You are on page 1of 23

TERHAD

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Kerja Kursus


Projek Kajian Seni Visual
Kertas 3 (970/3)

Semester 3 Tahun 2022

PERINGATAN :
Manual ini khusus untuk penggunaan guru/calon sahaja

Buku panduan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak.


© Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


1
TERHAD

KANDUNGAN

Bil. Perkara Halaman

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan 3

2.0 Objektif 3–4

3.0 Pelaksanaan Kerja Projek 4


3.1 Arahan Umum 4
3.2 Tanggungjawab Pengetua 4–5
3.3 Tanggungjawab Guru 5–7
3.4 Tanggungjawab Calon 7– 8

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 9– 11

5.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 12

Lampiran 13– 18

BAHAGIAN II : CALON

6.0 Tanggungjawab Calon 19 – 20

7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 20 – 22

8.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 23

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


2
TERHAD

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan
Panduan ini disediakan untuk guru/pemeriksa dan calon bagi melaksanakan Projek Kajian Seni
Visual bagi semester 3. Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan
wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk semester
3. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia.

2.0 Objektif
Panduan ini bertujuan untuk memberikan arahan dan rujukan bagi guru/pemeriksa dan calon
untuk melaksanakan Projek Kajian Seni Visual dan cara pentaksirannya. Objektif kerja projek ini
disediakan adalah untuk mentaksir keupayaan calon dalam:

(a) Menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan pengkaryaan


(b) Mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi, eksplorasi,
rujukan, dan sumber
(c) Menentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen, media, dan
teknik
(d) Menentukan gaya penghasilan atau penampilan karya
(e) Mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses
penghasilan karya
(f) Menghasilkan lakaran yang menjurus kepada yang konkrit
(g) Menggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi, dan eksplorasi terhadap media dan
teknik
(h) Menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej
(i) Menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri
(j) Mengenengahkan idea-idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan
(k) Berhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya dalam konteks yang dipilih
(l) Mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual
(m) Mengorganisasikan persembahan dan peragaan karya individu
(n) Mengaplikasi kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kemahiran berkomunikasi,
kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan menjalankan kajian secara jujur,
amanah, dan beretika.

3.0 Pelaksanaan Kerja Projek


3.1 Arahan Umum
3.1.1 Calon dikehendaki memilih satu soalan projek kajian daripada dua
soalan yang diberikan.

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


3
TERHAD
3.1.2 Soalan Projek Kajian Seni Visual terdiri daripada bidang pengkaryaan dan
perekaan.

3.1.3 Calon perlu menghasilkan karya seni berdasarkan soalan yang dipilih.

3.1.4 Tempoh pelaksanaan kerja projek ini adalah sepanjang semester 3.

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus Tingkatan


Enam peringkat sekolah.

3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk
Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam
mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran masing-masing.

3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 970/3 mendapat


bimbingan dan penyeliaan kerja projek daripada guru yang berkelayakan
dalam bidang Seni Visual.

3.2.4 Menyediakan kemudahan asas yang diperlukan untuk melaksanakan kerja


projek Seni Visual STPM di sekolah.

3.2.5 Memastikan bahawa calon tidak menghadapi masalah dalam penyediaan


semua peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan tugasan kerja
projek. MPM tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada sekolah untuk
membiayai penyediaan keperluan berkenaan.

3.2.6 Memastikan bahawa pelaksanaan kerja projek ini diserapkan dalam


strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan yang
memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan. Kerja projek
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

3.2.7 Mendapatkan maklumat daripada Guru Seni Visual tentang tahap kemajuan
kerja projek calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon.

3.2.8 Memastikan bahawa kerja projek ini dilaksanakan dengan teratur dalam
tempoh yang ditetapkan.

3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan hasil kerja projek calon di
sekolah.

3.2.10 Memastikan guru menyimpan evidence kerja projek calon dalam tempoh enam
bulan daripada tarikh penghantaran markah kepada MPM.

3.2.11 Memastikan evidence kerja projek dilupuskan dalam tempoh enam


bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.

3.3 Tanggungjawab Guru

3.3.1 Memastikan bahawa calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Seni


Visual sebaik-baiknya.

3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan Projek Kajian


Seni Visual.

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


4
TERHAD
3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Seni Visual, soalan
kerja kursus Seni Visual, dan kriteria penilaian kerja kursus Seni Visual
dari portal MPM.

3.3.4 Menyediakan tempat yang sesuai untuk calon menjalankan tugasan kerja
projek mereka di sekolah. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) tidak
menyediakan peruntukan untuk membiayai penyediaan tempat berkenaan.

3.3.5 Memberikan penjelasan kepada calon dan berbincang dengan mereka


tentangSoalan Kerja Kursus Seni Visual Kertas 3 (Projek Kajian Seni Visual)
970/3 STPM 2023 secara terperinci.

3.3.6 Memastikan bahawa calon mempunyai peralatan dan bahan yang sesuai
untuk menghasilkan karya. MPM tidak menyediakan peruntukan untuk
membiayai penyediaan peralatan dan bahan berkenaan.

3.3.7 Mengingatkan calon bahawa kerja kursus ini merupakan sebahagian


daripada peperiksaan, dan dengan yang demikian kerja projek ini terikat
dengan peraturan peperiksaan.

3.3.8 Memastikan bahawa calon menjalankan kerja projek masing-


masing secara individu tanpa bantuan dari pihak luar.

3.3.9 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

(a) Memilih soalan untuk menjalankan kerja projek


(b) Memahami kehendak soalan Projek Kajian Seni Visual
(c) Mengenal pasti buku, majalah, artikel, dan dokumen rujukan yang
sesuai
3.3.10 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni
Visual) berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan dalam Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual.

3.3.11 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam setiap proses kerja
projek mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Seni Visual

3.3.12 Mengingatkan calon agar setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti


percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku
lakaran (sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang
digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan
sebagainya)

3.3.13 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta sesiapa sahaja


untuk menghasilkan kerja projek calon

3.3.14 Menyelia dan membimbing calon dalam melaksanakan kerja projek


sebagaimana yang diperlukan. Walau bagaimanapun, guru Seni Visual tidak
dibenarkan sama sekali memberikan bantuan amali kepada calon bagi
setiap proses yang dilaksanakan oleh calon.

3.3.15 Memantau perkembangan proses kerja projek setiap calon dari semasa ke
semasa sepanjang tempoh pelaksanaan kerja projek

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


5
TERHAD
3.3.16 Memastikan calon sentiasa membawa dan mengisi Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 1) setiap kali pertemuan/perbincangan
bersama guru dalam pelaksanaan proses kerja projek

3.3.17 Guru Seni Visual hendaklah memberikan ulasan, cadangan, dan tunjuk ajar
secara berterusan kepada calon agar calon berpeluang membuat
penambahbaikan pada hasil kerja masing-masing

3.3.18 Memastikan bahawa tidak terdapat unsur sensitif yang menyentuh aspek
budaya, kaum, jantina, agama, dan politik dalam kerja projek setiap calon

3.3.19 Memastikan bahawa aspek keselamatan diberikan perhatian sepanjang masa


kerja projek dilaksanakan

3.3.20 Membimbing calon dalam persembahan dan peragaan kerja projek


kajian seni visual yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

3.3.21 Memastikan semua calon menghantar kerja projek untuk disemak dan
dinilai kepada guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan
oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan Projek Kajian Seni Visual
(pendokumentasian) hendaklah digunakan muka hadapan yang telah
ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2).

3.3.22 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (Projek


Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek
Kajian Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3, seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.

3.3.23 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang


Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang dilampirkan bersama kerja
projek.

3.3.24 Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang telah diisi
dan ditandatangani oleh calon, dan mengisi markah pada Borang Markah
Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4a atau Lampiran 4b) serta
menandatanganinya.

3.3.25 Mengisikan markah keseluruhan setiap calon pada Borang Rumusan


Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) (Lampiran 5) serta
menandatanganinya. Mendapatkan perakuan/pengesahan daripada
Pengetua untuk Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
tersebut.

3.3.26 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh
MPM ketika mentaksir kerja projek kajian seni visual calon.

3.3.27 Memasukkan markah kerja projek kajian seni visual calon dengan
menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM.
Kegagalan menghantar markah kerja projek kajian seni visual calon akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja projek kajian seni
visual dan tidak mengambil kertas 970/3, seterusnya akan gagal dalam
keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.

3.3.28 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4a atau


Lampiran 4b) dan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
(Lampiran 5) hendaklah dihantar ke alamat yang berikut:

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


6
TERHAD

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100, Batu Caves, Selangor
(u/p: Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET)

Guru perlu menyimpan salinan borang tersebut BMKKC dan BRuMKK di


dalam fail kerja kursus. Borang BMKKC dan BRuMKK perlu dihantar
sebelum 24 April 2023, manakala markah dari e-submission (yang telah
dihantar) perlu dicetak dan disimpan fail kerja kursusnya.

3.3.29 Untuk pembentangan/persembahan calon (secara individu) yang


diberikan markah oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup.

3.3.30 Pameran hasil karya Seni Visual bagi calon yang mengambil mata
pelajaran seni visual BOLEH diadakan mengikut KESESUAIAN DAN
KEMAMPUAN bagi calon-calon seni visual serta pihak sekolah.

3.3.31 Menyimpan evidence kerja projek calon di tempat yang tidak terdedah dan
selamat dari tarikh memasukkan markah ke e-submission tamat hingga
keputusan STPM diumumkan.

3.3.32 Melupuskan evidence kerja projek calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (rujuk lampiran).

3.4 Tanggungjawab Calon

3.4.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk


melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual).

3.4.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang
ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian
Seni Visual).

3.4.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan
selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan.

3.4.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu.

3.4.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu:

(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan


Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual yang disediakan.

(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas


akan soalan yang dipilih.

(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh


guru/pihak sekolah.

3.4.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan


media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran
(sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang
digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan
sebagainya).

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


7
TERHAD

3.4.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk


kepada guru di tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru
(fail/dijilid/drawing folder dan sebagainya).

3.4.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk


menghasilkan kerja projek calon.

3.4.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC)


(Lampiran 1) dan sentiasa membawanya setiap kali
pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana kerja projek.

3.4.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian)


yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2).

3.4.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual pada
masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan
menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang
ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak
melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan tidak
mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata
pelajaran Seni Visual STPM.

3.4.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja
calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)
(Lampiran 3).

3.4.13 Untuk pembentangan/persembahan calon (secara individu) yang


diberikan markah oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup.

3.4.14 Pameran hasil karya Seni Visual bagi calon yang mengambil mata
pelajaran seni visual BOLEH diadakan mengikut KESESUAIAN DAN
KEMAMPUAN bagi calon-calon seni visual serta pihak sekolah.

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


8
TERHAD
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual

4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek kajian
seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia.

4.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
adalah seperti berikut :

Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon


Pelaksanaan Aktiviti

18 Ogos 2022 MPM memuat naik bahan • Memuat turun Manual


berikut dalam portal MPM Kerja Kursus Seni
(www.mpm.edu.my) Visual STPM 2022
Tidak berkenaan
(a) Manual Kerja Kursus • Memuat turun Soalan
yang mengandungi dan Kriteria Penilaian
Bahagian I : Guru, dan Pemarkahan
Bahagian II : Calon
• Memperbanyak
(b) Soalan Kerja Kursus Manual Bahagian
Seni Visual STPM II:Calon serta soalan
2023 kerja kursus
(c) Kriteria Penilaian dan
Pemarkahan

12– 24 Cadangan pengkaryaan • Mengedarkan soalan • Calon menerima


September dan manual kepada soalan dan manual.
(a) Penulisan (idea perlu
2022 calon
disokong dengan • Calon memilih
visual) • Memberi penerangan soalan dan
(b) Pembentangan (untuk tugasan kepada calon mendapatkan idea
untuk soalan yang
tujuan perbincangan • Guru perlu memastikan dipilih
dan memantapkan pelajar sudah
proposal) mempunyai pilihan dan • Calon perlu memberi
idea penerangan/
pembentangan idea
• Guru perlu memberi kepada guru.
markah pada borang
BMKKC (Lampiran • Calon perlu
4a atau Lampiran 4b) menyiapkan
cadangan
pengkaryaan
mengikut tarikh yang
ditetapkan.

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


9
TERHAD

Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon


Pelaksanaan Aktiviti

25 Penghasilan karya/perekaan • Guru perlu membimbing • Calon perlu


September calon dalam penghasilan menghasilkan karya
(a) Kajian visual
2022 – 26 karya berdasarkan
(b) Lakaran
Februari idea/kemahiran
2023 • Guru tidak dibenarkan sendiri
(c) Lukisan akhir untuk membantu calon
(d) Kajian media melakukan/ • Calon perlu
(e) Kajian teknik menyiapkan tugasan mendapatkan
(f) Karya akhir calon bimbingan daripada
(g) Ketepatan subjek guru untuk setiap
(h) Kekuatan aspek formal • Setiap pertemuan atau proses pelaksanaan
(i) Gaya penampilan perbincangan antara guru kerja kursus agar
tersendiri dengan calon, guru perlu kesilapan tidak
(j) Kekuatan merekodkannya dalam dilakukan.
kandungan/fungsi borang BRKKC
(k) Keaslian (Lampiran 1) • Bagi setiap
pertemuan atau
(l) Kemasan • Bagi setiap proses yang perbincangan antara
(m) Dokumentasi tatacara calon laksanakan, guru
penghasilan karya guru dengan calon,
perlu memberi markah calon perlu
(n) Kemasan dokumentasi pada borang BMKKC merekodkannya
* dokumentasi perlu disokong (Lampiran 4a atau dalam borang
dengan gambar/foto Lampiran 4b) BRKKC (Lampiran
1)
• Calon perlu
menyiapkan proses
penghasilan karya
mengikut tarikh yang
ditetapkan.

27 Februari (a) Persembahan/peragaan • Guru perlu memastikan • Calon perlu


– 11 Mac (Individu) semasa persembahan membentangkan/
2023 secara lisan/ mempersembahkan
(b) Kemasan
pembentangan calon, ia hasil karya secara
(c) Apresiasi tidak diadakan secara lisan dan bertulis.
terbuka.
(d) Penyataan karya secara • Calon perlu
bertulis dan • Setiap persembahan dan memperagakan hasil
pembentangan lisan peragaan yang calon karya
laksanakan, guru perlu
memberikan markah •
pada borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b)
• Guru perlu memasukkan
markah keseluruhan
setiap pelajar pada
borang BRuMKK
(Lampiran 5).
• Guru perlu membimbing
calon untuk mengadakan
peragaan hasil karya
calon

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


10
TERHAD

Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon


Pelaksanaan Aktiviti

17 – 24 Mac • Guru perlu memasukkan


2023 markah keseluruhan
Kemasukkan markah kerja
pelajar ke dalam e-
kursus ke dalam e-submission
submission sebelum 24
Mac 2023. Guru perlu
mencetak markah
e-submission dan simpan Tidak berkenaan
di dalam fail kerja
kursus.
• Guru perlu menghantar
borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) dan
borangBRuMKK
(Lampiran 5) ke MPM.
Salinan borang-borang
tersebut perlu disimpan
di dalam fail kerja
kursus.

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


11
TERHAD
5.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya

5.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga
dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja
projek.

5.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun
(toksid), bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk
menghasilkan kerja projek.

5.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik
tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.

5.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar


tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.

5.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,


gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang
berkenaan.

5.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah disertakan


dalam pendokumentasian.

5.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan penyeliaan
oleh guru Seni Visual.

5.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak dibenarkan
sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.

5.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut kreativiti
sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut spesifikasi yang
ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.

5.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar itu
bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi mata
pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


12
TERHAD
Lampiran 1
BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL
SEMESTER 3 TAHUN 2022
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. pusat/angka giliran: .............................. No. kad pengenalan:................................................

Tarikh Aktiviti dalam Projek Kajian Tandatangan Tandatangan


Ulasan guru
aktiviti Seni Visual (Untuk diisi oleh calon) Calon guru

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Seni Visual


Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam Projek Kajian Seni
Visual STPM 2022 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru Seni Visual: ................................................


Nama Guru Seni Visual: ...........................................................
Tarikh: .............................................

Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian
depan (sebelum pendokumentasian kerja projek) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


13
TERHAD
Lampiran 2

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2022

Projek Penghasilan Karya Seni Visual


SEMESTER 3 TAHUN 2022

MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR
KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON

NAMA
GURU/PENILAI

TANDATANGAN
GURU/PENILAI

TARIKH

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


14
TERHAD
Lampiran 3
BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL
SEMESTER 3 TAHUN 2022
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan
dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani
borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan.

Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Kerja kursus Calon

Makluman kepada Calon:


Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh
dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja
projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan
kerja projek tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon:


Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek penghasilan karya
Seni Visual (970) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang
dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Seni Visual di sekolah.

Tandatangan Calon
Tarikh

Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:


Saya mengesahkan bahawa kerja projek Seni Visual (970) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya,
kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


15
TERHAD
Lampiran 4a
BMKKC (PENGKARYAAN)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PENGKARYAAN)

Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......……………


No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..
Penyataan
permasalahan Penyataan kepentingan Sumber dan rujukan Jumlah Markah
Penentuan konsep, Penentuan
Format/Kriteria kajian projek dan keaslian [20] [10] (format APA – [100] selepas
subjek, dan pendekatan aspek
penilaian Penilai berasaskan American faktor [20]
kandungan formal dan gaya
tema Psychological
[30] penghasilan [20]
[20] Association)

Cadangan Guru
pengkaryaan Penyelaras
Pemilihan teknik, Penyediaan Pendokumentasian
Kajian visual, eksperimentasi, Penentuan gaya blok dan Penyedian proses penghasilan Markah
Format/Kriteria Penilai lakaran, dan eksplorasi, dan dan penghasilan proses cetakan karya secara Jumlah selepas
penilaian lukisan [20] manipulasi [20] [10] mengikut edisi [30] penulisan dan visual [100] faktor [60]
displin [10] [10]
Penghasilan Guru
karya Penyelaras
Jumlah Markah
Format/kriteria Peragaan hasil karya dan kemasan Apresiasi [90]
Penilai [100] selepas
penilaian (Individu) Penyataan Pelukis [10]
Lisan [80] faktor [20]
[10] (Artist Statement)
Persembahan Guru
dan peragaan Penyelaras
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..


Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..…………..
No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ……………………… No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ……………………… (bimbit) : ………………………

STPMNota:
2022 Jumlah
- 970/3/KK TERHAD
markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut
tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian16
Seni Visual).
TERHAD
Lampiran 4b
BMKKC (PEREKAAN)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PEREKAAN)

Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......……………


No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..
Pemilihan Sumber dan
aplikasi dan rujukan [10]
Penyataan Penentuan Jumlah Markah
Penyataan kepentingan projek dan teknik (format APA –
Format/Kriteria Penilai permasalahan kajian konsep dan [100] selepas
keaslian [20] pembuatan American
penilaian [20] fungsi[30] faktor [20]
montaj [20] Psychological
Association)
Cadangan Guru
perekaan Penyelaras
Pendokumentasian proses
Lakaran dan kajian Penulisan Skrip Papan cerita [20] Jumlah Markah
Montaj [30] perekaan secara penulisan dan
Penilai visual [20] [20] [100] selepas
Format/Kriteria visual [10]
faktor [60]
penilaian

Penghasilan Guru
reka bentuk Penyelaras
Apresiasi [90] Markah
Format/kriteria Peragaan hasil perekaan model dan Jumlah
Penilai Pernyataan reka bentuk [10] selepas
penilaian kemasan (Individu) [10] Lisan [80] [100]
(Design Statement) faktor [20]
Persembahan Guru
dan peragaan Penyelaras

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS


Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..


Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..…………..
No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ……………………… No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ……………………… (bimbit) : ………………………

STPMNota:
2022 Jumlah
- 970/3/KK TERHAD
markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut
tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian 17
Seni Visual).
TERHAD
Lampiran 5
BRuMKK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

SEMESTER : TAHUN: ____________

MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)

NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT:
(Uutuk diisi oleh guru/pemeriksa)

BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA


Saya memperakui bahawa markah dan butiran Saya memperakui bahawa markah dan butiran di
di atas adalah benar. atas adalah benar.
Tandatangan Guru:………………………......... Tandatangan Pengetua :…………….........
Nama:………………………………………..... Nama:…………………………………………….
No. Kad Pengenalan:………………………….. No. Kad Pengenalan:…………………………….
Tarikh:……………………………………........ Tarikh:…………………………………………...
No. Telefon(sekolah):………………………... No. Telefon (sekolah):…………………………...
(bimbit):………………………… (bimbit):………………………….....

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang
telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


18
TERHAD

BAHAGIAN II : CALON

6.0 Tanggungjawab Calon

6.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (projek
kajian seni visual)

6.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang ditetapkan (rujuk
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual)

6.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus
(projek kajian seni visual) dijalankan

6.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu

6.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu:

(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek
Kajian Seni Visual yang disediakan
(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas akan soalan yang
dipilih
(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

6.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik) disimpan
dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang
medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan sebagainya)

6.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk kepada guru di tempat
penyimpanan yang ditetapkan oleh guru (fail/dijilid/drawing folder dan sebagainya)

6.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk menghasilkan kerja
projek calon

6.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC) (Lampiran 1) dan sentiasa
membawanya setiap kali pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana kerja projek

6.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) yang telah
ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)

6.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual pada masa dan tarikh
yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (Projek
Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon
dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan tidak
mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni
Visual STPM.

6.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan
menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3)

6.13 Untuk pembentangan/persembahan pelajar (secara individu) yang diberikan markah oleh
guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup.

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


19
TERHAD
6.14 Pameran hasil karya Seni Visual bagi calon yang mengambil mata pelajaran seni visual
BOLEH diadakan mengikut KESESUAIAN DAN KEMAMPUAN bagi calon-calon seni
visual serta pihak sekolah.

6.15 Sentiasa bersedia untuk membentangkan (persembahan dan peragaan) sebanyak dua kali jika
kerja projek dipilih untuk pemantauan.

7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual

7.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek kajian seni visual)
bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

7.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual adalah seperti berikut :

Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon


Pelaksanaan Aktiviti

18 Ogos 2022 MPM memuat naik bahan • Memuat turun Manual


berikut dalam portal MPM Kerja Kursus Seni
(www.mpm.edu.my) Visual STPM 2023
Tidak berkenaan
(a) Manual Kerja Kursus • Memuat turun Soalan
yang mengandungi dan Kriteria Penilaian
Bahagian I : Guru, dan Pemarkahan
Bahagian II : Calon
• Memperbanyak
(b) Soalan Kerja Kursus Manual Bahagian
Seni Visual STPM II:Calon serta soalan
2022 kerja kursus
(c) Kriteria Penilaian dan
Pemarkahan

12– 24 Cadangan pengkaryaan • Mengedarkan soalan • Calon menerima


September dan manual kepada soalan dan manual.
(a) Penulisan (idea perlu
2022 calon
disokong dengan • Calon memilih
visual) • Memberi penerangan soalan dan
(b) Pembentangan (untuk tugasan kepada calon mendapatkan idea
untuk soalan yang
tujuan perbincangan • Guru perlu memastikan dipilih
dan memantapkan pelajar sudah
proposal) mempunyai pilihan dan • Calon perlu memberi
idea penerangan/
pembentangan idea
• Guru perlu memberi kepada guru.
markah pada borang
BMKKC (Lampiran • Calon perlu
4a atau Lampiran 4b) menyiapkan
cadangan
pengkaryaan
mengikut tarikh yang
ditetapkan.

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


20
TERHAD
Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
Pelaksanaan Aktiviti

25 Penghasilan karya/perekaan • Guru perlu membimbing • Calon perlu


September calon dalam penghasilan menghasilkan karya
(a) Kajian visual
2022 – 26 karya berdasarkan
(b) Lakaran
Februari idea/kemahiran
2023 • Guru tidak dibenarkan sendiri
(c) Lukisan akhir untuk membantu calon
(d) Kajian media melakukan/ • Calon perlu
(e) Kajian teknik menyiapkan tugasan mendapatkan
(f) Karya akhir calon bimbingan daripada
(g) Ketepatan subjek guru untuk setiap
(h) Kekuatan aspek formal • Setiap pertemuan atau proses pelaksanaan
(i) Gaya penampilan perbincangan antara guru kerja kursus agar
tersendiri dengan calon, guru perlu kesilapan tidak
(j) Kekuatan merekodkannya dalam dilakukan.
kandungan/fungsi borang BRKKC
(k) Keaslian (Lampiran 1) • Bagi setiap
pertemuan atau
(l) Kemasan • Bagi setiap proses yang perbincangan antara
(m) Dokumentasi tatacara calon laksanakan, guru
penghasilan karya guru dengan calon,
perlu memberi markah calon perlu
(n) Kemasan dokumentasi pada borang BMKKC merekodkannya
* dokumentasi perlu disokong (Lampiran 4a atau dalam borang
dengan gambar/foto Lampiran 4b) BRKKC (Lampiran
1)
• Calon perlu
menyiapkan proses
penghasilan karya
mengikut tarikh yang
ditetapkan.

27 Februari (a) Persembahan/peragaan • Guru perlu memastikan • Calon perlu


– 11 Mac (Individu) semasa persembahan membentangkan/
2023 secara lisan/ mempersembahkan
(b) Kemasan
pembentangan calon, ia hasil karya secara
(c) Apresiasi tidak diadakan secara lisan dan bertulis.
terbuka.
(d) Penyataan karya secara • Calon perlu
bertulis dan • Setiap persembahan dan memperagakan hasil
pembentangan lisan peragaan yang calon karya
laksanakan, guru perlu
memberikan markah •
pada borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b)
• Guru perlu memasukkan
markah keseluruhan
setiap pelajar pada
borang BRuMKK
(Lampiran 5).
• Guru perlu membimbing
calon untuk mengadakan
peragaan hasil karya
calon

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


21
TERHAD

Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon


Pelaksanaan Aktiviti

17 – 24 Mac • Guru perlu memasukkan


2023 markah keseluruhan
Kemasukkan markah kerja
pelajar ke dalam e-
kursus ke dalam e-submission
submission sebelum 24
Mac 2023. Guru perlu
mencetak markah
e-submission dan simpan Tidak berkenaan
di dalam fail kerja
kursus.
• Guru perlu menghantar
borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) dan
borangBRuMKK
(Lampiran 5) ke MPM.
Salinan borang-borang
tersebut perlu disimpan
di dalam fail kerja
kursus.

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


22
TERHAD

8.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya


8.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi
(3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja projek.

8.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun (toksid), bahan
cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk menghasilkan kerja projek.

8.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik tidak
dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.

8.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar tentang


keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan

8.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,


gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang berkenaan.

8.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah disertakan dalam
pendokumentasian.

8.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan penyeliaan oleh
guru Seni Visual.

8.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak dibenarkan sama
sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.

8.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut kreativiti sendiri.
Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut spesifikasi yang ditentukan bagi
soalan kerja projek yang dipilih.

8.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar itu bukan
hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi mata pelajaran Seni Visual
akan dibatalkan.

STPM 2022 - 970/3/KK TERHAD


23

You might also like