You are on page 1of 1

Nurlyea Afieyana Shaqina Binti Abd Rashid,

Presiden,
Jawatankuasa Keselamatan dan Keceriaan Kampung ,
Kampung Bunga Melati,
91000 Tawau,
Sabah.

Tn. Peter Anak Umbuas,


Ketua Polis Daerah Tawau,
Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau,
Bandar Tawau
91007 Tawau,
Sabah. 12 November 2021

Tuan,

Aduan tentang Kegiatan Perlumbaan Motosikal Secara Haram di Kawasan Kampung Bunga Melati

Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, saya selaku presiden JKKK di Kampung Bunga Melati ingin
membuat aduan mengenai masalah kegiatan perlumbaan motosikal secara haram yang mengganggu
ketenteraman penduduk di sini.

3. Kewujudan mereka ini disebabkan oleh ketiadaan litar perlumbaan yang percuma. Kesannya
mereka mengambil alternatif lain untuk melepaskan gian mereka dengan melakukan perlumbaan di
jalan raya yang terletak berhampiran dengan kampung kami.. Perlumbaan haram ini sering dilakukan
pada waktu malam di mana kebanyakan penduduk kampung sedang berehat. Hal ini akan
mengganggu masa rehat penduduk kerana bunyinya yang terlalu bising sehingga mengganggu
penduduk tidak boleh tidur dengan tenang. Pihak kami gagal untuk menangkap mereka kerana
mereka lari terlebih dahulu sebelum ketibaan kami di lokasi tersebut. Bukan itu sahaja, walaupun
kami telah memberi amaran kepada mereka, kegiatan tersebut masih dilakukan beberapa hari
kemudian.

4. Oleh itu, saya berharap agar pihak tuan memberikan pertimbangan yang sewajarnya dengan
segera untuk membantu kami menyelesaikan masalah ini. Pihak tuan perlulah mengadakan rondaan
dil lokasi tersebut dan membuat tangkapan terhadap penunggang yang melakukan kegiatan tersebut.

5. Pertimbangan daripada pihak tuan amatlah diharapkan. Kami dahulukan kerjasama daripada
pihak tuan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas

lyea

(NURLYEA AFIEYANA SHAQINA BITI ABD RASHID)


Presiden
Jawatankuasa Keselamatan dan Keceriaan Kampung,
Kampung Bunga Melati.

You might also like