You are on page 1of 3

Teks Ucapan Majlis Persaraan

Salam sejahtera dan salam 1malaysia. FSTM


Yang berbahagia, Guru Besar SJKC Notre Dame, Pn. Lim Rien Chin, Guru-guru
Penolong Kanan, Yang Diraikan, Pn. Pn. Jamilah binti Hashim, Yang dihormati, guruguru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN,
Bersyukur kita pada hari ini kerana dapat berkumpul pada Majlis Persaraan Pn.
Jamilah binti Hashim yang bertugas sebagai Pembantu Operasi N11 dan telah
berkhidmat selama 40 tahun. Dengan ini bagi pihak SJKC Notre Dame kami
mengucapkan jutaan terima kasih di atas perkhidmatan yang cemerlang Pn.
Jamilah sepanjang bertugas di sekolah ini.

Nyanyian lagu patriotic


Ucapan gb, wakil pibg dan wakil murid

SUDAH BIASA KITA DENGARI


PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
NAMUN TAK SAMA DENGAN YANG INI
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI
Sebelum kita meneruskan majlis ini, izinkan saya memperkenalkan serba sedikit
mengenai Pn. Jamilah. Beliau yang lebih mesra dipanggil Kak Milah, telah dilahirkan
di Melaka pada tanggal 7 April 1956. Beliau merupakan anak ke 2 daripada 12 orang
adik beradik, mempunyai 8 orang anak iaitu 4 lelaki dan 4 perempuan dan kini beliau
sudah mempunyai 12 orang cucu. Beliau telah memulakan tugas pada 5 Mac 1976
di SMK Muzaffar Syah Melaka. Di sana beliau telah berkhidmat selama 23 tahun.
Kemudiannya beliau telah berpindah ke SJKC Pay Teck bermula pada tahun 1999
sehingga pertengahan tahun 2008. Selepas itu barulah beliau berhijrah ke sekolah
ini dan telah berkhidmat di sini selama 8 tahun.
Seterusnya majlis mempersilakan Pn. Jamilah untuk memberikan sepatah dua kata.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn.
Jamilah atas ucapan beliau itu tadi.

BANYAK DURI PERKARA DURI


TIDAK SAMA DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI PERKARA BUDI
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG
MALAM HARI BERLAGU UNGGAS
MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN

PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN PEMOTONGAN KEK


Hadirin dan hadirat sekalian, majlis seterusnya adalah penyampaian cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.
Majlis menjemput dan mempersilakan yang berbahagia Guru Besar Pn. Lim Rien
Chin mewakili pihak guru dan murid untuk menyampaikan cenderamata kepada Pn.
Jamilah sebagai tanda kenang-kenangan.
Dipersilakan Pn. Jamilah untuk menerima cenderamata dairpada kami

KAIN SONGKET CANTIK KILAUAN


DITENUN OLEH ORANG KEMAMAN
TAK TERBALAS BUDIMU TUAN
KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.

Begitulah tadi ,upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan. Pastinya


kami warga SJKC Notre Dame tidak akan lupa dengan jasa beliau. Beliau
meninggalkan kita dengan daya usaha dan semangat kerja serta komitmen yang
cemerlang sepanjang berada di sini..
Baiklah, sekarang adalah sesi memotong kek bersempena dengan Hari Kelahiran
Pn. Jamilah ke-60 tahun. Majlis dengan ini mempersilakan puan Guru Besar, wakil
PIBG dan guru-guru untuk mengiringi Pn. Jamilah untuk sesi pemotongan kek
sambil menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.

TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARI,


MEMBUANG SEGALA KERIKIL BERSALUT DI HATI
MAAF ANDAI ADA SALAH SILAP TANPA DISEDARI
AGAR SAAT PERPISAHAN INI INDAH DAPAT DIINGATI
Majlis dengan ini merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada semua hadirin
yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini.
Sekian, terima kasih.

You might also like