You are on page 1of 2

LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH March 14, 2024

Kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk mempromosikan Sedekah FoodBank


kepada orang ramai:

1. Kaedah Pengiklanan Secara Fizikal.


Pengiklanan secara fizikal seperti mengiklankan di billboard di jalan raya yang sesak
terutamanya di persimpangan jalan selepas tol Alor Setar (Utara) merupakan satu
inisiatif yang baik dalam mengajak orang ramai untuk menyumbang. Ini kerana dengan
keadaan jalan yang selalu mengalami kesesakan membuatkan orang ramai yang
menggunakan jalan itu terbelenggu untuk melihat keadaan sekeliling terutamanya
billboard-billboard yang terpampang di tepi jalan tersebut.

Selain daripada pengiklanan melalui billboard, pihak LZNK juga boleh mengiklankan
program Sedekah FoodBank ini di bazar-bazar yang mempunyai tumpuan ramai
terutamanya di bazar berdekatan Stadium Darulaman dengan mengedarkan flyers
dan poster kepada orang ramai. Kaedah ini secara tidak langsung boleh mencapai
target audience yang lebih ramai. Selain daripada mengedarkan flyers kepada orang
awam, pihak LZNK juga boleh selitkan poster tersebut pada kenderaan-kenderaan
yang berada di tempat parkir awam di bazar tersebut.

2. Kaedah Pengiklanan Secara Digital.


Antara kaedah yang paling memudahkan dan cepat sekaligus dapat sasarkan target
audience yang ramai adalah dengan cara pengiklanan secara online. Platform-
platform media sosial seperti Instagram dan Facebook merupakan platform yang
terbaik untuk mengiklankan program Sedekah FoodBank ini. Hal ini kerana platform-
platform tersebut merupakan medium terbaik dalam mengiklankan sesuatu.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Simon Kemp dalam laman web datareportal.com
bertajuk “Digital 2023: Malaysia” menerangkan bahawa platform sosial media yang
mempunyai return on ad spend (ROAS) yang tertinggi merupakan Facebook dengan
pengguna sebanyak 20.25 juta dan Instagram dengan pengguna seramai 13.9 juta.

Selain daripada dua platform yang diusulkan, pihak LZNK juga boleh menyasarkan
platform TikTok sebagai medium untuk mengiklankan program Sedekah FoodBank.
Secara amnya, aplikasi TikTok merupakan aplikasi dengan penggunaan yang
terbanyak selepas aplikasi Facebook dan juga Instagram dengan capaian kepada
lebih 19.3 juta daripada keseluruhan penduduk yang menggunakan internet di
Malaysia. Dengan algoritma TikTok yang mampu menyasarkan target audience yang
bersesuaian dengan program Sedekah FoodBank. Platform ini merupakan sebuah
batu loncatan kepada keberkesanan program Sedekah FoodBank.

HAK CIPTA TERPELIHARA


LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH March 14, 2024

3. Kaedah Pengiklanan di Kompleks Shopping Mall.


Dengan memasarkan iklan di kompleks Shopping Mall yang besar seperti Aman
Central di Alor Setar dan juga Amanjaya Mall di Sungai Petani. Di kedua-dua shopping
mall tersebut terdapatnya digital advertising space di bahagian luar shopping complex
tersebut. Pengunjung-pengunjung yang datang ke dua-dua shopping complex
tersebut dapat melihat iklan yang dibuat dengan baik. Iklan yang dicadangkan adalah
melalui video berkenaan program Sedekah FoodBank. Berdasarkan blog dari
eyekiller.com yang ditulis oleh Matt, kunci kepada video yang menarik adalah dengan
penggunaan unsur warna yang terang, kontras yang tinggi. Penggunaan warna lain
selain dari warna hijau yang sebati dengan LZNK juga harus dipertikaikan, oleh sebab
itu dengan penggunaan warna ungu bagi program Sedekah FoodBank merupakan
idea yang baik daripada team media LZNK.

4. Kaedah Pengiklanan di Stesen Radio.


Selain daripada usul-usul diatas, LZNK boleh menimbangkan usul untuk
mengiklankan program Sedekah FoodBank di stesen radio tempatan khususnya
Kedah FM. Usul ini secara tidak langsung dapat megiklankan program Sedekah
FoodBank ini di seluruh pelosok negeri Kedah. Semestinya dengan pengiklanan yang
besar perlukan info yang menarik, kajian yang diambil dari penulis, Keaton Robbins
bertajuk “What Makes a Good Radio Ads” dari laman web voices.com, elemen-elemen
penting dalam menghasilkan iklan radio terbaik adalah penerangan yang jelas, intro
yang menarik, kreatif dan senang diingati, dan branding yang menarik. Dengan
mengiklankan di platform radio, LZNK dapat tingkatkan level marketing ke peringkat
seterusnya.

5. Kaedah Pengiklanan Melalui E-mel


Dengan mengambil kesempatan melalui e-mel pelanggan LZNK yang tercatat dalam
senarai, LZNK dapat mencapai target audience yang meluas dan menepati syarat dan
objektif program Sedekah FoodBank itu sendiri. Dengan menggunakan senarai e-mel
pelanggan dan mematuhi peraturan anti-spam. Subscription e-mel yang dibuat oleh
pelanggan boleh digunakan untuk berhubung dengan pelanggan sedia ada dan
menyampaikan maklumat mengenai produk atau perkhidmatan baru yang disediakan
LZNK terutamanya program Sedekah FoodBank ini. Secara tidak langsung, kaedah
ini mampu menyasarkan kedua-dua golongan dewasa dan remaja yang bertanggung-
jawab terhadap asnaf-asnaf di Kedah.

HAK CIPTA TERPELIHARA

You might also like