You are on page 1of 4

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN BOLA SEPAKTAKRAW

MSSNM KAW. JASIN


Assalamualaikum, w.b.t dan Selamat sejahtera
1. Yang Berhormat datuk Roslan Bin Datuk Hj Ahmad Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan Merlimau
2. Yg berusaha En Md Noh Bin Yusof , Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah Bahagian
Ko-kurikulum Daerah Jasin selaku wakil rasmi Pegawai Perkhidmatan Pelajaran
Daerah Jasin
3. Yg. berusaha, En Imran Bin Hj Lamin, Guru Besar Sk Chinchin (merangkap
pengerusi kejohanan sepak takraw sekolah-sekolah rendah MSS Kawasan Jasin
2015
4. Yg, di hormati,
barisan-barisan penolong kanan Sk Chinchin
5. Pengadil-pengadil kejohanan pertandingan
Pengurus-pengurus dan jurulatih-jurulatih pasukan sepaktakraw
pemain-pemain sepaktakraw sekolah yang mengambil bahagian seterusnya
Tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin-hadirat yg. dihormati sekelian.

Alhamdullillah.. bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan izin limpah kurniaNya dapat
kita bersama-sama pada petang yang indah ini berhimpun di dewan Tok Senara
Pejabat Tanah Daerah Jasin untuk meraikan MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW sekolah-sekolah rendah MSS KAW. JASIN TAHUN
2015.
Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat
Yang Berhormat Datuk Roslan Bin H Datuk Ahmad Adun Kawasan Merlimau , dan
En Md Noh Penyelia PPD Bahagian Ko-kurikulum Daerah Jasin. serta hadirin
hadirat sekelian. Semoga dengan kesudian meluangkan masa untuk bersama-sama
kita pada petang ini akan menyemarakkan lagi majlis pada hari ini.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis pada petang ini, didahului dengan bacaan doa oleh

Ustaz Mat Zulkifli . dipersilakan.


------------------------Bacaan Doa
Amin, Ya rabbal Alamin.. Majlis meerakamkan jutaan terima kasih di atas bacaan
doa itu tadi.
___________________________________________________________________

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,


Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, dijemput dengan segala hormatnya
Yg. Berusaha En Imran Bin Hj Lamin Guru Besar Sk Chinchin
selaku pengerusi J/kuasa Pengelola untuk menyampaikan ucapan alu-aluan
.. dipersilakan.
Ucapan Guru Besar
Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh pengerusi
Jawatankuasa kejohanan,En Imran Bin Hj Lamin ..majlis merakamkan jutaan
terima kasih
___________________________________________________________________
Hadirin-hadirat yang dihormati,
Kini tibalah masa yang dinantikan iaitu ucapan perasmian penutup oleh tetamu
kehormat kita,
Yang Berhormat Datuk Roslan Bin Datuk Hj Ahmad , Penyelia PPD Bahagian Kokurikulum Daerah Jasin dan seterusnya menutup kejohanan sepaktakraw sekolahsekolah rendah MSS Kawasan Jasin 2015. Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan
Ucapan Perasmian Penutup Tetamu Kehormat.
Demikianlah tadi ucapan perasmian penutup yang telah disampaikan oleh tetamu
kehormat kita Yang Berhormat Datuk Roslan B Datuk Hj Ahmad., Adun Kawasan
Merlimau.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas ucapan dan
perasmian penutup itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang di kasihi sekelian,


Seterusnya diumumkan keputusan pertandingan.

Diumumkan keputusannya ditangga

4.
___________________________________________________________________
________
Ke 3 :
___________________________________________________________________
____
Naib Johan :
________________________________________________________________
Johan kejohanan
___________________________________________________________________
di miliki oleh sekolah :
_______________________________________________________________

___________________________________________________________________
Hadirin-hadirat yang dikasihi,
Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada pasukan sekolah yang Berjaya,
manakala yang kurang Berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi pada
kejohanan yang akan datang.
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
sebagai tanda kenang-kenangan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada tetamu kehormat kita, dipersilakan Pengerusi Pengelola, En Imran Bin Hj
Lamin untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat kita , tetamu
kehormat Datuk Roslan Bin Datuk Hj Ahmad , Adun Kawasan Merlimau, yang telah
sudi merasmikan Kejohanan Olahraga kali ini, dipersilakan.
Cantik jambangan bunga disusun,
Bunga orkid, cempaka, melati
Budimu bagaikan air terjun,
Mengalir terus tanpa henti.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudiaan menerima cenderamata
sebentar tadi. Seterusnya dikesempatan ini juga pihak majlis ingin merakamkam
jutaan terima kasih kepada
** rujuk buku atur cara
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di kejohanan sepak
takraw sekolah-sekolah rendah kawasan jasin 2015. Segala kelemahan dan
kekurangan semasa kejohanan, kami sebagai J/K pengelola kejohanan memohon
maaf.
Harum baunya Si bunga cengkih
Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.
Kutanam-tanam padi seladang
Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa terluang
Salam hormat berjumpa lagi.
Dengan itu majlis mempersilakan Pengerusi kejohanan, En Imran Bin Hj Lamin
untuk mengiringi tetamu kehormat dan tetamu-tetamu yang lain ke majlis jamuan
ringan di kafe pejabat tanah dan daerah jasin.. dipersilakan.

You might also like