You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK NOVEMBER 2021 – JANUARI 2022

Program : PISMP Nama Pelajar :

Semester / Tahun : Semester 2 / Tahun 1

Kod : MPU3031 Ambilan : JUN 2021

Kumpulan : UNIT W
Nama Kursus : Pengurusan Kokurikulum
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
Tugasan 1:
24 November 2021 10 Disember 2021
Kuiz

Tugasan 2:
17 November 2021 7 Disember 2021
Perancangan Projek

Tugasan 3:
6 Disember 2021 9 Disember 2021
Pembentangan Kertas Projek

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Menjelaskan konsep, matlamat, strategi pelaksanaan dan pengurusan aktiviti-aktiviti


kokurikulum di sekolah. (C2, LO1)

2. Membentangkan perancangan pelaksanaan projek kokurikulum dengan mengambil


kira semua aspek pengurusan dan pentadbiran kokurikulum.
(C6,A4, LO3,LO4,CTPS2,CS3).

3. Mempamerkan nilai dan etika profesionalisme.dalam perancangan projek


kokurikulum dari aspek pengelolaan dan penilaian
( C6,A4,LO3,LO8,CTPS2,EM3 )

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran kursus 1, 2 dan 3.


Objektif Kerja Kursus :

Pelajar dapat:

1. Memahami dan menjelaskan konsep dan pengetahuan pengurusan kokurikulum


secara keseluruhan melalui soalan-soalan kuiz.

2. Memahami dan mengorganisasi serta membentangkan kertas kerja bagi


menerangkan organisasi perancangan pelaksanaan projek berkaitan pengurusan
kokurikulum sebagai sesuatu bidang pengetahuan dan kemahiran yang berstruktur
dalam pentadbiran aktiviti kokurikulum sekolah secara berkumpulan.

3. Membentangkan perancangan pelaksanaan projek kokurikulum dengan mengambil


kira semua aspek pengurusan dan pentadbiran kokurikulum.

Kokurikulum memainkan peranan penting bagi melahirkan modal insan yang cergas,
berketrampilan dan produktif untuk menyumbang kepada kesejahteraan sosial serta
pembangunan ekonomi negara. Justeru itu, aktiviti kokurikulum menjadi semakin penting
dan wajib dilaksanakan secara giat di semua sekolah supaya dapat menarik minat
pelajar untuk mengamal budaya pengurusan kokurikulum yang berkesan dan
berintegriti. Pihak yang terlibat dalam pengurusan aktiviti kokurikulum seharusnya
berupaya merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti badan beruniform, sukan,
kelab dan persatuan kokurikulum secara sistematik, cekap dan berkesan.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1 : Kuiz ( 40% )

i. Anda dikehendaki menduduki satu kuiz selama 60 minit berbentuk 52 soalan


objektif ( 20 soalan Betul/Salah , 32 soalan aneka pilihan) yang berkaitan dengan
pengurusan kokurikulum secara keseluruhan dengan memberi tumpuan kepada
konsep, strategi pelaksanaan dan pengurusan aktiviti kokurikulum di sekolah.
ii. Kuiz akan diadakan serentak untuk semua unit pada 10 Disember 2021
merangkumi keseluruhan topik dalam RMK MPU3031.

Tugasan 2: Perancangan Projek ( 50% )

i. Anda dikehendaki menyediakan satu perancangan projek kokurikulum sekolah


dalam bentuk satu kertas kerja lengkap.
ii. Tugasan penulisan perancangan projek dalam bentuk kertas kerja adalah secara
Individu.
iii. Perancangan projek kokurikulum yang dirancang harus lengkap.
iv. Anda boleh memilih salah satu projek kokurikulum dari komponen Persatuan ,
Permainan atau Unit Beruniform
Tugasan 3: Pembentangan ( 10% )

i. Anda dikehendaki membuat pembentangan kertas kerja projek menggunakan


TMK/GC yang merangkumi butiran seperti berikut “:

a) Tajuk Kertas Kerja

b) Tarikh, Masa, Tempat, Kumpulan

c) Objektif & Rasional

d) Alatan & Kemudahan

e) Pembentukan J/K Pengelolaan

f) Anggaran Perbelanjaan /Pendapatan

g) Peraturan & Undang-undang

h) Jadual Tentatif Pengelolaan

i) Dokumen & Borang Berkaitan

j) Lain-lain yang difikirkan relevan

*Projek KPPB :
1. Tugasan ini berkongsi big idea ( Pengelolaan aktiviti – webinar/ceramah ) dengan kerja
kursus MPU 3081( Persatuan). Projek KPPB yang akan dilaksanakan mengikut kesesuaian
Big Idea adalah kompetensi guru meningkatkan kompetensi siswa guru dalam aspek
pengurusan dan pengelolaan aktiviti.Produk tugasan hasil projek KPPB ini juga akan
dimuatnaik secara digital atas talian.

2. Penghasilan program perlulah mengambil kira kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai


dan diketengahkan dan boleh memberi sumbangan sama ada dalam bentuk menyelesaikan
atau mengurangkan masalah yang wujud berdasarkan idea utama.

Arahan Pelaksanaan Tugasan

1. Semua penulisan harus ditaip komputer dengan jenis Arial font 12 dan langkau satu
setengah baris.

2. Sumber / bahan rujukan perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan (contoh : APA)
.
3. Lampirkan bukti pengumpulan sumber maklumat bersama-sama tugasan.
.
4. Rajah, jadual, foto dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan
dalam senarai (Lampiran).
5. Tugasan dalam bentuk Pembentangan,Setiap pelajar wajib membentang.Pembentangan
tidak melebihi 15 slaid power point .

6.Tugasan perlu dihantar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

7. Muka hadapan kerja kursus yang terkini hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri di
laman iTEMS IPG Kampus Ipoh.

8. Amalan plagiat adalah dilarang sama sekali.

Tugasan disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………………….. ………..……..………………………..
( KRISHNA KUMAR A/L VARATHARAJ ) ( SHAHALIZA BINTI HALIM )
Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) /Penyelaras Kursus
/ Pensyarah Kanan

Disahkan oleh :

…………………………………………
( DR MOHD HAFIDZ BIN OSMAN )
Ketua Unit Kokurikulum
Unit Kokurikulum, IPG Kampus Ipoh

You might also like