You are on page 1of 25

Tan Sri Dr. P.

Ramlee
Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh
Lahir Mac 22 1929
Pulau Pinang, Malaysia
Mei 27 1973 (umur 44 tahun)
Meninggal dunia Jalan Dedap, Taman P. Ramlee
Setapak, Kuala Lumpur

Latar belakang
Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Aidil Fitri 22 Mac 1929 kepada
pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 -
1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga
dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee
juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengan dengannya.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke
Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School
sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah
Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free
School apabila tamat perang
Permulaan kerjaya seni
Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah
bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau
menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah
menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai
Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf
"P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir
hayatnya.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang
peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah
berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang
pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L.
Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P.
Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon
terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah
"Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer
Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas
terakhirnya.

Keluarga
Perkahwinan
P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah
Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun.
Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor pada 6 Februari
1955, seorang kerabat diraja negeri Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi
orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang
lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada
kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka retak. Kali terakhir adalah
dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat
sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Wanita dalam hidup P. Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri
pertama beliau, Junaidah, menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama
manakala Norizan menyintai P. Ramlee sebagai seorang seniman dan pembikin filem
yang terkenal. Walau bagaimanapun, Saloma menyintai P. Ramlee seadanya iaitu sebagai
seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi
teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.

P. Ramlee & Salmah Ismail (Saloma)

Anak-anak
P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja
yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak
beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak
(contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak
tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak).
Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1953)


2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1954)
3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
7. Betty : Anak angkat
8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (lahir 1966)
10. Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

Penghargaan selepas pemergian


P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44
tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala
Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan
Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah
terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka
Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala
Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P.Ramlee (dahulunya
Jalan Parry) pada tahun 1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan
P.Ramlee. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni
persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor".

Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, P. Ramlee
telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang
mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan
kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia.

Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan
teater muzikal dengan tajuk "P. Ramlee the Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi"
Anugerah
Berikut merupakan senarai anugerah yang terlibat dengan beliau dan karya beliau
sepanjang hidup beliau.

1945

 Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya

"Tempat ke-3" - P. Ramlee

1946

 Pertandingan Nyanyian Keroncong Pualu Pinang

"Tempat Pertama" - P.Ramlee dan Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia


 Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya

"Tempat ke-2" - P.Ramlee

1947

 Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya

"Tempat pertama" - P.Ramlee

1951

 Majalah Filem Raya Malaya

"Bintang Pujaan Malaya and Indonesia" - P.Ramlee

1952

 Majalah Filem Raya Malaya


"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran" - Juwita

1953

 Majalah Filem Raya Malaya

"Filem Terbaik" - Hujan Panas


"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Kegemaran Malaya" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran Malaya dan Indonesia" - Antara Senyum Dan Tangis
"Pelakon Kegemaran Malaya dan Indonesia" - P.Ramlee
 Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya

"Artis Tahunan 1953" - P.Ramlee


"Filem Terbaik" - Hujan Panas
 Radio Malaya

"Penyanyi Lelaki Terbaik" - P.Ramlee

1956

 Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong

"Skor Muzik Terbaik" - P.Ramlee


"Pelakon Pembantu Wanita Terbaik" - Zaiton bagi Hang Tuah
 Majalah Bintang Singapura

"Seniman Terbaik" - P.Ramlee


"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Penggubah Terbaik" - P.Ramlee
"Penyanyi Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Semerah Padi
"Filem Kedua Terbaik" - Anakku Sazali
"Pengarah Kedua Terbaik" - Phani Majumdar bagi Anakku Sazali
"Pelakon Wanita Terbaik" - Saadiah Baharom bagi Semerah Padi
 Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya

"Filem Melayu Terbaik" - Penarik Beca


"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Lagu Terbaik" - Inang Baru dari Penarik Beca

1957
 Festival Filem Antarabangsa Berlin

Terpilih untuk Tayangan - Hang Tuah


 Festival Filem Asia ke-4 Tokyo

"Pelakon Lelaki Terbaik" - P.Ramlee


"Pelakon Kanak-kanak Terbaik" - Tony Castillo bagi Anakku Sazali

1958

 Festival Filem Asia ke-5 Manila

"Fotografi Hitam Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Sumpah Orang Minyak
 Majalah Kisah Bintang Dan Filem Malaya

"Seniman Terbaik" - P.Ramlee


"Filem Terbaik" - Sumpah Orang Minyak
"Lagu Kedua Terbaik" - Tudung Periuk dari Sumpah Orang Minyak

1959

 Festival Filem Asia ke-6 Kuala Lumpur

"Filem Komedi Terbaik" - Pendekar Bujang Lapok

1960

 Majalah Gelanggang Singapura

"Filem Paling Popular" - Pendekar Bujang Lapok


"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Nujum Pak Belalang
 Majalah Bintang Singapura

"Filem Kegemaran" - Pendekar Bujang Lapok


"Pengarah Kegemaran" - P.Ramlee
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Nujum Pak Belalang
"Seniman Teratas" - P.Ramlee
"Lagu Kegemaran" - Jangan Adik Angan-Angan dari Musang Berjanggut
 Festival Filem Asia ke-7 Tokyo

"Filem Komedi Terbaik" - Nujum Pak Belalang

1962

 Festival Filem Asia ke-9 Tokyo


Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik" - Seniman Bujang Lapok
 Darjah Kurnia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra
Jamalullail

"Ahli Mangku Negara" - P. Ramlee A.M.N.

1963

 Festival Filem Asia ke-10 Tokyo

"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Ibu Mertuaku
"Bakat Paling Pelbagai" - P.Ramlee

1964

 Festival Filem Asia ke-11 Taipei

"Filem Komedi Terbaik" - Madu Tiga

1965

 Festival Filem Dunia Paris

"Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku

Lagu
Rencana utama: Lagu
 Lagu Getaran Jiwa
 Lagu Berpedati
 Lagu Mengapa Tak Berkawan (duet dengan Saloma)
 Lagu Qadzaan Tuhan
 Lagu Rela Hamba Rela
 Lagu Membisu
 Lagu Intan Menjadi Kaca
 Lagu Kisah Mahjong
 Lagu Ku Rindu Padamu
 Lagu Bawah Rumpun Bambu
 Lagu Surat Cinta
 Lagu Hidupku Bebas
 Lagu Rembang Petang
 Lagu Senjakala
 Lagu Lanang Tunang Tak Jadi
 Lagu Mengapa Derita
 Lagu Keluarga 69
 Lagu Entah Di Mana
 Lagu Sepanjang Riwayatku
 Lagu Ting Tara Tilala
 Lagu Terbang Burung Terbang
 Lagu Dendang Perantau
 Lagu Assalamualaikum
 Lagu Uda Dan Dara
 Lagu Rantau Selamat
 Lagu Selamat Berbahagia Wahai Kekasih

Senarai lagu-lagu nyanyian P. Ramlee dan Saloma


A
1. Aci Aci Buka Pintu
2. Aduh Sayang
3. Aduhai Sayang
4. Ahmad Albab
5. Ai Ai Twist
6. Aku Bermimpi
7. Aku Debuk
8. Aku Menangis
9. Aku Tak Berdaya
10. Aku Terpesona
11. Ala Payong
12. Alam
13. Alam Di Tiup Bayu
14. Alam Maya
15. Alangkah Indah Di Waktu Pagi
16. Alhamdulillah
17. Ali Baba Rock
18. Alunan Biola
19. Anak-ku Sazali
20. Aneka Ragam
21. Angin Malam
22. Apa Guna Berjanji
23. Apabila Kau Tersenyum
24. Apek Dan Marjina
25. Asmara Bergelora
26. Asmara Datang Bersama Sang Bulan
27. Asmara Murni
28. Assalamualaikum
29. Awan Mendung Telah Tiba
30. Awas-awas Jangan Tertawan
31. Ayam Ayam
32. Ayer Mata
33. Ayer Mata Di Kuala Lumpur
34. Azizah

B
1. Bahagia
2. Bahtera Karam
3. Baidah
4. Barang Yang Lepas Jangan Di Kenang
5. Bawah Rumpunan Bambu
6. Bayangan Wajahmu
7. Beginilah Nasib
8. Belantara
9. Berdendang Ria
10. Berhati Lara
11. Berkorban Apa Saja
12. Bermandi-manda
13. Berpedati
14. Bersama
15. Bertamasha
16. Betapa Riangnya
17. Biarlah Aku Pergi
18. Bila
19. Bila Mama Pakai Chelana
20. Bila Tiba Masa
21. Bintang Hati
22. Bintang Sore
23. Bubor Sagu
24. Budi Dibawa Mati
25. Bujang Merempat
26. Bulan Dan Juga Angin
27. Bulan Jatuh Ke Riba
28. Bulan Mengambang
29. Bumiku Ini
30. Bunga Mekar
31. Bunga Melor
32. Bunyi Gitar
33. Burung Pungok

C
1. Chemara Jingga
2. Chemburu
3. Chinta
4. Chinta Abadi
5. Choraknya Dunia
6. Cik Cik Keboom

D
1. Dalam Air Terbayang Wajah
2. Dari Hati Ke Hati
3. Dari Masa Hingga Masa
4. Debaran Jiwa
5. Dendang Perantau
6. Dengar Ini Cherita
7. Dengarlah Kemala Hati
8. Dengarlah Rayuanku
9. Dengarlah Sang Ombak Berdesir
10. Derita
11. Dewi Ilhamku
12. Dewi Puspitaku
13. Di Bibir Mu Terlukis Kata
14. Di Mana Kan Ku Chari Ganti
15. Di Mana Suara Burong Kenari
16. Di Pinggiran
17. Di Pulau
18. Dia Dan Aku
19. Di Renjis-renjis Di Pilis
20. Di Telan Pahit Di Buang Sayang
21. Do Re Mi
22. Duka Berganti Suka
23. Dunia Hanya Pinjaman
24. Dunia Ini Hanya Palsu

E
1. Embun Menitik
2. Engkau Laksana Bulan
3. Entah Di Mana

G
1. Gadis Dan Terona
2. Gambus Jodoh
3. Gara Asmara
4. Gelang Suasa
5. Gelora
6. Gelora Asmara
7. Gelora Jiwa
8. Gerimis
9. Getaran Jiwa
10. Gitar Berbunyi
11. Gunung Payong

H
1. Hamidah
2. Hancur Badan Kandung Tanah
3. Hanya Angan Angan
4. Hanya Dikau
5. Harapan Bonda
6. Harapan Jiwa
7. Hari Feista
8. Hati Gelisah
9. Hati Muda
10. Hidup Berdua
11. Hidup Melarat
12. Hilang Terang Timbul Gelap
13. Hoi Hoi Yahoi
14. Hore-hore
15. Hujan Di Tengah Hari

I
1. Ibu
2. Ilham Tiba
3. Impian Kalbu
4. Inang Baru
5. Indahnya Sang Suria
6. Ingin Tahu
7. Inikah Suratan Hidup
8. Intan Menjadi Kacha
9. Irama Lagu
10. Istana Chinta
11. Isteri Yang Di Rindu
12. Itulah Sayang

J
1. Jangan Adek Angan Angan
2. Jangan Chemburu
3. Jangan Masam Muka
4. Jangan Tinggal Daku
5. Jari-jariku Sakit Semua
6. Jasa Perwira
7. Jeritan Batinku
8. Jikalau Abang Merindu
9. Jikalau Ku Tahu
10. Jodoh Ta' Ke Mana
11. Joget Istana
12. Joget Malaysia
13. Joget Pong Ketipang Pong
14. Joget Pura Chendana
15. Joget Si Pinang Muda
16. Joget Tari Lenggang
17. Juwita
18. Juwitaku Sayang

K
1. Kachang Goreng
2. Kalau Kacha Menjadi Intan
3. Kampung Nelayan
4. Kasihnya Ibu
5. Kata Dari Kalbu
6. Kau Turun Dari Kayangan
7. Kejamnya Manusia
8. Kelasi
9. Kelohanku
10. Kelohan Saloma
11. Keluarga 69
12. Kembara
13. Kenangan Abadi
14. Kenek Kenek Udang
15. Kerana Budi
16. Keronchong Kuala Lumpur
17. Ketipang Payong
18. Kesah Rumah Tangga
19. Kesah Mahjong
20. Kita Berdayung
21. Kolam Mandi
22. Ku Jejak Bekas Kakimu
23. Ku Kehilangan Kanda
24. Ku Kejar Bayangan
25. Ku Rela Ampun
26. Ku Rindu Padamu
27. Kumbang Dan Rama-rama
28. Kumbang Dengan Bunga
29. Kwek Mambo

L
1. Lagu Anak Rantau
2. Lama Aku Merana
3. Lagu Lanang Tunang Tak Jadi
4. Larut Malam
5. Lenggang Kangkong Baru

M
1. Maafkan Kami
2. Mabok Kepayang
3. Madahku
4. Madu Tiga
5. Makan Sireh Di Semerah Padi
6. Malam Bulan Di Pagar Bintang
7. Malam Ini Kita Berpisah
8. Malam Ku Bermimpi
9. Malam Minggu
10. Malam Tak Bergema
11. Malam Tak Berguna
12. Manusia
13. Manusia Miskin Kaya
14. Mari Menari
15. Mari Panching Ikan
16. Masa Yang Bahagia
17. Mastura
18. Melodi Asmara
19. Melaka
20. Memikat Hati
21. Menceceh Bujang Lapok
22. Mengapa
23. Mengapa Abang Merajok
24. Mengapa Bintang Sembunyi
25. Mengapa Derita
26. Mengapa Membisu
27. Mengapa Pilu Saja
28. Mengapa Riang Ria
29. Mengapa Tak Berkawan
30. Mengapakah Laguku
31. Merak Kayangan
32. Merana
33. Merayu Asmara
34. Merayu Hati
35. Merpati Dua Sejoli
36. Mesra Ibu
37. Mutiara Permai

N
1. Nak Dara Rindu
2. Nasi Goreng
3. Nasib
4. Nasib Diriku
5. Nasib Malang
6. Nasib Si Miskin
7. Nasibnya Manusia
8. Nenek Nenek
9. Nilai Bangsa
10. Nujum Pa' Belalang
11. Nyanyian Asmara
O
1. Obat
2. Oh Bulan
3. Oh Manisku

P
1. Pabila Malam Tiba
2. Padang Kota
3. Panah Asmara
4. Panca Delima Hilang
5. Pantai Gurauan
6. Patah Tumbuh Hilang Berganti
7. Pelangi Hati
8. Penawar Hati
9. Penghidupan Baru
10. Permata Bonda
11. Perwira
12. Pesta Muda Mudi
13. Pok Pok Bujang Lapok
14. Pujaanku, Pujaanmu
15. Pukul Tiga Pagi
16. Puteri Bersiram
17. Putus Harapan
18. Putus Kaseh Di Semerah Padi
19. Putus Sudah Kaseh Sayang

Q
1. Qadzaan Tuhan

R
1. Raga Musnah
2. Rambang Petang
3. Rantai Terlepas
4. Rantau Selamat
5. Resam Dunia (Resam Rindu)
6. Rela Hamba Rela
7. Rindu Asmara
8. Rindu Hatiku Rindu
9. Rindu Hatiku Tidak Terkira
10. Rintihan Di Jiwaku
11. Rukun Islam

S
1. Saat Yang Bahagia
2. Sabar
3. Sabaruddin Tukang Kasut
4. Saling Kaseh
5. Sam Pek Eng Tai
6. Sampah Hanyut Terapong
7. Sang Rang Bulan
8. Sapu Tangan Tanda Kaseh
9. Satay
10. Saya Suka Berkawan (Gelora Chinta)
11. Sayu Pilu Kalbu Merana
12. Sejoli
13. Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
14. Sejak Ku Bertemu Pada Mu
15. Sekapur Sireh Seulas Pinang
16. Seksa
17. Sekuntum Mawar
18. Selamat Berbahagia Wahai Kekaseh
19. Selamat Berjumpa Lagi
20. Selamat Hari Raya
21. Selamat Panjang Umur
22. Selamat Pengantin Baru
23. Semarak Hati
24. Semenjak Mata Bertentang
25. Semerah Padi
26. Senandung Kaseh
27. Senandung Malam
28. Senjakala
29. Senyap Dan Sunyi
30. Sepanjang Riwayatku
31. Seri Bulan
32. Seri Bunian
33. Seribu Satu Malam
34. Sesudah Suboh
35. Si Burung Pungok
36. Siapa Kanda
37. Sikit Kasi Banyak Minta
38. Simpulan Kaseh
39. Sindir Oh Sindir
40. Sua Sue Kemuning
41. Suara Takbir
42. Sukma Rindu
43. Sungguh Malangnya Nasibku
44. Sunyi Dan Senyap
45. Surat Chinta
46. Suria

T
1. Tak Guna
2. Tak Puas Mata Memandang
3. Tak Sabar Menanti
4. Tak Seindah Bunga
5. Taman Asmara
6. Taman Firdausi
7. Taman Puspawarna
8. Tangkap Ikan
9. Tari Panglima
10. Tari Silat Melayu
11. Tari Tualang Tiga
12. Tasek Madu
13. Telaga Hati
14. Temukanlah
15. Terbang Burung Terbang
16. Terbuku Di Kalbu
17. Terima Kaseh Banyak-banyak
18. Teruskan Lah
19. Tiada Kata Sechantek Bahasa
20. Tidurku Di Rumput Yang Basah
21. Tidurlah Pemaisuri
22. Tidurlah Wahai Sayang
23. Tiga Abdul
24. Tiga Sahabat
25. Timang Timang Anak
26. Ting Tara Tilala
27. Tinggal Impian
28. Tiru Macham Saya
29. Tolong Kami
30. Tudung Periuk
31. Tunggu Sekejap
32. Twist Malaysia

U
1. Ubat
2. Uda Dan Dara
3. Udara Nyaman
Y
1. Ya Habibi Ali Baba
2. Yang Mana Satu Idaman Kalbu

Z
1. Zapin Budaya
2. Zapin Malaysia
3. Zuraidah

Senarai filem lakonan P. Ramlee


Berikut merupakan filem lakonan Tan Sri Dr. P. Ramlee mengikut turutan huruf:

1. Abu Hassan Penchuri (1955)


2. Ahmad Albab (1968)
3. Ali Baba Bujang Lapok (1961)
4. Aloha (1950)
5. Anak Bapak (1968)
6. Anak-ku Sazali (1956)
7. Anjoran Nasib (1952)
8. Antara Dua Darjat (1960)
9. Antara Senyum Dan Tangis (1952)
10. Bakti (1950)
11. Bujang Lapok (1957)
12. Bukan Salah Ibu Mengandung (1969)
13. Chinta (1948) (Filem pertama)
14. Dajal Suchi (1965)
15. Di Belakang Tabir (1969)
16. Do Re Mi (1966)
17. Doktor Rushdi (1970)
18. Enam Jahanam (1969)
19. Gelora (1970)
20. Gerimis (1968)
21. Hang Tuah (1956)
22. Hujan Panas (1953)
23. Ibu (1953)
24. Ibu Mertuaku (1962)
25. Jangan Tinggal Daku (1971)
26. Juwita (1951)
27. Kanchan Tirana (1969)
28. Keluarga 69 (1967)
29. Labu Dan Labi (1962)
30. Laksemana Do Re Mi (1972) (Filem terakhir)
31. Love Parade (1963) (Pelakon undangan bersama Saloma keluaran Shaw Brothers
Hong Kong)
32. Madu Tiga (1964)
33. Masam Masam Manis (1965)
34. Melanchong Ke Tokyo (1964)
35. Merana (1954)
36. Miskin (1952)
37. Musang Berjanggut (1959)
38. Nasib (1949)
39. Nasib Do Re Mi (1966)
40. Nasib Si Labu Labi (1963)
41. Nilam (1949)
42. Noor Asmara (1949)
43. Nujum Pak Belalang (1959)
44. Pancha Delima (1957)
45. Panggilan Pulau (1954)
46. Patah Hati (1952)
47. Penarek Becha (1955)
48. Pendekar Bujang Lapok (1959)
49. Penghidupan (1951)
50. Perjodohan (1954)
51. Putus Harapan (1953)
52. Putus Sudah Kaseh Sayang (1971)
53. Rachun Dunia (1950)
54. Ragam P Ramlee & Damaq (1964)
55. Sabarudin Tukang Kasut (1966)
56. Se Merah Padi (1956)
57. Sedarah (1952)
58. Sejoli (1951)
59. Seniman Bujang Lapok (1961)
60. Sarjan Hassan (1958)
61. Sesudah Suboh (1967)
62. Siapa Salah (1953)
63. Sitora Harimau Jadian (1964)
64. Sumpah Orang Minyak (1958)
65. Takdir Illahi (1950)
66. Tiga Abdul (1964)

P. Ramlee the Musical


Pada tahun 2007, Enfinity Productions yang pernah menempa nama dengan kejayaan
"Puteri Gunung Ledang the Musical" telah menerbitkan teater muzikal yang bertajuk "P.
Ramlee - The Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi". Pementasan yang diarahkan oleh
Adlin Aman Ramli dan Zahim Albakri ini mengisahkan tentang kehidupan P. Ramlee
sebagai anak seni dan cinta beliau kepada wanita yang pernah mengisi hidup beliau.

Teater ini telah dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Bagi musim pertama,
pementasan diadakan dari 18 Oktober 2007 hingga 3 November 2007 dengan jumlah 18
persembahan kesemuanya. Bagi musim kedua pula, pementasan berlangsung dari 28 Mei
2008 hingga 14 Jun 2008. Persembahan malam bermula pada 8.30 malam dari Selasa
hingga Sabtu manakala pada waktu petang ialah pukul 3 petang hari Sabtu dan Ahad.

Plot
Teater ini mempunyai 4 babak termasuk prolog dan epilog.

Prolog
P. Ramlee baru tamat menggubah lagu "Airmata di Kuala Lumpur". Isterinya, Saloma
menyertainya untuk bersama-sama mengenang kembali waktu muda.

Babak 1
"Bermulanya Seorang Legenda"

Ramlee sebagai seorang anak muda yang nakal tetapi menunjukkan minatnya yang
mendalam kepada muzik. Impiannya ialah untuk menjadi seorang bintang. Di
kampungnya, Pulau Pinang, dia jatuh cinta kepada seorang gadis yang bernama Azizah
Hameed, yang kemudian menjadi lambang perjuangan seninya.

Beberapa tahun kemudian, ketika membuat persembahan di suatu keraian, P. Ramlee


didekati oleh seorang pengarah filem Melayu di Malay Film Productions, B.S. Rajhans,
yang kagum dengan bakatnya dalam nyanyian dan muzik. Dia menawarkan Ramlee
peluang untuk meneruskan kerjayanya di Singapura. Azizah merestuinya untuk
meneruskan impiannya setelah mengetahui keluarganya tidak akan menerima cinta
mereka.

Dengan harapan yang tinggi, Ramlee ke Singapura bersama rakan karibnya, Sukardi,
pada hari pertama Syawal. Kali pertama mereka masuk ke Studio Jalan Ampas, mereka
disambut mesra oleh B.S. Rajhans dan bakatnya itu kemudiannya menjadi pujaan ramai.

D. Harris, seorang pelakon dan bapa kepada dua orang anak perempuan, Junaidah dan
Junainah, merancang untuk mengahwinkan P.Ramlee dengan anaknya yang baru
bercerai, Junaidah. Akhirnya mereka berdua berkahwin tetapi tidak lama kemudian
Junaidah mempunyai rasa cemburu dan kesunyian memandangkan Ramlee menjadi
semakin terkenal. Perkahwinan mereka kemudiannya berakhir.

Kemudian, tanpa disedari, Ramlee telah menarik perhatian Norizan, yang telah
meninggalkan alam istananya untuk P. Ramlee.
Babak 2
"Zaman Kegemilangan Seorang Lagenda"

Poster promosi P. Ramlee: the Musical

Dengan isteri keduanya, Norizan, Ramlee menghadiri satu kenduri meriah sempena
perkahwinan mereka yang dibuat oleh Adik-Beradik Shaw yang kemudian
mengumumkan bahawa Ramlee akan mengarah filemnya sendiri. Filem tersebut
menaikkannya sebagai seniman dan pengarah yang dihormati dan kehidupannya menjadi
cerita panas bagi orang ramai.

Bagi Norizan, prestij Ramlee yang semakin berkembang bertentangan dengan


tanggungjawabnya sebagai suami yang semakin berkurangan. Perkara ini telah diketahui
oleh para wartawan yang menyiasat kehidupan P. Ramlee. Tertekan dengan tuduhan itu,
Ramlee memarahi Norizan yang lantas membina jurang antara mereka dan mereka
berakhir dengan perceraian.

Di studio ketika sesi latihan muzik, P.Ramlee, yang masih kecewa dengan Norizan,
tertarik dengan Saloma. Perasaan berkasihan terbentuk antara mereka berdua dan buat
kali pertama P.Ramlee memikat seseorang yang mampu mengembalikan nostalgia
kepada gadis yang menjadi lambang perjuangan seninya. Mereka akhirnya berkahwin
dan memulakan hidup baru.

Ketidak stabilan politik di Singapura telah memaksa Shaw Brothers untuk membuat
keputusan menutup Studio Jalan Ampas. Ramlee dan Saloma berpindah ke Kuala
Lumpur dan bekerja di Studio Merdeka, Ulu Klang yang menjadi tempat mereka
meneruskan kerjaya filem

Epilog
Rumah P. Ramlee – Kuala Lumpur 1973

Penonton akan kembali kepada Ramlee dan Saloma pada malam yang sama di 1973. Dia
menyatakan kesedihan dan kehampaannya melalui patah kata lagu terakhirnya itu.
Saloma menenangkannya dengan mengatakan yang dia tidak akan dilupakan
memandangkan dia telah banyak berkorban untuk kerjaya mereka dan kini masanya
untuk mereka berkongsi kegembiraan yang ada.
Pelakon utama
 Sean Ghazi/Musly Ramly - P.Ramlee
 Datuk Siti Nurhaliza/Emelda Rosmila - Azizah
 Liza Hanim - Saloma
 Melissa Saila - Norizan
 Atilia - Junaidah

You might also like