You are on page 1of 45

1.

0 ANALISIS PENGENALAN ASAS DRAMA DALAM PENDIDIKAN DI


MALAYSIA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Oleh itu, bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut,
terdapat banyak kaedah yang digunakan dalam pendidikan. Misalnya
mengaplikasikan drama dalam pendidikan.

Drama ialah aksi seni atau lebih dikenali dengan lakonan. Lakonan yang
dimaksudkan ialah aksi yang dicipta oleh manusia untuk tujuan berkomunikasi
secara simbolik dan aksi tersebut dilakukan di hadapan penonton. Komunikasi
secara simbolik pula ialah komunikasi melalui imej atau cerita-cerita imaginatif. Jadi,
drama ialah sejenis karya seni yang menggunakan gerak, bahasa, pentas, kostum,
bunyi, dan cahaya. Tegasnya, drama merupakan sebuah lakonan yang dilakukan
oleh pelakunya yang tertentu.

Drama juga adalah bentuk seni saling berkaitan yang melibatkan


persembahan yang dimanifestasikan melalui kaedah produksi berbeza. Seni ini
menggunakan bahasa dan/atau tindakan manusia sebagai elemen utama untuk
menghasilkan seni dengan cara yang tersendiri. Drama biasanya dikaitkan dengan
gambaran tindakan manusia dalam bentuk bertulis (skrip/teks). Perkara ini disokong
oleh Rahmah Bujang (1987:28) yang mengkategorikan drama kepada dua corak
kreativiti genre iaitu penulisan dan pementasan drama.

1.1 Analisis Pengaplikasian Drama dalam Pendidikan Di Malaysia


Antara pengaplikasian drama dalam pendidikan di Malaysia ialah guru
mengaplikasikan Drama Forum yang telah diperkenalkan oleh Boal (2008)
dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Drama Forum ialah satu
teknik pengajaran dan pembelajaran interaktif yang memerlukan murid
terlibat secara aktif dalam proses mengolah skrip, menghafal, terlibat dalam
forum, berlakon dan meluahkan idea. Hal ini membolehkan murid menghayati
nilai dan memikirkan tentang apa yang mereka lakukan. Murid juga
berpeluang melibatkan diri dari aspek intelek, emosi dan fizikal (Osburn,
2010). Sebagai contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu guru
mengadakan aktiviti Drama Forum sewaktu mengajar kemahiran seni bahasa
lakonan. Kaedah ini mampu memberikan peluang kepada murid sedar dan
terlibat secara kognitif, melihat sesuatu konflik secara kritis, mencari

1
penyelesaian kepada masalah serta melahirkan murid yang memiliki tingkah
laku moral seperti yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(Pukal Latihan KBSM, Falsafah Pendidikan Negara, 1990). Menurut Ward
(dalam Selathurai, 1992) apa yang dibuat oleh murid-murid adalah lebih
bermakna kepada mereka daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Kata-
kata Confucius, I hear and I forget. I see and I remember. I do and I
understand dapat direalisasikan melalui Drama Forum. Jelaslah Drama
Forum bukan sahaja mampu memberikan latihan bersiri dan pengalaman
secara langsung kepada murid malah dapat memperkukuhkan pembelajaran
mereka.

Selain itu, drama juga diaplikasikan pada pendidikan awal kanak-


kanak. Salah satu usaha dari aspek pedagogi yang dilaksanakan untuk
memastikan kanak-kanak memperoleh kecemerlangan dalam pendidikan
adalah dengan mewujudkan suasana yang seronok kepada mereka.
Misalnya guru menggunakan kaedah bermain dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari
perspektif kurikulum, main atau bermain bukanlah main yang bebas tanpa
perancangan tetapi main yang mempunyai beberapa ciri iaitu terancang,
berstruktur, anjal dan memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan
afektif. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa tetapi merupakan
keinginan semula jadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Dari aspek psikologi, main
dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada dua
jenis iaitu main sosial (Frost, 1992) dan main kognitif (Smilansky, 1990).
Menurut Frost (1992), mainan sosial ialah main yang dapat memberikan
manfaat kepada kanak-kanak seperti main yang membolehkan mereka
bergaul dengan individu lain mengikut peringkat yang tertentu. Sebagai
contohnya, aktiviti berdrama. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti main
peringkat TADIKA dan prasekolah. Para pengkaji (seperti Verriour, 1994:
Heller, 1996; McCaslin, 2000), mengenal pasti beberapa kelebihan drama
untuk aktiviti kanak-kanak. Antara kelebihan tersebut adalah seperti membina
konsep kendiri positif, menilai dan menghormati identiti kendiri, berpeluang
menampilkan kreativiti, wujud pembelajaran bekerjasama dan berpasukan
melalui perkongsian pengalaman dan dapat menghasilkan situasi abstrak
yang bermakna. Dalam hal ini, drama juga diaplikasikan dalam pendidikan
prasekolah di Malaysia.

2
Seterusnya, pendidikan di Malaysia sememangnya mengaplikasikan
aktiviti drama dalam pengajaran. Aktiviti ini sebagai suatu usaha dalam
meningkatkan pencapaian dan motivasi murid di sekolah. Hal ini kerana
keputusan akademik yang kurang memuaskan atau rendah, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang membosankan serta kurang keterlibatan
di dalam aktiviti kelas merupakan punca murid-murid tidak berminat untuk
bersekolah. Tujuan mereka ke sekolah bukanlah dengan tujuan utama untuk
belajar dan membentuk minda mereka, sebaliknya lebih untuk berinteraksi
secara santai dengan kawan-kawan. Hal ini seterusnya memberi kesan
kepada pencapaian akademik mereka. Berdasarkan kajian Bud Nye e tal.
(2009) di dalam buku “Why Don’t Students Like School?”, otak tidak
cenderung untuk berfikir dengan sendirinya. Malah, otak mengelak untuk
berfikir melainkan di dalam situasi-situasi kognitif yang menggalakkan
pemikiran. Perkara ini bertepatan dengan aktiviti drama. Sebagai contohnya
aktiviti penghasilan skrip drama memerlukan murid untuk berfikir secara
kreatif dan inovatif bagi menghasilkan skrip drama yang berkualiti. Dalam hal
ini, murid-murid dapat merangsang minda mereka ke arah yang lebih positif
sekali gus sebagai satu alternatif dalam meningkatkan pencapaian akademik.

1.2 Analisis Sejarah Drama di Dunia dan di Malaysia


Sejarah drama di dunia adalah seperti berikut:

Rajah 1: Sejarah Drama di Dunia

Zaman Zaman Abad


Zaman Italia
Yunani Romawi Pertengahan

Zaman Zaman
Moden Abad 19
Perancis Elizabeth

Pada zaman Yunani, unsur-unsur dan amalan ritual iaitu kepercayaan


kepada amalan nenek moyang yang bersifat animisme, kepercayaan
terhadap alam sekeliling yang dianggap mempunyai kuasa tertentu telah
dimasukkan sebagai elemen dalam drama. Hal ini bermula dari kegiatan
upacara ritual yang diamalkan oleh masyarakat Yunani dalam menghormati

3
dewa sebagai penguasa bumi sekitar 600 SM. Melalui upacara-upacara
keagamaan seperti mengadakan festival drama, tarian dan nyanyian, zaman
ini telah melahirkan dramawan masyhur yang bernama Thespis. Zaman
Romawi pula pementasan berbentuk komedi telah diterapkan dalam drama.
Selain mencontohi komedi Zaman Yunani, drama Zaman Romawi ini telah
mengembangkan komedi baru zaman Yunani. Drama pada zaman
pertengahan pula berkembang antara tahun 900 sehingga 1500 M dengan
mendapat pengaruh daripada Gereja Katolik. Dalam pementasan drama
tersebut, terdapat nyanyian yang dilagukan oleh para rahib dan diseling
dengan koir. Seterusnya bagi Zaman Italian, drama berbentuk Commedia
dell’arte yang bersumber daripada komedi Yunani dipertahankan selama
abad ke-17. Sepanjang abad tersebut, terdapat beberapa para penulis
naskhah komedi terkenal. Misalnya, Carlo Goldoni dengan karya-karyanya
seperti Hamba Dua Majikan (1745), Keluarga Pedagang Antik (1750), Si
Pendusta (1750) dan Nyonya Sebuah Penginapan (1753) serta Carlo Gozzi
dengan karyanya yang banyak mengambil kisah-kisah dongeng dan fantasi
sebagai kisah yang diterapkan di dalam pementasan drama.

Setelah itu, pada awal pemerintahan Ratu Elizabeth I di Inggeris


(1558-1603), drama berkembang dengan sangat pesatnya. Hal ini dapat
dibuktikan melalui pembinaan tempat pementasan terbesar yang disebut
Globe dapat menampung sehingga 3000 penonton. Globe mementaskan
drama-drama karya Willian Shakespeare, penulis drama terkenal dari
Inggeris yang hidup dari tahun 1564 sehingga tahun 1616. Sejarah drama
terus berkembang pada Zaman Perancis di mana Perancis sebagai penerus
drama abad pertengahan iaitu drama yang mementingkan pertunjukan
dramatik, bersifat seremonial dan ritual kemasyarakatan. Drama pada zaman
ini mempunyai konsep penulisan naskhah yang menjurus kepada
penggabungan drama-drama klasik dengan tema-tema sosial yang dikaitkan
dengan budaya fikir kaum terpelajar. Namun begitu, berlaku perubahan besar
sekitar tahun 1630-an ketika teori neoklasik dari Italia masuk ke Perancis.
Pada waktu itu, negara Perancis amat berpegang teguh dan mematuhi teori
ini berbanding negara lain.

Proses perkembangan drama berlaku pada abad ke-19. Hal ini kerana
Revolusi Industri telah menyebabkan perubahan pada seni drama sekali gus
mengakibatkan perpindahan orang-orang berkelas ke kota. Zaman Realisme
yang lahir pada penghujung abad ke-19 dapat dijadikan landas pacu lahirnya

4
seni drama moden di barat. Penanda yang kuat adalah timbulnya gagasan
untuk mementaskan lakonan berkaitan dengan kehidupan di atas pentas dan
menyajikannya seolah peristiwa itu terjadi secara nyata. Drama moden pada
dasarnya merupakan proses lanjutan dari kejayaan pementasan drama
sebelumnya yang dimulai sejak Zaman Yunani. Perubahan yang jelas
terdapat pada hampir seluruh unsur drama pentas. Berbagai watak tokoh di
atas pentas diekspresikan dengan konsep pementasan moden yang memiliki
ciri-ciri khusus dan teknologi baru dalam unsur muzik, cahaya dan teknologi.
Secara kesimpulannya, sejarah drama di dunia bermula daripada Zaman
Yunani sehinggalah Zaman Moden.

Di Malaysia, perkembangan awal pementasan drama ada pertalian dengan


pertumbuhan drama pentas di Greek, Mesir, India, China dan Indonesia.
Perkara ini dikaitkan dengan kepercayaan animisme iaitu melihat fenomena
alam sekeliling seperti hujan ribut, banjir dan kemarau yang menjurus kepada
pemujaan. Hal ini selari dengan pendapat Francis Edward (1976) yang
mengatakan kemunculan drama ada pertaliannya dengan keagamaan.
Misalnya di Malaysia iaitu main pantai, puja pantai dan main puteri yang
memperlihatkan unsur-unsur animisme (Mana Sikana, 1991). Berdasarkan
aktiviti keagamaan itu telah mengarah kepada penciptaan drama tradisional.
Sebagai contohnya, sekitar abad ke-13 dan ke-14 telah muncul Wayang Kulit
yang dikatakan berasal dari Jawa. Bentuk drama ini mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada masyarakat sebagai satu hiburan yang cukup
memberi kesan.

Pada abad ke-18, telah muncul pula sebuah drama dari Thailand yang
dikenali sebagai Makyung. Ia bukan sebagai wayang kulit yang dihidupkan
oleh dalang tetapi manusia sendiri yang bertindak sebagai pelakon dan
melakonkannya. Abad ke-19 dilihat sebagai satu titik mula dalam drama
Melayu merubah lingkaran persempadanan ke seluruh negara. Kemunculan
drama bangsawan merupakan kemunculan yang pertama dan berasal dari
benua kecil India. Terdapat lima tahap sejarah pertumbuhan bangsawan iaitu:

Rajah 2: Tahap Perkembangan Pertumbuhan Bangsawan

5
1870-1884
• Tahap pengenalan drama India ke alam Melayu
1885-1902
• Zaman permulaan pertapakan bangsawan
1902-1935
• Zaman kecemerlangan - memasukkan unsur barat
1936-1945
• Zaman kemerosotan terutama zaman pemerintahan Jepun
Tahun-tahun selepas itu
• Zaman kemalapan

Setelah itu, pada tahun 1960-an pula drama Melayu menempuh


perkembangan era baru iaitu pementasan drama berbentuk realisme yang
dipelopori oleh Kala Dewata. Dekad ini juga dikenali sebagai zaman drama
realisme. Drama ini untuk membentuk dan membangunkan negara serta
selari dengan dasar kerajaan menjadi asas kepada para dramatis untuk
mementaskan drama bentuk ini. Misalnya yang terpapar dalam drama-drama
Noordin Hassan (Tiang Seri Tegak Berlima), Johan Jaafar (Kotaku oh
Kotaku) dan Hatta Azad Khan (Mayat). Kesediaan para dramatis bersama-
sama pihak lain memberi satu nafas baru kepada perkembangan drama di
Malaysia. Realisme adalah corak seni rupa yang menggambarkan kenyataan
yang sebenarnya, yang ditekankan bukanlah objek tetapi suasana dari
kenyataan tersebut. Realisme di dalam seni rupa bererti usaha menampilkan
subjek dalam suatu karya sebagaimana tampil dalam kehidupan sehari-hari
Proklamasi realisme dilakukan oleh pelopor sekali gus tokohnya iaitu Gustave
Courber (1819-1877), pada tahun 1855. Dengan slogannya yang terkenal
“Tunjukkan malaikat padaku dan aku akan melukisnya”.Yang membawa
maksud lukisan itu ialah seni yang konkrit, menggambarkan segala sesuatu
yang ada dan nyata.

Melalui analisis-analisis di atas, jelaslah drama juga turut mengalami


zaman perkembangannya tersendiri. Namun begitu, sehingga ke zaman kini
drama masih lagi dilaksanakan dan ditayangkan di seluruh dunia termasuklah
di Malaysia.

1.3 Analisis Drama Tradisional dan Drama Moden


Analisis ini boleh dilihat berdasarkan perbandingan konsep dan jenis-jenis
drama tradisional dan drama moden.

Jadual 1: Perbandingan Drama Tradisional dan Drama Moden

Ciri-ciri Drama Tradisional Drama Moden

6
Konsep Jenis drama yang tidak Drama yang menggunakan
menggunakan naskhah drama naskhah di mana drama ini
dan drama ini bersumber dari bertitik tolak dari hasil
tradisi suatu masyarakat yang sastera yang tersusun untuk
sifatnya improvisasi dan pementasan
spontan
Jenis  Drama wayang  Drama Konvensional
 Drama Rakyat  Drama Realisme
 Drama Tutur  Drama Absurd
 Drama Bangsawan

1.4 Analisis Sejarah Perkembangan Drama Kanak-kanak


Kesusasteraan kanak-kanak ialah bahan bacaan yang sesuai untuk kanak
kanak yang mengandungi unsur hiburan dan juga pengajaran. Sehubungan
itu, Hadijah Rahmat (2006) berpendapat bahawa bahan-bahan bacaan
termasuk karya sastera adalah alat hiburan dan pendidikan yang penting
khususnya untuk kanak-kanak. Melalui bahan sastera ini, muncullah drama
kanak-kanak yang berkembang melalui jenis cerita seperti:

Rajah 3: Sejarah Perkembangan Drama Melalui Jenis Cerita

Cerita Bergambar

Cerita Binatang

Cerita Rakyat

Cerita bergambar boleh didefinisikan sebagai cerita yang lebih


memfokuskan kepada gambar-gambar kepada urutan cerita berbanding
perkataan. Md Sidin Ahmad Ishak (2005) juga berpendapat buku bergambar
mengandungi gambar-gambar atau lukisan sebagai elemen yang lebih
penting daripada teks. Dalam buku cerita bergambar berfungsi mengikut
cerita yang berurutan. Kanak-kanak akan mempelajari dan memahami cerita

7
melalui gambar, kemudian barulah diikuti dengan aktiviti membaca.
Seterusnya, cerita tersebut diterapkan pada pementasan drama kanak-
kanak. Misalnya, cerita Cinderella dan Si Comel Bertudung Merah.

Cerita binatang pula bermaksud cerita yang pendek dan sederhana,


biasanya dengan tokoh binatang yang berperwatakan seperti manusia, serta
mengandungi suatu ibarat, hikmah atau ajaran budi pekerti. Sebagai
contohnya, cerita Anak Itik Iri Hati dan Jasa Nuri. Cerita jenis ini dikatakan
menarik kerana kanak-kanak dengan mudah dapat membayangkan diri
mereka dalam situasi yang dikhayalkan (Md Sidin Ahmad Ishak, 2005). Oleh
yang demikian, penerapan cerita binatang dalam pementasan drama akan
lebih mudah dilaksanakan.

Cerita rakyat kanak-kanak pula merupakan cerita yang telah


diubahsuai mengikut kesesuaian untuk kanak-kanak. Isi cerita dan teknik
pementasan drama dipermudahkan agar mesej yang terdapat dalam cerita
tersebut dapat disampaikan kepada audiens kanak-kanak. Contohnya
seperti cerita Si Luncai dengan labu-labunya dan Batu Penyu. Cerita rakyat
juga sebagai satu pendedahan kepada kanak-kanak untuk mempelajari,
mengetahui dan mengenali dunia di sekeliling mereka. Justeru, cerita rakyat
adalah pementasan drama yang sesuai untuk dijadikan panduan atau alat
berkongsi maklumat.

8
2.0 HURAIAN TENTANG ASAS VOKAL DAN PENGUCAPAN, ASAS
LAKONAN DAN ASAS FIZIKAL
Vokal merupakan salah satu media pendedahan ekspresi yang juga merupakan
medium menyampaikan informasi melalui dialog. Pengucapan dialog hendaklah
disampaikan dengan jelas dan berkesan. Oleh sebab itu, para pelakon hendaklah
mempunyai kemahiran-kemahiran asas dalam vokal dan pengucapan agar dapat
menyesuaikan suara dalam apa jua situasi. Dalam kata lain, pelakon yang
mempunyai asas vokal dan pengucapan mampu menunjukkan variasi suara dengan
lebih baik dan berkesan seolah-olah berbicara seperti kebiasaan harinya tanpa
menghilangkan kesan emosi. Bukan itu sahaja, seseorang pelakon mampu
mendalami watak dengan lebih mendalam sehingga mampu menimbulkan kesan
emosi kepada penonton. Oleh sebab itu, asas vokal dan pengucapan amat penting
dalam sesebuah pementasan drama kerana merupakan sebahagian daripada isyarat
untuk menyatakan perasaan dan menjadi senjata untuk mencapai kekuatan dalam
pementasan. Terdapat empat asas vokal dan pengucapan yang dititikberatkan dalam
asas vokal dan pengucapan iaitu:

Rajah 4: Asas Vokal dan Pengucapan

Pernafasan Vokal Pengucapan Variasi Vokal

2.1 Pernafasan
Dalam asas vokal dan pengucapan, teknik pernafasan merupakan sesuatu
yang penting kerana merupakan sumber tenaga penggerak atau penggetar
pita suara kita. Latihan pernafasan yang stabil dan berkesan dapat
membantu pembentukan suara. Terdapat empat teknik pernafasan yang
biasa digunakan iaitu:

9
Rajah 5: Teknik Pernafasan

Teknik Pernafasan

•Pernafasan dada
•Pernafasan perut
•Pernafasan lengkap
•Pernafasan diafragma

Jadual di bawah menunjukkan keterangan bagi teknik-teknik pernafasan iaitu:

Jadual 2: Keterangan Teknik-teknik Pernafasan

Teknik Keterangan
Semasa pernafasan dada, kita menyerap udara kemudian
dimasukkan ke rongga dada sehingga dada kita
membusung. Dalam kalangan pelakon drama, pernafasan
Pernafasan Dada dada biasanya tidak digunakan kerana pernafasan ini tidak
dapat menampung kapasiti udara yang banyak dan boleh
menyebabkan gangguan kepada lakonan kerana bahu
menjadi kaku.
Pernafasan ini dinamakan pernafasan perut sekiranya
udara yang disedut dimasukkan ke dalam perut sehingga
perut menjadi menggelembung. Pernafasan perut hanya
Pernafasan Perut digunakan oleh segelintir pelakon drama kerana tidak
banyak gangguan gerak berlaku dan dapat menampung
lebih banyak udara jika dibandingkan dengan teknik
pernafasan dada.
Teknik pernafasan diafragma berlaku semasa kita
menyedut udara, diafragma mengembang. Pernafasan
Pernafasan Diafragma
diafragma dapat dirasakan apabila perut, pinggang dan
bahagian belakang tubuh badan menjadi kembang.
Semasa pernafasan lengkap, dada dan perut digunakan
untuk menyimpan udara sehingga udara yang disedut
Pernafasan Lengkap
mencapai tahap maksimum. Teknik pernafasan lengkap
biasanya digunakan oleh pelakon yang tidak

10
mengutamakan lakonan tetapi mengutamakan lontaran
vokal.

2.2 Vokal
Asas vokal yang baik sangat penting kepada seorang pelakon. Berikut
merupakan ciri-ciri vokal yang baik iaitu:

Rajah 6: Ciri-ciri Vokal

penonton
boleh mesej boleh
sebutan
didengar dialog tertarik
yang jelas
walau pada sampai dengan
dan bulat
jarak yang kepada hanya
(artikulasi)
jauh penonton mendengar
vokal

Selain itu, vokal yang baik boleh dihasilkan melalui latihan-latihan vokal yang
berterusan dan berkesan. Antara latihan vokal yang boleh dilakukan ialah:

Rajah 7: Latihan-latihan Vokal

menarik nafas dan mengeluarkannya dengan penuh


tenaga sambil menyebut "wah...", mengumam
"mmm...mmm...", mendesis "sss...", vokal aaa..., iii...,
uuu..., eee..., ooo... secara berulang kali

menggunakan melodi yang sesuai untuk latihan vokal

berteriak sekuat-kuatnya seperti orang histeria

bersuara, berteriak, berbicara sambil berjalan,


melompat, membongkok, berlari dan sebagainya.

11
2.3 Pengucapan
Dalam asas pengucapan, terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira iaitu:

Rajah 8: Perkara dalam Asas Pengucapan

Artikulasi Getikulasi Intonasi

2.3.1 Artikulasi
Artikulasi merupakan aset penting dalam dialog. Kecacatan artikulasi
dalam vokal boleh disebabkan oleh gugup, bercakap terlalu cepat, latar
belakang bahasa dan kecacatan semula jadi iaitu tidak boleh menyebut huruf
r, l, o dan sebagainya. Oleh itu, latihan diperlukan untuk mengatasi atau
mengurangkan kecacatan artikulasi. Antara latihan tersebut adalah
mengucapkan huruf dengan betul secara berulang-ulang dan menggunakan
kepelbagaian nada sama ada tinggi, rendah, sengau dan sebagainya.

2.3.2 Getikulasi
Getikulasi merupakan satu cara untuk memenggal kata dan memberi
tekanan pada kata atau kalimat yang terdapat dalam sebuah dialog. Seperti
artikulasi, getikulasi juga berkait rapat dengan pengucapan dialog tetapi
mempunyai fungsi yang berbeza. Getikulasi harus dilakukan sekiranya dialog
itu mempunyai maksud yang berbeza. Misalnya, “Tuan kelewatan. Pergi!”

2.3.3 Intonasi
Intonasi merupakan tekanan dalam pengucapan dialog agar tidak
mendatar dan membosankan. Terdapat tiga jenis intonasi iaitu:

Rajah 9: Jenis-jenis Intonasi

Tekanan Dinamik
Tekanan Nada (tinggi) Tekanan Tempo
(keras-lembut)
memperlambat atau
dilakukan untuk mengucapkan
mempercepatkan
memberi makna dialog dengan nada
pengucapan untuk
yang berbeza dan bukannya
tujuan penegasan
dalam frasa seperti biasa
sesuatu perkara

2.4 Variasi Vokal


Merujuk kepada kemampuan membezakan suara di dalam barisan tone yang
enak mencipta kepelbagaian variasi vokal agar vokal tidak monoton atau

12
statik. Hal ini selari dengan pendapat Jerry et.al (1995) variasi vokal saling
berkaitan dengan konteks iaitu maksud pada setiap perkataan dalam setiap
ayat yang merujuk kepada dialog sesebuah pementasan. Suara yang dapat
berubah mengikut masa berpotensi mencipta variasi vokal berkesan dengan
menggunakan tingkatan nada (pitch), lingkungan (range) , infleksi, kekuatan,
kadar atau tempo, berhenti sekejap (pause) dan irama. Jadual di bawah
menunjukkan definisi kepada terma yang dinyatakan oleh Jerry et.al (1995):

Jadual 3: Definisi Terma Jerry et. Al (1995)

Terma Definisi
Nada (pitch) bagaimana tinggi atau rendah bunyi suara
ukuran jarak dalam nota antara pitch paling rendah dan
Lingkungan (range)
paling tinggi
Infleksi naik dan turunnya pitch pada suara
kekuatan memasukkan emosi di dalam menggabungkan
Kekuatan (Intensity)
kualiti percakapan dengan kelakuan
Kadar atau Tempo kelajuan dengan satu percakapan
jumlah tekanan, kekuatan atau berat vokal menempatkan
Tekanan Suara
sesetengah kata atau perkataan di dalam ayat
Berhenti seketika permulaan penangguhan pada suara atau keraguan dalam
(pause) percakapan
perubahan dalam senyap, bunyi, kekuatan dan kelemahan
Irama (rhythm)
dalam percakapan

2.5 Pembinaan Watak Luaran dalam Drama


Terdapat beberapa teknik yang boleh diaplikasikan dalam pembinaan watak
luaran untuk pementasan drama. Rajah di bawah menunjukkan teknik-teknik
tersebut iaitu:

Rajah 10: Teknik Pembinaan Watak

13
pemerhatian

pengulangan imaginasi

Teknik

improvisasi peniruan

memory
recall

Teknik yang biasanya digunakan dalam pembinaan watak luaran ialah


teknik pemerhatian, imaginasi, peniruan dan memory recall serta improvisasi.
Sebagai contoh, sekiranya penulis ingin mementaskan drama yang bertajuk
Hikayat Merong Mahawangsa, penulis boleh mengaplikasikan teknik
pemerhatian dan peniruan terhadap filem-filem yang berkaitan seperti Hang
Tuah dan Hang Jebat. Menonton filem-filem ini merupakan teknik pembinaan
watak yang biasa digunakan oleh penulis. Hal ini demikian kerana dengan
menonton filem-filem yang berkaitan, penulis lebih cepat menangkap jalan
cerita sesebuah drama yang dilakukan.

Selain itu, pembacaan buku berkaitan drama juga memerlukan


pengaplikasian teknik pemerhatian. Dalam hal ini, penulis perlu
memerhatikan gambar-gambar yang terdapat dalam buku-buku tersebut.
Bacaan buku-buku ini dilakukan supaya mendapat lebih pemahaman
terhadap watak lebih-lebih lagi sekiranya watak tersebut sudah sedia ada.
Penulis juga boleh mengenal pasti latar belakang tempat contohnya tempat-
tempat yang agak semak boleh dibayangkan menjadi hutan untuk keperluan
babak di dalam hutan. Dalam pembinaan watak juga, teknik pengulangan
boleh digunakan misalnya semasa latihan, penulis mengarahkan pelakon
untuk membuat latihan secara berulang-ulang kali. Bukan itu sahaja, pelakon
dapat mengingati setiap babak yang perlu dilakonkan, malah tubuh badan
juga dapat mengingati babak yang dipanggil ingatan tubuh. Teknik
pengulangan juga merupakan teknik yang penting semasa pementasan
drama kerana terdapat banyak adegan yang perlu diingati oleh pelakon.

14
2.6 Pembinaan emosi dan psikologi watak
Emosi boleh didefinisikan sebagai ungkapan perasaan seperti perasaan
sedih, gembira, terkejut, takut dan sebagainya. Dalam drama, seorang
pelakon perlu memiliki kemahiran menguasai dan mengendalikan emosinya.
Hal ini untuk memberikan keyakinan kepada pelakon untuk memegang watak
yang perlu dilakonkan semasa pementasan drama. Emosi juga sangat
mempengaruhi tubuh, iaitu tingkah laku, ekspresi muka, pengucapan dialog,
pernafasan dan niat. Niat yang dimaksudkan apabila sesuatu emosi itu terjadi
seperti sedih, maka akan timbul niat untuk menangis dan sebagainya.

Oleh sebab itu, teknik peniruan tingkah laku merupakan teknik yang
biasanya digunakan untuk melahirkan emosi yang sesuai sebagai cara untuk
menghayati watak dengan lebih mendalam. Pelakon hendaklah membuat
pemerhatian terhadap tingkah laku, cara hidup, pergaulan dan sebagainya.
Setelah pelakon dapat mengenal pasti perwatakan bagi watak yang perlu
dilakonkan, maka pelakon tersebut akan berjaya membawa watak dengan
lebih berkesan. Setelah mengenal pasti, pelakon perlu mengaplikasikan
teknik peniruan. Sebagai contohnya, pelakon meniru gaya orang yang
murung untuk menimbulkan perasaan sedih dalam diri.

2.7 Latihan Fizikal


Latihan fizikal sangat penting untuk mengaplikasikan naskhah lakon sama
ada dengan dialog atau tidak. Rajah di bawah menunjukkan antara
kemahiran fizikal yang perlu ada pada seseorang pelakon iaitu:

Rajah 11: Kemahiran-kemahiran Fizikal

gerak
gerak yang terlihat dimengertikan
gerak yang jelas
(blocking yang baik (sesuai dengan
(meyakinkan)
dan seimbang) hukum gerak
dalam kehidupan)

gerak menghayati
(sesuai dengan
tuntutan, jiwa atau
naluri seperti
dalam skrip drama)

Gerak yang terlihat merujuk kepada kedudukan pelaku di atas pentas.


Keseimbangan sangat penting berdasarkan komposisi berikut iaitu:

Rajah 12: Keseimbangan Komposisi

15
Bahagian depan
Bahagian kanan Yang tinggi lebih
lebih berat
lebih berat berat daripada
daripada
daripada kiri yang rendah
belakang

Menghadap lebih Yang terang lebih Yang lebar lebih


berat daripada berat daripada berat daripada
membelakangi. yang gelap yang sempit

Keterangan bagi kemahiran-kemahiran fizikal adalah seperti berikut:

Jadual 3: Ketengan Kemahiran Fizikal

Kemahiran Fizikal Keterangan


gerak yang terlihat (blocking Kedudukan pelaku di atas pentas.
yang baik dan seimbang)
gerak yang jelas (meyakinkan) Aksi yang berterusan dan terkurang atau berlebih-
lebihan.
gerak dimengertikan (sesuai Gerakan biasa yang sudah sebati dalam
dengan hukum gerak dalam kehidupan.
kehidupan)
gerak menghayati (sesuai Intonasi pengucapan harus dapat menimbulkan
dengan tuntutan, jiwa atau kesan gerak yang sesuai dengan naskhah.
naluri seperti dalam skrip
drama)

Kemahiran fizikal adalah sangat penting. Oleh itu, latihan yang berterusan
adalah amat digalakkan selain mengenali fizikal dari hujung rambut hingga ke hujung
kaki. Hal ini termasuklah pancaindera iaitu mata, telinga, hidung, kulit dan lidah.
Terdapat pelbagai gerak yang mesti diketahui dalam kemahiran fizikal lakonan.
Antaranya ialah:

Rajah 13: Gerakan dalam Kemahiran Fizikal

16
Gerakan Dramatikal Gerak Non Dramatikal
•Merujuk kepada gerakan yang lahir •Merujuk kepada gerakan kita dalam
daripada keinginan bergerak yang kehidupan seharian. Ia dipecahkan
sesuai dengan apa yang ditulis pula kepada dua jenis iaitu gerakan
dalam teks. Oleh itu ia terhad halus dan gerakan kasar.
mengikut petikan dalam teks sahaja.

Rajah di bawah pula menunjukkan Gerak Non Dramatikal iaitu:

Rajah 14: Gerakan Non Dramatikal

Gerakan
Gerakan
Halus

Kasar
Berkaitan dengan gerakan Berkaitan dengan gerakan
pada raut wajah atau mimik sebahagian atau seluruh
muka yang berkait rapat anggota tubuh kita
dengan ekspresi.

Jadual di bawah menunjukkan Gerakan Kasar iaitu:

Jadual 4: Keterangan Gerakan Kasar

Gerakan Kasar Keterangan


Gerakan spontan misalnya kaki atau tangan akan
Business bergerak jika mendengar irama muzik, terkejut,
digigit nyamuk dan sebagainya.
Gerakan secara sedar dan terancang. Misalnya
membaca surat khabar, menulis, mengambil air,
Gestures
menyiram bunga dan sebagainya. Biasanya
bergerak dengan props.
Gerakan perpindahan tubuh dari tempat yang satu
ke tempat yang lain sama ada secara berjalan,
Movement
berlari, bergulung-gulung, melompat dan
sebagainya.
cara berjalan mengikut watak sama ada sebagai
Guide orang tua, anak kecil, orang mabuk dan
sebagainya.

Secara kesimpulannya, asas vokal dan pengucapan serta asas lakonan dan
asas fizikal adalah kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang
pelakon dalam menjiwai watak dan perwatakan yang akan dipentaskan pada

17
pementasan drama. Hal ini bagi menghidupkan lagi watak dan mampu memberikan
kesan emosi kepada penonton yang menonton pementasan sesebuah drama.

3.0 PERBINCANGAN TENTANG IMPROVISASI, TEKNIK ASAS BERCERITA,


ANALISIS SKRIP DAN PENGURUSAN PERSEMBAHAN DRAMA PENTAS

3.1 Cara Mengaplikasikan Teknik Improvisasi dalam Pementasan dan


Pendidikan Bahasa Melayu
Menurut Kamus Dewan (edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal
(perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal,
secara spontan atau dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja.
Dalam kata lain, improvisasi merupakan kegiatan yang dibuat secara tiba-
tiba. Hal ini selari dengan pendapat Som Hj. Nor (1994) yang menyatakan
improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap
situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi,
gambar, watak dan petunjuk. Perkara ini boleh dilihat lebih jelas lagi melalui
Ommaney (1972) yang mengatakan perlakuan-perlakuan dalam penampilan
watak dan adegan berlaku secara tanpa sedia atau impromptu yang
melibatkan watak, dialog dan aksi tanpa rujukan. Kesimpulannya, apa yang
diimprovisasikan itu adalah hasil daripada ciptaan atau persembahan secara
tiba-tiba (Synder, 1979).

Peter Moore ( 1998 ) menyatakan enam jenis improvisasi untuk


kanak-kanak mengikut peringkat umur. Antara jenis tersebut adalah seperti
berikut:

18
Rajah 15: Jenis-jenis Improvisasi dan keterangannya

•Kanak-kanak digalakkan bermain secara


Permainan Bebas
bebas dengan pemantauan guru.

Improvisasi •Guru menyediakan rangsangan dan kanak-


Spontan kanak memberikan tindak balas.

•Kanak-kanak digalakkan mencipta monolog


Improvisasi Verbal dan dialog berdasarkan petikan sesebuah
cerita.

•Kanak-kanak diberi peranan dan diminta


Main Peranan
memikirkan cara untuk beraksi.

•Kanak-kanak diberi tajuk, tema atau situasi


Improvisasi
untuk dibincangkan dan menghasilkan
Terlatih
persembahan.
•Berdasarkan situasi benar atau yang telah
Improvisasi Selari benar-benar berlaku untuk meneroka isu-
isu baru.

Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini


digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak
dirangsang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang
diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri
serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan rangsangan yang
disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imaginasi dan kreativiti kanak-
kanak dicerna secara maksimum. Terdapat banyak cara untuk
mengaplikasikan teknik-teknik improvisasi dalam pementasan dan pendidikan
Bahasa Melayu.

Antaranya ialah melalui aktiviti permainan bebas. Dalam aktiviti ini,


guru perlu menyediakan peralatan atau objek, sediakan situasi atau
persekitaran yang tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas
dengan pemantauan oleh guru. Guru bolehlah menciptakan senario atau
cerita berdasarkan peralatan tersebut. Sebagai contohnya, guru
menyediakan anak patung atau boneka yang berbentuk haiwan dan
memberikan situasi di hutan rimba kepada kanak-kanak tersebut untuk
bermain menggunakan teknik permainan bebas. Namun begitu, teknik ini
hanya boleh diaplikasikan pada pementasan dan pendidikan Bahasa Melayu
untuk kanak-kanak prasekolah dan tahap 1. Selain itu, bagi teknik improvisasi

19
spontan pula guru menyediakan bahan rangsangan tertentu untuk kanak-
kanak memberikan tindak balas secara spontan berdasarkan kesesuaian
dengan situasi yang diberikan. Murid-murid dibantu dan digalakkan untuk
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mendengar serta mengamati
pendapat orang lain. Guru juga harus berperanan sebagai fasilitator dalam
membantu dan menggalakkan murid-murid melakukan tugas secara
kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan
membina idea baru berdasarkan idea orang lain. Namun begitu, perlu
diingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat
persembahan. Perkara utama ialah menggalakkan perkongsian idea,
melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap
resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.

Seterusnya, cara untuk mengaplikasikan teknik improvisasi verbal


pula adalah dengan menghasilkan monolog dan dialog. Dari aspek
pementasan dan pendidikan Bahasa Melayu, guru menggalakkan murid-
murid untuk menghasilkan monolog dan dialog berdasarkan petikan
sesebuah cerita. Sebagai contohnya, murid boleh menyambungkan dialog
tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan sesuai seperti
memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu dan seumpamanya
dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai. Teknik ini dapat
dilaksanakan secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Teknik main
peranan pula murid-murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang
lain dan berlainan dengan dirinya. Mereka diberikan peranan tertentu dan
memikirkan cara untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu
situasi. Sebagai contohnya, sekumpulan murid telah diberikan peranan yang
berlainan seperti penjaga hutan, singa dan burung hantu bagi situasi di dalam
Hutan Rimba. Di samping itu, murid juga digalakkan untuk menulis deskripsi
watak, melukis potret dan membuat kostum dan memilih props yang sesuai
untuk kegunaan watak.

Improvisasi terlatih pula berbeza dengan yang lain kerana improvisasi


ini menggalakkan kanak-kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi
tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan
sesuatu persembahan. Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan
kumpulan dan selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil
perbincangan tersebut. Akhir sekali, cara untuk mengaplikasikan mprovisasi
selari adalah berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar

20
diketahui untuk meneroka isu-isu baru. Contohnya, murid-murid
menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk balik ke kampung
seperti menyediakan pakaian dan lain-lain seterusnya menggunakan
pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak
mengadakan ekspedisi.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak cara mengaplikasikan teknik


improvisasi khususnya untuk pementasan dan pendidikan bahasa.
Tambahan pula, improvisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah kerana ia ternyata
membolehkan guru-guru melatih murid-murid menajamkan sensitiviti mereka,
meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan
budaya mereka, menanamkan jati diri bangsa serta memperkembangkan
daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran
berkomunikasi.

3.2 Cara Pemilihan Cerita Dan Kesesuaiannya Dalam Pendidikan


Pada dasarnya, cerita terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

Rajah 16: Jenis-jenis Cerita

Mitos

Legenda

Cerita
Rakyat

Cerita mitos adalah cerita dongeng yang berfungsi untuk


menerangkan asal usul kejadian tertentu seperti kejadian manusia, alam,

21
binatang dan penempatan. Cerita mitos dianggap sebagai sebuah cerita yang
benar-benar berlaku pada suatu masa dahulu dan dianggap suci atau sakral
atau kudus oleh masyarakat ketika itu. Cerita legenda pula merupakan cerita
prosa rakyat yang ditokohi manusia yang ada kalanya memiliki sifat-sifat luar
biasa dan dibantu oleh kuasa atau makhluk ajaib. Cerita legenda juga
dipercayai pernah benar-benar terjadi oleh penuturnya dan masyarakatnya
tetapi tidak dianggap suci. Legenda bersifat duniawi, terjadi pada masa yang
belum begitu lama dan bertempat di dunia. Legenda juga dianggap sebagai
“sejarah rakyat” kerana legenda memangnya mempunyai latar belakang
sejarah.

Cerita rakyat membawa maksud cerita rekaan dari zaman dahulu


yang disukai ramai dalam sesuatu masyarakat yang masih diceritakan atau
diperdengarkan dan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain
secara lisan. Cerita rakyat adalah prosa dan tidak dianggap benar-benar
terjadi. Cerita rakyat mengandungi moral dan sindiran serta berfungsi sebagai
sumber hiburan. Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita
lagi. Misalnya:

Rajah 17: Jenis-jenis Cerita Rakyat

Cerita
Cerita Binatang Cerita Asal-usul
Kepahlawanan

Cerita
Cerita Jenaka
Penglipur Lara

Penggunaan cerita dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran


merupakan salah satu alternatif yang efektif untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, guru perlu memahami terlebih

22
dahulu tentang cerita apa yang hendak disampaikannya dan mesti
disesuaikan dengan karakter murid-murid sebelum bercerita. Secara asasnya
langkah dalam pemilihan cerita terbahagi kepada 3 iaitu:

Rajah 18: Langkah Pemilihan Cerita

Pemilihan tema dan Masa penyampaian Suasana (situasi dan


judul cerita keadaan)

Cara yang tepat dalam memilih tema adalah berdasarkan umur atau
tahap kognitif murid-murid. Sebagai contoh, lazimnya murid-murid lebih
menyukai hal-hal yang fantasi, aneh dan imaginasi. Bukan itu sahaja, murid-
murid mempunyai perbezaan pandangan pada setiap peringkat umur.
Misalnya, murid yang berumur 7 hingga 9 tahun suka cerita-cerita dongeng
seperti ‘Anak Ayam yang Manja’, ‘Raksasa yang menyeramkan’ dan ‘Anak
nakal tersesat di hutan rimba’ manakala murid-murid yang berumur 10 hingga
12 tahun suka akan dongeng jenaka, tokoh pahlawan dan kisah tentang
kecerdikan seperti cerita ‘Perjalanan ke Planet Biru’ dan ‘Robot Pintar’. Selain
itu, guru perlu mempertimbangkan tentang daya fikir, kemampuan bahasa,
memberi perhatian dan daya kefahaman murid. Oleh itu, guru juga harus
menitikberatkan masa penyampaian cerita. Sebagai contohnya, waktu yang
sesuai bagi murid-murid yang berumur 7 hingga 8 tahun adalah sebanyak 7
minit sahaja manakala 10 hingga 15 minit adalah masa penyampaian cerita
yang tepat bagi murid yang berumur 9 hingga 10 tahun dan bagi murid
berumur 11 hingga 12 tahun lebih sesuai disampaikan cerita dalam tempoh
masa sebanyak 25 minit. Namun begitu, guru masih boleh menambah waktu
cerita jika murid-murid menunjukkan tindak balas yang dirangsang oleh
penampilan pencerita yang sangat baik. Langkah yang terakhir dalam
pemilihan cerita adalah memilih suasana yang sesuai dan berkaitan dengan
cerita yang disampaikan. Dalam hal ini, guru perlulah memperkayakan diri
dengan teknik-teknik cerita yang bersesuaian dengan keadaan. Jelaslah
pemilihan cerita juga memerlukan pelaksanaan langkah-langkah yang
sistematik agar objektif dalam penyampaian cerita tercapai.

Teknik bercerita terbahagi kepada dua iaitu:

23
Rajah 19: Teknik Bercerita

• Boneka
Bercerita dengan alat • Gambar
• Buku

•Tidak menggunakan apa-apa objek


Bercerita tanpa alat

Teknik bercerita menggunakan boneka iaitu objek yang di gerak


lakonkan secara sentuhan atau arahan oleh pemain untuk menyampaikan
mesej dan mampu menghidupkan watak menerusi dialog. Hal ini akan
memberi kesan ke arah komunikasi murid iaitu dari aspek idea kreatif dalam
penciptaan cerita dan rangsang idea imaginasi. Sebagai contoh, guru
menggunakan boneka sarung tangan dalam penceritaan cerita rakyat asal
usul binatang. Selain itu, penggunaan gambar bersiri pula adalah cerita yang
disampaikan menggunakan siri gambar yang berturutan. Setiap keping
gambar menonjolkan situasi penting dalam cerita. Bilangan gambar yang
sesuai dengan jalan cerita antara 3 hingga 6 keping. Murid-murid juga boleh
membuat interpretasi gambar-gambar dan buat gambaran apa yang berlaku
seterusnya. Lebih-lebih lagi teknik bercerita menggunakan buku adalah teknik
yang paling mudah untuk diaplikasikan kerana bahan atau teks telah ada.
Faizah Sulaiman (1994) menyatakan membaca buku cerita kepada kanak-
kanak penting kerana mereka belajar mengetahui makna, belajar mendengar
dan bercakap.

Teknik bercerita tanpa menggunakan alat pula bermaksud pencerita


tidak menggunakan sebarang alat semasa menyampaikan cerita. Kekuatan
cerita diukur kepada kemahiran pencerita melalui kemahiran-kemahiran
seperti suara, mimik muka, ekspresi, gerak mata dan pergerakan badan.
Oleh itu, kemahiran-kemahiran ini perlulah dikuasai oleh pencerita sebelum
menyampaikan cerita menggunakan teknik bercerita tanpa alat. Dari aspek
suara, guru mestilah menggunakan nada suara yang sesuai untuk menarik
perhatian. Sebagai contohnya, menggunakan pelbagai nada suara seperti
tinggi dan rendah. Dari aspek mimik muka pula, guru mempelbagaikan mimik
muka mengikut situasi yang sesuai. Selain itu, guru juga menampilkan
ekspresi muka yang sesuai dengan emosi yang digambarkan semasa
menyampaikan cerita. Sebagai contohnya, ekspresi muka terkejut, marah

24
dan sedih. Hubungan mata antara pencerita dengan pendengar juga perlu
diwujudkan bagi mengekalkan perhatian murid-murid sekali gus memastikan
kawalan kelas dalam keadaan yang baik. Di samping itu, guru juga
menyampaikan cerita menggunakan bahasa yang mudah difahami dan
sekali-sekala guru melakukan pengulangan cerita agar dapat memperkukuh
daya ingatan dan perkara yang didengari juga dapat difahami dengan jelas.

Secara kesimpulannya, teknik-teknik ini haruslah dikuasai oleh


pencerita agar dapat memudahkan lagi aktiviti penyampaian cerita dan
mudah untuk menyesuaikan penggunaan teknik untuk menyampaikan cerita
mengikut situasi yang hendak diceritakan.

3.3 Perbandingan Penganalisisan Skrip Berdasarkan Komponen


Drama Dan Pendekatan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2013) mendefinisikan penganalisisan sebagai
sesuatu perbuatan atau proses menganalisis untuk mendapatkan
pengumpulan dan maklumat sebuah cerita yang mudah. Skrip pula merujuk
kepada cerita yang bertulis atau filem skrip yang disediakan untuk sesebuah
drama, termasuk arahan kerja kamera, lakon layar dan sebagainya. Oleh itu,
dapat disimpulkan bahawa penganalisisan skrip bermaksud satu proses
untuk mendapatkan maklumat tersurat dan tersirat yang terkandung dalam
sesebuah karya penulisan skrip drama untuk dibincangkan secara kritis dan
kreatif.

Penganalisisan skrip dapat dilaksanakan secara berperingkat. Oleh


yang demikian, penganalisis perlu memahami terlebih dahulu elemen-elemen
yang terkandung dalam drama sebelum menganalisis sesebuah karya
penulisan skrip drama. Seterusnya, penganalisis skrip perlu menetapkan
tujuan penganalisisan skrip dibuat. Akhir sekali, penganalisis boleh memilih
pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk menganalisis skrip drama
tersebut. Peringkat-peringkat penganalisisan ini ternyata dapat menghasilkan
sebuah penulisan skrip yang baik. Antara peringkat-peringkat yang
dimaksudkan adalah:

Rajah 20: Peringkat Penganalisisan Skrip

25
Komponen drama

Penganalisisan
Penganalisisan
skrip berdasarkan
skrip berdasarkan
komponen drama
pendekatan
untuk tujuan

26
3.3.1 Elemen Drama
Elemen merupakan bahagian paling penting yang menjadikan sesuatu
aspek dalam drama menjadi lengkap atau sempurna seterusnya menjadikan
karya penulisan drama tersebut menjadi bahagian daripada sesuatu yang
lebih besar, kompleks atau lengkap. Elemen yang terkandung dalam drama
juga merupakan perkara asas yang perlu ada dalam sesebuah penulisan
skrip drama. Penganalisis skrip hendaklah mengkaji terlebih dahulu skrip
tersebut sekiranya mempunyai komponen-komponen drama yang
dikehendaki. Penganalisisan skrip yang kritis dan kreatif dapat dilaksanakan
sekiranya kandungan skrip drama tersebut memenuhi komponen-komponen
drama yang dimaksudkan. Berikut merupakan elemen-elemen drama yang
perlu dititikberatkan oleh para penganalisis skrip drama

Rajah 21: Elemen-elemen Drama

tema dan pemikiran

watak dan perwatakan

plot dan struktur


dramatik

gaya bahasa

Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh
pengkarya atau penulis skrip drama bagi mendasari karyanya. Tema menjadi
panduan kepada pengkarya dalam usaha mengumpulkan, memilih dan
menyusun bahan-bahan bagi sesuatu karya. Pemikiran pula membawa
maksud yang sama dengan tema dan persoalan. Pemikiran lazimnya
digunakan dalam genre drama dan puisi.
Watak merupakan pelaku atau pelakon dalam sesebuah drama.
Selain daripada manusia biasa, watak dalam cerita boleh terdiri daripada
binatang ataupun makhluk lain seperti jin, pari-pari, raksasa dan sebagainya.
Setiap watak ini mempunyai identiti mereka tersendiri. Watak terbahagi
kepada dua iaitu watak protagonis dan antagonis. Watak protagonis

27
merupakan watak utama dalam sesebuah drama dan memperjuangkan nilai-
nilai yang positif dalam drama. Manakala watak antagonis pula merupakan
watak sampingan yang menjadi penentang kepada watak utama. Perwatakan
pula, merupakan sifat peribadi seseorang watak dalam sebuah drama sama
ada sifat luaran atau dalaman. Sifat luaran termasuklah pelukisan tentang
bentuk badan, perlakuan atau tindakan dan juga pertuturan. Manakala sifat
dalaman termasuklah pemikiran dan perasaan watak.
Plot dan struktur dramatik adalah cara atau kaedah seseorang penulis
menyusun peristiwa dalam skrip drama. Susunan ini akan menentukan
bahawa plot sesebuah drama mengikut kronologi atau tidak. Terdapat empat
teknik plot dan struktur dramatik yang biasa digunakan oleh penulis iaitu
permulaan, perkembangan, puncak atau klimaks dan pengakhiran atau anti
klimaks.
Gaya bahasa ialah pemilihan dan susunan kata-kata yang digunakan
oleh penulis. Pemilihan dan susunan itu dipersembahkan dalam karya
mereka sama ada puisi atau prosa. Ia merupakan individualiti setiap penulis
dalam menyampaikan pemikiran, gagasan atau perasaan mereka. Unsur
gaya bahasa merangkum semua aspek bahasa seperti yang berikut:

Rajah 22: Unsur Gaya Bahasa

diksi ayat personifikasi simile

metafora hiperbola sinkope rima

asonansi aliterasi pengulangan perlambangan

3.3.2 Penganalisisan Skrip Berdasarkan Komponen Drama


untuk Tujuan
Penganalisisan sesebuah penulisan skrip berdasarkan komponen
drama ditetapkan daripada beberapa tujuan. Antara tujuan penganalisisan
skrip dilaksanakan adalah berdasarkan aspek yang berikut:

28
Rajah 23: Tujuan Penganalisisan Skrip

1) pementasan 2) aktiviti bilik darjah

Berdasarkan rajah 23, penganalisisan skrip berdasarkan komponen drama


adalah bersandarkan daripada dua tujuan iaitu untuk pementasan dan aktiviti bilik
darjah. Umum sedia maklum, dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah,
pembelajaran tentang drama juga turut diberikan dalam pedagogi Bahasa Melayu
sebagai aktiviti didik hibur dalam pembelajaran seni bahasa.

Selain daripada cerpen dan novel kanak-kanak, drama kanak-kanak juga


merupakan salah satu aspek yang terkandung di bawah prosa Melayu moden.
Menurut tradisi Melayu lama, prosa adalah seluruh hasil karya sastera lisan dan
tulisan yang panjang dan baik sama ada berbentuk cerita ataupun bukan cerita serta
menggunakan bahasa Melayu sebagai medium untuk menyampaikan sastera
kepada masyarakat. Prosa juga merupakan sebarang bentuk tulisan seperti
karangan atau bentuk pengucapan yang tidak mempunyai corak atau irama yang
tertentu.

Lazimnya, penganalisisan skrip dilaksanakan adalah sebagai penyediaan


awal bagi sekumpulan individu untuk mementaskan sandiwara atau persembahan
teater berdasarkan skrip drama yang telah dikaji. Maksudnya, apabila penganalisisan
skrip dari aspek komponen-komponen drama dibuat, para pelakon pementasan
teater dapat mengetahui lebih lanjut mengenai jalan penceritaan drama, watak
perwatakan yang perlu dikuasai oleh pelakon dan sebagainya. Secara tidak
langsung, pementasan drama dapat dipersembahkan dengan baik dan setiap
pelakon juga dapat menjiwai watak-watak dengan lebih mendalam.

Penganalisisan skrip juga dilaksanakan adalah bertujuan untuk aktiviti


pedagogi di dalam bilik darjah. Dalam konteks sekolah menengah, pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu jenis komsas turut diajarkan di sekolah. Oleh hal
demikian, untuk pengajaran komsas di dalam bilik darjah, guru perlu menganalisis
skrip terlebih dahulu sebelum mengajar pada hari tersebut. Apabila guru tersebut
dapat menguasai keseluruhan jalan penceritaan skrip drama yang dipilih, secara
tidak langsung pengajaran dapat disampaikan dengan lancar dan berkesan. Guru

29
juga dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai
berdasarkan dapat penganalisisan skrip yang telah dilaksanakan.

Kesimpulannya, keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran drama


kanak-kanak yang diguna pakai sebagai salah satu aktiviti di sekolah, ternyata dapat
membina konsep kendiri yang positif kepada murid-murid sekali gus memberikan
pengalaman baru kepada mereka.

3.3.3 Penganalisisan skrip berdasarkan pendekatan


Penganalisisan skrip yang baik hendaklah dianalisis berdasarkan
pendekatan-pendekatan penganalisisan skrip sedia ada. Penganalisisan skrip
berdasarkan pendekatan adalah bertujuan untuk membuat satu penyelidikan
atau penghuraian sesuatu seperti keadaan, masalah, persoalan untuk
mengetahui pelbagai aspek dengan lebih terperinci dan mendalam. Menurut
Juriah Long (2010), pendekatan ialah proses pengendalian pengajaran
secara menyeluruh di dalam bilik darjah. Pendekatan yang dipilih ini biasanya
berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Umumnya,
pendekatan adalah cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan
melaksanakan sesuatu tugas (Kamus Dewan, 2013).

Menurut Kamaruddin Haji Husin (1988) pula, pendekatan ialah satu


kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa dan hakikat
pembelajaran bahasa. Pendekatan-pendekatan ini wujud berdasarkan aspek-
aspek yang ingin diutamakan oleh penganalisis skrip. Oleh hal yang
demikian, ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi dan jenis-jenis
pendekatan yang wujud tersebut adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang
digunakan untuk membuat penganalisisan sebuah penulisan skrip drama.
Untuk itu, pendekatan yang boleh digunakan oleh penganalisis untuk
membuat penganalisisan skrip adalah pendekatan struktur, pendekatan
sosiologi dan pendekatan psikologi. Izharnya, penganalisisan skrip yang
menggunakan pendekatan ini, akan dapat menghasilkan sebuah skrip yang
berkualiti dan unggul. Berikut merupakan pendekatan-pendekatan
penganalisisan skrip yang dimaksudkan:

30
Rajah 24: Pendekatan Penganalisisan Skrip

struktur

sosiologi

psikologi

Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang


diambil bagi melaksanakan sesuatu tugas (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2013). Manakala kaedah pula lebih menekankan penyusunan langkah-
langkah penganalisisan skrip dilaksanakan secara sistematik berlandaskan
prinsip dan teori. Oleh itu, pendekatan struktural memberi tumpuan kepada
sesuatu hasil sastera berdasarkan plot, perwatakan, latar belakang, tema,
suasana, klimaks aksi memuncak, nada dan fokus. Pendekatan ini tidak
mementingkan penghayatan atau penikmatan sastera. Penganalisisan skrip
drama juga dapat dianalisis dari sudut pembinaan atau strukturnya. Aspek-
aspek struktur dikaji mengikut pendekatan struktur adalah seperti yang
berikut:

Rajah 25: Aspek-aspek Struktur Pendekatan

Sinopsos
Tema
Persoalan
Latar
Plot
Sudut Pandangan
Watak Perwatakan
Gaya Bahasa Atau Unsur Keindahan
Nilai
Pengajaran

31
Pendekatan sosiologi pula, memberi penekanan kepada aspek aspek-
aspek sosial tentang bagaimana seseorang individu itu seharusnya menjadi anggota
masyarakat yang berguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat
umumnya. Sosiologi berkait rapat dengan aspek sejarah dan melibatkan pelbagai
perkara yang melibatkan latar sosial masyarakat sama ada di dalam skrip mahupun
di luar skrip. Aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan
seperti ekonomi, politik, budaya dan etika sosial akan turut dilihat sebagai unsur-
unsur penting yang mempengaruhi terhadap penganalisisan penulisan skrip drama.
Kesimpulannya, dalam proses menganalisis sesebuah skrip drama, skrip tersebut
sepatutnya mampu menggambarkan dengan jelas peristiwa-peristiwa yang berlaku
dalam masyarakat, tempat lahir, sosiolisasi, pendidikan, alam sekitar, status sosial,
nilai-nilai kehidupan dan sebagainya.

Akhir sekali, pendekatan penganalisisan skrip yang boleh digunakan untuk


menganalisis sesebuah penulisan skrip drama adalah melalui pendekatan psikologi.
Melalui pendekatan psikologi, aspek yang dianalisis adalah bahagia atau babak yang
menyentuh dan meninggalkan kesan kepada khalayak yang mengamati sesebuah
penulisan skrip drama menunjukkan ukuran dan kesan pengaruh sesebuah karya itu.
Penganalisisan penulisan sesebuah skrip menggunakan pendekatan psikologi ini
menekankan aspek-aspek psikologi untuk dianalisis seperti emosi, perasaan dan
sikap khalayak itu sendiri. Konklusinya, pendekatan psikologi ini melibatkan proses-
proses mental kejiwaan manusia yang dapat diamati serta dipengaruhi oleh
keyakinan dan pendirian seseorang individu itu.

Kesimpulannya, antara ketiga-tiga pendekatan iaitu pendekatan struktur,


pendekatan sosiologi dan pendekatan psikologi terdapat kelebihan setiap satunya.
Bergantung kepada penganalisis skrip untuk menggunakan pendekatan yang mana
satu semasa menganalisis sebuah skrip drama yang lain. Antara ketiga-tiga
pendekatan penganalisisan skrip ini juga terdapat perbezaannya. Bagi pendekatan
struktur, ia dianalisis dari sudut pembinaan atau strukturnya dan pendekatan
sosiologi pula, penganalisisan melibatkan banyak aspek yang berkaitan dengan latar
sosial masyarakat. Manakala pendekatan psikologi pula merujuk kepada keadaan
dan penghayatan jiwa mengikut peribadi tertentu yang dialami oleh watak dalam
sesebuah skrip drama. Oleh hal demikian, melalui pendekatan-pendekatan
penganalisisan yang pelbagai ini, sudah tentunya penulisan skrip yang dihasilkan
lebih berkualiti dan unggul.

32
3.4 Kaedah Pengurusan Persembahan Drama Pentas

3.4.1 Jenis-jenis Pentas dan Penggunaannya


Pentas adalah tempat berlangsungnya sebuah pertunjukan di mana
interaksi antara pelakon-pelakon dipentaskan di hadapan penonton. Di atas
pentas, pelakon akan melakonkan dengan sangat teratur supaya penonton
dapat memahami jalan cerita yang ingin disampaikan. Pentas terbahagi
kepada banyak jenis namun pentas yang ada pada masa kini hanya tiga
sahaja yang sering digunakan. Antara jenis-jenis pentas termasuklah:

Rajah 26: Jenis-jenis Pentas

Pentas Pentas
Pentas Arena
Proscenium Thrust

Pentas arena ialah pentas yang penontonnya duduk mengelilingi


pentas. Penonton dapat melihat kesemua pelakon dengan jelas kerana
tempat duduknya yang sangat hampir dengan pentas. Susun atur pentas
berbentuk mutiara kerana akan berada di setiap sisi pentas. Oleh yang
demikian, pelakon mestilah menggunakan kreativiti bagi memberi
pementasan yang menggunakan setiap ruang pentas dengan baik supaya
penonton berpuas hati dengan drama yang dipentaskan. Contoh Pentas
Arena adalah seperti berikut:

Gambar 1: Pentas Arena

33
Namun, pentas arena telah diubah suai kepada bermacam-macam
reka bentuk. Contohnya:

Gambar 2: Bentuk-bentuk Pentas Arena

Selain itu, pentas proscenium atau lebih dikenali sebagai pentas


berbingkai kerana penonton menyaksikan aksi pelakon dalam bingkai atau
kotak proscenium. Bingkai yang dipasang sebagai layar pentas inilah yang
memisahkan jarak antara pelakon dengan penonton yang menyaksikan
pementasan dari satu arah sahaja. Bingkai proscenium ini bertujuan untuk
memudahkan pelakon melakukan persediaan di belakang tabir. Perkara ini
tidak akan mengganggu tumpuan penonton yang sedang menyaksikan
pementasan. Pelakon dapat beraksi dengan sepuas-puas kerana memiliki
ruang pentas yang besar dan dapat membantu memberi kesan artistik yang
diinginkan. Misalnya, pelakon boleh beraksi seolah-olah di situasi yang
sebenar.

Gambar 3: Pentas Proscenium

34
Kelebihan pentas proscenium ialah penonton dapat melihat dari satu
arah sahaja dan memberi kelebihan kepada pelakon kerana pelakon boleh
memberi fokus pada satu arah sahaja. Semua yang ada di atas pentas dapat
disajikan secara sempurna seolah-olah pada gambar yang nyata.
Kebanyakan sekolah di Malaysia mempunyai pentas proscenium. Jarak
antara penonton dan pelakon dapat mewujudkan kesan yang tersendiri pada
pentas proscenium. Kesannya ialah seperti sebuah lukisan, bingkai
proscenium menjadi batas di tepi-tepi bingkai tersebut.

Pentas thrust pula sama seperti pentas proscenium tetapi dua per tiga
bahagian depannya menghala ke arah penonton. Pada bahagian depan yang
menghala ke arah penonton tersebut menjadi tempat duduk penonton.
Pentas thrust merupakan gabungan antara pentas arena dan proscenium.
Bahagian kiri dan kanan adalah seperti berada di pentas arena manakala di
bahagian hadapan seperti berada di pentas proscenium. Pentas thrust telah
digunakan sejak Abad Pertengahan sehingga kini. Contoh Pentas Thrust
adalah seperti berikut:

Gambar 4: Pentas Thrust

3.4.2 Organisasi Persembahan Drama


Bagi menjayakan sesebuah drama, organisasi persembahan drama
mesti mewujudkan ahli organisasi supaya setiap ahli dapat melaksanakan
tugas masing-masing. Organisasi persembahan drama mestilah mempunyai
beberapa peranan. Antaranya ialah:

35
Rajah 28: Peranan Organisasi

Pereka Bentuk
Pengurus
Pereka Props Kostum /
Produksi
Busana

Pengarah Pengurus Artis /


Penata Bunyi
Produksi Kebajikan

Pengurus Petugas lokasi


Penata Rias
Pentas (Runner)

Pereka Bentuk Pereka Bentuk Petugas Pentas


Latar Cahaya / Krew

Sebuah proses perancangan pengaturan kerja, penyelarasan dan


pengawalan guna tenaga untuk mencapai sasaran mahupun tujuan yang
efektif dan efisyen. Pengendalian kerja-kerja dikendalikan oleh seorang yang
bernama Pengurus. Pengurus adalah individu yang bekerja dengan orang
lain bagi menyelaraskan kerja-kerja berkaitan bagi mencapai sasaran
produksi. Pengurusan produksi merujuk kepada produksi dan organisasi yang
berorientasikan seni persembahan yang berbentuk kumpulan teater,
kumpulan tarian, kumpulan muzik dan segala yang berhubung kait
dengannya yang bertujuan untuk persembahan berbentuk komersial ataupun
bukan berbentuk komersial.

Pengarah produksi merupakan orang yang paling rapat bekerja


bersama pelakon-pelakon. Pengarah membangunkan konsep produksi,
menjelaskan kepada pelakon-pelakon, membantu pelakon mewujudkan
peranan dan watak-watak dan menggarap keseluruhan persembahan
produksi. Pengarah adalah seorang yang menerajui sebuah produksi yang
melibatkan kerja-kerja teknikal dan proses kreatif. Pengarah juga merupakan

36
pemimpin kepada sekumpulan tenaga kerja pentas bagi melaksanakan
kehendak kesenian yang menepati ilusi dan kreativiti. Oleh itu seorang
pengarah harus jelas terhadap kerja seni yang hendak disempurnakan.
Pengarah juga perlu mempunyai cara komunikasi yang boleh difahami oleh
semua yang terlibat dengan produksinya.

Pengurusan pentas bermaksud pengendalian sekumpulan tenaga


kerja bagi menjayakan sesebuah produksi. Mereka adalah saluran
penghubung antara tenaga produksi dengan pihak pentadbiran dan
bertanggungjawab melaksanakan apa yang telah dirancang supaya berjalan
dengan lancar. Peneraju pada hari persembahan ialah pengurus pentas.
Segala tugas pentas seperti pertukaran set, pertukaran pakaian dan mekap
pelakon-pelakon, keluar masuk pelakon serta props yang digunakan pada
hari pementasan adalah bawah pengawasannya. Manakala, pereka bentuk
latar pula bertanggungjawab untuk mereka cipta bentuk latar pentas sama
ada ringkas atau kompleks dan setiap latar mempunyai reka bentuknya.
Susun atur set, tinggi dan rendahnya, tanpa atau berset adalah dari sudut
pandangan pereka bentuk latar. Bersifat latar hias yang menggambarkan
tempat, masa dan status, sama ada di luar atau di dalam dewan, set perlu
disediakan sebelum pementasan bermula. Terdapat pelbagai jenis dan rupa
set bergantung pada kehendak pementasan dan citarasa perekanya. Pereka
Bentuk Latar perlu mengetahui tentang set dari peringkat ilusi membawa ke
realiti.

Reka bentuk kostum bermaksud apa-apa sahaja bentuk pakaian yang


dipakai oleh pelakon di atas pentas. Pereka bentuk kostum bertugas
mencipta atau menentukan apakah kostum dan bahan yang sesuai untuk
digunakan bagi sesebuah produksi dengan menitikberatkan konsep yang
telah ditetapkan. Pemilihan warna hendaklah diselaraskan dengan latar/set
dan pencahayaan agar tidak bercanggah dengan kemahuan
pementasan/persembahan. Pemilihan pakaian juga hendaklah memberi
keselesaan kepada para pelakon (si pemakai). Pengurusannya memerlukan
penelitian dan perapian kerana melibatkan urusan bahan seni dan kreatif.
Selain itu, pengendali terhadap mesin dan teknikal juga perlu dititikberatkan.
Selain itu, penata rias menentukan apakah bentuk mekap yang sesuai
dipakai oleh setiap pelakon. Pemilihan warna hendaklah diselaraskan dengan
watak dan pencahayaan agar tidak ditenggelami oleh latar dan cahaya
lampu. Tatarias juga hendaklah bersesuaian dengan kostum yang digunakan

37
dan perlulah berbeza dengan setiap konsep persembahan dan watak yang
dibawa oleh pelakon dalam persembahan. Tatarias yang tidak sesuai dari
segi pencampuran warna akan mencacatkan watak dan perwatakan sekali
gus keseluruhan ‘mood’ persembahan.

Penata bunyi bertugas sebagai mencipta dan menentukan apakah


bentuk kesan bunyi yang digunakan dalam persembahan. Latar bunyi yang
dicipta hendaklah bersesuaian dengan konsep serta kemahuan pengarah
persembahan. Props adalah barang atau peralatan yang dibawa atau
digunakan oleh pelakon. Pereka props bertugas menyediakan props yang
akan digunakan oleh setiap pelakon seperti yang dikehendaki oleh pengarah
dan watak dalam persembahan. Props hendaklah berfungsi untuk
memperkukuhkan penjelasan perwatakan. Props boleh menjadi sesuatu yang
asing jika pembuatannya adalah di luar kebiasaan. Di samping itu, pengurus
artis bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap pelakon serta ahli
produksi yang terlibat berada di tempat latihan pada masa yang telah
ditetapkan. Sekiranya pelakon tidak tepat pada masanya, pengurus artis akan
bertugas untuk mendapatkan (mencari) pelakon tersebut untuk berada di
tempat yang sepatutnya. Pengurus artis bertanggungjawab untuk
memaklumkan kepada pengarah sama ada semua pelakon dalam produksi
sudah sampai ataupun belum di lokasi supaya dapat latihan dimulakan.

Petugas lokasi bertugas untuk memastikan semua bekalan yang


diperlukan berada dan ada pada masa yang diperlukan oleh pengarah dan
kesemua produksi. Sekiranya tidak, maka tugas pembantu untuk pergi
mendapatkannya. Akhir sekali, petugas pentas ialah petugas-petugas am
yang bertugas untuk membantu dalam kerja-kerja produksi persembahan
bawah arahan pengurus pentas.

3.4.3 Uji Bakat Dan Penentuan Watak


Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, uji bakat bermaksud proses
pemilihan calon dengan melihat dan menilai kebolehan atau bakat dalam
bidang seni. Sebelum bermulanya pementasan drama, pelakon - pelakon
yang terpilih akan diuji bakat terlebih dahulu. Watak-watak tertentu hanya
dikhaskan kepada pelakon-pelakon tertentu tetapi pelakon tersebut mestilah
diuji bakat terlebih dahulu sama ada sesuai membawa watak tersebut
ataupun tidak. Ada sesetengah pelakon yang tidak sesuai dengan watak yang
telah diberikan kepadanya dan pengarah produksi terpaksa mencari pelakon
lain untuk watak tersebut.

38
3.4.4 Pembacaan Skrip
Skrip merupakan satu penulisan perjalanan sesebuah lakon layar. Ia
menentukan arah tuju ke mana sesebuah cerita itu akan bergerak. Bermula
dari titik pertama, titik pertengahan sehingga ke titik akhir. Dalam erti kata
lain, skrip adalah lakaran perjalanan hidup bagi watak dan sekitarnya di
dalam sebuah lakon layar. Setiap pelakon yang dipilih akan diberikan skrip
untuk memahami watak yang dibawa dan mengetahui setiap perinci jalan
cerita sesebuah lakon layar. Skrip ialah karangan atau tulisan yang berisi
nama-nama pelakon, dialog yang akan diucapkan, latar layar layar dan
kelengkapan yang perlu digunakan. Di dalam drama, yang menjadi
keutamaan ialah tingkah laku pelakon dan cara penyampaian dialog sehingga
penonton dapat memahami isi cerita yang dipentaskan secara keseluruhan.
Oleh yang demikian, kegiatan pembacaan skrip dilakukan sehingga pelakon
tersebut benar-benar memahami dan menguasai watak yang telah diberikan
kepadanya.

3.4.5 Latihan Pementasan Drama


Latihan yang perlu dilakukan dalam pementasan drama terbahagi kepada 7
iaitu:

Rajah 29: Latihan-latihan Pementasan Drama

Latihan Vokal

Latihan Tekanan

Latihan Emosi

Latihan Gestur

Latihan Tumpuan

Latihan Sebenar

Latihan Akhir

Drama dipentaskan dengan bergantung kepada kekuatan vokal para


pelakon. Oleh itu, latihan untuk menguatkan vokal ini harus diambil berat oleh
para pelakon. Latihan ini merupakan latihan vokal sebutan yang jelas
a,e,i,o,u. Vokal perlu jelas dan keras kerana pentas drama tidak
menggunakan pembesar suara. Seterusnya, latihan tekanan dilakukan

39
dengan mengucapkan ayat-ayat yang mendapat tekanan pada kata-kata
tertentu. Misalnya, “Anda perlu memenuhi permintaan itu!!”. Ayat seru
merupakan ayat tekanan di dalam pentas drama dan pelakon mesti berlatih
sehingga menguasai kesemua ayat yang memerlukan tekanan.

Latihan emosi dilakukan dengan melatih hati atau perasaan pelakon


sehingga mudah untuk berekspresi seperti marah, menangis, ketawa dan
sebagainya. Latihan ini dilakukan dengan menonton drama-drama lain
supaya dijadikan contoh, pejamkan mata dan memikirkan sesuatu perkara
yang menyedihkan. Dengan ini, pelakon dapat mengeluarkan air mata tanpa
dipaksa dan setelah beberapa lama bersedih cubalah untuk ketawa terbahak-
bahak. Bagi menghidupkan sesebuah drama tersebut, pelakon mestilah
merasakan seperti mereka berada di dalam situasi yang sebenar. Hal ini
dapat memudahkan pelakon melakukan latihan dengan pelbagai jenis
terutamanya yang melibatkan emosi.

Latihan gestur adalah latihan yang melatih gerak tubuh untuk


menyokong ekspresi dialog, misalnya pergerakan tangan, bahasa badan dan
sebagainya supaya kelihatan seperti berlaku dalam situasi yang sebenar.
Seterusnya, latihan tumpuan dilakukan dengan menumpukan sepenuh
perhatian ke dalam jiwa watak tersebut. Latihan ini adalah supaya setiap
melakon memikirkan perkara lain sehingga dirinya tidak sepenuhnya menjiwai
watak tersebut. Setelah kesemua latihan dilakukan maka latihan sebenar
akan dilakukan. Latihan sebenar ini berbeza dengan latihan yang lain kerana
latihan sebenar ini melibatkan kesemua struktur organisasi pementasan
drama. Semua pelakon akan membaca skrip dengan ekspresi, props, kostum
dan sebagainya di hadapan pengarah produksi. Pengarah produksi akan
membetulkan pembacaan skrip yang kurang sesuai dan lain-lain lagi. Akhir
sekali, sehari sebelum pementasan drama, latihan akhir akan dilakukan bagi
melancarkan segala yang telah dirancang. Pelakon akan mengaplikasikan
kesemua latihan yang telah diikuti sepanjang latihan.

40
3.4.6 Praproduksi, Pementasan Dan Pascanilai
Praproduksi adalah salah satu tahap dalam proses pementasan
drama. Pada tahap ini, persiapan drama akan dilakukan dari perincian-
perincian yang kecil sehingga ke yang paling penting. Praproduksi meliputi
penulisan skrip, uji bakat, pemilihan watak, pembacaan skrip dan latihan.
Apa-apa yang dilakukan sebelum pementasan akan dipanggil praproduksi.
Pementasan sangat penting kerana keberhasilan sesuatu drama dapat dinilai
melalui pementasan. Perkara ini boleh dirujuk pada rajah 30.

Rajah 30: Pementasan

Skrip

Pelakon

Prop dan Kostum

Pentas

Penonton

Skrip amat penting semasa pementasan kerana pengarah dan belakang tabir
akan merujuk kepada skrip pada setiap masa semasa pementasan. Skrip ini akan
dijadikan rujukan untuk melancarkan perjalanan pementasan. Kemudian, pelakon
adalah pemegang watak-watak yang ada di dalam skrip. Pelakon mesti menepati
masa dan mengikut setiap langkah yang telah dirancang. Pelakon perlu sentiasa
bersiap sedia dengan babak-babak mereka. Prop dan kostum juga sangat penting
kerana tanpa prop dan kostum pementasan drama akan menjadi kosong. Oleh yang
demikian, prop dan kostum sangat penting pada hari pementasan.

Pentas adalah tempat untuk melaksanakan pementasan. Tempat ini mestilah


tidak mempunyai halangan dan sistem pencahayaan pentas mestilah dalam keadaan
yang baik seperti tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Pihak teknikal mestilah
sentiasa berwaspada dengan pencahayaan, latar muzik dan sebagainya. Akhir
sekali, penonton adalah sebab utama pementasan dipertunjukkan. Oleh itu,
keselesaan penonton mestilah dijaga seperti tempat duduk, pengudaraan seperti
tidak terlalu panas atau sejuk. Kedudukan penonton perlu selesa kerana
pementasan drama akan berlangsung dengan agak lama. Oleh itu, kedudukan

41
penonton haruslah selesa supaya penonton dalam menonton pementasan sehingga
tamat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2015), pascanilai bermaksud “post


mortem” iaitu untuk melihat sama ada sesuatu projek itu telah mendapat kejayaan
atau sebaliknya. Pascanilai dilakukan kebiasaannya beberapa hari selepas
pementasan hal ini kerana memberi ruang kepada pihak yang terlibat untuk berehat
terlebih dahulu. Pascanilai akan membincangkan mengenai hal-hal yang berlaku
pada hari pementasan secara langsung ataupun secara tidak langsung. Melalui
pascanilai, pelakon dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan watak yang telah
mereka bawa dan sampaikan. Pengarah produksi dapat memperbaiki kekurangan
drama pada hari tersebut dan melakukan yang lebih baik pada pementasan drama
yang seterusnya.

42
RUJUKAN

Amir Awang. (1986). Teori-teori pembelajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Boal, A. (2008). Theatre of the oppressed (new edition). London, UK: Pluto Press.

Bud Nye, R.N.,M.S. (2009), A Summary of Why Don’t Students Like School? A
Cognitive Scientist Answers Questions about how the Mind Works and what
it means for the Classroom. E-prime

Eriska Fiki. (2 Mei 2012). Pendekatan Psikologi dalam Menganalisis Karya Sastera.
Diperoleh daripada: http://under-myskin.blogspot.my/2012/05/pendekatan
psikologi dalam-menganalisis.html

Frost, J. L. (1992). Play and plays capes. Albany, NY: Delmar.

Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Juriah Long. (2010) Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamarudin Haji Husin (1988). Pedagogi Bahasa, Kuala Lumpur: Longman (M).

Kamus Dewan Bahasa (2013). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Kusuma. (30 Mei 2012). Latihan Yang Perlu Dilakukan Dalam Pementasan Drama.
Diperoleh daripada http://bahasaindonesiayh.blogspot.my/2012/05/latihan-
yang-perlu-dilakukan-dalam.html

Kraus, R. (1990). Recreation and leisure in modern society, fourth edition. New York,
NY: HarperCollins College.

McCaslin, N. (2000). Creative drama in the classroom and beyond. New York:
Longman.

Md Sidin Ahmad Ishak. (2005). Perkembangan Sastera Kanak-kanak di Malaysia.


Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Osburn, K. M. (2010). Forum Theatre empowering students to speak, act and know.
Kertas projek, ijazah sarjana muda yang tidak diterbitkan. Western Kentucky
University. Retrieved from
http://digitalcommons.wku.edu/stu_hon_theses/245

43
Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Falsafah Pendidikan
Negara. (1990). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selathurai, N. (1992). Peranan drama, lakon dan ‘role-playing’ dalam bidang


pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia, 64
(27), 16-23. Selma

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Smilansky, S. (1990). Sociodramtic play: Its relevance to behavior and achievement


in school. In E, Klugman & S. Smilansky (Eds.), Children's play and learning:
Perspectives and policy implications (pp18-42). New York: Teachers College
Press.

Teater Nol. (2008). Macam-macam panggung. Diperoleh daripada


http://nolteater.blogspot.my/2013/07/v-behaviorurldefaultvmlo_18.html

44
LAMPIRAN

45

You might also like