You are on page 1of 16

KKAB1222 SENI BINA IDENTITI KEBANGSAAN

TUGASAN 2:
PROSES PEMBANGUNAN REKABENTUK BERIDENTITI KEBANGSAAN

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD HAZIQ BIN
IBRAHIM (A176714)
SARJANA MUDA SAINS CITRA
DENGAN PENUMPUAN
PEMBINAAN DIGITAL
PUSAT PENGAJIAN CITRA
PENSYARAH KURSUS:
UNIVERSITI (PPCU)
DR KAMARUL AFIZI BIN
KOSMAN
ISI KANDUNGAN

01 PENDAHULUAN 3
02 PENGENALAN TUGASAN 4
03 LATAR BELAKANG PROJEK 5
04 OBJEKTIF PROJEK 5
05 METODOLOGI PENYELIDIKAN 6
06 KEHENDAK PROJEK 7
07 PROSES REKABENTUK
a. PEMILIHAN FUNGSI BANGUNAN 8
b. LAWATAN DAN ANALISA TAPAK 9
c. PEMBANGUNAN TEMA BERDASARKAN LATARBELAKANG FUNGSI BANGUNAN 10
d. PEMBANGUNAN PROGRAM REKABENTUK DAN KEPERLUAN PENGGUNA 11
e. PEMBANGUNAN CONCEPTUAL MODEL BERDASARKAN TEMA 12
f. INTEGRASI BENTUK ASAS DENGAN TAPAK DAN RUANG 13
g. PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP BENTUK, RUANG DAN TAPAK 14
h. TEKNOLOGI PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN BERCIRIKAN TEMPATAN 15
08 KESIMPULAN 16
PENDAHULUAN

Kita bertuah kerana Malaysia kaya dengan adat dan budaya. Sejauh mana kemajuan
yang dibawa, adat dan budaya tempatan tidak dilupakan oleh masyarakatnya.
Kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum membawa kepelbagaian
landskap dalam pelbagai aspek kehidupan rakyatnya termasuk juga dalam aspek seni
bina. Kursus KKAB1222 Seni Bina Identiti Kebangsaan memberi peluang untuk para
pereka bangunan mendalami nilai ilmu dan kepelbagaian yang ada di dalam dunia seni
bina tidak kira dari negara luar malah turut disentuh berkenaan seni bina di dalam
negara Malaysia sendiri. Setiap seni bina sepatutnya mampu menggambarkan ciri-ciri
masyarakat serta identiti negaranya dan bukan hanya memenuhi keperluan fungsi
bangunan semata-mata. Hal ini kerana seni bina merupakan sesuatu yang kekal dan
akan bertahan lama yang pada suatu hari nanti menjadi rujukan dan tatapan generasi
akan datang. Bangsa yang menjaga nilai dan identitinya diyakini akan melahirkan
generasi yang berjati diri tinggi dan penuh dengan adat kebudayaan yang teguh.

3
PENGENALAN TUGASAN

Tugasan yang diberikan oleh pensyarah kursus KKAB1222 Seni Bina Identiti
Kebangsaan iaitu Dr. Kamarul Afizi bin Kosman adalah tugasan untuk menyediakan
sebuah laporan proses pembangunan rekabentuk beridentiti kebangsaan. Pelajar yang
mengambil jurusan seni bina perlu menghasilkan sebuah laporan proses
pembangunan rekabentuk beridentiti kebangsaan berdasarkan rekabentuk yang telah
dibangunkan di bawah kursus KKAB1216 Rekabentuk Seni Bina 2.
Sedangkan bagi pelajar dari Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU) UKM, diberikan
pengecualian untuk menyelesaikan tugasan berdasarkan model yang telah
dibangunkan di bawah kursus KKSB2123 Aplikasi Komputer Seni Bina. Tugasan di
bawah kursus tersebut adalah pelajar membangunkan model digital sebuag pondok
pengawal.
Oleh sebab itu, pelajar Citra mengambil inisiatif dengan memasukkan nilai-nilai identiti
kebangsaan ke dalam model bangunan pondok pengawal tersebut bagi membolehkan
mencapai objektif pembelejaran kursus.

4
LATAR BELAKANG PROJEK

Projek yang dibangunkan adalah sebuah model seni bina digital yang dibangunkan di
bawah kursus KKSB2123 Aplikasi Komputer Seni Bina iaitu projek memodelkan sebuah
rekabentuk pondok pengawal. Rekabentuk pondok pengawal tersebut adalah rekaan
pelajar Citra sendiri Cuma dibangunkan secara digital bertepatan dengan penumpuan
yang diambil iaitu Pembinaan Digital.
Sungguhpun demikian, pelajar menggabungkan ilmu-ilmu dan nilai-nilai identiti seni
bina kebangsaan yang telah dipelajari di bawah kursus KKAB1222 Identiti Seni Bina
Kebangsaan bagi membangunkan dan mereka bentuk pondok pengawal berkenaan.

OBJEKTIF TUGASAN

a. Tugasan ini bertujuan untuk menilai pemahaman setiap pelajar berkenaan ciri
asas identiti seni bina kebangsaan yang diperoleh dalam sesi kuliah sepanjang
semester.

b. Mengetengahkan beberapa kaedah penterjemahan rekabentuk beridentiti yang


dilaksanakan secara integrasi di dalam kursus KKSB2123 Aplikasi Komputer Seni
Bina.

5
METODOLOGI PENYELIDIKAN

Projek dilaksanakan sepenuhnya secara digital dengan menggabungkan nilai-nilai yang


telah dipelajari di bawah kursus KKAB1222 Seni Bina Identiti Kebangsaan. Pelajar Citra
menyediakan rekabentuk pondok pengawal dengan rekaan sendiri dengan melakukan
kajian dan mendapatkan maklumat secara dalam talian berkenaan aspek-aspek dan
elemen-elemen yang perlu ada pada sesebuah rekaan bangunan yang dikhususkan
kepada binaan sebuah pondok pengawal.
Pelajar menggunakan kaedah:
a. Melakukan kajian dan pembacaan berkenaan keperluan atau elemen yang perlu
ada pada sesebuah binaan pondok pengawal.
b. Menjalankan kajian berkenaan tema atau rekabentuk yang dirancang dan
difikirkan.
c. Menyediakan lakaran konsep binaan secara 2D menggunakan kaedah lukisan
tradisional
d. Menyediakan lakaran konsep binaan secara 2D menggunakan perisian komputer
iaitu AutoCAD.
e. Mebangunkan rekabentuk model binaan pondok pengawal dalam bentuk digital
3D menggunakan perisian Sketchup.
Metodologi dan kaedah kerja bagi pelajar Citra adalah sedikit berbeza berbanding
dengan pelajar yang mengambil jurusan Seni Bina kerana bertepatan dengan skop
pengajian dan penumpuannya iaitu Pembinaan Digital. Oleh sebab itu, kemahiran
pembangunan pembinaan secara digital perlu dikuasai oleh pelajar Citra tersebut di
samping memasukkan sekali nilai seni bina beridentiti kebangsaan.

6
KEHENDAK PROJEK

Pelajar Citra perlu mereka bentuk dan membangunkan sebuah model pondok
pengawal menggunakan perisian komputer secara digital untuk memenuhi keperluan
tugasan di bawah kursus KKSB2123 Aplikasi Komputer Seni Bina.

Dalam masa yang sama, pelajar perlu memasukkan nilai-nilai identiti kebangsaan yang
telah dipelajari bagi memenuhi keperluan tugasan 2 kursus KKAB1222 Identiti Seni
Bina Kebangsaan.

7
PROSES REKABENTUK

PEMILIHAN FUNGSI BANGUNAN


Bangunan yang perlu dibangunkan adalah sebuah pondok pengawal yang mampu
memenuhi fungsi sebuah pondok pengawal. Projek yang difikirkan pelajar adalah
untuk menyediakan sebuah pondok pengawal untuk sebuah kediaman mewah yang
berkonsepkan kemelayuan, yang bertepatan dengan kediaman majikan yang iaitu
sebuah banglo mewah bertemakan seni bina Melayu. Binaan direka supaya mampu
menempatkan 2 pengawal keselamatan dalam satu-satu masa. Binaan juga memiliki
palang keselamatan bagi yang boleh diangkat bagi membenarkan kenderaan masuk ke
kediaman.

8
LAWATAN DAN ANALISA TAPAK

Bagi tugasan kali ini, pelajar Citra tidak ditentukan tapak yang perlu dibangunkan.
Namun, sebagai inisiatif, pelajar bebas memilih sendiri tapak yang ingin dibnagunkan
pondok pengawal berkenaan. Oleh sebab itu, pelajar memilih kawasan kediaman
persendirian iaitu sebuah banglo bercirikan seni bina Melayu sebagai kawasan tapak
pilihan. Kawasan kediaman ini kemudiannya akan direka untuk dibina sebuah pondok
pengawal padanya sebagai pos keselamatan sebelum masuk ke kediaman.

9
PEMBANGUNAN TEMA BERDASARKAN LATARBELAKANG
FUNGSI BANGUNAN

Tema yang diberikan kepada pelajar Citra adalah bebas asalkan memenuhi dan menampakkan
binaan sebuah pondok pengawal. Oleh sebab itu, pelajar mengambil inisiatif mereka bentuk binaan
pondok pengawal sendiri berdasarkan tema yang difikirkan iaitu berkonsepkan seni bina tradisional
Melayu bertepatan dengan kehendak klien untuk kediamannya yang berkonsepkan kemelayuan.
Pelajar cuba untuk mengkaji aspek-aspek yang perlu ada dalam sebuah bangunan bertemakan seni
bina Melayu tradisional dan mula mereka bentuk berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan

10
PEMBANGUNAN PROGRAM REKABENTUK DAN
KEPERLUAN PENGGUNA

Rekabentuk diprogramkan bagi memenuhi fungsi dan keperluan sebuah pondok pengawal. Oleh
sebab itu, pelajar perlu melakukan pembacaan dan kajian berkenaan proses kerja dan juga skop kerja
pengawal keselamatan yang biasanya perlu dilakukan di sesebuah pondok pengawal di samping
mengkaji fungsi dan elemen yang perlu ada pada sesebuah pondok pengawal.

Mengawal sesuatu Tempat


kawasan/bangunan pemeriksaan awal
dari diceroboh sebelum kenderaan
Mengawal masuk ke premis
pelanggan yang
Mengambil tindakan berurusan supaya
awal semasa mematuhi prosedur Menempatkan
kecemasan yang ditetapkan Pemeriksaan pengawal
TUGAS FUNGSI
PENGAWAL kenderaan keselamata
PONDOK
KESELAMATAN PENGAWAL
Mengatasi atau
Menentukan sistem
menyelesaikan
penggera dan sistem
masalah/keadaan
CCTV berfungsi
huru hara
Tempat menjalankan fungsi
Meronda dari masa ke Pintu masuk utama ke dan tugas keselamatan
masa dan lapor kepada dalam premis pengawal premis
Pegawai keadaan yang
perlu diperbetulkan atau
yang mencurigakan

11
PEMBANGUNAN CONCEPTUAL MODEL BERDASARKAN
TEMA

Conceptual model yang dibangunkan oleh pelajar adalah berdasarkan lakaran konsep 2D daripada
maklumat-maklumat yang dikumpulkan berdasarkan tema. Tema yang dipilih oleh pelajar adalah
bertemakan tradisional dan menggunakan konsep seni bina tradisional Melayu. Binaan direkabentuk
bagi memenuhi fungsi sebuah pondok pengawal di samping menyerlahkan nilai estetik dan falsafah
sebuah rekabentuk tradisional Melayu.

12
13

INTEGRASI BENTUK ASAS DENGAN TAPAK DAN RUANG

Berdasarkan lakaran konsep yang direka, pelajar membangunkan bentuk asas bangunan pondok
pengawal berkenaan. Bentuk asas tersebut kemudian dikembangkan menjadi lakaran yang lebih
terperinci dengan disertakan ukuran awal, pelan lantai dan sudut pandang bangunan dari pelbagai
sisi.
PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP BENTUK, RUANG DAN
TAPAK

Bentuk bangunan yang memenuhi citarasa pengguna iaitu


bertemakan tradisional menambah seri dan
berkesinambungan dengan konsep kediaman yang diduduki.
Rekabentuk pondok pengawal ini dibina dengan disediakan
sebuah bumbung melintang di atas palang keselamatan yang
mana ianya direka dengan mengambil kira faktor iklim di
Malaysia yang selalu panas dan adakalanya hujan. Bumbung
melintang yang direka berfungsi sebagai peneduh daripada
sinaran cahaya matahari bagi kenderaan yang ingin masuk ke
kediaman dan juga untuk memberikan keselesaan kepada
pengawal keselamatan untuk menjalankan tugas dan
mengawal.

Ketika hujan, bumbung tersebut berfungsi untuk


mewujudkan suasana seperti melintasi air terjun bagi
kenderaan yang masuk ke kediaman di samping sebagai
tempat berteduh pengawal ketika hujan.
Bangunan juga direkabentuk secara berkonsepkan
rumah panggung bagi menampakkan nilai tradisional
bangunan.

14
TEKNOLOGI PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN
BERCIRIKAN TEMPATAN
Kayu – menjadi elemen utama sesebuah binaan berkonsepkan seni bina tradisional
Tingkap kaca – sebagai bahagian untuk menjalankan tugas-tugas mengawal di samping sebagai bahagian yang membekalkan sumber cahaya ke dalam bangunan
Kekisi – menambah ciri estetik dalam menonjolkan tema bangunan
Palang keselamatan – boleh diangkat secara automatik dari bilik pondok pengawal
Kekuda – sebagai sokongan kepada bumbung binaan
Pelapik tiang – sebagai struktur dan asas untuk mendirikan tiang bangunan

15
KESIMPULAN 16

Seni bina sememangnya berupaya menyerlahkan nilai dan peradaban sesebuah bangsa. Seni bina yang baik
seharusnya memenuhi fungsinya di samping mampu mempamerkan identiti dan kemajuan sesebuah zaman
mahupun bangsa. Nilai-nilai identiti seni bina ini perlu dipelajari dan dihayati oleh setiap pereka bangunan agar hasil
kreatif yang dijana selain dapat menjalankan fungsi malah turut menjadi lambang dan nilai tarikan sebuah negara.
Hal ini supaya, bangunan yang direka tidak kosong dengan nilai dan dapat dijadikan sumber inspirasi kepada pereka-
pereka bangunan yang lain serta menjadi salah satu kebanggaan kepada negara.
Oleh sebab itu, identiti seni bina kebangsaan menjadi perkara yang penting yang perlu diketahui dan dikuasai bagi
kemakmuran pembangunan yang lestari dan berjati diri.

You might also like