You are on page 1of 4

BAHASA KECINDAN

Kecindan ialah gurau senda, jenaka, kelakar, mulut manis dan murah pandai
mengambil hati orang (Kamus Dewan Edisi Keempat). Kecindan juga atau ‘sense of humor’
diistilahkan sebagai satu jenaka, lawak, dan kata-kata atau perbuatan yang kelakar. Kecindan
boleh diertikan sandaran kebolehan seseorang manusia, objek, situasi atau perkataan untuk
mencetuskan perasaan gembira atau terhibur.

Kecindan yang membawa kepada jenaka ini digunakan dalam pelbagai perkara.
Jenaka bukanlah sesuatu yang asing dalam sesebuah pembikinan filem, sedikit sebanyak pasti
ada unsur jenaka atau standardnya dipanggil sebagai kecindan. Jenaka adalah elemen penting
dalam komunikasi seharian. Peranan jenaka sememangnya terserlah dalam semua perkara
lebih lagi dalam hal ehwal pendidikan yang bertujuan untuk memberi didikan dan hiburan
dalam waktu yang sama. Hal yang sama ini turut digarap oleh P.Ramlee dalam membikin
filem Seniman Bujang Lapok yang diselingan dengan babak yang berunsurkan kecindan.

Dialog 1

Watak Ramlee Dialog Minit


Ramlee Kerja main-main. 14 minit 4 saat

Dialog ini dilontarkan Ramlee kepada Cik Salmah ketika dia hendak keluar mencari
kerja bersama-sama rakannya dan disapa oleh Cik Salmah. Reaksi Ramlee yang tersenyum
sambil menggaru-garu kepalanya sambil berketawa itu menimbulkan unsur lucu kepada
penonton. Dalam masa yang sama dia melontarkan dialog bahawasanya ingin mencari kerja
namun apabila disapa Cik Salmah “cari kerja? kerja apa?”, dia menjawab kerja main-main
sambil melentok-lentok badannya dan berketawa. Justeru, secara tidak langsung atau spontan
Ramlee menjawab sapaan Cik Salmah itu menimbulkan unsur kecindan. Sebenarnya, Ramlee
dan rakan-rakannya mahu mengikuti temuduga atau pun casting untuk berlakon filem
dibawah arahan pengarah Ahmad Nisfu kerana berhajat benar ingin menjadi bintang filem.
Jawapan bersahaja ini jelas menggambarkan unsur kecindan dalam watak Ramlee ini dapat
menyerikan lagi garapan liku-liku di dalam pembikinan filem Seniman Bujang Lapok ini.

Dialog 2

Watak Ramlee Dialog Minit


Ramlee Sekolah Melayu pass darjah 25 minit 50 saat
lima, Encik. Sekolah orang
putih pass darjah empat suku,
Encik

Dengan penuh yakin Ramlee menjawab seperti dialog diatas semasa sesi temuduga
kepada pengurus iaitu Kemat Hassan apabila ditanya mengenai perihal persekolahan mereka,
“Awak sekolah pass darjah apa?”. Jawapan spontan ini difikir lucu dan bersahaja apabila
Ramlee melontarkan dialog ini sebagai jawapan balas. Namun begitu, secara tersiratnya apa
yang ingin disampaikan masyarakat dahulu kala tidak begitu mementingkan perihal
pendidikan di mana terdapat masyarakat yang tidak berjaya menghabiskan sesi persekolahan
dalam tempoh wajib atau pun sekerat jalan mengikut yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Walau bagaimanapun, dalam mendapat pekerjaan perihal pendidikan seringkali menjadi isu
dalam temuduga bagi mengetahui kebolehan seseorang di mana para majikan boleh
menentukan kelayakan sama ada boleh untuk mengambil bekerja atau sebaliknya. Dalam
pada yang sama, adengan ini mencuit hati Kemat Hassan apabila mendengar jawapan Ramlee
yang spontan ini.

Dialog 3

Watak Dialog Minit


Ramlee Eh, apa da muka kita bawa 1 jam 6 minit 27 saat
penyakit.

Dialog ini muncul setelah pengarah iaitu Ahmad Nisfu pengsan selepas melihat
Bujang Lapok membawa bunga semasa di klinik mendapat rawatan daripada doktor. Semasa
dialog ini dilontarkan Ramlee dalam masa yang menjadi hairan dan kekaburan untuk
memahami suasana yang sedang berlaku serta menimbulkan reaksi itu jenaka kepada
penonton. Dalam babak ini doktor turut mengatakan kepada Bujang Lapok yang mereka
sebagai muka pembawa penyakit atau pun tersiratnya sebagai sumpahan. Ini sebenarnya
gambaran yang diketengahkan P.Ramlee terhadap kelaziman kepercayaan bomoh yang
bersarang dalam masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Bomoh ini bukan sahaja boleh
mengubati, tetapi boleh memberikan sumpahan. Perihal ini ternyata selepas disumpah, sebaik
sahaja pulang dari klinik, Ramlee menjadi malang apabila Sharif Dol masuk meminang Cik
Salmah dan Ramlee pula dipukul Sharif Dol. Malah sehingga kini, kepercayaan ini sering
menjadi kelaziman dalam masyarakat meskipun sudah berada di fasa dunia serba-serbi
kemodenan. Reaksi watak Ramlee yang kehairan setelah diperketakan doktor ini membuka
mata penonton untuk berfikir apa sebaliknya yang hendak disampaikan dalam selingan unsur
kecindan ini.

Dialog 4

Watak Dialog Minit


Ramlee Ish! Melekat dekat lampu 1 jam 8 minit 39 saat
pula. Alamak! Haa! Diam.
Diam. Diam. Diam. Hmm.
Ini kau ya!.

Dialog diatas ini turut dilihat mempunyai unsur kencindan kepada penonton semasa
Ramlee sedang mengintip Cik Salmah. Di sini P. Ramlee hendak menggambarkan mengenai
masyarakat yang paranoid khususnya dalam kalangan orang Melayu terhadap haiwan iaitu
babi. Perkara ini dapat dilihat di dalam babak ini semasa Ramlee sedang mengintip Cik
Salmah dan ditegur jirannya sambil menampar pipi jiran yang menegurnya. Secara tidak
langsung, Ramlee cuba mengelak dan mengatakan bahawa ada kutu babi di dinding bagi
menyelamatkan diri yang dia sedang mengintip Cik Salmah. Dia mengatakan bahawa
terdapat kutu babi di situ. Maksud P.Ramlee disebaliknya babak ini adalah sikap paranoid
masyarakat terhadap babi di mana jiran Ramlee mengatakn "Kutu Babi? Allah! Batal air
sembahyang saya. Secara logiknya, mana mungkin apabila terkena atau bersentuhan dengan
kutu babi membatalkan air sembahyang melainkan kalau terkena dengan haiwan iaitu seekor
babi sehingga menyebabkan perlu seseorang disamak sebaik sahaja menyentuh atau terkena
pada haiwan tersebut. Tuntasnya, di sini juga memberi gambaran begitu ceteknya
pengetahuan sesetengah masyarakat pada zaman dahulu dan kebijaksaan watak Ramlee
dalam mencari helah untuk megelakkan perbuatan nakalnya itu diketahui orang lain.

Dialog 5

Watak Dialog Minit


Ramlee Aku nak kahwinlah Ajis. 1 jam 26 minit 44 saat
Tapi,… duit tak cukup.
Dalam babak ini kelihatan Ramlee begitu sugul namun apabila ditanya oleh Ajis dan
Sudin, rupanya dia menyatakan hasratnya untuk berkahwin. Namun sebalilknya, timbul unsur
jenaka apabila beliau menambah tuturnya bahawa duit tidak cukup. Merancang perkahwinan
bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi Ramlee yang hidup dalam kesusahan dan dalam
waktu yang sama Sudin yang berniat membantu dengan cuba meminjam daripada pengarah
Kemat Hassan namun gagal. Pengakhirannya Ramlee berjaya juga berkahwin dengan wang
yang diberi pinjam oleh Cik Salmah sebanyak RM 800. Namun begitu, jika dilihat dari sudut
lain ini jelas P.Ramlee menemplak sikap masyarakat kita yang sejak dahulunya meletakkan
wang dalam jumlah yang besar sebagai keperluan utama dalam sesebuah perkahwinan yang
ingin dilangsungkan. Sebaliknya, cukup sekadar dalam lingkungan kemampuan pasangan itu
sendiri yang penting mengikut syarat di dalam agama atau erti kata lain perkara wajib sahaja.
Apa yang penting adalah kehidupan pasangan itu setelah berkahwin. Walau bagaimanapun,
unsur selingan babak ini adalah memberi jenaka kepada penonton dalam hasrat Ramlee itu
namun dapat mesej yang sebaliknya yang boleh dijadikan panduan atau pun ikutan sehingga
kini.

Jelaslah, berdasarkan analisis unsur kecindan terhadap lontaran dialog watak Ramlee
ini menghidupkan lagi jalan cerita dalam mempersembahkan idea serta penghasilan filem
yang bagus disamping dimainkan oleh watak-watak lain, isu dan mesej yang ingin
diketengahkan. Secara tak langsung, adanya unsur kecindan ini memperkemaskan lagi jalinan
dari peristiwa ke peristiwa lain. Kecindan ini juga boleh dikatakan sebagai penambah rasa
selain memberi didaktisme kepada penonton dalam menghayati filem ini.

***rujukan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2004) Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

You might also like