You are on page 1of 2

Tan Sri Mokhzani Mahathir

Tan Sri Mokhzani adalah putera kedua kepada bekas Perdana Menteri Malaysia
keempat iaitu Tun Mahathir Mohamad serta Tun Dr. Siti Hasmah Ali. Bapa beliau antara
individu yang sangat berpengaruh di Malaysia. Beliau telah dilahirkan pada tanggal Januari
tahun 1961 dan kini berusia 56 tahun. Tan Sri Mokhzani adalah antara individu terkaya di
Malaysia yang mempunyai sebuah melibatkan perniagaan gas dan minyak dan pelbagai lagi.
Kekayaan beliau mencapai tahap US$1.2 billion pada tahun 2014 dan sekarang semakin
bertambah berdasarkan nilai aset-aset yang dimilikinya. Tan Sri Mokhzani merupakan seorang
individu sangat berjaya dalam menjalankan perniagaan. Berdasarkan ciri-ciri keusahawanan
yang terkandung dalam bidang keusahawan turut menyaksikan bagaimana beliau turut
menerapkan dalam perniagaan yang dijalankannya. Tan Sri Mokhzani sudah mula
menunjukkan minat terhadap bidang petroleum ini sejak dari kecil lagi.Semangat dan minat
terhadap sektor ini ditunjukkan apabila beliau menyambung pembelajarannya dan berjaya
menamatkan ijazahnya dalam Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of
Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan yang dimiliki oleh tokoh
usahawan ini, sudah jelas menunjukkan bahawa beliau mahir dan memiliki minat
yang mendalam dalam bidang petroleum.Rasa ingin tahu terhadap alam petroleum ini
menggerakkan tokoh ini suatu masa dahulu untuk mendapat pendidikan dalam bidang yang
diminatinya itu.Tambahan pula Tan Sri Mokhzani mendapat sokongan penuh oleh seluruh ahli
keluarganya.
Setelah berjaya menamatkan pendidikannya,Tan Sri Mokhzani memulakan kariernya
dalam bidang Petroleum. Pengalaman yang diperoleh sepanjang kariernya dalam bidang
petroleum ini memotivasikannya untuk menubuhkan sebuah syarikat dan bekerja sendiri.
Sifat keusahawanan yang tertanam dalam diri beliau tertonjol apabila beliau menubuhkan
sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil
and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah.Syarikatnya bertambah maju dan sifat
ingin tahu dalam dirinya membuatkan beliau merasakan beliau perlu membuatkan
penyelidikan yang lebih jauh untuk mengembangkan perniagaan yang telah dipeloporinya.
Beberapa langkah telah diambil beliau dalam memenuhi rasa ingin tahunya itu.Beliau banyak
belajar dari syarikat yang berada dalam aliran yang sama dengannya. Antara ciri-ciri yang
sering dipraktikkan oleh beliau ialah ciri rangkaian. Rangkaian ini adalah melibatkan suatu
hubungan perniagaan berfungsi bagi mewujudkan jaringan kerjasama dengan syarikat atau
perniagaan dari luar dan ianya memainkan peranan penting bagi membantu usahawan untuk
berjaya. Sememangnya usahawan perlu ada rangkaian yang sangat baik melibatkan pengguna
luaran dan dalaman. Kebolehan Kencana Petroleum dalam menyediakan servis serta
perkhidmatan terbaik melalui bidang kejuruteraan serta fabrikasi petroleum telah berupaya
untuk menarik minat pelbagai syarikat dari luar untuk menjalinkan kerjasama serta hubungan
yang berterusan dengan Syarikat Kencana Petroleum. Perkhidmatan kepakaran ditawarkan
oleh mereka menerusi kejuruteraan binaan dalam reka bentuk platform cari gali industry
petroleum serta perkhidmatan logistic yang melibatkan tapak fabrikasi di darat dan platform
cari gali di lautan.
Kencara Petroleum turut mempunyai anak syarikat tersendiri iaitu Kencana Petroleum
Ventures Sdn. Bhd. Menerusi anak syarikat dibawah Kencana Petroleum iaitu Kencana
Petroleum Ventures Sdn. Bhd. berjaya meluaskan pasaran operasinya melalui perjanjian
dengan Mermaid Drilling (Singapura) Pte. Ltd daalam bidang penggerudian. Sebanyak 60
peratus saham berjaya diperolehi oleh Kencana Petroleum melalui perjanjian tersebut
melibatkan kepakaran dalam bidang penggerudian minyak. Secara tidak langsung

1
membuktikan keupayaan Kencana Petroleum. Antara rangkaian lain yang turut berada dalam
usahasama Kencana Petroleum juga ialah meluaskan operasi perniagaannya ke luar negara
melibatkan negara seperti India, Sudan, Australia dan Thailand. Selain daripada bijak
menguruskan syarikatnya, Tan Sri Mokhzani juga telah berjaya meluaskan rangkaian
perniagaan syarikatnya bukan sahaja di peringkat domestic malah telah berkembang di luar
negara.
Namun beliau juga tidak terlepas dari menghadapi kegagalan dalam perniagaan
Petroleum yang beliau ceburi dimana beliau telah menerima kegagalan, belajar dari kesilapan
dan memperbaharui idea-idea untuk memajukan perniagaannya. Tan Sri Mokhzani merupakan
Pegawai Eksekutif Kencana Petroleum Berhad. Pada tahun 2001, beliau pernah mengalami
naik turun dalam dunia korporat sebelum menyertai Kencana Petroleum. Beliau gagal dalam
mengekalkan pegangan 12.6 peratus saham dalam Tongkah Holdings dan 32.9 peratus dalam
Pantai Holdings semasa berlakunya krisis kewangan pada tahun 1997. Namun, ianya tidak
pernah melenyapkan beliau dalam arus dunia korporat tempatan. Semasa krisis kewangan,
beliau membuat keputusan untuk meletak jawatannya sebagai Penolong Bendahari Pemuda
UMNO Malaysia. Hal ini adalah disebabkan oleh beliau ingin menumpukan perhatian terhadap
perniagaannya yang terjejas akibat krisis kewangan tersebut. Namun begitu, beliau kemudian
bernasib baik kerana telah menemui Chong Hin Loon, pengasas Kencana Petroleum dan
sekarang ini merupakan penasihat dan juga Timbalan Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum.
Pada ketika itu, Chong Hin Loon sedang berusaha mencari rakan kongsi dalam kalangan
bumiputera. Pertemuan Chong Hin Loon dengan Tan Sri Mokhzani yang sememangnya arif
dalam hal ehwal kejuruteraan pertroleum benar-benar membawa tuah kepada Kencana
Petroleum. Sejak Tan Sri Mokhzani menyertai Kencana Petroleum pada tahun 2001, syarikat
tersebut semakin berkembang dan memenuhi aspirasi penubuhannya. Oleh itu, secara tidak
langsung ciri keusahawan ini membuktikan Tan Sri Mokhzani adalah salah seorang tokoh
usahawan yang berjaya dan cemerlang.
Kesimpulan daripada tokoh usahawan yang dipilih iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir,
beliau seorang yang tidak mudah untuk berputus asa walaupun telah melalui zaman kegagalan
yang teruk bagi beliau namun beliau bangkit dari kegagalan dan telah berjaya menjadi salah
seorang yang paling berjaya dan berpengaruh di Malaysia dan diluar negara. Kepimpinan
belliau dalam mengendalikan perniagaan petroleum ini menyebabkan saya mengagumi
usahawan berjaya ini.Ini mendorong saya untuk untuk sentiasa berusaha tanpa mengenal erti
putus asa kerana kejayaan tidak akan datang tanpa menghadapi kesusahan dahulu. Bakat yang
diwarisi oleh Tan Sri Mokhzani Mahathir juga dari bapanya sendiri iaitu Tun Dr.Mahathir
Mohamad iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia sendiri. Jika dilihat kepimpinan yang beliau
lakukan adalah inspirasi dari bapanya yang tegas dalam melakukan sesuatu hal dan berdisiplin.
Jika dilihat di Malaysia aktiviti pengeluaran petroleum adalah penjana ekonomi yang terbesar
kerana Malaysia kaya dengan minyak di lautan. Perkembangan industri minyak ini telah
membuka peluang kerja kepada ramai orang di Malaysia yang memerlukan kerja untuk
menyara kehidupan mereka. Tan Sri Mokhzani telah membantu ramai orang untuk memulakan
pekerjaan atau memulakan bisnes dalam bidang petroleum ini. Kejayaan beliau ini menjadi
sumber inspirasi setiap lapisan masyarakat yang ingin menceburi dalam perniagaan petroleum.

You might also like