You are on page 1of 2

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SEMESTER 4 TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PQE3102 ULUM AL- QURAN DAN ULUM AL- HADIS

Tugasan: Pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan merekod tentang perkara-perkara berikut:

1. Model 6 Bulan Khatam Al-Quran dan Model Tasmik Khatam Al-Quran a. Matlamat kedua-dua model tersebut dibina untuk dilaksanakan di sekolah rendah. b. Mendapatkan maklumat terperinci mengenai pelaksanaan kedua-dua model terebut. c. Penyediaan dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) d. Bentuk bahan bantu mengajar yang biasa digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kedua-dua model tersebut. 2. Penilaian : Bagaimana guru menyimpan rekod pencapaian murid dalam Tilawah AlQuran. 3. Ulasan terhadap pelaksanaan kedua-dua model tersebut.

Tuagasan ini merupakan satu bentuk latihan bertujuan memberikan pendedahan dan kefahaman kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru.Tugasan ini memberi peluang kepada pelajar membina pengetahuan dan pengalaman baru, iaitu sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru dalam dan luar bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

Prosedur Pelaksanaan Tugasan

1. PQE3102 Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dialksanakan selama seminggu di sekolah yang telah ditetapkan oleh IPG masing-masing paa minggu kesembilan, iaitu seminggu selepas cuti pertengahan semester kedua 2013. 2. Penempatan pelajar ke sekolah ditetapkan oleh Unit Praktikum IPG masing-masing. 3. Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan memaklumkan kepada pengarah IPG dan Guru Besar jika tidak dapat hadir ke sekolah. 4. Membuat pemerhatian dan mendokumentasikan segala hasil tugasan secara berterusan berdasarkan tajuk tugasan yang diberikan. 5. Menyerahkan hasil tugasan PBS kepada jabatan mata pelajaran elektif berkaitan masa dan tarikh yang ditetapkan.

Format Penulisan 1. Laporan tugasan dibuat secara bertulis 2. Panjang tugasan lebih kurang 2-3 muka surat 3. Menggunakan Font Arial saiz 11 jarak 1.5 4. Kertas A4 dalam bentuk portrait.

You might also like