You are on page 1of 9

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM KEUSAHAWANAN PASAR TANI, PUTATAN

1.0 Pendahuluan
Program Keusahawanan Pasar Tani, Putatan merupakan program yang dirangka
oleh Persatuan Pengguna IPG Kampus Gaya. Program Keusahawanan ini merupakan satu
tugasan yang wajib diadakan dan disertai oleh PISMP Ambilan Jun 2014. Program
Keusahawanan Pasar Tani, Putatan oleh dua opsyen iaitu PISMP Pendidikan Islam Semester
7 dan PISMP TESL Semester 7 yang telah menjalankan pada 7 & 8 Oktober 2017. Aktiviti
yang kami jalankan ialah membantu peniaga-peniaga di Pasar Tani Putatan untuk
mengetahui strategi dalam jual beli selaras dengan objektif persatuan Pengguna iaitu
mendedahkan ahli dengan aktiviti yang boleh menjana ekonomi. Selain itu, program ini
bertujuan untuk belajar bentuk komunikasi yang berkesan semasa proses jual beli dan
masyarakat sekeliling.

2.0 Laporan Aktiviti Program Keusahawanan

2.1 Aktiviti Sebelum Program Keusahawanan

Sebelum Program ini berlangsung ataupun dijalankan, beberapa mesyuarat berkaitan


perancangan Program Keusahawaan telah dilaksanakan bagi mengetahui gambaran jelas
tentang program ini. Pada mesyuarat terakhir, 03 Oktober 2017, Puan Siti Ajar telah memberi
satu taklimat tentang program yang kami jalankan. Beliau telah menerangkan tentang cara
untuk mendekati masyarakat luar bandar. Beliau juga menasihatkan supaya menjaga
tingkahlaku semasa berada dalam kelompok masyarakat tersebut.

Selepas itu, kertas kerja telah dirangka untuk pembahagian tugasan semasa program
itu dijalankan. Pengagihan tugas turut dibuat bagi mengelakkan ketidakadilan dalam program
tersebut nanti. Justeru itu, nilai kesepaduan dan kerjasama saya dapat di sini. Nilai ini amat
perlu dalam diri seorang guru kerana dengan nilai ini, guru mampu membangunkan sebuah
masyarakat yang mempunyai jati diri yang baik hasil didikannya terhadap anak-anak didiknya.

Selain itu, saya dapat lihat perancangan Program Keusahawanan ini atas persetujuan
dan kerjasama semua pihak. Komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan
sebagai pelatih amat-amat saya hargai. Di sini saya dapat lihat betapa pentingnya kita
menghargai jerih payah rakan-rakan yang sedaya upaya menjalankan tugas agar program ini
berjalan dengan lancar. Hal ini kerana, rakan-rakan seperjuangan kita juga memerlukan
sokongan moral dan dukungan yang memotivasikan mereka untuk membuat kerja.
2.2 Aktiviti Semasa Program Keusahawanan

Pada 07 Oktober 2017, kami telah bertolak daripada IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu
seawal 5.30 pagi menujuk ke Pasar Tani, Putatan dengan menaiki bas. Tiba di destinasi, kami
sekali lagi diberi taklimat ringkas oleh penyelaras program Keusahawanan, Puan Siti Ajar
mengenai tugasan yang perlu lakukan. Kumpulan kami telah dipilih untuk menjual barang
jualan yang disediakan oleh pensyarah. Oleh itu, saya memilih untuk menjadi pemerhati dan
dua orang rakan saya iaitu Ain Isfarehah binti Mohd Azman dan Wan Haniza binti Wan
Abdullah sebagai penjual.

Sebagai seorang pemerhati, saya perlu merekod proses jual beli yang berlaku
sepanjang program ini dari segi masa, jumlah pelanggan dan jualan, barang jualan yang kerap
menjadi pilihan pelanggan dan mengambil gambar-gambar sebagai bukti tugasan kami. Oleh
itu, saya telah sediakan satu borang senarai semak bagi memastikan semua saya dapat
catatkan dengan teratur semasa proses jual beli dijalankan.

Sementara menunggu barang jualan daripada pensyarah, kami telah mengenalpasti


tapak gerai yang kami akan duduki iaitu gerai bernombor 28. Kami mengambil kesempatan
untuk beramah mesra dan berkenalan dengan peniaga-peniaga yang berdekatan dengan
gerai kami. Kebanyakkannya peniaga di pasar tani tersebut berasal daripada daerah Putatan
dan Kinarut. Maka dengan itu, kami berkomunikasi mengikut laras bahasa yang sesuai
dengan masyarakat luar bandar. Kesesuaian laras bahasa sangat penting dalam komunikasi
untuk mewujudkan suasana yang selesa dan mesra. Contohnya, penukaran kata ganti nama
seperti panggilan “makcik” atau “kakak” dapat mewujudkan kemesraan dengan orang
sekeliling. Dengan komunikasi berkesan seperti ini, proses mengenal dan menyesuaikan diri
di tempat yang baru dapat berjalan dengan lancar.

Pada jam 8.00 pagi, kami memulakan aktiviti jualan kami dengan menyusun barang-
barang jualan yang disediakan oleh beberapa orang pensyarah. Secara keseluruhannya,
barang jualan kami terdiri daripada kuih muih iaitu dodol, wajik dan pulut udang. Selain itu,
terdapat juga mee goreng, bihun goreng dan makanan tradisional sabah iaitu kelupis dijual di
gerai kami. Saya selaku pemerhati telah mengambil gambar bukti setiap jenis jualan yang
telah disusun dengan kemas di atas meja gerai kami. Saya juga mencatatkan jumlah bagi
setiap jenis makanan bagi memastikan rekod jual beli dan rekod keluar masuk kewangan dan
jumlah jualan lebih sistematik.

Dalam proses jual beli, komunikasi yang digunakan adalah komunikasi sebagai
seorang peniaga kepada pelanggan. Oleh itu, kedua rakan saya telah menggunakan
kesantuanan dalam bahasa dengan baik sesuai dengan situasi jual beli dan masyarakat
sekeliling. Kesantunan bahasa ini meliputi amalan berbudi bahasa, sopan santun, lemah
lembut dan memiliki segala ciri yang baik dan murni serta dapat menimbulkan keramahan dan
kemesraan. Antara aspek bahasa yang perlu diberikan perhatian semasa bertutur dalam
mana-mana situasi ialah penggunaan ganti nama, sistem sapaan dan panggilan serta
pemilihan perkataan yang betul, tepat, dan tidak menyinggung perasaan pendengar.

Aspek bahasa dalam komunikasi semasa proses jual beli sangat penting untuk
memastikan pelanggan tertarik dengan jualan kita. Perkara pertama yang perlu dititikberatkan
ialah penggunaan kata ganti nama. Status sosial dan tahap kemesraan akan menentukan
kata ganti nama yang digunakan. Status sosial ditentukan oleh beberapa faktor seperti gelar,
pendidikan, umur dan status ekonomi. Contoh kata ganti nama yang sesuai digunakan ialah
Pak cik, Mak Cik ataupun Kakak dan Abang dapat mewujudkan kemesraan dan rasa hormat
dengan pelanggan.

Walaupun sebagai peniaga baru di Pasar Tani tersebut, kebanyakan pelanggan dapat
menerima kehadiran kami dengan adanya komunikasi berkesan antara peniaga dan
pelanggan. Bagi menarik lebih ramai pelanggan, kami menggunakan laras bahasa
perniagaan yang sesuai seperti gesaan contohnya. “Mari beli dodol kami, dodol kami adalah
special dan terhad!”. Dengan cara ini ramai pelanggan tertarik untuk membeli dan merasa
dodol yang kami jual. Selain itu, teknik tawaran dalam komunikasi juga boleh digunakan
seperti “Mee kami boleh dibeli dengan harga yang makcik mahukan dan boleh digabungkan
dengan Bihun mengikut citarasa makcik”. Dengan komunikasi berkesan ini, lebih ramai yang
pelanggan mengunjungi gerai kami.

Secara keseluruhannya, makanan yang kerap menjadi pilihan pelanggan ialah dodol.
Hal ini kerana, dodol merupakan makanan yang tidak dijual di Pasar Tani tersebut dan jarang
dijumpai di Sabah terutamanya daerah Putatan. Masa kemuncak ramai pelanggan adalah
sekitar jam 9.00 - 10.00 pagi sehinggakan saya sebagai pemerhati terpaksa menghulurkan
bantuan kepada kedua rakan saya. Akhirnya, kami menamatkan jual beli kami pada pukul 11
pagi. Sebelum beredar pulang, kami telah bersalaman dengan peniaga gerai-gerai
berdekatan dan berterima kasih kerana menerima kedatangan kami dengan baik.

Semasa menjalankan program ini, saya telah mendapat banyak pengalaman dan
pengetahuan baru yang berkaitan dengan jual beli di Pasar Tani. Antaranya ialah cara
melariskan jualan dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan pelanggan supaya
mereka selesa dan akan menjadi pelanggan tetap kita. Daripada pemerhatian saya, seorang
peniaga perlu bersifat mesra dan ramah dengan semua orang tidak kira kaum dan peringkat
umur. Di sini, saya belajar cara membina hubungan baik dengan masyarakat luar bandar iaitu
dengan menegur sapa mereka dan menghormati budaya dan adat resam mereka. Selain itu,
masyarakat luar bandar mudah menerima orang luar yang ringan tulang membantu dan
bersopan santun dengan orang yang lebih tua.

Pengalaman dalam Program Keusahawan ini adalah satu ilmu baru yang perlu
dipraktiskan oleh seorang guru semasa melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan kelak.
Nilai hormat-menghormati dan menerima budaya masyarakat lain perlu diterapkan dalam
membentuk keperibadian yang tinggi bagi seorang guru. Nilai seperti inilah yang perlu
diterapkan dalam diri anak didik kita agar jurang sosial antara masyarakat bandar dan luar
bandar dapat dikurangkan.

2.3 Aktiviti Selepas Program Keusahawanan

Pada pukul 11.00 pagi kami telah bertolak balik ke Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,
Kota Kinabalu. Kami berkumpul di anjung dewan Utama IPG Kampus Gaya untuk sesi refleksi
dan Post Mortem. Semua pengalaman yang kami perolehi dalam progam keusahawanan ini
menambah nilai profesion perguruan di mata masyarakat.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah penasihat Puan Siti Ajar
dan Encik Dahali dan rakan-rakan guru pelatih yang menjayakan Program Keusahawanan.
Semoga program ini mengubah dunia perguruan yang menjadi nadi pembentukan negara.

3.0 Kesimpulan

Menerusi Program Keusahawanan Pasar Tani ini, bakal guru mampu memantapkan jati diri
agar berfikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah, meningkatkan kemahiran
komunikasi dengan berkesan serta dapat memupuk pelbagai kemahiran modal insan yang
meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. HaI ini kerana usahawan merupakan daya
penggerak yang akan sentiasa berusaha memperkembangkan setiap bidang yang diceburi
dengan lebih produktif dan berdaya saing seterusnya boleh mengurangkan masalah
pengangguran negara dalam kalanga graduan universiti. Bukan itu sahaja, program
keusahawanan ini dapat meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara
dengan pesat setanding dengan kemajuan negara-negara yang lain.

Tuntasnya, diharapkan agar program Keusahawanan Pasar Tani ini menjadi salah
satu platform untuk Guru Pelatih IPG Kampus Gaya mengambil pengalaman dan
menambahkan ilmu keusahawanan dalam diri masing-masing. Semoga program ini juga
dapat mencapai objektif yang telah digariskan dan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Oleh yang demikian, kerjasama yang jitu amatlah diperlukan dari semua pihak bagi
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Disediakan oleh,

_______________________

Najihatulhanah binti Wasimin,

Pengerusi Program Keusahawanan,

Pasar Tani, Putatan.


RUJUKAN

Abu Bakar Hamid. (2005). Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan Kecil. Kedah: UUM
Press.
Azlizan Talib & Hamzah Jusoh. (2016). Penyertaan Komuniti Dalam Keusahawanan Luar
Bandar Di Malaysia. Kedah: UUM Press.
Bernama. (2016, April 30). Pupuk Budaya Keusahawanan dari Sekolah Rendah. Berita
Harian Online. Diakses pada Oktober 10, 2017, daripada:
https://www.bharian.com.my/node/148922
Ismaniza Ahmad. (2017, Oktober 3). Cadang Wajibkan Program Keusahawanan di Sekolah.
Sinar Harian Online. Diakses pada Oktober 10, 2017, daripada:
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/cadang-wajibkan-program-
keusahawanan-di-sekolah-1.738326
Norfadhilah Nasharudin & Halimah Harun. (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam
Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan Malaysia
35(1)(2010): 11-17.
Noriati A.Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2014). Falsafah
Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nurul Salmi Dazali. (2014). Tahap Kemahiran Komunikasi Dalam Kalangan Pelajar Sarjana
Muda Pendidikan IPTA Di Utara Semenanjung Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu – JPBM, ISSN: 2180-4842. Vol. 4, Bil. 2 (Nov. 2014): 44-56.
Samsuddin A. Rahim (2003). Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shaharudin Ahmad & Khaidzir Hj Ismail. (2013). Mengurus Persatuan Proses dan
Kemahiran. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zafir Mohd Makhbul. (2014). Pengurusan Organisasi Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Cengage
Learning.
LAMPIRAN

GAMBAR SEBELUM AKTIVITI KEUSAHAWANAN

GAMBAR 1: MESYUARAT PELANTIKAN AJAK PELAKSANA

GAMBAR 2: MESYUARAT PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN KERJA


AHLI JAWATAN KUASA
GAMBAR SEMASA AKTIVITI PROGRAM KEUSAHAWANAN

GAMBAR 1: AKTIVITI JUAL BELI DI PASAR TANI PUTATAN

GAMBAR 2: AKTIVITI BERAMA MESRA DENGAN PELANGGAN


SELEPAS AKTIVITI PROGRAM KEUSAHAWANAN

GAMBAR 1: BERKUMPUL DI ANJUNG DEWAN UNTUK SESI POSTMORTEM DAN


REFLEKSI

GAMBAR 2: PERBINCANGAN PENAMBAHBAIKAN DALAM PROGRAM


KEUSAHAWAN

You might also like