You are on page 1of 4

Bahasa Pemujukan

Berdasarkan Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua (2008), pemujukan ialah perbuatan
atau hal memujuk. Dengan ini, melalui watak P.Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapok
iaitu Ramli, terdapat beberapa bahasa yang beliau katakan berunsurkan pujukan. Berikut
ialah beberapa bahasa pemujukan daripada watak Ramli dalam Seniman Bujang Lapok yang
dapat diperoleh dari sepanjang filem yang berdurasi 2 jam 00 minit 38 saat melalui dialog
beliau sebagai Ramli.

Dialog 1

Watak Dialog Percakapan Masa


Ramli Cik Salmah, malam ni kita boleh jumpa tak di bawah 14 minit 51 saat
pokok?
Melalui dialog P.Ramlee sebagai Ramli di atas, kita boleh dapati bahawa cara ucapan Ramli
ialah seorang yang malu-malu dan dengan gelabahnya dia mengajak Cik Salmah yang
merupakan kekasih hatinya untuk berjumpa di bawah pokok pada malam tersebut. Bukan itu
sahaja, Ramli turut memujuk Cik Salmah sekali lagi untuk berjumpa dengannya pada masa
iaitu 15 minit 09 saat dimana dia berdialog “kalau tak boleh pun, bikinlah sampai boleh ye”.
Ramli mengucapkan demikian kerana mahu meluangkan masa bersama-sama Cik Salmah
pada waktu malam kerana hanya pada waktu tersebut waktu terluang mereka dimana Saloma
bekerja sebagai jururawat dan Ramli ingin pergi temuduga pada siang hari. Kesan pada cerita
ialah positif kerana watak Ramli menunjukkan kesungguhan cintanya kepada Salmah dengan
meluangkan masa bersama meskipun sibuk dan mengajar masyarakat membahagikan masa
dengan baik terutamanya dengan insan yang tersayang. Ucapan dialog sebegini pula masih
digunakan hingga sekarang jika mahu mengajak seseorang bertemu sewaktu sibuk di siang
hari. Dengan ini, nilai yang disampaikan kepada penonton ialah luangkan masa dengan insan
tersayang walaupun sekejap untuk menjaga perhubungan yang terjalin.

Dialog 2

Watak Dialog Percakapan Masa


Ramli Hei, lebih baik kita bikin sabar. Kalau kita tidak bikin 56 minit 12 saat
sabar, dia orang terus bergaduh sampai pagi kita tak
boleh belajar, nak tidur pun tak boleh.
Melalui dialog yang diucapkan P.Ramlee sebagai Ramli di atas, kita boleh dapati cara ucapan
Ramli ialah seorang pintar menyelesaikan masalah dimana dia mengajak dua rakannya iaitu,
Sudin dan Ajis pergi ke bilik sebelah mereka untuk meredakan pergaduhan antara suami
isteri yang berlaku. Rakannya tidak mahu pada mulanya, akhirnya rakannya setuju kerana
mereka mahu berehat. Kesan pada cerita ialah membawa perkara positif kerana ucapan Ramli
memujuk kedua rakannya untuk bersama-sama menyelesaikan masalah yang berlaku di bilik
sebelah mereka. Perkara pergaduhan antara suami isteri masih berlaku pada masa sekarang
seperti waktu tersebut namun ucapan Ramli tidak lagi digunakan sekarang kerana manusia
sekarang tidak mahu menbantu menyelesaikan masalah jiran tetapi hanya lebih suka menjadi
pemerhati sahaja. Ucapan Ramli ialah berunsurkan pemujukan dan nasihat kepada pasangan
yang bergaduh tersebut dalam masa 54 minit 13 saat dimana dia menambah “jangan gaduh
lagi ya”. Nilai disebalik ucapan P.Ramlee kepada penonton ialah kita perlu bersatu untuk
menyelesaikan masalah bersama-sama.

Dialog 3

Watak Dialog Percakapan Masa


Ramli Hei Aya, apa ini gaduh-gaduh. Sekarang sudah mahu 1 jam 33 minit 07
pagi tau, jangan bisinglah. Pergi tidur. saat
Melalui dialog yang diucapkan oleh Ramli di atas, ucapan Ramli menunjukkan kemarahan
Ramli kerana bunyi tangisan isteri Si Aya dan memujuk Aya dan isterinya pergi tidur dengan
segera. Bukan itu sahaja, Ramli telah memujuk Aya untuk pergi tidur sebanyak 3 kali iaitu
pada 1 jam 33 minit 07 saat, 1 jam 33 minit 46 saat dan 1 jam 34 minit 02 saat dan akhirnya
berjaya memujuk Aya dan isterinya masuk ke bilik untuk tidur kerana menganggu semua
penghuni. Cara ucapan Ramli ialah berunsur teguran kepada Aya dan isterinya yang
menganggu semua penghuni dengan tangisan isteri Aya selepas bergaduh dengan Aya dan
Ramli tetap sabar dan memujuk Aya dan isterinya masuk ke bilik untuk tidur. Ucapan ini
masih digunakan hingga sekarang terutamanya apabila ada orang yang mengganggu
ketenteraman awam dimana akan ditegur kerana budaya masyarakat Malaysia yang suka
menegur. Nilai falsafah disebalik ucapan P.Ramlee melalui watak Ramli di atas ialah kita
perlu bertolak ansur antara satu sama lain terutamanya dalam kehidupan berjiran dengan
menjaga ketenteraman bersama-sama.

Dialog 4

Watak Dialog Percakapan Masa


Ramli Hei Budak, lebih baik kau menyerah. 1 jam 55 minit 12
saat
Berdasarkan dialog P.Ramlee yang memegang watak sebagai Ramli dalam filem Seniman
Bujang Lapok di atas, kita boleh dapati cara ucapan Ramli yang bersahaja memujuk kepada
Sharif Dol kerana dia telah diketahui membakar rumah-rumah kediaman Ramli dan orang
kampungnya dan memujuknya ke balai polis. Sharif Dol tidak mahu menyerah dan
kemudiannya dikalahkan oleh Ramli dan akhirnya Sharif Dol menyerah diri kepada Ramli
untuk dibawa ke balai polis dengan redha atas kekalahannya berlawan dengan Ramli. Ucapan
ini jarang digunakan pada zaman sekarang kerana ucapan ini hanya digunakan oleh kanak-
kanak yang bermain ataupun digunakan oleh anggota polis untuk menangkap penjenayah.
Namun, perkataan budak hanya merujuk kepada kanak-kanak atau golongan muda pada
zaman sekarang. Ucapan Ramli ini berunsurkan makian kerana dia memanggil Sharif Dol
yang dewasa sebagai budak kerana telah membakar kediaman Ramli dan penghuni lain
kerana cintanya ditolak oleh Cik Salmah. Nilai falsafah disebalik ucapan P.Ramlee ini ialah
kita mesti menangkap penjenayah dengan segera sebelum keadaan menjadi bertambah buruk
pada masa hadapan dan dilengkapi dengan bukti yang kukuh.

Dialog 5

Watak Dialog Percakapan Masa


Ramli Dengar sini baik-baik kawan-kawan. Saya minta 1 jam 56 minit 42
janganlah diapa-apakan kepada orang ini. Lebih baik saat
kita serahkan saja dia kepada polis.
Berdasarkan dialog di atas, kita boleh lihat bahawa cara ucapan Ramli yang tenang kepada
penduduk kampung yang berang akan Sharif Dol yang diketahui membakar kediaman
kampung mereka. Kelakuan P.Ramlee yang memegang watak sebagai Ramli menunjukkan
perkara positif kepada penonton kerana beliau tidak bertindak dengan perasaan sendiri
semata-mata tetapi dengan akal dengan membawa Sharif Dol ke pengadilan di balai polis
seperti yang sepatutnya dilakukan jika terdapat penjenayah. Ucapan Ramli ini menurut isu
zaman dahulu ialah untuk mententeramkan kemarahan penduduk dan tidak menyakiti Sharif
Dol yang bersalah agar dapat diberi hukuman yang setimpal di balai polis. Ucapan ini juga
turut digunakan pada zaman sekarang dimana pesalah tidak boleh dibunuh dan akan bersalah
jika dianggap bersalah menurut undang-undang. Oleh itu, mahkamah akan menyelesaikan kes
sebegini agar mendapat pengadilan yang saksama. Ucapan Ramli ialah berunsurkan nasihat
kepada penduduk dan pujukan untuk membawa Sharif Dol ke balai polis dengan bantuan
penduduk kampung. Nilai falsafah disebalik ucapan Ramli ialah seseorang yang bersalah
perlu dihadapkan ke pengadilan dan dijatuhi hukuman yang setimpal menurut undang-
undang.

….. rujukan…
Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

You might also like