You are on page 1of 11

Nama asal P Ramlee ialah Tengku Zakaria Nyak Puteh. Lahir pada 22 March 1929 di Pulau Pinang.

Bapa beliau, Tenguk Nyak Puteh seorang pelayar daripada Aceh,Indonesia yang berhijrah ke Malaysia. Apabila bapa beliau tiba di Pulau Pinang, bapa beliau bertemu dan berkahwin dengan Che Mah Hussein, ibu P. Ramlee. Perkataan P pada nama P. Ramlee bersempenan dengan nama bapa beliau iaitu Puteh. P. Ramlee menggunakan nama ini apabila beliau masuk pertandingan karaoke pada umur 17 tahun dan memenangi pertandingan itu dan beranggapan bahawa nama ini akan membawa tuah bagi dirinya.

Beliau menerima pelajaran di Penang Free School di Pulau Pinang. Perjalanan remajanya berubah apabila Jepun menyerang Malaya pada umur beliau 14 tahun. Jepun menyerang Malaya dari tahun 1941-1945. Beliau bertukar sekolah ke Sekolah Angkatan Tentera Jepun. Di sekolah ini beliau mulai belajar violin dan pandai bertutur dalam bahasa Jepun dengan begitu fasih. Sekolah ini juga mengajar beliau sentiasa berdisiplin dalam membuat kerja.

Selepas 3 tahun Perang Dunia Kedua berlaku, P Ramlee dapat dikesan bakat muziknya semasa beliau membuat persembahan di Pulau Pinang oleh B.S Rajen. B.S Rajen ialah salah seorang pengarah di Shaw Studio. B.S Rajen meminta P. Ramlee membuat uji bakat di studio beliau dan memberikan tiket ke Singapura untuk meneruskan lagi bakat muzik P. Ramlee. P. Ramlee menerima jemputan B.S Rajen ke Singapura. Pada 8 Ogos 1948 bersaman degan hari pertama Hari Raya Aidilfitri beliau keluar daripada Pulau Pinang berhijrah ke Singapura. Beliau merayakan Hari Raya Aidilfitri di dalam keretapi.

Di Singapore P. Ramlee berusaha gigih dalam bidang seni. Kesabaran P. Ramlee terbayar apabila pada usia beliau 16 tahun beliau dapat berlakon dalam filem Chenta sebagai pelakon pembantu. Datuk L. Krishnan salah seorang pengarah di Shaw Studio meberi P. Ramlee memegang watak utama dalam filem Bakti. Kejayaan P. Ramlee berlakon dalam filem Bakti menarik minat Datuk L. Krishan sehingga beliau memberikan lagi 3 filem arahanya yang menjadikan P. Ramlee sebagai pelakon utama. Pada masa itu P. Ramlee menjadi rebutan pengarah-pengarah filem.

Cinta pertama P.Ramlee ialah pada awal tahun 1950 apabila P.Ramlee berjumpa dengan Junaidah. P. Ramlee mula jatuh cinta dengan Junaidah dan berkahwin. Perkahwinan P. Ramlee dengan Junaidah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nasir selepas 3 tahun perkahwinan mereka. Nasir seorang sahaja anak kandung P. Ramlee.

Pada tahun yang sama P. Ramlee menang penyanyi terbaik Anugerah Radio Malaya dengan lagunya Azizah . Kehebatan lagu Azizah ialah ramai wanita pada masa itu mahu menjadi seperti Azizah. Disebabkan P. Ramlee mempunyai ramai peminat perempuan, Junaidah berasa diabaikan dan membuat keputusan meninggalkan P. Ramlee. Junaidah meninggalkan Nasir dalam jagaan P. Ramlee.

Selepas bercerai dengan Junaidah, cinta P. Ramlee bersambung dengan Ratu Cantik Singapura tahun 1951 iaitu Mariani. P. Ramlee tidak mahu bakal isterinya, Mariani berlakon. Saloma, adik Mariani yang baru sahaja pulang dari Australia juga terpikat dengan P. Ramlee. Mariani tidak mahu melihat Saloma menderita akibat cinta Saloma terhadap P. Ramlee terhalang disebabkan oleh Mariani. Mariani mengambil keputusan untuk berpisah dengan P. Ramlee. Mariani menandatangani kontrak lakonan dengan Shaw Studio dan ini menimbulkan kemaharan P. Ramlee. P. Ramlee tidak mahu berlakon dengan Mariani dan beliau tidak mahu Mariani masuk ke set pengambaran beliau kerana terlalu marah kepada Mariani. P. Ramlee dengan Mariani tidak bertegur sapa selama 7 tahun.

Nama P. Ramlee dalam bindang filem melonjak naik. Dia dikenali sebagai pecinta wanita. Pada tahun 1954 selepas berkerja dengan Shaw Studio dia buat persembahan muzik di Istana Perak di hadapan sultan dengan permaisuri. Sultan Perak pada masa itu tidak dapat melihat persembahan P. Ramlee kerana ada urusan dan menyuruh permaisuri baginda iaitu Norizan Mohd. Noor melihat persembahan tersebut. P. Ramlee dan Norizan bertemu dan menimbulkan rasa keserasian antara mereka. Mereka saling menyintai antara satu sama lain. Mereka hanya boleh berhubung melalui telefon kerana status Norizan pada waktu itu. Sultan dapat mengesan hubungan mereka setelah sultan melihat bil telefon yang melonjak naik tidak seperti biasa. Sultan tidak menghalang hubungan mereka kerana baginda juga menyayangi P. Ramlee. Norizan dan P. Ramlee berkahwin pada 6 Februari 1955. Pada tahun 1956 P. Ramlee memegang watak utama dalam filem Hang tuah dan menulis muzik. Dia memenagi anugerah untuk skor muzik terbaik di Pesta Filem Asia Pasifik. Ia adalah anugerah antarabangsa yang pertama bagi P. Ramlee dan Shawn Studio. P. Ramlee membuat satu lagu yang popular dalam filemnya kepada Norizan yang bertajuk Berkorban Apa Saja. Lagu ini ditulis kepada Norizan kerana Norizan sanggup lari daripada istana semata-mata kerana ingin bersama P. Ramlee

Semasa berkahwin dengan Norizan ramai yang berkata Norizan adalah sumber inspirasi bagi P. Ramlee kerana nama P. Ramlee berada di kemuncak. Pada tahun 1955, P. Ramlee yang pada ketika itu berusia 26 tahun menulis dan berlakon dalam filem sulungnya yang memberi impak yang besar kepada sejarah perfileman melayu iaitu filem Penarek Becha.

Filem Penarek Becha ini menjulang nama P. Ramlee ke tahap pengarah yang berwibawa.Filem ini memaparkan lagu popular ciptaannya Azizah yang dicipta 10 tahun lepas memenagi 5 anugerah utama hasil pelbagai kemahiran P. Ramlee di dalam set.Disebabkan ramai masyarakat terpengarauh dengan filem india, P. Ramlee terpaksa memasukkan unsur india dalam filem Penarek Becha. P. Ramlee mengubah keadaan filem pada ketika itu dengan membuat filem Semerah Padi yang langsung tidak mempunyai unsur india. Kejayaan file ini menjadikan tanda aras bagi filem melayu.

Filem ketiga P. Ramlee iaitu Pancha Delima satu-satunya filem yang diarah oleh P. Ramlee tetapi beliau tidak berlakon dalam filem tersebut. Skripnya ditulis oleh salah seorang adok-beradik Shaw.

Shaw marah dengan pengarah-pengarah baru yang lebih handal kerana tidak yakin dan enggan bekerja dengan skripnya.Tetapi dengan kejayaan P. Ramlee membuka banyak peluang kepada pengarah-pengarah melayu untuk mengarah filem untuk studio tersebut. Pada 1957, P. Ramlee memenagi anugerah actor terbaik di Pesta Filem Asia keempat di Tokyo. Kali ini untuk lakonan hebatnya dalam filem Anakku Sazali dimana beliau memegang dua watak iaitu ayah yang penyayang dan anak yang suka memberontak.

Kesibukkan beliau menjayakan setiap filem membuatkan beliau lupa akan tanggungjawab kepada keluarga.Norizan berasa dirinya terabai dan mengambil keputusan untuk meninggalkan P. Ramlee. Tetapi semasa beliau bersama dengan Norizan banyak karya artistic telah dihasilkan oleh P Ramlee.Beliau membuat sebanyak 12 buah filem yang sangat bemutu tinggi. Selepas 8 tahun menghilangkan diri, Saloma muncul dalam dunia hiburan Negara. Kemunculan Saloma menarik hari P. Ramlee. Akhirnya P. Ramlee berkahwin dengan Saloma.

Inspirasi daripada perkahwinan barunya membuatkan P. Ramlee menulis, mengarah dan membintangi dalam filem Ibu Mertuaku.Filem ini adalah salah satu filem P. Ramlee yang paling diminati. File mini bukan sahaja satu kejayaan besar tetapi lagu temanya mengatasi populariti filem itu sendiri iaitu lagu Dimanakan Ku Cari Ganti.

Dalam filem yang sama P. Ramlee bermain saksofon melalui lagu Jeritan Batinku telah menawan hati penonton di seluruh Negara. Walaupun beliau meniru gaya dalam adegan itu tetapi dia melakonkan dengan begitu baiksehingga ke hari ini orang percaya bahawa beliau seorang peniup saksofon yang handal.Filem ini juga memenagi Festival Filem Asia ke-10 di Tokyo.

P. Ramlee menjadi pengarah yang sangat hebat di Shaw Studio. Ramai pengarah lain beranggapan P. Ramlee sebagai duri bagi mereka. Mereka menunggu masa untuk mencerca P. Ramlee.Setibanya P. Ramlee dari Tokyo tidak disambut sangat meriah seperti sebelum ini.Kembalinya P. Ramlee dari Tokyo hanya disambut oleh 2 orang sahaja iaitu Saloma dan pembantu peribadinya Ramli Kecik. Beliau kembali ke rumah dalam keadaan tegang antara studio dengan kesatuan.Kesatuan melewatkan tayangan filem Ibu Mertuaku dan memaksa P. Ramlee membayar gaji krew dan pelakon filem dengan duitnya sendiri. P. Ramlee berasa sukar untuk mengarah dalam Studio Shaw kerana waktu pengambarkan filem dihadkan dan kekurangan penulis skrip. Dihukum oleh kesatuan P. Ramlee merasakan kerja beliau yang penuh dedikasi dan bermutu tidak hargai. Hubungan P. Ramlee dengan studio mula renggang. Kejayaan berterusan dalam filem komedinya memuncak dengan kemenagan anugerah antarabangsa yang seterusnya dan yang terakhir untuk filem Madu Tiga.

Pada tahun 1963, Shaw menawarkan P. Ramlee membuat filem warna yang berjudul Seniwati di Taiwan. P Ramlee sungguh gembira. Kegembiraan beliau tidak berkekalan keran tanpa memberitahu P. Ramlee, kesatuan yang berkuasa pada masa itu menuntut bayaran yang tinggi dan elaun yang lebih untuk P. Ramlee dan pelakon pembantunya membuatkan Shaw membatalkan penerbitan filem itu.P Ramlee sangat kecewa. Disebabkan banyak masalah yang berlaku di Shaw studio, Singapura pada 1964 P. Ramlee berpindah ke Studio Merdeka selepas mengarah filem yang terakhirnya Tiga Abdul.

Semasa di Studio Merdeka, P Ramlee menghadapi pelbagai masalah.Peralatan membuat filem kurang dan krew-krew membuat filem masih lagi baru dan tidak mempunyai banyak pengalaman berbanding di Shaw Studio, Singapura. Filem pertamanya di Studio Merdeka yang berjudul Si Tora Harimau Jadian gagal kerana lemah dari aspek teknikal. Kemunculan filem-filem dari Hong Kong, Hollywood, dan filem warna hindi menandakan berkuburnya kejayaan P. Ramlee untuk menempa kejayaan semula. P Ramlee mengarah dan berlakon sebanyak 18 buah filem di Studio Merdeka hingga 1970. Tetapi tetap menampkan kegagalan filem P. Ramlee. Laksamana Do Re Mi ialah filem terakhir arahan P. Ramlee di Studio Merdeka. Pada era 60-an penalukan dunia dengan muzik-muzik seperti muzik rock, soul,pop,reggae dan blues mengantikan jenama muzik dan gaya nyanyian P. Ramlee.Ramai penyayi yang berubah kepada muzik-muzik pop tetapi P. Ramlee masih sama dengan muziknya.Akibatnya amat buruk. P. Ramlee pernah di boo di Dewan Bahasa Dan Pustaka kerana penonton tidak suka dengan muzik yang dibawa oleh P. Ramlee. P. Ramlee bertekad tetap gigih mempertahankan muzik-muzik tradisonal. Pada tahun 1968, syarikan rakaman P. Ramlee yang sudah sekian lama EMI membuat keputusan tidak mahu menyambung kontrak beliau. Hal ini mengejutkan P. Ramlee. EMI tidak mahu menyambung kontrak dengan P. Ramlee kerana pada ketika itu peminat lagu P. Ramlee semakin berkurangan. P. Ramlee bersumpah tidak akan bekerja dengan EMI kerana sikap pihak EMI yang tidak mengenang jasanya selama ini. P. Ramlee meneruskan usahanya membuat filem tetapi gagal. Kegagalan P. Ramlee mengarah filem dan mencipta muzik amat mengecewakan P. Ramlee. Pada tahun 1972 hingga 1973 adalah zaman kegelapan bagi P. Ramlee. Tanpa sebarang tawaran dalam filem atau muzik P Ramlee terdesak untuk menyara keluarganya. Beliau terpaksa menyanyi di majlis perkahwinan bersama dengan Saloma dan menjadi juri lakonan untuk menyara keluarga.

P Ramlee bertemu dengan seorang sahabat iaitu Dato H.M Shah. Mereka menubuhkan perusahaan filem Malaysia yang diberi nama PERFIMA. Dalam perancangan ingin memberi P. Ramlee megarah filem warna yang sudah ditunggu sejak sekian lama oleh P. Ramlee. Syarikat ini memberi haeapan kepada P. Ramlee. Beliau bercadang ingin membuka syarikat perfileman sendiri dan ingin menandingi Shaw Studio suatu hari nanti.Tetapi malangnya pada hari pertama bangunan Perfirma siap dibina P. Ramlee dan Dato H.M Shah diberhentikan daripada meyertaai PERFIMA. P. Ramlee berasa sangat kecewa dan mengaku kalah.

P. Ramlee berasa sangat tertekan.Untuk meyediakan makanan kepada keluarganya sangat membebankan saban hari. Walaupun kehidupanya suah tetapi beliau tidak pernah menunjukkan bahawa di mengalami kesusahan di depan orang lain. Beliau tetap membantu orang susah walaupun beliau juga berada dalam kesempitan.

Sebelum subuh , 29 Mei 1973 , P. Ramlee diserang sakit jantung di rumahnya. Saloma menemani beliau ke Hospital Kuala Lumpur. Beberapa jam kemudia,beliau disahkan meninggal dunia pada usia 44 tahun . P. Ramlee, insan yang hebat dan pintar meninggal dunia pada usia yang begitu awal. Beliau ialah pewira dalam perfileman Negara. Kebaikan dan kepintaranya menjadi inspirasi kepada orang lain

You might also like