You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM REMAJA BERWAWASAN


2017

BIL PERKARA BUTIRAN CATATAN


1 Aturan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Pn. Zuridah
Pentadbiran
Perhatian kepada semua hadirin Majlis Pelancaran Program
Remaja Berwawasan tahun 2018 akan dimulakan sebentar lagi.
Mohon kerjasama semua hadirin untuk bertenang.

Ketibaan Mengumumkan ketibaan yang dihormati Leftanan Muhammad


Tetamu Nur Ariffin Bin Rahmat, Pegawai Staf KD Sri Klang ke Majlis
Pelancaran Program Remaja Berwawasan tahun 2018.

2 Lagu Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Semua En. Rafiudin
Negaraku hadirn diminta bersedia.

***(Lagu Negaraku)***

3 Doa Bunga mawar cantik tersemat Pn. Zuridah


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati Majlis kita yang penuh bermakna pada hari
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al Fadil Ustaz Tajul
Ariffin Bin Mohamad Kamin. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*** (Doa) ***

4 Ucapan Terima kasih diucapkan kepada Al fadhil Ustaz Tajul Ariffin En. Rafiudin
Alu-aluan Bin Mohamad Kamin atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

1
Yang dihormati Leftanan Muhammad Nur Ariffin Bin Rahmat-
TLDM, Pegawai Staf KD Sri Klang,

Yang berbahgia Tn. Haji Hisyammuddin Bin Sirat , Pengetua


SMK Jalan Kebun

Yang berusaha Puan Hajah Che Nor Khasimah bt Mohd Nor,


penolong kanan pentadbiran,

Yang dihormati En. Abdul Razak Bin Supajan, penolong kanan


hal ehwal murid,

Yang dihormati Pn. Jaya a/p Ramasamy, penolong kanan


kokurikulum,

Barisan guru kanan mata pelajaran,

Barisan Jurulatih Tentera Laut Diraja Malaysia.

Barisan Ahli Jawatankuasa Majlis Pelancaran Program Remaja


Berwawasan tahun 2018.

Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan keizinannya


pada hari ini kita dapat berkumpul di dataran seri akmal
sekolah menengah kebangsaan jalan kebun untuk Majlis
Pelancaran Program Remaja Berwawasan tahun 2018.

5 Ucapan Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Pn. Zuridah
Pengetua Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis kita
Jika tiada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan tahun 2018


diteruskan dengan mempersilakan Yang berbahgia tn. Haji
Hisyammuddin Bin Sirat, Pengetua SMK Jalan Kebun untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

2
6 Ucapan Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahgia Tn. Haji En. Rafiudin
Perasmi Hisyammuddin Bin Sirat, Pengetua SMK Jalan Kebun atas
ucapan sebentar tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan dipatah batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan tahun 2018


diteruskan dengan mempersilakan Yang dihormati Leftanan
Muhammad Nur Ariffin Bin Rahmat-TLDM, Pegawai Staf KD
Sri Klang, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan
tahun 2018. Dengan takzimnya dipersilakan.

7 Gimik Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati Leftanan Pn. Zuridah
Pelancaran Muhammad Nur Ariffin Bin Rahmat-TLDM, Pegawai Staf KD
Sri Klang, atas ucapan sebentar tadi dan seterusnya
merasmikan Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan
tahun 2018

*** (Gimik Pelancaran)***

**(Pastikan semua murid telah naik ke pentas dan bersedia)**

Majlis diteruskan dengan upacara penyerahan skrol Program


Remaja Berwawasan. Dengan ini dipersilakan Saudara Faris
Azwan Bin Saiful Bahari untuk membuat penyerahan skrol
Program Remaja Berwawasan.

Dengan ini dipersilakan Yang berbahgia Tn. Haji


Hisyammuddin Bin Sirat , Pengetua SMK Jalan Kebun untuk
menerima skrol.

Seterusnya dipersilakan Yang berbahgia Tn. Haji


Hisyammuddin Bin Sirat , Pengetua SMK Jalan Kebun untuk
membuat penyerahan skrol Program Remaja Berwawasan
kepada Yang dihormati Leftanan Muhammad Nur Ariffin Bin
Rahmat-TLDM, Pegawai Staf KD Sri Klang.

Dipersilakan yang Yang dihormati Leftanan Muhammad Nur


Ariffin Bin Rahmat-TLDM, Pegawai Staf KD Sri Klang untuk
menrima skrol Program Remaja Berwawasan.

3
Untuk makluman hadirin sekalian, upacara penyerahan skrol
daripada yang berusaha Tn. Haji Hisyammuddin Bin Sirat,
Pengetua SMK Jalan Kebun kepada Yang dihormati Leftanan
Muhammad Nur Ariffin Bin Rahmat-TLDM, Pegawai Staf KD
Sri Klang, merupakan simbolik penyerahan semua peserta
Program Remaja Berwawasan Sekolah Menengah Kabangsaan
Jalan Kebun kepada pihak Tentera Udara Di Raja Malaysia
untuk pelaksanaan Modul Program secara lebih terperinci dan
berfokus.

8 Bacaan Ikrar Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati Leftanan En. Rafiudin
PRB Muhammad Nur Ariffin Bin Rahmat-TLDM, Pegawai Staf KD
Sri Klang dan Yang berbahgia Tn. Haji Hisyammuddin Bin
Nyanyian lagu Sirat , Pengetua SMK Jalan Kebun atas penyempurnaan
Warisan upacara sebentar tadi

Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan 2017 akan


diteruskan dengan lafaz Ikrar Program Remaja Berwawasan
dan Nyayian lagu Warisan yang akan diketuai oleh Saudara
Zulhelmi Izwan Bin Zulkefli. Dipersilakan

*** Ikrar PRB dan lagu warisan ***

9 Penyampaian Terima kasih diucapkan kepada Saudara Zulhelmi Izwan Bin Pn. Zuridah
sijil Zulkefli atas pimpinan lafaz ikrar Program Remaja
perkhidmatan Berwawasan dan lagu Warisan sebentar tadi.
Dan
cenderamata Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil
penghargaan khidmat bakti sebagai jurulatih untuk Program
Remaja Wawasan tahun 2017 SMK Jalan Kebun.

Dimulakan dengan

1. Laskar Kelas II PNK Mohd Nizar Bin Khairuddin


2. Laskar Kanan PAP Mohammad Shaharuddin Bin Mohd
Yussof
3. Laskar Kanan PAP Nur Hisyamuddin Bin Omar
4. Bentara Muda PRL Mohd Fauzi Bin Husain
5. …

Dan seterusnya disampaikan sijil penghargaan dan


cenderamata kepada

6. Yang dihormati Leftanan Muhammad Nur Ariffin Bin


Rahmat-TLDM, Pegawai Staf KD Sri Klang.

4
10 Penutup Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahgia Tn. Haji En. Rafiudin
aan sesi Hisyammuddin Bin Sirat , Pengetua SMK Jalan Kebun atas
fotografi kesudian menyempurnakan upacara sebentar tadi

Denga berakhirnya upacara pemyampaian sijil penghargaan


dan cenderamata sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis
Pelancaran Program Remaja Berwawasan 2018

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat


secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis
pada pagi ini.

Kami selaku pengacara majlis memohon ribuan kemaafan andai


ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan majlis ini

Merdu bertingkah alunan suara


kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Perhatian kepada semua murid Program Remaja Berwawasan


untuk berada di dataran sri akmal selepas tamat majlis ini
untuk sesi fotografi.

Sekian, wabilahhitaufik walhidayah assalamualaikum W.B.T,


selamat sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Dengan ini saya menyerahkan Majlis kepada Puan Anita…

Disediakan oleh :

Pn. Zuridah Bte Tasriffin,


Guru Kaunseling,
SMK Jalan Kebun.

5
6

You might also like