You are on page 1of 5

Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary

Pengenalan
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset
sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Dengan banyak
kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan,
pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa,
beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa pendidikan tidak menjamin
kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai
harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada
2005 hingga 2011. Anggaran kekayaan beliau adalah 10.6 billion. Menurut majalah Forbes, beliau
orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara. Beliau adalah orang kedua terkaya di Asia Tenggara selepas
pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikat utamanya yang menggajikan lebih 110,000 orang dan
250,000 secara tidak langsung.

Latar Belakang
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertengahan rendah di utara
Semenanjung Malaysia. Anak kepada pasangan syed Nor Albukhary dan Sharifah Rokiah Syed
Mohamed Rahmat, anak jati Alor Setar ini dilahirkan pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari
Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga
ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an,
barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun
1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai tujuh orang
adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan
hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja
mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau
berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor
Baru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar Al
Bukhari kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung
persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheals. Pendidikan yang tertinggi
adalah hanya sehingga tingkatan lima, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi itu tidak
bermakna dia tidak mempunyai pengetahuan. Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah
diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa mudanya.

Cabaran serta kerjayaan dalam perniagaan


Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan lembu
penternakan tetapi hanya untuk melihat perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut.
Walau bagaimanapun, beliau tidak berputus asa bagun semula dan mengambil alih perniagaan dan
mula semula dengan menjual daging. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi
membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan
menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau
berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam
dunia perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun
1972, beliau Berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan
pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori
Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menggunakan lori-lorinya bagi memulakan
perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen
perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya
mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga
Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang
peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala
Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52
peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus.
Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula.
Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn.
Bhd. kini mencecah RM250 juta.
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau
kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak
membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi
membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi
mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Apabila
Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau
menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi
mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings
mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek
Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Awal Perniagaan
1971 : Perniagaan daging di Alor Setar
1972 : Perniagaan Pengangkutan Lori (Syarikat Pengangkutan Sentosa)
1974 : Membeli rumah kedai pertamanya, di Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar
1975 : Menubuhkan Syarikat Shah
1976 : Syarikat usahasama, Bukhary Sdn. Bhd, Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar
1977 : Bukhary (KL) Sdn. Bhd., Jalan Pahang, Kuala Lumpur
1978 : Menyertai delegasi Pernas ke Pesta Perdagangan Canton, China
1979 : Syarikat Susu Mas Sdn. Bhd.

Amtek Holdings

Amtek Shoes

Amteks Garment Sdn.Bhd.

Oriental Garments Uniform Division

Bukhari Shipping

Bukhary Development

Beliau mengusahakan kebanyakkan produk-produk berasaskan keperluan seperti makanan dan pakaian.

Kejayaan & Sumbangan


Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada bidang yang
membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya
di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin
Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan
pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung
Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.Kejayaannya dapat dilihat
dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun
1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan
selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60 peratus
daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang
terbesar. Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan
Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu
pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat
syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan
memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia merupakan satu projek
yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan
yang termaju di rantau ini.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf
International Invesment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro
Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal
Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad,
Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak
lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan
keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor
pemulihan ekonomi. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga dikatakan telah membeli kepentingan
majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
Secara persendirian, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga memiliki SKS Ventures Sdn. Bhd di
mana beliau telah diberi tanggungjawab menjalankan projek membina 2100MW tapak gas-fired di
Tanjung Bin, Johor. Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam PERNAS di mana Tan Sri Syed
Mokhtar Al Bukhari memiliki 32% saham melalui syarikat Restu Jerneh. Beliau juga turut memiliki
kepentingan di dalam Fiamma Holdings Berhad di mana terdapat 18.68% saham diperoleh melalui
Syarikat Perdana Padu Sdn Bhd dan Corak Kukuh Sdn Bhd miliknya. Tan Sri Syed Mokhtar juga
merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad di mana beliau merupakan
pemegang saham secara individu sebanyak 7.34 %.

Hari ini, beliau juga memiliki syarikat Gardenia dan Proton, beliau adalah idola saya. Beliau telah
membuktikan bahawa usahawan tidak hanya mengaut keuntungan tetapi memberi kepada yang lain

juga penting. Beliau telah membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuan kebajikan seperti mendirikan
Masjid, memberi biasiswa dan tuisyen percuma, mendirikan pusat dialysis percuma, memberi bantuan
kepada mangsa bencana alam dan pelbagai lagi kerja-kerja kebajikan yang beliau lakukan. Beliau juga
'Wira Dermawan Asia'.
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah
kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh
KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato.

KUNCI KEJAYAAN
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan
dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang
yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan
dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai
terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau
memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.
Beliau tidak mempunyai pendidikan formal di peringkat tinggi, ternyata beliau luas dalam pengalaman
hidup terutama jatuh bangun dalam perniagaan yang menjadi gurunya sehingga dicatatkan sebagai
Melayu terkaya di Malaysia. Sikap beliau yang komited dengan mengamalkan disiplin yang tinggi
dancekal dalam setiap usahanya sehingga membuahkan hasil, terutamanya mengeluarkan diri dan
keluarga dari kepompong kemiskinan.

Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary#Rujukan
http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/rahsia-kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html
penulis: suraya kader ibrahim

You might also like