You are on page 1of 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan serta para usahawan

sekalian. Pada hari yang indah ini, izinkan kami membentangkan sedikit sebanyak tentang
keusahawanan dan kejayaan syarikat kami, Syarikat Kemunting SDN BHD.

Sebelum saya memulakan pembentangan ini, biarlah saya memperkenalkan diri dan para pengurus
syarikat ini terlebih dahulu. Saya, Nur Umairah selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. Di sebelah
kanan saya, saudari Hajira selaku pengurus pentadbiran dan saudara Ammar selaku pengurus
pemasaran. Di sebelah kiri saya pula, saudari Nur Fadillah selaku pengurus pengeluaran, dan akhir sekali,
saudari Farahiya selaku pengurus kewangan.

Tuan-tuan dan puan-puan, seperti yang terpapar di hadapan, carta organisasi ahli pengurusan syarikat.
Jawatan tertinggi, pengerusi ahli lembaga pengarah, dipegang oleh Encik Ibrahim bin Hamid. Seterusnya,
Puan Hajah Engku Asilah Azni selaku setiausaha dan beliau juga merupakan tulang belakang syarikat
kami. Selepas itu, Puan Marliza binti Ahmad selaku ahli lembaga pengarah yang mengawal dan
memantau aktiviti syarikat. Akhir sekali, kami selaku pengurus-pengurus syarikat Kemunting SDN BHD
yang bakal menggoncangkan dunia keusahawanan.

Para usahawan sekelian, sesiapa yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif sudah pastilah
mempunyai tanggungjawab dan tugas yang berat untuk dipikul. Saya sebagai Ketua PEgawai Eksekutif
syarikat bertanggungjawab untuk menyelia dan mengawal aktiviti para pengurus serta menjadi
penghubung bagi syarikat dan pihak lain termasuklah pihak sekolah dan pembekal produk. Selain
daripada itu, saya juga merancang, mengatur, memantau, dan menilai keseluruhan aktivit syarikat. Akhir
sekali, saya akan memastikan para pengurus menyerahkan laporan mingguan dan saya juga akan
menyediakan laporan bagi guru penasihat apabila diminta.

Hadirin sekalian, seperti yang anda boleh lihat, ini ialah profil syarikat kami. Syarikat diberi nama
Kemunting SDN BHD dan alamat berdaftar syarikat ialah di Book Café Pusat Sumber Ibnu Sina, SMK Paya
Kemunting, 06000, Jita, Kedah. Syarikat ditubuhkan pada 26 November 2021 dan seramai 24 orang
pemegang saham di dalam syarikat kami. Syarikat mempunyai juruaudit yang sagat cekap lagi bijaksana
iaitu Puan Shartinie binti Shafie. Akhirnya, syarikat kami mula beroperasi pada 29 November 2021 dan
telah dibubarkan pada 26 Mac 2022.

Seperti yang terpapar luas di hadapan, logo syarikat yang disanjung tinggi oleh kami dan mempunyai
maksud yang tersangatlah mendalam. Huruf K di logo menunjukkan nama sekolah kami iaitu SMK Paya
Kemunting yang mengamalkan prinsip ILMU AMAL JAYA. Huruf K juga melambangkan moto syarikat
iaitu “ Kepuasan anda, Keutamaan kami “. Warna merah yang terdapat di logo menunjukkan sikap
berani menghadapi cabaran untuk menjadi seorang usahawan maju. Selain itu, warna putih pula
menunjukkan kebersihan, kesucian, dan amanah semasa melaksanakan tugasan. Warna latar belakang
logo ialah warna rasmi sekolah yang melambangkan “ keberanian, kesungguhan, kejayaan, dan
ketahanan kami”.

Seterusnya, visi syarikat ialah untuk menjadikan syarikat kami maju dan berdaya saing, Seterusnya, misi
syarikat pula ialah untuk menyediakan produk yang berkualiti tetapi murah agar dapat mencapai
kepuasan pelanggan. Moto syarikat pula ialah “ Kepuasan anda, Keutamaan kami “.

Hal terakhir dalam pembentangan saya ialah objektif-objektif dan piagam-piagam syarikat Kemunting
SDN BHD. Syarikat kami mempunyai objektif-objekfit fyang tinggi untik dicapai seperti memberikan
perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik bagi memenuhi keperluan pelanggan. Syarikat juga
memastikan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan. Akhir sekali, kami memastikan tahap keuntungan
syarikat mencapai tahap yang optimum. Saya juga akan memastikan para pengurus mengikut piagam-
piagam yang telah ditetapkan iaitu untuk memberikan layanan secara adil dan saksama tidak kira umur,
bangsa, dan kaum. Kami juga mengamalkan prinsip “ pelanggan sentiasa betul “ maka pelanggan akan
diberikan perkhidmatan yang terbaik. Akhirnya, kami memastikan produk yang dijual adalah sentiasa
berkualiti dan halal.

Sekian daripada saya, saya menyerahkan pembentangan kepada saudari Hajira selaku pengurus
pentadbiran.

Terim kasih saudari Farahiya. Pengurusan syarikat sentiasa sekali menghadapi masalah seperti masalah
waktu beroperasi, pengurusan stok makanan, pelajar yang suka membuang sampah merata-rata, dan
kewangan yang kurang stabil. Setiap masalah ini dpaat dihadapi dengan jayanya misalnya menyediakan
tong sampah di luar Book Café serta membuat mesyuarat bulanan tentang kewangan syarikat agar wang
dibelanjakan dengan optimum.

Syarikat kami mengamalkan prinsip SWOT iaiyu, S untuk Strength, W untuk Weakness, O untuk
Oppertunities, dan akhir sekali, T untuk Threaths. Strength ialah kekuataan. Kekuataan bagi syarikat
kami islah mempunyai para pengurus dan ahli-ahli pemegang saham yang berdedikasi dan komited
dalam kerja. Selain itu, Book Café mempunyai lokasi yang efisyien kerana berdekatan dengan kelas.
Akhir sekali, kami mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu menu mini pizza yang terdapat hanya di
Book Café. Sebalki kekuatan, terdapat juga Weakness iaitu kelemahan. Kelemahan syarikat kami ialah
mempunyai kekangan waktu untuk beroperasi disebabkan oleh SOP zaman kini. Masa beroperasi kami
hanya pada bulan Januari sehingga bulan Mac dan semasa penggiliran sekolah. Opputernities pula ialah
peluang. Kami menggunakan peluang yang ada degan sebaik mungkin untuk memberikan perkhidmatan
menyediakan hamper dan bouquet sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum. Selain
daripada itu, jarak antara Book café kami dengan kelas-kelas serta bilik guru adalah sangat dekat. Sebalik
peluang, terdapat juga Threaths iaitu ancaman. Ancaman bagi syarikat ialah waktu operasi yang sangat
singkat semasa waktu rehat diantara 10.10 pagi sehingga 10.40 pagi. Kami juga diancam oleh wabak
pandemic covid-19. Akhir sekali, kantin dan koperasi sekolah menjadi ancaman jualan syarikat kami.

Berdasarkan analisi SWOT, kami dapati bahawa pihak pengurusan syarikat perlulah mengetahui
kekuatan dan peluang yang terdapat pada syarikat agar dapat merangka strategi pemasaran. Selain itu,
kelemahan dan ancaman juga pelu dikenalpasti agar dapat dibaiki atau dijauhi. Peluang-peluang
keemasan yang ada di sekliling harus direbut segera dan digunakan sepenuhnya. Akhir sekali, ancaman
kepada syarikat perlulah diatasi dengan bijaksana untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Kami telah
berjaya mengatasi ancaman dengan menjaga SOP, penghantaran makanan ke bilik guru atas
permintaan, dan menjual makanan ke kelas-kelas.

Seterusnya, tanggungjawab social korporat bagi syarikat. Kemunting SDN BHD sedar tentang
tanggungjawab social kroporatnya dan tidak mengambil jalan yang mudah. Justeru, syarikat bermurah
hati pada tahun ini untuk memberikan sumbangan bouquet bunga dan coklat kepada Kelab Guru
sempenan sambutan Jamuan KAhir Tahun bagi menghargai jasa-jasa para guru kami dan memberikan
sumbangan kepada Pusat Sumber Sekolah untuk menceriakan lagi dalaman dan luarannya. Seperti yang
boleh dilihat di hadapan, kami mempunyai dua projek iaitu Jamuan Akhir Tahun Guru dan Keceriaan
Pusat Sumber Sekolah. Jumlah bagi kedua-dua projek ialah sebanyak RM200.00. Syarikat juga telah
memperkenalkan system gaji untuk mnegagihkan kepada setiap ahli syarikat bertugas sebanyak RM0.50
seorang sekali bertugas. Bahagian kewangan telah menganggarkan upah sebnayak RM60.00 untuk 3
bulan berniaga.

KPI iaitu key performance index yang ditetapkan oleh kami ialah mengaut keuntungan yang maksimum.
Selain itu, berharap dapat memupuk minat keusahawanan dalam diri setiap seorang yang terlibat. Akhir
sekali, kami menjadi platform bagi pelajar mengembangkan kemahiran seperti menguruskan wang,
berkomunikasi, serta semangat berpasukan yang dapat digunakan di masa hadapan nanti.

Maka berakhirlah pembentangan bagi syarikat Kemunting SDN BHD pada hari ini, setinggi-tinggi
penghargaan kepada pihak sekolah SMK Paya Kemunting, ibu bapa, dan rakan-rakan yang seing
memberi sokongan kepada kami. Seterusnya, terima kasih kepada pihak PKNK untuk memberikan kami
peluang dan tunjuk ajar agar menjadi bakal usahawan berjaya pada suatu hari nanti. Sekali lagi, tinggi
ucapan terima kasih kepada para usahawan di hadapan saya kerana sudi meminjam telinga anda untuk
mendengar pembentangan kami sebentar tadi.

Akhir kata,

Pergi memancing ke sungai pari, nila dipancing di hari senja, salam undur diri dari kami, buat teman
usahawan semua. Sekian wbt.

You might also like