You are on page 1of 9

KOLEJ VOKASIONAL KUALA

TERENGGANU

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


(TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION DIVISION)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
KURSUS / TRADE TEKNOLOGI PEMBINAAN
TAHAP / LEVEL L1
NO. DAN TAJUK M01 INTRODUCTION TO CONSTRUCTION
MODUL /MODULE NO. AND TECHNOLOGY
TITLE
NO. DAN PERNYATAAN
KOMPETENSI /
03 BUILDING REGULATION AND BY-LAWS
COMPETENCY NO. AND
STATEMENT
OBJEKTIF PENCAPAIAN PERFORMANCE STANDARD
PIAWAIAN / TERMINAL
PERFORMANCE TO COMPLY WITH BUILDING REGULATION AND
OBJECTIVE BY LAWS

No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/3) Muka: 1 Drp:9


Nama Pelatih : Tarikh:

TAJUK : UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PEMBINAAN BANGUNAN

TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelajar berkaitan
undang-undang dan peraturan yang diguna pakai dalam pembinaan bangunan
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/3) Muka: 2 Drp:9
PENERANGAN

1.0 PENGENALAN
Industri pembinaan masa kini dilihat berkembang dengan pesat dan amat
memberangsangkan. Di mana-mana terdapat pembinaan yang akan dibina, sedang
dibina dan yang telah siap dibina. Walau pun perkembangan indusri pembinaan begitu
menggalakkan namun ia tidak boleh lari dari peraturan-peraturan dan undang-undang
bangunan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan. Semua pihak yang
terlibat dalam industri pembinaan ini perlulah mematuhi apa-apa yang terkandung dalam
“Building By law” dan Peraturan bangunan. “ Building By law” dan Peraturan bangunan
adalah undang-undang dan garispanduan bagi menentukan kaedah atau cara apabila
berurusan berkaitan pembinaan dan bangunan. Maka sehubungan dengan itu, setiap
bangunan atau struktur tidak dibenarkan pembinaannya kecuali dengan pematuhan
kepada keperluan-keperluan di bawah kod bangunan dan By law. Dalam keadaan
tertentu, inspektor bangunan boleh menetapkan atau meminta pemilik menetapkan
apakah kaedah atau jenis pembinaan atau bahan yang akan digunakan dalam
pembinaan bangunan atau struktur dengan mematuhi keperluan-keperluan kod
bangunan. Oeh itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada jurubina bangunan mematuhi
keperluan-keperluan yang telah digariskan.

2.0 BUILDING BY LAW


Building by law diperlukan sebagai garis panduan bagi memastikan peraturan dan
undang-undang pembinaan bangunan atau struktur diikuti dan dipatuhi. Tindakan undang-
undang boleh diambil oleh pihak berkuasa tempatan setempat (council) jika berlaku
ketidakpatuhan berasaskan kehendak Building by law.
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/3) Muka: 3 Drp:9
 Building By law adalah dokumen undang-undang yang mengandungi akta-akta
perundangan, kod-kod bangunan dan peraturan-peraturan bangunan yang
mengisytiharkan peraturan berkaitan pembinaan, pindaan, pembaikan atau perobohan
bangunan dan struktur. Artikel 1 dalam ACT of 7 july 1994, Building By Law menyebut;

( The Act – Building Law, hereinafter referred to as “the Act”, shall regulate the activity
which consists in design, construction, maintenance and demolition of building objects and
govern the rules of activity of the public administration authorities in these areas.)

Contoh:
Akta Akta Jalan, Parit & Kuasa PBT berhubung tanggungjawab
133 Bangunan 1974 perancangan jalan, parit dan bangunan di dalam
kawasan pentadbirannya.

Building By Law mengisytiharkan maklumat yang diperlukan untuk diguna bagi permit
bangunan, permit yuran dan keadaan di mana permit bangunan tidak diperlukan.
 Building By Law juga menghuraikan kuasa dan duti inspektor bangunan dan
pengeluaran permit mendiami.

3.0 PERATURAN BANGUNAN


Peraturan bangunan ditafsir sebagai dokumen lampiran bagi menghurai , mentafsir dan
menyokong apa yang termaktub di dalam Building By Law. Ia merupakan satu komponen
dalam building by law. Mana-mana pihak yang hendak melakukan kerja-kerja bangunan
yang tertakluk di bawah Peraturan Bangunan perlu mematuhi peraturan tersebut. Pihak
berkuasa tempatan boleh mengambil tindakan undang-undang jika berlaku perlanggaran
perjanjian dengan merujuk akta yang terkandung dalam Building By Law.
 Peraturan bangunan adalah huraian garis panduan untuk membina bangunan dengan
kaedah yang telah dilulus dan disahkan berdasarkan keperluan dalam Building by Law
 Ia di wujudkan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan manusia yang berada di
dalam dan sekitar semua jenis bangunan.
 Ia mengandungi maklumat berkaitan peraturan-peraturan bangunan dan sistem
kawalan bangunan.
 Ia juga menyediakan pemeliharaan tenaga seperti juga memastikan akses dan fasiliti
bagi OKU mencukupi.
 Peraturan bangunan mengandungi beberapa seksyen yang berurusan dengan definasi
dan prosedur. Ia merancang prinsip-prinsip yang akan disertakan dalam rekabentuk di
mana kerja-kerja bangunan bagi semua jenis bangunan dilaksanakan.
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/3) Muka: 4 Drp:9
 Huraian garis panduan disebut sebagai Keperluan. Keperluan-keperluan yang spesifik
digariskan melalui standard yang diwartakan seperti British Standard (BS) dan
Malaysian Standard (MS).

3.1 Prosedur Peraturan Bangunan


Peraturan Bangunan mengandungi prosedur dan keperluan-keperluan teknikal dalam
proses pembinaan. Ia perlu dipatuhi bagi menghasilkan struktur bangunan yang berkualiti
memenuhi keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan. Peranan Peraturan bangunan ialah :
 Mentafsir jenis bangunan, elektrikal dan perpaipan; dan apakah yang membuatkannya
tertakluk kepada aplikasi Peraturan Bangunan
 Keperluan bahan dan kemahiran kerja
 Keperluan bagi prestasi teknikal dalam kerja bangunan
 Menentukan apakah jenis bangunan dan kerja bangunan yang terkecuali daripada
aplikasi Peraturan Bangunan.
 Menjelaskan yang mana satu kerja yang boleh diperakui dan dikompetenkan oleh
individu yang bertanggungjawab sebagai mematuhi Peraturan Bangunan.
 Mengisytiharkan prosedur pemberitahuan bila kerja bermula, dilaksana dan penyiapan
kerja-kerja bangunan.
 Merancang prosedur commisioning dan pengujian bagi semua perkhidmatan
pemasangan yang baru dilakukan.
 Merancang perincian dan sijil ujian yang perlu disediakan apabila bangunan baru
disiapkan atau diduduki.

4.0 KOD-KOD BANGUNAN


Kod-kod bangunan yang juga komponen dalam building by law adalah satu set peraturan
yang menentukan aras minimum yang boleh diterima terhadap keselamatan objek yang
dibina seperti bangunan dan bukan struktur bangunan. Ia menyediakan garis panduan
keperluan Standard dan spesifikasi bagi rekabentuk komponen struktur atau sistem untuk
kebanyakan jenis bangunan .
Kod bangunan secara umumnya bertanggungjawab terhadap semua isu-isu berkaitan
 Keselamatan
 Perincian arkitek
 Perlindungan kebakaran
 Pemanasan dan penyamanan udara
 Perpaipan dan sanitasi
 Pencahayaan
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/3) Muka: 5 Drp:9

Tujuan utama kod-kod ini adalah untuk melindungi kesihatan awam,keselamatan dan
kebajikan umum yang berkait dengan pembinaan dan pemilikan bangunan dan struktur.
Kod bangunan menjadi undang-undang apabila secara formalnya diluluskan oleh pihak
berkuasa. Lazimnya diaplikasi oleh arkitek dan jurutera dalam urusan pembinaan tetapi
bukan untuk menghadkan cara kerja tetapi bertujuan melindungi keselamatan
awam.Dengan pematuhan Kod dan spesifikasi, binaan struktur lebih teguh dan selamat
didiami orang awam. Dalam urusan kontrak, kod dinyatakan dalam bentuk nombor siri yang
merujuk kepada spesifikasi dan peraturan tertentu.Maka dalam penetapan sesuatu
standard,hanya nombor kod yang dinyatakan dan menjadi tanggungjawab pihak-pihak
terbabit memastikan tafsiran yang tepat dengan merujuk dokumen Building by law.

Beberapa Contoh Kod Bangunan yang dikenal pasti;


Structural work of masonry:
 BS 5628-1:1992 Code of practice for use of masonry. Structural use of
unreinforced masonry.
 BS 5628-2:2000 Code of practice for use of masonry. Structural use of reinforced
and
pre-stressed masonry.
 BS 8103-1:1995 Structural design of low-rise buildings. Code of practice for
stability, site investigation, foundations and ground floor slabs for housing.
Bebarapa keterangan kod amalan dinyatakan dalam ruangan perincian kod bangunan
dibawah.

Skop dalam Kod-kod Bangunan


Kod –kod bangunan biasanya mengandungi keterangan peraturan keperluan,spesifikasi
dan kelayakan .
i. Peraturan berkaitan impak tempat letak kereta dan trafik
ii. Peraturan kod Kebakaran bagi memastikan pengosongan selamat jika berlaku
kebakaran
iii. Keperluan-keperluan bagi rintangan gempa bumi,taufan, puting beliung,banjir dan
tsunami khususnya dalam kawasan yang berisiko atau bagi bangunan besar yang
memerlukan kekuatan dan mengelakkan kegagalan struktur yang boleh
menyebabkan bencana.
iv. Bekalan dan Penggunaan tenaga
v. Spesifikasi Komponen
vi. Kaedah Pemasangan yang dibenarkan
vii. Bilangan minimum dan maksimum bilik dan saiz ruang keluar dan lokasi
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/3) Muka: 6 Drp:9
viii. Kelayakan individu atau syarikat melaksanakan kerja

5.0 PERINCIAN KOD BANGUNAN DAN PERATURAN BANGUNAN

Kaedah pembinaan yang menepati standard adalah menjadi keutamaan dalam industri
pembinaan masa kini.Setiap kaedah yang diguna dan dipraktik perlu merujuk kepada
sesuatu standard yang diwartakan seperti termaktub Building by law dan Kod Bangunan
(komponen penting dalam Building by law) .Beberapa contoh piawaian yang dikenalpasti
termaktub dalam Peraturan Bangunan menguna pakai standard British (BS) dan
Standard Malaysia (MS). Standard pembinaan yang dikenalpasti yang merujuk kepada
Malaysian Standard dan British Standard adalah seperti berikut

Perincian Kod Bangunan - British standard (BS)

BIL KETERANGAN KOD AMALAN BS


BS5395: Part 3:1985
Stair, Ladder and Walkway
1 Rekomendasi bagi rekabentuk tangga Kod amalan untuk rekabentuk jenis
industri,laluan jalan kaki,platform,tangga tetap tangga industri,tangga tetap dan
laluan jalan kaki

2 Berasaskan kepada penetapan gred konkkrit. BSCP110; 1972


Gred konkkrit minimum ditetapkan bagi jenis
elemen yang berbeza: 20N/mm2 bagi konkkrit Kod amalan untuk rekabentuk
bertetulang , 30N/mm2 bagi post-tensioned struktur menggunakan konkrit
prestressed concrete dan 40N/mm2 for pre-
tensioned prestressed concrete.

3 Penetapan minimum 28-hari kekuatan kiub pada BS CP115 ; 1959


6000lb/sq. inch (approximately 41N/mm2) untuk
pre-tensioned concrete dan 4500lb/sq. inch Kod amalan untuk rekabentuk
(approximately 31N/mm2) untuk konkrit post- struktur menggunakan konkrit
tensioned . prategasan untuk pembinaan
bangunan

4 Penetapan tiga konkrit nominal dengan BS P114 ; 1948


bancuhan asas simen:batu baur halus: batu baur
kasar ratio dengan isipadu, 1:1:2, 1:1½:3 and Kod amalan bagi rekabentuk
1:2:4. Minimum 28-hari kekuatan kiub untuk tiga struktur menggunakan konkkrit
bancuhan diberi 4500, 3750 dan 3000lb/sq. inch bertetulang untuk pembinaan
masing-masing (i.e. approximately 31, 26 and bangunan
21N/mm2).

5 Penetapan konkrit gred 5 pada jajaran antara BS CP 116: 1965


Gred A (3000lb/sq. inch atau approximately
21N/mm2) hingga gred E (7500lb/sq. inch atau Kod amalan bgi rekabentuk
approximately 52N/mm2). menggunakan konkrit precast
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/3) Muka: 7 Drp:9

BIL KETERANGAN KOD AMALAN MS


1 Rekomen bagi menggunakan konkrit berstruktur
pada bangunan dan strukturnya tidak termasuk MS 1195 : Part 1 : 1991
jambatan dan konkrit bersturuktur yang dibuat Code of practice for structural use
dengan simen alumina. Rekomendasi bagi of concrete : Part 1 : Design and
kekuatan ini telah disediakan dengan anggapan construction.
yang semua elemen galas beban cth; slab,kolum
dan tembok adalah dibina dari konkrit

2 Berkaitan dengan rasuk yang dibina samada dari MS 415 : Part 1 : 1976
jenis rolled or built-up structural steel sections, Code of practice for composite
dengan atau tanpa encasement konkrit , construction in structural steel and
bertindak sepertimana slab konkrit in –situ . concrete : Part 1: Simply supported
Termasuk simbol untuk diguna dalam pengiraan. beams in buildings.

3 standard yang menentukan struktur MS 1314 : Part 3 : 2004


minimum ,keperluan pengilangan dan keperluan Precast concrete piles : Part 3 :
kualiti bagi kelas M, kelas J and kelas S cerucuk Precast reinforced concrete square
konkrit precast yang mahu diguna kerja-kerja piles (RC piles) Class M, Class J
bangunan dan kejuruteraan sivil and Class .
4 Malaysian Standard meliputi peraturan dan MS 1313 : 1993
maklumat teknikal bagi pelaksanaan projek Code of practice on large
dimana panel prefabricated besar digunakan.Kod prefabricated panels.
ini akan membantu profesional bangunan dalam
industri pembinaan bagi menentukan dokumen
kontrak bagi pembinaan dan pemasangan panel
prefabricated .
5 Bahagian Malaysian Standard ini memberi
MS 1294 : Part 2 : 1993
rekomendasi bagi rekabentuk dan pemasangan
Wall and floor tiling : Part 2 : Code
jubin dinding luaran dan mozek dalam keadaan
of practice for the design and
normal . Ianya berurusan dengan jenis dan kelas
installation of external ceramic wall
latarbelakang dan kesesuaiannya bagi menerima
tiling and mosaics (including terra
jubin menggunakan kaedah yang dihuraikan
cotta and faience slabs).
dalam standard ini.
Malaysian standard (MS)

Perincian Peraturan Bangunan

Dalam urusan tertentu seperti kontrak dan tender, peraturan bangunan dinyatakan dalam
bentuk kod. Kod dinyatakan dalam bentuk nombor siri yang merujuk kepada spesifikasi dan
peraturan tertentu (cth BSP114 ;1948 seperti yang dinyata dalam jadual diatas) .Maka dalam
penetapan sesuatu standard,hanya nombor kod yang dinyatakan dan menjadi tanggungjawab
pihak-pihak terbabit memastikan tafsiran yang tepat dengan merujuk dokumen Building by law

Salah satu peraturan bangunan yang disebut dalam dokumen Building By law adalah seperti
mana berikut (terjemahan dari Uniform Building by Law 1984 G.N.5178/85 muka surat 61):
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/3) Muka: 8 Drp:9
(5) Pintu halang api termasuk kerangka mesti dibina mengikut spesifikasi memenuhi keperluan
FRP apabila diuji selaras dengan seksyen 3 BS 476: 1951
(a) Pintu dan kerangka yang dibina selaras dengan satu daripada spesifikasi berikut hendaklah
dikira memenuhi keperluan untuk pintu yang mempunyai FRP setengah jam:

(i) Pintu satu daun dengan lebar 900mm x 2100mm tinggi maksimum atau pintu dua
daun dengan 1800mm x 2100mm tinggi maksimum dibina dengan kayu solid jenis
keras (hardwood core) tidak kurang dari 37mm dilamina dengan perekat yang
memenuhi samada BS 745 : “Animal Glue” atau BS 1204”Synthetic resin adhesive
(Phenolic and aminoplastic) untuk kayu” part 1.” Gap-filling adhesive “, atau BS
1444,”Cold setting casein glue” untuk kayu,dilapis dengan plywood pada kedua-dua
muka pintu dengan tebal keseluruhan 43mm dengan penyudah sisi dari jalur sisi
kayu padu dipasang mengikut lebar pintu sepenuhnya. Bagi pintu dua daun, dua sisi
bingkai yang bertemu hendaklah dibuat tetingkat dengan kedalaman 12mm atau
boleh juga ditemukan dengan syarat kelegaannya dipastikan pada jarak minimum.
No. Kod : CCCT 101 /MO1/P(1/3) Muka: 9 Drp:9
RUJUKAN:

1. Uniform Building By-laws,1984 International law book service

2. Specifications, Codes and Standards
www.aisc.org/content.aspx?id=2884

3. Building Regulations, Applications and Guidance


www.tmbc.gov.uk/cgi-bin/buildpage.pl?mysql=366

4. Safety Precautions for Construction | eHow.com


www.ehow.com › Business

5. The Safety Precautions in a Construction Industry


wawalker123.hubpages.com › ... › Workplace Ethics

6. MALAYSIAN STANDARD
www.unimap.edu.my/.../184130_MS_ISO_9001_2008_full_pdf.pd

7. SUMMARY: The Building Bylaw sets out regulations regarding the ...


www.kelowna.ca/.../bylaws/Building%20Bylaw,%201993,%20No.%...

8. ACT of 7 July 994 BUILDING LAW


www.paiz.gov.pl/files/?id_plik=7120

You might also like