You are on page 1of 3

2.

0 ANALISIS KRITIS

Berdasarkan situasi dalam tugasan ini, Rizal merupakan seorang pelajar yang
sering melanggar peraturan kelas dan suka mengganggu rakan-rakan semasa proses
P&P dijalankan. Dia bersikap biadap dan tidak mengendahkan teguran gurunya. Kes
tersebut merupakan satu masalah serius yang sering dihadapi oleh pihak sekolah dan
guru di dalam bilik darjah. Model pengurusan disiplin yang saya pilih untuk
menghadapi kes tersebut ialah Model Akibat Logikal Dreikurs. Model ini lebih
mementingkan guru memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid
untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Guru memberi peluang
kepada murid-murid untuk menyuarakan pendapat tentang tingkah laku di dalam bilik
darjah supaya membantu menjaga disiplin bilik darjah dengan efektif.

Seterusnya, model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca bagi
setiap masalah tingkah laku murid di dalam kelas. Selepas guru mengesan punca
tersebut, guru perlu melaksanakan pelbagai strategi untuk membantu murid-murid
supaya dapat membentuk disiplin murid berdasarkan nilai-nilai sosial yang difahami
oleh murid-murid di persekitaran mereka. Menurut Dreikurs (1981), disiplin kendiri
boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah yang demokratik. Selain itu, berdasarkan
Model Akibat Logikal Dreikurs, semua murid perlu dilatih untuk menguasai kawalan
kendiri berdasarkan kepentingan persekitaran terhadap pengurusan disiplin bilik
darjah. Murid-murid yang dapat mengawal diri boleh berfikir secara panjang terhadap
setiap kesan tingkah laku yang dilakukan.

Menurut Dreikurs (1968), semua tingkah laku murid adalah mempunyai


motifnya. Terdapat empat motif utama dalam model ini, iaitu murid ingin mendapatkan
perhatian guru dan rakan-rakan, mencabar kuasa antara guru dan murid, membalas
dendam dan mempamerkan kekurangan. Apabila murid-murid gagal mendapat rasa
kepunyaan, mereka akan cuba melalui pelbagai cara walaupun cara tersebut salah
untuk memenuhi keperluan tersebut. Cara salah tersebut akan menimbulkan tingkah
laku bermasalah murid di dalam bilik darjah. Antaranya, Dreikurs telah mencadangkan
beberapa langkah untuk menangani tingkah laku bermasalah tersebut iaitu, mengenal
pasti motif murid berdasarkan empat motif di atas, membantu murid memahami motif
yang ditunjukkan, membantu murid mengubah matlamat salah kepada matlamat
sebenar, membimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan
membantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya.

Antaranya, motif pertama ialah murid ingin mendapatkan perhatian guru dan
rakan-rakan dengan cara yang salah. Dalam motif ini, murid akan sengaja
membangkitkan kemarahan guru melalui pelbagai cara. Contohnya, Rizal sering tidak
memberi tumpuan semasa guru mengajar dan tidak membuat kerja yang disuruh. DIa
juga sentiasa mengganggu rakan-rakannya dan murid lain yang sedang mengikut
pelajaran. Ketiga-tiga tingkah laku tersebut menunjukkan motif Rizal yang cuba
membangkitkan kemarahan guru untuk mendapatkan perhatian guru. Apabila guru
memberi teguran, murid akan berasa berjaya menarik perhatian guru, maka perbuatan
tersebut akan diulangi. Apabila menghadapi situasi ini, guru perlu menggunakan
pelbagai strategi dengan kreatif untuk menarik perhatian murid-murid lain yang telah
dipengaruhi oleh Rizal. Seterusnya, guru tidak boleh memberi perhatian kepada
tingkah laku Rizal yang diingini. Hal ini kerana apabila Rizal mendapat perhatian
daripada guru terhadap tingkah laku yang diingini, kemungkinan besar tingkah laku
tersebut akan meningkat. Sebaliknya, guru perlu menggunakan pelbagai strategi dan
cara untuk memberi perhatian kepada Rizal yang mendatangkan kesan yang positif.
Oleh itu, guru juga perlu membimbingkan murid untuk memilih cara yang betul untuk
mendapat perhatian guru.

Selain itu, motif seterusnya adalah murid ingin mencabar kuasa antara guru
dan murid. Dalam motif ini, murid-murid akan melanggar peraturan yang ditetapkan
untuk mencabar kewibawaan guru, seperti enggan memberi kerjasama, bersikap degil
dan sebagainya. Motif ini adalah disebabkan oleh tindakan guru bagi murid berasa
tekan dan dipinggir. Contohnya, guru melepaskan emosinya terhadap murid-murid.
Semasa guru memberi kerja kumpulan, Rizal bermula mempengaruhi rakan-rakannya
dengan membina gangguan bagi kelas menjadi riuh-rendah. Apabila Rizal ditegur
oleh guru, dia bersikap biadap dan tidak menerima teguran gurunya dan terus keluar
dari kelas tanpa kebenaran. Kelakuan Rizal tersebut menunjukkan dia mahu
mencabar kewibawaan gurunya, maka dia menunjukkan kelakuan-kelakuan yang
biadap untuk menimbulkan kemarahan guru. Untuk menangani masalah ini, guru tidak
boleh melepaskan kemarahan terhadap Rizal kerana ini akan menambahkan tekanan
terhadap konflik yang dihadapi. Guru perlu sentiasa bertenang dan kenal pasti punca
kelakuan Rizal supaya dapat membantu dia mengubah motifnya. Selain itu, guru perlu
memberitahu Rizal kesan yang akan dihadapi oleh dia apabila dia terus melakukan
tingkah laku tersebut. Guru sendiri juga perlu mempunyai kualiti peribadi yang tinggi
dan dapat mengawal emosi sendiri dengan baik.

Di samping itu, motif seterusnya ialah murid membalas dendam. Motif ini dibina
selepas murid didenda, dia berasa guru bersikap tidak adil dan bersikap autokratik
serta menyimpan dendaman tersebut. Murid yang mempunyai motif ini akan
menunjukkan salah laku lebih serius seperti mencuri, sengaja mencari gaduh dengan
murid-murid lain, merosakkan harta awam dan sebagainya. Murid tersebut akan
dikawal dengan emosi yang negatif. Apabila Rizal ditegur, dia bersikap biadap dan
terus keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran. Kelakuan Rizal sedemikian kerana dia
anggap guru bersikap tidak adil terhadapnya. Dia ingin menunjukkan tidak puas hati
kerana guru tidak menegur murid lain yang terlibat, maka dia keluar kelas tanpa
kebenaran. Dalam situasi tersebut, guru perlu memberi layanan adil terhadap setiap
murid untuk memastikan murid tidak mempunyai perasaan pilih kasih. Contohnya,
guru perlu menegur semua murid yang terlibat tetapi bukan hanya menegur Rizal
sahaja. Selain itu, guru perlu menyedari kelakuan Rizal dan membantu dia untuk
mengesan matlamat dia adalah salah supaya dia tahu akibat daripada tingkah lakunya.

Akhirnya, motif yang terakhir terhadap tingkah laku murid-murid ialah


menunjukkan kekurangan. Motif ini berlaku apabila murid gagal mencapai ketiga-tiga
motif di atas. Dalam motif ini, murid-murid akan mengasingkan diri, enggan
berinteraksi dengan rakan-rakan dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti kelas. Hal ini
kerana mereka menganggap diri adalah seorang yang lemah dan tidak upaya. Oleh
sebab itu, guru perlu kreatif dan motivasi melaksanakan pelbagai strategi supaya
dapat menarik perhatian mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk
menunjukkan keupayaannya. Contohnya, guru boleh sentiasa memotivasi Rizal untuk
belajar dan memberi peluang kepada dia untuk menunjukkan keupayaannya. Hal ini
untuk memberi dia mempunyai perasaan seronok dalam pembelajaran dan boleh
berfokus dalam proses P&P.

You might also like