You are on page 1of 9

TEKS PENGACARA

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-33


BAGI TAHUN 2018

1 Pegawai dan Biji selasih boleh dimakan


Peserta Mengambil Menjadi perisa sedap terperi
Tempat Selamat datang kami ucapkan
- Epol Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian


ke Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang
Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen kali ke-33 bagi
tahun 2018.

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis perasmian akan bermula


sebentar lagi.

Oleh itu, diminta kesemua ahli perbarisan unit badan beruniform


dan kesemua ahli pasukan rumah sukan diminta mengambil
tempat masing-masing dan bersedia untuk Majlis Perasmian
Pembukaan.

Terima kasih.

2 Pengumuman
Ketibaan Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Hashim Bin Mohd
VIP Kalang, Pengarah Urusan STU Asia Sdn. Bhd diiringi oleh Yang
- Epol Berusaha En Zulkefli Bin Sulong Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Tenang Stesen serta dif-dif jemputan seterusnya
mengambil tempat di atas pentas.

3 Ucapan alu-aluan Assalamualaikum warahmatullahi wa Barakatuh, salam


- Kak ain sejahtera,Salam Negaraku Malaysia, salam sehati sejiwa, salam
muafakat Johor, dan salam Segamat selamat.

Yang Berbahagia En Hashim Bin Mohd Kalang,


Pengarah Urusan STU Asia Sdn. Bhd.

Yang Berusaha En. Zulkefli bin Sulong


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen

Yang Dihormati En Amran Bin Bakri,


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Menengah Kebangsaan Tenang Stesen,

Yang dihormati Tuan Roseni Bin Hassan, Ketua Stesen


1
Penguatkuasa Tenang.

Yang dihormati En. Mohd Sharafuddin Bin Jamaludin


Pegawai Rancangan Tanah, Felda Redong
Wakil Rasmi Pengurus Felda Redong

Yang dihormati En. Suhaimi Bin Idris


Penyelia Felda
Wakil Rasmi Pengurus Felda Kemelah

Yang Dihormati
En. Rosli bin Che Man, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Norfadzillah bt. Ismail, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
Pn. Hjh. Nora bt. Abd. Samad, Guru Penolong Kanan
KoKurikulum,

barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, barisan Ahli Jawatan Kuasa


Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pengurus-pengurus rumah sukan,
pegawai-pegawai kejohanan, rakan-rakan guru, ibu bapa para
peserta serta sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Hari ini memugal jagung


Hari esok memetik peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria.

Kuning Emas Masaknya padi,


Mawar Merah dahannya berduri,
Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi menghadirkan diri.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-


alukan kehadiran Yang Berbahagia En Hashim Bin Mohd
Kalang Pengarah Urusan STU Asia Sdn. Bhd. ke Majlis
Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah
Menengah Kebangsaan Tenang Stesen kali ke-33 bagi tahun
2018.

Majlis turut mengucapkan selamat datang kepada para hadirin ke


majlis yang diadakan pada hari ini.

4. Perbarisan Masuk Hadirin sekalian,


- Kak ain
Upacara Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah
Menengah Kebangsaan Tenang Stesen kali ke-33 tahun 2018
dimulakan dengan Perbarisan Lintas Hormat dari pasukan rumah
sukan dan.pasukan unit badan beruniform
2
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha En Zulkefli Bin
Sulong, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang
Stesen menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En Hashim
Bin Mohd Kalang, Pengarah Urusan STU Asia Sdn. Bhd. Untuk
berdiri didepan tangga astaka bagi menerima tabik hormat.

Dipersilakan.

- Kak ain Warga Sukan yang dihormati sekalian,

Perbarisan lintas hormat didahului oleh


a. Sarjan Mejar Kadet Polis Asrizam Azuwandi Bin Diahputra
Yuandikah selaku Ketua Komander dan diikuti oleh 4 orang
pembawa bendera kejohanan. Pembawa bendera kejohanan
adalah wakil dari Unit Badan Beruniform Bulan Sabit Merah
Malaysia, , Kadet Bomba dan Penyelamat, Pengakap dan
Kadet Remaja Sekolah

b. Disusuli dengan atlet sekolah seramai 6 orang.

c. Perbarisan masuk kontijen rumah sukan dimulakan dengan


Pasukan SURIA
Merah membara pasti juara diketuai oleh adik Hafiz Fakhruddin
bin Awang

Warnamu megah merah membara,


Semangat juangmu menyala-nyala,
Misi mereka adalah juara,
Moga hasrat ,menjadi nyata.

d. Menyusul dibelakang ialah pasukan SAMUDERA


Biru berombak pantang berganjak diketuai oleh adik Luqman
Fikri bin Md Isa

Pohon tebu ditanam kawan,


Subur membesar tumbuhnya lajak,
Biru tetap membelah awan,
Terus berombak pantang berganjak.

e. Diikuti oleh pasukan PURNAMA


Kuning diraja bersemangat waja diketuai oleh adik Adib
Najmuddin bin Shahrol Isram

Cincin suasa bersarung di tangan,


Hiasan tersohor Dato Bahaman,
Peserta Kuning sentiasa berangan,
3
Menjulang kemenangan sukan idaman

f. Perbarisan kontijen rumah sukan diakhiri dengan pasukan


SEMESTA
Hijau segar sentiasa mekar diketuai oleh Muhammad Azim
Zaim bin Mohd Isa.

Warnamu hijau seri menyerlah,


Penyeri taman pengubat rawan,
Semangat juang tak pernah kalah,
Berpantang kalah sebelum berlawan

- Epol Seteruskan perbarisan lintas hormat diteruskan dengan Pasukan


Unit Badan Beruniform

Berbaju baharu di hari raya,


Agar jelita bagai Sang Ratu,
Pasukan beruniform segak bergaya,
Sederap melangkah setia bersatu.

g. Perbarisan dimulakan dengan Pergerakan Puteri Islam


Malaysia yang diketuai oleh adik Nurul Amira Natasha Binti
Yahaya

h. Diikuti oleh Pasukan Pandu Puteri yang diketuai oleh adik Nurul
Fhatihah binti Melan

i. Menyusul pula Pasukan Pengakap yang diketuai oleh adik


Amirul Aiman bin Abdullah

j. Seterusnya ialah Bulan Sabit Merah Malaysia yang diketuai


oleh adik Tan Chin Xiang

k. Diikuti pula Pasukan Kadet Remaja Sekolah diketuai oleh adik


Muhammad Taqiuddin Bin Mohd Tohid.

l. Seterusnya unit uniform Kadet Bomba dan Penyelamat yang


diketuai oleh adik Muhammad Hafizuddin bin Abdullah

m. Menyusul pula Pasukan Kadet Polis yang diketuai oleh Koperal


Kadet Polis Muhammad adik Nur Ikhmal Bin Zulkifle

n. Perbarisan lintas hormat Unit Badan Beruniform diakhiri dengan


Pasukan Unit Beruniform Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan
yang diketuai oleh adik Shahiffzan A/K Shamsul

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang berbahagia En


Hashim Bin Mohd Kalang Pengarah Urusan STU Asia Sdn.
Bhd. Kerana sudi menerima tabik hormat daripada pasukan rumah
sukan dan pasukan badan beruniform Sekolah Menengah

4
Kebangsaan Tenang Stesen sebentar tadi.
(Tetamu masuk khemah dan duduk)

(Komander – senang diri)

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada pagi yang berbahagia ini, saya
- Epol bagi pihak majlis menjemput dan mempersilakan yang berbahagia
Ustaz Rokiman bin Muhammad untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Rokiman bin


Muhammad atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi

5 Ucapan Aluan Hadirin yang dihormati sekalian, Bagi meneruskan lagi agenda
- Epol majlis kita pada hari ini, dipersilakan Yang berusaha En Zulkefli
Bin Sulong Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang
Stesen untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis
mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha En


Zulkefli Bin Sulong atas ucapan sebentar tadi.

6. Ucapan Perasmian
- Kak Ain Pokok Pinang ditanam rapat,
Lorong Punai Berlari-lari,
Kehadiran Tuan pembakar semangat,
Menghadiri majlis yang penuh bererti.

Justeru, majlis dengan segala hormat dan takzimnya


mempersilakan Yang berbahagia En Hashim Bin Mohd Kalang
Pengarah Urusan STU Asia Sdn. Bhd. Untuk menyampaikan
ucapan seterusnya melangsungrasmikan Kejohanan Balapan dan
Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen kali ke-
33 tahun 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Rasmi diiringi paluan kompang)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang berbahagia


En Hashim Bin Mohd Kalang kerana sudi mengungkapkan
ucapan perasmian sebentar tadi.

7. Upacara menaikkan Hadirin sekalian,


bendera
- Kak Ain Seterusnya adalah upacara menaikkan bendera kejohanan yang
akan diiringi oleh pukulan jidor. Untuk itu, majlis mempersilakan
para hadirin berdiri.

(Upacara menaikkan bendera)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Hadirin dipersilakan


duduk.
5
(komander – Baris sedia)

8 Lafaz Ikrar Hadirin yang dihormati sekalian,


- Kak ain
Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan upacara melafazkan
Ikrar Kejohanan yang diketuai oleh saudara Sharul Amri Bin
Mohd Rahim

(bacakan biodata bila pembaca ikrar berada dihadapan)

BIODATA PEMBACA IKRAR KEJOHANAN (2018)

Pembaca ikrar kejohanan pada tahun ini telah dilahirkan pada 18 Januari
2001 dan merupakan anak kepada pasangan MOHAMAD RAHIM BIN
LEMAN dan SARIPAH BTE SULEIMAN

Kecemerlangan beliau dalam bidang sukan memang tidak dapat


dinafikan. Beliau telah mula mewakili sekolah seawal usia 13 tahun ke
peringkat MSSJ dengan mewakili acara yang amat sinonim dengan
beliau iaitu lompat jauh dan telah berjaya meraih pingat perak.

Pada tahun 2015, beliau terus menunjukkan peningkatan dalam bidang


sukan apabila berpeluang menyertai Kejohanan Balapan dan Padang di
Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur juga dalam acara lompat jauh,
lompat kijang dan larian 800 meter dan telah berjaya berada di tangga
ke-8 daripada 46 orang atlet yang mengambil bahagian dalam
kejohanan tersebut. Pada tahun yang sama beliau turut mewakili
sekolah dalam acara larian 100 meter dan berjaya mendapat tempat ke-
2 di Kejohanan Balapan dan Padang di Sekolah Sukan Tun Hussein
Onn, Kluang.

Dalam tahun 2016, kejayaan beliau di peringkat MSSD berterusan


apabila pulang dengan pingat emas dalam acara lompat jauh dan
mendapat pingat gangsa dalam acara lompat kijang. Selain aktif dalam
acara padang dalam pelbagai kejohanan balapan dan padang, beliau
turut menunjukkan kecemerlangan dalam sukan Kriket hingga ke
peringkat MSSJ, apabila pasukan yang diwakili oleh beliau pernah
mendapat tempat ketiga pada tahun 2014, dan johan 2 tahun berturut-
turut iaitu pada tahun 2016 dan 2017.

Bagi menyempurnakan upacara melafazkan Ikrar Kejohanan,


majlis mempersilakan Yang Berusaha En Zulkefli Bin Sulong
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen
untuk mengiringi Yang berbahagia En Hashim Bin Mohd Kalang
Pengarah Urusan STU Asia Sdn. Bhd. untuk menerima lafaz
Ikrar Kejohanan. Majlis mempersilakan.

Seterusnya dipersilakan saudara Sharul Amri Bin Mohd Rahim


untuk melafazkan ikrar kejohanan.

6
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang berbahagia En
Hashim Bin Mohd Kalang kerana sudi menerima lafaz Ikrar
kejohanan sebentar tadi.

(Komander – senang diri)


.
9. Penyampaian Hadirin sekalian,
cenderamata
Perasmi
- Epol Seterusnya adalah penyampaian sumbangan oleh En Hashim Bin
Mohd Kalang Pengarah Urusan STU Asia Sdn. Bhd kepada
pihak Sekolah, Persatuan Ibu bapa dan Guru serta wakil-wakil
komuniti.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha En Zulkefli Bin


Sulong, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang
Stesen menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En Hashim
Bin Mohd Kalang, Pengarah Urusan STU Asia Sdn. Bhd. untuk
menyampaikan sumbangan.

Untuk makluman hadirin, Tuan Perasmi, En Hashim bin Mohd


Kalang begitu berbesar hati untuk menyumbangkan sebuah pluq,
2 set jersi untuk pasukan sekolah dan T-shirt Kejohanan kepada
warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen. Bukan itu
sahaja, Tuan Perasmi juga turut menyumbangkan empat keping
baucher berupa kupon makanan kepada 4 pasukan pemenang
bagi acara perbarisan iaitu Johan dan Naib Johan bagi kategori
perbarisan rumah sukan dan Johan dan Naib Johan bagi kategori
perbarisan unit badan beruniform.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En


Zulkefli Bin Sulong, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Tenang Stesen untuk menerima sumbangan-sumbangan
tersebut.

- Dimulakan dengan pluq serta sumbangan peribadi kepada Tn


Pengetua
- Seterusnya penyerahan sehelai jersey (simbolik) untuk pasukan
sekolah dan sehelai tshirt kejohanan (simbolik) untuk warga
Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen
- Dan akhirnya empat keping vaucher bagi 4 pasukan pemenang
bagi kategori perbarisan iaitu :
i. Johan Perbarisan Kategori Rumah Sukan
ii. Naib Johan Perbarisan Kategori Rumah Sukan
iii. Johan Perbarisan Kategori Unit Badan Beruniform
iv. Naib Johan Perbarisan Kategori Unit Badan Beruniform

7
Seterusnya dipersilakan Yang Dihormati En Amran Bin Bakri,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Menengah Kebangsaan Tenang Stesen untuk menerima
sumbangan . Dipersilakan.
Seterusnya dipersilakan Yang dihormati Tuan Roseni Bin
Hassan, Ketua Stesen Penguatkuasa Tenang untuk menerima
sumbangan. Dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan Yang dihormati En. Mohd Sharafuddin


Bin Jamaludin,Pegawai Rancangan Tanah, Felda Redong
Wakil Rasmi Pengurus Felda Redong untuk menerima
sumbangan. Dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan Yang dihormati En. Suhaimi Bin Idris


Penyelia Felda, Wakil Rasmi Pengurus Felda Kemelah
untuk menerima sumbangan. Dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan Yang Dihormati En Amran Bin Bakri,


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Menengah Kebangsaan Tenang Stesen untuk menerima
sumbangan. Dipersilakan.

Seterusnya adalan penyampaian cenderakenangan kepada


perasmi. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha En
Zulkefli Bin Sulong untuk menyampaikan cenderakenangan
kepada Yang berbahagia En Hashim Bin Mohd Kalang
Pengarah Urusan STU Asia Sdn. Bhd. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha En


Zulkefli Bin Sulong Pengetua SMK Tenang Stesen atas
kesudian menyampaikan cenderakenangan itu tadi dan ucapan
terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berbahagia En
Hashim Bin Mohd Kalang atas sumbangan yang telah diberi.

10. Perbarisan keluar Para hadirin sekalian, seterusnya perarakan keluar kontijen
- Epol perbarisan dari arena balapan

Perarakan keluar akan dimulakan dengan kontijen unit beruniform


dan disusuli dengan kontijen rumah sukan

(Komander bergerak – mulakan muzik)

11. Penutup Hadirin yang dihormati sekalian,


- Epol
Demikianlah tadi selesainya upacara perasmian pembukaan
Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan
Tenang Stesen kali ke 33 bagi tahun 2018. Dengan ini bermulalah
temasya Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Menengah

8
Kebangsaan Tenang Stesen bagi sidang yang terakhir iaitu sidang
3.

Sekian, terima kasih


Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar nanti akan dimulakan acara
- Kak Ain Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan
Tenang Stesen kali ke 33.

Mohon semua pegawai yang terlibat untuk bersedia di tempat masing-


masing.

Kepada semua peserta dan pelajar anda dikehendaki untuk berada di


dalam khemah rumah sukan masing-masing

Untuk pengetahuan semua acara yang akan dipertandingkan pada hari


ini ialah (Rujuk Jadual Pertandingan)

Diharap semua pelajar yang tidak terlibat dengan sebarang acara boleh
terus memberikan semangat dan sokongan kepada rumah sukan
masing-masing

Pungutan markah
terkini Para hadirin sekalian, berikut adalah jumpah kutipan markah terkumpul
bagi setiap rumah sukan setakat hari ini

SEMESTA – 191 mata


PURNAMA – 150 mata
SURIA – 148 mata
SAMUDERA – 140 mata

You might also like