You are on page 1of 3

MINIT CURAI PENATARAN MANUAL PENGOPERASIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA

PENGGILIRAN KEPADA GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH KUBANG PASU

HARI : ISNIN
TARIKH : 18 OKTOBER 2021
MASA 2.30 PETANG,
DI SAMPAIKAN OLEH : PN MASNI BINTI ABDULLAH ( PENOLONG PENGAWAI PPDKP )

Pengoperasian Kehadiran Murid Secara Pengiliran

1. Perlu di bahagikan kepada 2 kumpulan , kumpulan A dan kumpulan B

2. Satu kumpulan terdiri daripada 50 % murid. Murid tidak boleh mengubah minggu yang telah

ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika murid tidak hadir pada minggu bersemuka yang telah ditetapkan

oleh pihak sekolah . Murid tersebut tidak dibenarkan mengantikan pada minggu beliau kelas secara

PdPR secara sendiri.

3. Kumpulan A minggu pertama PdP secara bersemuka manakala kumpulan B PdPR secara sendiri.

4. Kumpulan B minggu kedua Pdp secara bersemuka manakala kumpulan A PdPR secara sendiri.

5. PdPR secara sendiri di rumah guru perlu membekal bahan kepada murid tersebut pada hari akhir

minggu bersemuka kepada murid.

6. PdPR secara sendiri

- Membuat latihan/ tugasan untuk pengukuhan dan pengayaan


- Persediaan untuk pembelajaran minggu berikutnya.

Kaedah Pembelajaran

1. Dua atau lebih topik yang bersesuaian boleh digabungkan dalam tempoh 2 minggu pembelajaran
untuk memastikan kandungan kurikulum dapat diselesaikan .

2. Mengambil kira kandungan kurikulum mata pelajaran yang ditetapakan dan penguasaan
pembelajaran murid sepanjang tempoh PdPR.

3. Murid perlu membuat jadual pembelajaran secara sendiri pada minggu PdPR secara sendiri.
Tanggungjawab Guru Besar/ Penolong Kanan Kurikulum

1. Merancang pelaksanaan PdP secara penggiliran

- agihan guru
- jadual waktu
- pembahagian kelas
- bahan pembelajaran

2. Membimbing guru dalam melaksanakan PdP secara penggiliran

3. Memastikan guru menyediakan dan menyerahkan bahan pembelajaran secara sendiri murid semasa

murid berada di sekolah pada hari akhir sesi PdP di sekolah setiap minggu . Bahan pembelajaran yang

disediakan mestila bersesuaian dan tidak membebankan murid.

4. Memantau dan melaksanakan penambahbaikan PdP secara penggiliran dari semasa ke semasa.

5. Mengadakan aktivti PLC bagi membantu meningkatkan kefahaman dan kemahiran guru dalam

pelaksanaan PdP secara penggiliran.

6. Mengadakan sesi libat urus dengan ibu bapa /penjaga mengenai pelaksanaan PdP secara penggiliran.

Tanggungjawab Guru

1. Merancang dan melaksanakan PdP dengan mengambil kira baki kandungan kurikulum mata pelajaran

yang ditetapkan serta penguasaan pembelajaran murid sepanjang tempoh PdPR.

2. Melaksanakan PBD

3. Menyediakan 1 RPH dan menulis catatan di bawah refleksi aktiviti murid secara PdPR secara sendiri.

4. Menyediakan aktiviti dan bahan pembelajaran

5. Menyenaraikan sumber pembelajaran

6. Memberi arahan yang jelas kepada murid yang mengikuti PdPR.

7. Memastikan murid mendapat dan memahami tugasan pembelajaran yang disediakan untuk PdPR

secara sendiri.

8. Menyemak tugasan

9. Memaklumkan kepada ibu bapa /penjaga tentang tugasan pembelajaran yang diberikan kepada

murid
Tanggungjawab Murid

1. Hadir bergilir-gilir secara mingguan dan mengikut jadual waktu yang disediakan.

2. Mendapatkan bahan,tugasan dan penjelasan guru mata pelajaran untuk PdPR sendiri di rumah.

3. Merancang masa belajar untuk menyekesaikan tugasan yang diberikan guru.

4. Membuat persediaanuntuk sesi PdP secara bersemuka di sekolah pada minggu berikutnya.

Tanggungjawab ibu bapa/penjaga

1. Memastika anak-anak jagaan hadir ke sekolah mengikut jadual penggiliran yang disediakan oleh pihak

sekolah.

2. Memastikan anak-anak jagaan melaksanakan tugasan/aktivti PdPR secara sendiri yang disediakan

guru.

3. Membantu anak/anak jagaan mendapat maklumat berkaitan tugasan dengan sesi PdPR secara sendiri

bersama-sama guru-guru ataupun arahan /tugasan /kerja rumah yang diberikan guru.

4. Berkomunikasi dengan guru dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat pembelajaran

anak/anak jagaan seperti jadual waktu atau perkembangan pembelajaran.

5. Memberi kerjasama yang berterusan terhadap aktivti yang dilaksanakan oleh pihan sekolah.

Disediakan oleh,

………………………………

( NORDIN BIN YEN )

Turut Hadir :
Pn Rosmawati Binti Mamat
Pn Solehah binti Zakaria
Pn Zabedah Binti Idris

You might also like