You are on page 1of 9

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKBK KALI KE-56


Oleh: Mohd Helmi Ahmad

Bil Acara Teks

Umumkan Mengumumkan ketibaan


ketibaan VIP
Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, Ahli Dewan
Paluan kompang Undangan Negeri Batang Kali, diiringi oleh

En. Mahmud Bin Karim, Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali, bersama En.
Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Batang
Kali, Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG SK Batang Kali.

Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan SK
Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.

Yang Berhormat

Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali,

Yang Berusaha

En. Mahmud Bin Karim, YDP PIBG SK Batang Kali,

En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK


Batang Kali,

Yang dihormati

Pn. Hamidah Bt Nipah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Batang Kali,

Pn. Siti Zanariah Bt Jalal, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Batang
Kali,

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batang Kali,

Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Batang Kali


yang dirahmati Allah sekalian.
Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan SK
Batang Kali kali ke-56. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan
beraksi dalam acara pada hari ini.

Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama kita
hormat saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang mengambil
bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
menerima tabik Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk
hormat dari menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.
peserta perbarisan

- MUZIK PERBARISAN

Perbarisan Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan yang
Bendera diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin Bin Azhari. Pembawa bendera
kejohanan Malaysia ialah adik Mohd Shahrulnizam Bin Osman, pembawa bendera
Selangor ialah adik Mohd Ikhmal Hakimi Bin Anuar dan pembawa bendera
sekolah ialah adik Danial Haiqal Bin Azizul Bahari.

Sementara itu, pembawa bendera kejohanan pula terdiri daripada adik


Sutan Bin Sutan Azril, adik Raphael a/l Dominic, adik Adam Norzailani
Zidan Bin Ismail dan adik Mohd Arif Bin Aris.

Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Biru dengan mottonya ‘Biru
Biru Boleh’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Izaidiel Syauqi bin Izlan dan
dianggotai seramai 145 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Biru
ialah adik Nurul Anisah bt Hilmi. Ketua bagi kontinjen rumah Biru ialah Pn
Umi Kalsom bt Zainal Abidin.
Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah yang dianggotai seramai
Merah 135 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Lawan Tetap Lawan’.
Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Faiq Taqiuddin bin Azhari. Pembawa
sepanduk bagi rumah Merah ialah adik Adibah Nawal bt Mohd
Lokman. Ketua bagi kontinjen rumah Merah ialah Pn. Idayu bt Mustakim.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Kuning yang dianggotai seramai
Kuning 130 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Kuning Dipersada’.
Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Arif Iqbal bin Sha’arani. Pembawa
sepanduk rumah Kuning ialah adik Nurul Asmiza bt Sharkawei. Ketua
kontinjen rumah Kuning ialah Pn. Timah bt Awang.

Perbarisan Rumah Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau dengan mottonya ‘Hijau Sapu
Hijau Habis’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Idlan Ikhwan bin Zailandan
disertai seramai 130 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Hijau
ialah adik Amyla Atiqah bt Zainal Abidin. Ketua kontinjen rumah Hijau
ialah Pn Rohaida bt Md Isa.

Kontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan pagi ini
adalah merupakan murid-murid Prasekolah yang terdiri daripada Prasekolah
Prasekolah 1 seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Pn. Rafiza bt Saad dan
Prasekolah 2 seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Pn. Siti Hawa bt
Shamsudin.

Parasekolah 1 dan 2 turut dibantu oleh Pn. Zakiah bt Omar dan Pn. Siti
Hawa bt Aziz.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Mat


Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana sudi menerima tabik hormat daripada
kontinjen perbarisan.

Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita
sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.

Dipersilakan. ….

(Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar
serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan
Negaraku seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan
duduk.

Ucapan perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin
Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-
56. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

……………………

(bunyi dram perasmian)- KOMPANG

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mat


Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-
tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK
Batang Kali kali ke-56.

Upacara Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan. Untuk
menaikkan itu, dipersilakan 4 orang atlet sekolah untuk menyempurnakan upacara
bendera menaikkan bendera kejohanan.

………….. – LAGU THE FINAL COUNTDOWN


Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-
56 bagi tahun 2014.

Menjemput Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju


pembawa bendera ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan
mengiringi diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin bin Azhari.
pembaca ikrar
………

Lafaz ikrar
kejohanan Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.

Persembahan Silat Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari ini, marilah
kita sama-sama saksikan Persembahan Silat daripada Pasukan Silat SK
Batang Kali. Pasukan Silat ini terdiri daripada adikMohd Suhael bin
Alpian, adik Mohd Izz Dabiel bin Mohd Izham, adik Mohd Najmirul Aiman
bin Jalaludin, adik Khairul Zharif Haiqal bin Khairul Azhar dan adik Khairul
Zharif Idham bin Khairul Azhar.

Dipersilakan. – MUZIK SILAT

Majlis merakamkan terima kasih pada Pasukan Silat SK Batang Kali.Untuk


makluman semua, Pasukan Silat ini dibimbing oleh En. Khairul Afrizal bin
Ahmad.

Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang
padang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN

………….
Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan
Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Majlis merakamkan terima kasih kepada
peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan
Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.

Acara pertama pada hari ini ialah Tarik Tali.

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing


kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berhormat Tuan Mat Nadzari bin Ahmad
Dahlan untuk ke tengah padang bagi merasmikan acara pertama.
Dipersilakan.

Penyampaian Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan


hadiah (1) mempersilakan tuan guru besar, En. Mohamad Akhwan Bin
Jamil mengiringi yang berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara…………

Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada rumah......

Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….

Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...

........................

Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlan kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu
tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha En.
Mohamad Akhwan Bin Jamil bagi menyampaikan cenderamata kepada Tuan
Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas kesudian merasmikan kejohanan dan
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Akhwan Bin Jamil kerana sudi
menyampaikan cenderamata itu tadi.

Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,


Hadiah(2)
Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan kepada
upacara penyampaian hadiah.

Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi


acara ______________________________

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis


mempersilakan:

Nama:

Jawatan:

Dengan diiringi oleh

Nama:

Jawatan:

Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................

Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...

Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...

Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..


Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha
Encik.....(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian
hadiah.

Seterusnya dipersilakan .............................. menyampaikan


cenderahati kepada ...................................

Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan


olahragawati sekolah.

Dipersilakan:

Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh


adik....................................................................

Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh


adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:

rumah.....................................................

Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................

Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali
ke-56, jatuh pada: rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis penutupan
kejohanan dan
penyampian Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 kini tiba ke
hadiah ketegori penghujungnya.
khas(6)
Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut
rumah masing-masing.

(marching song)

Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang


Kali kali ke-56. Oleh itu, dijemput En. Mohamad Akhwan Bin Jamil, Guru
Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Batang Kali.

Dengan hormatnya dipersilakan.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih


kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan
Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 pada tahun ini.

.................................................................

Sekarang kita tampilkan En Samsul Fadilah Bin Asmara ke tengah padang


untuk melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai penutup
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Dipersilakan.

Akhir kata dari kami

Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

#Teks pengacara majlis perasmian sukan tahunan sekolah

#Skrip pengacara majlis perasmian sukan tahunan sekolah


#Teks pengacara majlis acara perasmian, perbarisan, penyampaian hadiah dan penutup sukan tahunan
sekolah

You might also like