You are on page 1of 14

BAB 9 : PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI.

INFO KONSEP

KONSEP HURAIAN
Ketidakseimbangan Pembangunan a) Kemajuan sosioekonomi yang tidak

sama rata di capai dalam sesebuah

kawasan @ wilayah.

b) Jenis keadaan :

Kawasan mundur dan Kawasan maju


Pembandaran Desa a)Strategi membandarkan kawasan2

desa yang berpotensi

b)Petempatan desa yg di pilih akan

dilengkapkan dgan kemudahan asas

dan perkhidmatan asas pembandaran -

dijadikan sbg bandar kecil @ sederhana.

9.1 KONSEP PEMBANGUNAN

a) Konsep - perubahan masyarakat drpd keadaan mundur kpada maju

(moden)

b) Kemajuan yg di capai di lihat dlm 3 dimensi utama - ekonomi,sosial dan politik

d sesebuah kawasan @ negara.

c) Perubahan masyarakat di tunjukkan melalui:


i. cara hdup yg lebih moden,

ii. Kegiatan ekonomi yg moden,

iii. Pendapatan perkapita,

iv. Kuasa beli dan tabungan ,

v. Pemilikan barangan,

vi. Peningkatan kualiti hidup infrastruktur fizikal dan capaian akses , serta

vii. Keadilan sosial

d) Asas & penunjuk kemajuan/ pemodenan hendaklah secara menyeluruh, meliputi

smua kawasan / wilayah, dinikmati olh semua penduduk dan lapisan

masyarakat/kaum serta generasi kini dan akan datang.

9.2 PETUNJUK ATAU INDIKATOR PEMBANGUNAN

PETUNJUK PEMBANGUNAN KETERANGAN


Petunjuk ekonomi a)Peningkatan KDNK mengikut
kawasan

b)Pndapatan perkapita penduduk

melepasi garis kemiskinan

c)Perubahan struktur ekonomi

tradisional➡ moden ( pertanian kpada

industri dan perkhidmatan )

d)Pengurangan kadar pengangguran /

Peningkatan peratus tenaga kerja

e)Peningkatan kuasa beli dan tabungan

penduduk

f)Pemilikan barangan
Penunjuk sosial a)Indeks sosial & kualiti hidup

meningkat

b)Taraf pendidikan menengah dan pasca

menengah meningkat

c)Kadar buta huruf berkurang dan kadar

celik ICT bertambah

d)Kemahiran penduduk meningkat

e)Taraf kesihatan bertambah;

hospital,poliklinik,klinik desa,nisbah

doktor dgn pesakit berkurang.


Petunjuk demografi a) Kadar kelahiran penduduk meningkat

b) Penurunan kadar kematian

c) Jangka hayat penduduk

bertambah;proses penuaan berlaku.

Taraf kesihatan golongan tua bertambah


d) Keseimbangan taburan penduduk;

aliran migrasi ke bandar berkurang


Petunjuk fizikal a) Pembangunan fizikal dan infrastruktur

bertambah ( bangunan,bekalan

air,elektrik dll )

b) Wujudnya bandar2 moden

c) Darjah ketersampaian tinggi;sistem

pengangkutan moden dan cekap

d) Darjah komunikasi tinggi;jurang

digital mengecil

e) Kemudahan awam banyak


Petunjuk politik a) Kestabilan politik dalam jangka

panjang

b) Amalan demokrasi dan kebebasan

bersuara sepenuhnya

c) Negara yang aman tanpa kekacauan

d) Kerajaan yang mementingkan

kehendak rakyat
Petunjuk alam sekitar a) Amalan pembangunan lestari-

kesejahteraan generasi kini dan akan

datang

b) Daya tampung sumber alam masih

tinggi

c) Alam sekitar yang bersih

d) Kesedaran penjagaan alam sekitar

yang tinggi
CONTOH PENGGUNAAN PENUNJUK SOSIAL TERPILIH, DI MALAYSIA :

2010

PETUNJUK KESIHATAN

1. Nisbah penduduk bagi setiap doktor pada 2010 menurun kpd 3.5 % (40 org )

berbanding dgn tahun sebelumnya , iaitu 1145 org bgi stiap doktor.

2. Bilangna hosp didapati meningkat antara tempoh 2002-2010

3. Peningkatan 17 buah hosp pada 2010 secra keseluruhannya adalah dari

penubuhan hosp swasta

PETUNJUK PENDIDIKAN

1. Bilangan murid peringkat menengah telah mencecah 2.31 juta pada 2010,

peningkatan sbanyak 2.5 % dari tahun sebelumnya.

2. Pelajar di institut pengajian tinggi awam pula meningkat 9.5% pada 2010 kepada

0.42 juta.

PETUNJUK TELEKOMUNIKASI

1. Kadar penembusan jalur lebar di Malaysia meningkat drpd 55.6% per isi rumah

pada tahun 2010 kpada 57.6% per isi rumah pada tahun 2011.

2. Kadar penggunaan telefon selular per 100 orang penduduk juga meningkat drpd

119.2 pada tahun 2010 kpada 121.0 pada tahun 2011

9.3 KETIDAKSEIMBANGAN PEMBANGUNAN ANTARA WILAYAH DI

MALAYSIA

Konsep pembangunan yg tidak seimbangan:


1)Aras kemajuan sosioekonomi yg tidak sama rata di capai dalam sesebuah kawasan

atau wilayah.

2)Terdapat 2 keadaan iaitu kawasan mundur dan maju.

3)Perbezaan indeks sosioekonomi spt KDNK antara kawasan, pendapatan

perkapita , kuasa beli pengguna, tabungan , taraf kesihatan, tahap pendidikan , kualiti

hidup dll biasanya digunakan utk mengukur ketidakseimbangan pembangunan yg

dicapai antara kawasan atau wilayah.

 KADAR PEMBANGUNAN YANG TIDAK SEIMBANG ANTARA

KAWASAN/WILAYAH DI MALAYSIA OLEH DIBANDINGKAN SEPERTI

BERIKUT;

a) Ketidakseimbangan pembangunan antara Malaysia Barat dgn Malaysia Timur

b) Antara pantai barat Semenanjung Malaysia dgn pantai timur Semenanjung

Malaysia

c) Antara kawasan bandar dgn luar bandar

d) Antara negeri dgn negeri

e) Antara kaum dgn kaum

PETUNJUK KETIDAKSEIBANGAN PEMBANGUNAN ANTARA WILAYAH

DI MALAYSIA.

PETUNJUK EKONOMI

1. Perbezaan pendapatan perkapita antara negeri.


a) Pendapatan perkapita diperoleh melalui ( jumlah pendapatan ÷ bilangan

penduduk). Pendapatan perkapita merupakan petunjuk asas utk membezakan

kawasan yg maju dgn kwsn yg mundur.

b) Berdasarkan nilai pendapatan perkapita ini, negeri2 yg maju di Malaysia adalah

spt wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, dan Perak

( wilayah tengah Semenanjung Malaysia dan dlm wilayah utara)

c) Negeri2 yg kurang maju- Kelantan,Terengganu dan Pahang (wilayah Timur

Semenanjung Malaysia)

2. Kadar pengangguran mengikut kawasan.

a) Kadar pengangguran yg tinggi - keadaan ekonomi masih mundur, pengangguran

yang rendah -tahap pembangunan ekonomi yg lebih maju.

b) Keadaan ini kerana , kadar pengangguran dapat mengukur sejauh mana peluang

pekerjaan yg ada dlam sesebuah wilayah dapat menyerap tenaga buruh di kwsn

berkenaan.

c) Negeri-negeri seperti Sabah & Sarawak mengalami kadar pengangguran yg tinggi

d) Hal ini menunjukkan negeri tersebut masih ketinggalan dalam pembangunan

ekonomi berbanding dengan wilayah yang maju khususnya Selangor dan Pulau

Pinang.

3. Petunjuk ekonomi yang lain.

a) Tabungan modal perkapita,kuasa beli pengguna , pola perbelanjaan

pengguna,jenis ekonomi yg dijalankan(pertanian,perindustrian @ perkhidmatan).

KDNK, keupayaan pinjaman , aliran tunai , pemilikan harta @ modal, pemilikan

saham dll.
b) Indikator2 ekonomi ini juga boleh di bandingkan antara kawasan atau antara

wilayah, misalnya antara kawasan bandar dengan kawasan bandar.

c) Perbandingan indikator ini menunjukkan yang kawasan luar bandar masih

mundur dan jauh ketinggalan berbanding dgn kawasan bandar.

PETUNJUK SOSIAL; KUALITI HIDUP

1.Taraf kesihatan

a) Diukur melalui bilangan hosp, poliklinik, klinik desa berbanding dgn jumlah

penduduk yg diwakili, nisbah doktor dgn pesakit, nisbah katil hosp dgn pesakit ,

serta teknologi perubatan yg ada di sesebuah kawasan @ wilayah

b) Di Malaysia, taraf kesihatan ini amat berbeza antara Malaysia Barat dgn Malaysia

Timur.

2.Taraf pendidikan

a) Meliputi kadar kenal huruf berbanding dgn kadar buta huruf,kadar celik teknologi

khususnya ICT, jurang digital antara bandar dgn luar bandar, pluang pendidikan

menengah & tinggi sama ada yang bertaraf politeknik, kolej dan universiti.

b) Jurang antara wilayah dan negeri masih ketara di Malaysia.

3.Kemudahan dan akses sosial

a) Indikator kemudahan sosial juga diambil kira utk mengukur perbezaan taraf

pembangunan antara kawasan


b) Kemudahan sosial amat penting utk menjamin kualiti dan kesejahteraan hidup

penduduk

c) Antara petunjuknya - rangkaian pengangkutan dan perhubungan/telekomunikasi,

pusat perkhidmatan penduduk,kemudahan rekreasi,kemudahan awam dll.

PETUNJUK DEMOGRAFI

1. Petunjuk demografi juga digunakan utk mengukur ketidakseimbangan

pembangunan antra kawasan

2. Petunjuk demografi yg di beri perhatian adalah perbezaan antara:

a) Kadar kelahiran , kadar kematian dan kadar mortaliti.

b) Jangka hayat penduduk

c) Struktur umur penduduk (nisbah di antra gol muda,dewasa dan tua)

d) Nisbah tanggungan penduduk mengikut kumpulan umur

e) Komposisi tenaga kerja yg produktif

f) Amalan pemakanan dan kesedaran penjagaan kesihatan

3. Secara kebiasaan, negeri2 yg maju spt Selangor dan P.Pinang mmpunyai ciri2

demografi yg lebih baik dan berkualiti berbanding dgn negeri2 yg mundur khususnya

Sabah & Sarawak.

9.4 SEBAB-SEBAB PEMBANGUNAN TIDAK SEIMBANGAN ANTARA

WILAYAH DI MALAYSIA.

Faktor Fizikal
1.Perbezaan bentuk muka bumi dan tanih

a) Perbezaan bentuk muka bumi antara tanah tinggi dengan tanah

pamah mempengaruhi pembangunan pertanian, pelbagai

tapak bina dan ketersampaian yang tidak seimbang antara

sesebuah kawasan.

b) Sebagai contoh, di kawasan tengah semenanjung, pedalaman Sabah dan Sarawak

mempunyai bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, berbukit-bukau dan

berhutan tebal.

c) Keadaan ini menyukarkan aktiviti penerokaan sumber dan aktiviti pertanian

dijalankan secara besar-besaran di samping menyukarkan penyebaran maklumat dan

inovasi pembangunan kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.

d) Selain itu, faktor jenis tanih juga mempengaruhi ketidakseimbangan

pembangunan. Hal ini demikian kerana kualiti dan kadar kesuburan tanih di

jaluran tanah pamah terletak di bahagian pantai barat Semenanjung berbanding

dengan kawasan lain.

e) Oleh sebab Itu, kawasan ini berjaya dimajukan dengan aktiviti pertanian

khususnya tanaman getah, kelapa sawit, kelapa, padi sawah dan sebagainya.

2 .Taburan sumber alam yang tidak seimbang

a) Taburan sumber alam yong tidak seimbang seperti sumber mineral, hutan, bahan

mentah dan sebagainya


b) Kawasan-kawasan yang kaya dengan sumber mineral terlebih dahulu diteroka

dan dimajukan berbanding dengan kawasan yang kurang sumber berpotensi

c) Sebagai contoh, negeri Perak, Selangor & Negeri Sembilan lebih maju kerana

memiliki sumber mineral khususnya bijih timah

d) Selain itu, negeri Terengganu menikmati pembangunan yong lebih berbanding

dengan Kelantan dan Pahang hasil daripada penemuan sumber petroleum don gas asli

di perairan negeri tersebut pada tahun 1 980-an.

Faktor Manusia

1. Faktor dasar penjajah; "pecat dan perintah"

a) Ketidakseimbangan pembangunan di Malaysia khususnya ketidakseimbangan

pembangunan antara kaum adalah diwarisi oleh dasar pecah don perintah yang

diamalkan oleh penjajah pada zaman sebelum merdeka

b)Dasar ini mengakibatkan wujud jurang ekonomi antara kaum sehingga kini.

Kesan langsung akibat daripada dasar ini ialah;

i. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan

sektor pertanian tradisional. Hal ini menyebabkan kaum ini mundur.

ii. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti

perniagaan. Kegiatan perlombongan yang menyebabkan kaum ini lebih maju.

iii. Kaum India ditempatkan di estet-estet untuk mengerjakan ladang-ladang milik

British. Hal ini juga menyebabkan kaum tersebut mundur.

c)Selain itu, pihak penjajah hanya memajukan kawasan yang berpotensi sahaja.

Kawasan yong ketiadaan sumber tidak dibangunkan.


d) Negeri-negeri yang kaya dengan sumber alam sahaja yang dimajukan oleh penjajah

seperti Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Hal Ini demikian kerana adanya

sumber bijih timah yang boleh diteroka.

2 .Kadar perindustrian yang berbeza

a) Taburan dan kemajuan ekonomi industri dan rantaian ekonomi yang berkaitan

seperti perkhidmatan tertumpu di jaluran industri pantai barat Semenanjung Malaysia.

b) Fokus pelaburan atau kemasukan modal masih tertumpu di kawasan berkenaan,

manakala kawasan-kawasan lain kurang diberi tumpuan.

c) Keadaan ini menggalakkan migrasi dari kawasan mundur ke kawasan yang

sudah sedia maju berkenaan di samping mewujudkan dualisme ekonomi.

d) Pembangunan Industri di Malaysia masih tertumpu di negeri Selangor, Wilayah

Persekutuan KL , P.Pinang , Johor dan bandar-bandar besar sahaja.

e) Wilayah atau negeri yang ketinggalan pula seperti Kelantan, Perlis , Sabah dan

Sarawak kerana kurang dimasuki oleh pelabur asing.

3. Faktor perbandaran

a) Perkembangan bandar juga tertumpu di kawasan-kawasan pantai barat

Semenanjung Malaysia dibandingkan dengan kawasan lain.

b) Pusat-pusat pertumbuhan ekonomi utama dan bandar besar banyak terdapat di

kawasan ini.

c) Bandar raya Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Ipoh, dan George Town

merupakan bandar besar yang menjadi pemangkin dan penjana pertumbuhan

ekonomi wilayah tengah serta wilayah utara dengan cepat dan berkesan.
4 .Faktor penduduk

a) Faktor penduduk meliputi taburan dan kepadatan, Saiz atau jumlah,

pendapatan perkapita serta kualiti penduduk atau taraf pendidikan yang berbeza

mengikut kawasan, misalnya antara bandar dengan luar bandar.

b) Keadaan ini mempengaruhi saiz pasaran dan kuasa beli, taraf hidup, kesediaan

menerima pemodenan, mengubah cara hidup don lain-lain kemajuan.

c) Penduduk bandar yang lazimnya berpendidikan tinggi dan berkemahiran

membolehkan mereka mudah diserap ke dalam sektor ekonomi moden seperti sektor

perindustrian, perkhidmatan, telekomunikasi, perniagaan, dan sebagainya.

d) Tenaga buruh yang berkualiti membolehkan bandar lebih mudah untuk

dibangunkan berbanding dengan luar bandar yang bersifat tertutup dan sukar

menerima arus pemodenan.

5.Kemudahan Infrastruktur

a) Faktor-faktor sosial meliputi kemudahan pendidikan, kemudahan kesihatan,

kemudahan asas (prasarana) dan kemudahan pengangkutan dan perhubungan

masih tertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

b) Faktor ini mempercepatkan penyebaran pelbagai inovasi baharu mengenal

pembangunan berbanding dengan kawasan lain yang lambat menerima

perkembangannya.

c) Dalam konteks jaringan pengangkutan, jaluran pantai barat semenanjung

dihubungkan dengan lebih banyak lebuh raya seperti, PLUS, lebuhraya KESAS,

Lebuhraya Persekutuan, manakala kawasan jaluran pantai timur semenanjung pula

hanya dihubungkan oleh Lebuhraya Pantai Timur (LPT).


d) Kemudahan ini berupaya untuk meningkatkan ketersampaian memudahkan aliran

masuk modal, meningkatkan mobiliti dan menjimatkan kos pengangkutan

barangan dan perkhidmatan.

You might also like