You are on page 1of 20

BIODATA

Dilahirkan pada 22hb Mac 1929 di Pulau Pinang. Teuku Zakaria Bin Teuku Nyah Puteh. Nama bapa beliau ialah Teuku Nyah Puteh dan ibunya ialah Che Mah Binti Hussin.

Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya di Sekolah Francis Light,Pulau Pinang sehingga darjah 5. Seterusnya beliau melanjutnya pengajiannya ke Penang Free School.

Dari

kecil, beliau lebih cenderung ke arah nyanyian dan lakonan, dengan demikian beliau mengabaikan pelajarannya.

Beliau melanjutkan pelajaran di SekolahTentera Jepun (Kaigun) pada zaman penjajahan Jepun dan lulus bahasa Jepun. Di sini, beliau berpeluang mempelajari serba sedikit bahasa dan lagu-lagu Jepun selain berdamping rapat dengan anggota tentera laut Jepun. Sikapnya yang rajin dan peramah disukai oleh ramai tentera laut Jepun. Lepas tamat perang,beliau sambung semula belajar di Penang Free School sehingga ke darjah tujuh.

Di sekolah, beliau aktif bersukan dan gemar bermain bola sepak dan sepak raga. Malah pada tahun 1939, beliau pernah memantapkan barisan pasukan bola sepak di Penang Free School.

Beliau, pernah berkahwin tiga kali.Pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan mereka menemui kegagalan pada tahun 1954.
Perkahwinan kedua beliau adalah dengan Noorizan Mohd, pada 6 Februari 1955.Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka.

Beliau lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir pada tahun 1961. Kali terakhir adalah dengan Saloma pada 21 November 1961, Saloma mencintainya dengan seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa. Perkara ini yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.

Penulis skrip

Penyanyi

Penulis lagu

KERJAYA

Pelakon

Pelawak

Pengarah

Beliau lahir bersama darah seni yang pekat di dalam tubuhnya dan bakatnya telah menyerlah sejak beliau kecil lagi. Mula mendekatkan diri dalam dunia seni ketika beliau berusia 13 tahun. Beliau sering mengasah bakat dengan menyanyikan lagu-lagu merdu berirama langgam dan keroncong bersama rakan-rakan. Beliau mendapat undangan menghibur para tetamu di majlis keramaian sekitar Pulau Pinang dan radio Malaya. Bidang seni suara dan muzik mendorong beliau untuk bergiat dalam pancaragam `Sinaran Bintang Sore dan `Teruna Sekampung di samping mempelajari muzik dengan Encik Kamaruddin, seorang guru muzik yang terkenal.

Pada tahun 1945, beliau,mencuba bakatnya dalam peraduan menyanyi anjuran Radio Pulau Pinang khusus untuk Utara Melaya. Beliau berjaya menggondol tempat ketiga dalam Pertandingan Radio Pulau Pinang itu. Beliau sekali lagi menyertai pertandingan Radio Pulau Pinang dan kedudukannya meningkat lagi nombor dua dan dalam tahun 1947, beliau bergelar johan. Beliau pertama kali membawa lagu Azizah di khalayak ramai sewaktu menyertai pesta pertanian ria di Bukit Mertajam pada Jun 1948. Tanpa disedari, kemerduan suaranya telah sampai kepada pengetahuannya iaitu BS Rajhans, seorang pengarah filem dari SHAW BROTHERS yang terkenal di Singapura.

Beliau mampu menyampaikan sendiri lagu-lagu ciptaannya secara bersolo atau berduet dengan penyanyi lain seperti Saloma dan Normadiah. Ini menjadikan lagu-lagunya meninggalkan kesan lebih mendalam kepada penonton. Beliau gemar menerapkan pelbagai rentak muzik. Rentak Melayu tradisional seperti inang, asli, zapin, masri dan joget adalah pilihannya. Instrumen muzik terawal yang dipelajarinya ialah biola, ukulele dan piano..

Kisah-kisah dalam lagunya adalah berkisar kepada melodi cinta, rancak, lucu, dan romantis. Kemerduan vokalnya itu menjadi buah mulut orang kampung, menyebabkan ramai yang ingin mengetahui latar belakangnya yang ketika itu masih kurus dan berjerawat. Lagu ciptaannya yang pertama ialah Azizah dan lagu terakhir yang dinukilkan sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah `Airmata Di Kuala Lumpur.

Meninggalkan jejak seni yang cukup kuat lengkap, berharga dan abadi dalam aspek mutu.

Sebagai anakwatan yang memberi sumbangan meletakkan mutu karyanya pada tahap yang tinggi. Pemikir masyarakat yang berjuang melalui karya- karyanya yang evergreen.

Kejayaan filem Hong Kong pada hari ini adalah penat lelah dan jerit payah Tan Sri P. Ramlee serta perjuang filem Melayu di Jalan Ampas, Singapura

Pendekar Bujang Lapok, beliau mengulas fenomena dan masalah buta huruf dalam kehidupan bangsa Melayu ketika itu

Giat dalam persatuan PERSAMA (Persatuan artisartis MALAYA), sekumpulan muzik PANCA SITARA, pasukan badminton dan sepak takraw (SEKAWAN BINTANG dan SANGGA BUANA). Menerbitkan majalah hiburan Bintang dan majalah Gelanggang Filem atas nama Penerbitan nama beliau. Semangat perpaduan dan cintakan negara sebenarnya banyak dipaparkan dalam filem-filem arahannya, karyanya mengandungi pelbagai nilai yang merupakan identiti budaya, tamadun dan agama.

Beliau juga terkenal sebagai komposer, penulis lirik dan penggubah lagu. Inilah yang meletakkan beliau sebagai seniman serba boleh yang sukar ditandingi artis lain. Semasa hayatnya beliau mencipta kira-kira 1000 buah lagu.

Berselang-seli dengan rentak tradisional, menyelitkan tempo waltz, rumba, cha-cha, twist, timur tengah, Cina, dan Hindustan mengikut kesesuaian babak dalam filem-filemnya. Kisah-kisah dalam lagunya adalah berkisar kepada melodi cinta, rancak, lucu, dan romantis.

Beliau telah diberi peluang untuk mengarah filem `Penarek Becha pada tahun 1955 ,Filem itu telah memenangi anugerah. Sejak itu, beliau diberi kepercayaan untuk mengarah filem. Filemnya begitu bermutu dan mendapat sambutan daripada segenap lapisan masyarakat

Kisah kecerdikan kanak-kanak boleh dilihat menerusi filem Nujum Pak Belalang. Tema percintaan antara golongan rakyat dengan golongan bangsawan dipersembahkan dengan mantap menerusi filem Antara Dua Darjat.

Beliau turut menyentuh soal hukum islam dalam Semerah Padi, manakala Ibu Mertuaku lebih mengfokuskan karektor orang tua: Nyonya Mansor yang kering hatinya hasil lakonan Mak Dara.

Tema filem lucu membuatkan penonton generasi kini ketawa walaupun telah berulang kali ditonton

Arkib Negara tidak ketinggalan menghormati sumbangan beliau. Sebagai mengenang jasa dan merakamkan khazanah koleksi seni,kediaman terakhirnya di Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur diubah suai menjadi Pustaka Peringatan pada tahun1984 dan telah dibuka dengan rasminya pada 22 Mac 1986.

Kejayaan filem Hong Kong pada hari ini adalah penat lelah dan jerit payah Tan Sri P. Ramlee serta perjuang filem Melayu di Jalan Ampas, Singapura dahulu. Ketika filem Melayu menderita saat kemundurannya, SHAW BROTHERS telah mengalih perlabuhan serta pangkalan empayar perusahaan filemnya ke Hong Kong. Keturunan Run Run Shaw menyebut bahawa jika bukan dari usaha insan P. Ramlee. Kejayaan mereka hari ini tidak mungkin dikecapi.

You might also like