You are on page 1of 16

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1 Konsep

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar
tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar
memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian,
penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat
memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang
guru.

2 Objektif

Melalui PBS, pelajar dapat:

i. memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.


ii. menghayati kerjaya seorang guru.
iii. memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah.
iv. mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid.
v. memahami pengurusan dan strategi p&p.
vi. membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.
vii. mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim P&P dan budaya sekolah.
viii. membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal.
ix. membina sikap positif terhadap profesion keguruan.
x. membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru.
xi. mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS
dilaksanakan.

3 Strategi Pelaksanaan

3.1 Tempoh

Tempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Pelaksanaan PBS; Program Semester Tahun Tempoh Penempatan

Program Semester Tahun Tempoh Penempatan

2 1 1 Minggu Sekolah Rendah


Program Ijazah Sarjana
1 2 1 Minggu Sekolah Rendah
Muda Perguruan
2 2 1 Minggu Sekolah Rendah

4 Penempatan
Pelajar ditempatkan di sekolah rendah tertentu dan diuruskan oleh Unit Praktikum/Amalan Profesional IPG dan
jabatan yang menawarkan kursus teras/elektif teras yang terlibat. Penempatan hendaklah mengambil kira lokasi,
saiz dan jenis sekolah yang berbeza-beza mengikut semester. Hal ini bertujuan untuk membolehkan mereka
mendapat pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum.

5 Prosedur Pelaksanaan PBS

I. IPG akan memaklumkan kepada semua JPN tentang pelaksanaan PBS.


II. IPG akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar dan pelaksanaan PBS.
III. PG akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk pelajar.
IV. IPG menyediakan borang dan dokumen berkaitan PBS untuk tindakan pelajar.
V. Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan atau pensyarah kursus bidang teras / elektif teras akan memberikan
tugasan pelaksanaan aktiviti PBS kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan
PBS.
VI. Penilaian PBS merupakan 10% daripada markah kerja kursus Asas Pendidikan, Bidang Teras dan Elektif
Teras
VII. Hasil aktiviti PBS akan dibincang bersama-sama pensyarah yang berkenaan semasa sesi interaksi kuliah dan
sesi refleksi. Sila rujuk Jadual 2.

Jadual 2: PBS Mengikut Semester

Semester Tahun Kursus Penilaian

2 1 Asas Pendidikan Markah tugasan kerja kursus Asas Pendidikan (pilih


satu tugasan sahaja)

1 2 Bidang Teras Markah tugasan kerja kursus Bidang Teras (pilih


satu tugasan sahaja)

2 2 Elektif Teras Markah tugasan kerja kursus Elektif Teras

6 Aktiviti Semasa PBS

I. Pelajar dikehendaki melengkapkan maklumat umum tentang sekolah berdasarkan dan diserahkan
bersama-sama tugasan kepada jabatan berkenaan.
II. Tugasan semasa PBS merupakan sebahagian daripada tugasan kerja kursus Jabatan Ilmu Pendidikan /
jabatan yang menawarkan kursus teras / elektif teras.
III. Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berdasarkan semua aspek yang dtetapkan oleh Jabatan Ilmu
Pendidikan / jabatan yang menawarkan kursus teras / elektif teras yang terlibat berdasarkan semester
yang ditetapkan.
IV. Jabatan Ilmu Pendidikan / jabatan yang menawarkan kursus teras / elektif teras yang terlibat hendaklah
menyediakan tugasan berdasarkan format dan tema aktiviti yang dicadangkan dalam Lampiran 1-6a.
V. Tugasan perlu diserahkan kepada pensyarah jabatan yang menawarkan kursus.
VI. Tiada tugasan lain diberikan kepada pelajar selain tugasan yang telah ditetapkan.

7 Kehadiran

I. Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib.


II. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan doktor / pegawai perubatan.
III. Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah /
Timbalan Pengarah IPG.
IV. Pelajar yang tidak cukup kehadiran tanpa sebab perlu melengkapkan tempoh PBS yang ditetapkan.

8 Status Pelaksanaan PBS

I. Pelajar perlu menyempurnakan setiap fasa PBS mengikut struktur program yang telah ditetapkan sebagai
prasyarat menjalani praktikum.
II. Pelajar yang telah menjalani PBS perlu memenuhi keperluan berikut:
 Kehadiran pelajar dalam PBS.
 Menyempurnakan aktiviti PBS.
 Melengkapkan portfolio individu.
 Melengkapkan Laporan Perkembangan Pelajar.

9 Peranan dan Tanggungjawab Pelajar

I. Menghadiri taklimat PBS.


II. Memahami objektif PBS.
III. Melaksanakan aktiviti PBS.
IV. Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS.
V. Mematuhi etika keguruan, peraturan IPG dan peraturan sekolah.
VI. Memerhati suasana pembelajaran di bilik darjah, persekitaran dan kelengkapan sekolah.
VII. Berbincang dengan pihak sekolah tentang aktiviti yang dilaksanakan.
VIII. Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta pengurusan kelas sebagai bahan
refleksi.
IX. Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan dalam portfolio individu.
X. Menyerahkan hasil aktiviti PBS kepada pensyarah kursus pada masa yang ditetapkan.

10 Peranan Pengurus Sekolah

I. Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi,

II. pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah.

III. Bekerjasama dengan pihak IPG dalam menjayakan PBS.

IV. Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran sekolah / pengajaran /aktiviti guru.

V. Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti PBS.

VI. Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah.

VII. Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan mengesahkan Borang Kehadiran
PBS.

VIII. Melaporkan kemajuan pelajar dengan menggunakan Borang Laporan

IX. Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-8).

X. Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajar.


XI. Memastikan segala aktiviti PBS dilaksanakan dengan sempurna.

XII. Membantu pelajar meningkatkan perasaan cinta terhadap alam persekolahan dan profesion keguruan.

11 Peranan dan Tanggungjawab Institut Pendidikan Guru (IPG)

(Unit Praktikum / Unit Amalan Pofesional, dan Jabatan Ilmu Pendidikan / jabatan kursus bidang teras / elektif
teras):

I. Memahami, menghayati dan melaksanakan PBS mengikut Garis Panduan Pelaksanaan PBS.
II. Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan pelajar untuk PBS.
III. Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS kepada JPN dan kepada sekolah-sekolah yang terlibat.
IV. Memastikan tugasan PBS dilaksanakan pada masa yang ditetapkan dan masa yang mencukupi diberikan
kepada pelajar.
V. Memberikan taklimat kepada pelajar berhubung dengan konsep, objektif dan aktiviti dalam pelaksanaan
PBS.
VI. Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan.
VII. Memastikan pelajar melaksanakan tugasan PBS dan menyerahkan portfolio kepada pensyarah kursus
yang berkenaan.
VIII. Jabatan yang terlibat perlu mengadakan sesi refleksi selepas PBS tamat.
IX. Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPG dengan sekolah.
X. Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar kepada pihak IPG dengan segera.
LAMPIRAN 1-1

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

1. Pengenalan

Pernyataan profesional/kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/aktiviti yang


ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus
tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti tersebut
bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus aktiviti hendaklah dapat
diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

2. Tujuan Pernyataan Profesional


2.1 Menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas

2.2 Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang


difokuskan dengan sistematik

2.3 Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan


aktiviti yang difokuskan

2.4 Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan
susulan/ penambahbaikan

3. Pernyataan Profesional

3.1 Sebelum PBS


a. Kenal pasti fokus utama tugasan.
b. Tujuan tugasan.
c. Merancang strategi pelaksanaan.
d. Instrumen penilaian kendiri.

3.2 Semasa PBS


a. Melaksanakan tugasan /strategi yang dirancang.
b. Mengumpul dan merekod maklumat.

3.3 Selepas PBS (refleksi)


a. Menilai.
b. Melapor.

4. Penilaian Kendiri Terhadap Pernyataan Profesional


a. Pencapaian objektif
b. Cadangan tindakan susulan/penambahbaikan

11
12
LAMPIRAN 1-2
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
PANDUAN PENYEDIAAN PORTFOLIO

1. Pengertian Portfolio

a. Portfolio atau profil profesional merupakan koleksi dokumen yang


memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi:
i. Pengetahuan
ii. Kemahiran
iii. Pengalaman
iv. Kelayakan
v. Matlamat dan pencapaian
b. Satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yang didokumentasikan dan
diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru
melalui penulisan reflektif. (Shulman, 1992).

2. Tujuan Portfolio

a. Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman


dalam PBS
b. Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan mentor
untuk menilai
c. Perkembangan profesionalisme pelajar.
d. Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat
pengetahuan dan pengalaman baru.
e. Membudayakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen secara
sistematik dan profesional.

3. Ciri-Ciri Portfolio

a. Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan pelajar telah terlibat dengan


refleksi kendiri.
b. Hasil yang dibuat sendiri oleh pelajar bagi menghargai usaha diri sendiri.
c. Mempunyai maklumat yang berbeza dan mesti dikemaskinikan pada
setiap masa.
d. Mengandungi maklumat yang menggambarkan proses pelaksanaan,
perkembangan dan penilaian dalam melaksanakan setiap tugasan.

4. Tanggungjawab Pelajar Dalam Penyediaan Portfolio

a. Menyediakan portfolio yang bermakna dan kemas kini berdasarkan


senarai semak.
b. Menyerahkan portfolio kepada pensyarah kursus untuk disemak selepas
PBS.

13
LAMPIRAN 1-2a
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
SENARAI SEMAK PENYEDIAAN PORTFOLIO

Tandakan
Bil Tajuk Item

1.1) Nama
1.2) No. Kad Pengenalan
Biodata (ditulis dalam
1 1.3) Major dan Ambilan
helaian berasingan)
1.4) Tarikh PBS
1.5) Gambar
Pernyataan Profesional / 2.1) Pernyataan sebelum PBS
2 Kontrak Aktiviti
(Lampiran 1-1) 2.2) Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus
3.1) Pemerhatian
Instrumen Pengumpulan
Data Berhubung 3.2) Senarai semak
3 Tugasan (yang mana
sesuai mengikut 3.3) Temu bual
keperluan)
3.4) Soal selidik
4.1) Perbincangan dengan pengurusan sekolah
4.2) Perbincangan dengan mentor
Kolaboratif
4 4.3) Perbincangan dengan guru-guru lain
(Lampiran 1-3)
4.4) Perbincangan dengan kakitangan sekolah
4.5) Interaksi dengan murid
5.1) Pemerhatian
Ilmu/Pengetahuan Baru
5 5.2) Senarai Semak
Melalui
5.3) Temu bual
6 Refleksi (Lampiran 1-4) 6.1) Aktiviti
6.2) Perbincangan/Interaksi
7 Laporan Akhir

Ulasan Pensyarah:
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Tandatangan : _____________________ Tarikh: _________

Nama : ______________________

14
LAMPIRAN 1-3
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
REKOD KOLABORATIF/INTERAKSI/PERBINCANGAN

Tarikh : ________________________ Masa : ___________________________

Nama guru yang ditemui: ______________________________________________________

Tajuk/Perkara : ______________________________________________________________

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan

Tandatangan : ____________________________________

Nama : ____________________________________

Jawatan : ____________________________________
LAMPIRAN 1-4
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
PENULISAN REFLEKSI

1. Definisi Refleksi
a. Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk
membaiki diri yang dilakukan secara berterusan (Hanipah, 1999).
b. Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia
memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat
andaian sebab musabab berasaskan fakta melalui pemerhatian, temu bual dan soal
selidik.
c. Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi
pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini
membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara
efektif.

2. Tujuan Refleksi
a. Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.
b. Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan
kualiti setiap tugasan secara berterusan.
c. Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi
dalam setiap tugas yang dijalankan.
d. Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan.

3. Ciri-ciri Refleksi
a. Bermula dengan mengingat kembali
b. Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu
c. Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)
d. Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam PBS

Refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan PBS oleh pelajar sendiri
untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana
ialah:

4.1 Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti
membincangkan:
a. Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai?
b. Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?
c. Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti
tersebut ?
d. Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah
baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut ?

4.2 Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi (Lampiran 1-5).


LAMPIRAN 1-5
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/Perkara yang difokuskan:

2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan:

2.2 Kelemahan:

3. Cadangan Penambahbaikan:

(Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda)


LAMPIRAN 1-6
MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut:

Bil Perkara Catatan/data


1 Nama dan Alamat Sekolah
2 No. Telefon Sekolah
3 Alamat e-mail/Web Sekolah
Lokasi (Bandar/Luar
4
Bandar)
5 Nama Guru Besar
6 Nama PK Pentadbiran
7 Nama PK HEM
8 Nama PK Kokurikulum
9 Nama Penyelia Petang
10 Gred Sekolah
11 Bilangan Guru Lelaki:
Perempuan:
Kelayakan Profesional
12 Siswazah:
Guru
Bukan Siswazah:
13 Bilangan Kelas
14 Purata Saiz Kelas
Lain-
15 Jumlah Murid Melayu Cina India
lain
Lelaki

Perempuan
16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini
Aktiviti PBS

2. Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah

a. Lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan PdP.

b. Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber PdP dipamerkan di bilik darjah tersebut
digunakan secara berkesan.

c. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid?

d. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan


TMK ?

e. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?

f. Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu


Lampiran 1-6a

CONTOH FORMAT PENYEDIAAN TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN


SEKOLAH

1 Tajuk tugasan – berdasarkan topik dalam kurikulum kursus yang ditawarkan


pada setiap semester.

2 Menyatakan objektif tugasan yang hendak dicapai dengan jelas.

3 Kandungan tugasan yang dicadangkan:

a. Tugasan yang diberikan mestilah melibatkan tugasan harian yang perlu


dijalankan semasa PBS.
b. Fokus tugasan ialah:

i. Ringkasan Maklumat Kursus/Modul (Proforma/Jadual 3).


ii. meliputi unsur pemerhatian terhadap PdP.
iii. melibatkan tugasan di dalam dan di luar bilik darjah.
iv. mengenai persekitaran sekolah (termasuk iklim dan budaya
sekolah).
v. meliputi sumber PdP.
vi. meliputi strategi PdP/kemahiran mengajar.

4. Format Penulisan Laporan Tugasan.

Rujuk Buku Panduan Kerja Kursus

a. Tarikh penyerahan penulisan tugasan (2 minggu selepas tamat tempoh


PBS) dan diserahkan kepada jabatan yang menyediakan tugasan.

5. Refleksi selepas PBS dikendalikan oleh Jabatan yang terlibat

Nota: Tiada tugasan lain diberikan kepada pelajar selain tugasan yang telah
ditetapkan.
LAMPIRAN1-7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS _________________________

BORANG KEHADIRAN
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama Sekolah : _________________________________________________________

Alamat Sekolah : _________________________________________________________

Tarikh PBS : ______________________ hingga ____________________________

Tarikh
Bil Nama Pelajar No. KP Major

1
2
3
4
5
6
Catatan:

* Ketua kumpulan diminta menghantar borang kehadiran ini kepada Ketua Unit Praktikum IPGM
selepas tamat Pengalaman Berasaskan Sekolah

* Ketidakhadiran mesti disertakan dengan sijil/kenyataan cuti sakit atau surat


kebenaran Pengarah/ Timbalan Pengarah IPG

Tandatangan Ketua Kumpulan : _____________________

Nama : _____________________________________________

Tarikh : __________________________

Pengesahan Guru Besar:

Tandatangan _________________________ Tarikh : ____________________

Cap Sekolah:
LAMPIRAN1-8
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR
(Diisikan oleh Pengurus Sekolah)

Nama Pelajar : _______________________________ No. K.P. : _________________


Major : _____________________________________Ambilan : _________________

Tandakan
()

Sederhana
Lemah

Baik
Aspek Ulasan

a) Penampilan diri
b) Pekerti
Sahsiah dan
Perwatakan c) Keprihatinan
d) Sifat/Peribadi sebagai
pendidik
a) Berinteraksi secara
beretika
b) Keupayaan memerhati,
Komunikasi berbincang dan membuat
Berkesan: refleksi
c) Berupaya menyampaikan
idea secara berkesan
a) Berupaya membina
hubungan positif dengan
warga sekolah
Budaya b) Sentiasa berusaha untuk
Profesional mendapatkan ilmu,
Guru: bimbingan dari mentor
dan guru-guru lain
c) Komited terhadap tugasan
yang diberikan oleh IPG

Tandatangan Guru Besar ________________________ Tarikh ____________________

You might also like