You are on page 1of 4

SKRIP EMCEE MAJLIS MAJLIS SANJUNGAN BUDI

10 OKTOBER 2022 | ISNIN

BIL. SKRIP CUE


1. Mengumumkan ketibaan YBhg. Dato’ Haji Zazuli Bin Ketibaan KPK &
Johan beserta isteri Datin Nor Hashimah Binti Abu Hani isteri dengan diiringi
dengan diiringi oleh YBrs. Tuan Cheong Yu Min, Puan pegawai pengurusan
Aspalila Binti Ag Tuah, Tuan Asan @ Mohd Asan Bin tertinggi
Mohd Ali dan Tuan Saraggan Bin Amir iaitu Pengerusi
Penganjur Majlis Sanjungan Budi “Setinggi Budi Sejuta
Kenangan”.

2. Salam Sejahtera, Salam Keluarga Kastam, Salam Persembahan Tari


Semarak JKDM di mata dunia. Salam Tamu

YBhg. Dato’ Haji Zazuli Bin Johan Persembahan


(Ketua Pengarah Kastam Malaysia) & isteri Montaj
Datin Nor Hashimah Binti Abu Hani
Ucapan alu-aluan
YBrs. Tuan Cheong Yu Min,
MTT Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah dan
juga Pengarah Cawangan Risikan, Bahagian
Penguatkuasaan, Ibu Pejabat.

YBrs. Puan Aspalila Binti Ag. Tuah,


Pengarah Kastam W.P. Labuan

YBrs. Tuan Asan @ Mohd Asan Bin Mohd Ali


Pengarah Kastam Negeri Terengganu

YBrs. Tuan Saraggan Bin Amir,


Selaku Ketua Kastam Daerah Keningau dan juga
Pengerusi Penganjur bagi Program Lawatan dan Majlis
Makan Sanjungan Budi, Stinggi Budi, Sejuta Kenangan.

Tuan Mohd Sukri Bin Jusoh,


Timbalan Pengarah Kastam Operasi (Pematuhan)

Tuan Habib Mohd Fairuz Bin Habib Mohd Yussof


Ketua Bahagian KPSM, JKDM Zon Sabah

Presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam Sabah


(PPKKS)
1
BIL. SKRIP CUE
Tuan Haji Saidin Bin Jalaluddin

Wakil Kesatuan Sekerja Sabah (KESKES)

Wakil Persatuan Wanita Kastam Sabah (PERWAKAS)

Deretan Ketua-Ketua Cawangan/ Stesen/ Daerah,


pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, tuan-tuan
dan puan-puan yang saya kasihi sekalian.

Melati kuntum tumbuh merata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Salam sejahtera mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara,

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

3. Begitu la tadi persembahan Tarian Sambut Tamu


daripada Kumpulan Seni Tari Keningau. Tarian itu tadi
merupakan tarian untuk menyambut tetamu yang baru
tiba dan ditarikan oleh penari Wanita dan lelaki bagi
menyambut tetamu kehormat atau tetamu penting yang
datang berkunjung. Tarian ini juga biasa ditarikan dalam
majlis-majlis perkahwinan dan majlis rasmi.

Kumpulan tarian ini telah ditubuhkan sejak tahun 2014


dan diketuai oleg Cik Allyfiani Ajub.

Untuk pengetahuna YBhg. Dato’, Datin dan tuan-tuan


serta puan-puan sekalian. Kumpulan Seni Tari
Keningau ini pernah menyertai festival kesenian orang
asli dan pribumi antarabangsa, Gala Dinner ASEAN
bagi The 48th ASEAN Foreign Minisers Meeting. Selain
itu, kumpulan tari ini juga pernah menyertai Sabah 11th
International Folklore Festival serta memberi
persembahan semasa Conference of Speakers and
Preceeding Offiers of The Commonwealth pada tahun
2016.

2
BIL. SKRIP CUE
4. Majlis diteruskan lagi dengan Persembahan Montaj
yang disediakan khas bagi YBhg. Dato’ Haji Zazuli Bin
Johan dan isteri. Dipersilakan.

Begitulah tadi persembahan montaj yang penuh warna


warni dan menyentuh jiwa. Montaj sebentar itu tadi
penuh penceritaan liku-liku hidup dan karier YBhg.
Dato’ sepanjang berkhidmat dengan jabatan. Jika
disoroti gambar-gambar yang dimuatkan dalam montaj
itu tadi, rata-rata gambar yang dimasukkan merupakan
gambar kenangan semasa lawatan YBhg. Dato’ yang
lepas ke bumi Sabah. Kami warga JKDM Zon Sabah
berbangga dan berterima kasih kepada YBhg. Dato’
dan Datin kerana sekali lagi meluangkan masa untuk
bersama-sama kami sungguhpun berhadapan dengan
kesibukan tuntutan kerja.

5. Tanpa melengahkan masa, YBhg. Dato’, Datin, tuan-


tuan dan puan-puan

Terbang sekawan si burung merbuk


Batang selasih di Tanjung Jara
Padamu tuan kami persembah
Santapan kasih juadah mesra

Majlis menjemput YBhg. Dato’, Datin, tuan-tuan dan


puan-puan untuk menjamah juadah yang terhidang.

6. Sambil menjamu selera, kita akan didendangkan


dengan muzik busker daripada kumpulan busking yang
dikenali sebagai Bayustika.

Dipersilakan.

7. Majlis sekali lagi menapilkan kumpulan Seni Tari


Keningau untuk mempersembahkan tarian Sayang
Kinabalu.

Dipersilakan.

8. Terbang di awan burung jentayu


Kerana penat gugur ke bumi
3
BIL. SKRIP CUE
Tampillah Dato’ kami merayu
Bersama amanat bekalan kami.

YBhg. Dato’, Datin, tuan-tuan dan puan majlis pada


malam ini pasti tidak akan sempurna tanpa ucapan
aluan daripada YBhg. Dato’ Haji Zazuli Bin Johan

9. Kini, majlis ingin menjemput YBhg. Dato’ dan Datin


dengan diiringi Tuan Cheong Yu Min untuk tampil
kehadapan bagi acara penyerahan cendera kenangan.
Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan.

10. YBhg. Dato’, Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang


dikasihi

Bagi memastikan memori yang dicipta pada mala mini


berkekalan dan diabadikan sebaiknya, marilah kita
meluangkan masa untuk sesi bergambar. Semoga
gambar yang diambil menjadi kenangan saat-saat indah
yang kita lalui pada malam yang penuh bermakna ini.

11. YBhg. Dato’, Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang Penutup Majlis
dikasihi,

Majlis kini telah sampai ke penghujungnya, YBhg. Dato’,


Datin, tuan-tuan dan puan-puan terima kasih dan
semoga kita akan berjumpa lagi di masa hadapan.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian.

You might also like