You are on page 1of 1

Berdasarkan kajian kes “Kasihan …Cikgu Hadi”, masalah disiplin telah wujud di

dalam bilik darjah 5 Merah. Pertama sekali, murid-murid kurang memberikan perhatian
semasa Cikgu Hadi sedang menjalankan proses pengajaran. Contohnya, murid-murid
perempuan bercakap antara satu sama lain serta Kieran dan kawan-kawannya bertukar
tempat duduk. Selain itu, murid-murid juga bersifat apati. Mereka tidak menghirau kepada
arahan Cikgu Hadi yang meminta mereka untuk memusingkan kerusi tetapi murid-murid
mengalihkan kerusi ke meja yang lain. Tambahan pula, masalah disiplin dalam kelas ialah
murid-murid mengganggu atau membuli rakan sekelas. Misalnya, Kieran dan kawan-
kawannya telah mengusik Razin, murid berkeperluan khas yang bermasalah pembelajaran
serta Zubir mengejek Lim yang berbadan besar dan memanggilnya dengan nama ejekan.

Bagi mengatasi masalah disiplin di dalam kelas Cikgu Hadi, Model Disiplin Asertif
Canter wajar dilaksanakan. Model ini menekankan penetapan dan penguatkuasaan
peraturan serta memastikan murid dapat mematuhinya dengan tegas. Pada pendapat
saya, Cikgu Hadi perlu menetapkan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik
darjah. Jika murid mematuhi peraturan yang ditetapkan, Guru Hadi harus memberikan
peneguhan seperti pujian dan penghargaan. Sebaliknya, Guru Hadi perlu mengenakan
peneguhan negatif jika murid melanggar peraturan. Cikgu Hadi juga perlu mengendalikan
bilik darjah beliau secara asertif iaitu dengan berkeyakinan dan tegas serta berinteraksi
secara tenang, serius dan konsisten dengan murid.

Seterusnya, Model Akibat Logikal Dreikurs juga perlu dilaksanakan oleh Cikgu
Hadi. Model ini menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid dalam menjaga disiplin bilik darjah. Pada pandangan
saya, Cikgu Hadi harus mengenal pasti punca kepada masalah disiplin bagi murid-murid
dalam darjah 5 Merah. Dengan mengetahui punca, Cikgu Hadi dapat menambahbaikan
beliau sendiri dan seterusnya memikul tanggungjawab dalam pengurusan bilik darjah
bersama-sama murid-muridnya.

Kesimpulannya, Model Disiplin Asertif Canter dan Model Akibat Logikal Dreikurs
perlu dilaksanakan oleh Cikgu Ismail bagi menguruskan masalah disiplin di dalam bilik
darjah 5 Merah bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

You might also like