You are on page 1of 26

KURSUS

ASAS KEUSAHAWANAN
Penceramah

En.T.Shanmugam
En. Roslee bin Osman
En. Shaharuddin bin Saad
Kandungan Kursus
HARI 1:
Tarikh : 07 September 2009 ( Isnin)
 8.00pg – 10.00pg : Pre - Test
Teori dan Perbincangan
Pendedahan tentang seorang Usahawan

 10.30pg – 12.30tgh : Teori dan Perbincangan


Pengenalan Kepada Keusahawanan
Menerangkan evolusi dan konsep keusahawanan
Membincangkan pentingnya keusahawanan
Mengenali mitos keusahawanan
Membincangkan pertumbuhan keusahawanan di Malaysia

 2.00ptg – 4.00ptg : Teori dan Perbincangan


Mengenali Ciri-ciri Usahawan
Mengenali ciri-ciri usahawan yang berjaya
Mengenali potensi diri sebagai seorang usahawan
Mengenali perbezaan di antara peniaga dan usahawan
Kandungan Kursus
HARI 2:
Tarikh : 08 September 2009 ( Selasa )
 8.00pg – 10.00pg : Teori dan Perbincangan
Membangunkan Kreativiti dan Inovasi Usahawan
Mentakrifkan konsep kreativiti and inovasi
Menerangkan proses kreativiti
Mengenalpasti teknik kreativiti
Menghuraikan jenis inovasi
Membincangkan halangan kepada kreativiti dan inovasi

 10.30pg – 12.30tgh : Teori dan Perbincangan


 2.00ptg – 4.00ptg Penilaian Persekitaran Perniagaan
Menghuraikan komponen-komponen persekitaran
perniagaan
Menghuraikan persekitran makro perniagaan baru
Menghuraikan persekitaran mikro dan dalaman perniagaan
Mengenali peluang perniagaan
Menerangkan fasa proses keusahawanan
Membincangkan peluang perniagaan yg berkaitan dgn
e-niaga
Menilai sesuatu peluang perniagaan
Kandungan Kursus
HARI 3:
Tarikh : 09 September 2009 ( Rabu )
 8.00pg – 10.00mlm : Teori dan Perbincangan
 10.30pg – 12.30tgh Pengenalan Kepada Rancangan Perniagaan
Menerangkan maksud rancangan perniagaan
Menghuraikan pentingnya rancangan perniagaan
Menerangkan siapa yang perlukan rancangan
perniagaan
Mengenali elemen-elemen dalam sesuatu rancangan
perniagaan yang baik
Membincangkan garis panduan untuk menyediakan
suatu rancangan perniagaan
Mengenali punca-punca kegagalan rancangan
perniagaan

 2.00ptg – 4.00ptg : Teori dan Perbincangan


Memulakan Perniagaan Baru
Menerangkan jenis-jenis perniagaan
Menghuraikan fasa memulakan sesuatu perniagaan
Mengkaji langkah-langkah dan proses-proses dalam
pembelian perniagaan yang sedia ada
Kandungan Kursus
HARI 4:
Tarikh : 10 September 2009 ( Khamis )
 8.00pg – 10.00pg : Teori dan Perbincangan
Memulakan Perniagaan Baru
Mengkaji struktur francais dari segi kebaikan dan
keburukan
Membincang struktur perundangan perniagaan baru
Mengenal pasti sumber modal usahawan

 10.30pg – 12.30tgh : Teori dan Perbincangan


 2.00ptg – 4.00ptg Jaringan Keusahawanan
Mentakrifkan makna jaringan
Menghuraikan kebaikan mempunyai jaringan yang baik
Menerangkan jenis-jenis jaringan
Membincangkan pentingnya jaringan
Menerangkan teknik mewujudkan dan membina
keyakinan dalam sesuatu jaringan
Mengenal pasti halangan dalam membina jaringan
PROFIL
USAHAWAN-USAHAWAN
YANG BERJAYA
DI MALAYSIA
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Loh Boon Siew

 Latar belakang keluarga & pendidikan

 Dilahirkan pada 16 Okt, 1916 di Daerah


Hokkien, China.

 Berasal dari keluarga yang sangat miskin


sehingga terpaksa bekerja di kebun pada usia 4 tahun untuk
membantu keluarganya. Pada usia ini, beliau mengumpul tahi
khinzir untuk dijadikan baja pertanian; ke laut untuk memukat
ikan untuk dijadikan makanan keluarga; mengumpul kulit siput
untuk dijual di pasar.

 Pada usia 12 tahun, beliau tiba di Pulau PInang untuk mencuba


nasib. Pada usia itu, beliau bekerja sebagai buruh kasar di
sebuah kilang besi dengan upah bulanan RM3 dan bekerja
selama 12 jam sehari.
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Loh Boon Siew

 Latar belakang keluarga & pendidikan

 Turut mencari kerja sambilan dengan mencuci dan


membersihkan bas dengan upah antara $0.30 – $0.40.
Menabung wang berkenaan bagi tujuan kecemasan.

 Dari segi pendidikan, beliau merupakan seorang yang


buta huruf. Tidak dapat menulis namanya sendiri atau
tandatangan dokumen-dokumen.
Walaupun demikian, beliau kemudian mengambi inisiatif
dan mendapat tunjuk ajar dan bimbingan pendidikan dari
seorang guru besar (pendidikan tak formal).
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Loh Boon Siew

 Perkembangan Keusahawanan

 Ketika berusia 18 tahun, Tan Sri Loh tidak sanggup “makan gaji” dengan
orang lain dan menempa nasibnya dalam bidang perniagaan.

 Asalnya, mengeluarkan wang simpanan sebanyak $10 untuk membeli


perkakas untuk menjadi mekanik kenderaan. Banyak membaik pulih
bas-bas di Pulau Pinang dan memperoleh keuntungan yang banyak.

 Dengan modal yang terkumpul (dari keuntungan), beliau mengeluarkan


$200 untuk membeli 8 bus terpakai dan membaikinya.

 Memperkenalkan perkhidmatan Bas Kuning di Pulau Pinang pada tahun


1934. Dengan sambutan yang baik, beliau menubuhkan Syarikat Bas
Kuning dan menjadi pengarahnya pada usia 21 tahun. Syarikat ini turut
menjual alat ganti bas dll.
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Loh Boon Siew

 Perkembangan Keusahawanan

 Pada tahun 1958, Tan Sri Loh bersama-sama beberapa


orang rakan melancong ke Jepun.
Di sana beliau terserempak dengan seorang pemuda
menunggung sebuah motosikal kecil. Motosikal itu menarik
perhatian Tan Sri Loh dan beliau mengejar pemuda tadi
dengan teksi untuk meminta maklumat yang lebih tentang
motosikal berkenaan.

 Sekali gus, Tan Sri Loh mendapati motosikal Honda dengan


kuasa enjin 50 cc, berbadan kecil serta menjimat petrol –
pasti mempunyai permintaan di Malaysia.
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Loh Boon Siew
 Perkembangan Keusahawanan

 Pada tahun 1958, Tan Sri Loh menempah 12 buah motosikal


Honda Cab 50 cc untuk dihantar ke Pulau Pinang dan
menjualkannya kepada rakannya.

 Pada mulanya, permintaan tidak menggalakkan kerana barangan


berkenaan adalah keluaran Jepun (orang Asia tidak suka orang
Jepun) serta belum di ketahui kehandalan barang berkenaan.

 Ketabahan dan keyakinan Tan Sri Loh berjaya membuktikan


Honda Cab 50 cc memang baik dan motosikal ini memonopoli
pasaran pada akhir 1950an.

 Tan Sri Loh menjadi agen tunggal untuk mengedar motosikal dan
kemudian motokar Honda di Malaysia & Singapura di bawah
Syarikat Oriental Holdings.
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Loh Boon Siew
 Struktur Perniagaan
Oriental Holdings Bhd. Di miliki oleh TS Loh & ahli keluarganya.
(Bidang hartanah, agen kereta & motor Honda,
penanaman, pengeluaran besi, perhotelan dll)
Kah Motors S/B Agen tunggal menjual motosikal & kereta Honda di M’sia &
S’pura
Oriental Realty S/B Terlibat dalam bidang pelaburan hartanah
Chain Ferry Development S/B
Penang Wellesley Realty S/B
Oriental Finance S/B Syarikat kewangan berlesen

North Malaya Engineers Trading Kilang pengeluaran pagar, paku besi, dawai dll di
S/B Butterworth

Armstrong Auto Parts Pengeluaran alat ganti basikal, motorsikal, kereta


Oriental Rubber & Oil Palm S/B Penanaman kelapa sawit di Negeri Sembilan & Kuantan

General Motors M’sia S/B Pengeluaran alat ganti kenderaan di Johor


Lam Wah Ee Hospital Perkhidmatan perubatan di Pulau Pinang
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Yahya Ahmad

 Latar belakang keluarga & pendidikan

 Dilahirkan pada tahun 1946 di Terengganu kepada


seorang pegawai perhutanan Kuala Terengganu.

 Mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar,


Perak dan kemudian melanjutkan pelajaran di
Loughborough College, Britain dan mendapat
kelulusan sebagai seorang jurutera automatif.
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Yahya Ahmad
 Perkembangan Keusahawanan

 Asalnya, menjadi jurujual di Wearnes Brothers yang mengedar kereta


Jaguar.

 Meninggalkannya dan menubuhkan Automative Corp (M) pada tahun


1979 yang memegang franchais untuk memasang kereta penumpang
dan trak Isuzu.

 Pada tahun 1982, menubuhkan Master Carriage Group yang menjual


bahagian auto dan aksesori.

 Secara berperingkat, syarikat milik keluarganya Mega Consolidated Bhd


membeli 32% ekuiti dalam Hicom Holdings Bhd pada lewat 1995.

 Beliau kemudian merombak aset Proton dan Hicom serta kumpulan


syarikatnya dan menggelar kumpulan syarikatnya DRB-Hicom.
Beliau menguasai industri pengangkutan tempatan (KL) serta industri
kereta dan motorsikal nasional.
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Yahya Ahmad
 Struktur Perniagaan
DIVERSIFIED RESOURCES BHD

Anak Syarikat Syarikat Bersekutu

Imatex Intrakota Puspa-kom Modenas USPD Gadek (M) Bhd


Bhd (71%) (100%) (55%) (51%) (32.5%)
(100%)
SJ
Kenderaan
(100%) Cestra SEA Gadek Persec Mega
Hauseman Ins Capital Prime Cons
SJ (50%) (68.1%) (53.8%) (70%) (100%)
Binateknik
(60%)
Credit HICOM
Intrakota Corp (32%)
Cons. (100%)
(60%)
EON Perusahaan Kedah Automative
Syarikat (29.8%) Otomobil Cement Corp.
P’kutan Nasional (36.1%) (51%)
M’sia EON Bank (26.9%)
(100%) (61.3%) Automative
Manufacture
Tong Fong EON (58%)
Omnibus Finance
(55.78%) (100%)

United Straits Uniphoenix


Fuso Corp
(100%) (27.6%)
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Lim Goh Tong

 Latar belakang keluarga & pendidikan

 Dilahirkan pada tahun 28 Feb, 1918 di Anxi,


Daerah China.

 Berasal dari keluarga yang miskin dan tiba di Malaysia pada usia 19
tahun untuk menempa nasib.

 Tidak mempunyai pendidikan formal. Mengambil inisiatif untuk belajar


bertutur Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

 Setelah tiba di Malaysia, beliau bekerja sebagai tukang kayu dengan


pakciknya dan menjual barangan runcit dan dalam tahun 1945
menubuhkan perniagaan besi/jentera terpakai. Kemudian beliau beralih
kepada perniagaan bijih timah dan seterusnya ke perniagaan
pembinaan.
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Lim Goh Tong
 Perkembangan Keusahawanan

 Pada tahun 1950, beliau menubuhkan perniagaan pembinaan Kien Huat


Construction salah satu projek utama beliau ketika itu ialah pembinaan Jalan
Klang Lama di KL. Kemudian beliau turut ditawarkan projek pembinaan saluran
longkang dari KL ke Pantai bernilai RM300,000.

 Kesungguhannya beliau mendapat perhatian kerajaan dan beliau turut menjadi


kontrator berdaftar dengan kerajaan ketika itu yang kemudiannya membawa
banyak lagi projek dan keuntungan kepada beliau.
Antara projek ternama yang pernah dikendalikan oleh Sy. Kien Huat ialah
pembinaan empangan Air Itam di Pulau Pinang, Skim Perairan Kemubu di
Kelantan dan sub-kontraktor untuk projek empangan elektrik hydro di Cameron
Highland pada tahun 1964.

 Ketika bekerja di Cameron Highland, beliau dijemput oleh Pengurus Projek untuk
makan malam. Setelah berminum minuman keras, beliau terasa panas dan keluar
dari khemah mereka untuk berjalan-jalan. Beliau agak tertarik dengan udara
nyaman dan kecantikan malam berkenaan dan ketika itulah, beliau mendapat
ilham untuk membangunkan satu tempat peranginan dekat dengan KL.
Ketika itu, beliau sudah berusia 50 tahun dan telah mencatat namanya sebagai
seorang kontraktor yang berjaya di Malaysia.
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Lim Goh Tong
 Perkembangan Keusahawanan

 Bermula dari tahun 1965, beliau menubuhkan


Genting Highland Sdn. Bhd pada 27 April
bersama-sama dengan Tan Sri Mohd. Noah Omar.

 Kemudian beliau memulakan kerja membina jalan penyambung ke Genting pada


18 Ogos, 1965 dan mengambil masa 6 tahun untuk menyiapkan pembinaan jalan
berkenaan. Pada masa yang sama, beliau mula memohon untuk mendapatkan
tanah dari kerajaan Pahang dan Selangor pada tahun 1969 Tunku Abdul Rahman
merasmikan perletakkan batu asas untuk Hotel Highland dan turut mendapat lesen
mengendalikan casino di Malaysia.

 Ketika pembinaan jalan ke Genting, syarikatnya hampir bankrap dalam tahun


1971 kerana tiada pendapatan. Secara beransur, selepas operasi hotel dan
casino bermula pada tahun bulan Mei 1971, perkembangan Genting Highland
tidak berhenti.

 Hari ini, Genting Highland lebih dikenali sebagai bandar hiburan dengan
pembangunan Resort Genting Highland kini mencatat lebih 10,000 bilik
penginapan, 90 dewan makan, 80 tempat perniagaan, kemudahan konvensyen,
taman tema dalaman dan luaran dan banyak lagi.
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Lim Goh Tong
57% Genting
 Struktur Perniagaan International
6.2% Plc
Resort World
Leisure & 49%
Star Cruises
Hospitality Landmark
20%
29%

GENTING Plantation & 55% Asiatic


Property Development
BHD

Power 100% Genting


Power
Generation
Holdings Ltd

95%
Oil & Gas Genting Oil &
Gas Ltd
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin
Syed Nor Al-Bukhary

 Latar belakang keluarga & pendidikan

 Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan


seorang ahli perniagaan dan usahawan
Melayu/Bumiputra yang terkaya di Malaysia.

 Menurut majalah Malaysian Business beliau


mempunyai harta bernilai USD2.93 billion pada 2005
seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia
pada 2005 (Forbes).
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

 Latar belakang keluarga & pendidikan

 Syed Mokhtar al-Bukhary dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951
kepada sebuah keluarga yang berpendapatan menengah-rendah dari
keturunan Arab Hadhrami.

 Rumah kelahirannya tidaklah mewah, bahkan tidak dilengkapi dengan


kesemua keperluan asas.

 Sebahagian besar daripada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang


keusahawanan diperoleh dari pengalaman keusahawanan beliau sendiri
semasa berusia muda.

 Oleh sebab latar belakang keluarganya yang sederhana-miskin, Syed


Mokhtar terpaksa membantu sumber pendapatan keluarganya dengan
melangkah ke alam pekerjaan dalam usia yang agak muda iaitu ketika
berada di sekolah rendah dan menengah.
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

 Latar belakang keluarga & pendidikan

 Syed Mokhtar membantu ibunya menanam dan menjual sayur di pasar di


samping menjual roti canai.

 Kecekapan beliau dalam kira-mengira digunakan untuk membantu ayahnya


dalam menyimpan kira-kira perniagaan ternakan lembu. Selepas waktu
bersekolah, beliau turut membantu ayahnya dalam perniagaan menternak
lembu. Perniagaan ini kemudiannya hancur akibat penyakit kaki dan mulut.

 Tanpa berputus asa, beliau mengambil alih perniagaan ternakan lembu ini
pada usia 18 tahun dan mula menjual daging. Secara beransur, beliau
beralih kepada pembungkusan daging lembu dan memulakan jualan secara
borong.

 Ketabahan dan kegigihan beliau mula menampakkan hasil dan perniagaan


ini secara beransur mula berkembang dengan pesat.
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

 Perkembangan Keusahawanan

 Syed Moktar dan Zainal Hatim Hj Ambia Bukhary (ahli keluarga) mula
mengembangkan perniagaan mereka ke bidang perdagangan padi dalam
tahun 1980an. Beliau mencapai kejayaan yang besar apabila ditawarkan
lesen dagangan padi dari Lembaga Padi Negara. Dengan kesungguhan dan
kerajinan beliau, badan berkanun kerajaan menawarkan kontrak
pembekalan.

 Pada tahun 90-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang
telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh
korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau merupakan antara
individu yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas,
Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang singkat.

 Keyakinan diri yang tinggi membawa beliau mempelbagaikan bidang


perniagaannya dan kini empire perniagaan (Yayasan Al-Bukhary) telah
berkembang ke bidang penanaman, pembangunan hartanah, pembinaan,
kejuruteraan, penjanaan kuasa, infrastruktur dan pelabuhan
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

 Perkembangan Keusahawanan

 Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International


Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek
Hidro Elektrik Bakun.

 Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma


terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS,
Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd.,
Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak
lagi.

 MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek
landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh
kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi.

 Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan
Terbang Antarabangsa Senai, Johor

 Beliau bergabung dengan Zainal Hatim menubukan SKS Venture yang telah
ditawarkan kontrak membina 2100MV stesen kuasa gas di Tj.Bin, Johor
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

 Kegiatan Amal
 Salah satu sifat terpuji beliau ialah kegiatan amalnya yang tiada
tolak bandingan.

 Sikap ini telah ditanam dalam diri beliau oleh ibunya dari usia 23
tahun ketika beliau terlibat dalam perniagaan padi. Apabila beliau
menerima pendapatan bulan pertama sebanyak RM1,500, ibunya
mengarahkannya untuk menderma separuh dari pendapatan itu
kepada keluarga yang miskin.

 Dari tahun 1996 hingga 2006, Yayasan Al-Bukhary telah


menderma sebanyak hampir RM1 billion.
Profil Usahawan Berjaya
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

 Kegiatan amal
 Projek kemanusian beliau di Asia dan
Afrika merangkumi membina penempatan semula untuk keluarga
pelarian Afghan, mangsa yang terselamat akibat gempa bumi Pakistan,
mangsa tsunami di Indonesia dan kini beliau ingin menubuhkan hospital
AIDS di Uganda.

 Di Malaysia pula, yayasan ini melaksanakan Program Tuisyen


Albukhary untuk pelajar miskin yang lemah dalam pelajaran dan
Program Biasiswa Albukhary untuk pelajar miskin yang cemerlang
dalam pelajaran. Yayasan Al-Bukhary terlibat membina dan
menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala
Lumpur. Blok pentadbiran Universiti Wawasan turut dibina dari
sumbangan yayasan ini.

 Memandangkan khidmat dan sumbangan yang tidak berbelah bahagi,


beliau telah dikurnaikan "Tokoh Ma'al Hijrah" oleh Yang Di Pertuan
Agong of Malaysia pada 10th of Januari 2008

You might also like