You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS - PROJEK


TAHUN AKADEMIK: 2021

Program: PISMP Nama Pelajar:


Semester / Tahun: Semester 2 Tahun 2
Kod: MPU3062
Ambilan: JUN 2019
Nama Kursus: Kumpulan: RBT, SAINS, MATEMATIK
KOKURIKULUM -
UNIT BERUNIFORM

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1.Perancangan Orientasi 26 Jan 2021 29 Jan 2021


Unit Beruniform Sekolah 10%

02 Feb 2021 05 Feb 2021


2. Pengurusan dan persiapan
perkhemahan 10%

Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 1 Kumpulan 2

02.04. 2021 06.04.2021 09.04. 2021 13.04.2021


3. Buku Log 20%
29.03.2021 01.04.2021 01.04.2021 05.04.2021
4. Amali kawad kaki 10%
5. Amali - Ikatan dan simpulan 20% 25.03.2021 29.03.2021 01.04.2021 05.04.2021
6. Amali - Asas Pertolongan Cemas 10% 28.03.2021 01.04.2021 01.04.2021 05.04.2021
7. Kraf Perkhemahan (kumpulan) 10% 29.03.2021 01.04.2021 01.04.2021 05.04.2021
8. Amali Masakan (kumpulan) 10% 26.03.2021 30.03.2021 01.04.2021 05.04.2021

I. Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan perlembagaan, sejarah, struktur dan organisasi, serta pengurusan


dan pentadbiran unit beruniform Pengakap/Tunas Pandu Puteri yang diperoleh
daripada pelbagai sumber. (C2, LO1, LO6, LL1)
2. Menyediakan perancangan orientasi unit beruniform sekolah. (C6, LO1, LO3,
CTPS2)
3. Mengaplikasikan kemahiran kepemimpinan dalam pengurusan serta persiapan
perkhemahan unit beruniform. (A4, LO2, LO9, LS3)
4. Mempamerkan kemahiran asas dalam aktiviti semasa perkhemahan unit
beruniform secara individu dan kumpulan. (P4, LO2, LO5, TS2)
Tugasan ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, dan 4

II. Objektif Kursus:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas yang berikut;

1. Menjelaskan perlembagaan, sejarah, struktur dan organisasi, pengurusan dan


pentadbiran unit beruniform melalui penyediaan buku log/folio daripada pelbagai
sumber.
2. Menyediakan perancangan program orientasi unit beruniform di sekolah untuk
satu penggal.
3. Mengaplikasikan kemahiran kepemimpinan dalam pengurusan serta persiapan
perkhemahan unit beruniform.
4. Mempamerkan kemahiran asas ujian kawad kaki, ikatan dan simpulan, kraf
perkhemahan, masakan dan asas pertolongan cemas semasa perkhemahan unit
beruniform secara individu dan kumpulan.

TUGASAN PROJEK (100%)


Kegiatan kokurikulum seperti unit beruniform Pengakap/Tunas Pandu Puteri merupakan aktiviti
pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan secara teori dan amali yang bagi menyediakan
guru pelatih lebih kompeten sama ada penguasaan pedagogi pengajaran dan kokurikulum di
sekolah. Di Institut Pendidikan Guru kegiatan kokurikulum unit beruniform lebih mengutamakan
penguasaan kemahiran asas, kemahiran mengurus, kemahiran memimpin dan kejurulatihan bagi
meningkatkan potensi guru pelatih selaras dengan hasrat kementerian pelajaran.

Berdasarkan penyataan tersebut anda dikehendaki menghasilkan tugasan yang berikut.

1. Tugasan 1: Buku Log (20%)


Dokumentasikan perlembagaan, sejarah, struktur organisasi, pengurusan dan
pentadbiran unit beruniform dalam buku Log secara berstruktur. Kandungan perlu
lengkap, kreatif dan menarik.

Yang berikut antara kandungan yang perlu terdapat dalam buku Log:
i. Biodata diri
ii. Struktur organisasi
iii. Dokumentasi tajuk yang berkaitan
iv. Laporan bagi setiap perjumpaan/aktiviti mingguan
v. Perancangan aktiviti bersepadu unit beruniform di sekolah
vi. Bahan-bahan lampiran serta gambar/grafik yang berkaitan
vii. Menyenaraikan sumber rujukan (jika ada)

2. Tugasan 2: Perancangan Orientasi Sekolah Rendah (10%)


Anda dikehendaki menyediakan perancangan program orientasi unit beruniform di
sekolah untuk satu penggal.

3. Tugasan 3: Pengurusan Perkhemahan (10%)


Mempamerkan kemahiran kepemimpinan dalam pengurusan serta persiapan
perkhemahan unit beruniform.
4. Tugasan 4: Ujian Amali (60%)
i. Kawad kaki 10%
ii. Ikatan dan simpulan 20%
iii. Asas pertolongan cemas 10%
iv. Kraf Perkhemahan (Kumpulan) 10%
v. Masakan (Kumpulan) 10%

Prosedur Pelaksanaan Tugasan


1. Format penulisan perlu kemas teratur dan terkini.
2. Tugasan secara individu dan berkumpulan. Anda hendaklah melaksanakan tugasan
secara kolaboratif.
3. Anda perlu melibatkan diri secara aktif dan menunjukkan komitmen penuh dalam
menyelesaikan tugasan dan menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian.
4. Tugasan perlu mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam rubrik.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Penyelaras Kursus MPU3062 Pakar Bidang SME


Unit Kokurikulum Unit Kokurikulum
IPG kampus Pendidikan Teknik IPG kampus Pendidikan Teknik,

Tarikh: Tarikh:

Disahkan oleh:

Ketua Unit
Unit Kokurikulum
IPG kampus Pendidikan Teknik,

Tarikh:

You might also like