You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN

44300 BATANG KALI SELANGOR

MINIT CURAI

A. BUTIRAN LAPORAN:

BIL MAKLUMAT PROGRAM

Perkara Kursus Orientasi Mata Pelajaran Pendidikan Sivik Kepada Guru-Guru


Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor Tahun 2019
1.

2. Penceramah

Tarikh 21 Mei 2019

4. Masa 8.00 – 3.30 petang

Tempat
5.
SMK TAMAN BUNGA RAYA 1 , BUKIT BERUNTUNG

Nama Guru Pelapor


6. ENCIK MOHD.AJMA’AIN BIN MOHAMED NOOR
B. PERKARA YANG DIBINCANGKAN

SLOT PERKARA
1. Taklimat oleh

- Cetusan Idea dari titah DYMM Yang DiPertuan Agong agar Pendidikan Sivik
diperkenalkan semula di sekolah. Sehubungan itu, KPM telah menyahut dan mengambil
keputusan untuk merealisasikan titah DYMM Yang DiPertuan Agong tersebut.
- Pendidikan Sivik akan diajar secara penyatuan mulai Jun 2019.
- Kaedah Pelaksanaan:
- Pendidikan Sivik ini bukanlah satu matappelajaran tetapi ianya diajar melalui kaedah
penyatuan.
- Sasaran ialah kepada murid Sekolah Rendah dan Menengah termasuk Kelas Prasekolah
dan Pendidikan Khas.
- Penyatuan ini melibatkan lima matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah,
Pend Islam dan Moral.
- Dilaksanakan pada minggu ke-empat setiap bulan selama satu jam (60 minit) bagi setiap
matapelajaran yang terlibat dan 10 minit semasa Amali Sivik.
- Sekiranya minggu keempat tersebut jatuk kepada cuti sekolah, ianya akan dibawa awal
kehadapan iaitu pada minggu ketiga.
- Bagi mata pelajaran Sejarah yang dipecahkan pembelajarannya kepada 30 minit, guru
akan menyatukan Pend Sivik dalam kedua-dua waktu tersebut dengan RPH yang berbeza.

- Terdapat Empat Nilai Teras yang akan diberi tumpuan dalam Pendidikan Sivik
iaitu;
1. Kasih sayang
2. Hormat - menghormati
3. Bertanggungjawab
4. Kegembiraan
- Keempat-empat nilai tersebut akan dicapai melalui beberapa elemen dalam Pend Sivik ini
iaitu;
Pengetahuan, Sosioemosi dan Tindakan.
- Dilaksanakan bukan sahaja dalam bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah.
- Literasi Sivik ( Dalam Bilik Darjah) yang melibatkan pencapaian objektif pdpc mengikut
unsur Pengetahuan, Sosioemosi dan Tindakan.
- Amali Sivik (Luar Bilik Darjah)- pelaksanaan semasa Perhimpunan Rasmi Sekolah .
Guru Bertugas/ Guru yang dipilih/ Pentadbir bercakap berkenaan salah satu daripada
empat
nilai teras pendidikan sivik kepada semua murid.
Aktiviti Kokurikulum.(dicatat dalam buku aktiviti mingguan kokurikulum).
Program Sekolah – JK melaksanakan program yang bersesuaian dengan nilai teras.
- Nilai teras tersebut akan diulang semula setelah pusingannya selesai
- Setakat ini, pelaksanaanya adalah bagi sesi persekolahan 2019 dan pada sesi 2020 masih
belum ada perkhabaran dan akan dimaklumkan kemudian.

2 Taklimat Penyatuan Pendisikan Sivik dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa


Inggeris, Sejarah, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan Prasekolah.

- Pelaksanaan tidak akan membebankan guru kerana ianya akan bergerak bersama
matapelajaran yang terlibat.
- Tidak akan ada berlakuknya tambahan masa, tiada wujudnya fail baru, tiada DSKP baru
atau melibatkan PCG.
- Pihak BPK telah menyediakan modul yang boleh dibuat rujukan oleh guru yang terlibat
dengan Pendidikan Sivik. Dalam Modul tersebut terkandung examplar bagi setiap
matapelajaran yang terlibat.

-CONTOH RPH PENDIDIKAN SIVIK DALAM


MATAPELAJARAN:…………………..

Mata Pelajaran :
Kelas :
Standard Kandungan :
Standard Pembelajaran :
Nilai Teras :
Tajuk :
Objektif Pembelajaran :
Aktiviti :

Refleksi :
(Rujuk Lampiran yang disediakan bagi melihat kaedah penyediaan RPH)

- Cara penulisan RPH Pend Sivik dalam semua subjek adalah sama sahaja kecuali bagi
mata pelajaran Bahasa Inggeris yang mesti mengikut SOW ( CEFR) yang telah
disediakan oleh KPM.

Pendidikan Sivik di Kelas Prasekolah


3 - Terdapat sedikit perbezaan di kelas Prasekolah yang mana, Pendidikan Sivik ini tidak
terhad di ajar dalam minggu keempat sahaja.
- Nilai Teras Pendidikan Sivik mesti digunakan dalam slot Perbualan Pagi Murid Pra
Sekolah, masa yang diperuntukan ialah selama 10 minit.
- Bagi Penyatuan dengan AP masa yang diperuntukan ialah 30 minit.
- Satu Kursus khas bagi guru-guru prasekolah melaksanakan penyatuan Pendidikan Sivik
dalam AP/ tunjang ini akan diadakan sedikit masa lagi.

- Bengkel
4 - Semua Peserta kursus diberi tugasan bagi menyediakan RPH mengikut subjek yang
terlibat.
- Kumpulan yang terpilih membentangkan hasil RPH yang dibina semasa bengkel.

CATATAN / TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL

1. Maklumkan kepada Guru Besar akan perkara yang ditaklimatkan pada hari ini.
2. Satu Kursus Dalaman akan diadakan kepada semua guru.
3. GPK Pentadbiran akan bertindak sebagai JU Sekolah masing-masing bagi Pendidikan Sivik.
4. Semua Guru yang terlibat mesti memuat turun modul yang disediakan bagi membantu mereka
menjalankan sesi pdpc.

Tarikh Tindakan: 24 Mei 2019

Disediakan oleh: EN MOHD AJMA’AIN BIN MOHAMED NOOR

You might also like