You are on page 1of 24

SOALAN STPM

PENGAJIAN AM 1
BAHAGIAN A

MALAYSIA
KEKAL
BERDAULAT
2013 - KINI
STPM KERTAS 1 2013
1. Yang manakah ciri asas sesebuah negara?
A Diterajui oleh parti politik tertentu
B Ditadbir secara demokrasi berparlimen
C Diperintah oleh kerajaan yang berdaulat
D Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik

2. Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?


A Encik P tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak
B Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui
C Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram
D Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya semasa dalam tahanan

3. Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?


I. Tidak boleh dibuat pindaan III. Merupakan undang-undang tertinggi
II. Asas kepada pembentukan kerajaan IV. Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan
A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

4.
Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh seorang menteri atas kuasa yang diberi oleh Akta parlimen

Penyataan di atas merujuk kepada


A Ordinan B. Enakmen C. Perundangan Kecil D. Doktrin duluan kehakiman

5. Yang manakah yang benar tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong?


I. Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan
II. Kuasa mengisytiharkan darurat jika negara terancam
III. Kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia
IV. Kuasa budi bicara dalam menganugerahkan pingat dan pangkat kepada kepada pembesar
negara
A I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

6. Tempoh genap lima tahun Dewan rakyat dan Dewan Undangan Negeri bermula dari tarikh
A Pengundiaan dijalankan
B Penamaan calon pilihan raya
C Keputusan pilihan raya diwartakan
D Mesyuarat pertama Dewan selepas pilihan raya

7. Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah?
I. Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya
II. Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya
III. Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi
IV. Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan
A I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

• Meningkatkan daya saing Malaysia bagi mencapai matlamat Model Baru Ekonomi
• Mengkomersialkan hasil penemuan penyelidikan dan pembangunan oleh universiti dan
institusi penyelidikan
8. Hasrat di atas akan dapat dicapai melalui penubuhan
A Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP)
B Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
C Unit Perancang Ekonomi (EPU)
D Unit Inovasi Khas (UNIK)

9. Yang manakah yang benar tentang tadbir urus yang baik?


A Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara
B Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja
C Penambahan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa
D Penambahan pegawai kerajaan yang mempunyai kelulusan ikhtisas dalam perkhidmatan

10. Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip
I. Integriti III. Budi bicara
II. Prosedur IV. Akauntabiliti
A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

11. Yang manakah yang tertakluk dalam bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri?
I. Perancangan bandar dan desa
II. Pertanian dan perhutanan
III. Kutipan zakat dan fitrah
IV. Kesihatan awam
A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

12. Yang manakah yang benar tentang kuasa Setiausaha Negara?


A Menjadi ahli Majlis Kewangan Negara
B Menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
C Memegang jawatan setelah dilantik oleh Perdana Menteri
D Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara

13. Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampunkan
kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di
A Mahkamah Majistret di Johor
B Mahkamah Tinggi di Kelantan
C Mahkamah Syariah di Sarawak
D Mahkamah Sesyen di Selangor

14. Yang manakah yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?
I. Penentuan jenis mata wang III. Pengeluaran lesen pembalakan
II. Penangkapan ikan di sungai IV. Penetapan sukatan mata pelajaran prasekolah
A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV
15.
• Menggubal dan mentadbir dasar pengurusan perolehan kerajaan
• Menguruskan pinjaman bagi pihak kerajaan

Penyataan di atas merujuk kepada peranan


A Jabatan Audit Negara
B Bank Negara Malaysia
C Perbendaharaan Malaysia
D Jabatan Akauntan Negara
STPM KERTAS 1 2014

1. Yang manakah ciri konsep asas sebuah negara?


I. Raja yang berdaulat III. Sistem ekonomi yang kukuh
II. Penduduk yang tetap IV. Sistem kerajaan yang teratur
A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

2. Yang manakah tugas badan kehakiman?


A. Meluluskan undang-undang negara
B. Menggubal undang-undang negara
C. Melaksanakan undang-undang negara
D. Menentukan kesahan undang-undang negara

3. Yang manakah pernyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?


A. Parlimen mengatasi Perlembagaan
B. Perlembagaan mengatasi undang-undang lain
C. Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan
D. Peruntukan dalam perlembagaan tidak boleh dimansuhkan

4. Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?


A. Perbuatan rasuah C. Pengambilan anak angkat
B. Perbuatan minum arak D. Pembahagian harta pusaka

5. Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap Dewan Rakyat?


A. Merasmikan perasmian Dewan Rakyat pada setiap penggal
B. Melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri
C. Memecat Setiausaha Dewan rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat
D. Meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat

6. Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?


I. Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya
II. Memastikan keselamatan pengundi semasa pilihan raya
III. Menjalankan urusan semakan daftar pemilih pilihan raya
IV. Membuat persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

7. Yang Dipertua Dewan rakyat telah menghantar notis kekosongan kerusi Dewan Rakyat
bagi kawasan Parlimen X kepada Suruhanjaya Pilihan Raya

Tindakan di atas diambil kerana wakil rakyat berkenaan


A. dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dalam satu pilihan raya kecil
B. dikenakan tindakan disiplin oleh Jawatankuasa hak dan Kebebasan Dewan
C. dibuktikan bersalah dalam prosiding yang berhubung dengan salah laku pilihan raya
D. tidak menghadiri siding dalam tempoh tiga bulan selepas siding pertama Dewan rakyat

8. • Permohonan lesen urus niaga dapat dipendekkan


• Urusan dengan agensi kerajaan dipermudah
Pernyataan di atas merujuk kepada ciri tadbir urus yang
A. Akauntabiliti B. Responsif C. Cekap D. Telus

9. Yang manakah tugas kabinet?


A. Melantik setiausaha politik
B. Merancang dasar pembangunan negara
C. Meluluskan anggaran perbelanjaan tahunan
D. Membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan

10. Yang manakah pernyataan yang benar tentang jawatan Ketua Audit Negara?
A. Pemilihannya adalah dalam kalangan ahli Parlimen
B. Saraannya ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong
C. Perlantikannya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
D. Pemecatannya oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Tribunal

11. Yang manakah pernyataan yang benar tentang keperluan diadakan mesyuarat kabinet?
I. Membincangkan sesuatu dasar awam negara
II. Meluluskan segala perbelanjaan Kerajaan Persekutuan
III. Meneliti senarai nama dan melantik Menteri dan Timbalan Menteri
IV. Meluluskan draf rang undang-undang sebelum di bawa ke parlimen
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

12. Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang fungsi Majlis Raja- raja?
A. Memberi pengampunan pesalah di mahkamah syariah
B. Memberi persetujuan terhadap perlantikan Perdana Menteri
C. Memberi persetujuan terhadap perlantikan Yang Dipertua Negeri
D. Memberi persetujuan terhadap pindaan undang-undang persempadanan negeri

Cukai taksiran harta


Lesen pusat hiburan
13 Pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk memunggut hasil di atas ialah
A. Pihak Berkuasa Tempatan
B. Lembaga Hasil Dalam Negeri
C. Perbadanan Pembangunan Bandar
D. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

14. Kriteria penentuan Kerajaaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri adalah berdasarkan
A. Hubungan baik dengan kerajaan pusat
B. Hasil kerajaan negeri
C. Bilangan penduduk
D. Keluasan negeri

15. Yang manakah pernyataan yang boleh menjejaskan integrity tasbir urus yang baik?
A. Prosedur kerja yang kompleks
B. Kepimpinan bersifat terbuka
C. Penggunaan sumber yang maksimum
D. Struktur organisasi diperkemas dari semasa ke semasa
STPM KERTAS 1 2015

1. Yang manakah yang menjadikan Malaysia negara berdaulat?


I. Penduduk yang berbilang kaum
II. Parti politik yang memimpin negara
III. Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara
IV. Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kestabilan negara
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D . III dan IV

2. Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis
Raja-Raja?
A. Jemaah Menteri C. Keanggotaan Parlimen
B. Bahasa Kebangsaan D. Bahagian Pilihan Raya Persekutuan

3.
Jenis kewarganegaraan Pemohon
I Masukan X • Seorang warganegara India
• Suaminya seorang warganegara Malaysia
II Pendaftaran Y • Bayi dilahirkan di Malaysia
• Bapanya bertaraf pemastautin tetap
III Kuatkuasa Undang-undang Z • Seorang jurutera warganegara Bangladesh
• Telah bekerja di Malaysia selama 15 tahun
Yang manakah padanan yang betul antara jenis kewarganegaraan dengan pemohon ?

X Y Z
A I II III
B II III I
C III I II
D III II I

4. Yang manakah peristiwa yang menyebabkan seorang Menteri Besar mengambil tindakan meletakkan
jawatan?
A. Dilantik sebagai Senator
B. Dituduh terlibat dalam perlakuan rasuah
C. Hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri
D. Dewan Undangan Negeri meluluskan undi tidak menyokong kepimpinan beliau

5. Yang manakah yang benar tentang Dewan Rakyat?


A. Ketua Setiausaha Negara merupakan Setiausaha Dewan Rakyat
B. Ahli Dewan Rakyat boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat
C. Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat
D. Rang Undang-undang Pembekalan dikemukakan dan dimulakan di Dewan Rakyat

6. Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?


A. Mendengar petisyen pilihan raya
B. Menyemak sempadan pilihan raya
C. Meminda undang-undang pilihan raya
D. Mendakwa calon yang melanggar peraturan pilihan raya
7. Yang manakah pengundi yang berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos
A. Pegawai pilihan raya yang menjalankan tugas pada hari mengundi
B. Pegawai perkhidmatan awam yang bekerja pada hari mengundi
C. Pesalah yang menjalani hukuman penjara pada hari mengundi
D. Pasakit yang terlantar di hospital pada hari mengundi

8. Bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan sesuatu program, organisasi hendaklah memberikan


penekanan kepada
I. Proses kerja III. Peraturan pelaksanaan
II. Bilangan tenaga kerja IV. Sumber kos pengurusan
A. I dan III B. I dan IV C. II dan III D. II dan IV

9. Yang manakahmelambangkan tadbir urus baik dalam perkhidmatan awam?


A. Proses kerja yang jelas C. Peningkatan pembabitan rakyat
B. Peningkatan peruntukan D. Pengurangan saiz tenaga kerja

10. Pemberian peruntukan tahunan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri berdasarkan
A. Panjang jalan negeri C. Bilangan ketua isi rumah
B. Hasil pendapatan negeri D. Keluasan sesebuah negeri

11. Yang manakah pernyataan yang benar tentang kuasa yang ada pada Pihak Berkuasa Tempatan
I. Meluluskan pertukaran hak milik tanah
II. Mengeluarkan lesen pemaju perumahan
III. Menamakan jalan dan lorong di taman perumahan
IV. Mengenakan kompaun terhadap kesalahan membuang sampah
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

12. • Masalah pendatang tanpa izin di Malaysia melibatkan beberapa kementerian


• Masalah ini memerlukan penyelarasan antara kementerian yang terlibat

Penyelarasan ini dibuat oleh


A. Majlis Ekonomi Negara C. Majlis Keselamatan Negara
B. Majlis Tindakan Negara D. Majlis Perundingan Negara

13. Yang manakah hasil Pihak Berkuasa Tempatan?


A. Cukai jualan C. Lesen papar iklan
B. Cukai perkhidmatan D. Lesen pendaftaran perniagaan

14. Yang manakah yang diselaraskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja


I. Penggunaan tanah rizab orang Melayu
II. Perubahan sempadan antara negeri-negeri
III. Amalan dan upacara agama Islam meliputi seluruh Persekutuan
IV. Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
A. I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

15. Yang manakah kepentingan tadbir urus baik?


A. Menambahkan bilangan tenaga kerja
B. Memberikan keyakinan kepada pelabur asing
C. Meningkatkan bilangan sektor awam yang diswastakan
D. Meluaskan pengaruh kerajaan dalam pelbagai bidang ekonomi
STPM KERTAS 1 2016
1. Yang manakah menunjukkan Malaysia ialah sebuah Negara berdaulat?
I. Sistem pentadbiran yang telus
II. Bebas daripada pengaruh dan tekanan kuasa asing
III. Identiti kebangsaan yang berteraskan Rukun Negara
IV. Kepimpinan Negara yang berwawasan dan berkarisma
A I dan III B I dan IV C. II dan III D II dan IV
2. Yang manakah berkaitan dengan Senarai Negeri dan Senarai Bersama yang terdapat dalam Jadual Kesembilan
Perlembagaan Persekutuan?
Senarai Negeri Senarai Bersama
A penyu Kebajikan masyarakat
B perikanan Penjaja beredar
C Perparitan Perpustakaan
D kesihatan perumahan

• Pn Y ialah seorang wanita warga asing yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia
3. • Beliau menetap di Malaysia selama dua tahun sebelum tarikh permohonan untuk mendapatkan
kewarganegaraan Malaysia
Yang manakah cara untuk Puan Y mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?
A. Masukan B. Pendaftaran C. Percantuman Wilayah D. Kuat kuasa undang-undang

4. Pihak pentadbiran mestilah bukan orang yang sama dengan yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-
undang dan badan kehakiman pula tidak boleh menganggu proses pentadbiran
Penyataan di atas merujuk kepada
A. Pemusatan kuasa B. Pengasingan kuasa C. Penyelarasan kuasa D. Pembahagian kuasa
5.
Jenis Perundangan
Penyataan
X Akta
I Diluluskan oleh badan Perundangan Persekutuan
Y Ordinan
II Peraturan atau kaedah dibuat oleh Menteri atau
Z Perundangan Subsidiari Pihak Berkuasa Tempatan
Yang manakah padanan yang betul antara III Diluluskan oleh badan perundangan negeri Sabah
pernyataan dengan jenis perundangannya? dan Sarawak

X Y Z
A III I II
B II I III
C I II III
D I III II
6. Yang manakah benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya?
A. Lantikannya oleh Perdana Menteri C. Pemecatannya dibuat oleh Jemaah Menteri
B. Saraannya di bawah peruntukan Parlimen D. Terma jawatannya ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara

7. Dewan Undangan Negeri dikira tempoh genap usianya selama lima tahun dari tarikh
A. Writ pilihan raya dikeluarkan
B. Keputusan pilihan raya diwartakan
C. Persidangan pertama Dewan Undangan Negeri
D. Menteri Besar atau Ketua Menteri mengangkat sumpah jawatan
8. • Meningkatkan keyakinan orang awam terhadap kerajaan
• Mengongsi maklumat yang jelas dengan pihak yang berkepentingan
Maklumat di atas merupakan tadbir urus Negara berteraskan prinsip
A. Integriti B. Ketelusan C. Akauntabiliti D. Pengamanahan
Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak

Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri Kabinet Negeri

9. Merujuk kepada jadual di atas, Y ialah


A. Majlis Negeri B. Kerajaan Negeri C. Majlis Tertinggi D. Jawatankuasa Negeri

10. Dasar sesebuah negeri di Semenanjung Malaysia diluluskan oleh


A. Dewan Undangan Negeri C. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
B. Jawatankuasa Tindakan Negeri D. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

11. • Memastikan dasar kerajaan seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi
Kerajaan mencapai matlamat
• Menjadi urus setia kepada Majlis Tindakan Negara
Pernyataan di atas merujuk kepada beberapa fungsi
A. Unit Inovasi Khas C. Unit Penyelarasan Pelaksanaan
B. Unit Perancang Ekonomi D. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
Agensi Pusat Peranan
P Unit Penyelarasan Pelaksanaan I Meningkatkan daya saing Malaysia
Q Unit Inovasi Khas II Memangkin perubahan dalam penyampaian
sektor awam
R Unit Pengurusan Prestasi dan III Menilai dasar dan pelaksanaan projek
Pelaksanaan pembangunan

12. Yang manakah padanan yang betul antara agensi pusat dengan peranannya?
P Q R
A I II III
B II I III
C II III I
D III I II

13.Yang manakh tugas Unit Perancang Ekonomi?


A. Menyelaras pembangunan di koridor pertumbuhan
B. Merancang pembangunan kawasan koridor dan serantau
C. Memacu pelaksanaan agenda bumiputera melalui penerokaan inisiatif-inisiatif baru
D. Melaksanakan projek kerjasama awam-swasta melalui Penswastaan dan Inisiatif Pembiayaan Swasta

14. Yang manakah tindakan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kaunter?
I. Memasang kamera litar tertutup
II. Menswastakan perkhidmatan kaunter
III. Meningkatkan keselesaan di ruangan menunggu
IV. Memberikan latihan kepada pegawai khidmat pelanggan
A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

15. Kesan pengurangan kerenah birokrasi dalam urusan kaunter di pejabat kerajaan ialah
A Tahap kepuasan meningkat
B Bilangan pegawai kaunter bertambah
C Waktu berurusan di kaunter dipendekkan
D Keselesaan di kaunter perkhidmatan bertambah baik
STPM KERTAS 1 2017
1. Yang manakah pernyataan yang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang berdaulat?
A. Penduduk mempunyai jati diri yang tinggi
B. Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa
C. Kuasa politik berdasarkan tolak ansur pelbagai kaum
D. Ekonomi negara dikongsi bersama oleh pelbagai kaum

2. Yang manakah pernyataan yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?


A. Perlembagaan tidak boleh dipinda
B. Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan
C. Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang
D. Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan
perlembagaan

3. Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan?
A. Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara
B. Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia ditangkap
C. Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan
D. Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula

4. Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan
A. Peguam Negara
B. Perdana Menteri
C. Ahli Suruhanjaya
D. Ketua Hakim Negara

5. Yang manakah benar tentang sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?


I. Ketua negara dipilih dalam pilihan raya
II. Pengundian pilihan raya diadakan secara sulit
III. Semua ahli Majlis Parlimen dipilih oleh rakyat
IV. Rakyat perlu memilih wakil kawasan mereka ke Dewan Rakyat
A. I dan III B. I dan IV C. II dan III D. II dan IV

6. Yang manakah sebab seseorang calon yang kalah dalam pilihan raya membuat petisyen pilihan raya?
A. Calon yang menang tidak berdaftar sebagai pengundi
B. Calon yang menang mempunyai jentera pilihan raya yang ramai
C. Calon yang menang tidak patuh terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya
D. Calon yang menang gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan

7. Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?


A. Membuat kajian dan persempadanan kawasan pilihan raya
B. Mengawal keselamatan dalam tempoh pilihan raya
C. Meluluskan persempadanan kawasan pilihan raya
D. Mengadili petisyen pilihan raya

8. Yang manakah pernyataan yang benar tentang tugas Jemaah Menteri?


A. Merancang dasar kewangan dan belanjawan negara
B. Menggubal dasar dan perancangan ekonomi negara
C. Menggubal dasar gaji, elaun, dan kemudahan kakitangan kerajaan
D. Menentukan dasar kerajaan dan memberikan arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan
9. Yang manakah yang menggambarkan kebebasan sesebuah suruhanjaya?
A. Anggota suruhanjaya dipilih dalam pilihan raya
B. Saraan anggota suruhanjaya ditetapkan oleh kabinet
C. Suruhanjaya tidak boleh dianggotai oleh ahli politik
D. Anggota suruhanjaya boleh dipecat melalui tribunal khas

10.Projek yang dibina oleh Majlis Daerah hendaklah diluluskan oleh


A. Majlis Kewangan Negara
B. Dewan Undangan Negeri
C. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
D. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

11.Yang manakah sumber hasil yang diserahkan kepada negeri?


I. Hasil daripada lombong III. Terimaan mengenai bekalan air
II. Kutipan cukai pendapatan IV. Bayaran-bayaran daripada Mahkamah Persekutuan
A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

12.Tujuan utama penubuhan badan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
adalah untuk
A. Mengelakkan percanggahan dan melicinkan pentadbiran negara
B. Meningkatkan kecekapan pentadbiran pada peringkat masing-masing
C. Menyeragamkan pentadbiran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
D. Mengelakkan campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri

Kerajaan Negeri X mengemukakan permohonan meminta Kerajaan Pusat


menyemak bayaran royalti minyak

13.Yang manakah pihak yang sesuai membincangkan perkara di atas?


A. Kabinet
B. Parlimen
C. Majlis Kewangan Negara
D. Majlis Perancangan Negara

Kerajaan mempergiat usaha untuk


meningkatkan integriti dan ketelusan
sektor awam dan swasta bagi
menambah baik tahap tadbir urus

14.Yang manakah strategi untuk mencapai hasrat di atas?


A. Memperkenalkan dan mempromosi program pembaharuan bagi jentera pentadbiran
B. Membudayakan penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam
C. Mempergiat penguatkuasaan dan memperkukuh langkah menangani rasuah
D. Memperkemas struktur organisasi dari semasa ke semasa

15.Yang manakah sistem penyampaian yang menjejaskan keyakinan pihak berkepentingan terhadap jabatan
kerajaan?
I. Kerenah birokrasi yang berbentuk hierarki yang kompleks
II. Kelulusan sesuatu projek dibuat secara tender terbuka
III. Memperkenalkan perkhidmatan sampingan dalam kajian
IV. Masa menunggu untuk berurusan di kaunter jabatan tidak konsisten
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV
STPM KERTAS 1 2018
1. Yang manakah pernyataan yang benar tentang konsep negara berdaulat?
I Mempunyai identitinya sendiri
II Mempunyai penduduk yang tetap
III Mempunyai institusi pemerintahan yang berkesan
IV Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

2. Yang manakah cara pindaan syarat-syarat kewarganegaraan Malaysia dapat dilaksanakan?


A Majoriti mudah Majlis Parlimen
B Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
C Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong
D Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-
Raja

Encik Z lahir di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan ibunya seorang pemastautin tetap.

3. Yang manakah cara Encik Z untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?


A Kuat kuasa undang-undang B.Percantuman wilayah C. Pendaftaran D Masukan

4 .Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?


A Khalwat
B Mengamalkan ajaran sesat
C Tidak berpuasa pada bulan Ramadan
D Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian

5 .Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah


A diluluskan oleh Majlis Parlimen
B disahkan oleh Badan Kehakiman
C diwartakan sebagai Warta Kerajaan
D diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

6. Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana


A rombakan kabinet C. kemuflisan Ahli Dewan Undangan Negeri
B kematian Setiausaha Dewan Negara D peletakan jawatan Setiausaha Dewan Rakyat

7. Yang manakah yang menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia?


I Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan.
II Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan.
III Kerajaan dipilih oleh rakyat lima tahun sekali.
IV Perdana Menteri dipilih melalui pilihan raya.
A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

8. Yang manakah ciri untuk memastikan tadbir urus baik dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam
perkhidmatan awam?
I Proses kerja yang jelas
II Tahap keilmuan yang tinggi
III Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara
IV Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV


9. Tadbir urus yang cekap bertujuan untuk
A meningkatkan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar
B menambahkan sumber manusia berasaskan kelayakan
C mengekalkan kerenah birokrasi dalam prosedur kerja
D melaksanakan penguatkuasaan secara budi Bicara.

Bayaran sewaan kuarters guru


Bayaran denda kerana kesalahan lalu lintas

10 Penerimaan bayaran di atas dikategorikan Sebagai


A hasil bukan cukai
B terimaan bukan hasil
C bayaran perkhidmatan
D hasil Wilayah Persekutuan

Menjadi pemangkin perubahan dalam aspek penyampaian di sektor awam dan swasta
Menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian

11. Tugas di atas dilaksanakan oleh


A Unit Inovasi Khas C. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
B Unit Kerjasama Awam Swasta D Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia.

12 Fungsi Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak ialah


A menyeragamkan pentadbiran
B menyelaraskan aktiviti ekonomi
C memudah cara pelaksanaan projek pembangunan
D meningkatkan kerjasama antara sektor awam dengan swasta.

13. Yang manakah agensi yang bertanggungjawab untuk mengagihkan peruntukan Kerajaan Persekutuan
kepada Kerajaan Negeri mengikut panjang jalan raya dan bilangan penduduk?
A Perbendaharaan
B Majlis Kewangan Negara
C Pihak Berkuasa Tempatan
D Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri

14. Prestasi penyampaian agensi awam dapat ditingkatkan melalui


A peningkatan bilangan kakitangan
B pemudahcaraan proses dan prosedur kerja
C perwujudan jabatan dan agensi yang baharu
D pengurangan masa operasi penyampaian Perkhidmatan

15. Yang manakah kesan kewujudan Pusat Transformasi Bandar dan Pusat Transformasi Luar Bandar?
A Kos operasi kerajaan dikurangkan
B Penswastaan perkhidmatan awam diperluas
C Waktu urusan di pejabat-pejabat kerajaan dipendekkan
D Urusan orang ramai dengan agensi awam dan swasta dipermudah
STPM KERTAS 1/ 2019

1. Yang manakah ciri-ciri bagi sesebuah negara berdaulat ?


I Tidak dijajah oleh kuasa luar III. Berupaya menjalin hubingan diplomatik
II Diterajui oleh parti politik tertentu IV Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik
A I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan mengandungi :


⚫ Senarai Persekutuan
⚫ Senarai Negeri
⚫ Senarai Bersama
2. Perkara di atas merujuk kepada struktur pentadbiran yang berdasarkan
A. Penurunan kuasa B. Pemusatan kuasa C. Pengasingan kuasa D. Pembahagian kuasa

3. Yang manakah yang tertakluk kepada bidang kuasa negeri ?


A. Penerbitan majalah keagamaan
B. Pembukaan pusat pemulihan akhlak
C. Permohonan permit melombong pasir
D. Tuntutan penceraian pasangan bukan Islam

I Mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara


II Dipersetujui secara kolektif oleh Jemaah Menteri
III Kementerian merangka dasar rang undang-undang
4. Berdasarkan pernyataan di atas, urutan yang manakah yang betul tentang proses penggubalan undang-
undang negara ?
A I III II
B II I III
C III II I
D III I II

5. Yang manakah kepentingan institusi beraja dalam sistem pemerintahan Malaysia ?


A. Memeriksa dan mengimbangi tindakan-tindakan untuk memupuk keharmonian rakyat
B. Meninjau keutuhan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya
C. Mengesahkan keesahan penggubalan undang-undang negara
D. Memantau kecekapan pelaksanaan projek pembangunan

6. Pernyataan yang manakah yang benar tentang Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan raya ?
A. Boleh memegang jawatan berpendapatan tetap
B. Saraan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong
C. Ahli-ahlinya terdiri daripada ahli Majlis Parlimen
D. Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja

7. Pernyataan yang manakah yang benar tentang kebebasan pilihan raya ?


I. Rakyat bebas memilih wakil mereka.
II. Undian rakyat ditentukan oleh ketua parti
III. Rakyat bebas mengundi mengikut kaedah pilihannya.
IV. Parti politik bebas berkempen mengikut undang-undang
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV
8. Dua aspek yang perlu diberi penekanan untuk mewujudkan tadbir urus yang baik ialah
I. Prestasi III. Penglibatan yang menyeluruh
II. Prosedur IV. Pematuhan terhadap undang-undang
A. I dan III B. I dan IV C. II dan III D. II dan IV

9. Perkara yang manakah yang perlu dilaksanakan untuk memastikan tadbir urus baik dalam perkhidmatan
awam ?
A. Mengurangkan saiz tenaga kerja
B. Meningkatkan prestasi kerja kakitangan
C. Mengamalkan sistem birokrasi dan prosedur kerja yang kompleks
D. Menambahkan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa

⚫ Cukai sewa filem


⚫ Bayaran pendaftaran dan permit
10. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk memungut hasil di atas ialah
A. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta C. Kerajaan Persekutuan
B. Pihak Berkuasa Tempatan D. Kerajaan Negeri

⚫ Menjadi penggerak perubahan dan pengurusan bagi perkhidmatan awam


⚫ Menjadi agen transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam
11. Peranan di atas dilaksanakan oleh ;
A. Unit Inovasi Khas
B. Unit Kerjasama Awam Swasta
C. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
D. Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

12. Fungsi Unit Perancangan Ekonomi ialah


A. Memantau keberkesanan strategi Program Satu Daerah Satu Industri
B. Menyediakan draf belanjawan kerajaan persekutuan
C. Menyediakn rancangan pembangunan negara
D. Menyelaras Projek Kesejahteraan Rakyat

13. Menyelia pelaksanaan dan menilai kemajuan program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi
Ekonomi merupakan bidang tugas
A. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan C. Jabatan Audit Negara
B. Majlis Pembangunan Negara D. Kabinet

14. Yang manakah kesan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lemah ?
I. Kemerosotan keyakinan orang ramai
II. Peningkatan perkhidmatan agensi awam
III. Penurunan permohonan ke perkhidmatan awam
IV. Menjejaskan sasaran pencapaian program transformasi kerajaan
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

15. Strategi untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam dalam menempuh cabaran
globalisasi adalah dengan
A. Mengurangkan karenah birokrasi
B. Memperbanyak perniagaan dalam talian
C. Meningkatkan perkhidmatan kauseling
D. Meluaskan pendidikan teknik dan vokasional
STPM KERTAS 1/ 2020
1 Mengapakah Malaysia memerlukan sempadan sendiri
I. Mengawal pergerakan manusia dan barangan III. Menguruskan pilihan raya umum
II. Memperluas sumber kekayaan negara IV. Menjamin keselamatan negara

A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. lII dan IV

2 Seorang pakar perubatan dari Britain yang telah bekerja di Malaysia selama 1 tahun boleh menjadi
warganegara Malaysia setelah memenuhi beherapa syarat secara
A pendaftaran B. naturalisasi C. percantuman wilayah D. kuat kuasa undang-undang

3 Yang manakah bidang kuasa badan perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ?
I. Kabinet meluluskan undang-undang
II. Mahkamah membatalkan undang-undang.
III. Parlimen membuat undang-undang dalam Senarai Persekutuan
IV. Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang dalam Senarai Bersama
A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

4 Kebebasan badan kehakiman dipelihara untuk


A membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan
B membina keyakinan terhadap sistem keadilan negara
C mempercepat perbicaraan kes-kes jenayah mengawal kualiti hadan guaman negara
D mengawal kualiti hadan guaman negara

Setiap ahli Parlimen dilindungi oleh hak keistimewaan Parlimen dalam mana-
mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasa.

5 Yang manakah yang benar tentang pernyataan di atas?


A Ahli Parlimen bebas menyuarakan apa sahaja pendapat dalam Parlimen
B Ahli Parlimen boleh mendedahkan rahsia kerajaan dalam Dewan Rakyat
C Ahli Parlimen tidak bolch didakwa terhadap perkara yang diperkatakan dalam Parlimen
D Ahli Parlimen boleh berbahas tentang kedaulatan raja-raja Melayu dalam sidang Parlimen

6 Yang manakah yang benar mengenai sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?
I. Pilihan raya boleh diawalkan dari tempoh yang ditetapkan, iaitu lima tahun
II. Pilihan raya peringkat persekutuan dilaksanakan apabila Parlimen dibubarkan
III. Pilihan raya perlu diadakan selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen
IV. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 30 hari selepas Parlimen dibubarkan
A I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

7 Kekosongan kerusi Dewan Rakyat berlaku apabila Ahli Parlimen kawasan tersebut
A diisytiharkan muflis dan belum dilepaskan
B didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh
C dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
D didapati gagal mengisytiharkan jumlah harta yang dimilikinya kepada Speaker Dewan
8 Budaya berteruskan perkhidmatan pelanggan dalam sektor awam dapat diterapkan melalui
I. latihan kemahiran secara berterusan
II. perkongsian maklumat dan pengetahuan
III. pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang
IV. pelantikan penjawat awam yang berkelulusan tinggi
A I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

9 Dasar tiada pemberian hadiah (no gift policy) yang diamalkan oleh syarikat kepentingan kerajaan salah
satu amalan tadbir urus baik yang berkaitan dengan prinsip
A mengutamakan pelanggan B. berkesan (efektif) C. integriti D. Telus

Teguran: Pemeriksaan rekod penyata kewangan tahunan agensi X didapati tidak mematuhi
prosedur pembayaran dan terdapat amalan ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan

10 Yang manakah agensi yang mengeluarkan teguran di atas


A. Jabatan Audit Negara C. Jawatankuasa Akaun Awam
B. Jabatan Akauntan Negara D. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

11 Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dilakukan setelah mendapat kelulusan
A Sultan C. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
B Ketua Kerajaan Negeri D. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

12 Pihak berkuasa yang manakah yang bertanggungjawab dalam menangani isu pemerdagangan
manusia?
A Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
B Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
C Agensi Keselamatan Sempadan
D Majlis Keselamatan Negara

• Menyelaras tanggungjawab pentadbiran negeri mengikut portfolio


• Meluluskan peruntukan geran pelancaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan
13 Pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan perkara di atas ialah
A Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
B Unit Perancangan Ekonomi Negeri
C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
D Pejabat Kewangan Negeri

14 Yang manakah kesan pengamalan tadbir urus baik sektor awam?


A Menarik kedatangan pelabur-pelabur dari luar
B Meningkatkan imej perkhidmatan awam
C Mencapai misi nasional yang ditetapkan
D Merancakkan pembangunan negara

15 Bidang pekerjaan yang manakah yang menghadapi cabaran besar dalam meningkatkan keyakinan
awam terhadap tadbir urus baik?
A Kesihatan C. Penguatkuasaan
B Pendidikan D Pemungutan cukai dan hasil
STPM KERTAS 1/2021
1.Situasi yang manakah yang menjejajaskan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat?
I. kebanjiran pekerja asing tanpa izin dalam negara
II. Percanggahan pendapat antara pemimpin negara
III. Tindakan rakyat yang mengkritik kerajaan
IV. Pencerobohan sempadan perairan negara
A . I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

2. Wanita A:
• Warganegara Indonesia
• Bersuamikan seorang warganegara Malaysia
• Berkelakuan baik dan bermaustautin Malaysia sejak tahun 2010

Wanita A di atas boleh mendapatkan taraf kewarganegaraan melalui kaedah


A. Masukan B. Pendaftaran C. Percantuman wilayah D. Penguatkuasaan undang-undang

3. Yang manakah situasi yang melanggarkan prinsip kesamarataan menurut Perlembagaan Persekutuan ?
I Jabatan agama Islam negeri X hanya mengambil pekerja beragama Islam
II Permohonan Encik B untuk jawatan jururawat ditolak kerana beliau seorang lelaki
III Puan C ditamatkan kontrak sebagai guru sandaran tidak terlatih kerana mengandung
IV Permohonan Encik Wong untuk menyertai pasukan Rejimen Askar Melayu DiRaja ditolak
A. I dan II B. I dan IV C.II dan III D. III dan IV

4. Yang manakah tepat mengenai kes sivil ?


A. Tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Tinggi sahaja
B. Pendakwa dan Peguam bela terlibat dalam perbicaraan
C. Melibatkan tuntutan ganti rugi dan tuntutan hak
D. Kes dikemukakan oleh penguat kuasa

• Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri dalam kalangan wakil Rakyat dari parti yang
5. memenangi pilihan raya
• Perdanan Menteri yang dilantik akan menyenaraikan ahli-ahli kabinet.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah sistem pemerintahan yang diamalkan ?


A. Demokrasi Terpimpin C. Demokrasi Berparlimen
B. Raja Berperlembagaan D. Pemerintahan pengasingan

6. Yang manakah yang berikut memenuhi syarat untuk seseorang bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan
Negeri ?
A. Bertugas sebagai penjawat awam
B. Menetap di luar Kawasan pilihan raya
C. Dicadangkan oleh sesebuah parti sebagai calon
D. Berumur lebih 21 tahun pada hari penamaan calon

7. Yang manakah yang benar tentang pengundi yang layak mengundi secara pos ?
A. Banduan yang sedang menjalankan hukuman penjara
B. Anggota perkhidmatan awam yang sedang bertugas di luar negara
C. Warganegara Malaysia yang bekerja di sektor swasta di luar negara
D. Pelajar yang sedang mengikuti program pertukaran pelajar di luar negara
8. Yang manakah amalan tadbir urus baik yang perlu dilaksanakan
I. Mengelakkan kerja yang berisiko dalam pelaksanaan sesuatu projek
II. Menggubal dan mengumumkan petunjuk prestasi utama pencapaian
III. Memberikan kebebasan kepada agensi berbelanja tanpa pengawasan
IV. Membina prosedur kerja yang kompleks
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

9. Tindakan penjawat awam yang memuat naik maklumat sulit agensinya melalui laman sosial melanggar
prinsip
A. Integriti B. Ketelusan C. Pematuhan D. Akauntibiliti

10. Yang manakah amalan tadbir urus baik yang perlu dilaksanakan oleh ketua agensi sektor awam ?
A. Menggunakan sumber secara cekap
B. Mengutamakan kecemerlangan organisasi
C. Menjalinkan hubungan yang erat dengan pekerja
D.Melaksanakan system maklum balas pelanggan

11. Yang manakah kesan pewujudan perbadanan awam dalam system pentadbiran Malaysia ?
I. Mengurangkan beban kewangan kerajaan
II. Mengurangkan pembaziran sumber ekonomi
III Meningkatkan pembangunan teknologi terkini
IV Meningkatkan penglibatan kerajaan dalam bidang sosioekonomi
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

12. Negeri Y ingin memohon pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk


melaksanakan projek pembangunan.

Permohonan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat


A. Majlis Tindakan Ekonomi Negara C. Majlis Perancangan Negara
B. Majlis Kewangan Negara D. Majlis Tanah Negara

13. Yang manakah yang benar tentang Majlis Kewangan Negara ?


A Ditubuhkan atas arahan Jemaah Menteri
B Semua ahli jawatankuasa dilantik oleh Perdana Menteri
C Menasihati Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri berhubung urusan kewangan masing-masing
D Menasihati Kerajaan Pusat berhubung jumlah wang untuk diberikan kepada Kerajaan Negeri

14. Yang manakah manfaat daripada pelaksanaan tadbir urus baik ?


I Meningkatkan pelaburan asing
II Memenuhi jangkaan pelanggan
III Mengecilkan saiz sektor awam
IV meningkatkan sokongan kepada kerajaan
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

15. Yang manakah cabaran bagi tadbir urus baik dalam menghadapi era globalisasi ?
I Kerenah birokrasi
II Pembangunan modal insan
III Pengurangan perbelanjaan awam
IV Pengaruh teknologi maklumat dan
telekomunikasi
A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV
STPM KERTAS 1/2022
1 Yang manakah jaminan Perlembagaan Persekutuan kepada rakyat Malaysia?
A Kebebasan bersuara B Sumber kewangan C Keperluan asas D Kualiti hidup

2. Encik Y lahir di London selepas Hari Merdeka dan bapanya pada masa kelahiran Encik Y ialah
warganegara Malaysia yang berada dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri.

Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah cara kemasukan Encik Y sebagai warganegara Malaysia?
A Masukan B Pendaftaran C Percantuman wilayah D Kuat kuasa undang-undang

3. Badan X Badan Y Badan Z


Melaksanakan undang- Menggubal dan Mentafsir undang-
undang dan pentadbiran meluluskan undang-undang undang

Yang manakah yang benar tentang badan X, Y, dan Z seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan?
I Badan Z tidak boleh dianggotai oleh ahli badan X dan Z.
II Badan Y mengawal badan X dan Z melalui konsep ketertinggian Parlimen.
III Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi dalam badan X, Y, dan Z.
IV Semua ahli badan X dipilih secara langsung oleh rakyat melalui pilihan raya.
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

4. Yang manakah pernyataan yang benar mengenai Perlembagaan Persekutuan Malaysia?


I Merupakan sumber rujukan undang-undang
II Boleh dipinda dengan persetujuan Speaker Dewan
III Mengandungi tatacara pelantikan Yang di-Pertuan Agong
IV Merupakan satu bentuk undang-undang tinggalan penjajah
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

5 Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong?


I Menggubal dasar-dasar negara
II Memanggil dan membubarkan Parlimen
III Memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja
IV Melantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

6 Yang manakah perkara yang berkaitan dengan petisyen pilihan raya?


I Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi adalah muktamad.
II Petisyen berkenaan mesti dikemukakan di Mahkamah Tinggi.
III Petisyen dikemukakan dalam masa 21 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan.
IV Kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah diperoleh sebelum petisyen
dikemukakan.
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

7 Yang manakah bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya?


I Memilih barisan kerajaan baru untuk memimpin negara
II Menghantar notis pembubaran ke Parlimen atau Dewan Negeri
III Memastikan calon yang bertanding mematuhi syarat pilihan raya
IV Mengkaji semula sempadan kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Negeri

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV


8 Tadbir urus yang cekap bertujuan untuk
A melaksanakan penguatkuasaan secara terpilih
B meningkatkan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan dasar
C menambahkan sumber manusia dalam perkhidmatan kerajaan
D mengekalkan kerenah birokrasi dalam prosedur menjalankan tugas

9 Yang manakah benar tentang prinsip ketelusan dalam tadbir urus sektor awam?
I Bertanggungjawab ke atas semua keputusan yang dibuat
II Pengurusan tertakluk kepada pemeriksaan luar yang wajar
III Perkongsian maklumat antara sektor awam dengan orang ramai
IV Memberikan keyakinan kepada orang awam terhadap keputusan pegawai awam

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

10 • Organisasi tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan


Pembentukan dasar negara yang tertinggi
Pernyataan di atas merujuk kepada
A Kabinet B Parlimen C Kementerian D Majlis Raja-Raja

11 Tugas Ketua Setiausaha Negara ialah


A meluluskan dasar-dasar pentadbiran Persekutuan
B mengawal selia perkhidmatan awam Persekutuan
C menguruskan perjalanan mesyuarat Majlis Raja-Raja
D menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam pentadbiran Persekutuan

12 Yang manakah sumber kewangan Pihak Berkuasa Tempatan?


I Duti hiburan II Lesen lombong III Bayaran pelupusan sisa IV Permit pertunjukan hiburan

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

13 Encik Z ingin memulakan perniagaan di bandar X. Pihak manakah yang perlu beliau rujuki jika beliau ingin
memohon lesen pemasangan papan iklan perniagaannya?
A Pihak Berkuasa Tempatan
B Pejabat Daerah dan Tanah
C Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
D Pejabat Perancang Bandar dan Desa

14 Yang manakah kesan langsung rasuah kepada sektor awam?


A Kecekapan urusan pentadbiran kerajaan akan merosot
B Pembangunan dan kemajuan negara terbantut
C Industri pelancongan akan terjejas
D Keamanan negara akan tergugat

15 Yang manakah pernyataan yang benar tentang kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan?
I Melantik kakitangan Kerajaan Tempatan
II Memberikan arahan tentang dasar Kerajaan Negeri
III Meluluskan anggaran belanjawan Kerajaan Tempatan
IV Menetapkan kadar cukai taksiran harta yang dikutip oleh Kerajaan Tempatan

A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV


STPM KERTAS 1/2023

1 Yang manakah yang menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat?


I Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan penduduk
II Menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain
III Mengamalkan tadbir urus baik
IV Mempunyai ideologi negara
A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

2 Yang manakah perkara dalam Senarai Negeri yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan?
A Perikanan
B Kesihatan awam
C Pertanian dan perhutanan
D Perlindungan binatang dan burung liar

3 Puan X, seorang warganegara China telah berkahwin dengan Encik Y seorang warganegara Malaysia.
Puan X akhirnya menjadi warganegara Malaysia.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah cara Puan X memperoleh kewarganegaraan Malaysia?


A Pendaftaran selepas bermastautin selama dua tahun di Malaysia
B Pendaftaran sebaik sahaja permohonan kewarganegaraan dibuat
C Naturalisasi sebaik sahaja permohonan kewarganegaraan dibuat
D Kuat kuasa undang-undang selepas bermastautin selama dua tahun di Malaysia

4 Yang manakah kebaikan amalan sistem pengasingan kuasa?


I Meningkatkan produktiviti negara
II Memantapkan sistem pemerintahan negara
III Menjimatkan kos pengurusan pentadbiran negara
IV Mewujudkan mekanisme semak dan imbang (check and balance)
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

5 Dalam situasi bagaimanakah, seseorang sultan atau raja boleh tidak terpilih menjadi Yang di-Pertuan Agong
apabila sampai gilirannya?
I Baginda mengalami keuzuran fizikal.
II Baginda sedang menguruskan perniagaan.
III Baginda sendiri memutuskan tidak mahu dipilih.
IV Baginda tidak berada di tanah air semasa pemilihan.
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

6 Pernyataan yang manakah yang benar tentang sistem pilihan raya di Malaysia?
A Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas wajib mengundi.
B Persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan oleh kabinet.
C Isteri seorang pelajar di luar negara layak mengundi secara pos.
D Suruhanjaya Pilihan Raya yang menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

7. Petisyen pilihan raya hanya boleh dibuat atas alasan


I calon memberikan sogokan wang kepada pengundi
II calon terlibat dalam pergaduhan semasa kempen
III calon memberikan hadiah kepada pengundi semasa kempen
IV calon membiarkan bendera parti dan poster selepas pilihan raya
A I dan III B I dan IV C II dan III Ꭰ II dan IV
8 Yang manakah yang perlu diberi penekanan bagi mengukuhkan tadbir urus baik?
I Peraturan
II Produktiviti
III Hierarki organisasi
IV Menambah baik persekitaran kerja
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

9 Yang manakah cabaran utama tadbir urus baik?


A Saingan daripada tadbir urus swasta
B Memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat
C Lambakan kerja yang perlu disiapkan
D Sistem penyampaian perkhidmatan awam

10 Pernyataan yang manakah yang benar mengenai Jemaah Menteri Malaysia?


A Sidang Jemaah Menteri berlangsung di Parlimen.
B Tempoh sebagai Jemaah Menteri kekal selama dua penggal.
C Jemaah Menteri dilantik oleh Perdana Menteri selaku ketua kabinet.
D Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif.

11 • Meluluskan anggaran belanjawan


• Meluluskan pinjaman Pihak Berkuasa Tempatan
Bidang kuasa tersebut merujuk kepada
A Kerajaan Negeri
B Kerajaan Persekutuan
C Majlis Kewangan Negara
D Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

12 Yang manakah kesan penubuhan badan penyelarasan pada peringkat negeri?


A Keselamatan negeri lebih terjamin.
B Pentadbiran kerajaan negeri diseragamkan.
C Program pembangunan negeri giat dijalankan.
D Sumber kewangan negeri diurus secara sistematik.

13 Parlimen boleh merangka undang-undang berkaitan dengan tanah selepas mendapat persetujuan daripada
A Sultan
B Kerajaan Negeri
C Dewan Undangan Negeri
D Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

14 Kerajaan meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak bagi


A meningkatkan bilangan wanita bekerja
B melahirkan modal insan yang berpengetahuan
C meningkatkan tahap pendidikan di kawasan luar bandar
D memenuhi tuntutan sebagai sebuah negara maju pada masa akan dating

15 Apakah langkah untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam?


I Mengemaskinikan undang-undang dan akta
II Mengadakan sistem pejabat terbuka
III Meningkatkan bilangan kakitangan
IV Menyediakan skim latihan
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

You might also like