You are on page 1of 2

TOKOH SENIMAN NEGARA : DATO’ DR.

AHMAD NAWAB

Dato' Dr. Ahmad Nawab atau nama asal,


Ahmad Khan bin Nawab Khan merupakan
seorang penggubah lagu, pemain muzik serta
penyanyi yang terkenal di Malaysia. Beliau
telah menggubah lagu lebih daripada 2,000
lagu sejak penglibatannya dalam dunia seni.
Beliau juga telah diberi penganugerahan
sebagai "Seniman Negara Ke-7".

Dato' Dr. Ahmad Nawab atau nama asal,


Ahmad Khan bin Nawab Khan merupakan
seorang penggubah lagu, pemain muzik serta
penyanyi yang terkenal di Malaysia. Beliau
telah menggubah lagu lebih daripada 2,000
lagu sejak penglibatannya dalam dunia seni.
Beliau juga telah diberi penganugerahan
sebagai "Seniman Negara Ke-7".

Dato’ Dr. Ahmad Nawab dilahirkan di Pulau Pinang, merupakan seorang komposer
muzik yang terkenal di Malaysia dan masih lagi bergiat aktif dalam penggubahan lagu
sehingga ke hari ini.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik, beliau telah menghasilkan lebih 200
buah album yang didendangkan oleh artis-artis tempatan dan luar negara yang popular
dan berbakat besar seperti Hetty Koes Endang, Khatijah Ibrahim, Sudirman Haji
Arshad, Ramlah Ram, Broery Marantika dan ramai lagi.

Popularitinya telah membuktikan bahawa lagu-lagu ciptaannya adalah berkualiti, di


mana beliau masih mampu bersaing serta dapat bertahan lebih dari tiga puluh tahun
dalam dunia muzik tanah air walaupun terdapat kemunculan ramai komposer-komposer
muda yang serba berkebolehan.

Dato’ Dr. Ahmad Nawab juga merupakan orang yang bertanggung jawab bagi
mengubah lahu “Malaysia Truly Asia”, yang dinyanyikan oleh Khatijah Ibrahim. Lagu
tersebut turut dijadikan lagu tema bagi mempromosi Malaysia pada persada
antarabangsa.
TOKOH SENIMAN NEGARA : Allahyarham Tan Sri Datuk (Dr.) Jins
Shamsuddin

Allahyarham Tan Sri Datuk (Dr.) Jins


Shamsuddin (5 November 1935 - 1 Mac
2017) merupakan seorang pelakon,
penggiat seni, pengarah filem serta senator
Malaysia. Atas bimbingan Tan Sri P.
Ramlee, beliau telah berjaya menjadi
seorang pelakon yang terkenal sejak tahun
50-an.

Nama beliau kini terpahat sebagai legenda


yang masih gigih menyumbangkan usaha
dan tenaganya dalam pembangunan
industri filem Melayu sepanjang hayatnya.

Mohamed Zain bin Shamsuddin dilahirkan


di Taiping, Perak pada 5 November 1935.
Beliau merupakan anak bongsu daripada 4
orang adik beradiknya.Beliau menamatkan
peperiksaan Senior Cambridge pada tahun
1956, dengan harapan untuk meneruskan
pengajian di Universiti Malaya di Singapura
(kini Universiti Kebangsaan Singapura).[2]
tetapi harapannya terhalang apabila diberitahu oleh pegawai kemasukan universiti itu
mengenai status permohonannya yang dikatakan akan sentiasa dalam pertimbangan.

Walau bagaimanapun; datuk saudaranya yang merupakan seorang guru di sebuah


hotel berprestij Anderson School di Ipoh, berjaya memohon tempat untuk belajar
kejuruteraan elektrik di England tiga bulan ke tarikh akhir.

Zain menggunakan masa lapang yang tersisa untuk mengambil kursus Bahasa Inggeris
setiap malam semasa beliau tinggal bersama seorang saudara yang merupakan
pengarah untuk sayap pendidikan Radio Malaysia.[2]

You might also like