You are on page 1of 4

5.

0 SEGMENTASI PASARAN DAN SASARAN PELANGGAN

Segmentasi pasaran merupakan salah satu strategi yang sangat penting dalam sesebuah
perniagaan. Segmentasi pasaran ini juga menawarkan peluang kepada pelanggan tentang mesej
yang mahu disampaikan pemasar. Maksud segmentasi pasaran ialah pembahagian kepada jumlah
pasaran kepada segmen yang lebih kecil. Segmentasi yang efektif ialah memberi keuntungan,
saiz yang ketara dan kuasa pembelian dam konsisten dalam kemampuan pemasaran firma.
Segmentasi pasaran ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu

1) Segmentasi Geografi

Segmentasi geografi ialah pembahagian pasaran secara keseluruhan ke dalam kelompok


kecil kumpulan pengguna berdasarkan lokasi mereka. Nestle merupakan salah satu produk yang
terkenal di dunia. Hampir seluruh negara menjual jenama Nestle. Segmentasi geografi
dipengaruhi oleh keadaan alam semula jadi. Misalnya, Nestle Singapore telah memasarkan
Nescafe Ice bergantung kepada cuaca semasa. Pelanggan cenderung untuk membeli Nescafe ais
(ice) pada waktu panas manakal Nescafe panas (hot) biasanya dibeli ketika musim hujan kerana
cuacanya yang sejuk.

Oleh sebab itu maggi telah memperkenalkan maggi asam laksa yang merupakan salah satu
kegemaran rakyat Malaysia. Segmentasi ini telah dibuktikan kerana syarikat nestle
mengeluarkan Maggi yang menepati citarasa rakyat Malaysia. Maggi merupakan salah satu
produk yang digemari oleh rakyat Malaysia. Maggi ini telah banyak divariasikan oleh rakyat
Malaysia antaranya ialah maggie paket dan maggi cup.Produk ini biasa dipasarkan di kedai kedai
runcit ataupun di pasaraya.

8
2) Segmentasi demografik

Segmentasi demografik didefinisikan iaitu kumpulan pengguna mentakrifkan kumpulan


pengguna mengikut pemboleh ubah demografi seperti jantina, umur, kumpulan etnik, peringkat
kitaran hidup keluarga dan jenis isi rumah, dan pendapatan. Dalam kajian ini segmentasi
demografik sangat penting dalam memasarkan produk di sebuah tempat. Hal ini penting bagi
menarik minat dan citarasa masyarakat tempatan bagi pembelian Maggi di Malaysia. Terkini
Nestle Malaysia telah mengeluarkan dua produk bahaharu yang mengikut citarasa rakyat
Malaysia iaitu Mi Goreng Sambal Tumis Bilis dan Mi Goreng Ciri Ala Kampung. Citarasa ini
telah berjaya memenuhi citarasa bagi masyarakat Melayu. Semestinya masyarakat Melayu amat
suka dengan makanan pedas, jadi Maggi telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan dua
perasa baharu maggi bagi memenuhi majoriti kaum Melayu di Malaysia.

3) Segmentasi tingkah laku

Melalui asas gelagat ini ia boleh membahagikan pasaran kepada kumpulan berdasarkan
pengetahuan, sikap, penggunaan dan tindakbalas pembeli terhadap sesuatu produk. Pemasar
selalunya menggunakan pembolehubah dalam asas ini seperti Situasi penggunaan Status
pengguna, Kesetiaan dan Kesediaan membeli. segmentasi tingkah laku adalah strategi
segmentasi pasar di mana pengguna dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan Di
dalam satu akhbar Berita Harian yang telah dikeluarkan pada 8 Jun tahun 2021 telah menyatakan
Satu laporan pada tahun 2015 mengatakan bahawa rakyat Malaysia memakan 3.6 juta bungkus
mi segera sehari atau kira-kira 1.34 bilion bungkus setahun. Itu lima tahun lepas. Sekarang
angkanya tentu sudah bertambah. Apatah lagi dengan adanya perintah kawalan pergerakan
(PKP) gara-gara Covid-19 sejak Mac tahun lalu, saya pasti jualan mi segera meningkat dengan
mendadak.

9
Seorang rakan, wartawan, memberitahu saya perihal seorang menteri Kabinet wanita, yang kini
tidak lagi aktif berpolitik, sentiasa memastikan ada stok mi segera di pejabatnya.
Seorang kawan lain pula, walaupun bergelar jutawan, menjadikan mi segera sebagai bahan
8wajib ada9 dalam kabinet tempat menyimpan stok makanan keluarganya.
Pada era pandemik kini, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, YB. Dato9 Seri Ismail Sabri bin
Yaacob kini semakin sibuk kerana beliau saban hari menyampaikan berita tentang kes Covid-19
yang berlaku di Malaysia. Kesibukan ini mendorong beliau makan makanan segera seperti Mi
segera jenama Maggi bagi mengalas perut kerana cara penyediaan nya yang mudah. Hanya
masukkan air panas ke dalam cawan mi segera, dan tunggu selama 2 minit dan terus boleh
dimakan.

4) Segmentasi psikografik

Segmentasi psikografi didefinisikan sebagai teknik segmentasi pasar di mana kumpulan dibentuk
mengikut sifat psikologi yang mempengaruhi tabiat penggunaan yang diambil dari gaya hidup
dan pilihan orang. Ini terutama dilakukan berdasarkan "bagaimana" orang berpikir dan "apa"
yang mereka inginkan hidup mereka. Terdapat satu situasi yang digambarkan oleh pelajar
universiti yang tidak mengambil pinjaman PTPTN, Saya hanya makan sehari sekali sahaja
dengan bajet antara RM3 hingga RM5. Kadang-kadang saya hanya makan mee segera (maggi)
untuk berjimat-cermat. Barang-barang keperluan juga saya akan beli semasa awal semester
sahaja dan boleh digunakan dalam masa sebulan hingga dua bulan, kata Nurul Syafiqah yang
berasal daripada UUM mengakhiri perbualan. Perkara ini jelas membuktikan bahawa gaya
hidup seseorang mendesak mereka untuk mengikat perut dengan makan makanan segera seperti
Maggi bagi mengalas perut. Maggi tetap menjadi pilihan bagi mereka yang mahu berjimat dari
segi kewangan

10
Sasaran pelanggan

Bagi produk Maggi , Nestle telah mensasarkan golongan dari kalangan orang bujang lelaki dan perempuan,
golongan pekerja yang hendak menjimatkan belanja, kakitangan pejabat yang terbatas masa rehat dan masa makan
minumnya disebabkan kesibukan berterusan, pasangan muda yang isterinya belum mahir menggunakan kuali dan
periuk

Bagi surirumah yang mahu meyediakan sarapan ringkas atau makan petang yang mudah mereka boleh
mencuba produk Nestle iaitu maggi. Hidangan ini mudah dihidangkan dan masa yang diambil untuk memasaknya
adalah dalam 5 ke 10 minit dengan minyak yang sedikit.Perkara ini telah memudahkan kerja suri rumah
memvariasikan pelbagai makanan mengikut citarasa anak anak mereka. Bagi mereka yang kesuntukan masa, maggi
ini adalah makanan yang mudah untuk dihidangkan dan lazat.

You might also like