You are on page 1of 16

INDUSTRI PEMBINAAN

Pembinaan merujuk kepada binaan atau


penyambungan infrastruktur dalam bidang seni
bina dan ejuruteran awam.
Pembinaan awam pada skala besar memerlukan
kepakaran dan teknologi moden.
Secara umumnya industri pembinaan dapat
dikategorikan kepada 3 jenis yang utama iaitu:-
1)PEMBINAAN TEMPAT ATAU RUMAH
KEDIAMAN

 Rumah kediaman merupakan satu keperluan asas kepada


manusia bagi melindungi diri dan berehat.
 Perumahan dapat dibahagikan kepada 2 jenis yang utama
iaitu perumahan milik strata dan perumahan tidak milik
strata.
 Contoh perumahan strata adalah seperti kondominium,
apartmen dan rumah pangsa.
 Contoh perumahan tidak strata seperti rumah teres,
rumah kembar dan rumah banglo.
2)PEMBINAAN BUKAN TEMPAT KEDIAMAN

 Dibina bukan untuk tujuan dijadikan tempat tinggal.


 Secara umumnya terbahagi kepada 2 iaitu koersia dan
perindustrian.
 Contoh bangunan komersial ialah ruang pejabat, ruang
runcit, hotel-hotel, kedai runcit, restoran dan kompleks
perniagaan.
 Manakala contoh bangunan perindustrian adalah seperti
pembinaan kilang-kilang.
3)PEMBINAAN KERJA-KERJA
KEJURUTERAAN AWAM

 Merujuk kepada aktiviti pembinaan untuk kemudahan


orang awam.
 Contohnya membina jalan raya,jalan kereta api,
empangan, jambatan, lapangan terbang, pelabuhan,
peraritan, terowaong dan kemudaha elektrik.
 Kerja-kerja kejuruteraan awam biasanya mendapat
sumber kewangan daripada kerajaan.
CIRI-CIRI INDUSTRI PEMBINAAN

1.Ciri penggunaan modal yang besar.


 Industri pembinaan spt projek perumahan sangat mahal.Contoh
harga rumah kediaman adalah beberapa kali pendapatan
tahunan seseorang individu dan juga merupakan produk yang
paling mahal dibeli sepanjang hidup bagi kebanyakan orang.

2.Ciri Penggunaan Projek Moden


 Setiap projek pembinaa, cara pembinaan boleh dipilih daripada
pelbagai kombinasi teknologi moden yang berkemungkinan
dengan syarat ianya mematuhi beberapa faktor seperti kos,
sumber dan undang-undang bangunan.
 Kebolehhan menggunakn teknlogi moden akan memudahkan
kebanyakan projek industri. Negara Malaysia masih
menggunkan teknologi asing untuk pembinaan projek mega.
Contohnya pembinaa Menara Kuala Lumpur yang dijalankan
oleh kontraktor Jerman
3.Ciri tenaga buruh yang banyak.

 Tenaga buruh antara aset terpenting dalam bidang


industri di negara kita selain daripada modal, mesin
bahan, bahan binaan dan kepakaran.
 Tenaga buruh di sektor pembinaan boleh dikategorikan
kepada tiga kumpulan utama iaitu tenga buruh am, tenaga
buruh separuh mahir tenaga buruh mahir.
 Tenaga buruh di Malaysia datang daripada tenga buruh
tempatan dan tenaga buruh asing pula kebanyakannya
datang daripada negara Indonesia, Bangladesh, Thailand
dan sebagainya.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN
PERKEMBANGAN INDUSTRI PEMBINAAN
1.Faktor Kemudahan Pinjaman Serta Kadar Faedah
Pinjaman
 Pembeli amat memerlukan pinjaman untuk membayar pemaju
melalui bank atau agensi kewangan.
 Pinjaman wang yang banyak dan kadar faedah yang rendah
akan dapat membantu menurunkan kos kewangan industri
pembinaan.
 Hal ini akan mendorong peningkatan industri pembinaandi
negara Malaysia.
 Disamping itu, pembiayaan juga disediakan oleh instituisi
kewangan urusan pembinaan menjadi lebih cepat dan efektif.
2.Faktor Kestabilan Ekonomi Dan Politik

 Ekonomi yang baik dan politik yang stabil peningkatan terhadap


permintaan pembentukan modal tetap baru akan berlaku.
 Industri perkilangan juga akan mengalami perkemangan yang
pesat disebabkan oleh kemampuan dan keupayaan perbelanjaan
rakyat yang tinggi.
 Rakyat juga akan turut melabur dalam pembelian rumah atas
jangkaan prospek pendapatan mereka meningkat.
3.Faktor Pertumbuhan Penduduk

 Pertumbuhan penduduk yang meningkat dari masa ke


semasa telah menyumbang kepada sumber tenaga kerja
dalam industri pembinaan.
 Peningkatan bilangan penduduk di kalangan orang
dewasa telah menyumbang kepada perbelanjaan isi
rumah dalam merancakkan lagi perembangan ekonomi
negara dan juga peningkatan kepada permitaan
perumahan.
 Ini dapat membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara
dan industri pembinaan.
 4.Faktor Kemampuan Pembeli atau Pengguna

 Faktor ini lebih tertumpu kepada permintaan penduduk


terhadap perumahan, khususnya perumahan kos rendah dan
sederhana rendah.

 Harga perumahan sepatutnya selaras dengan pendapatan


rakyat. Sekiranya pendapatan penduduk menignkat maka
kemampuan pembeli untuk perumahan juga turut meningkat.
KEPENTINGAN INDUSTRI PEMBINAAN
TERHADAP SOSIOEKONOMI NEGARA

1.Menyediakan Banyak Peluang Pekerjaan

 Industri pembinaan telah membuka dan menyediakan


banyak peluang pekerjaan kepada penduduk
 Meliputi pelbagai peringkat perkerjaan daripada tenaga
buruh am, tenaga buruh separuh mahir dan tenaga buruh
mahir serta profesional.
 Ini dapat mengurangkan dan membasmi kemiskinan di
kalangan penduduk.
 2.Berlaku Pengaliran Kepakaran dan Teknologi Moden
 Berlaku pemindahan teknologi, kepakaran dan mobiliti tenaga
buruh mahir dan profesional dari negara maju.
 Rakyat Malaysia akan dapat mempelajari teknologi moden,
inovasi baru melalui usahasama, latihan lanjutan di luar negara
dan perjanjian persefahaman dengan negara maju seperti tenaga
pakar dari German, Amerika Syarikat dan Jepun akan datang ke
Malaysia untuk membangunkan industri pembinaan.

 3.Dapat Mewujudkan Bandar – bandar Baru


 Industri pembinaan yang berkembang pesat membangun akan
menggalakkan kewujudan bandar-bandar baru.
 Melalui perancangan dan dasar kerajaan untuk memajukan
sesuatu kawasan baru dengan mewujudkan bandar-bandar baru
yang sistematik dan lebih terancang seper Putrajaya, Bandar
Baru Nilai Negeri Sembilan, Bandar Baru Bangi Selangor dan
sebagainya.
ISU DAN MASALAH INDUSTRI
PEMBINAAN
1.Harga Rumah dan Ruang Niaga Semakin Mahal

 Permintaan perumahan dan ruang niaga adalah semkin


menignkat swetiap tahun hasil pertumbuhan ekonomi
Malaysia yang baik dan rancak.

 Oleh itu, berlaku keadaan permintaan permintaan


perumahan dan ruang niaga melibihi penawaran yang
telah menyebabkan harga perumahan dan ruang niaga
mendjadi mahal dan ini telah memberi beban kepada
penduduk untuk memilikinya.
2.Peningkatan Kos Pembinaan.
 Peningkatan kos pembinaan yang semakin tinggi adalah
disebabkan oleh bekalan bahan mentah untuk pembinaan
yang tidak mencukupi.
 Keadaan ini berlaku juga ke atas upah tenaga buruh binaan
yang semakin meningkat.
 Ini telah menyukarkan dan menimbulkan banyak masalah
dalam industir pembinaan dan seterusnya menyebabkan
kelewatan dalam menyiapkan projek-projek binaan mengikut
jangka masa yang telah ditetapkan.

3.Kekurangan Tenaga Buruh Binaan


 Kerancacakan pertumbuhan industir binaan tempatan
menjadikanm sektor ini amat memerlukan guna tenaga
buruh yang banyak di samping tenaga buruh perlu
nmempunyai kemahiran dan terlatih.
 Tenaga buruh juga mestilah berupaya untuk berupaya untuk
menghasilkan kerja yang berkualiti dalam tempoh masa dan
kos yang dikhendaki.
KESAN INDUSTIR PEMBINAAN
TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL
 1.Pencemaran Udara dan Jerebu
 Berlaku apabila debu tanah yang bertebangan semasa
proses perataan tanah yang dijalankan.
 Debu ini akan memburukkan lagi keadaan jerebu
khususnya di bandar-bandar besar.

 2.Pencamaran Air
 Akan berlaku apabila tanah yang diratakan. Menggalakan
larian air di permukaan apabila berlaku hujan lebat.
Larian air ini akan menghakis tanah dan membawa
hakisan ke dalam aliran lkongkan dan seterusnya ke
sungai dan laut.
 Sungai akan tercamar dengan menjadikan air sungai
keruh.
 3.Hakisan Tanah dan Tanah Runtuh
 Kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh boleh berlaku di
kawasan-kawasan pembinaan terutama di lereng-lereng
bukit untuk petempatan, kemudahan infrastruktur dan
pembinaan hotel.
 Ketiadaan akar tumbuh-tumbuhan untuk mengikat
struktu tanah menjadikan tanah longgar apabila
berlakunya hujan lebat seterusnya mengundang kepada
tanah runtuh.

 4.Pencemaran Bunyi
 Bunyi bising yang dihasilkan daripada lori dan jentera
memasang cerucuk besi terutamanya untuk membina
bangunan-bangunan mega semasa proses pembinaan
bangunan sedang dijalankan.

You might also like