You are on page 1of 4

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pendidikan untuk Kesihatan dan

Kesejahteraan

Konsep kesihatan dan kesejahteraan merupakan suatu komponen penting dalam kehidupan

setiap insan, dimana bagi mencapai dan mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan, gaya hidup yang

sihat perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Ledakan teknogi dilihat semakin berkembang

dalam kalangan masyarakat di negara kita. Walaupun negara kita diklasifikan sebagai negara yang

membangun, namun, pencapaian negara kita dalam bidang ICT boleh dibanggakann apabila kadar

penggunaan ICT dalam pendidikan untuk kesihatan dan kesejahteraan sudah memasuki fasa yang baik

dan dijangka meningkat dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.

Melihatkan kepada perkembangan dunia ICT dalam kalangan masyarakat, pihak

bertanggungjawab mula menjadikan ICT sebagai suatu pendidikan yang wajar diambil oleh setiap

masyarakat. Kini, ia dapat dilihat apabila subjek ICT sudah diwujudkan sejak beberapa tahun yang

lalu melalui pembelajaran melalui buku teks bermula daripada sekolah rendah hingga ke peringkat

yang lebih tinggi. Hal ini demikian juga tidak lari daripada dunia perubatan apabila ICT menjadi

tumpuan utama bagi hospital atau pusat kesihatan dalam memberikan rawatan mahupun menjalankan

penyelidikan baharu di makmal. ICT bukan sahaja memberi peluang kepada kakitangan hospital

untuk melakukan penyelidikan di makmal malahan mampu memberikan pendidikan kesihatan dan

kesejahteraan kepada rakyat dengan lebih mudah dan luas. Justeru itu, dilampirkan beberapa

penyataan mengenai ICT dalam pendidikan bagi mengetengahkan pengetahuan masyarakat terhadap

isu kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Pendidikan melalui ICT dalam Pendedahan HIV

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) digunakan sebagai salah satu langkah untuk

memberikan pendididikan kepada masyarakat mengenai HIV. Hal ini demikian turut disokong oleh

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) bahawa sektor

pendidikan dan sivil perlu membangun, melaksanakan serta meningkatkan tahap pendidikan

mengenai HIV yang berkualiti dengan menggunakan ICT sebagai pedekatan untuk memperkasakan
masyarakat dengan pengetahuan, nilai dan kemahiran yang diperlukan oleh mereka dalam

mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang hidup.

Program pendidikan sebegini boleh dijadikan sebagai modus dalam memberikan kesedaran

kepada masyarakat mengenai isu HIV yang dilihat semakin meningkat di negara kita. Hal ini

demikian berlaku apabila terjalin hubungan seksual yang menyebabkan HIV mudah merebak dalam

kalangan masyarakat. Selain itu, pendidikan HIV juga dapat menyangkal segala mitos mengenai

jangkitan HIV dan juga membuka mata masyarakat untuk sama-sama membantu golongan yang

menghidapi HIV untuk menjalani kehidupan yang normal. Melalui pendidikan ini juga, masyarakat

mendapat maklumat mengenai pelbagai aspek seksualiti, kesihatan umum dan pembiakan, membantu

mereka mengembangkan kemahiran peribadi dan sosial dalam hubungan interpersonal yang selamat

sebagai perlindungan daripada HIV, jangkitan kelamin, kehamilan yang tidak diingini, dan risiko lain

untuk kesihatan dan kesejahteraan.

Justeru, bantuan teknikal telah diberikan oleh UNESCO untuk membantu dalam

mengetengahkan pendidikan dalam HIV ke dalam kurikulum dan bahan pembelajaran, melatih

pendidik, penyedia perkhidmatan, pekerja belia, peka ibu bapa dan pihak berkepentingan dengan

pendekatan melalui ICT seperti penyebaran melalui video kesedaran dan pesanan khidmat

masyarakat melalui media sosial untuk meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Hal ini demikian kerana pengunaan teknologi yang semakin meluas dan berkembang pesat

menjadikan kadar keberkesanan untuk masyarakat menerima mesej kesedaran adalah lebih tinggi

berbanding kaedah tradisional. Jelaslah, ICT memainkan peranan yang sangat penting dalam untuk

memberikan pendidikan untuk kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

ICT dalam Pendidikan untuk Menghadapi Pandemik

Sejak akhir tahun 2019, seluruh dunia dikejutkan dengan kemunculan virus baharu yang

bermula dari Wuhan, China yang Coronavirus Disease atau COVID-19. Hal ini demikian secara tidak

langsung telaah menjadikan COVID-19 sebagai wabak pandemik apabila ia sudah menjangkiti lebih

jutaan penduduk dunia dan mengakibatkan kematian yang agak besar. Seandainya, wabak ini melanda
dalam tahun 80-an, di mana teknologi maklumat dan komunikasi masih belum mendapat perhatian

yang khusus, sudah pasti angka jangkitan wabak ini atau jumlah kematian adalah lebih tinggi daripada

situasi semasa. Dalam ancaman wabak pandemik ini, maklumat perlu disampaikan dengan seberapa

pantas yang boleh. Kelewatan dalam menerima maklumat boleh mencetus kemudaratan yang lebih

serius.

Menurut Prof Madya Dr Sawal Hamid Md Ali, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan dan

Alam Bina, Universiti Putra Malaysia (UKM), keupayaan bagi mengakses maklumat terkini perlu

dipertingkat terutama dalam penggunaan ICT seperti internet dan satelit dapat menghantar atau

menerima maklumat mengenai situasi semasa pandemik dengan lebih pantas. Hal ini demikian juga

dapat melahirkan masyarakat yang lebih berinformasi sekaligus lebih peka dengan ancaman

sekeliling. Perkembangan teknologi tanpa wayar yang pesat juga membantu dalam meningkatkan

kadar kemampuan penghantaran atau penerimaan data dan maklumat berskala lebih besar dalam

waktu yang lebih singkat.

Ketika menghadapi pandemik COVID-19, pengaksesan dalam maklumat sangat penting

untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat terus terperlihara. Sebagai contoh,

Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan adalah salah satu contoh kejayaan yang dalam

bidang ICT apabila setiap maklumat yang disampaikan oleh kerajaan dapat diterima dengan baik oleh

rakyat sekaligus membendung penularan wabak bahaya ini daripada terus merebak.

Melalui temubual Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti

Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Syed Alsagoff bersama-sama Bernama telah menyatakan

bahawa advokasi media dan komunikasi adalah sangat penting dalam memastikan rantaian jangkitan

COVID-19 dapat diputuskan. Pelbagai medium perlu digunakan dalam menyampaikan maklumat

kepada rakyat mengenai wabak ini dari semasa ke semasa. Hal ini demikian menjadi sebuah

kepentingan bagi menetukan keberkesanan amalan norma baharu dalam kalangan rakyat. Oleh itu,

advokasi sosial perlu melalui pelbagai medium media untuk melahirkan rakyat yang lebih

berinformasi tentang norma baharu dalam menghadapi situasi pandemik ini.

Kewujudan ICT secara tidak langsung membantu pihak bertanggungjawab dalam memberi

pendedahan terhadap wabak baharu ini. Kadar pengaksesan yang lebih tinggi menjadikan penerimaan
maklumat adalah lebih berkesan. Penyebaran maklumat melalui telekomunikasi seperti radio, internet

mahupun telefon pintar dapat memberi pendidikan awal kepada masyarakat bagi mengawalselia

secara kendiri dan juga mendidik rakyat dalam membuat keputusan positif dalam mencegah penularan

wabak ke arah yang lebih serius.

Kesimpulannya, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan adalah suatu

perkara yang perlu dititikberatkan bagi memastikan kelangsungan hidup dalam kesihatan dan

kesejahteraan masyarakat. Pendidikan ICT ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat

untuk mengakses maklumat dengan pantas malah dapat meningkatkan kadar pendedahan masyarakat

terhadap isu-isu semasa berkaitan dunia kesihatan dan kesejahteraan seperti pandemik yang dihadapi

pada ketika ini. Justeru, wajarlah sekiranya ICT ini dijadikan sebahagian daripada pendidikan utama

kepada masyarakat dalam krisis kesihatan dan kesejahteraan yang bakal menjadi tunggak utama

dalam peradaban dunia pada masa akan datang.

You might also like