You are on page 1of 29

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME

TAHAP DAN SEMESTER /


L3 (SEMESTER 3)
LEVEL AND SEMESTER
NO DAN TAJUK UNIT BC-030-3:2013-C09
KOMPETENSI / RESIDENTIAL BUILDING EXTERNAL WORK (PERIMETER
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE DRAIN, FENCING AND GATE)

1. Identify Residential External Work Requirement

2. Prepare Residential External Work Tools, Equipment And


NO. DAN PENYATAAN Materials
AKTIVITI KERJA /
WORK ACTIVITIES NO. 3. Carry Out Perimeter Drainage Work
AND STATEMENT
4. Carry Out Fencing Work And Gate Installation

5. Coordinate Residential Building External Work Inspection

NO. KOD KSKV / KSKV


CODE NO.
Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 29
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C09/P(1/5)

TAJUK / TITLE:

IDENTIFY RESIDENTIAL EXTERNAL WORK REQUIREMENT

TUJUAN / PURPOSE:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh mengenalpasti keperluan kerja-kerja
luar mengikut spesifikasi yang ditetapkan supaya mutu kerja dapat dihasilkan mengikut
piawaian dan standard yang ditetapkan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 29

PENERANGAN / INFORMATION :

Dalam pembinaan bangunan , terdapat pelbagai kerja luar yang perlu disempurnakan
bagi melengkapkan keperluan pembinaannya. Bagi kompetensi ini kerja-kerja luar yang
akan dibincangkan melibatkan beberapa jenis kerja luar yang diantaranya adalah Saliran
Perimeter,Pagar dan Gate dan sistem kumbahan

1. KONTRAK DOKUMEN/ DOCUMENT CONTRACT


Dokumen kontrak boleh ditakrifkan sebagai dokumen bertulis yang mengandungi
perkara-perkara perjanjian pihak-pihak berkontrak. Ia menetapkan dan menghuraikan
termasuk peranan, tanggungjawab dan perihal terperinci mengenai kerja atau
perkhidmatan seperti lukisan, spesifikasi, prosedur, apa-apa syarat lain, dan
sebagainya. Ia harus memasukkan maklumat yang mencukupi untuk dapat
menyelesaikan kerja atau perkhidmatan.
Dokumen-dokumen yang dikenal pasti sebagai dokumen kontrak mesti
ditandatangani oleh pihak-pihak berkontrak. Kewajipan am kontraktor ialah untuk
melaksanakan kerja dengan memenuhi kehendak dokumen kontrak.
Borang-borang standard lazimnya akan menyatakan dokumen-dokumen yang
menjadi sebahagian dari kontrak. Sesetengah borang standard menetapkan dokumen-
dokumen yang terkandung adalah saling menerangkan dan jika apa-apa percanggahan
atau kekeliruan, hendaklah dirujuk kepada arkitek atau jurutera bagi pihak majikan,
untuk mendapatkan putusan. Sesetengah borang standard pula menetapkan, jika
timbul percanggahan antara dokumen-dokumen, keutamaan diberi kepada syarat-
syarat kontrak (dokumen bercetak).

2. ISI KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK


2.1 Lukisan/Drawing
Lukisan-lukisan kontrak adalah sebahgian dari dokumen kontrak. Ia terdiri dari
lukisan-lukisan yang dirujuk semasa penyediaan senarai bahan atau sebagai
penentuan skop kerja bagi kontrak tanpa mengguna senarai bahan dan adalah
terdiri dari lukisan tender yang asal.
Terdapat juga lukisan-lukisan yang diberi kemudiannya yang bertujuan
memberi butir-butir atau huraian lanjutan bagi membolehkan kontraktor
melaksanakan kerja. Kontraktor hendaklah memberi notis dengan memadai
tentang keperluan mendapatkan lukisan dan butir-butir tersebut. Kontraktor
mungkin mendapati lukisan lanjutan atau terperinci ini sangat berbeza dari apa
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 29

yang dijangkakan dan ini boleh manjadi alasan baginya membuat tuntutan di
bawah perubahan kerja.

Lukisan kontrak biasanya terdiri dari lukisan-lukisan berskala kecil yang


menunjukkan pelan-pelan, pandang sisi dan bangunan dan pelan tapak.
Secara am, skala yang digunakan oleh arkitek untuk lukisan-lukisan adalah
seperti berikut:

Pelan tapak 1:400 atau 1:200 bergantung


Kepada saiz tapak
Pelan bangunan, peladang sisi 1:100
dan seksyen
Butir-butir (perincian bahagian 1:25, 1:10
bangunan yang dilukis dalam
skala besar bagi menunjukkan
ciri-ciri pembinaan)
Butir-butir bagi kerja tanggam 1:5 atau 1:25
dan kemasan

Jadual 1 : Skala Lukisan


2.2 Spesifikasi
Semua maklumat lanjut berkaitan dengan kaedah kerja-kerja pemasangan
bumbung dan bahan –bahan yang diperlukan terkandung dalam dokumen
spesifikasi. Ia merupakan penetapan yang perlu dipatuhi oleh kontraktor..
Contoh Jadual Spesifikasi yang dipetik dari Standard Specification For Building
Work – JKR

Perkara Keterangan Spesifikasi


Petikan section K- plumbing and sanitary installation m/s 87
1.2 Pipe Work
1.2.1 Pipework for water supply plumbing shall be to the
1. Water supply
dimension shown or as specified hereinafter and shall be
Plumbing
complete wit all bend, tees,
socket,plugs,reducer,bracket,supports and everything else
necessary to complete thhe installation

1.2.2 Unless stated or shown otherwise, water supply


pipeworks in distribution pipes above ground shall be
executed in approved Class ‘B’ galvanized mild steel tubing
and fitting to BS 1387. All service pipe,pump delivery
pipework and pipework below ground level shall be in class
‘C’ galvanized mild steel tubing
Jadual 2 : Contoh Jadual Spesifikasi

2.3 Senarai Kuantiti/Bill of Quantities


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 29

Senarai Kuantiti atau Bill Of Quantity (BQ) adalah senarai bahan


terperinci projek yang diukur dari item kerja yang dihasilkan oleh Juruukur
Bahan melalui pengukuran yang dibuat ke atas lukisan yang disediakan oleh
perunding Arkitek atau Jurutera Awam. Dalam dokumen kontrak senarai
kuantiti ini menyatakan jumlah harga setiap bahan dan kerja-kerja yang telah
ditetapkan yang telah di isi oleh kontraktor yang layak.
Senarai kuantiti yang lengkap bukan sahaja perlu mengandungi semua
benda binaan, tetapi hendaklah juga mengandungi peruntukkan untuk loji,
mesin-mesin, kerja sementara dan perbelanjaan bagi insurans yuran, bayaran
air, elektrik, telefon dan lain-lain lagi.

2.4 Kos
Kos merupakan satu sumber yang diambilkira dalam memenuhi syarat
penghasilan sesuatu produk. Dalam erti kata lain, seorang jurutera perlulah
menimbangkan sebarang penglibatan kos-kos yang diperuntukkan untuk
produk yang akan dihasilkannya.
i. Peruntukkan kos-kos ini boleh diambilkira berdasarkan faktor-faktor
yang akan mempengaruhi perjalanan penghasilan produk yang terlibat.
ii. Kegagalan atau kesilapan dalam pengiraan kos anggaran ,menyebab
perlaksanaan dan penyiapan pemasangan akan terganggu.

Faktor-faktor yang melibatkan proses pengiraan kos


i. Kos bahan mentah.
ii. Kos buruh
iii. Kos proses
iv. Kos komponen yang terlibat.
v. Kos peralatan
vi. Kos bebanan
vii. Kos pembangunan.
viii. Kos lain-lain

2.5 Tempoh masa/Duration


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 29

Tempoh siap kerja seperti yang ditetapkan mengikut perjanjian tender dan
terma-terma yang dipersetujui antara pihak kontraktor dan pihak kerajaan.
Sekiranya pihak kontraktor tidak mematuhi tempoh penyiapan seperti yang
ditetapkan ia perlu mengemukakan permohonan perakuan kelambatan dan
lanjutan masa penyiapan dengan alasan yang berpatutan. Secara amnya,
kontraktor berhak mendapat lanjutan masa sekiranya kerajaan yang
menyumbang kepada kelewatan tersebut atau sebab-sebab kelambatannya
adalah diluar kawalannya.

MINGGU/BULAN
ETERANGAN KERJA JANUARI FEBRUARI MAC APRIL
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1 Menjalankan Penyiasatan
Tapak

2 Pra Pembinaan / Pra


Kondisi Survey

3 Merancang tanda & Kerja-


kerja Penggalian

4 pemasangan paip-paip
sanitari,saliran dan
kumbahan

Kerja-kerja Menimbun
5 Tanah

Jadual 3 : Jadual Tempoh Masa

3. LUKISAN PEMBINAAN YANG DILULUSKAN


3.1 Lukisan/pelan mekanikal dan elektrikal
Lukisan mekanikal dan Elektrikal yang lengkap adalah menjadi sebahagian
daripada lukisan pembinaan yang boleh digunakan untuk permohonan permit
bangunan
Lukisan yang memaparkan struktur sistem komplek dan maklumat berkaitan
ventilasi, pemanasan, penyejukan udara dan sistem pemadam kebakaran.
Ia adalah alat yang berkesan bagi membantu menganalisa sistem yang komplek.
Lukisan ini lazimnya dilengkapi dengan set lukisan butiran yang digunakan untuk
projek –projek pembinaan dan semua kerja melibatkan HVAC. Pelan mekanikal
yang lengkap akan menjadi sebahagian lukisan pembinaan yang diperlukan untuk
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 29

digunakan bahi memohon permit bangunan.la juga diguna untuk menentukan


harga projek.

i. Pelan/Lukisan Penyaman Udara


a. Lukisan Penyamanan Udara adalah terkandung dalam lukisan sistem
mekanikal.
b. Ianya merupakan lukisan teknikal yang menjelaskan maklumat tentang
pemanasan, ventilasi dan penyamanan udara. Lukisan ini sering
digunakan untuk projek pembinaan bagi keperluan kerja-kerja HVAC
(heating, ventilation, and air conditioning).
c. Diantara lukisan yang menjadi set bagi Lukisan Penyamanan adalah:
 Lukisan skematik
 Lukisan Butiran
 Lukisan pemasangan
 Lukisan rekod
d. Rajah 1 dibawah menunjukkan pelan pemasangan airconditioning

Rajah 1 : Pelan Aircondition indoor unit danpendawaian elektrik untuk


aircondition outdoor unit
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 29

ii. Pelan/Lukisan Pemadam api


Lukisan pemadaman kebakaran menjadi sebahagian lukisan pembinaan yang
perlu diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Lukisan ini menjelaskan laluan keselamatan , pintu –pintu tahan api/panas,
ruang pengumpulan jika berlaku kebakaran
Mengandungi keterangan set lengkap sistem kebakaran aktif seperti
a. Hose Reel
b. Dry Riser
c. Sprinkler
d. Loceng keselamatan
e. Pengesan haba dan asap

iii. Pelan Elektrikal


a. Pelan elektrikal adalah sejenis lukisan teknikal yang menunjukkan maklumat
tentang kuasa, pencahayaan dan komunikasi untuk projek kejuruteraan
atau arkitektual. Sebarang lukisan kerja elektrikal , mengandungi garisan,
simbol, dimensi dan notis bagi menyampaikan secara tepat rekabentuk
kejuruteraan kepada pekerja yang memasang sistem elektrikal di tempat
kerja.
b. Lukisan ini berfungsi untuk menjelaskan kandungan sesuatu pemasangan
elektrik.
c. Lukisan kerja yang lengkap bagi sistem elektrikal keseluruhan dalam projek
besar biasanya mengandungi
• Pelan plot yang menunjukkan lokasi bangunan dan pendawaian
elektrikal sebelah luar
• Pelan lantai/pelan aras yang menunjukkan lokasi sistem elektrikal bagi
setiap aras
• Gambarajah power-riser menunjukkan papan panel
• Gambarajah pendawaian kawalan
• Jadual dan maklumat-maklumat lain yang mengganbungkan dengan
lukisan pembinaan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 29

Rajah 3: Contoh Lukisan Elektrik

3.2 Lukisan Bangunan


Pelan bangunan adalah lukisan teknikal yang dilukis secara terpeinci dilukis oleh
pelukis pelan selalunya menggunakan menggunakan program AutoCad. Pelan
yang telah siap dilukis akan dicetak kepada tracing paper yang bersaiz A1.
Daripada tracing paper akan dicetak pula menggunakan kaedah blue print
sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Majlis Daerah di seluruh Negara.
Pelan yang biasa kita lihat dipanggil construction drawing semuanya dibuat dalam
bentuk blue print.Lukisan bangunan melibatkan pelan struktur, pelan arkitek dan
pelan perpaipan dalaman

i. Pelan struktur
a. Pelan Struktur adalah sejenis lukisan kejuruteraan atau set pelan yang
menunjukkan bagaimana bangunan atau struktur akan dibina.
b. Ia merupakan dokumen yang boleh memajukan atau mengembangkan
konsep senibina dengan menetapkan bentuk dan posisi semua bahagian
struktur. Dengan ini akan membolehkan pembinaan struktur dijalankan di
tapak bina.
c. Set lukisan struktur mengandungi pelan asas dan butiran, pelan kerangka dan
butiran, butiran keratan tembok, kolum dan rasuk serta lain-lain pelan, keratin,
butiran dan jadual yang diperlukan untuk menjelaskan komponen struktur atau
bangunan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 29

Rajah 2 : Lukisan Struktur

ii. Pelan arkitek


Pelan arkitek menggambarkan rekabentuk sesebuah rumah di mana di
tunjukkan dengan terpeinci berkenaan dengan ukuran, bahan yang digunakan,
rekabentuk bumbung, sistem bekalan air / letrik, kedudukan rumah di dalam lot
tapak rumah dan lain-lain. Pelan arkitek terutamanya pelan lokasi, pelan kunci
dan pelan tapak akan diserahkan terlebih dahulu ke Jabatan Perancang Bandar
bagi tujuan penyemakan dan mendapatkan kelulusan dari jabatan tersebut.
Pelan arkitek mengandungi:-
a) Pelan lantai
Mengandungi Pelan Tingkat Bawah, Tingkat Atas dan seterusnya serta
Pelan Bumbung
b) Pelan pandangan
Menunjukkan dengan jelas pandangan rupa bentuk bangunan yg dilukis
seperti Pandangan Hadapan, Belakang, Kiri & Kanan.
c) Pelan keratan
Menunjukkan keratan bangunan yg dibina bagi menunjukkan ruang
dalaman sesebuah bangunan yang di bina
d) Pelan lokasi
Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek didalam lingkungan
taman perumahan atau kawasan kediaman berhampiran di mana pelan
akan ditunjukkan dalam skala 1: 1200, 1:1300, 1:1500 dan sebagainya.
e) Pelan kunci
Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek atau tapak pembinan
yg selalunya dalam radius 5km dari tapak projek.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 29

f) Pelan tapak
Mengandungi perincian yg lebih jelas berkenaan tapak rumah serta
bangunan berhampiran dengan skala kebiasaan 1:200, 1:300.

Rajah 2 : Pelan Arkitek

iii. Pelan perpaipan dalaman


Pelan perpaipan dalaman menunjukkan lukisan/pelan susunatur sistem
bekalan air paip dan sistem sanitari iaitu susunatur kelengkapan dapur serta
bilik air dan sistem kumbahan.
Lazimnya lukisan perpaipan mengandungi lukisan sistem bekalan air, sistem
saliran, ,sistem pengairan dan sistem air rebut. Dalam lukisan sistem bekalan
air, terdapat sistem perpaipan air panas dan air sejuk serta paipan kembali air
panas (hot water return piping)
Diantara lukisan yang menjadi set bagi Lukisan Perpaipan adalah:
a. Lukisan skematik
b. Lukisan Butiran
c. Lukisan pemasangan
d. Lukisan rekod
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of 29

Rajah 3 : Pelan Perpaipan Dalaman

iv. Pelan Sistem Pembetungan/Kumbahan


Bagi melengkapkan keperluan dalam urursan pembinaan bangunan, pelan
perpaipan dan pembetungan perlu disediakan. Pelan-pelan yang perlu
disediakan termasuklah pelan sistem pembetungan/kumbahan. Lukisan
pembetungan /kumbahan ini adalah bertujuan untuk mengawalselia
pembinaan sistem pembetungan melalui penetapan spesifikasi di dalam
lukisan teknikal tersebut selaras dengan peruntukan Seksyen 45 (1) dan
Seksyen 46 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
Pelan pembentungan menunjukkan sistem pembetungan lengkap
bagi sesebuah rumah atau bangunan. Pelan ini menjelaskan kedudukan
lokasi, saiz dan jenis semua kelengkapan perpaipan dan pembetungan.
Pelan Pembetungan mengandungi maklumat berikut:
a) Lokasi kelengkapan perpaipan dan saliran
b) Saiz dan jenis paip yang digunakan
c) Jadual kelengkapan perpaipan dan pembetungan
d) Lagend Simbol
e) Nota-nota umum
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 29

Rajah 4: Pemasangan lekapan sanitari dan paip-paip saliran

4. LOKASI KERJA LUAR (EXTERNAL WORKS)


i. Kerja-kerja luar bagi projek bangunan hendaklah mengambil kira perancangan
untuk membangunkan keluasan kawasan pada lot tanah yang terlibat sahaja
dengan penumpuan khusus kepada skop kerja yang meliputi kawasan
keseluruhan yang minimum.
ii. Lokasi kerja –kerja luaran bergantung kepada jenis kerja yang terlibat seperti
mana berikut:
a. Sistem saliran perimeter melibatkan perimeter disepanjang luar bangunan
b. Pemagaran melibatkan disepanjang sempadan atau kawasan pembinaan
yang dimiliki pemilik
c. Sistem pembetungan melibatkan laluan di luar bangunan hingga ke ruang
pelupusan atau pelepasan air sisa
Skop kerja-kerja luaran dalam pembinaan adalah luas dan merangkumi banyak jenis
kerja yang diluar persekitaran pembinaan bangunan. Ia melibatkan kerja-kerja sistem
saliran, pemagaran, saliran luaran (pembetungan), jalan raya,laluan dan pavemen,
lekapan luaran dan lain-lain yang berkaitan.
Berdasarkan jenis kerja yang disenaraikan, keperluan perkakas atau kelengkapan
bagi memastikan kerja-kerja berfungsi perlu disediakan dan sempurnakan

BIL PERKARA KEPERLUAN


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of 29

 Paip bawah tanah jenis tanah liat.


 Penyambungan kepada system pusat tersedia (jika ada)
Saliran kotoran /  Tangki septik diadakan dengan kapasiti mengambil kira unjuran
1
pembentungan penduduk yang dibenarkan untuk 5 tahun ke hadapan.
 Bilangan lurang saiznya hendaklah berdasarkan kepada liputan
kawasan yang terlibat sahaja.
 Keperluan elevated water tank berasingan hendaklah mendapat
pengesyoran JBA.
 Booster pumps diadakan atas nasihat JBA.
2 Bekalan air
 Water reticulation bergantung kepada kemudahan bekalan air
sedia ada di berdekatan kawasan dan hanya untuk kawasan
yang dibangunkan sahaja.
 Meliputi kawasan yang terlibat sahaja
3 Tanaman rumput  Spot turfing untuk kawasan rata
 Closed turfing untuk kawasan cerun sahaja
 Satu pintu keluar dan masuk ke kawasan pembangunan sahaja.
4 Pintu masuk  Ukuran maksimun bukaan pintu
 Reka bentuk pintu masuk jenis biasa sahaja dari bahan besi.
 Keperluan untuk kemudahan perjalanan ke bangunan dan
medan kereta/dataran kejat.
5 Jalan dalaman  Kelebaran dibenarkan ialah 5.0 meter.
 Kerja tanah yang ekonomik tanpa potongan dan tambunan
tanah yang banyak, melainkan untuk skop kerja berkaitan.
 Ketinggian bersih adalah 1.50 meter sahaja melainkan untuk
bangunan keselamatan
 Jenis mesh besi dari bahan besi bergalvani/PVC coated.
6 Pagar kawasan
 Dicatkan warna biasa sahaja.
 Keperluan pagar untuk kawasan pembangunan yang terlibat
sahaja.
Saliran  Penyambungan kepada sistem saliran sedia ada (jika ada)
7
permukaan  Meliputi kawasan yang terlibat sahaja.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of 29

4.1 SALIRAN PERIMETER/PERIMETER DRAIN


Saliran Perimeter adalah saluran yang dipasang sama ada sebelah luar
bangunan atau dalaman, dipermukaan atau dibawah tanah, disekeliling perimeter
bangunan atau rumah. Tujuan utamanya menerima air hujan dari paip downspout
untuk dibawa jauh dari bangunan.
Dengan tujuan tersebut, saliran perimeter boleh terdiri dari saluran terbuka
seperti longkang bagi posisi dipermukaan dan boleh ditanam didalam tanah
menggunakan paip yang lazimnya terdiri daripada PVC atau plastic (Ø40mm) .
Disepanjang paip tersebut mengandungi liang-liang kecil yang membolehkan air
memasuki paip dan dialirkan jauh dari asas bangunan.
Diantara bahan-bahan yang digunakan untuk membina saliran perimeter
adalah;
i. bahan simen,batu baur kasar dan halus untuk saliran konkrit
ii. bahan tembikar/tanah liat untuk saliran tembikar
iii. Bahan PVC untuk saliran PVC

Rajah 5: Saliran Perimeter


Saliran Perimeter bagi permukaan terdiri daripada bentuk seperti berikut:
i. Saliran separa bulat
ii. Saliran U
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of 29

4.1.1 SALURAN SEPARUH BULAT/HALF ROUND DRAIN

Rajah 6: Longkang Separa

4.1.2 SALIRAN U/U DRAIN


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of 29

Rajah 7 : Longkang/Saliran U

4.2 PAGAR DAN PINTU PAGAR/ FENCING AND GATE


Pagar adalah struktur tegak yang dirancang untuk membatasi atau mencegah
gerakan yang melintasi batas yang telah siap dibina. Pagar pada umumnya
dibezakan dengan dinding, menurut kukuhan kontruksinya: dinding merupakan
pembatas yang diperbuat daripada batu bata atau beton, ia bukan sahaja
membatasi gerakan, melainkan juga pandangan.
Bahan dan jenis pagar adalah saling berkait kerana bahan yang digunakan juga
akan menentukan jenis pagar antaranya

4.2.1 PAGAR CHAIN LINK


Terdiri dari jenis-jenis pagar berikut:
i. Pagar chain-link tanpa kawad duri

Pagar Berangkai merupakan sejenis pagar yang dibina dengan


menggunakan dawai keluli yang diikat atau diskru secara berangkai
pada tiang-tiang besi atau kayu dan berbentuk rombus. Ia diperkuatkan
dengan tiang-tiang yang ditanam dengan konkrit sebagai asas
pemegang. Tiang-tiang ini didirikan disepanjang jaluran pagar atau
disekeliling kawasan yang akan dipagar. Antara bahan yang boleh
diguna dan digabungkan ialah kepingan zink, jejaring dawai dan juga
keluli bersegi tumpat dan berlubang seperti dinyatakan dibawah :

Chain Link Woven Wire Strained Wire

Rajah 8: Pagar Chain Link


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of 29

ii. Pagar chain-link berkawad duri

Rajah 9: Pagar chain-link berkawad duri

iii. Pagar kawad duri

Rajah 10: Pagar Kawad Duri

4.2.2 BATA/BRICKWORK
Pagar binaan batu bata atau batu pejal terdiri dari struktur beikut;
i. Bata dan batu
ii. Panel Konkrit
Untuk binaan pagar jenis ini, bata-bata diikat di atas asas jalur konkrit bagi
menentukan kestabilan tembok yang akan didirikan. Permukaan bata yang
diikat kemudiannya dilepa. Penyudahan dengan berbagai-bagai bentuk
gabungan dapat dilakukan sama ada dengan penggunaan besi, kepingan
kayu ,bata berliang dan sebagainya.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of 29

Rajah 11: Pagar Bata

4.2.3 KAYU/TIMBER
Pagar binaan kayu terdiri dari struktur berikut;
i. Pagar Kayu Palisad/ Wooden palisades
ii. Pagar “Cleft chestnut pale”
iii. Pagar Panel kayu bertenun/ Woven wood wattle panel
iv. Pagar Papan bertutup /Close boarded
Selain penggunaan pagar dari bata, batu pejal dan keluli, pagar juga boleh
dibuat dengan menggunakan kayu. Kayu berlian amat sesuai untuk dijadikan
pagar memandangkan ia tahan dalam apa jua keadaan cuaca. Sementara
itu kayu-kayu dari jenis yang lain memerlukan rawatan sebelum ia boleh
digunakan. Gabungan yang terdapat dalam kerja-kerja pagar kayu ialah
penggunaan asas konkrit, paku, skru dan dawai pengikat.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of 29

i. Pagar Kayu Palisad/ Wooden palisades

TIANG

KONKRIT
PERINCIAN TIANG
Pagar Kayu Palisad

Rajah 12: Pagar Kayu Palisad/ Wooden palisades

ii. Pagar “Cleft chestnut pale”

Tupang
Rajah 13: Pagar “Cleft chestnut pale “

iii. Pagar Panel kayu bertenun/ Woven wood wattle panel

Panel kayu bertenun/


Woven wood wattle panel

Tiang Penegang
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of 29

iv. Pagar Papan bertutup /Close boarded

Tutup Tiang

Rel

Papan bertutup
/Close boarded

Rajah 14: Pagar Papan Tertutup

4.2.4 PAGAR BESI/METAL

Rajah 15: Pagar Besi


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 21 Drp / Of 29

4.3 SISTEM PEMBENTUNGAN/SEWERAGE SYSTEM


i. Perkhidmatan sistem pembetungan ialah proses untuk pengumpulan,
penghantaran, perawatan terhadap air sisa kumbahan dan penyelenggaraan
sistem pembetungan dan tangki septik.
ii. Sistem pembetungan bersambung ke loji rawatan kumbahan awam
merupakan perkhidmatan yang menyambungkan saluran paip pembetungan
di rumah ke loji rawatan kumbahan awam yang terletak di laur kawasan
premis

4.3.1 TANGKI SEPTIK/SEPTIC TANK


Septik Tank atau Tangki Septik adalah tangki pengumpulan dan rawatan
kumbahan dan air sisa yang diterima dari sistem sanitasi dalam bangunan
atau rumah kediaman. Ia merupakan komponen utama dalam sistem
rawatan bahan kumbahan

i. Kepentingannya
a. Ia amat perlu bagi bangunan yang tiada akses atau terlalu jauh ke
sistem pembentungan milik kerajaan .
b. Diperlukan dikawasan luar Bandar, dikawasan kepadatan penduduk
yang kurang daripada 100 orang bagi setiap hektar atau untuk
serangkaian rumah yang tidak melebihi 100 buah.

ii. Struktur binaan


a. Binaan berupa kotak yang dibina di bawah permukaan tanah
b. Sejenis takungan kalis air dibina dengan bata,konkrit,gentian kaca
dan plastik heavy duty.

iii. Fungsi tangki septik


a. Menerima air kumbahan/air sisa yang disalur dari rumah.
b. Merawat air sisa /kumbahan supaya tidak mencemarkan kesihatan
dan bau sebelum dilepaskan ke longkang atau ke sungai/laut.
c. Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan
menyebabkanbahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung.
d. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang
menyebabkanisipadu bahan pejal berkurangan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 22 Drp / Of 29

e. Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke


kebuk yangkedua dan bahan pejal mendak.
f. Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit
melaluieffluent pipe.
g. Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik
akanmenyebabkan tangki septik penuh.
h. Apabila ini terjadi, bahan buangan akan dikeluarkan secara
manualmenggunakan pam vakum. Gris dan partikel ringan akan
timbul ke permukaan sebagai lapisan skam

Rajah 16: Tangki Septik

iv. Jenis tangki septik


a. Tangki septik jenis konkrit.
b. Tangki jenis  polythene.

Paip Masuk dan


paip Keluar

Papan Sekam/
Buffle Plate

Rajah 17: Jenis Tangki Septik


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 23 Drp / Of 29

4.3.2 LOJI RAWATAN KUMBAHAN/SEWERAGE TREATMENT PLANT


Loji rawatan kumbahan bermula dari tangki septik. Air sisa atau air
kumbahan terdiri daripada bahan organik dan bukan organik,logam
berat,pepejal terampai dan mikroorganisma. Air sisa / kumbahan di salurkan
ke tangki septik untuk dirawat sebelum disalirkan ke sungai,tasik atau laut
atau dilupuskan.
i. Sistem-Sistem Rawatan Kumbahan Untuk Kawasan-Kawasan
Bandar
a. Proses-proses rawatan dibahagikan kepada rawatan yang
menggunakan oksigen untuk memecahkan bahan organik (aerobik)
dan rawatan yang tidak menggunakan oksigen (anaerobik).

b. Pemecahan bahan organic boleh berlaku semasa di dalam keadaan


terampai (pertumbuhan terampai) atau diatas permukaan sesuatu
bahan perantara (pertumbuhan terikat).

c. Kadang-kadang proses yang menggunakan kolam juga digunakan


jika terdapat kawasan yang luas. Rujuk rajah 19

Rajah 18: Sistem Rawatan Kumbahan Tangki Septik


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 24 Drp / Of 29

Rajah 19: Tempat pengumpulan

ii. Sistem-Sistem Kumbahan Untuk Komuniti-Komuniti Kecil


a. Disebabkan oleh saiz, komuniti-komuniti kecil menghadapi masalah-
masalah kos per capital yang tinggi, kewangan, operasi dan
belanjawan yang terhad untuk rawatan kumbahan.

b. Di kawasan yang mempunyai populasi padat, persekitaran boleh


menampung dengan peringkat- peringkat rawatan yang kurang dan
selalunya hanya rawatan utama yang akan disediakan.

c. Walau bagaimanapun, dengan bertambahnya bilangan penduduk,


sistem-sistem rawatan utama ini perlu digantikan dengan sistem-
sistem rawatan sekunder.

d. Penggunaan loji-loji pakej dikawal ketat untuk memastikan


kebolehpercayaan loji tersebut untuk jangka masa panjang. Di
kawasan Bandar, penggunaan tangki septic individu (IST), Tangki
septik komunal (CST) dan tangki Imhoff (IT) akan dihentikan secara
berperingkat.

Rajah 20: Loji Rawatan Kumbahan


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 25 Drp / Of 29

4.3.3 PERPAIPAN/PIPING
Perpaipan adalah satu sistem yang diguna untuk membawa cecai dan gas
dari sati lokasi ke satu lokasi yang lain.
Dalam pemasangan paip, disepanjang jalurannya akan terdapat fitting, injap
dan lain-lain kelengkapan bagi mengawal tekanan , kadar aliran dan suhu
pemindahan cecair (bergantung kepada bahan yang dialirkan)
Bahan –bahan paip yang diguna untuk kerja perpaipan
i. Paip Tembaga (copper pipe)
ii. Keluli Tahan Karat
iii. Besi Galvani
iv. Paip-paip plastic
a. PVC (bekalan air sejuk) 
b. CPVC - Chlorinated Polyvinyl Chloride bagi bekalan air sejuk
dan panas,
c. ABS – Acrylonitrile Butadiene Styrene bagi perpaipan DWV
(drain waste vent)
d. PB - Polybutylene
e. PE –Polyethylene bagi perpaipan fleksibil

Rajah 21: Jenis Paip


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 26 Drp / Of 29

4.3.4 LURANG/MANHOLE
i. Dikenali sebagai lubang periksa, lurang adalah binaan yang terdapat pada
arastanah. Tujuan lurang dibina ialah memudahkan kerja penyenggaraan
dan pemeriksaan jika berlaku kerosakan atau bahan tersumbat pada
sistem saliran.
ii. Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang
jugapelbagai, antaranya berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk
"T" ataubentuk "L".
iii. Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap
lurangdilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz
18"x24"
iv. Lurang/Manhole mempunyai kedalaman melebihi 900mm. Kedalaman
kurang dari 900mm dipanggil lubang/ruang pemeriksa (inspection
chamber). Keduanya mempunyai fungsi yang sama tetapi kedalaman
yang berbeza.
v. Lurang dibina daripada unit-unit konkrit siap-tuang (precast section)
dengan turapan konkrit (concrete surround) pada sekitarannya dan
batubata. Biasanya dalaman lurang perlu disapu dengan lapisan epoxy
untuk mengelakkan hakisan oleh gas sulfida. Seandainya dalaman lurang
tidak dilindungi daripada hakisan gas sulfide maka kerja penyenggaraan
dan pemeriksaan perlu dibuat pada masa kemasa.
vi. Jenis lurang secara umumnya bergantung kepada pergerakan yang
diperlukan semasa membaiki dan penyenggaraan
vii. Saiz lurang bergantung kepada garispusat paip dan kedalaman antara
aras jalanraya dan crown paip.
viii. Jenis-jenis lurang :
a. Lurang cetek
Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm.
Saiz 450mm x 600mm. Biasanya dibina pada kedudukan pertama.

b. Lurang biasa
Kedalaman adalah 1500mm. Ukuran 610mm x 762mm atau
762mm x 762mm
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 27 Drp / Of 29

c. Lurang dalam
Kedalaman melebihi 1500mm

d. Lurang tirai belakang


Paip menegak disediakan untuk tujuan menyambung paip ke
pembentungan atau saliran. Drop connection, sambungan yang
dibina terdapat pada paip penurun di sebelah dalam lurang. Sistem
pembinaan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan

Rajah 22: Lurang


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 28 Drp / Of 29

SOALAN / QUESTIONS:

1. Nyatakan tiga (3) kandungan dokumen kontrak.


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________

2. Berikan tiga (3) jenis kerja luaran dalam pembinaan bangunan.


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________

3. Terangkan mengenai lurang?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

4. Apakah tujuan lurang dibina?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C09/P(1/5) Muka Surat / Page : 29 Drp / Of 29

RUJUKAN / REFERENCES:

1. Drainage
http://www.pavingexpert.com/drain05.htm

2. Standard Manholes, Soakaways and Slabs


http://www.stanton-bonna.co.uk/drainage-systems/standard-manholes-and-slabs/

3. Pavingexpert - Drainage - Manholes and Inspection Chambers


www.pavingexpert.com/drain05.ht

4. Septic Tank Installation Costs And Requirements


http://septictankexpert.com/septic-tank-installation-costs-and-requirements/

5. Septic Tank Installation - Willamette Graystone


www.willamettegraystone.com › Products › Septic Systems › Types

6. U-DRAINS & U-DRAINS WITH DRY WEATHER FLOW - SCIB


www.scib.com.my/product_download/U_Drain.pdf

7. Drainage - SlideShare
pt.slideshare.net/aamirqaisrani/drainage-

8. Open or closed drain


http://www.nzdl.org/gsdlmod

You might also like