You are on page 1of 1

'Toleransi Teras Kemakmuran' PESANAN AYAH Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan salam ayah saya kepada tuan-tuan

dan puan-puan. Ayah saya tidak dapat hadir kerana beliau tidak sihat. Beliau meminta saya menyampaikan pesanan beliau kepada tuan-tuan dan puan-puan. Kita sedia maklum bahawa kampung kita akan mengadakan sukaneka. Beliau mengagihkan tugas kepada anggota jawatankuasa penduduk untuk menjayakan acara sukaneka ini. Sukacita saya maklumkan tugasan yang telah disusun oleh beliau. Pak Jalil ditugaskan menyediakan alatan sukaneka. Tugas menyediakan jamuan pula diserahkan kepada Puan Salmi. Encik Rajaratnam pula bertanggungjawab menguruskan khemah yang perlu disewa daripada Syarikat Azman. Acara permainan rakyat akan dikendalikan oleh Encik Loo Leng San. Puan Tan Swee Yoke pula akan mengetuai jawatankuasa perhiasan dan Encik Lokman akan menguruskan pengadil untuk sukaneka ini. Pengacara sukaneka pula ialah Cikgu Alias. Encik Muniandy bertanggungjawab untuk memastikan kawasan sukaneka bersih selepas digunakan. beliau berharap semua yang terlibat dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Sekian, terima kasih.

You might also like