You are on page 1of 2

PENGENALAN KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ)

Apa itu KrMJ?


Satu inisiatif bagi memastikan murid sekolah di negeri Johor mempunyai
jati diri yang utuh dan program ini dinamakan Karakter Murid Johor
(KrMJ).
Cetusan idea Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tengku Ismail
Ibni Sultan Ibrahim telah memberi inspirasi kepada Pengarah Pendidikan
Negeri Johor ketika itu iaitu Tuan Haji Shaharudin bin Sharif untuk
melaksanakan Karakter Murid Johor (KrMJ)

MATLAMAT KRMJ
Matlamat inisiatif KrMJ ini adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan
dikenali di mana sahaja diperingkat nasional mahupun di peringkat
antarabangsa.

OBJEKTIF KRMJ

 Melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Johor


 Membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban tinggi
 Membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti.
 Menjalinkan kerjasama, perpaduan  dan muafakat dalam kalangan
murid Johor
 Memupuk murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai
seni budaya tempatan.

SASARAN PELAKSANAAN PROGRAM KRMJ

 Murid-murid yang bersekolah di Johor samada bersekolah


menengah atau rendah.

CADANGAN AKTIVITI BAGI PELAKSANAAN PROGRAM KRMJ

Program Karakter Murid Johor akan dilaksanakan di sekolah-sekolah


mengikut beberapa fasa:
 Fasa 1        :
Keseragaman pemaikaian T-shirt  KrMJ, Budaya salam, Amalan
Doa & Lagu Patriotik Johor

 Fasa 2        :
Budaya kesantunan, Memupuk budaya Johor dan Gaya rambut
kemas

 Fasa 3        :
Program kendalian murid dan Program kepimpinan.

You might also like