You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN ANTARA RUMAH SK SUNGAI TUNOH 2016


Oleh: Pn Nurfatehah Abdullah Chek

Bil Acara Teks


Umumkan Mengumumkan ketibaan
ketibaan VIP
En Tito ak Juel Wakil Klinik Kesihatan Skim Tunoh, diiringi oleh
En Welfred Manjan ak Radin Guru Penolong Kanan KOkurikulum SK
Sungai Tunoh.

Ucapan alu-aluan ASAL JURAGAN MENGAIL IKAN,


SAMBIL BERSUKA DI TEPI KUALA,
MASA JANGAN KITA TANGGUHKAN,
TIRAI DIBUKA MAJLIS BERMULA...

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Datang ke Kejohanan Sukan Antara


Rumah SK Sungai Tunoh bagi tahun 2016.
Yang Dihormati,
En Tito ak Juel, Wakil Klinik Kesihatan Skim Tunoh

Yang Berusaha
En. Welfred Manjan ak Radin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK
Sungai Tunoh, Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya atli-atlit
muda SK Sungai Tunoh sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-


alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Antara
Rumah SK Sungai Tunoh bagi tahun 2016. Semoga dengan kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada
atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

Informasi Sukan Hadirin sekalian,

Buat makluman semua, kejohanan sukan antara rumah pada tahun ini
telah bermula sejak hari Isnin lagi dengan pelbagai acara yang telah
dilaksanakan. Antaranya ialah Sukantara iaitu kesemua murid telah
mengambil bahagian dalam acara larian, lompat jauh dan lontar peluru.
Selain itu beberapa acara balapan juga telah dilaksanakan pada peringkat
suku akhir dan separuh akhir.

Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan pada kali ini, marilah sama-sama
hormat kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen rumah sukan yang
mengambil bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
menerima tabik dihormati En Tito ak Juel untuk menerima tabik hormat daripada peserta
hormat dari perbarisan. Dipersilakan.
peserta perbarisan
Perbarisan Rumah Perbarisan lintas hormat dimulakan dengan Kontinjen rumah IRIZ yang
IRIZ diketuai oleh adik Nataneel Laing Chau dan adik Sylvistine Eddyson
sebagai pembawa sepanduk. Hadirin sekalian, pasukan rumah IRIZ
membawa maskot Ikan Lumba-lumba dengan mottonya Cergas, Pantas,
Berjaya..

Setia bersatu gagah berdiri


Segala cabaran bukan halangan
Iriz telah memunculkan diri
Dah nampak pingat emas dalam tangan

Kontinjen yang mempunyai peserta seramai 24 orang ini telah dibimbing


oleh Pn Nancy ak Barang.

Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontinjen daripada rumah AXIA yang
AXIA dianggotai seramai 22 orang peserta perbarisan dengan mottonya Axia
Pasti Juara. Kontinjen ini diketuai oleh adik Jaques Jugah dan pembawa
sepanduk ialah adik Aina Syahira.

Kuning Cemerlang Gemilang Terbilang


Warna diraja penaung dihati
Semangat Kental terus berjuang
Takkan mengalah menyerah diri

Buat makluman semua hadirin, kontinjen rumah Kuning Perkasa ini telah
dibimbing oleh En Mohammad Izwan bin Hod.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah INSPRIRA yang dianggotai
INSPIRA seramai 20 orang peserta perbarisan dengan mottonya Inspira Takkan
Mengalah. Kontinjen ini diketuai oleh adik Jeremy Duncan dan pembawa
sepanduk ialah adik Noria Entayang.

Inspira kan mengorak langkah lebih jauh lagi


Takpe mundur beberapa langkah dahulu
Kami beri peluang pada yang sudah lama menanti
Kalah kami tak malu, Gagal kami tak rugi
Yang pasti kami kan cuba lagi mungkin bukan kini
Pasti suatu hari nanti, gelaran juara kami raih kembali.

Hadirin sekalian, kontinjen rumah Inspira Never Surrender ini telah


dipimpin oleh En Mohamad Yassin Yahya.

Perbarisan Rumah Kontinjen seterusnya ialah rumah SUPRIMA dengan maskotnya Super
SUPRIMA Suprima. Kontinjen seramai 24 orang peserta bermottokan Super
Suprima Takkan Gentar. Adik Ralfendy sebagai ketua kontinjen dan
pembawa sepanduk ialah adik Ella.
Merah menyala semangat membara
Menyusun langkah gagah berani
Jangan dicuit jangan dicabar
Suprima tetap teguh berdiri

Kontinjen rumah SUPRIMA ini dibimbing oleh Cik Eda Ak Anom.

Perbarisan Hadirin sekalian kontinjen terakhir pada pagi ini ialah kontinjen daripada
KEDAP pasukan Kelas Dewasa, Asli dan Peribumi (KEDAP)

Dengan temanya Otai Masih Berbisa. Kontinjen ini diketuai oleh En James
Baran dan dianggotai oleh 25 orang peserta.

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang dihormati En Tito ak Juel


kerana sudi menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan.

Nyanyian Lagu
Hadirin yang dihormati sekalian, sebagai tanda cinta akan Negara,
Negaraku
marilah sama-sama kita berdiri dan seterusnya menyanyikan lagu
Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin


dipersilakan duduk.

Ucapan Guru Majlis seterusnya mempersilakan En Welfred Manjan ak Radin untuk


Besar menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Dipersilakan.

Terima kasih En Welfred Manjan diatas ucapan pembuka semangat


sebentar tadi.

Ucapan Hadirin sekalian,


Perasmian Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Wakil Klinik Kesihatan
Skim Tunoh En Tito Ak Juel dan seterusnya merasmikan Kejohanan
Sukan Antara Rumah SK Sungai Tunoh bagi tahun 2016. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.
……………………

Majlis merakamkan terima kasih kepada En Tito di atas ucapan perasmian


itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan
Kejohanan Sukan Tahunan SK Sungai Tunoh pada tahun ini.

Lafaz ikrar Tuan-tuan dan puan-puan


kejohanan
Sebagai simbolik berlangsungnya kejohanan sukan pada tahun ini,
Menjemput marilah sama-sama kita menyaksikan larian obor kejohanan yang diketuai
pembawa bendera oleh adik Rooney Afasya dan seterusnya melafazkan ikrar kejohanan.
mengiringi
pembaca ikrar Dengan ini, Majlis menjemput dan mempersilakan En Tito diiringi oleh En
Welfred bagi menyalakan obor kejohanan. Larian obor kejohanan ini
adalah sebagai pembuka tirai kejohanan sukan Sk Sungai Tunoh secara
rasminya. Para pembawa bendera kontinjen dipersilakan maju ke hadapan
untuk bersama-sama mengiringi nyalaan obor serta lafaz ikrar kejohanan

Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.

Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen
padang yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN
………….

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan


Antara Rumah SK Sungai Tunoh bagi tahun 2016. Majlis merakamkan
terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam
perbarisan lintas hormat.

You might also like