You are on page 1of 6

Profail Usahawan Terpilih

Entrepreneur Profile by Popular Product Invention

HONDA

Profail Usahawan
Soichiro Honda

ialah seorang jurutera dan usahawan Jepun yang terkenal sebagai

pengasas syarikat Honda Motor.


Honda lahir di Hamamatsu, Shizuoka, Jepun pada 17 November 1906. Sepanjang zaman
kanak-kanaknya, beliau membantu bapanya, Gihei untuk menjaga kedai baiki basikalnya.
Ibunya, Mika, ialah seorang penenun ketika itu. Anak sulung daripada sembilan adik beradik,
sebuah keluarga miskin yang ayahnya merupakan tukang besi Pada umur 15 tahun, tanpa
sebarang pendidikan formal, Honda berpindah ke Tokyo untuk mencari nafkah. Beliau
menjadi pelatih di sebuah bengkel pada tahun 1922. Beliau terus bekerja di bengkel itu
selama enam tahun sebagai mekanik kereta, sebelum kembali ke kampung halaman untuk
membuka kedai baiki keretanya pada umur 22 tahun.

Sejarah penubuhan syarikat Honda & Kejayaanya


Pada tahun 1937, Honda mula membuat gelang omboh untuk enjin kecil, seterusnya
mengilang enjin kecil untuk kegunaan motosikal dan pada 1938, honda bekerja siang dan
malam membentuk suatu acuan lingkaran piston untuk perbadanan toyota. dia melaburkan
semua wangnya dan juga barang kemas isterinya untuk membiayai usahanya itu tetapi
toyota menolak kumpulan pertama lingkaran berkenaan. dia mengambil masa dua tahun lagi
untuk menyerpunakan reka bentuknya, apabila dia sudah bersedia untuk mendirikan kilang
lingkaran pistonnya, honda tidak dapat memperoleh memperoleh bekalan simen, jadi dia dan
orangnya belajar membuat simen sendiri. barang honda begitu diperlukan ketika perang
sehinggakan toyota meminjamkan AS$260,000 untuk modal kerja dan honda mula melatih
wanita menggantikan pekerja lelaki. Akibat perang dunia ke II, bekalan petrol bekurangan
dan ini memberi ide kepada Soichiro untuk menggunakan dua omboh pada motosikalnya pula.
Kemudiannya Soichiro mengumpul dana daripada pengusaha kedai basikal seluruh Jepun dan
membina motosikal Honda Cub. Bermula tahun 1964 Honda merupakan pengeluar terbesar
motosikal dan kini ianya bernilai AS18.5 bilion.
Kemudian pada tahun 1948, beliau mula memasang motosikal lengkap selaku presiden
Syarikat Motor Honda.Honda menjadikan syarikatnya itu sebagai perusahaan multinasional
yang bernilai ribuan juta dolar yang mengeluarkan motosikal yang terhebat di dunia. Berkat
kemahiran kejuruteraan dan pemasaran Honda, jualan motosikal buatan Honda berjaya
mengatasi jenama Triumph dan Harley-Davidson di pasaran negara asal masing-masing.
menjelang 1965, lima puluh peratus daripada motorsikal yang dijual di amerika syarikat
adalah honda dan syarikat keretanya yang berusia dua tahun mula menempah nama sebagai
pengeluar kereta yang tercekap dan mesra alam.
ketika hayatnya, honda bertanggungjawab menghasilkan hampir 450 ciptaan dan lebih 150
paten. dia menerima anugerah doktor kehormat daripada universiti teknikal michigan dan
universiti ohio state dan reben biru jepun pada 1952. Honda kekal sebagai presiden
sehingga persaraannya pada tahun 1973, tetapi selepas itu kekal sebagai pengarah serta
dilantik "penasihat agung" pada tahun 1983. Martabat beliau begitu tinggi, hinggakan
majalah People meletakkan nama beliau dalam senarai "25 Most Intriguing People of the
Year" 1980, dengan gelaran "Henry Ford Versi Jepun." Dalam persaraan, Honda sibuk
memikul kerja-kerja berkenaan Honda Foundation. Beliau meninggal dunia akibat kerosakan
hati pada tahun 1991.

Honda Motor Company, Ltd.

Nama asal

Honda Giken Kogyo Kabushiki-gaisha

Industri

Automotif
Penerbangan
Telematik

Ditubuhkan

Hamamatsu, Jepun (September 24, 1948)

Pengasas

Soichiro Honda
Takeo Fujisawa

Ibu pejabat

Minato, Tokyo, Jepun

Tempat dibekalkan

Perancang utama

Antarabangsa

Takanobu Ito (Presiden, CEO dan Pengarah


Wakil)

Produk

Kereta
Motosikal
Skuters
Penjana elektrik
Pam air
Penyelenggaraan landskap
Bot motor
Robot
Pesawat jet
Enjin jets
Sel solar filem nipis

MOTOSIKAL HONDA CUP

Honda accord

Honda insigh hybrid


RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Soichiro_Honda
http://en.wikipedia.org/wiki/Honda

You might also like