You are on page 1of 3

SESI 2020/2021

KOM3431
KEUSAHAWANAN DALAM KOMUNIKASI

NAMA PENSYARAH:
DR SYED AGILL BIN SHEKH ALSAGOFF

TAJUK TUGASAN:
ARTIKEL KEUSAHAWANAN

OLEH:
KHAIRUN BADRIAH BINTI ADNAN (201755)
ILMU DAN PENGALAMAN ADALAH KUNCI SEBUAH KEJAYAAN

Kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang keusahawanan, anak muda dari Kelantan

ini tidak patah semangat untuk membina perusahaannya. Bermula sebagai seorang dropship bagi

produk-produk tertentu, kini beliau memiliki syarikat Al-Izman, syarikat pakaian borong murah di

Kelantan.

Wan Muhammad Faiz,23 berasal dari Kampung Berangan, Tumpat, Kelantan kini telah

memiliki perusahaannya sendiri di Kelantan. Beliau memulakan perusahaan ini sejak berusia belasan

tahun lagi.

Mengimbau kembali saat susah senang beliau sebelum mewujudkan perusahaan ini, Faiz

berkata beliau telah mencuba pelbagai pekerjaan di sekitar kawasan kampungnya. Beliau pernah

bekerja sebagai pelayan di beberapa buah kedai makan atau restoran dan pernah juga menjadi pencuci

kereta. Semua itu dilakukan demi menimba ilmu dan pengalaman dalam meneruskan kehidupan.

Melalui pekerjaan sebgegitu, Faiz tekad untuk mengubah nasib hidupnya. Wang gaji yang

diperolehi setiap minggu dikumpul demi mewujudkan empayarnya sendiri. Berbekalkan modal

RM20000, beliau memulakan perniagaannya sendiri iaitu menjual pakaian secara borong. Perusahaan

hanya dilakukan dari rumah sahaja dengan bantuan abangnya pada ketika itu.

Setelah setahun menjalankan perusahaan tersebut, Faiz mula mengalami titik sukar sebagai

seorang usahawan. Beliau mula mengalami masalah di mana hampir semua jualannya mula

berkurangan. Stok pakaian borong yang beliau ambil tidak berkurang jua malah hampir tiada

pelanggan membeli dengannya. Beliau buntu untuk meneruskan perusahaan tersebut dan mula

berfikir untuk berhenti menjalankan perusahaan ini.

Malahan, ketika itu beliau hanya bekerja dengan abangnya menyebabkan mereka agak

keletihan dalam menguruskan setiap stok yang masuk. Menurut Faiz, beliau masih di usia mentah

menyebabkan pemikirannya sedikit terhad. Beliau takut untuk mengambil staf dalam membantu

mereka dan mencari jalan untuk mengembangkan perusahaan beliau itu. Alasannya, beliau takut

beliau mengalami kerugian dan tidak mendapat pulangan modal. Beliau juga sedar ketakutan yang
dialami masa dulu disebabkan oleh ketiadaan ilmu dan juga mentor yang betul dalam dunia

keusahawanan.

Dengan bantuan ibu saudaranya, Faiz mula memberanikan diri untuk mencari ilmu

keusahawanan ini dengan menyertai kelas-kelas pemasaran dan keusahawanan. Dalam kelas-kelas

tersebut, beliau mempelajari ilmu yang betul dalam mengembangkan perusahaan beliau seperti

pengiklanan melalui media sosial, teknik mencari pelanggan dan sebagainya. Beliau turut

menyambung pengajian beliau di sebuah institusi di Malaysia dalam bidang keusahawanan.

Kini, beliau lebih berani mengambil risiko dalam dunia keusahawanan setelah mengikuti

teknik dan ilmu yang betul untuk dipraktikkan dalam perusahaan pakaian borong beliau. Jika dulu

beliau hanya memiliki dua orang pekerja sahaja, sekarang beliau sudah mampu menggajikan tujuh

orang pekerja dan memiliki pejabatnya sendiri yang terletak di Berangan, Tumpat, Kelantan.

Kata Faiz, kalau mahukan kejayaan, kita mesti ada ilmu. Tidak kira tua atau muda, ilmu mesti

dituntut. Tanpa ilmu, kita tidak akan ke mana. Itulah menjadi pegangan hidupnya. Walaupun

pendapatan hampir mencecah RM 1 juta setahun namun beliau tidak menjadikan itu sebagai titik

kejayaannya sebagai usahawan muda sebaliknya beliau lebih berusaha keras dalam mencari lebih

banyak ilmu untuk diserap dalam dunia perusahaan yang dimilikinya ketika ini.

Kerana ilmu yang dicari, Faiz berjaya untuk mengecapi hampir segalanya pada usia muda walhal dia

pernah diherdik dan ditinggalkan oleh kawan-kawan dan orang yang rapat gara-gara pilihannya untuk

menjadi usahawan pakaian borong yang dianggap tidak membawa untung yang banyak kepada beliau.

Faiz turut berterima kasih kepada mereka terutama keluarganya yang masih bersama-samanya sejak

pertama kali beliau menjalankan perusahaan ini sehingga penat lelahnya mula membuahkan hasil

sehingga kini.

You might also like