuk Ibadat dalam Islam dan Contohnya

Ibadat Khusus Ibadat Umum


 Sembahyang  Berpolitik ă Tidak bergaduh
 Puasa  Berekonomi ă Tidak menipu dalam jual beli
 Zakat  Bersosial ă Menghormati orang lain
 Haji  Pentadbiran ă Amanah
 Pendidikan ă Belajar

(c) Akhlak
Apakah yang dimaksudkan dengan akhlak?

Akhlak bermaksud tingkah laku, perangai, tabiat yang berbentuk


keperibadian, atau kebiasaan, maruah dan agama yang
menggambarkan jiwa manusia.
(Ibn Manzur, 1956)

Dalam Islam, ia menitikberatkan akhlak yang baik sesama manusia, haiwan,


tumbuhan, alam dan Pencipta.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  327

(d) Syariah
Yang berikut adalah definisi syariah.

Syariah merupakan undang-undang, peraturan atau ketetapan Allah


untuk manusia bagi mengatur hubungan manusia dengan Pencipta-
Nya, sesama manusia dan alam.

Pelaksanaan syariah dalam Islam adalah untuk mengatur kehidupan


manusia menjadi baik dan mengelakkan kejahatan (dosa). Syariah secara
prinsipnya bertujuan menyelamat dan memelihara lima perkara asas dalam
kehidupan manusia sebagaimana yang dijelaskan dalam Jadual 6.2.

Jadual 6.2: Tujuan Syariah

Perkara Huraian

Memelihara  Islam melarang perbuatan syirik/murtad, tahyul dan khurafat.


agama
 Menghormati sambutan perayaan agama lain.

 Islam menggariskan peraturan demi menjaga agama.

Memelihara  Memelihara keselamatan nyawa, anggota badan, kesihatan, rohani


nyawa dan maruah.

 Larangan membunuh tanpa hak.

Memelihara  Menjaga harta sama ada milik perseorangan, syarikat, awam atau
harta kerajaan.

 Larangan mencuri dan merompak.

Memelihara  Menjaga kewarasan akal dengan mengharamkan minum arak, pil


akal khayal, dadah dan sebarang perbuatan yang memudaratkan.

Memelihara  Larangan berzina, pengklonan manusia dan pengharaman


keturunan pernikahan dalam kalangan ahli keluarga yang haram dikahwini.
328  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Seterusnya, mari kita pelajari panduan dan rujukan umat Islam serta perayaan
dalam Islam.

(a) Panduan dan Rujukan Umat Islam


Islam menyatakan manusia terdiri daripada dua unsur, iaitu roh dan jasad.
Tujuan manusia dicipta adalah sebagai khalifah (wakil) Allah, iaitu bagi
menegakkan kebenaran, kedamaian dan menghapuskan kemungkaran serta
penyelewengan bagi mencapai kebaikan di dunia dan akhirat. Islam turut
menggalakkan penganutnya mengkaji kejadian alam, termasuklah ilmu
psikologi, ilmu tumbuh-tumbuhan, sains, astronomi, perubatan dan sejarah.

Dalam kehidupan umat Islam, terdapat panduan dan rujukan yang boleh
diikuti oleh umat Islam iaitu:

(i) Al-Quran
Apakah yang dimaksudkan dengan al-Quran?

Al-Quran merupakan kata-kata yang diturunkan oleh Allah SWT


kepada Rasulullah SAW (Nabi Muhammad) melalui perantaraan
malaikat Jibrail a.s.

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur yang mengandungi


persoalan dan penjelasan mengenai akidah, ibadah, akhlak,
perundangan, ekonomi, perundangan, astronomi, metafizik dan
sebagainya.

(ii) Hadis dan Sunah


Secara amnya, hadis dan sunah merujuk kepada segala perkara yang
datang daripada Rasulullah SAW, baik berupa perbuatan, perkataan,
mahupun pengakuannya (ikrar) yang menjadi pentafsiran atau
huraian bagi ayat al-Quran. Hadis Nabi Muhammad SAW merupakan
asas yang kedua bagi hukum Islam.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  329

(iii) Ijmak Ulama


Apakah yang dimaksudkan dengan ijmak?

Ijmak ialah keputusan mujtahid yang terdiri daripada alim ulama


kaum Muslimin pada sesuatu masa mengenai hukum agama.

Keputusan atau ketetapan yang diambil oleh ulama menjadi pegangan


umat Islam yang ada pada masa tersebut atau sesudahnya. Bagi situasi
ijmak di Malaysia, persoalan hukum akan dirujuk kepada Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Contohnya, kebenaran
menggugurkan kandungan yang boleh membawa mudarat kepada
nyawa ibu dan kesihatan. Jawapan kepada persoalan ini perlu
mendapat nasihat daripada pakar terlebih dahulu sebelum sebarang
fatwa dikeluarkan.

(iv) Qias
Apakah yang dimaksudkan dengan qias?

Qias merupakan perbandingan antara suatu hukum dalam


perkara yang baharu wujud dengan perkara yang telah ada
hukumnya dalam al-Quran dan sunah.

Dengan kata lain, qias ialah proses mengkaji atau menyemak (ijtihad)
berasaskan analogi daripada ayat al-Quran dan sunah atau perintah
yang telah diketahui untuk perkara baharu. Qias menetapkan suatu
hukum baharu yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan
perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi ilat (sebab),
manfaat, bahaya dan pelbagai aspek lain sehingga dihukum sama.
Contohnya, hukum haram terhadap pengambilan dadah kerana
persamaan membawa kepada kemudaratan dan khayal.

(v) Jihad
Apakah yang dimaksudkan dengan jihad?

Jihad dalam Islam bermaksud mencurahkan segala daya usaha


dan kekuatan bagi menghadapi mereka yang menentang Allah
SWT termasuklah hawa nafsu, syaitan dan segala bentuk
kefasikan.
330  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Untuk makluman anda, jihad mempunyai maksud yang luas,


merangkumi semua aspek kehidupan seperti jihad ilmu, jihad
ekonomi, jihad nafsu dan jihad politik.

Walau bagaimanapun, jihad tidak menyuruh umat Islam kepada


keganasan seperti membunuh diri, pengeboman berani mati, ekstrem,
bersifat perkauman dan melakukan perkara yang bertentangan
dengan hukum syariat.

(b) Perayaan dalam Islam


Sekarang, mari kita lihat pula perayaan dalam Islam. Masyarakat Islam di
Malaysia menyambut pelbagai perayaan tertentu yang membawa makna
dan sejarah dalam Islam. Hal ini dijelaskan melalui Jadual 6.3 berikut.

Jadual 6.3: Sambutan Perayaan Masyarakat Islam di Malaysia

Perayaan Huraian

Hari Raya  Disambut pada tarikh 1 Syawal tahun Hijrah oleh masyarakat
Aidilfitri Islam di seluruh dunia. Di Malaysia, sambutan hari raya ini juga
dikenal sebagai hari raya puasa. Hari raya ini disambut setelah
masyarakat Islam selesai menunaikan kewajipan berpuasa pada
bulan Ramadan.

Hari Raya  Dikenal sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji yang
Aidiladha disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Hari raya Aidiladha
disambut sebagai menandakan berakhirnya tempoh umat Islam
mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji
mengerjakan wuquf di Arafah.

 Disambut pada tarikh 10 Zulhijah, mengikut kalendar Islam pada


setiap tahun.

 Acara korban haiwan dilakukan sempena memperingati kisah


Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya, Nabi Ismail a.s. Daging haiwan
yang dikorbankan hendaklah diberi kepada golongan yang tidak
berkemampuan.

Maulidur  Disambut sempena hari keputeraan Nabi Muhammad SAW yang


Rasul dilahirkan di Tanah Suci Mekah pada tarikh 20 April 571 M
bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah mengikut kalendar Islam.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  331

Israk dan  Memperingati Israk (perjalanan Nabi Muhammad SAW dari


Mikraj Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa di Palestin) dan Mikraj
(perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid al-Aqsa naik ke
langit).

 Bertujuan memperingati serta mengambil pengajaran daripada


peristiwa tersebut dan mengamalkannya dalam kehidupan
seharian.

Nuzul Quran  Disambut pada hari ke-17 dalam bulan Ramadan kerana al-Quran
diturunkan pada malam tersebut (lihat Rajah 6.5).

Rajah 6.5: Al-Quran diturunkan pada tarikh


17 Ramadan, 13 tahun sebelum Hijrah
Sumber: https://mymadmonologue.files.wordpress.com/

 Ayat pertama yang diturunkan oleh malaikat Jibrail kepada Nabi


Muhammad SAW adalah daripada surah al-ÂAlaq, surah ke-96,
ayat 1 hingga 5.

Maal Hijrah  Peristiwa ini memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW


dari kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

 Berlaku pada tarikh 1 Muharam, iaitu hari pertama dalam


kalendar Hijrah. Penghijrahan ini berlaku kerana kaum Quraisy
menindas umat Islam di Mekah.

 Penghijrahan ini merupakan perintah daripada Allah SWT dan


bukannya Nabi Muhammad SAW dan umat Islam lari dari Mekah.

 Di Malaysia, umat Islam mengadakan solat sunat dan bacaan


al-Quran di masjid di seluruh negara.
332  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Seterusnya, kita akan melihat kepelbagaian kepercayaan masyarakat Cina di


Malaysia. Keunikan kepelbagaian kepercayaan ini berlaku kerana mereka datang
dari pelbagai kawasan dari Tanah Besar China. Kini, terdapat masyarakat Cina
yang menganut agama lain seperti Kristian, Islam dan Ateis yang dihuraikan pada
subtopik seterusnya.

AKTIVITI 6.3

Dalam forum myINSPIRE, bincangkan dengan rakan sekuliah atau tutor


anda yang beragama Islam tentang maksud mazhab dalam agama Islam.

6.4.2 Taoisme
Tahukah anda istilah Taoisme digunakan oleh orang Barat semasa sampai ke
negara China? Ajaran ini diasaskan oleh Lao Tze atau dikenal sebagai Guru Tua.
Lao dilahirkan pada tahun 604 SM yang diberi nama Li Peh Yang. Lao Tze
merupakan gelaran yang diberikan kepada Li Peh Yang sebagai orang tua yang
bijaksana kerana dikatakan telah dikandungkan dalam perut ibunya selama 82
tahun.

Lao Tze telah menulis risalah kecil yang bertajuk Tao Teh Ching yang bermaksud
jalan dan kekuasaan. Risalah itu dikarang setelah melihat masyarakat China
berada dalam keadaan kucar-kacir. Beliau telah menumpukan ajarannya dalam
sebuah kitab besar bertajuk I-Ching. Ajaran Tao Teh Ching dan I-Ching
disampaikan dalam bentuk puisi (Ann, 1994).

Taoisme merupakan ajaran yang mementingkan perhubungan manusia dengan


alam sekitar. Ajaran ini menekankan kehidupan manusia dipengaruhi unsur yin
(negatif) dan yang (positif). Kedua-dua unsur ini perlu seimbang untuk
melahirkan kesejahteraan hidup. Rajah 6.6 menunjukkan simbol yin dan yang
yang menunjukkan keseimbangan antara negatif dan positif.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  333

Rajah 6.6: Simbol yin dan yang


Sumber: https://commons.wikimedia.org

Menurut ajaran Tao, segala kehidupan manusia dapat disusun mengikut


peraturan dan diselaraskan dengan alam. Ajaran Tao banyak berkisar kepada
persoalan metafizik.

Oleh itu, penganutnya mempunyai dan memberi tafsiran sendiri terhadap kitab
I-Ching. Mengikut kepercayaan penganutnya, Tao ialah kuasa agung dan mutlak
kerana dipercayai mencipta segala-galanya. Rajah 6.7 menunjukkan tokong
Taoisme.

Rajah 6.7: Tokong Taoisme


Sumber: https://i.ytimg.com/vi/YpZU9DGimo4/maxresdefault.jpg
334  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Setelah kematian Lao Tze, ajaran Tao berpecah kepada tiga aliran seperti yang
dijelaskan dalam Jadual 6.4.

Jadual 6.4: Tiga Aliran Taoisme Selepas Kematian Tao

Aliran Huraian

Pertama ă Isi kandungan kitab Tao Teh Ching difahami menggunakan


Pendekatan pendekatan magik. Ayat daripada kitab tersebut difahami
magik berdasarkan kepercayaan nasib. Dengan itu, muncul beberapa amalan
Tao yang dipenuhi sihir dan kepercayaan tahyul. Aliran ini
berpendapat kemewahan mendorong manusia melakukan kejahatan.
Oleh itu, untuk menghapuskan dosa, penganut Tao perlu bertapa di
dalam gua dan di puncak gunung.

Kedua ă Menggunakan pendekatan kebatinan untuk mewujudkan perpaduan


Pendekatan masyarakat. Aliran ini mempercayai setiap manusia mempunyai
kebatinan „tenaga‰ yang boleh dibangkitkan melalui yoga dan meditasi. Kaedah
ini boleh menentang nafsu dan mencapai kesejahteraan diri.

Ketiga ă Melihat ajaran Tao daripada aspek falsafah, iaitu perlu difahami
Pendekatan menggunakan akal fikiran yang rasional. Aliran ini mempercayai
falsafah wu-wei, iaitu penggabungan sifat sederhana, keikhlasan dan
kebebasan untuk mencapai tenaga yang mengalir dalam badan
manusia.

Sumber: Ann (1994)

AKTIVITI 6.4

Tonton video YouTube berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut


berkenaan kepercayaan Taoisme di https://bit.ly/2EfcPSh. Kemudian,
rumuskan apa-apa yang anda telah lihat daripada video tersebut dan
kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

6.4.3 Konfusianisme
Ajaran Konfusianisme lebih menjurus kepada pengajaran falsafah yang
mementingkan moral dan etika manusia. Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu Tze
yang dilahirkan pada 551 SM. Kung Fu Tze merupakan gelaran yang diberikan
oleh pengikut ajaran Konfusianisme kepada pengasas sebenar yang bernama
ChÊiu. Kung Fu Tze atau Confucius merupakan manusia yang mempunyai daya
intelek dan kepintaran yang tinggi sejak kecil lagi (Ann, 1994).
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  335

Ajaran Konfusianisme mengajak manusia menjadi baik dan mementingkan


akhlak mulia. Kung Fu Tze berpendapat manusia yang lari daripada masalah
merupakan pengecut. Menurutnya, perjuangan menegakkan kebenaran dan
keadilan harus menjadi slogan hidup. Ajaran Konfusianisme mempercayai
kehidupan selepas mati.

Menurutnya, orang Cina diwajibkan menghormati roh orang mati yang terdiri
daripada saudara-mara dan nenek moyang kerana ajaran ini mementingkan
ikatan kekeluargaan yang dianggap suci dan terikat dengan pertalian
darah.Walau bagaimanapun, penghormatan harus diberikan kepada generasi tua
yang masih hidup.

Ajaran Konfusianisme lebih berbentuk praktikal dan rasional. Oleh itu, ajaran
Konfusianisme tidak menghalang pengikutnya menyembah dewa-dewi dan
Tuhan Tien. Perkara yang penting ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi
baik agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang.

Konsep lain dalam Konfusianisme ialah li (serasi) dan chun tze (memiliki peribadi
agung). Konsep ini menjadikan sejarah silam sebagai panduan untuk merancang
masa depan.

Sebelum meninggal dunia, Confucius berpesan kepada muridnya agar berpegang


teguh pada ajaran nenek moyang dan tidak memandang rendah terhadap orang
miskin. Confucius turut menyatakan wang tidak boleh dijadikan ukuran apabila
menilai rakan. Menurut Confucius, orang yang memiliki peribadi mulia akan
dipandang tinggi oleh masyarakat.

Setelah kematian Confucius, ajarannya dikembangkan oleh anak muridnya


bernama Mencius. Namun, terdapat pengikut yang menyembahnya sebagai dewa
akibat daripada perbuatan Maharaja Shih Huang Ti membakar semua buku
Confucius dan pengikutnya. Kini yang tinggal hanyalah cebisan kitab Analects
yang pada dasarnya menyentuh persoalan tatasusila dan etika.

6.4.4 Kepercayaan kepada Roh Nenek Moyang


Kepercayaan kepada nenek moyang merupakan kepercayaan lama yang
menegaskan langit didiami oleh roh nenek moyang yang dikenali sebagai Ti.
Mereka diperintah oleh seorang ketua yang dipanggil Shang Ti. Nenek moyang
yang menghuni lapisan langit bertaraf dewa dan mempunyai kekuasaan untuk
menentukan kesejahteraan keturunannya.
336  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Kedudukan mereka yang tinggal di langit lebih mulia dan lebih tinggi daripada
manusia di dunia dan manusia perlu menghambakan diri kepada nenek moyang
di langit. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan sajian berupa makanan
dan pembakaran kertas sembahyang. Sesiapa yang tidak melakukan upacara yang
ditetapkan tersebut akan ditimpa bala oleh nenek moyang dari langit.

Kepercayaan ini turut menyatakan masa depan dunia dan manusia dalam
genggaman serta pengetahuan roh nenek moyang. Bagaimanakah cara roh dari
langit berhubung dengan bumi? Roh dari langit berhubung dengan bumi melalui
bahasa ramalan dan alamat. Sekiranya manusia membuat roh nenek moyang
mereka marah, pelbagai alamat dan bencana akan berlaku seperti gempa bumi
dan banjir besar. Bencana yang berlaku perlu diberi perhatian kerana mempunyai
maksud tersirat.

Selain itu, kepercayaan ini juga akan merujuk kepada peramal atau tukang tilik
untuk tarikh perkahwinan, pengebumian dan aktiviti penting yang lain.

6.4.5 Agama Buddha


Tahukah anda agama Buddha lahir di negara India sebagai manifestasi terhadap
agama Hindu? Siddhartha Gautama dikenali sebagai Gautama Buddha, lahir di
daerah Kapilavastu Lumbini, Nepal pada 563 SM (lihat Rajah 6.8).

Rajah 6.8: Patung Siddhartha Gautama Buddha


Sumber: http://edyraguapo.blogspot.my/2011/02/vihara-ratanavana-arama.html
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  337

Siddhartha Gautama selalu mencari jawapan sebab manusia sakit, menderita dan
mati semasa dia bertapa selama 49 hari di bawah pokok Bodhi. Ketika itu
Siddhartha Gautama telah mendapat cahaya kebenaran dan nama Buddha
diambil sempena pokok Bodhi.

Siddhartha Gautama mengajar punca utama berlakunya penderitaan adalah


disebabkan oleh perbuatan manusia itu sendiri pada masa yang lepas. Seterusnya,
Siddhartha Gautama mengajar pengikutnya supaya berbuat baik agar tidak
dilahirkan semula kerana matlamat akhir manusia adalah untuk mencapai ke
peringkat nirwana, iaitu hidup yang kekal abadi.

Terdapat tiga prinsip ajaran utama dalam agama Buddha, iaitu:

(a) „Jalan tengah‰;

(b) „Lapan jalan‰; dan

(c) „Empat kebenaran yang agung‰.

Kesemua jalan itu perlu ditempuhi oleh pengikutnya untuk mendapatkan akhlak
yang mulia.

Siddhartha Gautama turut berpendapat nafsu manusialah yang menyebabkan


mereka masuk ke alam penderitaan. Oleh itu, manusia harus menyekat segala
keinginan dan memusnahkan nafsu tersebut demi membebaskan mereka
daripada segala kesengsaraan hidup.

Selepas kematian Siddhartha Gautama, ajaran Buddha telah mengalami


perpecahan. Perpecahan ini dibahagikan kepada dua aliran, iaitu:

(a) Hinayana atau Theravada; dan

(b) Mahayana.

Kewujudan dua aliran ini bukanlah disebabkan oleh perbezaan ajaran utama
Buddha tetapi lebih kepada ritual dan peraturan yang berbeza mengikut
kebudayaan sesuatu bangsa. Jadual 6.5 menunjukkan perbezaan antara kedua-
dua aliran ini.
338  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Jadual 6.5: Perbezaan antara Aliran Hinayana/Theravada dengan Mahayana

Aliran Hinayana/Theravada Aliran Mahayana

 Hinayana bererti kenderaan kecil.  Mahayana bermaksud kenderaan


besar.

 Mempunyai ramai pengikut di  Aliran ini tersebar ke India Utara,


Thailand, Malaysia, Sri Lanka, Burma Tibet, China, Taiwan, Jepun dan
dan Indo-China. Korea.

 Mempertahankan bahawa aliran  Lebih berminat mengkaji tujuan


yang dipegangnya berdasarkan Buddha menyampaikan ajaran yang
ajaran Buddha yang sebenar. tidak semata-mata kerana nirwana
Golongan ini mengutamakan ucapan tetapi lebih kepada membantu
dan tulisan Buddha pada peringkat manusia mengecap kehidupan yang
awal penyebaran untuk berdakwah. lebih baik.

Sumber: Ann (1994)

Kitab yang menjadi rujukan dan pedoman pengikut agama Buddha terdiri
daripada tiga bahagian, iaitu:

(a) Ucapan;

(b) Peraturan; dan

(c) Ajaran Gautama Buddha.

Kesemua bahagian ini dihimpunkan dalam kitab yang diberi judul Tri-Pitaka atau
„Tiga Bakal‰. Bahagian Sutta Pitaka dipercayai sebagai inti pati ajaran Buddha.

Selain itu, terdapat risalah kecil Dhammapada yang menjadi rujukan sami. Risalah
ini memberi panduan mencapai hidup bertatasusila tinggi. Agama Buddha yang
mendapat pengaruh dari Tibet telah menyembah Buddha dalam bentuk patung
dewi bernama Kuan Yi (Ann, 1994). Dewi Kuan Yi ialah lambang kemurnian kasih
sayang, kesejahteraan dan ahimsa, iaitu tidak menggunakan kekerasan.

Agama Buddha mengutamakan ajaran berbentuk falsafah kerana Buddha tidak


mengajar konsep ketuhanan dan persoalan ghaib, kecuali bagaimana manusia
mahu hidup tanpa bermasalah. Penganut agama Buddha diwajibkan menjalani
kehidupan sebagai sami (bhikkhu) untuk satu-satu tempoh dan tidak dibenarkan
berkahwin. Rajah 6.9 menunjukkan ritual sembahyang agama Buddha.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  339

Rajah 6.9: Ritual sembahyang agama Buddha


Sumber: https://myeastasiaadventure.wordpress.com/
2012/11/03/the-ancient-capital-chinese-chess-and-kong-fu/

Sebelum kita akhiri subtopik ini, mari kita lihat Jadual 6.6 yang menerangkan
pelbagai sambutan perayaan masyarakat Cina di Malaysia.

Jadual 6.6: Sambutan Perayaan Masyarakat Cina di Malaysia

Perayaan Huraian

Tahun Baru  Disambut pada hari dan bulan pertama kalendar orang Cina
Cina menandakan kedatangan tahun baharu.

 Semua ahli keluarga akan berhimpun untuk makan bersama-sama


bagi menjalinkan perhubungan sesama anggota keluarga.

 Menjelangnya waktu malam kedatangan Tahun Baru Cina,


upacara memuja dewa langit sebagai aluan kedatangan hari yang
berbahagia akan diadakan. Selepas itu, mereka akan membakar
mercun.

Pesta Chap  Dikenal sebagai pesta Yuan Siau. Disambut menandakan tamatnya
Goh Mei perayaan Tahun Baru Cina, iaitu bermula pada hari ke-15.

 Pesta ini diiringi upacara pemujaan dewa-dewi untuk meminta


perlindungan supaya tidak ditimpa sebarang malapetaka.

 Berlangsung selama tiga hari tiga malam, setiap rumah akan


diterangi dengan cahaya.
340  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

 Pesta ini diakhiri dengan upacara melempar limau mandarin ke


dalam laut atau sungai untuk mendapatkan jodoh atau pasangan.

 Selain itu, terdapat juga barangan lain yang dilemparkan dengan


membawa maksud atau hajat tertentu:

ă Bawang: Untuk suami yang baik;


ă Sayur-sayuran: Menantu lelaki;
ă Buah kurma: Kebahagian yang berpanjangan;
ă Kacang tanah: Panjang umur; dan
ă Batu: Mendirikan bangunan yang besar.

Hari Wesak  Disambut sempena memperingati tiga peristiwa penting yang


berlaku dalam hidup Siddhartha Gautama, iaitu:

ă Menyambut hari keputeraannya;


ă Hari dia mencapai peringkat kematangan fikiran
(enlightment), iaitu apabila cahaya kebenaran telah sampai
kepadanya; dan
ă Hari dia diangkat ke peringkat nirwana, iaitu seseorang itu
tidak boleh dilahirkan semula.

 Orang Cina yang menyembah dewi Kuan Yi merayakan Hari


Wesak dengan mengadakan sedikit persembahan di rumah.

 Buddha aliran Hinayana di Thailand akan merayakan Hari Wesak


secara besar-besaran. Buddha yang disembah oleh aliran Hinayana
ialah Buddha bermuka empat. Ucapan, sembahyang beramai-
ramai, syarahan mengenai ajaran Buddha, perarakan kereta
berhias, perarakan patung Buddha akan dipersembahkan
sepanjang Hari Wesak berlangsung.

 Terdapat juga penganut yang melepaskan burung merpati ke


angkasa lepas sebagai pembalasan penderitaan di dunia.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  341

Hari jadi  Dewi Kuan Yi merupakan simbol kasih sayang dan cinta yang
Kuan Yi sejati serta merupakan dewi paling penting menduduki hierarki
yang paling tinggi.

 Hari jadi Kuan Yi jatuh pada hari ke-19 dalam bulan dua.

 Upacara sembahyang dilakukan di tokong. Hari tersebut disifatkan


sebagai hari cucuran rahmat.

 Kuan Yi dianggap dapat melindungi dan menjaga keselamatan


setiap kanak-kanak. Penganutnya juga akan membacakan doa
berdasarkan teks Budhha untuk mendapatkan berkat.

Pesta Ching  Pesta Ching Ming disambut pada hari ketiga dalam bulan tiga
Ming kalendar Cina.

 Merupakan hari bagi orang Cina pergi ke kubur untuk menziarahi


nenek moyang dan saudara-mara yang telah meninggal dunia.

 Pemujaan dan upacara menjamu roh nenek moyang dilakukan


dengan pembakaran kayu setanggi, lilin berwarna merah, kertas
sembahyang dan penyembahan bahan makanan. Semua ahli
keluarga akan pergi ke kubur dan bekerjasama membersihkan
kubur.

 Selepas upacara pemujaan, kubur akan ditabur dengan kertas yang


pelbagai warna.

Perayaan  Dikenal sebagai perayaan Yi Lan. Perayaan diadakan untuk


hantu lapar menjamu hantu lapar yang dibebaskan dari kurungan di neraka
selama 30 hari.

 Persembahan dilakukan pada waktu malam menjelang tarikh


14 atau 15 hari bulan tujuh.

 Untuk mengelakkan hantu yang kelaparan ini mengganggu


manusia, suatu hidangan berupa makanan dan minuman
diletakkan di hadapan rumah. Orang Cina percaya selepas hantu
dijamu, mereka tidak akan mengganggu anggota keluarganya.

 Orang Hokkien, Kantonis dan Hakka mempunyai adat yang


tersendiri dalam mengadakan hidangan kepada hantu.
Perbezaannya ialah tarikh hari persembahan tersebut dibuat.

 Contohnya, Orang Hokkien, memilih waktu petang pada tarikh


14 hari bulan manakala orang Kantonis hanya mengadakan
kenduri pada tarikh 15 hari bulan.
342  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Perayaan  Lebih dikenal sebagai Pesta Tanglung.


kuih bulan
 Disambut pada hari ke-15 dalam bulan lapan mengikut kalendar.

 Dinamakan pesta bulan kerana diadakan pada waktu bulan


mengambang.

 Hidangan istimewa dan wajib dalam perayaan ini ialah kuih bulan.

 Dirayakan sebagai menghormati seorang bidadari bernama Chang


Ge yang menjadi dewi dan menyalakan cahaya di bulan.

 Semasa berlangsungnya perayaan, kanak-kanak membawa


tanglung yang dibuat dengan pelbagai bentuk dan warna pada
waktu malam.

 Dewa di rumah akan dijamu dengan buah limau dan limau bali
diletakkan di meja pemujaan sebagai hidangan kepada dewa.

 Daun limau bali direndamkan ke dalam kolah atau bekas air


sebagai air mandian bagi menghilangkan segala sial badan.

Sumber: Ann (1994)

Masyarakat Cina mempunyai sistem kalendar yang unik, iaitu setiap bulan
dikenang dan disambut dengan satu perayaan untuk meraikan tokoh pujaan
mereka. Kepelbagaian perayaan ini turut disebabkan oleh kepercayaan orang
Cina yang pelbagai terhadap beberapa jenis agama dan dewa yang diturunkan
daripada generasi lama kepada generasi baharu.

Setiap perayaan merupakan kenangan terhadap rentetan peristiwa yang pernah


dialami oleh mereka. Perayaan tersebut disambut supaya generasi baharu Cina
tidak lupa kepada keturunan asal dan nenek moyang mereka. Setiap dewa yang
disembah mewakili komuniti Cina tertentu kerana mereka tidak berasal daripada
satu jurai keturunan yang sama tetapi daripada pelbagai suku kaum yang datang
dari tempat yang berbeza.

Selain itu, perbezaan corak hidup dan pola penempatan turut mempengaruhi
agama dan kepercayaan orang Cina. Oleh itu, perayaan yang disambut bukan
hanya sekadar pesta, sebaliknya menyerlahkan nilai moral dan tradisi yang
dipegang serta diwarisi beberapa ribu tahun lalu.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  343

AKTIVITI 6.5

1. Bincangkan dengan rakan sekuliah dan tutor anda dalam forum


myINSPIRE tentang perayaan lain dalam masyarakat Cina seperti:

(a) Hari jadi Kuan Ti;

(b) Hari jadi Tuhan Api;

(c) Hari jadi binatang;

(d) Hari jadi tuhan-tuhan di kota;

(e) Hari menyembah Tuhan Seratus;

(f) Hari menyembah Raja Naga;

(g) Hari menyembah harimau putih;

(h) Hari menyembah patung-patung monyet; dan

(i) Perayaan menyembah Dewa Dapur.

2. Tonton filem Shaolin Soccer atau Kung Fu Hustle dan senaraikan


elemen kepercayaan masyarakat Cina dalam filem tersebut.

6.4.6 Agama Hindu


Untuk makluman anda, agama Hindu bukan berasal daripada seorang nabi dan
diakui bukan dibawa oleh manusia. Agama Hindu atau Sanathana Dharma
berasaskan Veda yang turun dengan bahasa Sanskrit yang dipercayai bahasa
tuhan. Istilah Hindu pula diambil daripada Sungai Sindhu (Indus) yang terletak
di bahagian timur laut India. Agama Hindu juga dikenal sebagai:

(a) Sanathana-Dharma atau agama yang abadi (tiada permulaan dan tiada
kesudahan); dan

(b) Vaidik-Dharma atau agama yang berpegang pada kitab Veda (pengetahuan).
344  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Selain itu, Brahmanisme juga dinisbahkan kepada agama Hindu. Apakah yang
dimaksudkan dengan Brahmanisme?

Brahmanisme merujuk kepada kepercayaan asas bahawa dunia ini bermula


dengan wujudnya „roh dunia‰ yang agung bergelar Brahman.

Dewa Hindu dibahagikan kepada tiga berdasarkan tiga sifat utama Brahman.
Brahman juga dikenal dengan gelaran Trimurti dan mempunyai tiga sifat utama
yang dijelmakan melalui:

(a) Brahma (pencipta);

(b) Vishnu (pengekal); dan

(c) Siva (pemusnah).

Ajaran agama Hindu dibawa oleh maharishi-mahari (penyampaian) purbakala.


Agama Hindu memberi kebebasan kepada penganutnya untuk memilih sama ada
untuk taat kepada pengajaran perintah kitab Veda, Ithihasa dan Purana.
Di samping tiga kitab ini (Veda, Ithihasa, Purana) yang menjadi asas kepada
agama, Darsana juga turut menjadi rujukan penganut Hindu.

Bagi kitab Veda, terdapat empat pecahan kitab suci yang menjadi pegangan
penganut agama Hindu (lihat Rajah 6.10).

Rajah 6.10: Empat jenis kitab Veda

Kitab Veda ini mengajar penganut Hindu tentang amalan bagi upacara
penyembahan dan cara bertafakur berdasarkan pengalaman rohani maharishi
purbakala. Kitab Veda ini juga dinamakan sebagai Sruti kerana mempunyai
sumber utama.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  345

Selain keempat-empat kitab Veda tersebut, masyarakat Hindu juga mempercayai


kitab lain yang dikenal sebagai Smriti. Smriti ialah kitab tradisi dalam bentuk
orang suci atau ajaran guru (Achaariya) dan ajaran avatar.

Kebanyakan buku awal masyarakat India-Hindu ini ditulis dalam bahasa Sanskrit
kerana mereka beranggapan buku yang tidak ditulis dalam bahasa ini tidak
mengandungi falsafah. Kemudian, lahir dalam bentuk syair dan nyanyian seperti
Thevaram dan Tiruvasagam yang dinyanyikan sebagai memuja tuhan. Huraian
lanjut mengenai agama Hindu adalah seperti yang berikut:

(a) Kepercayaan Masyarakat India


Yang berikut ialah dua kepercayaan dalam masyarakat India:

(i) Teori Karma


Apakah yang dimaksudkan dengan teori karma?

Teori karma merujuk kepada anggapan seseorang itu


bertanggungjawab ke atas keadaannya pada masa sekarang.

Hal ini bermakna, kelakuan seseorang pada masa lampau menentukan


keadaan mereka pada masa sekarang dan keadaan pada masa
sekarang akan menentukan keadaan mereka pada masa akan datang
(menjelma kembali).

(ii) Sistem Kasta


Untuk makluman anda, sistem ini tiada kaitan dengan agama secara
terus tetapi ia dikaitkan dengan strata masyarakat yang beragama
Hindu. Secara umumnya, masyarakat India masih mengamalkan
sistem kasta yang mempunyai turutan seperti dalam Rajah 6.11.
346  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Rajah 6.11: Kasta masyarakat Hindu

Huraian lanjut mengenai sistem kasta ini diberi dalam Jadual 6.7.

Jadual 6.7: Golongan dalam Sistem Kasta

Kasta Golongan

Brahmin  Orang atasan atau bijak (ketua agama atau masyarakat yang
memberi pengajaran agama kepada masyarakat dan membuat kerja
puja di kuil).

Ksatriya  Raja-raja.
 Pemimpin.
 Pahlawan.

Vaisya  Peniaga khususnya petani yang menjadi tuan tanah.


 Penternak lembu untuk produk tenusu.

Sudra  Buruh.
 Pembantu kaum atasan brahmin, ksatriya dan vaisya.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  347

(b) Mazhab Agama Hindu


Tahukah anda terdapat enam mazhab bagi agama Hindu? Enam mazhab ini
diterangkan dalam Jadual 6.8.

Jadual 6.8: Enam Mazhab Agama Hindu

Mazhab Huraian

Ganapatya Tuhan bagi mazhab ini ialah Ganapati yang wajahnya seperti
gajah. Ganapati dianggap putera sulung Siva dengan Parvati.
Dewa ini sering dikaitkan dengan dewa bagi pengetahuan.

Saura (Suryam) Tuhan bagi mazhab ini ialah matahari. Tuhan matahari bergelar
Surya dan Aditya. Penyembahan terhadap dewa ini dikaitkan
dengan petani, terutamanya dalam perayaan Ponggal.
Penyembahan terhadap dewa Surya dilakukan bagi
mendapatkan kemakmuran dunia dan menghapuskan dosa
serta menyelamatkan jiwa.

Vaisnava Tuhan mazhab ini ialah Vishnu, Krishna atau Ramachandra dan
pasangannya Laksmi Dewi. Mazhab ini memiliki banyak
cabang, antaranya Bhakta (Bagawatha Vidhi dan Pancharatrika
Vidhi) dan Pancharatra. Pengikut ini mempunyai tanda (pujaan)
pada dahinya, iaitu garis tiga tegak lurus (Harun Hadiwijono,
2008).

Saiva Tuhan mazhab ini ialah Siva dan disembah bersama


pasangannya, iaitu Parvati. Pengikut mazhab ini terdapat di
seluruh India. Dewa Siva dianggap dewa tertinggi berbanding
Brahman dan Vishnu.

Sakta Tuhan bagi mazhab ini ialah Sakti. Sakti biasanya wujud dalam
pelbagai bentuk seperti Kali, Durga, Tara dan Kamala. Sakti
memiliki pelbagai peranan. Dua peranan yang penting ialah
sebagai ibu dan dewi yang menggerunkan.

Kaumaram Tuhan bagi mazhab ini ialah Murugan/Kartikeyan dianggap


sebagai putra bongsu kepada Tuhan Siva dengan Parvati. Dewa
ini sering diketahui dengan keberanian atau perjuangan untuk
menjaga penganutnya. Wajah Tuhan Murugan juga dikenal
sebagai wajah cantik dan pintar.

Untuk makluman anda, mazhab Vaisnava dan Saiva merupakan dua


mazhab besar dalam kepercayaan agama Hindu. Walau bagaimanapun,
pemilihan mazhab adalah dikaitkan dengan penyembahan terhadap tuhan
yang dipilih.
348  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

(c) Perayaan Masyarakat yang Menganut Agama Hindu


Jadual 6.9 menghuraikan tiga perayaan yang disambut oleh masyarakat
yang menganut agama Hindu.

Jadual 6.9: Perayaan Agama Hindu

Perayaan Huraian

Deepavali  Perayaan ini juga dipanggil perayaan cahaya.

 Diraikan pada bulan Aippasi dalam agama Hindu yang


biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November.

 Masyarakat India meraikan hari ini sebagai simbol keterangan


yang boleh menghalau atau mengusir kuasa jahat (kegelapan
dan kembali kepada cahaya).

Thaipusam  Perayaan yang dirayakan di Tamil Nadu (India Selatan).

 Namanya diambil daripada bahasa Tamil sendiri, iaitu Thai


(merujuk pada bulan Januari atau Februari) dan bintang
Puusam (perayaan).

 Diraikan secara besar-besaran di tiga buah kuil utama di


Malaysia, iaitu Kuil Sri Subramaniam di Ipoh, Kuil Sri
Balathandayuthabani di Pulau Pinang dan Kuil Subramaniar
di Batu Caves.

 Masyarakat Hindu biasanya membayar nazar pada perayaan


ini.

Thai Ponggal  Merupakan perayaan penuai atau petani.

 Dirayakan pada awal bulan Thai.

 Kurang disambut di bandar tetapi masih diraikan sebagai


penghormatan kepada kaum petani masyarakat India yang
tinggal di ladang, estet atau di luar bandar.

Sumber: Hasnah Hussin & Mardiana Nordin (2007)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  349

Akhir sekali, mari kita lihat Rajah 6.12 yang memaparkan suasana dalam kuil
Hindu.

Rajah 6.12: Suasana di dalam kuil Hindu


Sumber: http://wonderfulllfe.blogspot.my/2016/03/
warna-warni-kuil-shri-mariamman-medan.html

Rajah 6.13 pula menunjukkan lakaran Dewa Ganesh dan Murugan.

Rajah 6.13: Lakaran Dewa Ganesh dan Murugan


Sumber: http://hinducosmos.tumblr.com/post/66212735815/
shivaom-ganesh-kartikeya-artist-smurugakani
350  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

6.4.7 Agama Sikh


Sekarang, kita beralih pula kepada agama Sikh. Tahukah anda perkataan „sikh‰
berasal daripada bahasa Punjabi yang bermakna penuntut atau penganut? Orang
Sikh ialah pengikut Guru Nanak pertama (Nanak Dev) sehingga Guru Gobind
Singh. Pengasas Sikh ialah Guru Nanak dan sembilan orang guru selepasnya.
Guru Nanak dilahirkan pada tarikh 15 April 1469 M, di kampung Kanakatch,
Lahore. Bapanya, Mehta Kalu Bedi ialah seorang pegawai kerajaan di Talwandi
daerah Sheikhupura, Pakistan (Sikh Naujawan Sabha Malaysia, 1969).

Agama Sikh merupakan agama gabungan daripada Islam dan Hindu. Sikh
mempercayai Tuhan hanya satu iaitu Dialah zat yang mutlak. Guru Nanak
mengatakan bahawa Tuhan tidak memandang rupa paras dan fizikal tetapi
mengutamakan amalan yang dilakukan oleh penganutnya. Guru Nanak
mengasaskan agama Sikh dengan berpandukan kata-kata:

„Jika hendak sayang Tuhan, maka hendaklah mempunyai perasaan sayang


antara satu dengan yang lain dalam satu masyarakat.‰

Guru Nanak mengajar penganutnya menyebut dan menyanyi sifat Tuhan sebagai
tanda penganutnya sentiasa mendekati Tuhan dan selalu merendah diri. Ajaran
Guru Nanak terdapat dalam kitab suci mereka, iaitu Guru Granth Sahib Ji.
Di dalamnya terdapat beratus-ratus „sabda‰ Guru Nanak 1 hingga 10 yang
dijadikan panduan kepada penganutnya. Guru Nanak turut menolak fahaman
kasta dan kepercayaan karut.

Setelah Guru Nanak meninggal dunia pada tarikh 22 September 1539 M,


pengikutnya telah menubuhkan satu kumpulan yang mempunyai perbahasan,
kesusasteraan, kebudayaan dan kepercayaan serta mempunyai peraturan hidup
yang tersendiri. Perkara ini berterusan sehingga kepada Guru Gobind Singh (guru
yang ke-10). Pengikut ajaran ini dinamakan kaum Khalsa.

Seorang kanak-kanak Sikh yang dilahirkan belum dikira sebagai seorang Khalsa,
walaupun ibu dan bapanya beragama Sikh. Kanak-kanak tersebut akan menjadi
seorang Khalsa apabila:

(a) Mencapai umur dewasa;

(b) Mengetahui segala peraturan kaum Khalsa; dan

(c) Diberi amrit (air gula).


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  351

Terdapat beberapa undang-undang yang mesti difahami dan diamalkan pada


setiap masa oleh seorang Khalsa. Apakah undang-undang tersebut? Undang-
undang tersebut adalah seperti yang berikut (Sikh Naujawan Sabha Malaysia,
1969):

(a) Percaya hanya satu tuhan yang maha kuasa;

(b) Percaya 10 orang Guru, bermula daripada Guru Nanak sehingga Guru
Gobind Singh. Guru sekarang ialah Guru Granth Sahib Ji dan kaum Khalsa;

(c) Hendaklah sentiasa membaca/mendengar kata-kata Guru Granth Sahib Ji


untuk membuat ibadat;

(d) Hendaklah berlatih mengawal dirinya dan berjanji memakai lima K, iaitu:
rambut (kesh), sikat (kanggha), gelang besi (kara), seluar dalam ketat
(kashehra) dan pedang (kirpan). Apabila dia boleh mengamalkan disiplin
kaum Khalsa, hendaklah dia memohon amrit daripada lima orang ahli
agama (Paj Piare);

(e) Menghapuskan perasaan berkasta-kasta, tidak menyembah berhala atau


menganut kepercayaan yang berlawanan dengan ajaran agama Sikh;

(f) Menghormati segala makhluk tanpa memikirkan agama, bangsa atau warna
kulit;

(g) Perkataan „wahiguru‰ (tuhan menakjubkan) hendaklah disebut setiap


masa; dan

(h) Makan hendaklah berpatutan dan jangan makan/minum yang ada arak di
dalamnya.
352  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Penganut Sikh bersembahyang di gurdwara yang bermaksud „pintu gerbang


Guru‰ yang terdapat kitab suci mereka (lihat Rajah 6.14).

Rajah 6.14: Penganut Sikh di dalam gudwara


Sumber: http://www.keyword-suggestions.com/c2lraGlzbSBwZW9wbGU/

Rumah ini sentiasa dipandang tinggi oleh penganut Sikh sebagai rumah agama
dan pusat masyarakat mereka. Gurdwara sentiasa terbuka kepada orang ramai
tanpa mengira pangkat atau fahaman. Sesiapa yang hendak masuk ke dalam
gurdwara hendaklah membuka kasut dan menutup kepalanya.

Hari perayaan kaum Sikh ialah hari Vasakhi. Perayaan Vasakhi disambut pada
tarikh 13 April setiap tahun. Hari tersebut disambut sempena penubuhan kaum
Khalsa oleh Guru Gobind Singh Ji pada tahun 1699. Hari Katak Purumanshi, iaitu
hari kelahiran Guru Nanak juga dirayakan secara formal dan besar-besaran.

AKTIVITI 6.6

1. Lengkapkan senarai 10 Guru Nanak melalui carian di Internet.


Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

2. Tonton video YouTube di pautan https://bit.ly/2TVJWQP untuk


mendapat maklumat lebih lanjut tentang kepercayaan kaum Sikh.
Apakah yang anda dapat rumuskan setelah menonton video ini?
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  353

6.4.8 Agama Kristian


Seterusnya, mari kita pelajari tentang agama Kristian. Agama Kristian (Christian)
amat mementingkan penyembahan Tuhan (God). Bagi penganut Kristian, mereka
mempercayai Tuhan itu satu (one and only one God) yang mempunyai tiga imej
(trinity), iaitu:

(a) Tuhan Bapa (God the Father);

(b) Roh Kudus (Holy Spirit); dan

(c) Tuhan Anak (Holy Son).

Penganut Kristian mempercayai agama Kristian dibawa oleh Jesus Christ. Tahun
pertama kelahiran Jesus Christ dikenal sebagai tahun 1 Masihi. Mereka
mempercayai bahawa pada tahun 27 Masihi, Tuhan menurunkan wahyu kepada
Jesus Christ.

Mereka menganggap bahawa Jesus Christ ialah anak kepada Tuhan yang dihantar
ke dunia bagi membersihkan dosa manusia, iaitu menyelamatkan manusia
daripada dosa warisan.

Kitab suci Kristian dinamakan Injil (Bible) yang mengandungi dua bahagian, iaitu:

(a) Perjanjian Lama (Old Testament) yang ditulis sebelum kelahiran Jesus; dan

(b) Perjanjian Baru (New Testament) yang ditulis oleh pengikut Jesus.

„Christ ‰ bermakna penyelamat (deliverer) yang dihantar oleh Tuhan untuk


menyelamatkan dunia ini. Penganut agama Kristian yang awal ialah orang
Yahudi yang percaya bahawa Jesus ialah seorang nabi yang berasal daripada
kaum Yahudi sebagaimana yang diceritakan dalam sumber pertama Kristian,
kitab Bible.

Agama Kristian telah banyak mengalami perubahan sepanjang peredaran zaman


yang menyaksikan Christianity telah berpecah kepada lima tradisi konvensional
atau mazhab. Setiap mazhab tradisi ini telah pun mencapai kestabilan dan
mempunyai corak doktrin dan etikanya yang tersendiri. Apakah lima mazhab
tersebut? Mari kita lihat jawapannya dalam Jadual 6.10.

"
354  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Jadual 6.10: Lima Tradisi Konvensional atau Mazhab dalam Agama Kristian

Mazhab Huraian

Ortodoks Kebanyakan gereja ini berada di Eropah Timur dan Rusia.

Katolik Roman Penganut Kristian yang paling ramai.

Lutheran Penyokong atau pengikut Martin Luther. Merupakan


anggota gereja Protestan di Jerman.

Calvinisme/Reformed Pengikut John Calvin daripada mazhab Protestan.

Anglican Gereja England atau gereja yang bersekutu dengannya


seperti Methodist.

Dalam kepercyaan mereka, kitab Injil Old Testament yang diperkenalkan oleh
Tuhan melalui Nabi Musa (Moses) mengandungi hukum Ten Commandments.
Hal ini disebut dalam bahagian „Exodus: 20:2ă17.‰ Perlakuan penganut Kristian
dalam kehidupan seharian dihadkan oleh perintah dan larangan Ten
Commandments, iaitu:

1. Jangan ada tuhan-tuhan lain di hadapan-Ku;

2. Jangan membina apa-apa patung yang menyerupai apa-apa di atas syurga,


bumi atau air di bawah bumi;

3. Jangan menggunakan nama Yahweh Tuhanmu dengan sebarang tujuan


jahat;

4. Ingatlah dan kuduskanlah hari Sabbath;

5. Hormatilah ayah dan ibumu;

6. Jangan membunuh;

7. Jangan berzina;

8. Jangan mencuri;

9. Jangan membuat tuduhan palsu terhadap jiran; dan

10. Jangan berhasrat untuk memiliki harta benda jiranmu, jangan berhasrat
memiliki isteri atau orang gaji jiranmu atau apa-apa yang dipunyai
jiranmu.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  355

Perkara lain berkaitan nilai etika yang terdapat dalam kitab Injil ialah:

(a) Patuh kepada ibu bapa (Amsal, 1:8ă9);

(b) Elakkan dosa (Amsal, 1:10);

(c) Setia dan jujur (Amsal, 3:3ă4);

(d) Rasional (Amsal, 13:16);

(e) Elakkan zina (Amsal, 5:3ă6; Amsal, 22:14);

(f) Jangan malas (Amsal, 6:6ă11);

(g) Amanah (Amsal, 10:2ă3); dan

(h) Murah hati (Amsal, 22:9).

Huraian lanjut mengenai agam Kristian adalah seperti yang berikut:

(a) Doktrin dalam Kristian (Epistles of Paul)


Agama Kristian turut mempunyai doktrin yang disebut dalam himpunan
karya St Paul (Epistles of Paul) yang perlu diyakini oleh setiap penganut
Kristian. Doktrin tersebut diterangkan dalam Jadual 6.11.

Jadual 6.11: Doktrin Agama Kristian

Doktrin Deskripsi

Dosa warisan Setiap manusia itu menanggung dosa akibat perbuatan Adam
(inherited sin) dan Hawa, dan dosa yang diwarisi oleh manusia ini hanya dapat
ditebus melalui penyaliban Tuhan Anak, Jesus.

Tuhan Anak Tuhan Bapa yang penyayang, berada di syurga dan mempunyai
(Son of God) anak sulung yang terdahulu dari segala zaman (yang azali), dan
segala benda yang wujud di alam ini dicipta melalui-Nya. Tuhan
Anak ini ialah Jesus Christ (Epistles Paul to Romes, 8:18ă39).

Penjelmaan Penjelmaan di sini bererti Anak Tuhan (Jesus Christ) menjelma


(incarnation) diri ke dunia melalui kandungan Maryam @ Marie melalui benih
Daud (Epistles Paul to Romes, 8:18ă30).

Pensaliban Anak sulung Tuhan (Jesus) apabila dewasa, menyerahkan dirinya


(crucifixion) untuk dikorbankan di tiang salib sebagai satu cara untuk
menebus dosa warisan yang disebabkan oleh Adam dan Eve
(Hawa) (Epistles Paul to Corintians, 2:1ă5).
356  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Penebusan Kematian Jesus kerana disalib merupakan pengorbanan dirinya


(redemption) untuk menebus dosa yang diwarisi manusia sejak zaman Adam
lagi. Oleh itu, setiap insan mesti beriman dengan penyaliban/
penebusan itu sebagai jaminan keselamatan mereka dan
kebangkitan semula yang sejahtera (Epistles Paul To Corintians,
15:1ă14, 2:1ă5).

Kebangkitan Jesus kemudiannya dikafankan dan dikebumikan di dalam gua


semula (thomb). Selepas itu, beliau bangkit semula dari kuburnya pada
(resurrection) hari ketiga selepas pengebumiannya (Epistles Paul To Corintians,
15:12ă21).

Naik ke langit dan Jesus hidup semula dan naik ke langit ke sisi Tuhan Bapa dan
bersemayam di bersemayam di sebelah kanan Tuhan Bapa (Mark, 16:19ă20).
sebelah kanan
Tuhan (ascension)

Sumber: Holy Bible (New Testament); Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (1993, 1999)

(b) Perayaan Agama Kristian


Terdapat perbezaan pandangan dan fahaman antara mazhab Katholik
dengan Protestan di Malaysia terhadap perayaan agama Kristian. Penganut
Katolik dan sebahagian Protestan khususnya Anglican dan Lutheran adalah
cenderung kepada Katolik yang menitikberatkan sambutan perayaan dalam
agama Kristian. Hal ini demikian kerana perayaan menggambarkan satu
bentuk manifestasi ketaatan dan kepatuhan terhadap agama.

Sebaliknya, sebahagian individu Protestan tidak begitu memberatkan soal


perayaan (selain sambutan Krismas) kerana beranggapan perayaan Krismas
hanya satu perayaan semata-mata (Khadijah Mohd Khambali @ Hambali,
1993; 1999).

Gereja Katolik lebih berperanan menentukan pelaksanaan perayaan agama


Kristian. Pihak gereja Katolik telah menentukan perayaan yang perlu
diraikan oleh segenap masyarakat Kristian berdasarkan tiga pusingan atau
tiga musim dalam setahun. Perayaan yang disambut dalam agama Kristian
adalah sama ada berkaitan dengan ajaran Jesus dan nilai keagamaan atau
berkaitan dengan sejarah gereja.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  357

Di Malaysia, penganut Kristian menyambut hari perayaan seperti yang


diterangkan dalam Jadual 6.12.

Jadual 6.12: Perayaan Penganut Agama Kristian di Malaysia

Perayaan Deskripsi

Advent  Dikenal sebagai „kedatangan dan kemunculan sesuatu yang


bernilai.‰

 Merupakan waktu persiapan dan persediaan yang


diperuntukkan kepada setiap keluarga Kristian bagi
menyambut kedatangan perayaan Krismas.

 Persiapannya diadakan pada hari Ahad yang hampir dengan


tarikh 30 November dan diikuti dengan tiga hari Ahad yang
berikutnya (persiapan sambutan diadakan sepanjang sebelum
menjelangnya hari Krismas).

Hari Natal  Lazimnya, pada tarikh 24 Disember, jam 12 malam, penganut


(Christmas) Kristian khususnya Katolik akan berkumpul di gereja untuk
mendengar bacaan kitab Injil yang menyentuh khusus
peristiwa kelahiran Jesus sebagai tanda ingatan dan
kesyukuran, diikuti dengan jamuan Mass dan bertukar-tukar
ucap selamat dan pemberian hadiah sesama hadirin gereja.

 Pada sebelah petang atau malam tarikh 24 Disember,


sekumpulan koir atau kumpulan kanak-kanak kecil akan
menyanyikan nyanyian Krismas yang dikenali sebagai karol
Krismas (Christmas carol) dari rumah ke rumah atau gereja.
Mereka akan dijamu dan diberi derma sebagai tanda
penghargaan. Rajah 6.15 memaparkan persembahan karol
Krismas di pusat membeli belah.
358  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Rajah 6.15: Persembahan karol Krismas


Sumber: http://www.wanista.com/christmas-magnificence-
pavilion-kl/

 Pada sebelah malam pula, seluruh ahli keluarga akan


berkumpul menikmati kegembiraan dan saling bertukar
hadiah dan ucap selamat. Keesokan harinya, mereka akan
berkumpul di gereja untuk bersembahyang tanda kesyukuran
(rujuk Rajah 6.16).

Rajah 6.16: Suasana di dalam gereja


Sumber: http://www.theborneopost.com/2011/09/17/
christians-unite-to-pray-for-m%E2%80%99sia-on-malaysia-
day/
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  359

Lent  Lent ialah jangka waktu yang diperuntukkan kepada


penganut Kristian, iaitu selama 40 hari untuk mempersiapkan
diri (jasmani dan rohani) bagi menghadapi kemunculan
perayaan Easter.

 Tempoh 40 hari adalah diasaskan kepada peristiwa Jesus


menghadapi ujian di padang Sahara selama 40 hari selepas
pembaptisannya.

Good Friday  Sambutan mengingatkan kematian Jesus yang begitu tragis


pada tiang salib.

 Perarakan beramai-ramai oleh penganut Kristian dengan


simbol salib sebagai mengingati peristiwa yang dilalui oleh
Jesus sepanjang perjalanannya menuju ke tempat penyaliban
(dilakukan oleh masyarakat Kristian di Melaka di Gereja St
Peter). Mereka membawa patung Jesus dan tiang salib
sepanjang jalan Gereja St Peter menuju ke perkampungan
Portugis dan kembali ke gereja tersebut.

 Menekankan aspek kepercayaan bahawa Jesus sentiasa hidup


dalam setiap jiwa penganut Kristian.

 Perayaan lazimnya bermula pada jam 3 petang yang menepati


waktu kematian Jesus seperti yang disebut dalam gospel
Evangalical (Mark, Matthew, Luke dan John). Penganut
bertafakur melalui sembahyang dan pembacaan dan gospel
John.

Easter Sunday  Easter merujuk kepada dewi musim bunga.

 Masyarakat Kristian meletakkan Easter sebagai perayaan


gereja yang gemilang dan menceriakan kerana dikaitkan
dengan sambutan hari kebangkitan Jesus selepas
pengebumiannya.

 Masyarakat Katolik Malaysia lebih cenderung melakukan


kerja kebaikan membantu golongan yang miskin dan
memerlukan.

 Lazimnya, pihak gereja akan menghiasi gereja dengan bunga-


bunga yang berwarna-warni bersesuaian dengan konsep
perayaan yang menyambut kehidupan baharu Jesus selepas
penyalibannya.
360  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

 Gereja Katolik menyambut perayaan ini pada hari Sabtu dalam


keadaan bergelap. Sebuah lilin besar yang dikenal sebagai
Paschal candle atau candle of suffering akan dinyalakan dan
dibawa ke dalam gereja yang gelap sebagai simbol cahaya
yang dipancarkan ke seluruh alam melalui kebangkitan Jesus
selepas kematiannya di tiang salib.

 Penganut Katolik yang menghadiri upacara tersebut akan


menyalakan lilin mereka. Gereja akan diterangi dengan cahaya
lilin tersebut.

Perayaan lain  Holy Week.

 Acension Day dan Pentecost.

 All Saints Day dan All Souls Day.

 Sunday.

 The Assumption of Lady Mary.

 Hari valentine (ValentineÊs Day).

Sumber: Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (1999)

6.4.9 Kepercayaan dan Agama Orang Asli


Sekarang, mari kita beralih pula kepada kepercayaan dan agama orang asli.
Umumnya, majoriti orang asli di Malaysia, iaitu orang Negrito, Senoi dan Melayu-
Proto berpegang kuat pada kepercayaan animisme yang diwarisi sejak turun-
temurun. Hal ini adalah disebabkan oleh keadaan persekitaran sekeliling mereka
yang banyak mempengaruhi asas kepercayaan mereka. Keadaan kawasan yang
mempunyai gunung-ganang, sungai, batu besar, pokok besar, lembah, hujan,
guruh, ribut, petir, air terjun, tasik, kolam dan sebagainya sangat memberikan
implikasi mendalam dalam amalan hidup dan sistem kepercayaan orang asli.

Meskipun demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat juga perbezaan dalam


sistem kepercayaan antara etnik masyarakat orang asli disebabkan oleh ketaatan
terhadap ketua, asas kepercayaan atau tafsiran terhadap makhluk yang berbeza-
beza mahupun perkembangan persekitaran semasa dalam masyarakat orang asli.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  361

Masyarakat orang asli percaya terdapat „tuhan‰ atau kuasa tertinggi yang
menguasai gerak-geri kehidupan manusia. Mereka percaya bahawa kuasa ghaib,
kuasa luar biasa dan unsur roh boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan
terhadap kehidupan mereka. Terdapat tiga pegangan kepercayaan orang asli di
Malaysia berdasarkan etnik mereka seperti yang diterangkan dalam Jadual 6.13.

Jadual 6.13: Tiga Pegangan Kepercayaan


Orang Asli di Malaysia Berdasarkan Etnik Mereka

Etnik Orang Asli Kepercayaan

Senoi Percaya terhadap pokok, batu besar yang mempunyai nyaniik,


iaitu penunggu keramat yang mendiami tempat atau sesuatu
benda.

Semai Mempercayai kewujudan dewa, roh (spirit), hantu dan orang


bunian. Dewa utama ialah ngkuu dan nagaa.

Melayu-Proto Khususnya Orang Ulu percaya bahawa Tuhan wujud dalam dua
persekitaran atau dua bentuk, iaitu Tuhan Dunia Atas dan
Tuhan Dunia Bawah. Mereka turut mempunyai ahli agama yang
dipercayai boleh berhubung dengan kuasa ghaib tersebut yang
dinamakan sebagai pawang, bomoh atau poyang.

Apakah perayaan orang asli? Perayaan orang asli di Malaysia dihuraikan dalam
Jadual 6.14.

Jadual 6.14: Perayaan Orang Asli di Malaysia

Perayaan Huraian

Genggulung Dilakukan sekali setahun pada bulan Januari. Perayaan ini


bertujuan menjamu hantu dan keramat yang sering
mengganggu ketenteraman sesebuah kampung. Perayaan ini
dilakukan bagi mengelakkan gangguan hantu dan seterusnya
memastikan penduduk kampung dapat menjalani kehidupan
dengan sihat dan aman.

Menuai padi Diamalkan oleh sebilangan besar suku kaum Semai dan Temia.
baharu Perayaan ini bermula apabila pawang mengisytiharkan masa
yang sesuai untuk menuai padi. Apabila pengisytiharan ini
dibuat, maka setiap individu akan mengadakan kenduri di
rumah masing-masing. Setiap orang mempunyai peranan
masing-masing seperti mencari ikan, memburu, mencari
sayuran, menumbuk padi dan mencari bahan untuk pemujaan.
Tujuan perayaan ini adalah sebagai simbol kesyukuran dan
memohon restu daripada tuhan agar hasil tuaian mereka
bertambah pada masa akan datang.
362  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Bukak tenamoh Ia merupakan majlis keramaian yang diadakan selepas tamat


(kenduri membuka tempoh berkabung bagi sesuatu kematian. Majlis ini diadakan
pantang) selama enam hari dengan persembahan lagu sewang dan tarian
tradisional. Dalam tempoh berkabung, mereka tidak dibenarkan
keluar bekerja dan mencari makanan, tidak dibenarkan
memakai pakaian baharu, bersolek dan menyikat rambut.
Setelah enam hari, keluarga si mati akan membakar unggun api
di sekeliling kubur. Keluarga turut menyediakan makanan di
atas kubur. Seterusnya, mereka tidak akan mengadakan
sebarang majlis hiburan selama satu bulan.

6.4.10 Masyarakat Sabah


Negeri Sabah mempunyai pelbagai etnik sebagaimana yang telah dijelaskan
dalam Topik 4. Kaum Kadazan-Dusun merupakan kaum bumiputera asli yang
terbesar di Sabah selain Melayu, Bajau, Murut dan bumiputera lain yang berasal
dari Indo-China. Kaum yang pelbagai ini menggunakan pelbagai bahasa dan
dialek serta kebudayaan dan adat resam tradisional yang tersendiri. Rajah 6.17
memaparkan kaum Bajau dalam pakaian tradisional mereka.

Rajah 6.17: Kaum Bajau Sabah


Sumber: http://www.sabah.edu.my
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  363

Terdapat 27 suku kaum dalam Kadazan-Dusun antaranya ialah Dusun Liwan,


Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun
Kimaragang, Tagahas, Tanggara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau,
Tambanuo dan sebagainya. Suku kaum Dusun merupakan etnik terbesar yang
membentuk satu pertiga daripada penduduk Sabah.

Lazimnya, masyarakat daripada subetnik tersebut mendiami kawasan-kawasan


(daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di
daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas.
Bagi orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam
manakala daerah lain seperti Kinabatangan, mereka menganut agama lain.

Masyarakat Lotud (Suang Lotud) juga mendiami kawasan Pantai Barat Selatan
negeri Sabah. Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang
yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 hingga 200 orang. Walau
bagaimanapun, pada masa kini rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini
kerana kebanyakannya telah mengalami pembangunan secara fizikal dan mental.

Sekarang, mari kita pelajari agama dan kepercayaan masyarakat Sabah.


Kebanyakan orang Kadazan dan warga tua kaum Murut mengamalkan
kepercayaan animisme dan dinamisme. Selepas kedatangan British, mereka mula
menganut agama Kristian. Gereja didirikan di kawasan mereka sebagai tempat
ibadat. Walau bagaimanapun, terdapat juga masyarakat Sabah yang beragama
Islam, Buddha dan Hindu.

Masyarakat Kadazan dahulunya dikenal sebagai orang Dusun dan mereka begitu
berpegang teguh pada adat resam warisan nenek moyang mereka. Keunikan
masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan.
Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur ritual dan animisme.
Hal ini jelas kelihatan melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam
aspek kelahiran dan kematian.

Huraian berikut menerangkan tentang kepercayaan orang Kadazan-Dusun:

(a) Pesta Kaamatan


Pesta Kaamatan (menuai) disambut oleh Kadazan-Dusun sebagai meraikan
tuaian baik. Untuk makluman anda, Pesta Kaamatan juga disambut oleh
semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan disambut pada tarikh 30 hingga
31 Mei setiap tahun. Kemuncak perayaan ini ialah peraduan ratu cantik atau
unduk ngadau, tarian tradisi dan upacara ritual yang dijalankan oleh
bobohizan (ketua pendita). Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenal
sebagai Tadau Ka`matan dalam bahasa Kadazan-Dusun. Ketika Pesta
364  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Kaamatan, penduduk akan mengenakan pakaian tradisi mereka seperti


yang ditunjukkan dalam Rajah 6.18.

Rajah 6.18: Pakaian tradisional kaum Kadazan-Dusun


Sumber: https://funklicks.files.wordpress.com

Tarian sumazau akan ditarikan dengan iringan alat muzik tradisi dan tapai
(arak beras) akan dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah
akan menyapa sesama mereka dengan ucapan kopivosian tadau kaÊamatan
(selamat hari menuai).

(b) Semangat Padi


Menurut kepercayaan mereka, semangat padi merupakan kinoingan
(kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenal sebagai Bambaazon,
disembah sebagai pencipta, berkuasa dan sumber kepada kewujudan.
Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras dan nasi.
Ramai yang mempercayai bahawa „tanpa padi, tiada kehidupan.‰

(c) Upacara Momohizan


Upacara momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau September apabila
padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat
padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu
menyuburkan padi dan melindungi padi daripada sebarang penyakit atau
bencana alam. Mereka akan berdoa ă perbuatan yang dikenal sebagai
„mikiompit.‰
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  365

Terdapat juga kepercayaan apabila berlaku kematian, proses pengebumian


melibatkan seluruh masyarakat. Unggun api dihidupkan untuk menghalau
hantu dan roh jahat. Wujud beberapa konsep untuk kematian seperti mihad
(menangisi mayat), memujok (memandikan mayat), munguman (menghias
dan mendandan mayat), lobong (kubur) dan panukup (kenduri). Rajah 6.19
memaparkan kubur dalam bentuk pondok bagi orang Murut.

Rajah 6.19: Kubur berbentuk pondok yang menempatkan keranda kaum Murut
Sumber: http://www.sabah.edu.my

Tahukah anda tradisi kaum Murut yang terkenal ialah pemburuan kepala?
Aktiviti pemburuan kepala dijalankan atas keperluan upacara kerohanian
untuk sesuatu hajat. Contohnya, kepala mangsa diletakkan pada asas
jambatan besar bagi memastikannya tahan lama atau menanam tengkorak
mangsa di sawah padi agar padi dapat tumbuh subur. Sehingga kini, kaum
Murut masih menyimpan kepala dalam rumah panjang tetapi terdapat juga
yang telah ditanam. Walau bagaimanapun, amalan ini sudah lama
ditinggalkan kerana terdapat kawalan daripada pihak berkuasa.
366  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

6.4.11 Masyarakat Sarawak


Akhir sekali, mari kita pelajari tentang kepercayaan dan agama masyarakat
Sarawak. Masyarakat di Sarawak terdiri daripada pelbagai etnik antaranya
Bidayuh, Bisayah, Kadayan, Kajang, Kanowit dan Kayan. Rajah 6.20 memaparkan
wanita kaum Bidayuh dalam pakaian tradisional mereka.

Rajah 6.20: Wanita kaum Bidayuh


Sumber: http://bluezstoryland.blogspot.com

Peribumi Iban merupakan masyarakat paling besar diikuti oleh Melayu.


Mereka kaya dengan kepercayaan serta amalan turun-temurun yang menjadi
sebahagian daripada peraturan sosial dan dikongsi bersama dalam kehidupan
bermasyarakat. Kepercayaan dan amalan ini dimanifestasikan melalui petua dan
pantang larang lama yang diyakini kesannya terhadap kehidupan.

Kini, masyarakat Sarawak menganuti pelbagai agama seperti Kristian, Islam,


Hindu, Buddha dan terdapat juga mereka yang masih berpegang pada
kepercayaan animisme.

Masyarakat Melayu Sarawak di Simunjan mengamalkan petua dan pantang


larang tertentu apabila ingin masuk ke dalam hutan sama ada untuk mencari hasil
hutan, berburu dan sebagainya. Mereka mengelak menyebut perkara buruk
semasa masuk ke dalam hutan.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  367

Selain itu, mereka akan mengambil sedikit tanah dan diletakkan di dahi supaya
tidak „diganggu‰ oleh kuasa jahat atau binatang apabila berada di dalam hutan.
Tanah dilihat sebagai simbolik yang menunjukkan manusia sebati dengan alam,
lantaran dipercayai bahawa manusia juga berasal daripada tanah (Hamidah
Abdul Wahab, 2013).

Di samping itu, terdapat juga petua yang dilakukan ketika waktu makan. Ketika
sesebuah keluarga sedang makan dan jika terdapat salah seorang ahli keluarganya
tidak ada bersama, si ibu akan meninggalkan lauk untuk si anak yang tidak ada
dan berkata, „Lauk ini akan ditinggalkan untuk ÂularÊ.‰ Kenapakah nama sebenar
anaknya tidak disebut? Si ibu tidak boleh menyebut nama anak yang belum
makan itu kerana ia akan menyebabkan si anak nanti boleh terkena kempunan.
Petua ini sering diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional
Sarawak.

Masyarakat Iban tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh beberapa
keluarga. Rumah panjang terbahagi kepada beberapa buah bilik dan setiap bilik
dihuni oleh sebuah keluarga yang biasanya dalam bentuk keluarga asas.
Di sebelah belakang bilik ialah tempat makan dan dapur. Jika ada keramaian,
makanan dihidangkan di beranda (ruai). Sebelah luar bilik juga terdapat ruang
yang dipanggil panggan, iaitu tempat tidur orang bujang dan tetamu lelaki.
Di bawah rumah ialah tempat binatang ternakan seperti babi dan ayam.

Bagi orang Kelabit, rumah mereka tidak ada bilik untuk keluarga, cuma terdapat
bilik yang memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang sebelah dalam (Hasnah
Hussin & Mardiana Nordin, 2007).

Masyarakat Iban mempunyai upacara khas dalam adat kematian. Lazimnya,


upacara tersebut akan melibatkan seluruh ahli rumah panjang dan perundingan
dengan „tuai rumah‰ (ketua rumah). Dalam kelahiran pula, bayi yang baru
dilahirkan akan dimasukkan garam ke dalam mulutnya. Proses ini dipanggil
ngetup garam. Sementara itu, ibunya pula akan melalui proses bekindu ataupun
berdiang di unggun api selama 41 hari dan 41 malam.

Terdapat pelbagai jenis tarian di Sarawak mengikut suku kaum masing-masing.


Antaranya ialah:

(a) Ngajat;
(b) Bepencaha;
(c) Berkuntau;
(d) Main kerichap; dan
(e) Main chekak.
368  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Sehingga hari ini, masyarakat Sarawak masih mengekalkan beberapa jenis tarian
tradisi, misalnya, „datun julut‰ dalam kalangan kaum Bidayuh. Tarian ini
ditarikan dengan lemah gemalai oleh pemuda-pemudi dengan iringan muzik.
Kaum Iban pula terkenal dengan tarian perang yang dikenali sebagai „ngajat
bunuh‰. Tarian ini melambangkan unsur kebudayaan mereka yang gagah berani
menentang sebarang bentuk penjajahan.

Sekarang, mari kita lihat perayaan masyarakat di Sarawak. Terdapat beberapa


perayaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak di Malaysia, antaranya ialah:

(a) Perayaan Hari Gawai


Perayaan Hari Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di
Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Rajah 6.21
memaparkan kemeriahan sambutan Hari Gawai di rumah panjang.

Rajah 6.21: Kemeriahan sambutan Hari Gawai


Sumber: http://www.theborneopost.com

Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan Mei atau awal
bulan Jun setiap tahun. Perayaan ini selalunya disambut meriah oleh
masyarakat Dayak di Sarawak pada tarikh 1 Jun setiap tahun.

Persembahan tarian, minuman tuak „arak beras‰, kuih-muih tradisional


yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan juga disediakan.
Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai
Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara „miring‰ di ruai (beranda) rumah
panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  369

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai ialah ngajat lesung.
Dalam acara tarian ini, penari akan menunjukkan kekuatan dengan
mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya. Ketika
perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada
manik-manik akan dipakai agar dapat menonjolkan kecantikan mereka
(Nathdeya Natthassyah, 2007). Terdapat juga nama perayaan Gawai lain,
iaitu Gawai Burong, Gawai Batu, Gawai Antu dan Gawai Bersimpan
(Ibanology, 2013).

(b) Perayaan Hari Bung Bratak


Perayaan ini disambut oleh kaum Bidayuh pada tarikh 1 Mei setiap tahun.
Kaum Bidayuh dari kawasan Jagoi-Bratak akan mengunjungi Bung Bratak
untuk memperingati asal-usul dan sejarah nenek moyang mereka. Sambutan
Hari Bung Bratak bukan sekadar perayaan memperingati nenek moyang,
malah kini telah menjadi kawasan yang menempatkan sejarah warisan serta
destinasi pelancongan dan rekreasi (lihat Rajah 6.22).

Rajah 6.22: Perayaan hari Bung Bratak


Sumber: http://www.theborneopost.com

Hal ini demikian kerana untuk sampai ke lokasi Bung Bratak, pengunjung
perlu mendaki puncak Bung Bratak setinggi 305 meter untuk menikmati
kemeriahan sambutan hari Bung Bratak. Oleh itu, terdapat pengunjung yang
memulakan pendakian ke puncak bukit itu seawal pukul 6 pagi sambil
menikmati kesegaran udara dan keindahan alam semula jadi (Sopi Samaile,
2009).
370  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

SEMAK KENDIRI 6.2

Terangkan nilai murni yang utama bagi setiap agama dan kepercayaan
dalam kalangan penduduk di Malaysia.

6.5 MENGHORMATI ANTARA AGAMA


Sebelum kita akhiri topik ini, mari kita bincangkan cara menghormati antara
agama. Mari kita lihat beberapa aktiviti lawatan dalam Jadual 6.15. Apakah
pendapat anda tentang aktiviti tersebut?

Jadual 6.15: Aktiviti Lawatan ke Pelbagai Tempat Ibadat di Malaysia

Lawatan Gambar

Tokong
Buddha

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2011&dt=0517&pub= Kosmo&sec=Urban&pg=ur_02.htm
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  371

Masjid

Sumber: https://www.pas.org.my/artikel-penang/7087-pas-
pulau-pinang-anjur-lawatan-muhibbah-paderi-khatolik-ke-masjid

Gereja

Sumber: http://www.mstar.com.my/berita/berita-
jenayah/2014/06/06/pelajar-islam-di-gereja/
372  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Gurdwara
Sikh

Sumber: http://docpearl.blogspot.my/2010/05/
lawatan-yb-dr-lolo-ke-gudwara-that.html

Kuil Hindu

Sumber: http://revertedmuslim.blogspot.my/2014/09/
jais-serbu-rumah-ibadat-agama-lain-lagi.html

Gambar-gambar dalam Jadual 6.15 tadi menunjukkan beberapa contoh toleransi


agama ataupun persefahaman antara agama di Malaysia. Setiap agama
mempunyai kepercayaan, keyakinan, cara pemikiran dan ritualnya yang
tersendiri. Oleh itu, wajar kita sebagai penganut agama lain memahami dan
mengetahui kepercayaan mereka.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  373

Bagi memahami dan mengetahui kepercayaan masing-masing, maka aktiviti


lawatan ke tempat ibadat adalah amat disyorkan. Hal ini demikian kerana amalan
sedemikian akan membawa kepada budaya saling menghormati antara agama.
Lawatan ke rumah ibadat agama lain bukanlah bermakna kita mencari
„kesalahan‰ kepercayaan mereka yang kita anggap bertentangan dengan
kepercayaan kita. Objektif lawatan adalah untuk mendapatkan informasi yang
tepat dengan melihat dan mendengar sendiri daripada mereka yang
mengamalkan agama tersebut.

Selain itu, lawatan seperti ini dapat membuang persepsi negatif dan prasangka
kita terhadap agama lain. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

AKTIVITI 6.7

Dalam forum myINSPIRE:

(a) Cadangkan tentang kaedah lain untuk membentuk budaya


pemahaman antara agama di Malaysia.

(b) Bincangkan kaedah mengatasi masalah ekstremis dalam agama.

SEMAK KENDIRI 6.3

Huraikan hubungan antara toleransi dan menghormati pelbagai agama


dengan perpaduan dalam sebuah negara.

 Perkembangan agama di Tanah Melayu bermula dengan kepercayaan


masyarakat peribumi berasaskan animisme dan dinamisme. Perkembangan
ini diikuti dengan kepercayaan Hindu-Buddha, Islam, Kristian dan
kepercayaan lain.

 Agama Islam dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 3(1) yang


menyatakan bahawa agama Islam ialah agama bagi Persekutuan Malaysia dan
setiap raja atau sultan merupakan ketua agama bagi setiap negeri dalam
Persekutuan Malaysia.
374  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

 Agama berfungsi menjaga kebahagiaan hidup, mengelak daripada terlibat


dengan masalah sosial dan menjawab persoalan yang tidak mampu difikirkan
oleh akal.

 Malaysia menjamin kebebasan beragama dalam perlembagaan negara.

 Secara amnya, agama dalam masyarakat dapat membantu menyembuhkan


seseorang individu daripada penyakit sosial agar masyarakat dapat hidup
aman dan harmoni.

 Masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai pegangan agama, iaitu Islam,


Kristian, Hindu, Sikh, Buddha, Taoisme, Konfusianisme dan kepercayaan
terhadap roh nenek moyang.

 Terdapat masyakat asli di Malaysia yang masih mempercayai kepercayaan


animisme dan dinamisme.

 Masyarakat Sabah dan Sarawak memiliki pelbagai kepercayaan. Terdapat


dalam kalangan mereka yang berpegang teguh pada kepercayaan dan tradisi
nenek moyang.

 Setiap agama mempunyai kepercayaan, keyakinan, cara pemikiran dan ritual


yang tersendiri. Kita sebagai penganut agama lain wajar memahami dan
mengetahui kepercayaan mereka agar kita dapat saling menghormati pelbagai
agama.

 Antara kaedah untuk memahami dan mengetahui kepercayaan agama lain


adalah dengan menganjurkan lawatan ke rumah ibadat untuk melihat dan
mendengar sendiri daripada mereka yang mengamalkan sesuatu agama.

Agama Buddha Kebebasan agama


Agama Hindu Kepercayaan roh nenek moyang
Agama Islam Konfusianisme
Agama Kristian Perkembangan agama
Agama Sikh Taoisme
Animisme Toleransi agama
Dinamisme Tradisi nenek moyang
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  375

Abdul Aziz Bari. (2005). Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya,
Malaysia: Intel Multimedia.

Ali Jarisyah. (1999). Hadir al-Âalam al-Islami. Kaherah, Mesir: Maktabah Wahbah
Hallahan.

Ann, W. S. (1994). Adat dan pantang larang orang Cina. Kuala Lumpur, Malaysia:
Penerbit Fajar Bakti.

Arnold, T. W. (1984). The preaching of Islam: A history of the propagation of the


Muslim. Delhi, India: Renaissance.

Hamidah Abdul Wahab. (2013). Petua dan pantang larang tradisional dalam alam
Melayu Sarawak. International Journal of the Malay World and Civilisation
(IMAN), 1(1), 89ă97.

Hanif Md Lateh @ Junid, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, & Ermy Azziaty
Rozali. (2011). Sejarah perkembangan undang-undang Islam di Johor.
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu
Transformasi Negara. Bangi, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harrison, B. (1967). South-east Asia: A short history. London, England: Macmillan.

Harun Hadiwijono. (2008). Agama Hindu dan Buddha (Cetakan ke-15.). Jakarta,
Indonesia: Gunung Mulia.

Hashim Musa, Zainal Abidin Borhan, Othman Mohd Yatim, Ahmad Hakimi
Khairuddin & Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi. (2006). Konsep, latar
belakang dan pandangan semesta masyarakat Melayu dalam tamadun Islam
dan tamadun Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Hasjmy, A. (1979). Sejarah kebudayaan Islam. Jakarta, Indonesia: Bulan Bintang.

Hasnah Hussin, & Mardiana Nordin. (2007). Pengajian Malaysia. Shah Alam,
Malaysia: Oxford Fajar.

Holy Bible (New Testament).


376  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Ibanology. (2013). Jenis-jenis Gawai di Sarawak. Dicapai dari https://ibanology.


wordpress.com/2013/04/08/jenis-jenis-gawai-di-sarawak/

Ibn Manzur. (1956). Lisan al-ÂArab (Jilid 10). Beirut, Lebanon: Dar al-Sadir.

Ibrahim Ismail. (2003). Agama persekutuan: Jurisprudens Islam dalam pentafsiran


perlembagaan. Kanun ă Jurnal Undang-undang Malaysia, 15(4), 1ă23.

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. (1993). Konsep triniti menurut agama


Kristian dan pandangan Islam terhadapnya. Disertasi Sarjana Tidak
Diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. (1999). Perayaan-perayaan agama Kristian.


Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Khoo Kay Kim, Mohd Fadzil Othman, & Jazamuddin Baharuddin. (1980).
Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Persatuan Sejarah
Malaysia.

Lim Seng Haw. (2009). Perkembangan ideologi politik dan masyarakat Melayu di
Tanah Melayu. Dicapai dari http://www.myjurnal.my/filebank/
published_article/22918/071_108.PDF

Mohd Jamil Mukmin. (1992). Sejarah perkembangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Nurin.

Nathdeya Natthassyah. (2007). Hari Gawai. Dicapai dari http://kebudayaan.


blogspot.com/2007/03/hari-gawai.html

Pengenalan kepada Buddhisme. (2001). Sejarah Buddhisme di Malaysia. Dicapai


dari http://dhamma-bm.tripod.com/am/sejarah.htm

Rahmah Bujang, Yaacob Harun, Mohammad Nazzri Ahmad, & Ahmad Hakimi
Khairuddin. (2006). Kesenian, proses sosialisasi dan pembudayaan
masyarakat Melayu. Dlm. Tamadun Islam dan tamadun Melayu. Kuala
Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Saunders, G. (2002). A history of Brunei. London, England: Routledge Curzon.

Sidang Pengarang ILBS. (2000). Malaysia kita: Panduan dan rujukan peperiksaan
am kerajaan. Petaling Jaya, Malaysia: International Law Book Services.
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  377

Sikh Naujawan Sabha Malaysia. (1969). Ugama Sikh. Seremban, Malaysia: Sikh
Naujawan Sabha.

Sopi Samaile. (2009, 9 Jun). Perayaan Hari Bung Bratak. Utusan Online. Dicapai
dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0609&sec=
Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm

Tregonning, K. G. (1964). History of modern Malaya. London, England: Eastern


Universities Press untuk University of London Press.
MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

You might also like