You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TEMENGGONG
IBRAHIM
TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN
TAHUN AKADEMIK: 2022

Program: PISMP Nama Pelajar:


Kod: PKES3072 Semester / Tahun: 3 / 2
Ambilan : JUN 2020
Nama Kursus: Kumpulan: PISMP PJ1, PJ2 & PJ3

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1 Mac 2022 13 Mac 2022
Tugasan 1 : Penulisan Ilmiah (500 pp)

17 Mac 2022 24 Mac 2022


Tugasan 2 : Pembentangan

3 April 2022 26 April 2022


Tugasan 3 : Projek Kesihatan

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan matlamat Program Kesihatan Sekolah bagi meningkatkan pemahaman pelajar


tentang Pendidikan Kesihatan di sekolah.(C2,PLO1)
2. Membentangkan rancangan program kesihatan sekolah bagi membentuk masyarakat yang sihat
dengan merujuk pelbagai sumber. (C6, A4,PLO4, PLO6, CS1, LL1)
3. Membincangkan program-program pendidikan kesihatan di sekolah untuk menyelesaikan
masalah kesihatan sepanjang hayat (C5, PLO3, CTPS2)
4. Mempamerkan ketrampilan diri dalam kumpulan semasa melaksanakan program kesihatan (C5,
P5, A5, PLO4, PLO5, PLO9, CS4, TS1, LS1)

Objektif Pentaksiran Berterusan:


Pelajar dapat
1. Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber tentang Program Kesihatan Sekolah
2. Memilih dan merancang satu Program Kesihatan Sekolah dan membentangkan perancangan
tersebut secara individu.
3. Melaksanakan program kesihatan sekolah secara berkumpulan 2-3 orang.
4. Mempamerkan ketrampilan diri dalam kumpulan semasa melaksanakan program kesihatan.

Stimulus

Bagi melaksanakan Program Kesihatan Sekolah, perancangan yang lengkap seperti menulis
perancangan program mesti dilakukan terlebih dahulu. Program Kesihatan Sekolah yang
dilaksanakan perlulah bersesuaian dengan situasi semasa, contohnya ketika situasi pandemik
sekarang.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1
.
1. Membuat penulisan ilmiah secara individu berkaitan perancangan Program Kesihatan
sekolah dalam 500 patah perkataan.

TUGASAN 2

1. Membuat pembentangan berkaitan perancangan Program Kesihatan Sekolah secara individu


selama 10 minit.

TUGASAN 3

1. Melaksanakan program kesihatan sekolah secara berkumpulan terdiri daripada 2-3 orang.

Arahan Pelaksanaan Tugasan

Tugasan 1: Penulisan ilmiah (Tugasan ini membawa markah 20% )

1. Secara individu anda perlu membuat penulisan perancangan program kesihatan di


sekolah dalam 500 patah perkataan.

2. Penulisan perlu mengikut format penulisan APA


3. Format penulisan ilmiah adalah seperti berikut :
a) Kulit penulisan ilmiah
b) Isi kandungan
- Borang maklum balas kerja kursus

- Halaman pengakuan
- Penghargaan
- Isi kandungan
 Pengenalan
 Objektif
 Butiran perancangan
 Penutup
 Bibliografi
 Lampiran

Tugasan 2: Persembahan (Tugasan ini membawa markah 10% )

1. Secara individu, anda perlu membentangkan perancangan program kesihatan sekolah


dalam masa tidak kurang daripada 10 minit.
2. Persembahan anda adalah mengikut kreativiti anda menggunakan kemahiran
multimedia yang menarik.

Tugasan 3: Pelaksanaan program kesihatan di sekolah semasa PBS (Tugasan ini


membawa markah 30% )
1. Secara berkumpulan yang terdiri daripada 2-3 orang anda dikehendaki melaksanakan
program kesihatan di sekolah.
2. Anda perlu terlebih dahulu memaklumkan pihak pentadbir sekolah berkaitan program
anda.
3. Anda perlu menemu bual guru yang bertanggungjawab terhadap program yang
dirancang untuk mendapatkan maklumat jelas tentang program tersebut di sekolah.
4. Bekerjasama dalam kumpulan dengan mempamerkan ciri-ciri kepimpinan dan
keterampilan sebagai agen perubahan dalam bidang keguruan
5. Anda perlu mendokumentasikan pelaksanaan program tersebut dalam bentuk
persembahan multimedia dan digital dalam masa 10 minit.
Tugasan yang baik haruslah menunjukkan kriteria-kriteria berikut :

1. Penulisan ilmiah yang sistematik dan memberi informasi yang tepat


2. Pembentangan yang bersifat menarik dan inovatif.
3. Pelaksanaan program yang baik berserta dokumentasi lengkap berkaitan pelaksanaan
dalam bentuk persembahan multimedia dan digital.
3. Menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugasan serta semangat berpasukan yang
terpuji.
4. Amalan plagiat dilarang sama sekali.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


JPJK-004-SBJ JPJK-006-KBM
(SHAIREENA BINTI HJ JAAFAR) (KAMALULARIFIN BIN MUHAMED)
Pensyarah Subjek PKES3072 Pakar Bidang (SME):
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Kampus Temenggong Ibrahim, IPG Kampus Temenggong Ibrahim,
Johor. Johor.

Disahkan oleh:

(HISHAMUDDIN BIN HASSAN)


Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Johor.

You might also like