You are on page 1of 8

TOKOH : DATUK YUSOF HASLAM

PROFILE TOKOH :
Nama

: Mohd Yusof bin Md. Haslam

Khan
Umur

: 61 tahun (April 1954)

Warganegara

: Malaysia

Asal

: Jalan Pahang,Kuala Lumpur

Status

: Berkahwin dan memiliki 4 orang anak

Pekerjaan

: Pelakon, Pengarah, Penebit

Filem yang Dilakonkan

1. Filem Laksamana Do Re Mi (1972) Pelakon Tambahan


2. Jiwa Remaja (filem) (1975) Pelakon Utama
3. Loceng Maut (1976) (Artis Jemputan)
4. Filem Cinta Dan Lagu (1976) Pelakon Pembantu
5. Sayang Anakku Sayang (1976) Artis Jemputan
6. Filem Detik 12 Malam (1979) Pelakon Utama
7. Tiada Esok Bagimu (filem) (1979) Pelakon Pembantu
8. Filem Ribut Barat (1981) Pelakon Utama
9. Jejak Bertapak (1981) Pelakon Utama

10.

Bukit Kepong (filem) (1982) Pelakon Utama

11.

Sikit Punya Gila (1982) Pelakon Pembantu

12.

Senja Merah (1982) Pelakon Pembantu

13.

Filem Penentuan (1982) Pelakon Utama

14.

Mekanik (filem) (1983) Pelakon Pembantu

15.

Filem Di Ambang Kasih (1984) Pelakon Utama

16.

Filem Melati Putih (1984) Pelakon Pembantu

17.

Filem Jauh Di Sudut Hati (1984) Pelakon Pembantu

18.

Filem Rahsia (1987) Pelakon Pembantu

19.

Permintaan Terakhir (filem) (1987) Pelakon Utama

20.

Wira Angkasa (1987) Pelakon Utama

21.

Driving School (1990) Pelakon Pembantu

22.

Bayangan Maut (1990) Pelakon Utama

23.

Harry Boy (1991) Pelakon Pembantu

24.

Pemburu Bayang (1993) Pelakon Pembantu

25.

Filem Balada (1993) Pelakon Tambahan

26.

Gerak Khas The Movie (2001) Pelakon Pembantu

27.

Gerak Khas The Movie II (2002) Pelakon Tambahan

SIFAT TERPUJI DALAM DIRI TOKOH :

Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam
Khan merupakan seorang pengarah filem di Malaysia. Dato Yusof Haslam
dilahirkan pada 24 April 1954 dan berasal dari Jalan Pahang, Kuala
Lumpur. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh beradik ini mendapat
pendidikan terakhirnya di Sekolah Kebangsaan Polis Depot dan Sekolah
Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.Yusof Haslam mendirikan
rumah tangga dengan Datin Fatimah Ismail. Anak-anak beliau ialah Mohd
Faizal,Mohd Shamsul, Nursyamin dan Mohd Syafiq.
Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan
pelakon, Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production, dimana
anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam
Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME
Communication (post production dan penerbitan drama serta filem).Yusof
yang sentiasa menerima kritikan membina berikutan filem berunsur
komersial seperti Sembilu, Gerak Khas The Movie dan banyak lagi turut
menyifatkan anugerah yang diterimanya itu amat bernilai buat dirinya dan
membuktikan segala penat lelahnya sebagai penggiat seni perfileman
sejak 1970-an mendapat penghargaan masyarakat dan media masa.
Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, bakal mencecah
usia 56 tahun. Pada usia emasnya itu, Pengarah Urusan Skop Productions
Sdn Bhd ini mengakui beliau belum terfikir untuk bersara daripada bidang
seni yang sudah sebati dengan dirinya lebih dua dekad lalu.Akuinya, pada
zaman muda dulu, memang beliau boleh bekerja hingga 6 pagi setiap hari
tapi sekarang tidak lagi. Yusof masih ingat, pada zaman kegemilangannya
ketika mengarahkan filem Sembilu, beliau boleh menghabiskan masa di
lokasi penggambaran sehingga 7 pagi setiap hari.Namun, kata Yusof,
buat masa ini, beliau ingin memperlahankan aktiviti pengarahannya bagi
memberi laluan pada anak bujangnya, Syamsul. Yusof juga lebih

pentingkan ketenangan pada usianya yang bakal mencecah 60 tahun


dalam tempoh empat tahun lagi.
Saya juga malu kalau orang kata saya masih muda pada usia sekarang.
Jika nak diikutkan, pada usia sekarang, saya boleh berehat di rumah
berdasarkan kedudukan ekonomi keluarga kami juga kukuh. Tapi sebagai
anak seni yang sudah berkecimpung sekian lama dalam bidang seni, saya
percaya perjuangan ini perlu diteruskan.Saya akan teruskan selagi
kesihatan mengizinkan dan ada kemampuan untuk terus berkarya, sekali
gus memberi sumbangan di persada perfileman tanah air.Saya juga jarang
menghadiri majlis pelancaran drama dan filem ketika ini. Malah, saya juga
lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga terutama cucu di
rumah, katanya dalam pertemuan santai bersama Meja Hiburan, barubaru ini.Hadir sama, isterinya, Datin Fatimah Ismail, dan Pengarang
Hiburan Harian Metro, Adam Salleh. Kini, kata Yusof, sampai masanya,
beliau memberi peluang pada generasi muda untuk mengarah filem
terutama pada dua anaknya, Syamsul dan Faizal.
Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah yang cukup prihatin dengan
masalah-masalah sosial di kalangan remaja dan juga masyarakat kota.
Dalam filem-filemnya sering digambarkan kemelut remaja kota, kehidupan
remaja yang terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga keluarga yang
ketat memberikan perlindungan kepada anak-anak remaja. Pendek kata,
dalam filem-filem Yusof kita akan didedahkan dengan segala
permasalahan itu dan nasihat-nasihat serta cara-cara untuk mengatasinya.
Daripada strategi pasaran, remaja adalah golongan terbesar yang
menonton filem di pawagam. Justeru itu tidak hairanlah kalau pemaparan
persoalan atau kisah remaja adalah cara terbaik untuk menarik golongan
remaja ini ke pawagam. Para pengarah dan penerbit menganggap, remaja
hanya mahu menonton kisah yang dekat dengan kehidupan mereka

sahaja. Memang pendapat ini tidak salah sepenuhnya. Malangnya, kisah


remaja itu dilihat dari kacamata orang tua, sepertimana seorang datuk
yang melihat kehidupan cucunya yang dikatakan bermasalah. Datuk itu
datang dari zaman lalu yang cuba mengatasi masalah remaja di zaman
global. Dia tidak dapat menangkap dan memahami realiti sebenar
kehidupan remaja tersebut. Lalu dia menggunakan kayu ukur zamannya
untuk menilai kehidupan dan menasihati remaja masa kini. Yang keliru
bukan anak remaja tersebut tetapi orang tua yang tidak memahami
perubahan zaman itu. Inilah agaknya sebuah filem remaja yang penuh
mesej, nasihat orang tua untuk remaja.

Mengapa Mereka Dipilih?


Saya memilih empat orang tokoh usahawan seperti yang telah dimuatkan
dalam laman blog saya ini kerana setiap dari tokoh-tokoh ini memiliki
penampilan dan sifat yang berbeza diantara satu sama lain.Pemilihan
tokoh dalam blog saya ini diamil kira dari pelbagai latar belakang tokoh
seperti naik turun kemajuan mereka dalam mencapai tahap usahawan
yang berjaya.Saya memilih tokoh-tokoh usahwan dari kalangan
warganegara Malaysia dan berbangsa Melayu kerana saya yakin bahawa
dengan terbitnya laman ini dapat membuka mata masyarakat Melayu agar
mereka membuang rasa takut dalam diri untuk menceburkan diri dalam
dunia keusahwanan.Setiap dari tokoh ini memiliki pengalaman yang
berharga dalam perjalanan mereka untuk menjadi usahawan yang Berjaya
dimana setiap dari mereka pernah jatuh dan Berjaya bangkit semula untuk
terus berjuang demi perniagaan dan karier yang telah dibina.

Seperti yang tertulis,tokoh usahawan pertama ialah Tan Sri Mokhzani


Mahathir dimana beliau merupakan peneraju kepada syarikat gas dan
minyak yang terkemuka di Malaysia SapuraKencana Petroleum.Beliau
merupakan seorang tokoh yang memiliki sifat berdikari sendiri kerana
beliau telah Berjaya membawa syarikatnya ke tahap yang tinggi tanpa
mengharapkan bantuan dan pengaruh dari ayahdanya yang merupakan
mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4.Walaupun beliau mampu
melonjak ke tangga yang tinggi dengan masa yang singkat dengan
bantuan ayahnya tetapi beliau masih berkeras dan berpendirian tetap untuk
maju selangkah demi selangkah untuk mencapai kejayaan dengan usaha
dan titik peluhnya sendiri.Berkat usahanya,beliau Berjaya di namakan
sebagai salah seorang dari orang yang terkaya di Malaysia.
Tokoh usahawan kedua yang menjadi pilihan ialah Datuk Wan Mohammad
Sani Salleh, Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn
Bhd,Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).Tokoh ini
merupakan seseorang yang menghasilkan perniagaan yang diilhamkan
dari zaman kecilnya dimana beliau merasakan rutinnya menaiki bas ke
sekolah setiap hari sebagai asas kepada perusahaan
syarikat pengangkutannya.Datuk Sani merupakan seorang usahawan
yang memiliki sifat tabah yang tinggi dimana beliau harus diberi
perhormatan apabila beliau tetap cekal dan yakin untuk meneruskan
perusahaannya apabila rakan kongsinya telah mula mengangkat kaki dari
perkongsian perniagaan ini.Keadaan syarikat yang bergolak dapat diatasi
dengan lancer dibawah pengurusan beliau.Sifat unik yang dimiliki beliau
ini telah membawa beliau untuk berdiri setaraf dengan usahawanusahawan lain yang jauh lebih tua darinya.
Seterusnya tokoh ketiga yang dipilih ialah Datuk Wira Dr. Maznah Hamid
atau Iron Lady Malaysia.Tokoh merupakan satu-satunya usahawan wanita

yang ditampilkan dalam blog saya ini.Tujuan saya menjadikan beliau


sebagai salah satu pilihan saya ialah kerana beliau merupakan seorang
tokoh yang berani dan berjiwa kental.Berdasarkan perusahaan yang
diperkenalkan beliau merupakan satu perusahaan yang tidak sesuai untuk
golonganwanita.Kerja yang kasar dan memerlukan individu yang kuat dan
sasa dalam perusahaan ini.Tetapi Datuk Maznah mengambil cabaran ini
dan cuba menukarkan pandangan orang lain bahawa seorang wanita yang
memiliki jati diri yang kuat sepertinya mampu untuk memajukan
perusahaan yang majoritinya terdiri dari kaum lelaki.Sifat yang dimilikinya
ini amatlah sesuai dijadikan contoh dan penambah semangat kepada
usahawan-usahawan muda.
Akhir sekali,Datuk Yusof Haslam merupakan seorang usahawan yang
memiliki pengalaman yang paling berharga dan berpengaruh kerana beliau
menceburi bidang perfileman.Sebelum beliau memulakan perusahaan
tersebut,beliau dengan sendirinya telah merasai setiap watak yang terlibat
dengan perusahaan tersebut dimana beliau pernah menjadi pelakon
sampingan,pelakon utama dan krew penerbitan.Pengalaman yang
dimilikinya itu dimanfaatkan dengan sebaiknya dan sangat membantu
dirinya bagi menjayakan syarikat perfilemannya.Beliau bukan sahaja
Berjaya seorang diri bahkan anak-anaknya turut bersama menceburkan diri
dalam perusahaan itu dan Berjaya menjadi usahawan Berjaya mengikut
langkah Datuk sendiri.Datuk Yusof juga pernah jatuh dalam mendaki
kejayaan dimana filem yang diterbitkan beliau kurang mendapat
sambutan.Usahawan-usahawan muda harus mengambil perjalanan beliau
sebagai garis panduan dimana pengalaman dalam sesuatu bidang itu amat
penting sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut.
Kesimpulannya,setiap tokoh usahawan yang dipilih memiliki cerita dan
perjalanan perniagaan yang dapat dijadikan iktibar dan ransangan kepada
bakal-bakal usahawan yang ingin mengecapi kejayaan dalam perniagaan

yang diusahakan.Setiap individu boleh berjaya sekiranya setiap dari


mereka memiliki sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh usahawan seperti berani
mengambil risiko,daya usaha berterusan,tidak mudah berputus asa,bijak
mengambil peluang dan pelbagai sifat positif lain lagi.Setiap kejayaan yang
dikecapi oleh usahawan-usahwan yang Berjaya hari ini bukanlah datang
bergolek tapi turut disertakan dengan pelbagai rintangan dan cabaran.

You might also like