You are on page 1of 18

KOLEJ VOKASIONAL KUALA

TERENGGANU

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


(TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION DIVISION)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
KURSUS / TRADE TEKNOLOGI PEMBINAAN
TAHAP / LEVEL L1
NO. DAN TAJUK M01 INTRODUCTION TO CONSTRUCTION
MODUL /MODULE NO. AND TECHNOLOGY
TITLE
NO. DAN PERNYATAAN
KOMPETENSI / 02 THE CATEGORY OF BUILDING TRADE IN
COMPETENCY NO. AND CONSTRUCTION INDUSTRY
STATEMENT
OBJEKTIF PENCAPAIAN PERFORMANCE STANDARD
PIAWAIAN / TERMINAL
PERFORMANCE
OBJECTIVE TO RECOGNIZE THE CATEGORY OF
BUILDINGTRADE IN CONSTRUCTION INDUSTRY.

No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 1 Drp:18


Nama Pelatih : Tarikh:

TAJUK : KATEGORI TRED BANGUNAN DI DALAM INDUSTRI


PEMBINAAN TRADISIONAL ATAU KONVENSIONAL .

TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai kategori tred


di dalam industri pembinaan melalui penerangan kaedah teknologi pembinaan
secara tradisional / konvensional dan kaedah teknologi moden.
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 2 Drp:18

PENERANGAN

1.0 PENGENALAN
Kaedah pembinaan bangunan dalam Industri Pembinaan, melibatkan dua kategori utama
iaitu kaedah pembinaan konvensional dan moden. Pembinaan Masonary Tradisional
adalah kaedah pembinaan tradisi paling biasa menggunakan kaedah konvensional.
Begitu juga Binaan Kerangka Kayu yang merangkumi beberapa sistem binaan, pada
dasarnya ia juga merupakan kaedah pembinaan tradisional. Walaubagaimana pun
pembangunan dalam kaedah pembuatan telah mengubah banyak kaedah dalam
pengkelasan kaedah pembinaan moden. Berdasarkan perkembangan semasa, Industri
pembinaan Malaysia sedang mengalami proses perubahan dari industri pembinaan
menggunakan teknologi konvensional kepada kaedah pembinaan yang lebih terkini.
Memandangkan permintaan terhadap pembinaan bangunan yang semakin meningkat,
adalah penting menginovasikan kaedah pembinaan sedia ada kepada kaedah yang
mampu mempercepatkan lagi proses pembinaan bagi menampung permintaan ramai.
Maka dengan itu, muncullah kaedah baru dalam industri pembinaan iaitu Industrialized
building system (IBS) disamping kaedah-kaedah sedia ada. IBS telah diperkenalkan di
Malaysia semenjak tahun 60 an lagi melalui penggunaan elemen-elemen konkrit pra-
tegasan rasuk dan tiang. Namun begitu, kaedah ini kurang dipraktikkan walau pun sistem
baru ini telah dikenalpasti mampu meningkatkan lagi poduktiviti dan kualiti kerja menerusi
penggunaan mesin, peralatan, bahan pembinaan dan perancangan pre-projek yang
ekstensif.

2.0 KAEDAH PEMBINAAN BANGUNAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN


Kaedah pembinaan adalah berkisar daripada kaedah pembinaan konvensional kepada
kaedah pembinaan pra-tegasan sepenuhnya. Secara umumnya kaedah pembinaan
diklasifikasikan kepada 4 kategori iaitu:
i. Kaedah Pembinaan konvensional / tradisional
ii. Kaedah Cast-in-situ
iii. Kaedah komposit
iv. Kaedah Pre- Fabrikasi Penuh
Daripada 4 kategori yang dinyatakan di atas, kaedah (ii),(iii) & (iv) dianggap sebagai
kaedah bukan konvensional kerana secara spesifik kaedah pembinaan ini bertujuan
meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja menerusi penggunaan mesin pembinaan,
peralatan, teknologi dan bahan-bahan yang lebih baik.
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 3 Drp:18
2.1 Kaedah Pembinaan Konvensional :
 Kaedah konvensional didefinasikan sebagai komponen bangunan yang di pre-
fabrikasi di tapak bina melalui pelbagai proses dan pemasangan kotak acuan
kayu, besi tetulang dan kerja-kerja cast in-situ.
 Bangunan konvensional yang biasanya dibina daripada kerangka konkrit bertetulang
dengan penggunaan kotak acuan kayu adalah lebih mahal kerana perlu membiayai kos
buruh ,bahan mentah, pengangkutan dan tempoh masa pembinaan yang perlahan.

2.1.1 Ciri-ciri Pembinaan Bangunan Konvensional


i. Pembinaan bangunan konvensional merujuk kepada kaedah pembinaan tradisional di mana
pengetahuan dalam pembinaan dipindah dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
ii. Disepadukan dengan pembinaan basah (in-situ) menggunaka konkrit bertetulang.
ii. Tidak menggunakan teknologi baru - menggunakan kaedah buruh secara intensif.
iv. Pembinaan konvensional tidak bergantung kekuatan semata-mata kepada jumlah
keseluruhan bahagian-bahagian struktur atau anggota yang diguna dalam sesebuah
bangunan tetapi kekuatannya lebih bergantung kepada saiz komponen struktur
yng digunakan.
v. Menggunakan bahan-bahan binaan yang telah digunakan sejak beberapa dekad dan
tidak mengalami perubahan teknologi.
vi. Terbahagi kepada dua komponen major iaitu:
a) Sistem Struktural - melibatkan kerangka tiang – rasuk – papak (slab ) cast in-situ yang
dibina melalui 4 operasi iaitu ;
# Pembinaan kerja bentuk kayu dan peranca
# Pembinaan Bar keluli
# Penuangan konkrit ke dalam acuan
# Menanggalkan kerjabentuk / acuan dan peranca

b) Sistem bukan Struktural – melibatkan pembinaan tembok bata / blok dan melepa
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 4 Drp:18
KAEDAH PEMBINAAN KONVENSIONAL

BAHANBINAAN/ BANGUNAN YANG TELAH


MESINPERALATAN SIAP

KONKRIT

KAYU

KELULI

BATA

MESIN/

TAPAK
PERALATAN

2.2.1 Pembinaan bangunan Kaedah Moden


Kaedah Pembinaan Moden didefinasikan sebagai teknik pembinaan bangunan
yang terkini dengan menggunakan kaedah pembinaan yang lebih sistematik
dan sistem penjenteraan menggunakan teknologi komputer dan komunikasi terkini
serta aplikasi mesin pembinaan, peralatan, teknologi dan bahan-bahan yang
lebih baik. Kaedah ini bertujuan menawarkan beberapa faedah dan kelebihan
berbanding kaedah tradisi. Dalam kes ini, perindustrian merujuk kepada pre-
fabrikasi, mekanisma dan piawaian. Mengikut Oxford English Dictionary, Pre-
fabrikasi bermaksud pembuatan atau pengilangan seksyen / komponen bangunan
yang dilakukan di kilang sebelum pemasangan sebenar di tapak. IBS pula adalah
kaedah di mana industri pembinaan tempatan dipandu ke arah penerimaan
penggabungan dan mendorong pengusaha dalam indusri pembinaan untuk
menghasilkan dan menggunakan sistem pre-fabrikasi dan pengeluaran bangunan
dalam kuantiti yang banyak (mass production). Dengan ini keberhasilan proses
pembinaan dapat diperluaskan lagi di samping itu daapat meningkatkan lagi
produktiviti,kualiti serta dapat menjimatkan masa dan kos.

2.2.2 Sistem Perindustrian Bangunan/ Industrialized Building System (IBS)


Definasi:-
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 5 Drp:18
IBS adalah teknik pembinaan di mana komponennya dihasilkan di dalam keadaan
terkawal (di kilang atau di tapak bina), diangkut ke lokasi (transported), ditempatkan
dan dipasang kepada struktur dalam kerja pembinaan dengan menggunakan pekerja
yang minimum di tapak. Bagi komponen yang dipre-fabrikasikan dalam persekitaran
terkawal di tapak bina juga dianggap sebagai IBS(CIDB Malaysia, 2001).

KOMPONEN UTAMA IBS

DI KILANG/TEMPAT DIANGKUT DIPASANG


PEMBUATAN

KOMPONEN UTAMA IBS

KEKUDA
BUMBUNG
TIANG RASUK

TANGGA BANGUNAN LANTAI


YANG TELAH
SIAP
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 6 Drp:18
Daripada definasi dan prinsip IBS yang diperkenalkan, kaedah berikut boleh dikategorikan
dalam kaedah pembinaan moden sistem IBS .

3.3 Jenis-jenis Kaedah Pembinaan Moden


3.3.1 Kaedah Pembinaan Cast-in-situ :
Sistem ini sesuai bagi negara di mana bilangan buruh tidak mahir amat terhad.Tiada mesin
berat atau teknologi tinggi terlibat. Secara teknikal ia boleh diaplikasi kepada hampir semua
jenis bangunan. Kerjabentuk / kotak acuan digunakan sebagai acuan dimana konkrit basah
dituang ke dalam perkakasan sementara. Perkakasan sementara bertindak sebagai
penyokong sementara bagi struktur. Objektif kaedah in-situ adalah untuk menghapus dan
mengurangkan pertukangan di tapak bina (site based trade) seperti kerjabentuk kayu
tradisional, kerja bata, pelepaan dan mengurangkan penggunaan buruh. Perancangan kerja in
situ yang teliti mampu memaksimumkan produktiviti, mempercepat dan meningkatkan
ketepatan pembinaan pre-febrikasi. Kaedah Cast-situ menggunakan kerjabentuk pre-fabrikasi
lightweght yang dibuat daripada keluli / gentian kaca / aluminium yang mudah dibina dan
ditanggalkan.
3.3.2 Kaedah Pembinaan Komposit :
Kaedah pembinaan Komposit melibatkan pre-fabrikasi sebahagian (partially prefabricated).
Tujuan kaedah ini adalah untuk menambahbaik kualiti, mengurangkan kos dan memendekkan
masa pembinaan. Konsep kaedah pembinaan diambil dari elemen asal komposit kaedah
pembinaan industri sepenuhnya (kaedah Moden). Menggunakan strategi pembuatan atau
pengeluaran dengan memilih beberapa aspek industrial. Secara asasnya pembinaan pre-
fabrikasi akan mampu memperlihatkan cara melaksanakan beberapa kerja seperti fasiliti
sementara,kerangka bangunan,kemasan bangunan dan peralatan.
3.3.3 Kaedah Pembinaan Pre-fabrikasi Sepenuhnya:
Dalam Kaedah Pembinaan Pre-fabrikasi Sepenuhnya semua elemen dipre-febrikasi di kilang
mengikut standard dan spesifikasi yang ditetapkan. Kaedah ini melibatkan pemasangan
elemen pra-tegasan seperti slab lantai, bilik air, tangga dan sebagainya pada posisinya bagi
menyesuaikan dengan unit-unit utama tiang dan rasuk. Struktur yang telah siap diangkut ke
tapak bina untuk pemasangan.

3.4 Dari sudut klasifikasi struktur,


IBS boleh dikategorikan ke dalam lima (5) kumpulan utama, iaitu:

(a) Sistem Kerangka, Panel dan Kekotak Konkrit Pra-tuang


Komponen di bawah kumpulan ini ialah tiang, rasuk, papak lantai dan panel dinding pra-
tuang . Termasuk juga dibawah kumpulan ini adalah komponen pasang siap 3-dimensi
seperti tangga, longkang dan tandas.
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 7 Drp:18

SISTEM KONKRIT PRA TUANG

(b) Sistem Acuan


Acuan bagi komponen konkrit tuang di situ seperti acuan untuk tiang, rasuk, papak lantai
dan panel dinding yang boleh digunakan berulang kali. Acuan ini biasanya diperbuat dari
plastik, fibreglass, keluli, aluminium danbahan logam lain.

SISTEM ACUAN KELULI


No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 8 Drp:18
(c) Sistem Kerangka Keluli
Komponen di bawah kumpulan ini terdiri daripada tiang,rasuk, kerangka portal dan
sistem kekuda bumbung dan seumpamanya yang diperbuat daripada keluli.

SISTEM KERANGKA KELULI

(d) Sistem Kerangka Kayu Pasangsiap


Komponen di bawah kumpulan ini ialah tiang, rasuk, papak lantai, sistem kekuda
bumbung pasang siap dan seumpamanya yang diperbuat daripada kayu.

SISTEM KERANGKA KAYU


No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 9 Drp:18

(e) Sistem Blok


Sistem ini merujuk kepada penggunaan blok jitu (precision blockworks) termasuk blok
konkrit ringan, blok terkunci (interlocking block) dan seumpamanya.

(f) Sistem Terbuka


Sistem terbuka bermaksud sistem pembinaan bangunan atau komponen bangunan
secara IBS yang tidak terhad kepada pemunya atau proprietor tertentu sahaja.

(g) Reka Bentuk Standard


Reka bentuk standard bermaksud bentuk atau rupa bentuk lazim komponen yang telah
ditentukan saiz dan ukuran.

4.0 BAHAN-BAHAN PEMBINAAN MODEN/ SISTEM IBS


Indusri pembinaan moden sentiasa mengalami proses evolusi dalam penggunaan bahan-
bahan binaan. Bahan-bahan pembinaan yang digunakan lebih sering digunakan dalam
pembinaan sistem IBS. Ia lebih bersifat terkini dan mempunyai ciri-ciri futuristik kerana telah
melalui proses pembinaan dengan aplikasi teknologi baru. Evolusi bermula daripada
penyediaan bahan binaan yang perlu dibina ditapak bina kepada pembinaan komponen
struktur di kilang dan hanya perlu dipasang di tapak bina.
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 10 Drp:18

KAEDAH PEMBINAAN IBS MELALUI EVOLUSI


PENGGUNAAN BAHAN
BAHAN KOMPONEN BANGUNAN TELAH
BINAAN PEMBINAAN SIAP

LUAR TAPAK DI TAPAK BINA


BINA
4.1 jenis-jenis bahan Terkini

i. Kaedah seperti sistem sambungan yang halus dengan penggunaan Aircrete blocks
dan structural insulated panels (SIPS) adalah sebahagian daripada evolusi dalam
pembinaan masonari dan kerangka kayu
ii. Sistem Kerangka Keluli/Steel frame systems
iii. Teknik konkrit in-situ telah membangunkan  insulated concrete forms (ICF).
iv. Penggunaan kayu, straw dan sistem panel jerami straw yang lebih ringan telah
dibangunkan oleh syarikat dikenali Modcell

STRUCTURAL INSULATED
PANELS
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 11 Drp:18

SISTEM BLOK
AERATED

TIMBER, STRAW AND


HEMP PANEL SYSTEM

INSULATED CONCRETE FORMS


(ICF).
Kelebihan kaedah Pembinaan moden
 Mengurangkan impak ke atas pengghuni/ Reduced impact on residents.
 Penggunaan bahan-bahan yang lebih sedikit
 Mengurangkan dari tergendala serta pengurangan penggunaan minyak.
 Sistem Pembuatan yang terkawal.
 Mengurangkan masa pembinaan/boleh dibina dengan cepat
 Kecacatan yang sedikit.
 Kualiti yang tinggi .
 Mengurangkan penggunaan tenaga .
 Mengurangkan buangan / pembaziran.
 Mengurangkan keperluan tenaga buruh dan tenaga mahir
 Menambahbaik keselamatan
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 12 Drp:18
 Ramalan kos lebih tepat
 Penggunaan bahan yang terbaik
 Menambahbaik tempoh pembuatan
 Stuktur lebih tahan
 Penjagaan yang kurang
 Kos boleh dikurangkan

Kelemahan kaedah Pembinaan moden


 Komponen struktur prefebrikasi seperti panel konkrit atau keluli dan panel kaca
memerlukan kendalian yang rapi dan teliti
 Perhatian perlu diberikan terhadap kekuatan dan ketahanan karat pada sambungan
seksyen prefebrikasi bagi mengelakkan kegagalan pada sambungan.
 Kebocoran boleh juga berlaku pada sambungan komponen prefebrikasi
 Kos pengangkutan lebih tinggi bagi komponen prefebrikasi yang berisipadu besar dan
panjang berbanding bahan yang berbungkus yang belum dibina.
 Komponen prefebrikasi yang besar memerlukan kren berat dan pengukuran yang tepat
dan kendalian yang teliti begi menempatkan pada posisinya
 Tenaga kerja tempatan yang lebih banyak tidak dapat disediakan

5.0 PERBEZAAN ANTARA KAEDAH PEMBINAAN KONVENSIONAL DAN


MODEN / PERINDUSTRIAN
Untuk memeprincikan perbezaan antara kaedah pembinaan konvensional dan moden
adalah penting memahami terlebih dahulu bagaimana komponen bangunan dibina.
Terdapat banyak perbezaan antara kaedahh konvensional yang dibina dengan tembok
masonari dengan kaedah moden yang biasanya menggunakan teknologi pra tegasan
dalam pembinaan komponen struktur. Secara asasnya, kaedah konvensional memerlukan
struktur dibina di tapak bina berbanding kaedah moden yang membina struktur di kilang
atau ruang-ruang terkawal dan hanya kerja-kerja pemasangan dilakukan di tapak bina
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 13 Drp:18

JADUAL PERBANDINGAN KAEDAH IBS DAN KONVENSIONAL

Penerangan Kaedah IBS Kaedah Konvensional


1 Masa pembinaan bagi Penjimatan masa dalam Sangat sensitif kepada keadaan
struktur penyelenggaraan dan cuaca
penyiapan yang lebih
awal
2 Masa tambahan untuk Perlu Sangat Perlu
mempercepatkan kerja-
kerja struktur
3 Ruang penyimpanan di Minimum Perlu
tapak untuk bahan
papak dan bahan untuk
kerja
4 Pembahagian kerja di Pekerja yang sedikit di Lebih banyak pekerja di tapak
tapak bagi pekerja tapak bina dan memerlukan tempat tinggal
untuk pekerja
5 Keadaan tapak Penggunaan perangkai Penggunaan perangkai dan
dan acuan yang acuan yang banyak, memerlukan
minimum, keadaan tapak pekerja untuk menguruskan
yang lebih teratur dan tapak
bersih
6 Pembersihan tapak Pengurangan kos Peningkatan kos disebabkan
semasa penyiapan kerja disebabkan kurangnya keperluan kepada acuan
acuan dan sisa buangan
7 Kawalan kualiti Kualiti yang lebih baik Kesukaran untuk mencapai
dapat dicapai kerana kualiti yang tinggi di tapak bina.
komponen dibuat di Lebih banyak ujian dan kawalan
kilang. Ujian dan diperlukan di tapak bina
kawalan dilakukan di
kilang.
8 Ruang untuk Mudah diadakan kerana Rasuk adalah utama dan
perkhidmatan dan kerja- rasuk hanya mempunyai sekunder kecuali bagi papak rata
kerja Mekanikal dan satu arah sahaja
Elektrikal (M & E)
9 Penukaran rekabentuk Fleksibel Fleksibel
pada saat akhir
1 Kos di luar jangkaan Pemasangan manual Tiada
0 dalam kawasan yang
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 14 Drp:18
terletak di luar liputan
kren

Persekitaran tapak binaan yang lebih tersusun dan bersih

- Pengurangan penggunaan acuan kayu yang biasa digunakan di mana ia digantikan


dengan komponen pra-fabrikasi dan acuan alternatif dengan pelbagai kegunaan.
- Mengurangkan bahan-bahan buangan pembinaan

CONTOH-CONTOH BANGUNAN YANG DIBINA MENGGUNAKAN KAEDAH IBS


No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 15 Drp:18

Pusat Membeli-belah Jusco Metro Prima, Kepong

6.0 PERINGKAT PEMBINAAN /STAGES OF PROGRESS

Peringkat pembinaan merangkumi kerja-kerja penyediaan tapak bina termasuk


pembinaan struktur dan kerja melengkapkan kemudahan asas projek.

I Pembinaan struktur
Pembinaan struktur terbahagi kepada empat bahagian, iaitu:
a) Persediaan untuk membina
b) Kerja tanah
c) Pembinaan substruktur
d) Pembinaan superstruktur

a) Persediaan untuk membina


 Membersihkan tapak bina
 Menyediakan laluan masuk dan keluar ke tapak bina
 Menyediakan jalan sementara
 Menyediakan tempat meletak kenderaan sementara
 Menyediakan bangunan sementara seperti pejabat tapak, stor bahan dan
alatan, pondok kawalan, tempat kediaman dan kantin
 Menyediakan tempat simpanan bahan seperti keluli tetulang, keluli
struktur,cerucuk keping daan lain-lain
 Menyediakan pagar dan dinding adang
 Menyediakan papan tanda keselamatan
 Menyediakan papan tanda projek
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 16 Drp:18
 Menyediakan keperluan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan
sanitasi

b) Kerja tanah
 Menentukan datum
 Menyediakan aras formasi
 Kerja pemotongan
 Kerja penambakan tanah

c) Pembinaan substruktur
Substruktur merujuk kepada semua bahagian binaan yang terletak di bawah aras
permukaan tanah atau lapisan kalis lembap.
Kerja-kerja pembinaan sub struktur melibatkan :
 Kerja-kerja memasang pancang tanda, pancang ukur dan pancang aras
 Kerja-kerja menanam cerucuk jika perlu
 Kerja penggalian tanah untuk asas
 Kerja-kerja membina penahan peparitan sementara
 Menyediakan acuan asas
 Memasang tetulang
 Memasang tetulang untuk tiang asas
 Menuang konkrit ke dalam acuan

d) Pembinaan superstruktur
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 17 Drp:18
Superstruktur meliputi semua anggota struktur yang terletak di atas substruktur
iaitu di bahagian atas aras bumi. Dibina secara berperingkat.
 Kerja membina tiang
 Kerja membina rasuk bumi
 Kerja membina rasuk tingkat satu
 Kerja membina lantai bawah padu
 Kerja membina rasuk tingkat atas
 Kerja membina rasuk bumbung
 Kerja membina kerangka bumbung
 Kerja membina dinding
 Kerja membina pintu, tingkap, tangga, siling
 Kerja memasang penutup bumbung
 Kerja kemasan

II Melengkapkan Kemudahan
 Semasa pembinaan struktur dijalankan, kelengkapan kemudahan asas
bangunan seperti kerja-kerja mekanikal dan elektrikal bagi sistem perpaipan,
sistem bomba dan sistem pembersihan perlu disediakan.
 Penyediaan kemudahan asas di luar bangunan seperti
 Menyediakan papan tanda nama kawasan pembinaan
 Papan tanda jalan masuk
 Jalan raya
 Saliran
 Landskap
 Pembersihan kawasan tapak bina.
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/2) Muka: 18 Drp:18

Rujukan

1. Construction performance comparison between conventional and ...


www.emeraldinsight.com/journals.

2. House Construction Methods - The Self Build Guide


www.the-self-build-guide.co.uk/house-cons... 

3. Details for Conventional Wood Frame Construction


www.awc.org/pdf/wcd1-300.pdf - 

4. Conventional Building Construction


www.scribd.com/.../Conventional-Building-...

5. Understanding Traditional Materials - Advice & Guidance - Faith in ...


www.spabfim.org.uk/.../understanding_trad... 

6. PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN EMPAT

You might also like