You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT KUMPULAN MENINGKATKAN MUTU KERJA (KMK)

BIL 12/ 2021


SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LURAH BILUT,
28800 LURAH BILUT, BENTONG, PAHANG.

TARIKH : 22/10/2021
MASA : 3.00 petang
TEMPAT : Secara dalam talian GOOGLE MEET
http://meet.google.com/ewe-pwmc-pfm
KEHADIRAN :

1. Puan Romahanie binti Abdul Ghani - GPK Pentadbiran


2. Encik Mohd Nazim bin Mohd Iderus - GPK Hem
3. Encik Mohd Saiful Bahri bin Ramli
4. Encik Ramhuzaimi Bin Abdul Rahman
5. Encik Ahmad Asyraf bin Yahya
6. Encik Mohammad Rapi bin Abdullah Shahaimi
7. Encik Mohd Yusof bin Seman
8. Encik Nawi bin Pungut
9. Encik Mohd Rizal bin Harun
10. Tuan Syed Samsul Kahar bin Syed Ibrahim
11. Encik Omar bin Mohamad Ramli
12. Puan Roslawati binti Baharom
13. Puan Hajah Zubaidah binti Hamzah
14. Puan Hanisah binti Ishak
15. Puan Suryati binti Mansor
16. Puan Naimah binti Abdullah
17. Puan Shazuwani binti Mohamad Nor
18. Puan Noor Aziah binti Ismai
19. Puan Rohaizah binti Badilah
20. Puan Siti Nur Saleha binti Salleh
21. Puan Noor Azikin binti Mat Ali
22. Puan Azlina binti Jantan
23. Puan Nur Maisarah binti Mansor
24. Puan Siti Nur Eishah binti Shahbudin
25. Puan Suhainiza binti Mat Ali

Tidak hadir bersebab :

1. Puan Julaila binti Jantan


2. Encik Mohd Rosdhi bin Mohd Sidek
3. Encik Mohd Rosdi bin Othman
4. Encik Mohd Yasim bin Jusoh
5. Puan Norhafizan binti Mat Jidin
6. Puan Hafizah binti Mohmood@Mohammed

AGENDA
1. Ucapan alu-aluan pengerusi
2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat guru kali ke-11
3. Perkara berbangkit
4. Taklimat pengoperasian sekolah
5. KPM perkasaku
6. Pentadbiran
7. HEM
8. Hal-hal lain
1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbir dan


semua guru yang dapat bersemuka dalam Mesyuarat KMK Bil.12/2021
secara atas talian ini.

2.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat guru kali ke-11

Disahkan oleh : Encik Mohd Yusof bin Seman


Disokong oleh : Puan Suryati binti Mansor

3.0 Perkara berbangkit

3.1 Teguran tentang format penulisan minit mesyuarat oleh GPK 1 :-


Mesti dicatat tindakan dan menggunakan bahasa yang standard.

3.2 Merujuk kepada perkara 3.3 Penyampaian hadiah sempena Bulan


Kemerdekaan akan disampaikan apabila sesi persekolahan secara
bersemuka bermula.

3.2 Merujuk kepada perkara 3.4 Seramai 42 orang murid telah menerima
suntikan vaksin

Tindakan: Makluman semua guru

3.3 Merujuk kepada perkara 4.1 Teguran tentang pembetulan ayat untuk
tindakan Encik Ramhuzaimi Bin Abdul Rahman

Tindakan: Guru Pemulihan Khas


4.0 Taklimat Pengoperasian Sekolah – GPK Pentadbiran

4.1 Kehadiran Murid


4.1.1 Kehadiran murid adalah secara berperingkat bermula 3 Oktober
mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara(PPN) 2021.
4.1.2 Murid akan hadir secara bergilir iaitu pada minggu pertama, PDP di
sekolah secara bersemuka untuk kumpulan A dan PdPr di rumah
untuk murid Kumpulan B.

4.2 Kaedah penggiliran murid


Seperti yang dibentangkan oleh GPK HEM (rujuk perkara 7.2).

4.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Secara Penggiliran


4.3.1 Minggu Pertama
4.3.1.1 Kumpulan A - Murid Pdp di sekolah dengan hadir ke
sekolah dan guru mengajar bersemuka seperti biasa pada
minggu pertama.
4.3.1.2 Kumpulan B - Murid PdPr belajar secara kendiri (sekolah
tidak akan sediakan jadual waktu khusus) tetapi murid diberi
tugasan latihan pengukuhan ataupun pengayaan sebagai
persediaan untuk Pdp secara bersemuka pada minggu
kedua dengan bantuan ibu bapa dan bertanya kepada guru
secara peribadi sekiranya kurang jelas.

4.3.2 Minggu Kedua


Kumpulan A - Murid PdPr belajar secara kendiri di rumah dan
Kumpulan B - Murid Pdp hadir ke sekolah secara bersemuka
dengan topik yang sama cuma berbeza dari segi kaedah dan
aktiviti kerana murid kumpulan B sudah mempunyai pengetahuan
sedia ada tentang topik kerana telah diberi latihan pengukuhan dan
pengayaan oleh guru pada minggu pertama tadi.
4.3.3 Kaedah Pembelajaran
4.3.3.1 PdP di sekolah, guru boleh menggabungkan satu atau dua
topik.
4.3.3.2 Topik yang sama juga diberikan kepada murid di rumah
supaya mereka dapat membuat persediaan untuk belajar
secara bersemuka pada minggu seterusnya
4.3.3.3 Guru perlu sediakan topik untuk minggu seterusnya kepada
murid bersemuka sebagai persediaan belajar kendiri di
rumah pada minggu seterusnya.
Tindakan : Makluman semua guru

4.4 Tanggungjawab Guru


4.4.1 Merancang, melaksanakan PdP serta mentaksir murid dengan
mengambil kira baki kandungan kurikulum mata pelajaran yang
ditetapkan.
4.4.2 Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada murid yang
hadir secara bersemuka (PdP) di sekolah sahaja.
4.4.3 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi minggu pertama dan
kedua adalah sama dari segi tajuk, kemahiran dan objektif tetapi
berbeza dari segi kaedah pelaksanaan aktiviti.
4.4.4 RPH pada bahagian refleksi perlu ada penambahan dengan
mencatatkan tugasan murid yang belajar secara kendiri di rumah
serta menyenaraikan sumber pembelajaran yang boleh digunakan
oleh murid dengan arahan yang jelas.
4.4.5 Memastikan murid mendapat dan memahami tugasan
pembelajaran.
4.4.6 Memaklumkan ibu bapa/penjaga tentang tugasan pembelajaran
yang diberi kepada murid di dalam kelas melalui applikasi ‘what’s
app’.
4.4.7 Membantu murid merancang Jadual Pembelajaran secara Sendiri
Murid di rumah seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 1 sebagai
contoh.
Tindakan : Makluman semua guru
5.0 KPM perkasaku
KIV
Tindakan: Makluman semua guru
6.0 Pentadbiran – GPK Pentadbiran

6.1 Pentaksiran Bilik Darjah PBD Tahun 6


Guru perlu mengisi PBD akhir tahun selewat-lewatnya pada hari Ahad
kerana slip akan dicetak dan diserahkan kepada murid pada hari Isnin dan
sekiranya tidak diubah maka keputusan murid akan kekal seperti data
awal PBD tersebut.
Tindakan : Guru Tahun 6

6.2 Jadual
6.2.1 Jadual PdP telah diedarkan kepada guru untuk Tahap 1 dan guru
diminta edarkan kepada murid kecuali untuk Tahap 2 kerana ada
sedikit perubahan pada jadual tersebut.
6.2.2 Semasa PdP dijalankan, murid tahap 2 tetap belajar secara PdPr di
rumah seperti biasa
6.2.3 Jadual PdPr adalah kekal sama dan pelaporan SPdPr perlu
diteruskan seperti biasa untuk Tahap 2 sahaja sehinggalah
pembelajaran secara bersemuka sepenuhnya pada 01.11.2021.

Tindakan : Makluman semua guru

6.2.4 Senarai Nama Jadual Penggiliran Kelas perlu dihantar dan


dimaklumkan dalam applikasi ‘what’s app’ kelas masing-masing
selewat-lewatnya pada hari Sabtu 23.11.2021.
Tindakan : Guru kelas
7.0 Pembukaan Sekolah Tahap 1 – GPK HEM

7.1 Prosedur Operasi Standard (SOP)


7.1.1 Mengimbas suhu di pintu pagar sekolah
7.1.2 Mengambil kedatangan di kelas
7.1.3 Mengambil pesanan makanan murid (bagi yang tidak dapat RMT)
7.1.4 Guru kelas perlu mendapatkan jumlah murid yang mendapat RMT
mengikut kumpulan murid yang hadir secara penggiliran pada
minggu tersebut dan murid RMT yang tidak hadir akan diganti oleh
murid lain.
7.1.5 Pengawasan murid semasa rehat pada minggu pertama
persekolahan akan dikawal oleh guru mata pelajaran untuk 15 minit
awal sebelum rehat dan 15 minit selepas rehat (guru Tahap 2 yang
tidak terlibat dengan PdP akan diminta menggantikan sekiranya
guru mata pelajaran terbabit kelasnya berterusan).
7.1.6 Waktu pulang murid akan diiringi oleh guru mata pelajaran akhir ke
pintu pagar sekolah.
7.1.7 Guru yang bertugas pada minggu hadapan (25.10.2021) adalah
guru yang sama bertugas pada minggu ke 36 (semak senarai guru
bertugas mingguan).
7.1.8 Guru bertugas mingguan perlu ambil bancian kedatangan murid,
RMT dan pesanan makanan.
Tindakan: Makluman semua guru

7.2 Penggiliran murid terdiri daripada:-


7.2.1 Kumpulan A – terdiri daripada murid-murid Melayu
7.2.2 Kumpulan B – terdiri daripada murid-murid Orang Asli (OA) kecuali
kelas Tahun 6.
7.2.3 Rasionalnya, pembahagian ini adalah untuk memudahkan murid
OA dari segi pengangkutan pergi dan pulang dari sekolah dan
mengelakkan kekeliruan tentang kehdiran secara penggiliran ke
sekolah.
7.2.4 Penggiliran untuk minggu pertama (25.10.2021) akan dimulakan
dengan Kumpulan A kemudian minggu kedua (01.11.2021) diikuti
dengan murid dari Kumpulan B.
7.2.5 Guru kelas perlu pastikan pembahagian nama murid perlu
diletakkan penggiliran yang sama kumpulan dengan adik beradik
mereka.
Tindakan: Guru Kelas

7.3 Kehadiran
7.3.1 Tidak lagi perlu diisi dalam sistem kehadiran sPdPr tetapi perlu diisi
dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM).
7.3.1 Murid yang mengikuti PdPr semasa penggiliran juga dianggap
hadir 100 peratus, cuma murid yang bersemuka sahaja akan dikira
tidak hadir sekiranya gagal hadir ke sekolah mengikut jadual
penggiliran kumpulan masing-masing.
7.3.2 Guru kelas diminta memastikan APDM dikemaskini.
7.3.3 En. Saiful bertanya tentang kehadiran murid Tahap 2 dan GPK
HEM menerangkan tarikh kehadiran murid Tahap 2 secara
penggiliran bermula pada 01.11.2021 bermula dengan Kumpulan
B.
Tindakan: Guru Kelas

8.0 Hal-hal Lain

8.1 En. Mohd Yusof – Jadual Bahasa Arab Tahap 2 hanya satu masa dan
bukan 3 masa.

8.2 GPK Pentadbiran menerangkan tentang kesilapan pada jadual Bahasa


Arab dan guru diminta tidak mengedarkannya kepada murid Tahap 2
sehingga jadual baharu yang akan dimurnikan dan dikeluarkan untuk
kegunaan pada minggu hadapan sepenuhnya.
8.3 GPK Pentadbiran – RPH perlu dihantar melalui e-RPH dalam bentuk RPH
yang lengkap melalui applikasi Google Classroom tanpa dicetak dan
dihantar dalam bentuk ‘ hard copy’ kecuali untuk simpanan dan rujukan
guru masing-masing.

8.4 GPK Pentadbiran – Buku keberadaan murid masih digunakan sebagai


eviden untuk kelas.

8.5 Guru kelas 2 Bestari diambil alih oleh Cik Aina buat sementara waktu
dengan dibantu oleh Pn. Roslawati.

8.6 En. Mohd Saiful Bahri –Video Penggunaan KIT COVID perlu dihebahkan
kepada semua murid sebelum pembukaan rasmi sekolah oleh guru kelas.

8.7 En. Ramhuzaimi mencadangkan video tersebut perlu disebarkan bermula


hari Jumaat selama tiga hari berturut-turut sebagai peringatan kepada ibu
bapa/penjaga dan murid-murid.

8.6 GPK Pentadbiran memaklumkan Puan Guru Besar tidak dapat hadir pada
mesyuarat hari ini kerana beliau terpaksa menghadiri mesyuarat bersama
PPD.

Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan Surah Al Asr dan Tasbih Kaffarah pada jam
3.50 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. …………………………….
(NOOR AZIAH BINTI ISMAIL) (JULAILA BINTI JANTAN)
Guru Bertugas Mingguan Guru Besar
SK FELDA Lurah Bilut SK FELDA Lurah Bilut
Lampiran 1 (perkara 4.4.7)

You might also like